You are on page 1of 15

HSM 210/3 SEJARAH SOSIOEKONOMI MALAYSIA

SIDANG AKADEMIK 2019/2020


SEMESTER 2

NAMA : NURUL SUHAIDAH BT KHAIROL ADHAR


NO MATRIK : 143296
NO KAD PENGENALAN : 980406-08-5574
PUSAT PENGAJIAN : ILMU PENDIDIKAN
NAMA PENSYARAH : DR NORASMAHANI HUSSAIN
TARIKH PENGHANTARAN : 15 NOV 2020

SOALAN 2
FAKTOR EKONOMI IALAH FAKTOR UTAMA DALAM PERLUASAN KUASA

BRTISH KE TANAH MELAYU SELEPAS 1870. TERANGKAN PERNYATAAN INI.


ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 2

2.0 Perbincangan

2.1 Faktor Ekonomi


3-12
2.2 Faktor Anarki

2.3 Faktor kemanusiaan

3.0 Kesimpulan
12
4.0 Bibliografi 13-14

1
1.0 PENGENALAN

George Nadel dan Perryy Curtis mentakrifkan imperialisme secara umum sebagai

perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak, politik atau ekonomi,

oleh sesuatu kerajaan, bangsa atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat lain. 1

Imperialisme dapat dibahagikan kepada dua iaitu imperialisme lama dan imperialisme baru

yang mempunyai pandangan yang berbeza.

Hobson meletakkan tahun 1870 sebagai penanda aras berlakunya perpisahan ideologi

antara imperialisme lama dan imperialisme baru. 2 Beliau mengetengahkan faktor ekonomi

merupakan faktor utama dalam perluasan kuasa-kuasa Eropah sehingga mengatakan bahawa

perlumbaan dan persaingan antara negara-negara Eropah merupakan satu fenomena yang tidak

pernah wujud di dalam sejarah dunia sebelumnya. 3 Dalam penulisan Imperialism, the

Permanent Stage of Capitalism mengatakan “Hobson held that the taproot of imperialism was

economic: It is this economic condition of affairs [underconsumption] that forms the taproot

of imperialism.”4 Lenin turut sependapat dengan Hobson bahawa faktor ekonomi merupakan

faktor signifikan dalam menjalankan imperialisme walaupun berbeza sedikit daripada

Hobson.5

Dalam perbincangan ini, saya bersetuju dengan pandangan yang dikemukakan oleh Hobson

dan berpendirian bahawa faktor utama dalam perluasan kuasa British ke Tanah Melayu selepas

1870 ialah faktor ekonomi. Penulisan ini turut membincangkan sebab musabab pandangan

imperialisme lama ditolak yang menyatakan bahawa faktor imperialisme berlaku kerana faktor

ekonomi, agama dan kemanusiaan.

1
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain (Petaling Jaya:
Fajar Bakti Sdn.Bhd, 1990), hlm. 2.
2
Ibid, hlm. 5
3
Ibid, hlm. 5
4
Herb Addo, Imperialism: The Permanent Stage of Capitalism (Japan: The United Nations University, 1986),
hlm. 65.
5
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, hlm. 7.

2
2.0 PERBINCANGAN
2.1 FAKTOR EKONOMI
Saya berpendapat bahawa faktor dominan dalam perluasan kuasa British ke Tanah Melayu

selepas 1870 adalah faktor ekonomi. Hal ini melihat kepada keadaan yang berlaku di Eropah ,

sumber-sumber yang diperlukan oleh British untuk kelangsungan ekonominya serta

penggunaan pengangkutan berteknologi moden serta laluan pintas merupakan antara

pendorong tindakan British untuk melaksanakan imperialisme.

