You are on page 1of 4

1.

Sistem ekonomi bermaksud cara atau kaedah dalam menjalankan kegiatan ekonomi
yang terbahagi kepada ekonomi tradisional dan moden (kapitalisme, merkantilisme
dan perdagangan bebas).
2. Sistem ekonomi feudalisme menunjukkan golongan petani bekerja dan menjadi
tentera untuk golongan bangsawan sebagai balasan mereka dibenarkan
mengusahakan tanah golongan bangsawan.
3. Ekonomi feudalisme di China berkait rapat dengan faktor geografi di mana hamper
keseluruhan Negara China merupakan kawasan pergunungan dan gurun. Hanya
15% sahaja tanah di China sesuai untuk kegiatan pertanian, namun mereka mampu
menampung keperluan dalam negara.
4. Pada abad ke-16, sistem ekonomi feudalisme di China adalah dikawal ketat oleh
maharaja ke atas golongan petani dan pedagang asing yang dating berdagang di
China. Golongan bangsawan bertindak sebagai penguasa kawasan dan mengawal
aktiviti ekonomi di kawan luar bandar.
KEGIATAN EKONOMI FEUDALISME DI CHINA
A. Pertanian
1. Kegiatan pertanian merupakan kegiatan utama masyarakat China dan penyumbang
utama dalam ekonomi di zaman Dinasti Ming pada abad ke-16. Kawasan pertanian
utama ialah di kawasan timur laut China dan Mongolia iaitu di dataran loes yang
subur sepanjang Sungai Kuning dan Sungai Yangtze.

2. Tanaman utama ialah tanaman padi sawah yang ditanam di kawasan lembah
Sungai Yangtze, Sungai Kuning dan Selatan China. China turut memperkenalkan
penanaman padi dua musim setahun di atas tanah yang sama iaitu baka padi jenis
baharu yang cepat masak di bawa dari Vietnam Selatan. Padi ini juga tidak
memerlukan air yang banyak, oleh itu ia boleh ditanam di kawasan yang berbukit di
China. Masyarakat Cina di sini menjadikan nasi sebagai makanan utama mereka.
3. Tanaman lain yang ditanam di Selatan China ialah tanaman kapas, tebu, teh,
gandum, barli, sekoi, millet, oat dan lain-lain bijirin. Tanaman gandum
banyak ditanam di Dataran Tinggi Utara China, Wilayah Shantung, Kansu, Shensi
dan Bahagian Utara Anhui dan Hupeh. Millet pula ditanam di Wilayah Kansu, Shensi
dan Shansi.
4. Tanaman kaoliang ditanam secara meluas di Manchuria untuk dijadikan atap
rumah, anyaman alas lantai dan dibuat minyak. Tanaman kapas juga ditanam di
utara dan selatan China dan kapas menjadi bahan utama dalam industri membuat
pakaian di China.
5. Masyarakat China yang tinggal di kawasan tanah tinggi seperti di bahagian utara
China iaitu sekitar Sungai Heilongjiang, mereka telah menanam padi huma,
sekoi dan tanaman kekacang. China turut memperkenalkan tanaman baru
seperti jagung India, ubi kentang manis dan kekacang.
6. Tanaman sayur-sayuran juga ditanam oleh masyarakat Cina. Mereka akan
menanam sayur-sayuran di sekitar rumah mereka di setiap ruangan tanah kosong.
Mereka turut menanam pokok buluh iaitu rebung buluh untuk dibuat makanan
manakala batang buluh untuk membina bangunan, membuat perabot-perabot dan
peralatan memasak.
7. Setelah berlaku revolusi dalam bidang pertanian, beberapa kaedah baru dalam
pertanian diperkenalkan seperti memperkenalkan system penanaman
bergilir, penggunaan baja dan peralatan pertanian baru seperti tenggala
penabur benih, penyisir tanah, penggiling, kereta sorong beroda dua dan kolar
kuda. Revolusi dalam bidang pertanian telah mendorong peningkatan pengeluaran
pertanian dan bertambahnya keluasan kawasan pertanian daripada 422 juta mu
pada awal abad ke-16M kepada 701 juta mu di akhir abad ke-16M.
8. Penggunaan teknologi pengairan juga telah mendorong perkembangan bidang
pertanian di China seperti terusan, kolam takungan air dan empangan. Kawasan
yang jauh dari sumber air juga sudah boleh ditanam dengan pelbagai tanaman.
9. Pada abad ke-16M, China turut mengamalkan ekonomi komersil seperti
mengusahakan tanaman tembakau di wilayah Kwangsi dan Fukein, tanaman kapas

