You are on page 1of 18

DIPLOMA IN HUMAN RESOURCE MANAGEMENT

MEI / 2023

MPU 2363

PENGAJIAN MALAYSIA

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL : tyraazizi@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR BAHRU LEARNING CENTRE


MPU 2363

ISI KANDUNGAN

TUGASAN 1.............................................................................................................................1
1.0 PENGENALAN DASAR LUAR MALAYSIA..............................................................1
1.1. DASAR PANDANG KE TIMUR – NEGARA JEPUN SEBAGAI MODEL NEGARA
MAJU.....................................................................................................................................2
1.2 HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN
BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)...............................................................................4
1.3 PENYEKATAN EKONOMI DARIPADA KUASA-KUASA BESAR GLOBAL.......7
1.4 PERSIAPAN MALAYSIA MENGHADAPI SEKATAN EKONOMI DENGAN
KUASA-KUASA BESAR GLOBAL....................................................................................8
1.4.1 IMPLIKASI HUBUNGAN ANTARABANGSA TERHADAP DASAR LUAR........9
1.4.2 RANCANGAN MALAYSIA DALAM MEMPELBAGAIKAN SEKTOR
EKONOMI.............................................................................................................................9
1.4.3 RUMUSAN.................................................................................................................10
TUGASAN 2...........................................................................................................................11
2.0 PENGENALAN.............................................................................................................11
2.1 DAMPAK DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP INDIVIDU...........................11
2.2 MENYELAMI KEFAHAMAN TERHADAP DASAR LUAR MALAYSIA..............11
2.3 INISIATIF INDIVIDU UNTUK MENGIKUTI ISU-ISU UTAMA DASAR LUAR. .11
2.4 PERANAN RAKYAT UNTUK MENCORAK DASAR LUAR MALAYSIA............11
2.5 LONTARKAN SUARA PERIBADI TERHADAP DASAR LUAR MALAYSIA......11
2.6 RUMUSAN....................................................................................................................11
TUGASAN 3...........................................................................................................................13
3.0 TANGKAP LAYAR 1...................................................................................................13
3.1 TANGKAP LAYAR KE 2.............................................................................................13
3.2 TANGKAP LAYAR KE 3.............................................................................................14
3.3 TANGKAP LAYAR KE 4.............................................................................................14
3.4 TANGKAP LAYAR KE 5.............................................................................................14
RUJUKAN / REFERENSI...................................................................................................15
TUGASAN 1

1.0 PENGENALAN DASAR LUAR MALAYSIA

Sejak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia mula mengambil
tanggungjawab menjaga hal ehwal luarnya sebaik sahaja negara bebas dan merdeka dari
penjajah Inggeris. Pada masa ini juga, Malaysia merancang pelbagai agenda dasar luar
bertujuan untuk menjaga keselamatan negara, mempertahankan prinsip menghormati
kemerdekaan , melindungi kedaulatan, menangani perkembangan ekonomi,politik, sosial
termasuklah dengan memajukan kepentingan nasional di arena antarabangsa sekaligus
dipentas dunia. Dengan berbuat demikian, hubungan bilateral dan multilateral dengan
sesebuah negara lain dapat mengeratkan kerjasama dan juga beroleh jaminan kedudukan
dan kepentingan masing-masing untuk meneruskan kesinambungan ‘survival’ negara
tersebut.

Selanjutnya, hala tuju bagi sesebuah negara yang maju itu dicorak oleh pemimpin yang
mempunyai dasar ideaologi dalam kepentingan nasional yang dijalankan oleh sesebuah
negara dalam usaha untuk berhubung dengan negara yang lain didunia mahupun
organisasi antarabangsa. Dari sudut pandangan yang berbeza menurut (Deutsch, 1988),
dasar luar sesebuah negara direka bentuk untuk mempertahankan dua elemen penting
sesebuah negara; pertama, menguruskan penjagaan kemerdekaan dan keselamatan, dan
kedua memenuhi serta melindungi kepentingan ekonomi (terutama kumpulan
berpentingan).1 dan menurut (Newnham, 1998) pula dasar luar merupakan aktiviti
apabila aktor negara bertindak, bertindak balas dan berinteraksi ke atas persekitarannya. 2

Walau bagaimana sekalipun dasar sesebuah negara itu amalkan, dasar luar yang
pragmatik dan berlandaskan keperluan serta kepentingan negara akan menghasilkan
sebuah negara yang pesat membangun,dihormati serta disegani dunia luar.

