You are on page 1of 23

PENGENALAN

1
1.0 PENGENALAN

Revolusi perindustrian di England pada tahun 1760 hingga 1850 mempunyai banyak

pengertian. Revolusi ini di ertikan sebagai perubahan teknik dan skala pengeluaran yang

semakin besar yakni penggantian penggunaan tenaga manusia kepada mesin serta aktiviti

mengkomersialkan produk yang dihasilkan. Dalam erti kata lain, revolusi perindustrian ini

merupakan suatu proses perubahan pesat dalam kaedah pengeluaran barangan selain

pertanian. Perubahan ini melibatkan penghasilan barangan daripada pengunaan tangan

kepada penggunaan mesin dan proses kimia. Revolusi perindustrian juga memperlihatkan

perubahan dalam penggunaan sumber tenaga. Penggunaan sumber tenaga daripada arang batu

dan kuasa wap kepada sumber tenaga baharu yang menggerakkan mesin-mesin di kilang iaitu

kuasa angin dan air. Perubahan juga berlaku daripada sumber ekonomi utama yang

berasaskan pertanian dan kerja tangan kepada ekonomi yang berteraskan mesin dan

pengeluaran kilang. Zaman revolusi telah mencetuskan sistem ekonomi kapitalisme iaitu satu

sistem ekonomi yang berasaskan pemilikan secara persendirian terhadap harta benda atau

alat-alat pengeluaran seperti kilang, tanah, dan lombong yang dikategorikan sebagai modal.

Malahan, keputusan tentang penggunaan modal dan pengeluaran ditentukan oleh pemilik

modal sendiri. Penggunaan tenaga buruh juga berbayar.

Revolusi perindustrian memperlihatkan perubahan yang berlaku di Britain dan negara lain

daripada negara pertanian kepada negara perindustrian. Perubahan ini menyebabkan

pertumbuhan kadar urbanisasi yang pesat dan pertumbuhan penduduk yang tinggi.

Seterusnya membawa kepada pengenalan kuasa jentera, sistem kilang dengan pengeluaran

yang berlipat ganda, pengumpulan modal yang memesatkan pertumbuhan ekonomi dan

menambahkan bilangan kelas pekerja serta kelas pertengahan. Perkembangan ini mengubah

keadaan penduduk luar bandar yang mana sebahagian besarnya menjalankan bidang

pertanian kepada masyarakat bandar yang terlibat dalam bidang pembuatan (revolusi

2
mekanikal). Revolusi pertanian dan revolusi mekanikal ini kemudiannya dikenali sebagai

revolusi perindustrian. Revolusi pertanian ini merupakan suatu perubahan dalam kaedah

penanaman tanaman bertujuan untuk meningkatkan pengeluaran bagi tujuan komersial

seperti pertanian campuran dan pertanian pusingan. Revolusi mekanikal berlaku dengan

adanya penciptaan pelbagai mesin seperti ‘spinning jenny’, penggunaan kuasa wap dan stim

dan sebagainya.

Peta 1 : England

3
FAKTOR-FAKTOR

4
2.0 FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA REVOLUSI PERINDUSTRIAN

Revolusi perindustrian tidak akan berlaku tanpa adanya faktor-faktor yang menyumbang

kepada kemunculan revolusi perindustrian. Terdapat pelbagai faktor yang membawa kepada

revolusi perindustrian seperti sumbangan revolusi pertanian, bekalan makanan yang

mencukupi, penggunaan teknologi dan semangat keusahawanan yang tinggi yang ditunjukkan

oleh James Watt.

2.1 Sumbangan revolusi pertanian

Salah satu sumbangan revolusi perindustrian terhadap pertumbuhan dan

perkembangan revolusi perindustrian di Britain adalah dari segi penyediaan modal. Para

peladang yang menjadi kaya hasil daripada revolusi pertanian telah melaburkan lebihan

modal mereka dalam bidang perindustrian. Kesediaan mereka untuk melaburkan modal ini

juga menggambarkan perubahan sikap. Mereka sanggup mengambil risiko untuk melaburkan

modal mereka dalam bidang baru yang belum pasti menjanjikan pulangan balik. Oleh hal

yang demikian, revolusi perindustrian berlaku dengan cepat tanpa ada sekatan kewangan.

