You are on page 1of 10

*MASYARAKAT

AGRARIA DI CHINA

1~MUHAMMAD MUSFAFIZUL BIN CIK JOHARY


2~NURUL IZZAH BT MOHAMMAD ZAIN
*DEFINISI
Masyarakat agraria ialah masyarakat berasaskan pertanian,
penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai.
Masyarakat agraria tinggal di kawasan pedalaman termasuk
kawasan-kawasan pertanian yang subur. Masyarakat agraria
di China merupakan masyarakat petani yang bergantung
sepenuhnya kepada ekonomi Sendiri dan tidak bergantung
kepada negara lain untuk memenuhi keperluan masyarakat
tempatan. Pengamalan unsur-unsur mekantilisme oleh
masyarakat agraria di China membantu perkembangan
ekonomi agraria di China pada abad ke-16 hingga abad ke-
17M. Terdapat ciri-ciri khusus dalam masyarakat agraria di
China
* Sebelum campur tangan kuasa-kuasa Barat, sistem feudal
diamalkan di China. Masyarakat China mengamalkan kegiatan
ekonomi feudal seperti bercucuk tanam secara kecil-kecilan
dan berbentuk secara sara diri. Di samping itu, masyarakat
petani China juga menghasilkan barangan kraf tangan yang
amat diperlukan. Negara China mempunyai keluasan hampir 9.6
juta km persegi tetapi tanah yang sesuai untuk kegiatan
pertanian hanyalah 15% sahaja. Kawasan lain terdiri daripada
pergunungan dan gurun di sebelah barat dan utara China.
Negara China juga sebahagian besarnya berada dalam kawasan
hawa sederhana mengalami perubahan iklim dari kawasan
tropika ke kawasan sejuk. Walaupun berkeadaan demikian,
negara China masih lagi mampu mengeluarkan makanan
daripada pelbagai jenis tanaman untuk kegunaan masyarakat
dan untuk dieksport ke negara luar. Terdapat beberapa faktor
yang telah mendorong perkembangan pertanian di negara China
menjelang abad ke-16 M dan abad ke-17 M seperti kegiatan
ekonomi sara diri, sistem pengairan, pertanian komersial,
kemajuan dalam teknologi pertanian dan pengenalan kaedah
baru pertanian.
*CIRI-CIRI
*PEMILIKAN TANAH PERTANIAN
Tanah adalah milik kerabat Diraja atau golongan
bangsawan. Pada zaman kerajaan Ming, tanah yang
dimiliki kerabat Diraja seluas 1.28 juta mu.
Keluasan tanah milik keluarga Diraja telah
meningkat kepada 20 jota mu pada tahun 1522.

Menjelang zaman Ching, tanah pertanian


diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Hal ehwal
Kerabat Diraja.Pada masa pemerintahan Jiaqing
jabatan ini menguruskan tanah seluas 4 juta mu.
*PENGKHUSUSAN PENGELUARAN PERTANIAN
Masyarakat agraria China mengamlkan pengkhususan
dalam pengeluaran barangan mengikut daerah atau
kawasan seperti tebu dikeluarkan di daerah Kwangtung,
Fukien dan Szechan. Teh dan daun mulberry untuk
makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kingsu.
Kapas di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan
perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain
sutera dan pakaian diusahakan oleh petani di Kiangnan
dan hasil hutan iaitu kayu balak di Manchuria.
*PETEMPATAN
Masyarakat agraria dalam tamadun China mendirikan
petempatan di kawasan lembah sungai Kuning dan Sungai Yang
Tze. Kawasan ini mempunyai mendapan tanah loes yang subur
dan sesuai untuk menjalankan aktiviti pertanian. Kesuburan
tanah menyebabkan petani mendirikan petempatan di lembah
sungai tersebut.

Petani yang menetap di kawasan lembah sungai terlibat


dalam penanaman padi secara meluas.Petempatan masyarakat
agraria terdapat di kawasan tanah pamah yang terletak di
bahagian Selatan China. Di samping itu masyarakat agraria
mendirikan petempatan di kawasan dataran tinggi yang
terletak di Utara China. Antara kawasan yang menjadi
tumpuan masyarakat agraria di bahagian Utara China ialah
wilayah Anhui, Hupeh, Shansi dan Shensi.
*SISTEM CUKAI
Petani yang tidak memiliki tanah dengan tuan-tuan iaitu
golongan bangsawan dengan kadar yang ditetapkan oleh
tuan-tuan tanah. Menjelang zaman Ming-Qing petani-
petani membayar sewa tanah dengan dalam bentuk hasil
pertanian.

Petani dikehendaki menyerahkan antara 50%-60%


daripada hasil pertanian yang diperolehi sebagai cukai.
Petani juga dikehendaki berkhidmat sebagai buruh paksa
kepada tuan tanah. Pada tahun 1581 sistem cukai baru
diperkenalkan dan dikenali sebagai ‘cukai tunggal’ melalui
cukai baru ini petani hanya dikehendaki membayar satu
jenis sahaja iaitu dalam bentuk wang perak.
* SISTEM PENGAIRAN
Petani di China berkemahiran dalam pembinaan terusan dan
mengawal aliran air sungai. Terusan juga dibina untuk menyalurkan
air ke kawasan pertanian dan mengelak banjir. Terusan juga
digunakan untuk mengangkut hasil pertanian ke bandar-bandar.
Petani di China juga mahir membina teres di lereng-lereng bukit bagi
penanaman padi.

Bekalan air disalurkan ke kawasan pertanian dari terusan dan


kolam takungan air. Pam yang menggunakan tenaga binatang ataupun
manusia digunakan untuk mengepam air ke kawasan pertanian.
Empangan dibina untuk membekalkan bekalan air yang mencukupi
bagi mengairi kawasan pertanian.

Selain itu, tambak juga dibina untuk mengelak banjir


memusnahkan kawasan pertanian. Projek pengairan juga dijalankan
oleh pemerintah untuk mengairi kawasan pertanian. Projek pengairan
di Sichuanmengairi kawasan tanah pertanian seluas 2 000 000 hektar.
*PENGKHUSUSAN PEGELUARAN BARAGAN
Masyarakat agraria China mengamal pengkhususan barangan
mengikut daerah atau kawasan seperti tebu dikeluarkan di
daerah Kwangtung. . Fukien dan Szechwan. Teh dan mulberry
untuk makanan ulat sutera di Chekiang dan Selatan Kiangsu.
Kapas ditanam di Kiangsu dan daerah Utara. Kegiatan
perlombongan di Yunnan, perusahaan kain kapas, kain sutera
dan pakaian dusahakan oleh petani di Kiangnan dan hasil
hutan iaitu kayu balak di Manchuria
*PENINGKATAN TEKNOLOGI
Masyrakat agraria di China mempunyai kemahiran dalam
teknologi pertanian. Pelbagai jenis peralatan baharu telah
dicipta untuk menigkatkan pengeluaran hasil pertanian.
Tenggala penabur benih digunakan untuk menabur benih
dalam barisan yang lurus.

Selain tenggala kayu, mereka juga mencipta peralatan


lain seperti penyisir anah, penggiling dan kolar kuda. Kereta
sorong beroda dua telah dicipta untuk memudahkan barang-
barang diangkut. Mereka memperkenalkan kaedah baharu
dalam pertanian seperti sistem penanaman bergilir, tanaman
dua pusingan dan pengkhususan dalam pertanian. Pengenalan
kaedah baru telah meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.

You might also like