1
1.1 DASAR PANDANG KE TIMUR – NEGARA JEPUN SEBAGAI MODEL
NEGARA MAJU

Dalam meniti arus kemajuan negara Malaysia, pelbagai usaha yang telah dirancang oleh
kerajaan untuk membangunkan ekonomi, sosiobudaya dan perpaduan di Malaysia.
Antara usaha yang kerajaan memperkenalkan adalah Dasar Pandang ke Timur semasa di
zaman era pentadbiran Tun Dr.Mahathir Mohamad. Dasar Pandang ke Timur (DPT) ini
dicadangkan pada 15 Disember 1981 (Lazim, 2013) dan diumumkan secara rasminya
oleh Tun Dr.Mahathir Mohamad pada 8 Februari 1982 semasa persidangan “5th Annual
Conference of MAJECA/JAMECA” di hotel Hilton Kuala Lumpur. Ketika persidangan
tersebut dilancarkan, Dr.Mahathir telah membangkitkan isu masyarakat Malaysia perlu
memandang negara Timur iaitu Jepun sebagai negara model dalam menentukan hala tuju
Malaysia .Tambahan lagi, Dr.Mahathir berpendapat:

“Sebagaimana yang kita akan lihat dibawah ini, saya mengusulkan “Dasar Pandang ke
Timur” pada awal 1980 an untuk mempelajari secara sistematik unsur-unsur yang berjaya
dalam amalan pengurusan dan perniagaan jepun , berbanding dengan sentiasa melihat ke
Barat untuk hala tuju” (Mahathir, 1999)

Tujuan Malaysia mempromosikan Dasar Pandang ke Timur ini adalah untuk mempelajari
dan mengadaptasikan bagaimana budaya dan etika kerja (kaizen) masyarakat dari negara
matahari terbit itu mengubah nasib negara mereka yang kalah dalam peperangan Dunia
Kedua boleh bangkit dan membangun sehingga menjadi kuasa ekonomi utama dunia
dalam tempoh satu generasi. Hal ini perlu di praktiskan ke dalam budaya dan etika kerja
masyarakat Malaysia melalui aspek perindustrian supaya dapat membantu
membangunkan Malaysia sekaligus menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju
(Suhana & Kartini, 2015). Antara prinsip kaizen yang telah berjaya masyarakat Malaysia
amalkan dalam etika kerja sehingga hari ini adalah menerapkan pengurusan waktu
bekerja dengan mengunakan kad perakam waktu kerja punchcard atau thumbprint.
Dengan adanya pengunaan mesin punchcard atau thumbprint ini secara tidak langsung ia
menjadikan pekerja itu lebih berdisplin dan menepati masa untuk hadir ke tempat kerja.

2
Selain itu, dengan mewujudkan Penubuhan Pasukan Meningkat Mutu Kerja (QCC) ini
dapat memberi panduan kepada pekerja untuk memastikan kualiti dan produktiviti kerja
mencapai sasaran. Hasil daripada mutu kerja yang berkualiti dan produktiviti itu akan
menjadikan sesebuah industri itu mempunyai perkhidmatan yang cemerlang. Bukan itu
sahaja, sistem 5s (Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke) juga turut kita amalkan
untuk realisasi matlamat pengurusan amalan kebersihan dan bersistematik bagi
memanifestasikan persekitaran di tempat kerja berkualiti yang selesa, kemas dan selamat
di dalam organisasi dan menentukan kepatuhan kepada piawaian serta dapat memupuk
usaha penambahbaikan yang berterusan.

Dari sudut perspektif yang lain tujuan DPT ini bukanlah semata-mata melihat ke Timur
sahaja kerana Malaysia mengamalkan konsep Pro-Malaysia dimana tidak anti Barat dan
juga tidak anti Timur, Bak kata pepatah “kuat ketam kerana kepit, kuat burung kerana
sayapnya”. Dalam erti kata lain, apa yang Malaysia mahukan adalah tabiat etika bekerja
dan segala sikap yang baik untuk mencapai kejayaan seperti mana yang telah dicapai oleh
negara matahari terbit itu. Berbanding pula dengan etika di negara Barat terutamanya
Britain dan Australia yang mula kurang berminat untuk bekerja dan upah mereka tidak
selari dengan produktiviti yang dikeluarkan. Jelasnya lagi, Dr.Mahathir menyatakan: “we
want to emulate and learn from the remain factor in their rapid growth and
industrialization.”(Faridah, 2007).

