You are on page 1of 11

LATIHAN MENGENAL FORMAT JAWAPAN 99 SOALAN ESEI SEM 3

1.. Hubungan yang terjalin antara Malaysia dengan negara lain di peringkat serantau
dan antarabangsa adalah penting kepada pembangunan dan kesejahteraan negara
ini. Bincangkan.*

2. Masalah yang dihadapi oleh sesebuah negara berjiran ialah pergerakan rakyat
melintasi sempadan tanpa kebenaran yang sah yang seterusnya menimbulkan
pelbagai kesan buruk kepada negara penerima. Bincangkan.*

3. Selain konflik yang berlaku di negara jiran dan serantau, terdapat ancaman lain
yang boleh menggugat keselamatan Malaysia. Bincangkan.*

4. Pertubuhan Negara – Negara Asia Tenggara ditubuhkan untuk mempercepatkan


proses pembangunan negara anggota dalam pelbagai aspek serta mewujudkan
keamanan dan kestabilan politik di rantau sebelah ini. Bincangkan cabaran yang
dihadapi oleh ASEAN dalam usaha mencapai hasrat tersebut.*

5. Malaysia sentiasa berdiri di barisan hadapan dalam menyuarakan keperluan


menentang ancaman kegiatan lanun di perairan negara dan antarabangsa.
Huraikan.*

6. Dalam menarik pelabur asing, Malaysia tidak boleh mengetepikan kesan buruk
yang boleh datang bersamanya. Huraikan.*

7. Malaysia sering terlibat dalam misi penghantaran bantuan kemanusiaan kepada


mangsa bencana alam di luar negara. Namun begitu, pelbagai masalah dihadapi oleh
Malaysia untuk menjayakan misi tersebut. Jelaskan.*

8. Kes wanita Malaysia yang dijadikan sebagai keldai dadah oleh sindiket dadah
antarabangsa terus meningkat. Permasalahan ini jika tidak ditangani dengan segera
boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan*

9. Penemuan dan penjanaan tenaga nuklear banyak memberi faedah kepada


manusia. Namun begitu, pada masa yang sama tenaga ini mendatangkan risiko
kepada kehidupan sejagat. Bincangkan*
10. Kemiskinan ialah satu fenomena global yang sangat kompleks yang berpunca
daripada pelbagai faktor. Malaysia boleh membantu negara sedang membangun
yang lain keluar daripada belenggu kemiskinan. Bincangkan.*

11. Kegiatan pemerdagangan manusia berpunca daripada pelbagai faktor semakin


meningkat sehingga meninggalkan kesan negatif kepada Malaysia. Bincangkan.*

12. Menurut International Medical Products Counterfeiting Tasksforce, sekitar tiga


hingga lima peratus ubat dalam pasaran farmaseutikal di Malaysia yang
kebanyakannya dibawa masuk dari negara luar ialah ubat tiruan. Pengambilan ubat –
ubatan ini menimbulkan pelbagai risiko kepada pengguna dan usaha tertentu boleh
diambil untuk membanteras kegiatan pengedarannya di negara ini. Bincangkan.*

13. Malaysia mendapat banyak manfaat sebagai anggota penubuhan ASEAN.


Huraikan*

14. Jenayah rentas sempadan benua atau jenayah transnasional dikatakan semakin
berleluasa. Malaysia perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk
membanteras jenayah ini. Bincangkan.*

15. Melalui amalan dasar berbaik-baik dengan negara luar, Malaysia mendapat
banyak manfaat dalam bidang ekonomi. Huraikan.*

16. Peranan penting Malaysia dalam Pertubuhan ASEAN tidak terhad hanya untuk
mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi, malah melibatkan kerjasama dalam
pelbagai aspek. Bincangkan.*

17. Malaysia dikelilingi oleh beberapa buah negara yang tidak mempunyai kestabilan
politik dalaman. Ketidakstabilan politik negara-negara tersebut telah memberikan
kesan tertentu kepada Malaysia. Huraikan.*

18. Pembangunan teknologi pertahanan melalui pemindahan teknologi dan


perkongsian pintar dengan negara luar memberikan banyak kepentingannya kepada
Malaysia. Huraikan.*
19. Malaysia komited terhadap usaha Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
untuk menjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa. Jelaskan usaha-usaha
yang telah dilakukan oleh Malaysia demi menunjukkan komitmennya.*

