You are on page 1of 40

JMS 517

Revolusi Industri :
Pengalaman Britain, 1760-1945

Dr. Sah-Hadiyatan Ismail


Tel: 04-653 2279
Emel: sah.ismail@usm.my
Revolusi Industri :
Pengalaman Britain, 1760-1945

 Kesan ke atas masyarakat Britain


▪ Taraf Kehidupan
▪ Keadaan Pekerjaan
▪ Pembandaran dan Kesihatan Awam
▪ Kemunculan Kelas Pertengahan
▪ Kekayaan dan Pendapatan (Ekonomi Keluarga)
 Revolusi Industri telah meningkatkan pengeluaran barangan kilang
dengan banyak, meningkatkan kekayaan dan kekuatan kepada
England sepanjang kurun ke 19.
 Persoalan: Apakah kesan industrialisasi dalam masyarakat,
kehidupan seharian dan keadaan tempat kerja pekerja biasa.
Bagaimanakah kehidupan seseorang pekerja industri?
 Adakah kehidupan di bandar industri dan bekerja di kilang
merupakan satu peningkatan berbanding kehidupan di luar bandar?
 Adakah pekerjaan di kilang telah mengubah kehidupan menjadi lebih
baik kepada kaum wanita dan kanak-kanak?
 Adakah kesihatan penduduk meningkat?
 Secara amnya adakah Revolusi Industri meningkatkan taraf
kehidupan kebanyakan penduduk?
 Persoalan-persoalan ini akan dibincangkan dalam bab ini,
berdasarkan sumber-sumber utama yang diperolehi daripada orang
yang hidup pada zaman Revolusi Industri berlaku.
 Oleh kerana Revolusi Industri baru berlangsung pada penghujung kurun
ke 18, pada awalnya tidak ada undang-undang mengawal industri-
industri yang baru wujud. Sebagai contoh, tiada undang-undang
menghalang daripada mengupah seorang kanak-kanak bekerja. Tiada
undang-undang mengawal bagaimana kilang melupuskan bahan-bahan
buangan yang berbahaya.

 Sistem kapitalisme dan pasaran bebas bermakna kerajaan tidak ada


peranan mengawal industri baru atau perancangan perkhidmatan-
perkhidmatan untuk bandar-bandar baru.