Oleh kerana itu,Malaysia perlulah mempelbagaikan hubungan dengan negara-negara lain


bagi mengimbangi kedudukan negara supaya tidak terlalu bergantung dengan negara
tertentu sahaja. Namun Walaupun demikian ,hal ini tidaklah menyebabkan Malaysia
berperanan sebagai “negara bawahan” kepada negara Jepun.

Kesimpulannya disini untuk menentukan hala tuju sesebuah negara yang lebih maju,
Malaysia perlulah mempelbagaikan hubungan multilateral dengan negara lain supaya
tidak terlalu fokus dengan negara tertentu sahaja. Tambahan lagi Dr.Mahathir melihat
pelan pembangunan negara bukanlah merupakan kejayaan dalam pembangunan tetapi
pengisian dalam pelan pembangunan negara itu menentukan sama ada pelan tersebut

3
berjaya atau tidak. Malaysia perlu mencari jawapannya walau di mana sama ada dalam
negara atau luar negara dan didapati DPT adalah jawapannya (Foreign affairs malaysia,
december 1983). Perkara ini menunjukkan , DPT telah memberikan sumbangan kepada
negara dalam pembangunan modal insan, perkongsian kepakaran dan pemindahan
teknologi terutamanya sektor perkilangan dan perindustrian Malaysia sejak diperkenalkan
pada tahun 1982. Kini jelaslah, DPT masih lagi relevan dan wajar diteruskan oleh
Malaysia meskipun perlu lebih selektif mengenai nilai terbaik, etika kerja dan inovasi
yang harus dianuti.

1.2 HUBUNGAN ANTARABANGSA DAN MALAYSIA DALAM PERTUBUHAN


BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB)

Selepas Perang Dunia Kedua terjadi pada tahun 1939 sehingga 1945, maka lahir lah
pertubuhan antarabangsa iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau singkatannya
PBB bagi menggantikan Liga Bangsa-bangsa setelah gagal mengekang daripada
tercetusnya peperangan dunia. PBB ini secara rasminya diisytiharkan pada 24 Oktober
1945 di San Francisco,California yang terkini pejabatnya di kota New York. Lanjutnya
lagi, PBB ini ditubuhkan setelah mencapai kata persetujuan dari kuasa-kuasa besar ahli
tetap Majlis Keselamatan seperti Soviet Union, Republik China, Perancis, United
Kingdom dan Amerika Syarikat yang terlibat dalam ”Deklarasi Moscow” dan diikuti
persidangan "Dumbarton Oaks Conventions" (Fetherston, 1944) pada tahun 1944 di
Washington D.C bagi mewujudkan pertubuhan yang boleh mengawal keselamatan,
mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia. Seterusnya, keahliannya terbuka kepada
semua negara diseluruh dunia dan pada awalnya PBB hanya mempunyai 51 buah negara
keahliannya sahaja. Namun pada julai 2011 jumlah ahlinya meningkat sebanyak 193
buah negara termasuklah negara kita Malaysia.

Malaysia mula memasuki Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini setelah Tanah Malaya
mencapai kemerdekaan dan menjadi anggota PBB yang ke 82 pada 17 september 1957.
Pada ketika itu Tun Dr. Ismail Abdul Rahman dilantik sebagai wakil pertama Malaysia
dalam PBB dan ke Amerika Syarikat. Tujuan Malaysia menyertai PBB ini adalah untuk

4
menjalinkan hubungan dengan negara luar, memelihara keamanan dan keselamatan serta
kerjasama ekonomi dan sosial dengan negara antarabangsa di dunia. Bukan itu sahaja,
selaras dengan pendirian Malaysia dalam soal antarabangsa iaitu "Hidup bersama secara
aman",(Kadir, 16 Jun 2016) Malaysia juga mendukung penuh dengan piagam PBB yang
menegakkan hak asasi manusia untuk semua tanpa membezakan kaum, jantina, bahasa
atau agama. Tambahan lagi, PBB membawa konsep hormat-menghormati kedaulatan
wilayah tanpa mencampur tangan dalam hal ehwal negara lain.

