You are on page 1of 2

CIRI-CIRI MASYARAKAT INDUSTRI ENGLAND

Masyarakat indusrtri merujuk kepada masyarakat yang terlibat dalam


bidang perindustrian. Masyarakat ini dicirikan menerusi pembahagian
kerja dan bergantung kepada pengeluaran secara besar-besaran.
Masyarakat industri merupakan masyarakat yang terlibat dalam
pengeluaran barangan serta perkhidmatan dengan menggunakan mesin.
Kemunculan masyarakat industri bermula selepas tercetus Revolusi
Perindustrian di England pada abad ke-18. Mereka terdiri daripada dua
golongan iaitu pengusaha industri dan pekerja industri. Terdapat
beberapa ciri-ciri masyarakat industri di England.

Antara ciri-ciri masyarakat industri di England ialah kegiatan


ekonomi. Kegiatan ekonomi masyarakat industri tertumpu kepada
pengeluaran barangan secara besar-besaran. Mereka bergantung kepada
sektor perindustrian sebagai sumber pekerjaan dan punca pendapatan
bagi menyara hidup. Mereka juga mempunyai kemahiran dalam
pengendalikan mesin yang digunakan secara meluas dlaam pengeluaran
barangan. Apabila mesin digunakan secara meluas dalam perindustrian,
pekerja kilang beralih ke sektor perkhidmatan. Oleh itu, kegiatan
ekonomi merupakan salah satu ciri-ciri masyarakat industru di England.

Selain itu, ciri-ciri yang kedua ialah mobiliti sosial. Salah satu
fenomena yang ketara dalam masyarakat industri ialah berlaku mobilti
sosial. Perkembangan pesat dalam bidang perindustrian telah
menyebabkan taraf hidup golongan pekerja meningkat. Tambahan pula,
peningkatan dlaam pengeluaran menyebabkan mereka menerima
pendapatan yang tinggi. Hal ini menyebabkan masyarakat dapat
menikmati kehidupan yang mewah. Oleh itu, hal ini telah meletakkan
asas bagi kemunculan golongan kelas menengah dalam masyarakat.

Di samping itu, ciri-ciri yang ketiga ialah kemunculan kelas.


Masyarakat industri terdiri daripada dua kelas iaitu kelas kapitalis dan
kelas pekerja. Kelas kapitalis terdiri daripada pemilik kilang, tuan tanah
dan lain-lain. Dalam masa itu, golongan pekerja amat bergantung
kepada golongsn kapitalis. Pada peringkat awal, proses perindustrian
membawa kesengsaraan kepada rakyat biasa yang bekerja sebagai
buruh di kilang. Selepas berlaku peningkatan dalam pengeluaran,
muncul golongan profesional. Oleh itu, perkembangan ini
menyebabkan taraf kehidupan golongan pekerja meningkat.

Akhir sekali, ciri-ciri yang keempat ialah urbanisasi. Masyarakat


industri merupakan masyarakat yang tinggal di kawasan bandar dan
bekerja di kilang-kilang. Selepas tercetus Revolusi Perindustrian, ramai
penduduk luar bandar berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang.
Fenomena ini menyebabkan lahir proses urbanisasi khususnya di bandar
perindustrian. Perkembangan ini menyebabkan berlaku pertambahan
penduduk secara mendadak di kawasan bandar. Oleh itu, penghijrahan
pekerja secara beramai-ramai telah mengakibatkan kesesakan di kawsan
bandar perindustrian,

Kesimpulannya, masyarakat industri di England mempunyai hubungan


yang rapat dengan perkembangan Revolusi Perindustrian di England.
Perkembangan masyarakat industri di England ini telah membawa kepada
kemunculan  England sebagai kuasa imperialis yang baru pada akhir abad
ke 19.

You might also like