You are on page 1of 41

Dasar dan Kedudukan Bahasa Melayu

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Bahasa Malaysia juga dikenali sebagai Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Melayu. Ia telah digunakan di Kepulauan Melayu sejak abad ke-7.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Terdapat lebih 200 bahasa di Kepulauan Melayu pada waktu itu. Namun, penggunaan Bahasa Melayu pada waktu itu amat meluas kerana mudah dipertuturkan.
Maka ia menjadi lingua franca.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan menyebut Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Perlu diingat bahawa pada waktu perlembagaan digubal, istilah "Malaysia" belum wujud.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pada tahun 1970 pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan dilaksanakan dan Bahasa Melayu dikenali sebagai Bahasa Malaysia. Malangnya masih ada pihak yang tidak menyedari - atau cuba menafikan - hakikat ini.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pada tahun 1961, Perdana Menteri Tanah Malaya, Tunku Abdul Rahman mencadangkan pembentukan Malaysia dan cadangan itu menjadi realiti pada 16 September 1963.

Pilihan raya 1969 menyaksikan pihak Perikatan [Barisan Nasional] menghadapinya dengan penuh yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu.Bagaimanapun, rakyat Bukan Melayu pula ternyata kurang senang dengan kedudukan bahasa Melayu.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pada tahun 1957, Perlembagaan menyatakan bahawa Bahasa Inggeris boleh digunakan selama 10 tahun sehingga 1967. Jadi, kini, timbul soal kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa bagi Bangsa Malaysia.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pilihan raya pada 12 Mei 1969 ternyata penuh emosi. Kedudukan politik dan bahasa/budaya Bukan Melayu menjadi topik hangat dalam kempen.
Malah, rakyat Bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkenaan.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Natijahnya, undi bagi Perikatan susut 10% dan Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti 2/3 di Dewan Rakyat.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Penyokong Gerakan dan DAP meraikan "kemenangan" mereka dengan mengadakan 'pesta' di jalan-jalan raya di Kuala Lumpur.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Penyokong UMNO turut mengadakan 'pesta' yang sama. maka tercetuslah Krisis 13 Mei 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu-padu, harmoni dan saling memahami. Ramai terkorban - terutama kaum Cina.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Krisis 13 Mei 1969 ternyata membawa perubahan drastik pada polisi kerajaan/pemerintah. Perpaduan nasional tolerensi hapus jurang perkauman dan seumpamanya menjadi agenda utama rakyat dan kerajaan.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pada 31 Ogos 1970, Rukun Negara dan Rukun Tetangga diperkenalkan. Dasar Pelajaran Kebangsaan pula dilaksanakan pada 1970 di mana istilah Bahasa Malaysia diperkenalkan di sekolah dan dalam segala urusan rasmi.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Polisi Pelajaran di bawah Rancangan Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni kerajaan dan rakyat malaysia menjadikan Bahasa Malaysia bahasa pengantar di sekolah.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Kempen Cintai Bahasa Kita, Bahasa Jiwa Bangsa, Bahasa Menunjukkan Bangsa dan yang seumpamanya dipergiat oleh kerajaan, badan-badan tertentu serta agensi kerajaan dan swasta.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Memang agak pelik jika kita berpeluang mendengar perbicaraan kes di mahkamah menggunakan Bahasa Malaysia tetapi adalah satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan bahasa pengantar utama.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Generasi yang lahir pada tahun 70-an, 80an dan 90-an terbukti fasih dan menganggap Bahasa Malaysia sebagai bahasa milik bersama setiap rakyat Malaysia.
Mereka sedar bahawa Bahasa Malaysia bukan milik kaum Melayu sahaja.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Kaum Bukan Melayu di Malaysia mampu berinteraksi menggunakan Bahasa Malaysia yang betul dan lancar.

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Ironinya, sekumpulan kaum Melayu pula lebih suka menggunakan Bahasa Malaysia yang tidak betul. Misalnya: Husband I drebar mini bas di mana frasa ini bukan Bahasa Inggeris dan bukan juga Bahasa Malaysia!