Seterusnya, tatkala Malaysia memenuhi tanggungjawab atas seruan sebahagian


masyarakat antarabangsa terhadap penglibatan PBB ini, Malaysia memberi kerjasama
dengan menyertai Agensi PBB dalam World Health Organization (WHO) iaitu
pertubuhan kesihatan sedunia dimana agensi ini bertugas menjalankan penyelidikan dan
mengambil tindakan-tindakan tertentu bagi menjamin kesihatan penduduk dunia.
Berkaitan dengan hal ini, satu pertubuhan iaitu Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia
(MERCY Malaysia) telah ditubuhkan oleh Tan Sri Dr.Jemilah Mahmood pada tahun
1999 untuk melakukan amal perubatan dan perubatan kerja-kerja menyelamat di
beberapa negara termasuklah Afghanistan dan Indonesia berikutan gempa bumi dan
tsunami lautan hindi tahun 2004. Kata presiden MERCY Malaysia itu (CHIEW, 2007):

“Mercy Malaysia is not just a response organisation,” said president Datuk Dr Jemilah
Mahmood. This realisation came during the Afghanistan crisis (in October, 2001), when
members decided it would be more prudent to look towards providing Total Disaster Risk
Management (TDRM) to ensure that affected communities become more resilient after a
disaster.1

"The tsunami in December 2004 was a major tipping point for the organisation. “We
were the first international organisation to arrive (in Aceh) and it was publicised by the
international media. Suddenly, people realised there was Mercy Malaysia,” Dr Jemilah
said.2

5
Sambungannya lagi, tahun 2014, Dr. Jemilah telah dilantik sebagai ketua Sekretariat
Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia dan perlantikan itu disokong oleh Michelle
Gyles-McDonnough dan berkata perlantikan jemilah merupakan khabar gembira kepada
misi kemanusiaan di rantau Asia dan Pasifik (Nation, 2014);

"Kami gembira kerana Tan Sri Jemilah kembali menyertai pasukan PBB, kali ini di
Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) bagi mengetuai persiapan
penganjuran buat julung kalinya Sidang Kemuncak Kemanusiaan Dunia di Istanbul,
Turki pada 2016.3

"Adalah jelas bahawa misi kemanusiaan perlu seiring dengan perubahan nasional,
serantau dan global, oleh itu, Dr Jemilah adalah orang yang sesuai bagi membantu
menggerakkan proses ini," katanya4.

Selain daripada terlibat dengan WHO misi bantuan kemanusiaan, negara kita juga aktif
melibatkan diri dalam Misi Pengaman. Penglibatan Malaysia dalam tugasan Pengaman
adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan antarabangsa dengan negara-negara luar
dimana merupakan sebahagian dari dasar luar negara. Misi ini juga penting untuk
memastikan keselamatan penduduk,mengawasi genjatan senjata dalam perang saudara
dan mendaulatkan negara mereka. Antara Misi Pengaman yang pertama Malaysia sertai
adalah Congo United Nations Operation in the Congo (UNOC). Perang dingin ini berlaku
antara negara Congo dengan Belgium dimana mempunyai krisis perlembagaan yang tidak
adil walaupun negara Congo sudah mencapai Kemerdekaan dari Belgium. Perbalahan ini
berlarutan daripada tahun 1960 sehingga tahun 1964. Dalam misi pengaman ini, Malaysia
menghantar sebanyak 613 orang pegawai dan Lain-lain Pangkat (LLP) dari pasukan yang
dikenali sebagai Malayan Special Force (MSF) diketuai oleh Brigedier Hamid Bidin
untuk menyelesaikan krisis perlembagaan dalam penugasan peringkat kedua Pasukan
Pengaman PBB dan tambahan 800 orang tentera Malaya lagi dihantar ke misi Congo
pada Jan 1961 semasa pertelagahan antara pengaman PBB dari Tunisia dan tentera
Congo. Tugasan yang MSF perlu laksana adalah memelihara keuntuhan wilayah dan
kebebasan politik Congo, mencegah berlakunya perang saudara, memastikan penarikan

6
keluar dari Congo semua tentera, separa tentera dan anggota penasihat asing yang bukan
dibawah pemerintahan PBB serta memastikan penarikan keluar semua askar upahan.
Sepanjang perkhidmatan kontijen pasukan pengaman malaya di Congo, mereka
melaksanakan tugas dengan cemerlang, ini dapat membuktikan petikan ayat-ayat
Setiausaha Agung PBB ketika itu iaitu U Thant berkata "Anggota Tentera Malaya akan
dikenang di Congo kerana kebijaksanaan, kesefahaman dan keramahan mereka terhadap
rakyat Congo dan kerana kecemerlangan mereka menjalankan tugas"

