You are on page 1of 6

Ruj. Kami : JPK.SPPK.US.

600-4/2/19 (46)
Tarikh : 19 September 2021

Tuan Pegawai Pendidikan Daerah


Tuan Pengetua / Tuan Guru Besar
Sekolah - Sekolah Negeri Kedah

Tuan,

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSK e-CHALLENGE 2021 JABATAN PENDIDIKAN


NEGERI KEDAH

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara yang tersebut di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan), Jabatan


Pendidikan Negeri Kedah akan menganjurkan Kejohanan Merentas Desa MSSK e-Challenge
secara dalam talian. Maklumat pertandingan adalah seperti berikut:

Pendaftaran Penyertaan : 22 – 28 September 2021


Penghantaran Bahan : 29 September – 7 Oktober 2021
Masa : Mengikut kesesuaian peserta
Tempat : Persekitaran rumah masing-masing yang selamat

3. Sehubungan itu, Sektor Pembangunan Murid Jabatan Pendidikan Negeri Kedah mohon
kerjasama pihak tuan/puan untuk membuat hebahan kepada murid yang berkenaan bagi
menyertai kejohanan ini. Syarat dan peraturan kejohanan ini boleh dirujuk pada lampiran A yang
dibekalkan atau layari pautan https://sites.google.com/view/pmdec2021/home

4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini, pihak tuan/puan boleh menghubungi


Penolong PPD Unit Pembangunan Bakat Murid Daerah atau PTPS Merentas Desa daerah
masing-masing (rujuk lampiran A).

Segala perhatian dan sokongan tuan berhubung perkara ini amat dihargai.

Sekian, terima kasih.


“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI AHMAD SHUKRI BIN SHAFIE)


Timbalan Pengarah Pendidikan (Pembangunan Murid)
b.p. Pengarah Pendidikan Kedah
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

s.k.:
1. Pengarah Pendidikan Negeri Kedah

RMD: Surat Sukan Secara Atas Talian\Hebahan Merentas Desa.Docx


Lampiran A

Ruj. Kami: JPK.SPPK.US.600-4/2/19 (46) Tarikh: 19 September 2021

KEJOHANAN MERENTAS DESA MSSK e-CHALLENGE 2021


JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH

1.0 MAKLUMAT PERTANDINGAN


Pendaftaran Penyertaan : 22 – 28 September 2021
Penghantaran Bahan : 29 September – 7 Oktober 2021
Masa : Mengikut kesesuaian peserta
Tempat : Persekitaran rumah masing-masing yang selamat

2.0 SYARAT DAN PERATURAN PENYERTAAN


01. Penyertaan terbuka kepada murid sekolah rendah dan menengah yang berdaftar
dengan JPN Kedah mengikut kategori yang ditetapkan.
02. Program ini dijalankan secara individu, tidak berbentuk pertandingan.
03. Setiap peserta hanya boleh menghantar satu penyertaan sahaja namun tiada had
maksima diberikan kepada sekolah atau daerah untuk menghantar peserta.
04. Setiap peserta hanya dibenarkan menyertai mengikut kategori umur iaitu:
a. Kategori Sekolah Rendah: Darjah 6 (L & P)
b. Kategori Sekolah Menengah: Tingkatan 5 & Tingkatan 6 Atas (L & P)
05. Kategori dan Jarak Larian:

Kategori Umur Jantina Jarak (KM)


Murid Sekolah Lelaki 3.0
Darjah 6
Rendah Perempuan 3.0
Lelaki 5.0
Murid Sekolah Tingkatan 5
Menengah Tingkatan 6 Atas Perempuan 5.0

06. Trek larian


a. Kawasan kejiranan
b. Bebas, selamat, bersesuaian dan tidak bersesakan.
c. Looping course atau trek ulang pusingan (contoh: padang awam) dibenarkan.
d. Peserta digalakkan memilih laluan yang paling mudah untuk menjalankan
aktiviti larian.
07. Peserta perlu merekod jarak dan masa larian dengan menggunakan aplikasi
Strava dan Adidas Runtastic di telefon atau peranti pintar.
Ruj. Kami: JPK.SPPK.US.600-4/2/19 (46) Tarikh: 19 September 2021

08. Peserta perlu tangkap layar (screenshot) masa larian terbaik di aplikasi larian
dan muat naik (upload) gambar tersebut dilink yang akan disediakan oleh urus setia
sebagai bukti larian.

3.0 Sijil Dan Hadiah Pertandingan


1. Sijil penyertaan akan diberikan kepada peserta yang berjaya melengkapkan larian.
2. Cara pemberian sijil kepada peserta akan diuruskan oleh pihak penganjur mengikut
kesesuaian keadaan dan situasi semasa.

4.0 Pakaian, Peralatan Dan Teknikal

1. Pakaian:
a. Peserta diwajibkan berpakaian sukan yang bersesuaian, lengkap dan
selamat.
b. Pemakaian pakaian yang beridentitikan sekolah amat digalakkan.