di Sungking, Taitsang dan Tung-chou manakala tanaman mulberi di wilayah


Kwangtung.
B. Menternak Binatang
Selain bercucuk tanam, petani Cina juga turut menjalankan kegiatan menternak
binatang untuk dijadikan sumber makanan dan kegunaan pertanian serta
pengangkutan. Antara binatang yang diternak untuk sumber makanan ialah
ayam, itik, kambing, lembu, babi, kerbau dan sebagainya. Kerbau juga digunakan
untuk kegiatan penanaman padi sawah manakala lembu biasanya untuk menarik
kereta lembu. Binatang ini biasanya dipelihara kawasan yang berdekatan dengan
rumah mereka.

C. Industri Kecil
1. Masyarakat Cina juga turut menjalankan kegiatan industri-industri kecil seperti
pengeluaran barang-barang kertas, sutera, kapas dan porselin. Industri
porselin telah berkembang di China dan telah memberi sumbangan yang besar
dalam perbendaharaan negara. Wilayah Kiangsi merupakan pusat pengeluaran
porselin utama China.
2. Wilayah Soochow pula sebagai pusat pengeluaran tekstil dan Sungkiang pula
sebagaipusat utama pengeluaran kapas di China. Perkembangan industri tekstil
ini telah menjadikan tanaman kapas sebagai salah satu tanaman terpenting di abad
ke-16M.
3. Industri kraf tangan dan tenunan turut menyumbang dalam sektor pertanian
dan pembangunan negara China. Industri mengubah bunga plastik diusahakan di
Peiping dan industri sutera dijalankan di wilayah Shangtung, Hopei dan Manchuria.
D. Perdagangan
1. Pada abad ke-16M, ekonomi feudalisme China mengutamakan kegiatan pertanian
sebagai sumber utama. Dengan itu, ekonomi perdagangan berada di lapisan paling
bawah dan pekerjaan berdagang merupakan pekerjaan yang hina di China. Walau
bagaimanapun kegiatan perdagangan tetap berjalan lancar dengan wujudnya
sistem pengangkutan yang baik.
2. Sungai-sungai di China telah dijadikan jalan perhubungan yang utama untuk
menjalankan kegiatan perdagangan seperti Sungai Yangtze yang boleh dimudiki
kapal sejauh seribu batu dari muaranya. Sungai-sungai barat membolehkan

perdagangan dijalankan di selatan China dan Sungai Peiho serta Sungai Kuning
telah memudahkan perhubungan timur dan barat di sebelah utara China.
3. Sistem jalan air seperti pembinaan Terusan Besar dari Peking di sebelah utara ke
Hangchow, selatan Sungai Yangtze. Terusan-terusan kecil juga dibina di bahagian
tengah dan selatan China untuk memudahkan membawa barang dari satu kawasan
ke kawasan yang lain.
4. Pada abad ke-16M, maharaja telah membenarkan pelayar-pelayar China belayar ke
Asia Tenggara, India, Sri Lanka, Hormuz dan pantai timur Afrika. Hubungan dengan
negara luar ini telah meningkatkan aktiviti perdagangan China di pelabuhan Canton
seperti dengan pedagang Asia Tenggara, Portugal, Sepanyol dan Belanda.
5. Hubungan dengan Portugal telah bermula dengan Rafeal Perestrello pada tahun
1516 kemudian dengan Tom Pires dihantar untuk menjalinkan hubungan dengan
China. Pedagang Portugis hanya dibenarkan berdagang di Macau sahaja pada tahun
1532 dan dibenarkan berdagang di Canton pada hari-hari tertentu sahaja atas
kawalan ketat oleh pembesar China. Hasil hubungan ini, China memperoleh
barangan perak dari pedagang Portugal dan sebagai tukarannya sutera untuk
dibawa ke Eropah.

You might also like