Seterusnya, setelah berakhir krisis dan perang dingin di negara Congo itu, Malaysia juga
bergiat aktif menyertai lagi 35 misi-misi pengaman yang lain seperti Nambia, United
Nations Transition Assistance Group (UNTAG) dari tahun 1989 hingga tahun 1990,
Kemboja, United Nations Transitional Authority in Cambodia (UNTAC) dari tahun 1992
hingga 1993 dan lain-lain misi pengaman. Akhir kata, penglibatan Malaysia yang aktif
serta memberi komitmen dan kerjasama kepada dasar luar negara khasnya dalam misi
pengaman mencerminkan bahawa Malaysia ingin berbaik-baik dengan semua negara di
dunia ini dan mewujudkan keamanan pada peringkat dunia.

1.3 PENYEKATAN EKONOMI DARIPADA KUASA-KUASA BESAR GLOBAL

Hubungan globalisasi ekonomi antara kuasa-kuasa besar global terutamanya dari negara
China dengan Malaysia seperti mana yang diketahui umum sememangnya sudah lama
terjalin semenjak tahun 1980 sehingga kini. Bermula dengan mengeratkan hubungan
diplomatik dan kemudiannya menjadi rakan dagangan utama hubungan dua hala dari
aspek perdagangan oleh kerana kepelbagaian produk yang dihasilkan mempunyai nilai
pasaran yang baik. Tujuan Malaysia menjalinkan hubungan dengan negara tembok besar
ini disebabkan negara kita ketika itu sedang menghadapi masalah ekonomi terjejas oleh
kemelesetan ekonomi dunia dan China pula menawarkan pontensi yang besar untuk
menjadi rakan dagangan utama kepada Malaysia. Tambahan pula,China mengamalkan
Dasar Pintu Terbuka dan mengambil langkah untuk membangunkan kerjasama ekonomi
luar. Bagi menyelesaikan masalah ini, Malaysia telah mengambil tindakan dengan
menyelaraskan dasar domestiknya terlebih dahulu di samping berusaha untuk

7
mempelbagaikan pasaran asing ekonomi. Berkaitan dengan hal ini juga, secara tidak
langsung memberi akses kepada Malaysia untuk meneroka pontensi pelaburan di China
(Shee, 2004). Kepentingan hubungan dua hala ini membuka lebih banyak ruang para
pelabur untuk menjalankan aktiviti eksport dan import sekaligus memberi impak
kebaikan dalam pertumbuhan ekonomi. Dalam soal ini, tidak dinafikan Malaysia
sememangnya banyak bergantung harap kepada perdagangan barangan eksport seperti
elektrik dan elektronik, kimia dan bahan kimia, jentera, perkakas dan peralatan daripada
China untuk mengembangkan aktiviti ekonomi namun apa yang akan berlaku sekiranya
kuasa-kuasa besar global itu mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara kita? Hal ini
sedikit sebanyak akan menjejaskan pelbagai perkara dari sudut ekonomi dan hubungan
dasar luar. Seterusnya Malaysia harus mencari solusi bagaimana untuk mengatasi
masalah penyekatan ekonomi daripada kuasa-kuasa besar global ini supaya tidak
berlakunya penggulingan pasaran ekonomi.

1.4 PERSIAPAN MALAYSIA MENGHADAPI SEKATAN EKONOMI DENGAN


KUASA-KUASA BESAR GLOBAL.

Berkaitan dengan perkara diatas, walaupun hubungan dua hala ini memberi kebaikan
kepada pertumbuhan ekonomi Malaysia, namun tidak mustahil akan berlaku pelbagai
masalah dan cabaran juga pada negara kita. Oleh itu Malaysia haruslah mempunyai
persiapan jika perlu menghadapi sekatan ekonomi dari negara yang mempunyai kuasa
gergasi global. Bak kata perpatah "sediakan payung sebelum hujan" . Berikut adalah
sebagian solusi yang boleh diguna pakai iaitu membuat Negosiasi Diplomatik. Dengan
menggunakan medium diplomasi ini, Malaysia boleh membuat rundingan atau tawaran
dengan kuasa-kuasa besar global dan mencari kata sepakat yang saling mengutungkan
"win-win situation" . Melalui rundingan ini, Malaysia boleh cuba bertoleransi untuk
dapatkan pengurangan atau menghapuskan sekatan ekonomi yang dikenakan seperti caj
pendapatan dan caj pentadbiran. Solusi yang lain juga, Malaysia boleh meluaskan urusan
dagangan eksport dan import dengan negara-negara serantau bagi mengurangkan
implikasi pasaran yang terjejas oleh kerana sekatan ekonomi sekaligus mengurangkan
fokus kepada kebergantungan pada sumber ekonomi dari negara kuasa-kuasa besar global
sahaja.