Revolusi perindustrian di Eropah berlaku dalam beberapa peringkat perkembangan

bermula pada pertengahan abad ke-18 hingga pengakhiran abad ke-19 dan awal abad ke-20.6

Secara ringkasnya, revolusi perindustrian merupakan peralihan kegiatan yang berasaskan

tenaga manusia dan binatang kepada penggunaan mesin (jentera).7 Keadaan ini membolehkan

kilang-kilang industri dibina dengan lebih banyak dengan adanya penggunaan kuasa wap serta

tidak perlu lagi dibina di kawasan perairan untuk mendapatkan kuasa hidraulik terutamanya

dalam bidang industri tekstil. 8 Kenyataan ini dapat dibuktikan oleh Marx dalam buku

Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara lain apabila menyatakan ekonomi Britain maju

selangkah lagi kerana digerakkan oleh industri-industri besar, jentera wap dan kilang-kilang

gergasi.9 Selaras dengan perkembangan ini sudah pasti adanya penambahbaikan dalam sektor

pengangkutan seperti yang dinyatakan oleh Robert C. Allen seperti berikut:

By the mid-19 century, mechanization was spreading across most of British


industry. The continual revolutionizing of the mode of production and
transportations is the greatest legacy of the Industrial Revolution.10
Perkembangan ekonomi pesat yang berlaku di Eropah serta pengangkutan yang lebih baik

tercipta menyebabkan berlaku perlumbaan dan persaingan negara-negara Eropah untuk

6
A&E Television Networks, Industrial Revolution (New York: AENETWORKS.COM, 2015), Diakses dalam
https://www.history.com/topics/industrial-revolution/industrial-revolution
7
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, hlm. 60.
8
Ibid, hlm. 61
9
Ibid, hlm. 20
10
Robert C. Allen, The Industrial Revolution: A Very Short Introduction, (UK: Oxford University Press, 2017),
hlm. 35.

3
mendapatkan tanah jajahan di Afrika dan Asia bagi mendapatkan sumber bahan mentah serta

mencari tempat pasaran yang baru.11 Weld melihat Tanah Melayu sebagai tempat yang mampu

untuk mengembangkan modal dan industri serta perdagangan British.12 Menjelang tahun 1860-

an, Britain memerlukan bahan bijih timah bagi pemprosesan makanan dalam tin untuk

dibekalkan kepada tentera British ekoran terlibat dengan peperangan serata dunia. 13 Bukan

bijih timah sahaja malah Tanah Melayu turut kaya dengan hasil galian yang lain seperti emas,

tembaga, perak selain mempunyai tanah yang subur dan sesuai untuk pelbagai jenis tanaman

seperti pokok cengkih, lada hitam, pokok pala dan pelbagai tumbuhan yang dapat

menghasilkan rempah ratus yang amat berharga pada waktu itu yang menarik perhatian negara

Barat.14

Selain daripada faktor bahan mentah, terdapat faktor lain yang menjadi pemangkin aktiviti

imperialisme ini iaitu pembukaan terusan suez. Terusan Suez telah dibuka pada tahun 1869

dan berfungsi memendekkan perjalanan ke Timur dengan menghubungkan Laut Tengah dan

Laut Merah.15 Menurut United States Congres Senate Committee on Commerce, the use of the

Suez Canal saves thousands of miles in sea distance and weeks in sea time.16 Jarak perjalanan

dari Eropah ke Timur yang lebih pendek serta penggunaan pengangkutan kapal berkuasa wap

menjadikan ekspedisi meluaskan tanah jajahan dapat dilakukan dengan baik. Hal ini kerana

kapal berkuasa wap dapat digunakan pada bila-bila masa dan tidak perlu bergantung terhadap

11
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, hlm. 60. Lihat juga
Deyna Parvanova, ‘The Industrial Revolution Was The Force Behind The New Imperialism, ESSAI, 15 (2017),
96-99 (hlm. 98)
12
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, hlm. 160.
13
Mohamad Rashidi Pakri dan Nik Haslinda Nik Hussain, Klian Intan: Perlombongan Bijih Timah dan
Perkembangan Sosioekonomi (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2017), hlm. 80.
14
Raja Masittah Raja Ariffin, ‘Konsep Merantau Ke Alam Melayu: Serampang Banyak Mata’, International
Journal of the Malay World and Civilisation, 1:2 (2013), 115-125 (hlm. 118)
15
Christopher T. Sichko, ‘The Influence of The Suez Canal on Steam Navigation,’ April 5, 2011, Dimuat turun
dalam file:///C:/Users/USER/Downloads/theInfluenceOfTheSuezCanalOnSteamNavigation.pdf
16
Committee on Commerce, Florida Ship Canal: Hearings Before the Committee on Commerce, United States
Senate Seventy-sixth Congress First Session on S. 1100 a Bill for the Completion of the Construction of the
Atlantic-Gulf Ship Canal Across Florida (U.S : Government Printing Office, 1939), hlm. 336.