 Ketika Revolusi Industri di antara 1790 dan 1850, masyarakat British


menjadi contoh pertama apa yang berlaku kepada sesebuah negara
apabila pasaran bebas kapitalisme berlaku tanpa halangan.
 Revolusi Industri dan Taraf Kehidupan
 Bagi kebanyakan pekerja berkemahiran, kualiti kehidupan mereka
menurun dalam 60 tahun pertama Revolusi Industri. Sebagai contoh,
penenun berkemahiran hidup sebagai kelas menengah dalam masyarakat
pra-industri. Mereka mempunyai kebun mereka sendiri, menenun kain
dirumah mereka atau di bengkel mereka sendiri serta memelihara
haiwan ternakan. Mereka adalah majikan mereka sendiri. Seorang
pemerhati menulis “rumah dan kebun mereka kemas dan bersih, semua
dalam keluarga mempunyai pakaian yang sempurna – lelaki mempunyai
jam poket, dan kaum wanita pula berpakaian mengikut minat mereka –
Gereja mereka penuh sesak setiap hari Ahad – semua rumah
mempunyai jam besar dari kayu mahagony atau bekas yang menarik.
Keadaan dalam rumah mereka nampak gembira dan berpuas hati…dan
sangat jarang penenun meminta bantuan kebajikan kepada pihak
Gereja...tukang tenun hidup dengan aman dan berpuas hati (Thompson
269).
 Apakah maksud ‘Taraf Kehidupan’?
 Sejarawan ekonomi inginkan ianya bermaksud kebahagiaan. Namun
adalah mustahil untuk mengukur kebahagiaan dan hal ini memaksa
sejarawan untuk mengukur taraf hidup dengan ukuran kewangan
seperti gaji sebenar atau pendapatan sebenar.
 ‘Pendapatan sebenar’ biasanya dijelaskan sebagai wang gaji yang
diperolehi disesuaikan dengan kos sara hidup, tetapi bukan kepada
kesan kepada kesihatan, jangka hayat, pengangguran, pencemaran,
keadaan wanita dan kanak-kanak, kesesakan bandar, dan jumlah masa
lapang.
 Walaupun sesetengah indeks cuba melibatkan beberapa dimensi
kesejahteraan, tetapi untuk tujuan lebih praktikal pendapatan sebenar
seseorang kekal menjadi indikator yang paling menyerlah.
 Bukti-bukti lain turut menyokong kesimpulan mengenai peningkatan
yang perlahan dalam taraf hidup ketika Revolusi Industri.
 Crafts dan C.K. Harley menekankan mengenai penyebaran
modernisasi yang terhad di England hampir sepanjang kurun
berlakunya Revolusi Industri.
 Feinstein menganggarkan permintaan bagi setiap orang dalam setiap
dekad di antara 1760an dan 1850an mendapati cuma sedikit
peningkatan dalam kadar pemintaan di antara 1760 dan 1820 dan
peningkatan yang cepat selepas 1820.
 Di sudut lain, menurut sejarawan E.A. Wrigley dan Roger S. Schofield,
di antara 1781 dan 1851, jangka hayat dari kelahiran meningkat dari 35
tahun kepada 40 tahun iaitu peningkatan sebanyak 15%. Walaupun
peningkatan ini agak kecil berbanding dengan apa yang berlaku
kemudiannya namun ianya tetap ketara.
 Tetapi selepas Revolusi Industri, kehidupan penenun berkemahiran
telah merosot. Mereka tidak lagi hidup dengan rentak sebelum ini
atau menambah pendapatan mereka dengan berkebun, memintal
benang atau menuai tanaman bersama komuniti. Kualiti kehidupan
pekerja ini telah menurun dengan teruk “A quarter [neighborhood]
once remarkable for its neatness and order; I remembered their
whitewashed houses, and their little flower gardens, and the decent
appearance they made with their families at markets, or at public
worship. These houses were now a mass of filth and misery“
(Thompson 269).
 Pernyataan ini jelas menunjukkan keadaan persekitaran kehidupan
pekerja penenun ini telah berubah menjadi semakin teruk.
 Dalam 60 tahun pertama Revolusi Industri, penduduk kelas pekerja
mempunyai sangat sedikit masa dan peluang untuk berekreasi. Pekerja
menghabiskan masa siang untuk bekerja dan kembali ke rumah dengan
keletihan tenaga yang sangat sedikit untuk terlibat dalam aktiviti
bersukan.
 Rentak kehidupan dalam industri dan sistem kilang juga bertentangan
dengan kalendar perayaan tradisional yang terdapat di luar bandar.
Tambahan pula, kerajaan tempatan cuba untuk mengharamkan perayaan
tradisional di bandar-bandar bagi memastikan pekerja memberikan
tumpuan kepada pekerjaan mereka.
 Pemilik kilang mendenda pekerja yang meninggalkan kerja untuk
kembali meraikan perayaan di kampung mereka kerana ianya
mengganggu kelicinan pengeluaran barangan dan pekerjaan di kilang-
kilang (Stearns 73-74).
 Dalam kejiranan kelas pekerja, penduduk juga tidak berkongsi perasaan
yang sama seperti di dalam masyarakat luar bandar.

 Kegiatan rekreasi muncul dan meningkat selepas 1850an, selari dengan


kemunculan masyarakat kelas pertengahan. Dewan muzik muncul di
bandar-bandar besar.

 Sukan seperti ragbi dan kriket menjadi popular. Bola sepak menjadi
sukan professional pada tahun 1885.

 Pada penghujung kurun ke 19, bandar-bandar besar telah menjadi
tempat yang penuh dengan peluang untuk sukan dan hiburan
sebagaimana bandar pada masa kini. (Hobsbawm, Industry and Empire
164).
 Ketika 60 tahun pertama Revolusi Industri juga, keadaan kehidupan juga
sangat teruk bagi golongan termiskin. Dalam keadaan terdesak, ramai
yang pergi ke “poorhouses” yang didirikan oleh kerajaan.
 Undang-undang Orang Miskin (The Poor Law) tahun 1834,
mewujudkan rumah penempatan untuk mereka yang serba kekurangan.
Keadaan “poorhouses” sangat tidak selesa, ketidak selesaan ini sengaja
dibiarkan oleh pihak berkuasa untuk mengelakkan orang ramai daripada
terus tinggal dibawah bantuan (terutamanya bantuan makanan) yang
diberikan oleh kerajaan.
 Keluarga termasuk suami dan isteri akan dipisahkan apabila memasuki
kawasn “poorhouses”. Mereka akan dikurung setiap hari seperti
banduan dan perlu bekerja setiap hari.
 Seorang Pembantu Commissioner memberikan komen bahawa mereka
seboleh mungkin ingin menjadikan “poorhouses” itu sama seperti
penjara.
“poorhouses”
 Pegawai lain pula berkata “Our object is to establish a discipline so
severe and repulsive as to make them a terror to the poor and prevent
them from entering” (Thompson 267).