8
1.4.1 IMPLIKASI HUBUNGAN ANTARABANGSA TERHADAP DASAR LUAR

Seperti yang diketahui umum, negara-negara kuasa besar ini mempunyai kekuatan dalam
menguasai ekonomi diperingkat global dan oleh kerana itu mereka sering
memanipulasikan negara-negara lain dengan melakukan taktik sekatan ekonomi ini
sebagai alat untuk mencapai kepentingan politik dan ekonomi negara mereka sendiri.
Akibat daripada itu, ia akan memberi kesan kepada pelabur-pelabur dalam negeri dan
juga hubungan dasar luar. Antara implikasi yang berlaku adalah perubahan dalam
hubungan bilateral. Apabila negara-negara berkuasa besar ini melakukan sekatan
ekonomi terhadap negara-negara yang lain dan cuba memonopoli ekonomi dengan cara
yang salah sudah tentu ia menjadi satu kesalahan atau boleh dikatakan sebagai penjajahan
ekonomi dan efek daripada itu negara Malaysia akan rasa kurang percaya untuk
meneruskan hubungan dua hala dengan negara China pada masa akan datang bahkan juga
mungkin tidak dapat di teruskan lagi sebagai rakan dagangan. Selain menghadapi konflik
antara hubungan dua hala, ia juga memberi dampak kepada pasaran ekonomi global. Apa
yang terjadi pada negara adalah Malaysia akan mengalami penurunan ekonomi akibat
kekurangan aktiviti import dan ekport, pelabur dan peniaga akan terjejas akibat tidak
dapat memenuhi permintaan dan bekalan kepada penduduk tempatan. Barangan yang
sedia ada terpaksa dicatu disamping mencari pembekal dari negara lain. Inflasi juga akan
turun. Bukan itu sahaja kesannya pekerja pun terpaksa dibuang untuk menghadkan
kewangan syarikat dan seterusnya akan berlaku pengganguran yang tinggi. Hal ini sudah
tentu akan mengganggu kehidupan harian masyarakat di negara kita. Penidasan seperti ini
sudah tentu akan menarik perhatian kepada negara-negara yang lain dan merespon
tindakan negara-negara kuasa global ini dengan berbagai cara dan mereka juga akan
mengambil tindak balas untuk memediasi konflik antara Malaysia dan juga China.

9
1.4.2 RANCANGAN MALAYSIA DALAM MEMPELBAGAIKAN SEKTOR
EKONOMI

Untuk menyelesaikan masalah ini, Malaysia haruslah mempunyai beberapa langkah


sandaran yang strategik untuk merancang bagaimana hendak menyelamatkan pasaran
ekonomi supaya tidak jatuh merundum dan juga tidak menyebabkan negara Malaysia
mundur daripada negara-negara yang lain. Langkah pertama yang perlu diambil adalah
mengembangkan sektor ekonomi yang berbagai. Sebagai contoh, memvariasikan produk
lokal dan meningkatkan produktiviti untuk mendapatkan hasil pengeluaran yang
maksimum dalam perindustrian berat. Dengan adanya hasil produk tempatan yang
dikeluarkan dari negara kita sendiri, jadi kita tidak perlu bergantung atau fokus kepada
pembekal utama dari negara-negara kuasa besar. Seterusnya ,walau bagaimana sekalipun
negara kita mampu untuk mengembangkan sektor ekonomi tempatan, tidak dinafikan
negara Malaysia juga masih memerlukan sumber barang keperluan yang lain dari
pembekal negara-negara antarabangsa. Oleh itu, Malaysia mengambil langkah untuk
meningkatkan dan memperkuatkan kerjasama serantau dengan negara-negara jiran dalam
bidang dagangan bagi membuka peluang baru kepada pelabur dan peniaga untuk aktiviti
ekport dan import demi memenuhi keperluan dan kehendak penduduk masyarakat
tempatan. Hasil daripada mengembangkan sektor ekonomi beragam dan berkerjasama
dengan negara-negara serantau, ia dapat mengurangkan impak ekonomi akibat sekatan
ekonomi dari negara-negara berkuasa besar ini. Selain itu, Malaysia juga mempunyai
pilihan lain untuk bekerjasama dalam ekonomi dan secara tidak langsung dapat
menstabilkan ekonomi negara dalam masa jangka yang panjang.