2.2 Bekalan makanan yang mencukupi

Revolusi perindustrian turut menyediakan bahan makanan untuk menampung

permintaan dan keperluan para pekerja kilang yang semakin meningkat. Dengan terdapatnya

bekalan makanan ini Britain tidak perlu terlalu bergantung kepada pengimportan bahan

makanan dari luar. Oleh hal yang demikian, dana yang dapat diselamatkan itu dapat

dilaburkan bagi membantu pertumbuhan dan perkembangan industri di dalam negara.

5
2.3 Penggunaan teknologi

Revolusi perindustrian berkembang dengan adanya pelbagai penciptaan baharu iaitu

penggunaan mesin bagi menggantikan tenaga manusia atau binatang. Penciptaan ini amat

penting bagi meningkatkan lagi pengeluaran sesuatu barangan sekaligus menyumbang

kepada peningkatan dan perkembangan perindustrian di England. Selain itu, kos pengeluaran

sesuatu barangan itu menjadi lebih murah dengan adanya penciptaan mesin. Hal ini demikian

kerana, penciptaan mesin tidak lagi menggunakan tenaga manusia yang memerlukan kerahan

tenaga yang tinggi tetapi sebaliknya menggunakan mesin. Barangan juga mudah dipasarkan

kepada umum kerana mesin mampu menghasilkan barangan yang berkualiti tinggi sesuai

dengan penciptaannya. Hal ini sekaligus meningkatkan lagi pengeluaran dan penghasilan

mesin-mesin oleh masyarakat di England.

2.4 Semangat keusahawan yang tinggi

Revolusi perindustrian tidak mampu berkembang dengan pesat tanpa adanya

semangat keusahawan yang tinggi dalam kalangan masyarakat di England. James Watt

merupakan salah seorang individu yang mempunyai semangat keusahawan yang tinggi.

Semangat keusahawan beliau ini ditambah pula dengan keupayaan beliau dalam

menghasilkan rekaan yang bagus. Pada tahun 1763, James Watt telah berupaya membaiki

enjin rekaan Thomas Newcomen. Hasilnya enjin itu dapat mengeluarkan tenaga dengan lebih

efisien. Kemudian Watt telah menubuhkan syarikat bersama Matthew Boulton. Menjelang

lewat tahun 1780an, syarikat mereka berjaya mengeluarkan enjin berkuasa wap yang lebih

baik untuk pasaran domestik dan antarabangsa. Usaha mencipta, kegigihan menyelidik, dan

semangat keusahawan yang ditunjukkan oleh Watt inilah yang patut diteladani oleh generasi

masa kini.

6
KEPENTINGAN

7
3.0 KEPENTINGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI ENGLAND

Revolusi perindustrian pada abad ke 18th ini amat penting untuk pembangunan di England.

Terdapat empat kepentingan revolusi perindustrian di England iaitu peralihan daripada

industry desa kepada perkilangan, pengkhususan pekerjaan, penggunaan teknologi sama ada

melalui revolusi pertanian mahupun revolusi mekanikal serta kemajuan sistem perhubungan.

3.1 Peralihan daripada industri desa kepada perkilangan

Sebelum revolusi perindustrian, produk atau barangan telah dihasilkan secara kecil-

kecilan dengan menggunakan tenaga manusia. Apabila terdapat kaedah dan ciptaan baru atau

mesin, maka pengeluaran barangan menjadi lebih banyak dan berlipat kali ganda melebihi

paras keperluan pengusaha itu sendiri. Lebihan produk yang dihasilkan ini telah

diperdagangkan. Secara ringkasnya revolusi ini merangkumi perubahan dalam teknik

pengeluaran, skala pengeluaran yang bertambah besar dan aktiviti mengkomersialkan

barangan yang dihasilkan.