 Namun walaupun dengan keadaan yang sangat teruk, jumlah mereka


yang mendapatkan perlindungan meningkat 78,536 dalam tahun 1838
kepada 197,179 dalam tahun 1843 (Thompson 268).
 Peningkatan ini menunjukkan bahawa golongan yang termiskin di
antara yang miskin sangat terdesak untuk hidup.
 Di antara tahun 1760 dan 1860, kemajuan teknologi, pendidikan dan
peningkatan modal mengubah England menjadi bengkel pembuat
barangan dunia.
 Revolusi Industri telah menyebabkan peningkatan pendapatan bagi
seseorang di England dan kesannya meluas ke seluruh dunia barat.
Sejarawan bersetuju bahawa Revolusi Industri merupakan satu
peristiwa penting dalam sejarah dan menjadi penanda kepada
perubahan cepat ke dunia moden tetapi ramai sejarawan tidak
bersetuju mengenai pelbagai peristiwa dalam Revolusi Industri.
 Ramai sejarawan tidak bersetuju mengenai bagaimana Revolusi Industri
telah memberikan kesan kepada orang biasa, atau yang biasa dipanggil
sebagai kelas pekerja. Kumpulan pesimis berhujah bahawa taraf
kehidupan rakyat biasa telah jatuh, manakala kumpulan optimis percaya
taraf hidup telah meningkat.
 Pada satu peringkat, disebalik perbezaan ini ialah perdebatan ideologi di antara
pengkritik (terutamanya aliran Marxist) dan penyokong pasaran bebas.
Pengkritik atau pesimis melihat kurun ke-19 England seperti Charles Dickens
dalam “Coketown” atau puisi William Blake yang terkenal dengan frasa “dark,
satanic mills” dengan kapitalis memerah hasil berlebihan dari kelas pekerja
setiap tahun berlalu.

 Pihak optimis melihat kurun ke-19 England sebagai tempat lahir revolusi
pengguna yang menjadikan lebih banyak barangan pengguna boleh diperolehi
oleh rakyat biasa setiap tahun berlalu. Asas ideologi perdebatan ini akhirnya
pudar, mungkin kerana seperti yang dinyatakan oleh T.S. Ashton dalam tahun
1948, Revolusi Industri bermakna perbezaan di antara kemiskinan tegar yang
menjadi karekter sejarah manusia dan kemewahan negara-negara industri.

 Tiada ahli ekonomi masa kini yang dengan serius menafikan fakta bahawa
Revolusi Industri memulakan transformasi yang menjurus kepada peningkatan
tinggi taraf kehidupan rakyat biasa melalui ekonomi pasaran industri.
 Sumbangan paling bermakna dan berpengaruh kepada golongan optimis
mengenai taraf hidup ialah hasil penulisan Peter Lindert dan Jeffrey Williamson
bertajuk “English Workers' Living Standards during the Industrial Revolution: A
New Look” dalam tahun 1983 yang menyatakan mengenai anggaran gaji
sebenar di England bagi tahun-tahun 1755 hingga 1851. Anggaran ini
berdasarkan wang gaji untuk beberapa kategori yang luas termasuklah pekerja
berkolar biru dan pekerja berkolar putih. Indek kos sara hidup yang digunakan
oleh pengarang ini mewakili bajet sebenar kelas pekerja.