LATAR BELAKANG BAHASA MALAYSIA

Walau bagaimanapun, apa yang lebih penting, istilah "Bahasa Malaysia" yang diperkenalkan pada tahun 1970 berikutan Krisis 13 Mei 1969 terbukti sudah berjaya membina Bangsa Malaysia sebagaimana yang diimpikan.

FUNGSI BAHASA MALAYSIA

FUNGSI BAHASA MALAYSIA

Bahasa Kebangsaan melahirkan semangat perpaduan, kekitaan dan kebangsaan. Bahasa Jiwa Bangsa. Satu Bangsa/Negara, Satu Bahasa.

FUNGSI BAHASA MALAYSIA

Bahasa Rasmi dalam komunikasi dan acara rasmi, segala surat-menyurat rasmi, pentadbiran, minit mesyuarat, memo dll.

FUNGSI BAHASA MALAYSIA

Bahasa Perpaduan perpaduan antara kaum/keturunan, perpaduan politik.

FUNGSI BAHASA MALAYSIA

Bahasa Ilmu dalam bidang ilmu, sains, teknologi, komputer, saintifik, ilmiah. Menjadikan Bahasa Malaysia setaraf Bahasa Inggeris; antarabangsa.

FUNGSI BAHASA MALAYSIA

Bahasa Pendidikan bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah, universiti, kolej.

BAHASA MALAYSIA FORMAL

BAHASA MALAYSIA FORMAL

Bahasa formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi formal. Juga disebut bahasa baku. Bahasa formal adalah bahasa yang telah diterima untuk digunakan dalam situasi rasmi seperti perundangan, surat rasmi, majlis rasmi, sekolah, berita, akhbar dan media massa.

BAHASA MALAYSIA FORMAL

Walaupun terdapat banyak dialek bahasa di Malaysia, hanya satu bentuk bahasa formal; iaitu bahasa kebangsaan/bahasa rasmi Bahasa Malaysia.

BAHASA MALAYSIA TIDAK FORMAL

BAHASA MALAYSIA TIDAK FORMAL

Bahasa tidak formal merujuk kepada bahasa yang digunakan dalam situasi yang tidak formal. Contohnya bahasa yang digunakan dalam perbualan seharian bersama rakan-rakan dan ahli keluarga atau rakan-rakan sekerja.

BAHASA MALAYSIA TIDAK FORMAL

Disebut juga bahasa tak baku atau bahasa umum. Termasuk juga dialek negeri-negeri serta bahasa daerah.

Kedudukan dan Taraf


Bahasa Kebangsaan

Kedudukan dan Taraf Bahasa Kebangsaan


a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan

Kedudukan dan martabat Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara ini mengikut Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan memang tidak patut dipertikaikan.

Kedudukan dan Taraf Bahasa Kebangsaan

Malah, Akta (Pindaan) Perlembagaan 1971 memperuntukkan bahawa status Bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan tidak boleh dipersoalkan. Sesiapa yang menyoal tentang perkara ini boleh dituduh melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948.

Kedudukan dan Taraf Bahasa Kebangsaan


a) Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan
b) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 c) Akta Pendidikan (asalnya Akta Pelajaran 1961)

Kedudukan dan Taraf Bahasa Kebangsaan

Sistem ejaan baru Bahasa Malaysia yang ada sekarang telah mula digunakan secara rasmi mulai 16 Ogos 1972.

Kedudukan dan Taraf Bahasa Kebangsaan

KBSR menitikberatkan penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. KBSM 1988 memberatkan penguasaan Bahasa Malaysia yang bermutu merujuk kepada ketepatan bahasa kecekapan berbahasa dan kepekaan variasi.

Aktiviti

Tuliskan sebuah karangan dan bacakan kepada rakan anda: Cara memupuk semangat cinta akan Bahasa Malaysia

You might also like