You are on page 1of 11

MPW 1113

BAHASA KEBANGSAAN (A)

SINTAKSIS

MISS NURHAFIZAH MOHD ZIZI


SCHOOL OF COMPULSORY STUDIES
SINTAKSIS
• Sintaksis merupakan bidang ilmu yang
mengkaji proses pembinaan ayat.
• Dalam BM, ayat terbentuk daripada 2 unsur
iaitu ‘SUBJEK’ dan ‘PREDIKAT’.
• SUBJEK – merupakan perkara utama
dalam ayat.
• PREDIKAT – menjadi penerang kepada
subjek atau sebagai keterangan dalam
binaan ayat.
AYAT
SUBJEK + PREDIKAT
BINAAN AYAT
• SUBJEK
- bahagian ayat yang letaknya di hadapan
predikat dalam pola ayat biasa.
- bahagian subjek biasanya diisi oleh
Frasa Nama (FN)

• PREDIKAT
• bahagian ayat yang letaknya selepas
subjek dalam pola ayat biasa
• bahagian predikat diisi oleh sama ada
Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa
Adjektif (FA) atau Frasa Sendi Nama
(FSN)
• Ayat terbina daripada beberapa unsur
yang lebih kecil, iaitu;
• KATA - unit tatabahasa yang terkecil
dan bebas
• FRASA - gabungan dua perkataan atau
lebih yang dapat berfungsi sebagai
predikat atau binaan yang terdiri
daripada sekurang-kurangnya satu
perkataan yang berpotensi menjadi unit
yang lebih besar.
• KLAUSA - satu unit rangkaian
perkataan yang mengandungi satu
subjek dan
• satu predikat dan mempunyai potensi
menjadi ayat.
Susunan perkataan
(ayat)
• AYAT
Ibu Umar seorang guru.
• KLAUSA
ibu Umar seorang guru.
• FRASA
ibu Umar/seorang guru.
• PERKATAAN
ibu/Umar/seorang/guru.
POLA AYAT DASAR
• Dalam Bahasa Melayu terdapat
empat pola ayat dasar iaitu:
• Frasa Nama + Frasa Nama
(FN+FN)
• Frasa Nama + Frasa Kerja
(FN+FK)
• Frasa Nama + Frasa Adjektif
(FN+FA)
• Frasa Nama + Frasa Sendi Nama
(FN+FSN)
Contoh bagi pola-pola ayat
• Pola 1 : FN + FN
- Mereka itu mahasiswa.
- Bunga Raya adalah bunga kebangsaan.
• Pola 2 : FN + FK
- Pokok kelapa itu tumbang.
- Mereka meminjam buku dari
perpustakaan.
• Pola 3 : FN + FA
- Masjid itu sangat besar
- Lembu itu garang.
• Pola 4 : FN + FSN
- Keluarganya di kampung.
- Rumah mereka di tepi laut.
FRASA
• Frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada
satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun
lebih.
• Dalam Bahasa Melayu, frasa boleh terbentuk
kepada FN, FK, FA dan FSN.
• Perbezaan frasa dengan klausa ialah frasa
tidak mengandungi subjek dan predikat.
• Contoh pembentukan frasa ialah seperti di
bawah:
• Burung merpati terbang melayang (Frasa)
• Anak kecil itu sedang tidur (Frasa)
KLAUSA
• Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang
mengandungi subjek dan predikat yang menjadi
konstituen kepada ayat.
• Sebagai konstituen ayat, klausa terbahagi kepada dua
jenis iaitu klausa bebas dan klausa tak bebas.
• Klausa bebas ialah klausa yang bersifat sebagai ayat
yang lengkap apabila diucapkan dengan dengan
intonasi yang sempurna.
• Klausa tak bebas terdapat dalam ayat yang lebih
kompleks dan hadir bersama-sama klausa bebas.
• Klausa tak bebas tidak dapat berdiri sendiri sebagai
satu ayat lengkap.
• Contoh:
Kamu pandai kerana kamu rajin belajar.
(Klausa bebas) (klausa tak bebas)
Jika hari hujan saya tidar hadir
(Klausa tak bebas) (klausa bebas)
AYAT
• Dari segi binaan, ayat dapat dibahagikan
kepada :
• Ayat tunggal
- ayat yang mengandungi satu klausa
bebas sahaja
- mempunyai satu subjek dan satu predikat
- contoh: Ali guru.
• Ayat majmuk
- terdiri daripada beberapa ayat tunggal
- mengandungi lebih daripada satu klausa
yang dirangkaikan menjadi satu ayat
melalui tiga cara iaitu gabungan, pancangan
dan campuran.
- contoh: Ali dan Salmah guru.
Ali guru sementara adiknya askar.
• Ayat aktif
- ayat yang mengandungi kata kerja transitif
yang mengutamakan subjek asal sebagai
judul atau unsur yang diterangkan.
contoh: Azman menendang bola.
Ayat aktif - Umar menembak burung itu.
Ayat pasif - Burung itu ditembak Umar.

• Ayat pasif
- ayat yang mengandungi kata kerja yang
mengutamakan objek asal sebagai judul atau
unsur yang diterangkan.
contoh: Bola ditendang oleh Azman.
- ayat yang mengalami pendepanan objek asal
- dalam ayat pasif kedudukan subjek atau
pelaku sudah kurang dipentingkan,
sebaliknya yang penting ialah objek.

You might also like