 Analisis yang dilakukan oleh Lindert dan Williamson mendapati dua keputusan
yang menarik. Pertama, ianya menunjukkan gaji sebenar meningkat dengan
perlahan di antara 1781 dan 1819. Kedua, selepas 1819, gaji sebenar meningkat
dengan cepat bagi semua kumpulan pekerja. Bagi pekerja berkolar biru
Nombor indeks Lindert-Williamson untuk gaji sebenar meningkat dari 50
dalam 1819 kepada 100 dalam tahun 1851. Gaji sebenar yang diterima oleh
pekerja meningkat dua kali ganda dalam masa tiga puluh dua tahun.
 Ahli ekonomi lain mencabar dapatan optimistik Lindert dan Williamson. Charles
Feinstein mengeluarkan satu siri alternatif bagi gaji sebenar berdasarkan indeks
harga yang berlainan. Dalam siri yang dikeluarkan oleh Feinstein, gaji sebenar
meningkat secara perlahan dari indeks yang dihasilkan oleh Lindert-Williamson.
 Pengkaji lain membuat spekulasi bahawa terdapat kesan dalam kerosakan alam
sekitar yang tidak boleh diukur melebihi dari perolehan kebaikan yang diperolehi
daripada peningkatan gaji. Gaji lebih tinggi di bandar-bandar England berbanding
dengan luar bandar, tetapi sewa rumah juga tinggi dan kualiti kehidupan adalah
lebih rendah. Adakah kenaikan gaji di bandar tersebut sebagai pampasan bagi
keadaan perbandaran yang teruk daripada kenaikan gaji sebenar?
 Williamson menggunakan kaedah yang dibangunkan untuk mengukur kesan
buruk di bandar kurun ke-20 mendapati di antara 8% dan 30% dari gaji yang
tinggi di bandar boleh dianggap sebagai sumbangan pampasan bagi kualiti
kehidupan yang rendah di bandar-bandar England. John Brown mendapati
kebanyakan dari kenaikan gaji sebenar di daerah-daerah perkilangan boleh
dijelaskan sebagai pampasan bagi keadaan pekerjaan dan keadaan kehidupan yang
teruk. Kritikan lain terhadap dapatan optimistik Lindert dan Williamson ialah
hasil dapatan mereka adalah pada pekerja yang mendapat gaji.
 Kebanyakan sampel kajian menumpukan kepada pekerja bergaji dan
pengkaji tidak mengkaji mengenai mereka yang bekerja di rumah atau
bekerja sendiri.
 Oleh kerana kadar penggunaan teh dan gula yang dianggap barangan
mewah pada masa tersebut tidak meningkat bersama-sama peningkatan
gaji, Joel Mokyr mencadangkan pekerja yang tidak berada dalam sampel
kajian Lindert-Williamson mungkin mengalami kemerosotan dalam
pendapatan sebenar.
 Dalam kata lain pekerja biasa tidak menjadi semakin meningkat balik.
Penjelasan Mokyr ini juga boleh menjelaskan kelewatan di antara
industrialisasi dan penyebaran manfaatnya.
 Keadaan Pekerjaan
 Bagaimanakah keadaan pekerjaan di zaman Revolusi Industri? Kelas pekerja
merupakan 80% daripada masyarakat mempunyai hampir tiada kuasa berunding
dengan majikan mereka. Oleh kerana populasi meningkat di Britain dan pada
masa yang sama pemilik tanah memagar tanah-tanah mereka, penduduk di
luarbandar berhijrah ke bandar-bandar bagi mendapatkan pekerjaan. Keadaan
ini menjadikan kadar pengangguran meningkat dalam kalangan pekerja pada
awal zaman Revolusi Industri.
 Henry Mayhew seorang pengkaji sosial British dalam kajiannya terhadap
kemiskinan di London dalam tahun 1823 menjelaskan “pekerjaan tidak
mencukupi untuk separuh dari buruh, cuma 1,500,000 bekerja sepenuh masa
dan sentiasa mempunyai pekerjaan manakala 1,500,00 lagi bekerja separuh
masa dan baki seramai 1,500,000 tidak bekerja” (Thompson 250).
 Hasilnya pemilik-pemilik kilang baharu bebas menentukan terma-terma
pekerjaan kerana terdapat ramai pekerja tidak berkemahiran dan yang hanya
mempunyai sedikit kemahiran bersedia untuk mengambil apa-apa pekerjaan dan
jumlah pekerjaan adalah sedikit.
 Disebabkan industri tekstil adalah industri baru pada penghujung kurun ke 18,
tidak ada undang-undang yang mengawal industri ini. Pekerja dan migran yang
berpindah ke bandar industri tidak mempunyai kuasa berunding untuk meminta
kenaikan gaji, jam bekerja yang adil atau keadaan kerja yang lebih baik
disebabkan migran ini terdesak untuk mendapatkan kerja.

 Lebih memburukkan keadaan, cuma orang kaya sahaja yang layak mengundi
pada waktu itu di Britain, dan pekerja tidak dapat menggunakan hak demokratik
mereka untuk menyuarakan dan berjuang bagi mendapatkan pembaharuan di
parlimen.

 Menjelang tahun 1799 dan 1800, Parlimen British meluluskan ‘Combination


Acts’ yang mengharamkan tindakan pekerja membentuk kesatuan, bergabung
atau sebagai satu kumpulan mendesak keadaan kerja yang lebih baik.
 Ramai daripada penganggur dan yang tidak bekerja merupakan pekerja
berkemahiran seperti berkebolehan menenun yang kemahiran dan
pengalaman mereka menjadi tidak berguna kerana mereka tidak dapat
menyaingi mesin tekstil baru yang lebih efisien.

 Dalam tahun 1832, seorang pemerhati melihat bagaimana pekerja


berkemahiran menenun ini hilang arah dan akhirnya kebuluran “It is truly
lamentable to behold so many thousands of men who formerly earned 20 to
30 shillings per week, now compelled to live on 5, 4, or even less”
(Thompson 284).