3.2 Pengkhususan pengeluaran

Pembelian mesin memerlukan pelaburan modal yang cukup tinggi. Oleh itu, untuk

mengawal pengeluaran kos, para pemodal tidak dapat melibatkan diri dalam pelbagai bidang.

Hal ini akan menyebabkan mereka terpaksa mengkhususkan dalam sesuatu bidang sahaja.

Misalnya seperti bidang tekstil. Secara tak langsung, para majikan dan pekerja dapat

menimba ilmu dan pengalaman yang banyak untuk menghasilkan tekstil yang berkualiti.

Apabila kuantiti tekstil meningkat, kualiti tekstil juga akan turut meningkat. Hal ini akan

8
membolehkan mereka memasarkan barangan mereka dengan lebih meluas bukan hanya di

dalam negeri malahan di luar negara.

3.3 Penggunaan teknologi

3.3.1 Revolusi pertanian

Melalui revolusi pertanian ini, pelbagai kaedah telah diguna pakai bagi

meningkatkan hasil pengeluaran untuk tujuan dikomersialkan seperti mengadakan

sistem pertanian campuran iaitu menternak biri-biri dan lembu serta menanam rumput

dalam kawasan pertanian yang sama. Hal ini secara tidak langsung telah berjaya

mengatasi masalah bekalan makanan binatang ternakan, khususnya pada musim

sejuk.

Selain itu, mereka turut menjalankan kaedah sistem tanaman bergilir yang

diperkenalkan oleh Lord Townshend. Melalui sistem ini, tanah pertanian digunakan

sepanjang tahun namun ditanam dengan jenis tanaman yang berlainan. Teknik ini

bertujuan bagi menyeimbangkan nutrisi tanah serta mengekalkan kesuburan tanah.

Di samping itu, Blakewell dan Mascagani telah memperkenalkan kaedah baru

untuk mempercepatkan proses pembesaran binatang ternakan. Melalui kaedah

tersebut, mereka berjaya merevolusikan baka biri-biri yang terbaik iaitu baka

Leicestershire.

9
Pada abad ke-18, Jethro Tull telah berjaya mencipta alat penggali dan penabur

benih bagi memudahkan para petani menggali lubang dan menabur benih dalam jarak

yang ditetapkan. Hal ini membolehkan tanaman tumbuh dengan teratur dan

memudahkan petani untuk menggembur serta membersihkan tanah.

Gambar 1 : Alat menabur benih

3.3.2 Revolusi mekanikal

Banyak mesin telah berjaya dicipta menjelang abad ke-18. Kilang yang awal

dibuka adalah kilang pakaian. Pada tahun 1733, John Kay telah berjaya mencipta ‘The

Flying Shuttle’ untuk menenun kain. Pada tahun 1764, James Hargreaves berjaya

mencipta ‘Spinning Jenny’ untuk membuat benang.

10
Gambar 2 : Flying Shuttle

Pada tahun 1767, Richard Arkwright pula berjaya mencipta ‘The Water

Frame’ manakala Edward Cartwrite pula berjaya mencipta mesin tenun pertama yang

menggunakan kuasa air iaitu ‘The Power Loom’.

Penemuan-penemuan mesin ini telah berjaya menghasilkan kapas dengan

lebih cepat dan banyak. Pada 1769, James Watt telah mencipta kuasa wap untuk

digunakan dalam industri.

3.4 Kemajuan sistem pengangkutan

Pakaian dan mesin tidak dapat dibawa dari bandar ke bandar tanpa adanya sistem

perhubungan dan pengangkutan. Oleh hal yang demikian, James Brindley telah membina

rangkaian terowong antara Worsely dan Manchester. Namun, terowong ini tidak cukup

untuk mengangkut barangan. Oleh itu, pada abad ke-19, Thomas Telford telah mencipta jalan

11
dan jambatan. Selain itu, landasan kereta api turut dibina memudahkan aktiviti pengangkutan

barangan seperti arang batu dan logam. Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell telah

berjaya mencipta telefon bagi memudahkan pihak England menyampaikan maklumat.

