You are on page 1of 3

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN EKONOMI

KAPITALISME DI AMERIKA SYARIKAT


Perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat bermula selepas tamat Perang
Amerika dengan Britain (1812) dan Perang Saudara (1861-1865). Kestabilan politik
menyebabkan golongan kapitalis melaburkan modal dalam sektor perindustrian. Perkembangan
ini menyebabkan bermula Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat mulai 1860-an hingga
1914.

FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN SISTEM EKONOMI KAPITALISME


DI AMERIKA SYARIKAT
Menjelang pertengahan abad ke-19 M, sistem ekonomi kapitalisme berkembang pesat di
Amerika Syarikat terutama dalam sektor perindustrian. Terdapat beberapa faktor yang
mendorong pertumbuhan sistem ekonomi kapitalisme dan pertumbuhan sektor perindustrian di
Amerika Syarikat. Antara faktor tersebut adalah seperti berikut:

1. Kekayaan sumber asli


Amerika Syarikat ialah negara yang luas dan mempunyai banyak sumber kekayaan
seperti arang batu, besi, keluli, dan minyak. Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat menjadi
pengeluar utama arang batu dunia. Sebahagian besar daripada pengeluaran arang batu di
Amerika Syarikat disumbangkan oleh Pennsylvania. Kekayaan sumber asli merupakan faktor
utama yang mendorong perkembangan kapitahisme di Amerika Syarikat.

2. Tenaga buruh yang ramai


Amerika Syarikat juga mempunyai bekalan tenaga buruh yang ramai. Tenaga buruh yang ramai
merangsang pertumbuhan sektor perindustrian yang memerlukan pekerja yang ramai. Bekalan
tenaga buruh yang ramai telah menyediakan permintaan untuk basil keluaran negara.

3. Imigrasi buruh dalam negara dan kehadiran buruh asing


Kehadiran buruh dan luar negara dan perpindahan buruh dalam negara menyediakan bekalan
tenaga buruh yang mencukupi. Undang-undang Buruh Kontrak 1864 menggalakkan
kedatangan buruh ke Amerika Syarikat. Undang-undang ini menyebabkan kemasukan ramai
buruh dari Chinayang terlibat dalam pembinaan landasan kereta api.

Pertumbuhan bandar-bandar menyebabkan penduduk berpindah dan luar bandar ke kawasan


bandar. Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan penduduk di bandar-bandar
pelabuhan seperti New York, Chicago dan Boston.

4. Kemajuan teknologi
Kemajuan dalam bidang teknologi menyebabkan banyak ciptaan baru muncul di Amerika
Syarikat oleh pencipta-pencipta terkenal di Amerika Syarikat. Antara pencipta terkenal dan hasil
ciptaan mereka adalah seperti Samuel F. B. Morse (telegraf), Graham Bell (telefon), Thomas
Alva Edison (elektrik), Henry Ford (kereta) dan Wilbur dan Orville Wright (kapal terbang).
Pada tahun 1900, syarikat-syarikat di Amerika Syarikat telah mengeluarkan 40 000 buah kereta.
Selain itu, muncul kaedah baru untuk menghasilkan besi dan keluli secara besar-besaran.

5. Teknik pemasaran
Di samping itu muncul teknik pemasaran baru iaitu barangan dihantar melalui pos yang
diuruskan oleh syarikat penghantaran. Syarikat penghantaran yang terkenal ialah Roebuck
and Company dan Montgomery Ward yang diasaskan pada tahun 1872.
Sistem ini boleh dimajukan kerana kemajuan dalam sistem pos dan jalan kereta api.
Perkembangan ini menyebabkan barangan dapat dihantar dengan cepat dan diterima oleh
penduduk di bandar dan luar bandar.
Selain itu, muncul gedung-gedung perniagaan besar dan terkenal di Amerika Syarikat yang
menawarkan pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan seperti Macy (New York), Filene
(Boston), Marshall Field (Chicago) dan Wannamaker (Philadelphia).
Dalam pada itu muncul sistem pengiklanan untuk mempromosikan barangan yang dihasilkan
oleh industri. Agensi pengiklanan yang terawal yang terawal ditubuhkan oleh Francis Wayland
Oyer.
Ekspo perdagangan juga diadakan untuk memasarkan barangan yang dihasilkan oleh kilang.
Sebagai contoh Ekspo Antarabangsa Columbia yang diadakan di Chicago pada tahun 1893
menarik 27 juta pengunjung. Dalam ekspo perdagangan tersebut banyak barangan baru telah
diperkenalkan kepada pengguna.

6. Pengangkutan jalan air

Sungai merupakan jalan pengangkutan utama untuk menggerakkan barangan. Pengenalan


kapal wap telah merancakkan perkembangan ekonomi Amerika Syarikat. Pada tahun 1807,
kapal wap Robert Fulton yang dinamakan Clermont melakukan pelayaran pertama di Sungai
Hudson. Kapal wap boleh mengangkut barangan dan manusia dengan cepat dan cekap.

7. Pembinaan terusan
Terusan telah muncul sebagai kaedah pengangkutan utama kepada penduduk Amerika
Syarikat. Terusan didapati lebih cekap untuk menggerakkan barangan berat berbanding dengan
jalan raya. Antara terusan yang terkemuka di Amerika Syarikat ialah Terusan Erie di New York.
Terusan ini dibina pada tahun 1825 yang berkeluasan 40 kaki dan 360 batu panjang. Terusan ini
mengurangkan kos
untuk menggerakkan
barangan
dan mengurangkan jarak
perjalanan daripada 20 hari kepada 6 hari. Terusan ini menjadikan kota New York sebagai
pelabuhan terkemuka di Amerika Syarikat. Negeri-negeri lain seperti Pennsylvania, Ohio dan
Indiana juga melabur dalam pembinaan terusan.
Kerajaan berperanan mengambil langkah-langkah untuk memajukan sektor perindustrian
seperti melindungi industri tempatan dengan mengenakan duti yang tinggi bagi barangan
import, menstabilkan mata wang, memperkenalkan sistem tarif yang sesuai, mengamalkan
dasar imigrasi yang Ionggar untuk menggalakkan penghijrahan penduduk, mengadakan sistem
bank kebangsaan, meluluskan beberapa akta untuk menggalakkan penggunaan tanah awam
oleh syarikat-syarikat, dan memperuntukkan sumber kewangan yang besar untuk memajukan
sistem pengangkutan.

You might also like