4
tiupan angin seperti kapal kayu yang digunakan sebelum penghasilan enjin wap. 17 Menurut

Robert C. Allen dalam The Industrial Revolution: A Very Short Introduction:

The steam engine was developed to drain coalmines and the first railed ways were
constructed in collieries to bring out the coal.The early development of Britain's
coal resources underpinned an essential trajectory of technological advance.18

Berdasarkan penerangan tersebut, perkara yang dapat disimpulkan bahawa kedatangan

Britain ke Tanah Melayu memang bersandarkan faktor ekonomi yang menjadi satu pegangan

atau prinsip utama mereka. Kita dapat lihat bagaimana revolusi perindustrian yang berlaku di

Eropah membawa pembaharuan dalam bidang teknologi seperti penghasilan pengeluaran yang

lebih banyak, enjin berkuasa wap yang digunakan dalam sektor perkapalan serta aspek-aspek

lain. Kenyataan ini dapat diperkukuhkan melalui penjelasan Allan Thompson iaitu:

Ia melibatkan satu transformasi kehidupan ekonomi daripada suatu yang berpusat


di sekitar pertanian kepada ekonomi industri kota, dan ia juga berkait rapat dengan
satu-satunya perubahan sosial, politik dan intelektual yang amat luas
jangkauannya.19

Seiring dengan perubahan corak ekonomi yang berlaku di negara-negara Eropah telah

menggalakkan golongan kapitalis dan bank-bank Eropah mencipta imperialist adventures, atau

keadaan-keadaan yang dirasakan sesuai untuk melibatkan kerajaan mereka. 20 Berdasarkan

pernyataan ini kita dapat menyimpulkan bahawa golongan-golongan inilah yang merancakkan

aktiviti imperialisme bagi keperluan-keperluan ekonomi dan menggunakan alat-alat kerajaan

demi kepentingan masing-masing.

17
Mohamed Aliff dan Baszley Bee, ‘Perkembangan Teknologi Enjin Kapal Wap Di Borneo Utara 1883
Sehingga 1950 (The Evolution Of Steamship Engine In North Borneo 1883-1950)’, Borneo Research Journal,
11(2017), 29-45 (hlm. 30)
18
Robert C. Allen, The Industrial Revolution: A Very Short Introduction, hlm. 62.
19
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, hlm. 60.
20
Ibid, hlm. 4

5
Selain itu, jika tiada pembukaan terusan Suez sudah pasti imperialisme tidak dapat

dilaksanakan dengan begitu lancar rentetan perlu melalui jalan air yang lebih jauh dan

memakan masa. Secara amnya dapat dilihat dengan jelas bahawa terdapat faktor penolak dan

faktor penarik yakni walaupun Britain mempunyai teknologi dan ilmu yang lebih tinggi namun

mereka kekurangan sumber-sumber dan mesti dipenuhi dengan mengambil langkah melakukan

penjajahan. Namun, semua perkara tersebut tidak akan berjaya tanpa adanya desakan dan

asakan dalam sektor ekonomi yang menjadi asbab utama perluasan kuasa British.

2.2 FAKTOR ANARKI

Menurut PRPM, anarki bermaksud keadaan tidak ada atau tidak berasaskan undang-undang

(ketertiban umum atau pemerintahan yg teratur). 21 Persoalannya adakah faktor anarki yang

berlaku di Tanah Melayu merupakan faktor utama yang mendorong Britain keluar menjajah?

Adakah Britain dengan nilai kemanusiaan benar-benar ingin membantu menamatkan huru-hara

yang berlaku atau dikatakan serampang dua mata? Kegagalan pemerintahan di Perak adalah

suatu yang menarik untuk dibincangkan lantaran Perak merupakan negeri Melayu yang

pertama menerima sistem Residen.22 Peristiwa ini merupakan suatu peluang kepada British

untuk terus melebarkan ‘sayapnya’.