2. Peralatan:
Semua peserta wajib menggunakan:
a. Telefon atau peranti pintar yang mempunyai aplikasi larian (running apps)
seperti Strava dan Adidas Runtastic.
b. Aplikasi boleh dimuat turun melalui Play Store.
c. Kegagalan menyediakan aplikasi seperti mana yang terkandung dalam
syarat pertandingan boleh menyebabkan penyertaan dibatalkan.

3. Teknikal:

01. Peserta perlu menghabiskan jarak larian yang telah ditetapkan dalam satu larian
sahaja (Tidak boleh sambung larian).
02. Peserta boleh membuat beberapa kali larian dan memilih masa yang terbaik untuk
dihantar kepada pihak penganjur. Peserta hanya dibenarkan menghantar sekali
penyertaan sahaja kepada pihak penganjur.
Ruj. Kami: JPK.SPPK.US.600-4/2/19 (46) Tarikh: 19 September 2021

03. Semua peserta perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dan garis
Panduan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan
Kementerian Pendidikan Malaysia semasa melakukan larian.
04. Keselamatan dan pematuhan SOP adalah tanggungjawab sendiri.
05. Murid mesti mendapat kebenaran daripada ibu bapa/penjaga dan dalam pemantauan
ibu bapa / penjaga / guru.
06. Murid perlu mengisi borang kebenaran ibu bapa/ perakuan kebenaran ibubapa
melalui link Google Form yang disediakan.
07. Peserta bebas untuk memilih dan menentukan lokasi serta permukaan larian tetapi
larian di atas treadmill tidak dibenarkan.
08. Peserta perlu merekodkan larian dengan memuat turun aplikasi Strava dan Adidas
Runtastic.
09. Semua bukti larian perlu dimuat naik ke dalam link yang disediakan. Gambar yang
dimuat naik perlulah mengandungi butiran seperti jarak, purata kelajuan dan masa
larian.
10. Hadiah untuk pemenang tidak akan disediakan tetapi peserta yang menghantar bukti
larian akan menerima sijil penyertaan peringkat kebangsaan.
11. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan penyertaan jika jawatankuasa teknikal
mendapati terdapat unsur-unsur penipuan dalam larian.
12. Keputusan pengadil adalah muktamad. Sebarang rayuan tidak akan dilayan.

5.0 PEMBATALAN PENYERTAAN PESERTA

1. Peserta yang tidak berjaya menamatkan jarak larian yang ditetapkan.


2. Peserta tidak menghantar evidens atau bukti larian dalam masa yang ditetapkan.
3. Peserta tidak menghantar borang kebenaran waris dalam link yang disediakan.
4. Peserta gagal mematuhi:
4.1 SOP yang ditetapkan,
4.2 Syarat dan peraturan pertandingan,
4.3 Sebab-sebab lain yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada peserta dan boleh
menimbulkan keraguan dan kesukaran kepada pihak penganjur.
Ruj. Kami: JPK.SPPK.US.600-4/2/19 (46) Tarikh: 19 September 2021

6.0 PENDAFTARAN DAN PENGHANTARAN BUKTI PENYERTAAN


1. Peserta boleh membuat pendaftaran dan penghantaran bahan bukti larian ke laman web
berikut:

https://sites.google.com/view/pmdec2021/home
2. Sebarang pertanyaan sila hubungi PTPS daerah masing-masing di talian berikut:

BIL NAMA NO. TELEFON DAERAH


1 Rosli Abdul Halim 0194115275 PTPS Negeri
2 Affandi Bin Muhammad 0134881709 Kota Setar
3 Mohd Shukri Bin Abdullah 0174310394 Kubang Pasu
4 Ahmad Shafie Bin Ghazali 0195582828 Padang Terap
5 Muhammad Zahir Bin Muhammad 0135381730 Pendang
6 Mohd Syawalludin Bin Osman 0164264886 Sik
7 Noor Hisyam Bin Kassim 0194977242 Baling
8 Ramachanderan A/L Marudayah 0134064883 Kulim Bandar Baharu
9 Mohd Zainal Bin Mat Isa 0126788101 Kuala Muda Yan
10 Che Musalmah Bt Azmi 0129853120 Langkawi

3. Kejohanan Merentas Desa e-Challenge dikelolakan oleh Pejabat Pendidikan Daerah Kubang
Pasu. Sebarang pertanyaan berkaitan sistem kejohanan tuan/puan boleh merujuk terus kepada
pengelola di alamat berikut:

Alamat: Unit Sukan, Pejabat Pendidikan Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, Kedah.

Pegawai yang dihubungi:


1.En. Ridzuan bin Ibrahim
Penolong Pengawai Pembangunan Bakat Murid
PPD Kubang Pasu
No Telefon – 0124073835
2. En. Shamsudin bin Aroff
Pengetua,
SMK Bandar Baru Sintok,
06010 Changlun,
Kedah Darul Aman.
No. Telefon -04924605
3. En. Mohd Sukri Bin Abdullah
PTPS Merentas Desa Daerah Kubang Pasu
No- Telefon - 0174310394

You might also like