 Hal ini jelas menunjukkan pendapatan pekerja tersebut semakin


merosot kerana pekerjaan mereka telah diambil alih oleh mesin yang
mampu mengeluarkan produk dengan lebih banyak dan murah.
 Disiplin pekerja secara langsung memberikan kesan kepada produktivi dan
keuntungan kilang tersebut. Pemilik kilang mengadakan waktu kerja tetap bagi
pekerja untuk memastikan mesin mereka sentiasa mengeluarkan produk.
Majikan juga mengadakan peraturan yang ketat dan denda kepada pekerja yang
melanggar peraturan. Sebagai contoh pekerja boleh didenda jika lewat datang
kerja atau dipecat sekiranya mabuk semasa bekerja.
 Tiada undang-undang menyatakan berapa lama harus bekerja dalam sehari dan
berapa hari bekerja secara berturut-turut tanpa diberikan cuti. Pekerja
mungkin bekerja dalam syif selama 12 hingga 16 jam. Pekerja yang sama juga
dikehendaki bekerja selama enam hari seminggu.
 Kebanyakan dari kilang ini juga berhabuk, pengudaraan yang teruk dan sangat
panas ketika musim panas. Bagi pekerja generasi pertama dari tahun 1790
hingaa 1840 keadaan pekerjaan sangat mencabar dan kadangkala tragik.
Kebanyakan buruh bekerja 10 hingga 14 jam sehari, enam hari seminggu, tanpa
cuti berbayar. Setiap industri mempunyai risiko keselamatan, proses penulenan
besi sebagai contoh mengkehendaki pekeja bekerja dalam suhu yang sangat
tinggi sehingga suhu 130 darjah dianggap tempat paling sejuk dalam kilang besi
tersebut. (Rosen 155).
 Dalam keadaan yang berbahaya, kemalangan di tempat kerja selalu berlaku.
Satu laporan yang diarahkan oleh Dewan Perwakilan British dalam 1832
mengulas "there are factories, no means few in number, nor confined to the smaller
mills, in which serious accidents are continually occurring, and in which,
notwithstanding, dangerous parts of the machinery are allowed to remain unfenced"
(Sadler).
 Kilang-kilang awal sangat tidak selamat. Pekerja bekerja tanpa peraturan
keselamatan dan tanpa sebarang perlindungan. Sekiranya mereka tercedera,
mereka tidak dibayar pampasan. Sekiranya tidak boleh bekerja lagi, pekerja
tidak menerima apa-apa bayaran. Laporan itu menambah bermula dari saat
kemalangan berlaku pekerja dibiarkan, gaji mereka diberhentikan, tiada
bantuan perubatan diberikan, tanpa mengira tahap kecederaan tiada sebarang
gantirugi diberikan.
 Sebagaimana yang dinyatakan dalam laporan tersebut, pekerja yang cedera
biasanya hilang kerja dan tidak menerima sebarang gantirugi kewangan di atas
kecederaan yang dialami untuk membayar keperluan penjagaan kesihatan
mereka. Pekerja berkemungkinan menjadi gelandangan sekiranya tidak lagi
bekerja.
 Pekerjaan dikilang telah menjurus kepada sistem disiplin kilang yang lebih ketat.
Keadaan pekerjaan di kilang adalah sangat teruk. Pekerja-pekerja yang berasal
dari latar belakang pertanian berhadapan dengan perubahan yang besar.
Pekerjaan sebagai petani tiak mempunyai waktu yang tetap dan bersilih ganti
dengan masa rehat, sistem pekerjaan di kilang sentiasa perlu mengeluarkan
tenaga. Pemilik kilang berhadapan dengan tugas berat mengubah kebiasaan
pekerja-pekerja ini bagi membiasakan mereka dengan pekerjaan berdasarkan
masa yang tetap.
 Keadaan di lombong arang batu juga sangat berbahaya. Kebiasaanya pekerja
lelaki terpaksa membongkokkan badan dalam terowong yang sesak dengan
ketinggian tiga ke empat kaki bagi menggali arang batu dan meletakkannya
dalam gerabak. Gerabak itu kemudiannya akan ditolak oleh kanak-kanak atau
perempuan ke permukaan lombong. Pelombong arang batu juga berdepan
dengan keadaan sesak, kelembapan tinggi, disamping bahaya runtuhan dan gas
beracun. Ramai kanak-kanak yang bekerja di lombong mempunyai kesan
kesihatan jangka panjang seperti penyakit paru-paru dan terencat pembesaran.
 Perbandaran dan Kesihatan Awam
 Di awal kurun ke-19, terdapat peningkatan besar jumlah penduduk disebabkan
oleh pembaharuan dalam Revolusi Pertanian di kurun ke -18. Ramai sejarawan
percaya, peningkatan penduduk disebabkan oleh penurunan kadar kematian
yang dramatik. Faktor kebuluran, peperangan dan penyakit yang semakin
berkurang bergabung peningkatan dalam pengeluaran makanan telah
menyebabkan peningkatan penduduk.

 Revolusi Industri mengubah pengeluaran barang-barang, kekayaan, corak buruh


dan taburan penduduk. Walaupun masih banyak kawasan luar bandar kekal
sebagai komuniti petani pada masa ini, kehidupan penduduk di bandar-bandar
berubah dengan drastik. Peluang pekerjaan sebagai buruh industri telah
mengubah populasi penduduk dari luar bandar ke bandar-bandar. Pertumbuhan
bandar-bandar besar merupakan salah satu daripada ciri yang Revolusi Industri
yang paling menyerlah dan kekal hingga kini.
 Pada zaman sebelum industri, lebih 80% penduduk tinggal di luar bandar.
Bandar-bandar kecil menjadi bandar besar apabila penduduk berpindah dari
komuniti pertanian di luar bandar ke bandar. Bakal pekerja ini berpindah bagi
mencari pekerjaan di kilang yang baru didirikan. Pada masa ini, buruh kanak-
kanak dan keadaan pekerjaan yang tidak selamat dalam kebanyakan kilang telah
menjurus kepada pergerakan pembaharuan.