20. Kerajaan berhasrat untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat atau hab
pendidikan antarabangsa. Huraikan langkah yang diambil oleh Malaysia untuk
merealisasikan hasrat tersebut. *

21. Pelaburan langsung asing menjadi sebahagian daripada pelaburan yang penting
untuk memacu pembangunan negara. Pelbagai aspek diambil kira oleh pelabur
untuk membuat pelaburan di Malaysia. Jelaskan.*

22. Malaysia telah menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar semenjak awal
kemerdekaan. Bincangkan sebab Malaysia berbuat demikian.*

23. Perubahan gaya hidup yang lebih lestari dalam kalangan penduduk Malaysia
diperlukan untuk menangani isu kenaikan harga minyak, kepupusan sumber asli dan
perubahan iklim. Huraikan.*

24. Satu daripada kepentingan hubungan dua hala antara Malaysia dengan negara
luar ialah berlakunya pemindahan teknologi ke dalam Negara. Bincangkan faedah
pemindahan teknologi dalam sektor pertanian.*

25. Malaysia memperoleh pelbagai manfaat hasil hubungan diplomatik dengan


negara jiran dan serantau. Huraikan.*

26. Kestabilan politik di rantau Asia Tenggara penting bagi Malaysia. Oleh itu,
Malaysia perlu memainkan peranan penting untuk mengekalkan kestabilan dan
keselamatan di rantau ini. Jelaskan*

27. Walaupun kerajaan Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang siber,


namun kegiatan jenayah siber masih sukar dibendung. Huraikan.*

28. Kebanjiran warga asing membawa pelbagai ancaman kepada negara. Jelaskan.

29. Dalam mengadakan hubungan luar, Malaysia berpegang kepada pendirian bebas,
berkecuali, dan berprinsip. Pendirian ini masih penting sehingga kini. Jelaskan.*
30. Malaysia melakukan pelbagai usaha pada peringkat serantau dan antarabangsa
bagi mencapai hasrat untuk memesatkan ekonomi negara. Jelaskan*

31. Malaysia mendapat banyak manfaat hasil daripada menjadi tuan rumah bagi
acara sukan antarabangsa. Huraikan.*

32. Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha bagi menangani perluasan aktiviti
keganasan pada peringkat serantau dan antarabangsa. Huraikan*

33. Kepesatan pembangunan tanpa mengambil kira alam sekitar telah menyumbang
pemanasan global. Malaysia telah mengambil pelbagai langkah pada peringkat
antarabangsa bagi menangani isu tersebut. Huraikan.*

34. Penggunaan satelit boleh membawa kebaikan bukan sahaja kepada negara
berkenaan tetapi juga kepada negara lain. Bincangkan*

35. Peranan Malaysia dalam meningkatkan kerjasama Pertubuhan Negara-negara


Asia Tenggara dalam bidang sosial membuktikan komitmen dasar luar kerajaan.
Bincangkan.*

36. Isu pelarian di rantau Asia Tenggara telah meninggalkan pelbagai kesan kepada
Malaysia dan tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut.
Bincangkan.*

37. Walaupun wujud masalah di sebalik pengisytiharan Undang-udang Zon Ekonomi


Eksklusif (ZEE), namun begitu Malaysia mendapat banyak manfaat. Jelaskan.*

38. Fenomena global kenaikan harga barang mencabar keupayaan antarabangsa


termasuk Malaysia untuk sekuriti makanan. Jelaskan faktor-faktor global dan langkah
yang diambil oleh Malaysia dalam menangani fenomena ini.*

39. Banyak catatan tentang keupayaan Malaysia dalam menyelesaikan konflik


serantau dan antarabangsa. Ulaskan pernyataan ini.*

40. Selain aspek keselamatan, wujud kerjasama lain dalam kalangan Anggota
Pertubuhan ASEAN. Bincangkan.*
41. Malaysia dan negara-negara lain komited dalam mengadakan hubungan
diplomatik. Banyak kebaikan yang diperoleh oleh kedua-dua pihak hasil daripada
hubungan tersebut. Bincangkan.*