Pada tahun 1870-an, berlaku perebutan takhta dalam pemerintahan Perak yang

melibatkan Raja Muda Abdullah dan Raja Ismail selepas kemangkatan Sultan Ali. 23 Raja

Ismail yang bukan darah berketurunan Perak ditabal sebagai raja walaupun Raja Abdullah yang

lebih layak untuk menerajui pemerintahan rentetan mengikut sistem penggiliran.24 Raja Ismail

mendapat sokongan daripada menteri Larut, Ngah Ibrahim yang merupakan dalang dalam

21
Dewan Bahasa dan Pustaka, Pusat Rujukan Persuratan Melayu (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka,
2017), Diakses dalam http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=anarki
22
Azmi Arifin, ‘Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies And The
Malay Rulers’, Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies, 39:1 (2012), 51-74 (hlm. 55)
23
Ibid.
24
Ibid., 57.

6
pelantikan tersebut dan berhasrat untuk menjadi sultan selepas kemangkatan Raja Ismail.25

Dakwaan ini turut dipersetujui oleh Kay Kim Khoo dalam Taiping: The Vibrant Years , “Raja

Abdullah was not on good terms with Ngah Ibrahim who supported the reigning Sultan

Ismail.”26 Dalam Jurnal Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret

Societies And The Malay Ruler menyatakan bahawa ‘The Splitting up became more alarming

as each side was said to be engaging help from the Chinese triads (namely the Hai San and the

Gee Hin.27 Ngah Ibrahim yang bersikap oportunis lebih memihak kepada kongsi gelap Hai San

bagi mengukuhkan pengaruhnya. 28 Raja Abdullah pula dikatakan mendapatkan sokongan

kongsi gelap Ghee Hin bagi merampas semula kuasa daripada Ngah Ibrahim.29 Pergaduhan

antara kedua-dua pemimpin ini tidak dapat dileraikan oleh Sultan Ismail yang lemah semasa

pemerintahan pada waktu tersebut. 30 Keadaan yang semakin runcing ini menyebabkan

Gabenor Ord dan Leftenan Gabenor Pulau Pinang iaitu Kolonel Anson memaksa mereka untuk

campur tangan dalam perang saudara yang berlaku. 31 Kekacauan ini juga didakwa telah

mengganggu perdagangan British dan menyebabkan peniaga-peniaga Cina di Negeri-negeri

Selat membuat rayuan agar campur tangan atau menjajah Perak bagi menamatkan kekacauan

yang berlaku.32

Berdasarkan pemaparan peristiwa kekacauan pemerintahan Perak yang sering menjadi

benchmark dalam perluasan kuasa British di Perak, saya berpendapat bahawa British hanya

memanfaatkan kekacauan yang berlaku sebagai alasan semata-mata untuk meluaskan pengaruh

25
Ibid., 55.
26
Kay Kim Khoo, Taiping: The Vibrant Years, (University of Michigan: OFA Desyne for the Taiping Tourist
Association, 2003), hlm. 29.
27
Azmi Arifin, ‘Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies And The Malay
Rulers’, hlm. 54.
28
Victor Purcell (terjemahan oleh Nik Hasnaa), Orang-orang Cina di Tanah Melayu (Johor: Universiti Teknologi
Malaysia, 1997), hlm. 115.
29
Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin, Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan
Kemerdekaan, (Pulau Pinang: USM, 2016), hlm. 75.
30
Ibid.
31
Ibid.
32
Ibid.

7
dan bijak memanipulasi keadaan waktu itu dengan menuding kesalahan terhadap Perak.

Menurut F.A Swettenham dalam The Real Malay:

‘…some kind of internal struggle for power, for place, or for the sheer pleasure of
fighting, was constantly going on. There was also a strong belief that Malays were
treacherous by nature and pirates by trade, and that there were no special
inducements for a white man to trust himself in such a barbarous country.33

Mereka mempamerkan watak-watak sebagai hero, pelindung, penyelamat dan pro-

melayu untuk mengaburi mata raja-raja Perak walhal mempunyai agenda tersendiri. Di sebalik

campur tangan British dapat dibuktikan adalah bersandarkan kepada kepentingan ekonominya.

