You are on page 1of 1

Masyarakat Industri

Konsep :

Masyarakat industri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam bidang


perindustrian.Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian kerja dan bergantung kepada
pengeluaran secara besar-besaran.Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam
pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin. Kemunculan masyarakat
industri bermula selepas tercetus Revolusi Perindustrian di England pada abad ke-l8.Masyarakat
industri telah menggantikan masyarakat agraria yang muncul pada zaman praindustri.Masyarakat ini
terdiri daripada dua golongan, iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Istilah 'masyarakat
industri' mula-mula diperkenalkan oleh seorang tokoh sosialis Perancis, iaitu Saint-Simon.Namun
begitu, idea berhubung dengan konsep masyarakat industri telah muncul lebih awal lagi. Dalam
konteks ini, seorang tokoh berbangsa Scott mengemukakan konsep'masyarakat komersial' dalam
penulisan beliau.Menjelang abad ke-19, tokoh sosiologi terkenal seperti Herbert Spencer, Auguste
Comte, Max Weber, dan Karl Marx menggunakan istilah ini secara meluas.

Latar belakang masyarakat industri Di England

Masyarakat industri mengalami perubahan yang pesat dalam bidang ekonomi iaitu dari kegiatan
ekonomi agraria kepada ekonomi industri yang penggunaan mesin dalam memproses bahan mentah
menjadi barangan siap atau barangan kilang.Perkembangan revolusi ini telah mencetuskan sistem
ekonomi kapitalisme iaitu satu sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian ke
atas aset-aset kilang yang dianggap sebagai modal. Revolusi Perindustrian juga memperlihatkan
England berubah daripada negara agraria (pertanian) kepada negara perindustrian serta
menyebabkan berlakunya pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertambahan penduduk
yang tinggi. Revolusi Perindustrian yang berlaku juga membawa kepada pengenalan kuasa jentera,
sistem kilang dengan pengeluaran yang berlibat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan lagi
pertumbuhan ekonomi dan berlakunya pertambahan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan
baru

Latar belakang masyarakat Di Jerman

Pengenalan Masyarakat industri di Jerman lahir kesan daripada ledakan revolusi industri
selepas di England pada 1860-an hingga 1914. Kesan daripada revolusi ini, kerajaan telah
memberi tumpuan untuk memajukan kemudahan infrastruktur seperti sistem pengangkutan
dan komunikasi. Kerajaan juga mewujudkan lebih banyak kilang bagi menjana pertumbuhan
ekonomi. Pertambahan penduduk juga telah mewujudkan masyarakat yang berorientasikan
industri seperti di kawasan Ruhr, Saxony, Silesia dan Berlin. Bilangan penduduk yang semakin
ramai telah membawa pertambahan dalam peluang pekerjaan di kawasan industri. Longgokan
sumber bahan mentah yang banyak juga menyumbang kepada perkembangan perindustrian
di Jerman seperti arang batu, bijih besi, dan bijih timah di Ruhr, Lorraine dan Silesia pada
abad ke19

You might also like