12
KESAN-KESAN

13
4.0 KESAN-KESAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI ENGLAND

Revolusi perindustrian yang bermula pada abad ke 18 ini telah membawa pelbagai kesan

kepada negara England sama ada dari kesan positif mahupun kesan negatif. Antara kesan

revolusi perindustrian di England adalah berlakunya perluasan perdagangan antarabangsa,

revolusi perindustrian telah dapat mengubah keadaan sesuatu bandar di England, kemunculan

golongan bangsawan atau aristokrat, persaingan dengan mesin sehingga membawa kepada

kemunculan golongan Luddite, berlakunya pengekspoitasian pekerja sama ada lelaki, wanita

mahupun kanak-kanak serta keadaan di tempat kerja yang tercemar dan merbahaya.

4.1 Kesan positif

4.1.1 Perluasan Perdagangan Antarabangsa

Revolusi perindustrian telah meninggalkan kesan positif terhadap

pembangunan negara dan juga masyarakat di England. Dengan adanya revolusi

perindustrian, berlakunya perluasan perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1820-an,

kilang-kilang kapas Manchester dan Leeds telah mengeluarkan keluaran melebihi

permintaan dalam pasaran tempatan. Hal ini telah membawa kepada pengeksportan

kain kapas dari England dan sekaligus menambahkan kekayaan kepada England.

Penggunaan mesin dalam skala besar bagi sektor perkilangan di Britain telah

mnyebabkan limpahan kuantiti barangan industri. Hal ini menyebabkan Britain

terpaksa menggunakan negara-negara koloni bagi mencari pasaran antarabangsa yang

lebih besar berdasarkan kemampuan pengeluaran sektor industrinya. Produk

berasakan kapas merupakan antara produk yang menjadi produk eksport utama

Britain pada pertengahan abad ke-18 dan awal abad ke-19. Revolusi perindustrian

14
telah memberi ransangan kepada Britain untuk bersikap lebih liberal dalam

menjalankan urusan perdagangannya terutamanya dalam melonggarkan duti kastam

dalam sebarang urusan perdagangan antarabangsa.

4.1.2 Mengubah Keadaan Bandar

Selain itu, revolusi perindustrian juga telah mengubah keadaan bandar sebagai

pusat pengkomersialan di mana Manchester dan Glasgow telah dijadikan sebagai

bandar perindustrian. Hal ini menyebabkan munculnya bisnes yang mampu menjadi

faktor utama kepada pembinaan bank, syarikat insurans, kedai-kedai dan juga syarikat

perkapalan.

4.1.3 Kemunculan Golongan Bangsawan

Di samping itu juga, munculnya golongan bangsawan, pemilik tanah,

pedagang, tukang dan petani. Golongan kelas pertengahan ini terdiri daripada pemilik

kilang, peniaga, ahli perbankan, peguan dan jurutera. Golongan ini berkeinginan dan

bersedia menerima risiko untuk mendapatkan kekayaan. Oleh hal yang demikian,

pertumbuhan ekonomi England telah meningkatkan pendapatan dan kedudukan kelas

pertengahan. Kewujudan mereka ini juga telah membawa perubahan yang amat besar

dalam sistem hierarki di Eropah. Mereka bukan sahaja menyebabkan perubahan

dalam masyarakat Eropah tetapi golongan ini juga banyak menyumbang kepada

pendapatan ekonomi negara-negara Eropah. Golongan pertengahan ini berkeinginan

mencuba idea baru dan bersedia menerima risiko dalam urusan perniagaan baru yang

15
diceburi. Semangat dan keberanian golongan pertengahan ini menjadi salah satu

faktor yang menyebabkan bidang industri di Eropah berkembang dengan pesat.