Menurut Azmi Ariffin, ‘Perak Rulers were also said to be too weak to exert control on the

chaos, which began to cause danger to British interests in Penang.34 Para kapitalis Eropah-

Cina merupakan orang yang berkepentingan dalam perluasan kuasa British kerana golongan

ini yang terus memanfaatkan pengaruh dan kedudukan dalam pentadbiran British sekurang-

kurangnya sejak tahun 1857 lagi.35 Kenyataan ini diperkukuhan oleh Azmi Arifin iaitu:

‘the truth is that, if anyone were to be called opportunist-other than the British
themselves-it should be the European, Chinese capitalist and the leaders of the
Chinese triads. They took advantage of the Perak’s fiasco to manipulate it to their
own gains through a number of ways…’36

Antara golongan ini adalah Read dan Tan Kim Cheng yang telah mendraf surat dengan

menggunakan nama dan tanda tangan Raja Abdullah memohon pertolongan Gabenor Clarke

menyelesaikan pertelingkahan yang berlaku.37 Tipu daya dan muslihat golongan kapitalis ini

yang merupakan mastermind di sebalik kerancakan perebutan takhta di Perak dan dapat

33
F. A Swettenham, The Real Malay: Pen Pictures, (University of Michigan: J. Lane, 1900), hlm. 8.
34
Azmi Arifin, ‘Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies And The Malay
Rulers’, hlm. 60.
35
Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin, Sejarah Malaysia, Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan
Kemerdekaan, hlm. 72-76.
36
Azmi Arifin, ‘Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies And The Malay
Rulers’, hlm. 6.
37
Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin, Sejarah Malaysia, Wacana Kedaulatan Bangsa, Kenegaraan dan
Kemerdekaan, hlm. 72-76.

8
buktikan melalui Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret

Societies And The Malay Rulers:

Through the plot between the European-Chinese capitalists, the leaders of the
Chinese Secret Societies in Penang and Singapore, who took advantage of Raja
Abdullah’s financial fragility, and their own conspiracy with those in the Colonial
Office, as well as the urge to interfere, Clarke had an inevitable decision to make.38

Pihak British yang bertunjangkan aspek ekonomi terus membawa Tanah Melayu ke

bawah pengaruhnya dengan mengikat perjanjian antara pihak British dengan Raja-raja

Melayu. Pernyataan ini dapat dibuktikan seperti berikut:

Clarke, seeing economic advantages in extending Britain’s control of the tin


markets, negotiated an agreement (known as the Pangkor Treaty and signed on 20
January 1874 that confirmed Abdullah as sultan, replacing Sultan Ismail but also
included a provision that the ruler would govern only on the advice and with the
consent, of an official to be known as the British resident an arrangement that made
Perak a British protectorate and was copied in later British possessions in Malaya
(see Negeri Sembilan; Selangor).39

Oleh itu, perjanjian yang ditemerai antara kedua-dua belah pihak merupakan tanda kejayaan

bagi pihak Britisih dengan membolehkannya meletakkan Residen bagi negeri-negeri

berkenaan namun satu kerugian besar kepada Ngah Ibrahim. Penulisan dalam karya Tengku

Menteri:

Tiba-tiba dia mengeluh dan sedih bila memikirkan betapa Perang Larut telah
menyebabkan dia menanggung kerugian yang besar dan tidak pernah terfikirkannya.
Apa tidaknya, kegiatan perlombongan tidak dapat dijalankan dan cukai-cukai
semakin kurang dikutip.40

Secara rumusannya, kekacauan yang berlaku di Perak merangkumi sistem pentadbiran serta

pergaduhan kongsi Gelap Cina memberikan kesan kepada ekonomi British di Negeri-negeri

38
Azmi Arifin, Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies And The Malay
Rulers’, hlm. 59.
39
Kenneth J. Panton, Historical Dictionary of the British Empire, (United State of Africa: The Rowman &
Littlefield Publishing Group, 2015), hlm. 405.
40
Talib Samat, Tengku Menteri (Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd, 2014), hlm. 519.