42. Pelaburan langsung asing (FDI) memberi banyak manfaat kepada Malaysia dalam
meningkatkan ekonomi negara. Pelbagai kriteria diambil kira dalam menerima
kemasukan pelaburan tersebut. Bincangkan.*

43. Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan dasar luar yang pragmatik.
Salah satu matlamat dasar luar Malaysia ialah mengekalkan kedaulatan dan
keselamatan negara. Jelaskan.*

44. Hubungan bilateral Malaysia di peringkat antarabangsa dapat memajukan negara


dalam pelbagai bidang. Ulaskan*

45. Isu pelarian di beberapa negara di dunia telah meninggalkan pelbagai kesan
kepada Malaysia. Tindakan perlu dilaksanakan bagi menangani isu tersebut.
Bincangkan.*

46. Salah satu keutamaan Malaysia dalam melaksanakan dasar luar adalah
mengadakan hubungan dengan negara luar. Jelaskan keperluan tindakan Malaysia
ini.*

47. Malaysia merupakan peneraju kepada pertubuhan ASEAN . Namun, pertubuhan


serantau ini juga menghadapi cabaran sama ada dari dalam mahupun dari luar
ASEAN sendiri. Jelaskan cabaran tersebut.*

48. Masalah penyeludupan merupakan masalah bersama antara Malaysia dengan


jirannya. Jelaskan faktor yang mewujudkan masalah ini dan kesan kepada kedua-dua
negara.*

49. Pembentukan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) penting kepada banyak negara
termasuk Malaysia. Namun begitu, Malaysia juga terpaksa menghadapi beberapa
konflik dengan negara ASEAN yang lain. Bincangkan.*
50. Penularan wabak penyakit berjangkit akan menguji sebuah negara untuk
membuat persediaan pengawalan, namun kegagalannya akan mendatangkan kesan
negatif kepada rakyat sesebuah negara. Bincangkan.*

51. Meskipun Malaysia berada di tempat kedua selepas Singapura dalam Laporan
Daya Saing Ekonomi Global bagi Negara-negara Membangun Asia 2016-2017, namun
Malaysia harus berusaha untuk meningkatkan keupayaan secara global dalam
pelbagai bidang ekonomi, Huraikan.*

52. Pencerobohan perairan negara oleh bot-bot neayan asing telah menimbulkan
pelbagai kesan kepada Malaysia. Oleh itu, tindakan yang sewajarnya perlu diambil
untuk membanteras pencerobohan tersebut. Bincangkan.*

53. Media antarabangsa sering memaparkan maklumat yang kurang tepat terhadap
situasi sebenar yang berlaku. Bincangkan impaknya terhadap sesebuah negara.*

54. Ancaman geostrategik merupakan antara rasional untuk menjaga keamanan dan
kestabilan politik di rantau Asia Tenggara. Beberapa strategi telah diambil untuk
memperkukuhkan kerjasama politik dan keselamatan ASEAN. Jelaskan.*

55. Sebagai sebuah negara yang berdaulat, Malaysia mempunyai prinsip tersendiri
dalam mengamalkan hubungan luar. Jelaskan prinsip-prinsip yang

56. Malaysia gigih berusaha dalam memperjuangkan hak kebebasan asasi sejagat
walaupun sering menghadapi pelbagai cabaran. Bincangkan.*

57. Walaupun negara Malaysia amat berpotensi menjadi hub pendidikan global,
namun kemasukan pelajar asing secara tidak terkawal mempunyai risiko terhadap
pembangunan negara. Jelaskan.*

58. Kawasan pentas benua merupakan anatara punca berlakunya pencerobohan


nelayan asing di perairan Malaysia.Keadaan ini membawa pelbagai kesan negatif.
Bincangkan.*

59. Faktor kepimpinan negara bukanlah satu-satunya faktor yang diambil kira oleh
Malaysia dalam menentukan hubungan dan dasar luarnya. Jelaskan.*
60. Kebebasan yang diberi kepada media anatarabangsa turut mewujudkan
keburukan tertentu kepada negara kita. Oleh itu, langkah-langkah yang wajar perlu
dilakukan bagi menanganinya. Huraikan .*

61. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberikan sumbangan yang


bermanfaat dalam bidang sosioekonomi.namun begitu, PBB masih dilihat kurang
berjaya dalam usahanya menjamin keamanan dunia. Jelaskan pernyataan ini.*