 Menjelang 1850, Britain buat kali pertama dalam sejarah peradaban manusia
lebih ramai penduduk tinggal di bandar berbanding luar bandar dalam sesebuah
negara. Ketika negara-negara lain di Eropah dan Amerika Utara memasuki
zaman perindustrian, negara-negara ini juga mengikut jejak langkah Britain
dalam perindustrian. Menjelang 1920, majoriti penduduk di Amerika Syarikat
tinggal di bandar-bandar. Di England, proses perbandaran berterusan sepanjang
kurun ke 19. Bandaraya London berkembang dari populasi dua juta dalam
tahun 1841 kepada lima juta dalam tahun 1881.
 Bandar kecil Manchester di England juga berkembang dengan cepat dan menjadi
terkenal sebagai sebuah bandar industri yang penting. Cuaca di Manchester
yang dingin sesuai untuk pengeluaran tekstil. Manchester juga terletak dekat
dengan pelabuhan pantai Atlantik di Liverpool dan lombong arang batu di
Lancashire.

 Keretapi pertama di dunia menghubungkan bandar tekstil Manchester dan


Liverpool. Manchester telah menjadi pusat perkilangan tekstil dunia, serta
menarik ramai migran ke bandar tersebut. Dalam tahun 1771 bandar
Manchester mempunyai penduduk seramai 22 ribu orang. Lima puluh tahun
kemudiannya penduduk Manchester meningkat kepada 180,000 orang.

 Di Liverpool pula penduduk meningkat dari 80,000 kepada hampir 400,000


dalam lima puluh tahun pertama kurun ke 19. Ramai daripada migran tersebut
merupakan petani dari Ireland yang sangat terdesak selepas dihalau keluar dari
tanah oleh pemilik tanah berketurunan Inggeris. Di Liverpool dan Manchester
kira-kira 25 – 33 peratu pekerja adalah berketurunan Irish.
 Proses perbandaran menggalakkan perkembangan industri baru dengan
pemusatan pekerja dan kilang kilang. Bandar-bandar industri ini juga
telah menjadi sumber kekayaan kepada negara.

 Disebalik peningkatan dalam kekayaan dan industri, perbandaran juga


memberikan kesan yang negatif. Secara keseluruhannya, kejiranan kelas
pekerja berkeadaan suram, sesak, kotor dan tercemar.