4.1.4 Perkembangan Pertanian Dan Perindustrian sebagai Punca Ekonomi

Ikutan daripada revolusi perindustrian, pertanian kecil-kecilan berubah kepada

besar-besaran. Sistem pengurusan ladang turut menjadi lebih teratur dan penggunaan

jentera pertanian moden turut lebih meluas dan sekaligus meningkatkan hasil

pertanian. Kemudian kegiatan perindustrian mengambil alih bidang pertanian dan

menjadi punca pendapatan utama negara sekaligus menyebabkan kedudukan tuan-

tuan tanah tergugat.

4.2 Kesan negatif

4.2.1 Persaingan Dengan Mesin

Revolusi perindustrian turut menyebabkan kesan negatif seperti pekerja tidak

dapat menyaingi mesin-mesin yang ada. Hal ini menyebabkan berlaku pengangguran.

Penganggur ini melepaskan kemarahan mereka dengan cara merosakkan mesin-

mesin. Mereka ini dikenali sebagai Luddite yang terdiri daripada pekerja-pekerja

mahir dari bahagian penenunan.

16
4.2.2 Penghijrahan Penduduk

Selain itu, berlaku perpindahan dan penghijrahan penduduk dari kawasan

kampung ke kawasan bandar. Hal ini menyebabkan berlakunya masalah sosial di

bandar seperti aktiviti pelacuran dan jenayah. Peningkatan taraf hidup golongan

masyarakat pertengahan telah membawa kepada permintaan pelacuran yang tinggi.

Dianggarkan pada tahun 1840-an, terdapat 7000 hingga 8000 pelacur di Kota London

dan menjelang akhir abad ke-19, London mempunyai 80 000 orang pelacur.

Kebanjiran penduduk akibat imigrasi dan kadar kelahiran yang tinggi di kawasan

industri akhirnya membawa kepada masalah persaingan untuk mendapatkan pekerjaan

yang seterusnya meningkatkan jumlah pengangguran. Kadar pengangguran yang

tinggi akhirnya membawa kepada idea untuk mengemigrasikan penduduk yang

berlebihan ke luar Eropah terutamananya ke wilayah taklukan dan naungan Britain.

4.2.3 Pengekspoitasian Pekerja

Di samping itu, berlaku pengekspoitasian pekerja lelaki dan perempuan.

Pekerja-pekerja kilang mempunyai tempoh masa bekerja yang panjang. Pada

kebiasaanya, seorang pekerja kilang berkerja selama 12 jam sehari dan enam jam tiga

puluh minit pada setiap hari minggu. Manakala upah yang dibayar kepada pekerja-

pekerja ini hanya mencukupi untuk mengisi perut. Keadaan ini membawa kesan yang

buruk kepada masyarakat bawahan di Eropah kerana mereka bukan sahaja tidak

berpeluang untuk memperbaiki hidup tetapi terus berada dalam keadaan terhimpit dan

dibelenggu kemiskinan.

17
4.2.4 Buruh Paksa Kanak-Kanak

Pihak atasan turut menggunakan khidmat buruh kanak-kanak untuk bekerja di

lombong arang batu dan bekerja selama empat belas jam sehari. Kanak-kanak bekerja

dalam keadaan yang berbahaya dan gelap. Kanak-kanak yang bekerja dalam sektor

perkilangan pula menghadapi risiko kehilangan jari. Pada awal tahun 1830-an, 1/3

buruh kanak-kanak yang berumur kurang daripada 21 tahun telah diambil bekerja.

Keadaan ini amat berbeza dengan situasi sebelum zaman Revolusi Perindustrian di

Eropah. Ini kerana para pengusaha kilang ketika itu lebih suka menggajikan pekerja

wanita dan kanak-kanak kerana mereka boleh diberi upah yang rendah. Akibatnya

ahli keluarga golongan bawahan di Eropah pada ketika itu terpaksa berkerja. Mereka

terpaksa berkerja setiap hari dan berkerja dalam jangka masa yang panjang bagi

meneruskan hidup.