9
Selat, kegiatan perlombongan bijih timah terhenti menyebabkan hasil pengeluaran bijih timah

menurun. Ekonomi British yang terjejas memberikan dorongan kepada mereka untuk

mengorak langkah bagi memulihkannya semula dengan memanfaatkan peristiwa yang

berlaku. Jelaslah bahawa faktor ekonomi merupakan punca utama perluasan kuasa British dan

faktor anarki dilihat sebagai faktor sampingan sahaja.

iii) FAKTOR KEMANUSIAAN


The White’s Man Burden atau beban orang putih sering menjadi slogan dalam perluasan

penjajahan British. Bangsa-bangsa Asia dianggap sebagai bangsa jahil, ganas dan tidak

bertamadun. 41 Persoalannya , adakah faktor-faktor kemanusiaan boleh dianggap sebagai

faktor signifikan dalam imperialisme British di Tanah Melayu? Menurut Clarke,

The Malays, like every other rude Eastern nation, require to be treated much more
like children, and to be taught; and this especially in all matters of improvement,
whether in the question of good government and organization, or of material
improvement…42

Melalui kenyataan tersebut menggambarkan bahawa orang British mengganggap bangsa

mereka adalah lebih bertamadun atau superior dan masyarakat Tanah Melayu memerlukan

pertolongan daripada Barat. Clifford dalam Jurnal Jebat :

“I, the European, the white man, belonging to one of the most civilised races in the
Old World; the Malays, civilised too, but after the fashion of unchanging Asia,
which differs so widely from the restless progressive civilisation of the West.43

Mereka turut menzahirkan rasa tanggungjawab untuk membawa Tanah Melayu ke arah yang

lebih baik dengan memainkan karakter sebagai pemimpin. Pertolongan-pertolongan yang

cuba diketengahkan meyakinkan lagi masyarakat Tanah Melayu akan ‘pertolongan’ ini.

41
Abdul Rahman, Azmi Ariffin dan Nazarudin, Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan Indonesia:
Pengamatan Sejarah, (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 2006), hlm. 17.
42
Emily Sadka, The Protected Malay States 1874-1895, (Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1968), hlm. 53.
43
Azmi Arifin, ‘Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies And The Malay
Rulers’, hlm. 60.

10
Contohnya British dianggap sebagai penyelamat keadaan yang berlaku di Perak, Selangor,

Negeri Sembilan. Namun, perjanjian yang dibuat oleh pihak berkuasa British dan pihak-pihak

berkuasa Melayu ialah dengan niat untuk terus membiarkan orang Melayu leka dengan

kehidupan tradisionalnya sewaktu negara mereka sedang dilanda arus ekonomi kapitalis

moden.44

Pada pendapat saya, raja-raja Melayu tidak ubah seperti boneka di mata pihak British.

Memang benar perjanjian yang termeterai antara kedua-dua belah pihak mampu

menyelamatkan keadaan kekacauan waktu itu tetapi memberikan kesan buruk kepada

pemerintahan Melayu dalam jangka masa panjang. Kuasa-kuasa pemerintahan Melayu sedikit

demi sedikit terhakis apabila sebarang keputusan yang hendak dibuat mesti mendapat

persetujuan Residen. Kekalnya kehadiran British bergantung pula kepada adanya raja-raja

Melayu untuk dijadikan benteng penahan daripada ledakan semangat kebangsaan rakyat jelata

Melayu.45

Penerangan di atas merupakan ‘pertolongan-pertolongan’ British daripada sudut

ekonomi dan bagaimana dalam sudut pendidikan? Di Tanah Melayu dibina sebuah sekolah

khas untuk golongan elit. Mereka dilatih untuk menjadi pegawai-pegawai pentadbir British.46

Keadaan ini berbeza bagi orang biasa iaitu hanya pendidikan asas sahaja yang disediakan

seperti kata-kata masyhur seorang pegawai British ‘menjadikan anak nelayan atau petani,

seorang nelayan atau petani yang lebih cekap’. 47 Adakah boleh dikatakan tindakan yang

dilakukan oleh British ini menampakkan sebenar-benar ‘kebaikan’? Saya menolak bahawa

faktor kemanusiaan merupakan faktor utama dalam perluasan kuasa British kerana

pertolongan-pertolongan yang ditawarkan hanyalah memikirkan pulangan dari sudut ekonomi

44
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara Lain, hlm. 95.
45
Ibid, hlm. 96.
46
Ibid, hlm. 204.
47
Ibid, hlm. 205.

11
mereka sahaja. Jika orang Melayu mengganggap pertolongan itu menguntungkan mereka,

benarlah mereka berada dalam ‘permainan’ yang dirancang begitu berhati-hati oleh pihak

British.

