You are on page 1of 1

Dari Segi Ekonomi

Ekonomi utama sara diri di tamadun Melayu ialah pertanian. Padi merupakan tanaman
utama dalam pertanian. Padi sawah ditanam di kawasan lembah sungai yang subur dan rata
kerana memerlukan air yang banyak. Padi huma atau padi bukit pula ditanam di kawasan tanah
tinggi atau lereng bukit dan tidak memerlukan air yang banyak. Kawasan penanaman padi yang
utama ialah Kedah, Perlis, Seberang Prai, Negeri Sembilan, Pahang dan Kelantan. Sistem
pengairan yang baik dapat memajukan penanaman padi pada awal abad ke-19. Kincir air, terusan
dan empangan merupakan antara tiga jenis pengairan yang digunakan dalam penanaman padi.
Selain itu, terdapat juga tanaman-tanaman lain yang diusahakan seperti kopi, tembakau, sagu,
pisang, jagung, tebu, ubi kayu, lada hitam dan gambir. Pokok buah-buahan juga ditanam untuk
kegunaan sendiri seperti kelapa, durian, manggis, langsat dan lain-lain. Terdapat juga pokok
pinang, kabung, nibung dan nipah yang mempunyai nilai-nilai perniagaan. Jika hasilnya berlebihan
maka ia akan dijual untuk membeli barangan yang tidak mereka hasilkan seperti pakaian, haiwan
dan sebagainya.

Manakala, sistem ekonomi tamadun India pula terbahagi kepada dua iaitu sistem ekonomi.
Pertamanya sistem ekonomi sara diri. Menjelang zaman Vedik, orang Aryan memainkan peranan
dominan dalam memajukan kegiatan pertanian dan penternakan. Hal ini demikian kerana, mereka
mempunyai pengetahuan yang luas tentang musim serta mereka juga tahu cara untuk membajak,
menyemai, dan menuai menerusi Rig Veda. Selain bercucuk tanam, mereka juga turut terlibat
dalam penternakan binatang. Mereka menternak binatang-binatang seperti lembu, kambing, biri-
biri dan kuda untuk mengangkat bijirin. Menjelang akhir zaman Vedik pertanian dan penternakan
menjadi sumber makanan yang utama. Antara tanaman yang luas ditanam ialah barli, gandum,
padi dan tebu. Barli dan gandum merupakan makanan utama manakala padi ialah makanan
sekunder.

Dalam tamadun China pula pada peringkat awalnya, kegiatan pertanian amat ditekankan
dari segi ekonomi. Hal ini demikian kerana, lokasi penempatan yang berdekatan dengan sungai
yang subur dan amat sesuai iklimnya seperti Sungai Kuning mendorong kegiatan pertanian.
Masyarakat China juga menanam padi sebagai tanaman utama sehingga menjadikan kegiatan
pertanian telah menjadi asas ekonomi negara China sejak kewujudan tamadun. Dalam tamadun
China, ekonomi utama ialah pertanian diikuti dengan ekonomi sampingan seperti kegiatan
berburu, penternakan dan industri logam, arang batu dan tekstil.

You might also like