1.4.3 RUMUSAN

Kesimpulannya di sini, Malaysia haruslah mengambil langkah bijak bagaimana hendak


menguruskan kestabilkan ekonomi negara dengan mengunakan pelbagai kaedah supaya
tidak hanya fokus sesebuah negara sahaja dan jugak tidak menjadikan negara Malaysia
sebagai hamba penindasan kepada negara-negara berkuasa besar yakni mereka ini
mempunyai kuasa untuk memanipulasikan negara-negara lain dalam ekonomi untuk
kepentingan negara dan ekonomi mereka sendiri.

10
TUGASAN 2

2.0 PENGENALAN

Setelah saya pelajari tentang dasar luar ini saya sedar bahawa pentingnya perkara ini
untuk diambil tahu tentang perihal dalam negeri dan luar Malaysia. Ini kerana dasar luar
ini membuka mata saya tentang perkembangan dan isu-isu semasa global di mana ia
boleh mempengaruhi kehidupan peribadi saya secara langsung mahupun tidak langsung.

2.1 DAMPAK DASAR LUAR MALAYSIA TERHADAP INDIVIDU

Perihal Dasar luar Malaysia ini bukan sahaja perlu diambil tahu tetapi harus memahami
konteks-konteks dasar yang berkaitan hal dunia global. Apa rancangan dan tindakan
sesebuah negara itu boleh mengakibatkan keamanan dan kesejahteraan hidup seseorang
individu itu sendiri. Contoh, seperti yang kita tahu Malaysia sememangnya rakan
dagangan negara China melalui aktiviti import dan eksport. Hubungan yang baik ini telah
terjalin menjangkau hampir 50 tahun. Kesan dari hubungan yang baik dengan negara
China ini memberi impak yang positif terhadap ekonomi dan juga dapat meningkatkan
taraf kehidupan saya.

2.2 MENYELAMI KEFAHAMAN TERHADAP DASAR LUAR MALAYSIA

Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawab terhadap negara, saya perlu mengambil
tahu dan menyelami apa yang dianalisis oleh para pakar pengkaji tentang isu-isu terkini
dalam politik luar Malaysia dan mengikuti sumber berita yang berkredibiliti. Selain itu
saya juga boleh menambah ilmu dengan membaca buku seperti jurnal akademik, buku
yang menulis berkaitan hubungan antarabangsa dan politik global.

2.3 INISIATIF INDIVIDU UNTUK MENGIKUTI ISU-ISU UTAMA DASAR LUAR

Hidup didalam abad ke 21 ni sangat mencabar kerana segala maklumat tentang dasar luar
yang disebarkan melalui medium media sosial bercampur aduk fakta dan juga auta. Jadi
saya haruslah mempunyai pemikiran kritis untuk mempertimbangkan bukti dan
maklumat yang tepat dengan mengikuti perkembangan hal ehwal luar negara di laman
sesawang rasmi pejabat perdana menteri malaysia (https://www.pmo.gov.my/ms/laman-

11
utama/) bagi kekal termaklum dengan isu-isu semasa yang terjadi di dalam negara
mahupun luar negara.

2.4 PERANAN RAKYAT DALAM MENCORAKKAN DASAR LUAR MALAYSIA

Walaupun dasar luar malaysia ini dirancang dan dilaksanakan oleh kerajaan atau badan-
badan pemerintah, namun sumbangan dan penglibatan seorang rakyat juga memainkan
peranan yang penting bak kata pepatah "Sakit sama mengaduh, luka sama menyiuk"
masing-masing ada tanggungjawab sendiri untuk memastikan dasar luar ini dapat di
bentuk secara pragmatik yang berlandaskan keperluan serta kepentingan negara. Oleh itu
saya memilih menjadi ahli sukarelawan untuk menyumbangkan diri dalam pertubuhan
bukan kerajaan (NGO) dengan aktiviti seperti misi bantuan kemanusiaan contohnya aman
palestin dan menyokong pihak NGO pada isu-isu luar seperti mempertahankan hak asasi
manusia dan sebagainya.

