You are on page 1of 10

Masyarakat Agraria Di China

Kegiatan Ekonomi
Pertanian sara diri
Pertanian komersial
Petempatan
Sistem pengairan
Kesuburan tanah
Peningkatan teknologi
Pertanian sara diri
Sistem ekonomi yang diamalkan bercorak sara diri.
Penduduk Cina terlibat dalam aktiviti bercucuk tanam
Antara tanaman makanan yang ditanam ialah padi, gandum, millet, kaoliang, barli, dan oat.
Padi ditanam secara meluas di lembah Sungai Kuning dan bahagian hilir Sungai Yangtze.
Gandum menjadi makanan utama di bahagian dataran tinggi utara China, ditanam secara meluas di
wilayah Kansu, shensi dan bahagian utara Anhui.
Millet ditanam secara meluasdi bahagain utara khususnya di wilayah Kansu, Shensi, dan Shansi.
Koaliang merupakan tanaman yang ditanam secara meluas di bahagian timur laut China.
Tanah pertanian di China dimiliki oleh golongan tuan tanah.
Contoh gambar tanaman masyarakat
agraria China.

Kaoliang Padi Barli


Pertanian komersial
Menjelang abad ke-16 dan 17, kegiatan ekonomi kapitalisme mula bertapak di China.
Berkembang pesat semasa pemerintahan Maharaja Chien-lung.
Jenis tanaman komersial yang diusahakan ialah tembakau, kapas, mulberi, dan tebu.
Tanaman tembakau ditanam secara meluas di kwangsi dan Fukien,
Tanaman kapas mempunyai permintaan yang tinggi. Ia diusahakan oleh di wilayah Sungkiang, Tai-
tsang, dan Tung-chou.
Penanaman mulberi bagi perusahaan sutera dijalankan di wilayah Kwangtung.
Petempatan
Mendirikan petempatan di kawasan lembah sungai contohnya, lembah Sungai Kuning dan Sungai
Yangtze.
Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur untuk aktiviti pertanian.
Penduduk yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat dalam penanaman padi.
Petempatan masyarakatagraria terdapat di kawasan tanah pamah di bahagian selatan China.
Antara kawasan tumpuan masyarakat agraria di China ialah wilayah Anhui, Hupeh, Shansi, dan Shensi.
Sistem pengairan
Masyarakat agraria mempunyai kemahiran dalam teknologi pengairan.
Petani mempunyai kemahiran dalam membina terusan dan mengawal aliran air sungai.
Terusan digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar.
Petani juga mahir dalam membina teres di lereng-lereng bukit untuk penanaman padi.
Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi.
Tambak juga dibina untuk mengelakkan banjir.
Kesuburan tanah
Masyarakat agraria mempunyai pengetahuan memelihara kesuburan tanah.
Sistem penanaman bergilir untuk memelihara kesuburan tanah.
Sistem ini telah diamalkan sejak zaman Han lagi.
Petani juga menggunakan baja untuk meningkatkan hasil pengeluaran.
Peningkatan teknologi
Petani membina tenggala penabur benih untuk membina alur parit atau lekuk memanjang di
permukaan tanah.
Kereta sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barangan diangkut.
Gambar kereta sorong beroda dua dan
tenggala.

You might also like