You are on page 1of 12

JELASKAN PERUBAHAN EKONOMI DI

AMERIKA SYARIKAT PADA ABAD KE-19.

Tema 3 : Kemajuan dan Pembangunan


Perkembangan Ekonomi
Pendahuluan
1.
Menjelang abad ke-19, Amerika Syarikat telah mengalami pertumbuhan
ekonomi yang amat pesat.

Perkembangan dalam bidang ekonomi disokong oleh kemajuan dalam

2. bidang perindustrian, pertanian dan sistem pengangkutan.


Isi 1
Ayat fakta Perkembangan perindustrian

Selepas tamat Perang Saudara, berlaku perkembangan yang pesat dalam


Huraian fakta
bidang perindustrian.

Sebagai contoh, kereta api, besi keluli, perlombongan dan pemprosesan


Contoh
makanan

Huraian contoh telah muncul sebagai perindustian yang baharu di Amerika Syarikat.

Jelaslah bahawa, perkembangan perindustrian ini merupakan perubahan


Kesimpulan kecil
ekonomi di Amerika Syarikat pada abad ke-19.
Isi 2
Ayat fakta Kekayaan sumber asli negara.

Kekayaan sumber asli meletakkan asas bagi pertumbuhan perindustrian di


Huraian fakta
Amerika Syarikat.

Pertumbuhan pesat dalam perindustrian di Amerika Syarikat disebabkan


Contoh oleh kekayaan sumber asli negara seperti arang batu, besi keluli dan
minyak.

Menjelang tahun 1913, Amerika Syarikat telah menjadi pengeluar arang


Huraian contoh
batu yang utama.

Jelaslah bahawa, perubahan ekonomi di Amerika Syarikat menyebabkan


Kesimpulan kecil
negara kaya dengan sumber asli.
Isi 3
Ayat fakta Perkembangan sistem pengangkutan.

Kerajaan memperuntukkan dana bagi membina rangkaian jalan kereta api


Huraian fakta
bagi memajukan sektor perindustrian.

Sebagai contoh, terdapat syarikat-syarikat swasta yang melabur modal


Contoh
dalam industri kereta api.

James J. Hill, Collis P. Huntington dan Jay Gould adalah merupakan tokoh
Huraian contoh
yang terlibat dalam pembinaan kereta api.

Jelaslah bahawa, pembinaan rangkaian jalan kereta api menyebabkan


Kesimpulan kecil
sektor perindustrian berkembang dengan pesat.
Isi 4
Ayat fakta Penciptaan teknologi baharu.

Hal ini disebabkan penciptaan teknik pengeluaran besi keluli merangsang


Huraian fakta
pertumbuhan sektor pembinaan dan pengangkutan.

Sebagai contoh, Alexander Graham Bell telah mengubah cara hidup


Contoh
manusia dengan mencipta telefon iaitu pada tahun 1876.

Penggunaan jentera-jentera baru juga menyebabkan berlaku peningkatan


Huraian contoh
dalam pengeluaran barang.

Maka jelaslah bahawa, perubahan dalam ekonomi juga disebabkan oleh


Kesimpulan kecil
penciptaan teknologi baharu.
Isi 5
Ayat fakta Penawaran buruh yang tinggi

Kemasukan imigran dari dalam dan luar negara menyebabkan bekalan


Huraian fakta tenaga buruh yang mencukupi. Malah, undang-undang yang menggalakkan
kedatangan buruh ke AS telah digubal.

Misalnya, Amerika Syarikat menggalakkan kemasukan golongan imigran


Contoh
ke negara tersebut selepas Perang Saudara berakhir.

Pada tahun 1864, Undang-undang Buruh kontrak telah diwartakan bagi


Huraian contoh
menggalakan kemasukan buruh ke negara tersebut.

Maka jelaslah bahawa, kemasukan buruh menyebabkan ekonomi di AS


Kesimpulan kecil
mengalami perkembangan pesat.
Isi 6
Ayat fakta Organisasi industri yang cekap dan teratur.

Hal ini kerana,kemunculan teknik baharu dalam pemasaran. Selepas Perang


Huraian fakta Saudara berakhir,sistem pemasaran dikenali sebagai “Mail Order House”
diperkenalkan.

Menerusi sistem pemasaran ini,barangan akan dihantar melalui pos.


Contoh Syarikat Roebuck and Company dan Montgomery Ward merupakan
syarikat yang mempolopri sistem pemasaran ini.

Huraian contoh Gedung-gedung jualan yang menjual pelbagai jenis barangan juga muncul.

Jelaslah bahawa,organisasi industri yang cekap dan teratur menyebabkan


Kesimpulan kecil
berlakunya perubahan ekonomi pada abad 19.
Isi 7
Ayat fakta Peranan kerajaan.

Hal ini disebabkan kerajaan juga memainkan peranan penting dalam


Huraian fakta
perkembangan sektor perindutrian.

Sebagai contoh, kerajaan telah mengenakan kadar cukai yang


Contoh rendah,mewujudkan sistem perbankan kebangsaan dan mewujudkan
kestabilan mata wang.

Kerajaan telah mengambil langkah ini untuk merangsang pertumbuhan


Huraian contoh
perindustrian.

Maka jelaslah bahawa, kerajaan memainkan peranan penting untuk


Kesimpulan kecil
perubahan ekonomi pada abad ke 19.
Isi 8
Ayat fakta Perkembangan pertanian.

AS telah mencapai kemajuan yang pesat dalam bidang pertanian.Penggunaan


Huraian fakta teknologi moden telah menyebabkan berlaku peningkatan dalam pengeluaran
hasil pertanian.

Contoh Pada tahun 1834, Cyrus McCormick telah mencipta mesin menuai tanaman.

Penemuan ini membolehkan tanaman gandum dapat di tanam di kawasan


Huraian contoh
yang lebih luas.

Maka, perubahan ekonomi dalam sektor pertanian telah menyebabkan AS


Kesimpulan kecil
mula mengeksport hasil pertanian ke seluruh dunia.
Kesimpulan
1.
Perkembangan semua sektor dalam AS telah membuktikan bahawa telah
berkembang dengan pesat terutamanya dalam sektor perindustrian di AS.

Peranan yang dimainkan oleh kerajaan dalam meggalakkan

2.
perkembangan industri dan meluaskan pasaran juga dapat menyumbang
kepada perkembangan ekonomi kapitalisme di Amerika Syarikat.

You might also like