3.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan-penjelasan yang dikemukakan, saya berpendirian bahawa faktor

ekonomi merupakan faktor utama dalam imperialisme British. Faktor anarki dan faktor

kemanusiaan hanyalah faktor sampingan sahaja. Faktor dominan ini telah mengukuhkan lagi

kedudukan dan pengaruh British di Tanah Melayu bermula dengan Perak, diikuti dengan

penubuhan Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan kemudiannya Negeri-negeri Melayu Tidak

Bersekutu dan akhirnya seluruh negeri di Semenanjung Tanah Melayu berada di bawah

penguasaan kolonial British. Polisi-polisi yang diperkenalkan oleh pihak British

membolehkan mereka terus mengaut keuntungan di Tanah Melayu semaksima mungkin.

12
4.0 BIBLIOGRAFI

A&E Television Networks. Industrial Revolution. New York: AENETWORKS.COM. 2015.


Diakses dalam https://www.history.com/topics/industrial-revolution/industrial-
revolution.
Abdul Rahman Haji Ismail dan Azmi Arifin. Sejarah Malaysia: Wacana Kedaulatan Bangsa,
Kenegaraan dan Kemerdekaan. Pulau Pinang: USM. 2016.
Abdul Rahman, Azmi Ariffin dan Nazarudin. Nasionalisme Dan Revolusi Di Malaysia Dan
Indonesia: Pengamatan Sejarah. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 2006.
Allen, Robert C. The Industrial Revolution: A Very Short Introduction. UK: Oxford
University Press. 2017.
Azmi Arifin. ‘Perak Disturbances 1871-75: British Colonialism, The Chinese Secret Societies
And The Malay Rulers’. Jebat: Malaysian Journal of History, Politics & Strategic Studies.
39:1(2012): 51-74.
Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad. Kolonialisme di Malaysia dan Negara-negara
Lain. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn.Bhd. 1990.
Committee on Commerce. Florida Ship Canal: Hearings Before the Committee on Commerce,
United States Senate Seventy-sixth Congress First Session on S. 1100 a Bill for the
Completion of the Construction of the Atlantic-Gulf Ship Canal Across Florida. U.S :
Government Printing Office. 1939.
Dewan Bahasa dan Pustaka. Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. 2017. Diakses dalam http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=anarki
Herb Addo. Imperialism: The Permanent Stage of Capitalism. Japan: The United Nations
University. 1986.
Khoo, Kay Kim. Taiping: The Vibrant Years. University of Michigan: OFA Desyne for
the Taiping Tourist Association. 2003.
Mohamad Rashidi Pakri dan Nik Haslinda Nik Hussain. Klian Intan: Perlombongan Bijih
Timah dan Perkembangan Sosioekonomi. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia. 2017.

Mohamed Aliff dan Baszley Bee. ‘Perkembangan Teknologi Enjin Kapal Wap Di Borneo
Utara 1883 Sehingga 1950 (The Evolution Of Steamship Engine In North Borneo 1883-
1950)’. Borneo Research Journal. 11(2017): 29-45.
Panton, Kenneth J. Historical Dictionary of the British Empire. United State of Africa: The
Rowman & Littlefield Publishing Group. 2015.
Parvanova Deyna. ‘The Industrial Revolution Was The Force Behind The New Imperialism’.
ESSAI. 15 (2017): 96-99.
Purcell Victor (terjemahan oleh Nik Hasnaa). Orang-orang Cina di Tanah Melayu. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia. 1997.
Raja Masittah Raja Ariffin. ‘Konsep Merantau Ke Alam Melayu: Serampang Banyak Mata’.
International Journal of the Malay World and Civilisation. 1:2 (2013): 115-125.
Sadka Emily. The Protected Malay States 1874-1895. Kuala Lumpur: Universiti Malaya. 1968.

13
Sichko, Christopher T. The Influence of The Suez Canal on Steam Navigation . April 5,
2011. Dimuat turun dalam
file:///C:/Users/USER/Downloads/theInfluenceOfTheSuezCanalOnSteamNavigation.pd
f
Swettenham F. A. The Real Malay: Pen Pictures. University of Michigan: J. Lane. 1900.

Talib Samat. Tengku Menteri. Selangor: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. 2014.

14

You might also like