62. Isu pelarian di beberapa negara dunia telah meninggaljkan pelbagai kesan
kepada Malaysia.Tindakan bijak perlu dilaksanakan bagi menangani isu ini.
Bincangkan.*

63. Pelbagai isu timbul yang melibatkan hubungan bilateral Malaysia dengan negara
jiran. Jelaskan.*

64. Banyak isu dan cabaran yang berbangkit dalam hubungan kejiranan Malaysia
dengan negara sekitarnya. Malaysia sama sekali menolak unsur kekerasan dalam
menangani konflik yang timbul. Bincangkan.*

65. Masalah pencerobohan nelayan asing di kawasan Laut China Selatan telah lama
berlaku dan terus berlarutan sehingga kini. Keadaan ini disebabkan oleh beberapa
punca dan membawa pelbagai kesan negatif. Bincangkan.*

66. Pengeluaran minyak sawit Malaysia disabotaj oleh Persatuan Minyak Soya
Amerika Syarikat. Jelaskan alasan yang digunakan serta langkah yang diambil oleh
kerajaan Malaysia bagi menangkis dan meningkatkan kemajuan industri negara.*

67. Keganasan antarabangsa menjadi suatu isu global pada zaman moden ini.
Kegiatan Keganasan telah meninggalkan kesan kepada sesebuah negara. Kerajaan
Malaysia sentiasa mengambil tindakan sewajarnya untuk menangani masalah ini.
Bincangkan.*

68. Walaupun ASEAN dilihat berupaya memupuk keharmonian dalam kalangan


negara anggota, namun begitu pertubuhan serantau ini berhadapan dengan cabaran
untuk memajukan ekonomi dan mengekalkan keamanan. Jelaskan cabaran-cabaran
tersebut.*
69. Usaha Malaysia menjadi hub halal global boleh menjadi kenyataan kerana
mempunyai potensi untuk menjadi negara pengeluar produk halal dunia. Walau
bagaimanapun masih wujud pelbagai cabaran kepada Malaysia untuk mencapai
matlamat ini. Bincangkan.*

70. Mempromosi keamanan melalui platform diplomasi merupakan usaha Malaysia


sebagai anggota Pertubuhan Persidangan Islam (OIC). Bincangkan peranan Malaysia
dalam mempromosikan keamanan tersebut.*

71. Kes wanita Malaysia menjadi isu global disebabkan hak mereka terabai.
Bincangkan punca pengabaian wanita dan usaha kerajaan Malaysia dalam
menangani isu global tersebut.*

72. Ramai kanak-kanak di negara serantau yang mengalami pergolakan politik telah
menjadi pelarian ke negara-negara jiran sekitarnya. Permasalahan ini jika tidak
ditangani dengan segera boleh menimbulkan pelbagai risiko. Bincangkan.*

73. Hubungan luar yang baik antara negara menjadi tegang disebabkan faktor-faktor
tertentu. Langkah-langkah perlu diambil bagi mengendurkan ketegangan tersebut.
Bincangkan.*

74. Isu etnik Rohingya menjadi duri dalam daging kepada hubungan ASEAN. Malaysia
telah mengambil pelbagai pendekatan untuk mengatasinya. Jelaskan.*

75. Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berusaha untuk


meningkatkan taraf kesihatan manusia sejagat, namun masalah kesihatan rakyat di
negara membangun termasuk Malaysia semakin membimbangkan. Huraikan.*

76. Walaupun kerajaan Malaysia telah menggubal beberapa undang-undang siber


namun kegiatan jenayah ini masih sukar dibendung . Jelaskan*

77. Kebebasan yang diberikan kepada media antarabangsa turut mewujudkan


keburukan-keburukan tertentu kepada negara kita. Oleh itu langkah -langkah yang
bersesuaian perlu dilakukan bagi menanganinnya. Huraikan.*
78. Banyak punca mempengaruhi pergerakan sekumpulan besar rakyat sesebuah
negara melarikan diri ke negara lain. Malaysia turut aktif membantu kumpulan
manusia ini walaupun tidak terikat dengan perjanjian antarabangsa. Bincangkan.*

79. Kerjasama dalam aspek sains dan teknologi dengan pihak luar memberi banyak
manfaat kepada negara dalam pelbagai bidang. Huraikan.*