2.5 LONTARAN SUARA PERIBADI TERHADAP DASAR LUAR MALAYSIA.

Setiap individu berhak untuk melontarkan pendapat dan idea mengenai dasar luar
malaysia. Jadi untuk memastikan hak saya sebagai seorang rakyat malaysia didengari
oleh pemimpin politik saya akan menggunakan medium atau saluran komunikasi paling
terdekat iaitu platform media sosial seperti facebook, instagram, tiktok dan aplikasi lain-
lain bagi menyuarakan pandangan atau sumbangan dan juga kebimbangan saya mengenai
dasar luar malaysia.

2.6 RUMUSAN

Dasar luar Malaysia ini bukan lah tanggungjawab kerajaan atau badan-badan pemerintah
sepenuhnya kerana setiap individu ada peranan masing-masing dalam mencorakkan hala
tuju sesebuah negara. Jadi Sebagai seorang rakyat yang bertanggungjawap wajib untuk
mengambil tahu tentang hal ehwal negara, jika perlu bersuara, kita berhak melontarkan
pendapat atau kebimbangan tentang Dasar luar ini kerana ia melibatkan kehidupan kita
secara peribadi.
JUMLAH PERKATAAN
2795 PATAH PERKATAAN

12
TUGASAN 3

3.0 TANGKAP LAYAR 1

3.1 TANGKAP LAYAR KE 2

13
3.2 TANGKAP LAYAR KE 3

3.3 TANGKAP LAYAR KE 4

3.4 TANGKAP LAYAR KE 5

14
RUJUKAN / REFERENSI

CHIEW, M. (10. Ocktober 2007). Rebuilding lives. Von The Star Online:
https://web.archive.org/web/20071012015653/http://thestar.com.my/lifestyle/
story.asp?file=%2F2007%2F10%2F10%2Flifefocus%2F19097365&sec=lifefocus
abgerufen
Deutsch, K. W. (1988). The Analysis of International Relations 3rd ed. Englewood
cliffs,NJ: Prentice-Hall.
Faridah, J. (2007). Pengaruh peribadi dalam dasar luar, peranan perdana menteri dalam
hubungan antarabangsa Malaysia, 1957-1995. Kuala Lumpur: Penerbit
Universiti Malaya.
Fetherston, A. (1994). Dumbarton oaks conventions. In A. Fetherston, Towards a Theory
of United Nations Peacekeeping. New York : St.Martins press Inc.
Foreign affairs malaysia. (december 1983). vol 16, no 4.
Harian, B. (4. september 1989).
Kadir, M. A. (16 Jun 2016). Keamanan Sejagat: peranan Malaysia dalam politik
antarabangsa. University of California, Berkeley: Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia, 1991.
Lazim, A. S. (2013). Hubungan Malaysia-Jepun : Diplomasi dan Pendidikan. Penerbit
Universiti Malaya, 2013.
Malaysia, U. (27. september 1983).
Mohamad, M. (1999). A new deal for Asia. Subang Jaya: Pelanduk publication.
Nation. (7. may 2014). Jemilah Mahmood to head UN-led humanitarian summit
secretariat. Von TheStar:
https://www.thestar.com.my/News/Nation/2014/05/07/Jemilah-Mahmood-to-
head-UN-humanitarian-summit-secretariat/ abgerufen
Newnham, G. E. (1998). Penguin Dictionary of International Relations. London:
Penguin Books.

15
Omar, R. d. (2003). Dasar luar Malaysia dalam konteks hubungan Malaysia-Jepun. In:
Hubungan luar antarabangsa. In S. Pendidikan. Bentong,Pahang: PTS Publication
& Distributor Sdn Bhd, Bentong.
Shee, P. .. (2004). The political economy of Mahathir's China policy : "Economic
cooperation,political, and strategic ambivalence". Xiamen University Press.
Talib, S. S. (2015). implementasi budaya kerja dalam organisasi di Malaysia. Malaysia
journal of society and space, 1-10.
Welsh, B. (2004). Reflections: The Mahathir years, Southeast Asia Studies Programme,
Washington. . washington: southeast Asia Studies Programme.

16

You might also like