 Alexis de Tocqueville, seorang pengembara dan penulis Peranchis yang


melawat Manchester dalam tahun 1835 menulis “From this foul Drain
the greatest stream of human industry flows out to fertilize the whole world.
From this filthy sewer pure gold flows. Here humanity attains its most
complete development and its most brutish, here civilization works its
miracles and civilized man is turned almost into a savage.”
 Perkembangan bandaraya telah menjurus kepada keadaan kehidupan
yang teruk. Orang-orang yang kaya berada dalam keadaan lebih baik
dari pekerja industri kerana mereka mampu untuk tinggal di pinggir
bandar yang jauh dari kesesakan.
 Namun bagi pekerja industri pula, mereka tinggal di bandar yang kotor,
kawasan sesak yang biasa berlaku penularan penyakit. Keadaan ini juga
disebabkan oleh rumah teres yang dibina bagi menempatkan pekerja
dan keluarga mereka. Laporan kerajaan menyatakan kadangkala
terdapat seramai enam orang tidur dalam satu tempat tidur. Keadaan
kebersihan di bandar industri adalah teruk.
 Oleh kerana pihak berkuasa perbandaran tidak mengambil berat
mengenai kebersihan pada masa tesebut, bandar-bandar tidak
mempunyai sistem kumbahan yang baik dan penduduk membuang
sampah dan sisa kumbahan ke jalanraya. Pembakaran arangbatu di
kilang industri telah menyebabkan bandar diliputi jelaga dan asap yang
mencemarkan udara serta bekalan air dicemari oleh sisa kumbahan.
 Perumahan yang murah diperlukan bagi memboleh bandar-bandar ini
berkembang. Tiada peraturan pembinaan bangunan seperti hari ini. Pembina
rumah membina hanya untuk keuntungan.
 Revolusi industri juga memulakan pembinaan rumah teres yang bersambung.
Rumah ini tidak mempunyai kebun kecil sebagaimana kebiasaan dan bahagian
yang tidak bersambung dengan rumah lain hanyalah bahagian pintu masuk
didepan rumah. Pembina rumah juga menggunakan bahan binaan yang paling
murah. Rumah didirikan tanpa bilik mandi dan tanpa bekalan air.
 Penduduk sangat jarang mandi dan membersihkan diri mereka. Terdapat satu
kawasan lapang di tengah-tengah kawasan perumahan yang digunakan oleh
penduduk untuk membuang sampah, dan terdapat juga mereka yang mengutip
sampah pada waktu malam.
 Tandas cuma lubang sahaja, dan apabila telah penuh najis akan dipungut dan
dibawa dengan kereta kuda sebelum dibuang kedalam sungai yang berhampiran.
Bayaran yang mahal dikenakan bagi mengosongkan tangki tandas dan
kebiasaanya kawasan halaman antara rumah-rumah tersebut dipenuhi dengan
kumbahan.
 Kawasan setinggan mulai wujud serta berkembang dan menjadi tempat
merebaknya penyakit seperti taun dan penyakit lain. Terdapat juga aspek negatif
lain dalam perbandaran yang pesat. Salah satu daripadanya adalah kekurangan
perumahan yang baik serta kebersihan persekitaran.
 Setiap keluarga mempunyai 5-6 anak. Rumah tidak mencukupi untuk semua
penduduk tinggal. Ia juga menyebabkan peningkatan jenayah. Pencemaran
merupakan salah satu masalah utama dalam perbandaran yang berkembang.
 Dalam separuh pertama kurun ke 19, kesesakan di bandar, diet yang tidak baik,
sanitasi yang rendah, dan kaedah perubatan zaman pertengahan yang diamalkan
merupakan penyebab kepada taraf kesihatan awam yang rendah bagi majoriti
penduduk di England.
 Kawasan kejiranan kelas pekerja yang padat dan dibina tidak teratur telah
menyumbang kepada merebaknya penyakit. Sebagaimana yang ditulis oleh
Engels hasil dari pemerhatiannya di Manchester, kejiranan kelas pekerja kotor,
tiada perancangan, dan tidak teratur.
 Jalanraya berlumpur dan tiada tempat pejalan kaki. Rumah-rumah
dibina rapat dengan tiada ruang untuk pengudaraan. Sebagaimana yang
dinyatakan di atas, rumah juga tiada tandas dan sistem pembetungan
dan menyebabkan punca air minuman seperti telaga selalu tercemar
dengan kuman penyakit seperti taun, batuk kering, tifus, typhoid, dan
selesema yang menyerang selalu menyerang kawasan kejiranan kelas
pekerja yang miskin di bandar industri tersebut.

 Dalam tahun 1849, 10 ribu orang telah mati dalam masa tiga bulan
akibat taun. Penyakit batuk kering meragut 60,000 hingga 70,000 nyawa
dalam setiap dekad dalam kurun ke 19. (Robinson).
Kemunculan Kelas Pertengahan
 Secara beransur-ansur, kelas pertengahan muncul dalam bandar-bandar
perindustrian terutamanya pada penghujung kurun ke 19. Pada zaman sebelum
itu, cuma terdapat dua kelas masyarakat sahaja iaitu golongan aristokrat yang
lahir dalam kekayaan dan keistimewaan dan golongan rakyat biasa yang lahir
dalam kelas pekerja.
 Walau bagaimana pun, industri dan perbandaran memerlukan golongan
dipanggil sebagai pekerja ‘kolar putih’ seperti peniaga, kerani bank, ejen insurans,
pedagang, akauntan, pengurus, doktor, peguam dan guru. Golongan pertengahan
ini biasanya mendapat gaji bulanan atau tahunan bukannya gaji mengikut jam
bekerja.
 Salah satu bukti kewujudan kelas pertengahan ini ialah peningkatan dalam
jumlah kedai di England yang meningkat dari 300 dalam tahun 1875 kepada
2600 menjelang 1890.
 Golongan kelas pertengahan juga ialah kemampuan mereka untuk menggaji
pembantu rumah bagi memasak dan mengemas rumah dari masa ke semasa.
Jumlah pembantu rumah telah meningkat dari 900,000 dalam tahun 1851
kepada 1.4 juta dalam tahun 1871. Hal ini juga membuktikan peningkatan
bilangan kelas pertengahan yang sangat bertanggungjawab menjaga kebajikan
keluarga mereka. Golongan ini menganggap kejayaan professional mereka
sebagai hasil dari usaha tenaga mereka, kerja keras dan ketabahan dalam
pekerjaan.
 Dalam kelas pertengahan, keluarga menjadi tempat berlindung daripada tekanan
kehidupan di industri. Kehidupan di rumah kekal dipisahkan dari kerja dan suri
rumah memberikan sokongan moral, keagamaan dan emosi serta jauh dari
hiruk pikuk kehidupan dalam industri di luar rumah.
 Kebanyakan kaum wanita kelas pertengahan tidak digalakkan bekerja di luar
rumah mereka. Mereka mampu untuk menghantar anak mereka ke sekolah.
Golongan kelas pertengahan mempunyai anak sedikit kerana memandang anak-
anak sebagai beban dari segi ekonomi, tambahan pula perkhidmatan kesihatan
yang baik mampu mengurangkan kadar kematian kanak-kanak menyebabkan
mereka tidak perlu beranak lebih ramai.
 Kemuculan kelas pertengahan adalah perubahan yang dilihat sebagai kesan dari
Revolusi Industri. Kelas pertengahan muncul buat pertama kali di Eropah pada
lewat zaman pertengahan di zaman perdagangan dan pembangunan.
 Kelompok ini boleh menjadikan kuasa daripada wang.