80. Pasaran ekonomi terbuka peringkat global mendatangkan pelbagai kesan kepada
negara. Jelaskan.*

81. Dunia menghadapi pelbagai ancaman kesihatan yang memerlukan tindakan


bersama untuk menanganinya. Huraikan.*

82. Senjata kimia dan senjata nuklear pernah digunakan dalam peperangan. Kini,
penggunaan senjata ini dalam sesuatu konflik mendatangkan risiko kepada rakyat
dan negara. Bincangkan.*

83. Meskipun Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah berusaha untuk


meningkatkan taraf kesihatan penduduk di negara membangun, namun masalah
kesihatan rakyat di negara-negara membangun termasuk Malaysia masih
membimbangkan. Huraikan.*

84. Peranan penting Malaysia dalam pertubuhan ASEAN tidak terhad hanya untuk
mewujudkan kerja sama dalam bidang ekonomi, malah melibatkan kerjsama dalam
pelbagai aspek.Bincangkan.*

85. Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi. Bincangkan faktor yang mempengaruhi tindakan Malaysia yang
sedemikian.*

86. Sebagai sebuah negara maritim, banyak manfaat telah diraih oleh Malaysia.
Namun begitu, wilayah maritim Malaysia telah menghadapi pelbagai ancaman yang
menggugat keselamatan dan kesejahteraan rakyatnya. Jelaskan Pernyataan ini.*

87. Malaysia berpotensi sebagai hub pendidikan global. Namun, kemasukan pelajar
warga asing mendatang pelbagai kesan. Bincangkan.*
88. Malaysia berhadapan pelbagai cabaran dalam melaksanakan dasar luar yang
dapat melindungi kepentingan negara di peringkat antarabangsa. Huraikan.*

89. Perkembangan sektor pelancongan telah mendorong munculnya pelancongan


kesihatan yang memberi manfaat kepada negara kita. Oleh itu kerajaan
melaksanakan persiapan rapi menaik taraf sektor pelancongan kesihatan untuk
kemajuan negara. Bincangkan.*

90. Malaysia dilihat telah memberi sumbangan dalam pelbagai bidang sejak
menyertai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Namun begitu masih terdapat
sesetengah pihak yang merasakan PBB masih dangkal dalam memelihara keamanan
dunia. Bincangkan.*

91. Kebergantungan kepada negara maju merupakan salah satu cabaran untuk
memajukan ekonomi negara-negara ASEAN. Disamping itu, ASEAN turut berhadapan
dengan cabaran politik dan keselamatan. Jelaskan.*

92. Pertubuhan Meteorologi Dunia (WMO) merekod fasa 2011 hingga 2020 adalah
dekad paling panas yang pernah dicatatkan. Huraikan kesan-kesan peningkatan suhu
dunia dan penglibatan Malaysia dalam menangani isu ini di peringkat global.*

93. Sejak dulu, penggunaan vaksin menjadi keperluan utama dalam menangani
penyakit berbahaya kerana keberkesanannya. Namun dalam situasi terkini,
kebanyakkan negara berhadapan dengan cabaran dalam usaha memastikan
rakyatnya mendapat vaksin Covid19. Bincangkan.*

94. Pemimpin yang bijak akan mengutamakan hubungan diplomatik demi


kepentingan negara. Jelaskan aktiviti yang boleh dilakukan oleh Malaysia untuk
menjalinkan hubungan diplomatik.*

95. Warga asing memainkan peranan yang penting dalam membangunkan ekonomi
sesebuah negara. Huraikan.*

96. Penguatkuasaan yang lemah merupakan salah satu faktor yang membawa
kepada berlakunya masalah penyeludupan antara Malaysia dan negara jiran.
Pelbagai kesan akan timbul ekoran daripada masalah ini.*
97. Dasar luar yang diamalkan sehingga kini telah meletakkan Malaysia sebagai
sebuah negara yang dihormati. Jelaskan.

98. Masalah penyeludupan barang dan hidupan liar merentasi sempadan negara
Malaysia dan negara jiran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor. Huraikan.

99. Malaysia terlibat secara aktif dalam beberapa persidangan yang berkaitan
dengan isu gas rumah hijau. Bagaimanakah Malaysia boleh membantu
mengurangkan pelepasan gas rumah hijau?

You might also like