You are on page 1of 12

MASYARAKAT INDUSTRI DI ENGLAND

KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN

KUMPULAN: AINA DAN YASMIN


KESAN EKONOMI
*REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI ENGLAND TELAH MENDATANGKAN PELBAGAI KESAN DALAM BIDANG EKONOMI
KEMAJUAN DALAM SISTEM PERTANIAN
-Sistem pertanian yang berkonsepkan pemagaran tanah untuk mengasingkankawasan tanah yang dimiliki di antara individu.
Kesannya antara tahun 1761 hingga 1793, hampir 5 juta ekar tanah telah dipagar melalui Akta Pemagaran Tanah.

- Sistem Tanaman Bergilir Norfolk telah diperkenalkan pada akhir abad ke-18. Dalam sistem ini tanah pertanian akan digunakan
sepanjang tahun melalui penanaman secara bergilir-gilir dengan jenis tanaman yang berlainan sepertilobak, gandum, barli dan
rumput. Kaedah ini dapat megekalkan kandungan nitrogen dalam tanah dan mengekalkan kesuburan tanah setiap masa

- Petani juga turut memperkenalkan sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri serta menanam rumput dalam kawasan
yang sama.

-Pengenalan teknik penanaman baru dan jentera seperti alat penggali dan penabur benih yang dicipta oleh Jethro Tull-
Pengenalan baja kimia

- Coke of Holkham memperkenalkan sistem pengurusan ladang yang lebih moden dan tebus guna tanah secara heavy
manuring
PERKEMBANGAN DALAM INDUSTRI TEKSTIL

• Perkembangan industri tekstil membawa kepada penciptaan mesin pemintaldan mesin


tenun yang menggunakan kuasa air.
• Perindustrian besi telah membawa kepada kemajuan peleburan besi dengan menggunakan
arang bagi menghasilkan besi tempa
• Pada akhir abad ke-18, kuasa wap tealah digunakan untuk mengendalikan jentera
KEMAJUAN DALAM SISTEM PENGANKUTAN

• Masyarakat industri juga menikmati kemajuan dalam bidang pengangkutan seperti perkapalan, jalan
raya, jalan keretapi dan terusan/sungai.
• Pembinaan kapal menggunakan rangka besi pada 1787 dan penggunakan enjin berkuasa wap pada
1802 menjadikan industri pembuatan kapal semakin berkembang
• Pembinaan lokomotif pada 1801 dan penggunaan minyak tar untuk menurapjalan menjadikan sistem
pengangkutan lebih lancar.
• Landasan kereta api yang moden dibina pada 1825 yang menghubungkan lombong arang batu
Durham di Stockton dengan Darlington merancakkan perindustrian di England
PENGHIJRAHAN DAN PERTAMBAHAN
PENDUDUK
• Masyarakat industri menyumbang kepada pertambahan penduduk. Penduduk England
telah meningkat dengan mendadak antara tahun 1800 hingga 1850 dan lebih separuh
populasi tinggal di bandar-bandar terutamanya London
• Selain itu kemajuan infrastruktur telah menyumbang kepada penghijrahan penduduk dari
luar bandar ke bandar. Antara kawasan yang mengalami pertambahan penduduk yang
pesat ialah Lancashire, Yorkshire dan Nottinghamshire
• Penghijrahan penduduk dari Ireland juga memajukan industri tekstil di England
• Kehidupan penduduk yang semakin berkualiti juga menyebabkan peningkatan jumlah
penduduk yang ketara di negara berkenaan.
PERLUASAN PERDAGANGAN ANTARABANGSA

• Masyarakat industri juga terlibat dalam perdagangan antarabangsa apabila berlaku


pertambahan penghasilan barangan dalam industri pembuatan. Kemajuan dalam industi
tekstil telah menyebabkan pengeksportan kain kapas dari Manchester dan Leeds.

• Demi untuk meningkatkan perdagangan antarabangsa, England telah memansuhkan tarif


import bahan mentah bagi membolehkan barang-barangdieksport ke luar negara.
PERUBAHAN GAYA HIDUP

• Kehidupan bebas masyarakat di bandar membawa kepada pelbagai masalahsosial yang


kritikal seperti keruntuhan moral, kegiatan pelacuran dan perlakuan jenayah dan
sebagainya.

• Justeru masyarakat yang tinggal di bandar harus menyesuaikan cara hidup yang penuh
mencabar dan berlandaskan material dengan lebih berdikari, berilmu pengetahuan dan
mengejar kekayaan
MASALAH PENCEMARAN DAN KESIHATAN

• Industri perkilangan menyebabkan berlakunya pencemaran yang menjejaskan kesihatan


masyarakat
• Pencemaran air menyebabkan merebaknya pelbagai penyakit dan bertambahnya kematian
di kawasan bandar
• Akta kesihatan awam telah ditubuhkan pada 1875 untuk mengurang dan memperbaiki
keadaan kesihatan masyaraka
KEMUNCULAN KELAS BAHARU MASYARAKAT

• Selain kelas pekerja wujud golongan kelas pertengahan yang terdiri daripada pemilik
kilang, peniaga, ahli perbankan, peguam dan jurutera.
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat menyebabkan berlakunya peningkatan dalam
kedudukan dan pendapatan kelas pertengahan
• Golongan ini mempunyai kuasa politik yang berjuang mendapatkan perwakilan di
parlimen untuk menyuarakan kepentingan mereka dalam bidang perdagangan dan
ekonomi
KEMUNCULAN GOLONGAN PROLETARIAT

• Kesan daripada akta Pemagaran Tanah menyebabkan hampir 85% tanah pertanian dikuasai oleh pemajak-
pemajak yang mempunyai modal manakalagolongan petani yang tidak memiliki tanah menjadi buruh untuk
mendapat upah di ladang atau berhijrah ke bandar untuk bekerja di kilang-kilang dan dikenali sebagai golongan
proletariat.
• Pekerja-pekerja ini terdiri daripada pelbagai golongan termasuk wanita dan kanak-kanak yang dibayar upah
minimum dan dipaksa bekerja dalam tempoh yang panjang iaitu 12 jam sehari
• Kebajikan pekerja yang tidak terbela menyebabkan golongan yang tidak berpuas hati dengan majikan telah
mengadakan rusuhan pada tahun 1800 dan masyarakat pekerja dibenarkan untuk menubuhkan Kesatuan sekerja.
• Sehubungan dengan itu beberapa akta telah digubal antaranya Akta Kilang 1833 dan Akta Lombong 1842
KELAHIRAN IDEA IDEA BARU

• Masyarakat industri maju dalam pemikiran apabila melahirkan idea-idea baru yang berupaya
menyumbang kepada keadilan dalam bidang ekonomi dan sosial
• Hasilnya lahirlah pemikir sosialis awal seperti Claude Henri de Saint-Simon yang menyeru
kerajaan agar memiliknegarakan semua kilang, merancang perkembangan ekonomi dan
meningkatkan kebajikan rakyat.
• Manakala pemikir terkenal Robert Owen pula mengatakan bahawa kapitalisme harus bersifat
kemanusiaan dalam mengejar keuntungan. Majikan perlu membayar upah yang tinggi,
mementingkan kebajikan pekerjadan masa bekerja tidak lebih 10 jam sehari.

You might also like