Gambar 4 : Buruh Kanak-kanak

4.2.5 Ketidakselesaan Tempat Kerja

Tempat tinggal pekerja juga tidak disediakan dengan baik oleh pengusaha

kilang. Keadaan tempat tinggal yang padat dan tidak menjaga kebersihan mudah

18
terdedah kepada pelbagai jenis penyakit seperti taun dan batuk kering. Oleh itu,

pekerja mengalami kadar kematian yang tinggi dalam usia muda. Penduduk juga

terpaksa menggunakan sumber air yang tercemar akibat pengaliran terus sisa industri

ke sungai atau punca air penduduk menyebabkan pelbagai jenis penyakit

menghinggapi golongan ini. Sampah-sarap tidak dikendalikan dengan sewajarnya

menyebabkan kawasan bandar menjadi kotor. Golongan miskin menternak binatang

seperti babi dan ayam manakala golongan berada memelihara kuda. Binatang-

binatang tersebut dibiarkan berada di jalan dan hal ini memberi risiko penyakit kepada

pejalan kaki yang menggunakan jalan tersebut.

4.2.6 Pencemaran Udara

Pekerja kilang turut terpaksa menghirup udara tercemar dalam kilang dan

dipaksa bekerja mengikut kelancaran mesin. Penggunaan bahan bakar arang batu

secara meluas telah mengakibatkan pencemaran udara yang teruk di Britain. Kilang

dan rumah pekerja berada di lokasi yang sama menyebabkan mereka terdedah secara

langsung dengan pencemaran udara dari kilang industri.

19
KESIMPULAN

20
5.0 KESIMPULAN

Revolusi perindustrian telah membawa kepada perubahan yang cukup ketara dalam

kehidupan masyarakat di England. Revolusi industri yang melanda Eropah pada abad ke-

18 dan ke-19 telah membawa pelbagai impak terhadap perkembangan ekonomi, sosial,

dan politik masyarakat Eropah. Sebelum revolusi industri, kegiatan ekonomi masyarakat

Eropah masih lagi berpusatkan kepada pertanian ataupun industri primer. Namun

demikian, setelah tercetusnya revolusi industri, masyarakat Eropah mula mengorak

langkah ke arah penglibatan dalam kegiatan ekonomi yang lebih pelbagai dan pada ketika

ini industri sekunder dan sektor ekonomi yang melibatkan perlombongan dan perkilangan

semakin berkembang maju. Perkembangan positif dalam kedua-dua sektor ekonomi

tersebut akhirnya turut mempengaruhi perkembangan sosial dan politik di Eropah.

Revolusi industri bukan sahaja telah membentuk corak sosial yang baru di Eropah tetapi

turut memepengaruhi amalan politik masarakat Eropah. Perubahan yang dibawa itu kekal

sehingga ke hari ini di mana kita dapat lihat kemajuan yang dicapai oleh mereka dalam

pelbagai bidang. Sesungguhnya mereka menggunakan ilmu serta sifat ingin tahu mereka

semaksima mungkin bagi mengubah bangsa mereka. Oleh hal yang demikian, kita

seharusnya mengambil contoh sikap mereka agar dapat diasimilasikan dalam kehidupan

seharian.

21
RUJUKAN

22
6.0 RUJUKAN

Mahdi Shuid, Sazlina Othman, Ajurun Begum Ahamed(2012). Teks STPM Sejarah.

Pelangi Bestseller.

PNI Neuron(2010). Masteri Memori Melalui Peta Minda Sejarah. CT Book Makers

Sdn.Bhd.

A+E Networks Corp(2014). Industrial Revolution. Retrieved at 03 November 2014, from

http://www.history.com/topics/industrial-revolution.

British Museum (2008). The Industrial Revolution. Retrieved at 10 November 2014 from

www.britishmuseum.org

Shun Mandy (2012). Kesan Revolusi Pertanian & Revolusi Perindustrian di Eropah.

Retrieved at 24 Oktober 2014 from www.akusukasejarah.com

Suko Yusof (2012). Revolusi Perindustrian di Eropah. Retrieved at 12 November 2014

from sukosenseiworldhist.blogspot.com.

23

You might also like