 Kelas pertengahan mengalami perubahan besar dalam kurun ke-19. Semua
penduduk dalam kelas pertengahan, walau pun tidak sama iaitu di tempat paling
bawah dalam kelas pertengahan adalah pemilik kedai runcit yang miskin dan di
tempat paling atas dalam kelas ini adalah kapitalis kaya yang memiliki syarikat
besar.
 Walaupun perbezaan dalam kalangan kelas pertengahan ini ketara, namun
matlamat mereka adalah sama iaitu meluaskan ekonomi.
 Definisi yang sesuai untuk kelas pertengahan ini adalah “jika seseorang itu dari
kelas pertengahan, dia sepatutnya mempunyai lebihan wang untuk dibelanjakan
dalam aktiviti masa lapang”.
 Dalam kata lain, kelas pertengahan bukan hidup ‘kais pagi makan pagi, kais
petang makan petang’.
 Kelompok baru kelas pertengahan ini mempunyai idea bagaimana kerajaan
sepatutnya memperbaiki keadaan ekonomi negara. Salah satu perubahan
penting di antara kelas pertengahan dan kelas perkerja ialah pendidikan.
 Kelas pertengahan percaya mereka patutu diberikan pendidikan.

 Revolusi Industri bukan hanya mengubah cara barang-barang dikeluarkan malah


ia juga mengubah cara kehidupan penduduk. Perumahan telah berubah,
penduduk berpindah dari ladang ke bandar-bandar. Revolusi Industri membawa
gaya hidup baru dan cara baru untuk hidup.
 Kekayaan dan Pendapatan (Ekonomi Keluarga)
 Sejarawan tidak bersetuju samada kehidupan semakin baik dalam kelas
pekerja pada fasa pertama Revolusi Industri dari 1790 hingga 1850. E. P.
Thompson mengulas dalam bukunya The Making of the English Working
Class mengatakan kehidupan tidak berubah menjadi lebih baik bagi
majoriti orang British dengan mengatakan mereka mengalami
kemerosotan ekonomi dalam pelbagai bentuk seperti buruh ladang
yang kehilangan hak bersama dan demokrasi di kampung, kepada artis
yang hilang taraf dan status sebagai tukang, kepada penenun yang hilang
mata pencarian dan kebebasan, kepada kanak-kanak yang hilang masa
bermain dan bekerja di rumah, dan bagi kebanyakan pekerja yang
pendapatan sebenar mereka meningkat, mereka hilang jaminan
pekerjaan, masa lapang dan kemerosotan pada alam sekitar
perbandaran (Thompson 445).
 Sejarawan juga tidak bersetuju dengan pendapat gaji sebenar pekerja
meningkat dalam masa tersebut. E.P. Thompson berhujah bahawa gaji
sebenarnya tidak meningkat.

 Walau bagaimana pun ramai bersetuju gaji sebenar jika dikira dengan
kadar inflasi kekal tidak berubah dalam masa 1790 hingga 1840.
Thompson berhujah hal ini gagal mengambil kira sejumlah besar yang
tidak bekerja.

 Tetapi selepas 1840 atau 1850, apabila England memasuki fasa kedua
Revolusi Industri, gaji sebenar telah meningkat. Sebagai contoh, satu
kajian menunjukkan gaji sebenar di sesuaikan dengan inflasi, telah
meningkat 50% di antara 1830 dan 1875. (Feinstein).
 Persoalan

 Revolusi Industri telah mengubah seluruh aspek kehidupan masyarakat.


Adakah perubahan ini membawa kepada kebaikan?

 Kemajuan yang dicapai dalam bidang ekonomi perkilangan telah


membawa perubahan dalam kehidupan serta ekonomi negara.
Perubahan ini juga melibatkan aspek perundangan, perbandaran dan
kehidupan masyarakat yang jauh berbeza dari zaman sebelum Revolusi
Industri.
Sekian, Terima Kasih

Dr. Sah-Hadiyatan Ismail


sah.ismail@usm.my
04 653 22 79

You might also like