You are on page 1of 4

Cabaran yang perlu diatasi dalam pengajian am penggal 2

Sebagai pelajar yang baru sahaja melangkah masuk ke semester 2 pra-u atau tingkatan 6 pasti akan
tertanya-tanya banyak perkara berkenaan subjek-subjek yang akan dipelajarai. Salah satunya ialah
pengajian am penggal 2 kerana boleh dikatakan ini subjek teras dan merupakan syarat utama
kemasukan ke IPT. Jadi, diruangan ini saya ingin berkongsi serba sedikit pengalaman sebagai
persediaan yang perlu dilakukan. Saya bukanlah pakar kaunseling atau motivasi, tetapi apa yang saya
sampaikan semata-mata berdasarkan pengalaman sepanjang bergelar guru pengajian am sejak tahun
2006.

Cabaran 1: Kerja kursus

Semester 2 dalam pengajian pra-u/Ting 6 mempunyai kerja kursus pengajian am yang perlu anda
siapkan dan akan dibentang kemudian dinilai oleh guru-guru pengajian am. Masalah yang sering berlaku
ialah pelajar sering melambat-lambatkan kerja kursus ini. Sikap suka bertangguh dan kurang peka
kepada tarikh akhir penghantaran. Akibatnya, kualiti kerja tidak memuaskan, lambat dihantar dan pelajar
kurang persediaan lengkap menghadapi pembentangan. Adalah dinasihatkan kepada pelajar untuk
melaksanakan kerja kursus sebaik sahaja mendapat arahan dan mematuhi jadual penghantaran. hal ini
untuk mengelak gangguan kepada persediaan menghadapi peperiksaan.

Cabaran 2: Menjawab soalan struktur

Soalan struktur 15 markah, soalan dihasilkan daripada topik Malaysia maju dan sejahtera dan dasar-
dasar pembangunan negara (Dasar dalam negara). Terlalu banyak topik yang perlu dibaca untuk
menjawab sedikit soalan struktur. Saya sebagai guru pun pening juga membaca banyak dasar-dasar ni
kalau nak dihabiskan dalam 2 atau 3 hari. pening! pening!

jadi siapa suruh baca last minit..untuk skor topik ni, perlu baca berperingkat-peringkat. sehari baca 2 atau
3 dasar sahaja. fokus betul-betul bila baca. kalau sebulan ada 30 hari x 3 subtopik = 90 subtopik. fuh!
hujung bulan januari sudah habis baca. Bincang lagi dalam kelas dengan guru lagi la boleh ingat kerana
sudah baca sedia kan? kemudian...jangan lupa latihan struktur sebaiknya anda buat sebanyak yang
boleh sebelum menduduki peperiksaan.

Rahsia kejayaan menjawab struktur bergantung kepada keupayaan memahami kehendak soalan dan
kemampuan untuk mengingat kembali isi-isi penting yang telah dipelajari. macamana tingkatkan hafalan
fakta? proses bacaan dan latihan yang banyak dan berulang..

Cabaran 3: Graf

Ini bahagian yang paling teknikal. kelemahan pelajar yang utama ialah kawalan masa. pelajar tidak siap
graf. Di samping itu, pelajar salah memilih media atau graf yang dikehendaki kerana dikelirukan oleh
soalan. Soalan STPM adalah soalan aras tinggi, tetapi bukanlah susah jika anda benar-benar menguasai
tekniknya. Kemahiran menghasil graf atau carta bukan setakat tahu buat atau boleh buat, tetapi yang
paling UTAMA ialah boleh buat dengan betul, lengkap, kemas, pantas dan menepati masa yang
ditetapkan. Adalah dinasihatkan agar pelajar melatih diri untuk membuat latihan sekurang-kurangnya 2
graf seminggu secara konsisten dan dalam masa yang ditetapkan. Adalah tidak wajar jika pelajar
membuat latihan tanpa kawalan masa.

Cabaran 4: Soalan Esei

karangan atau esei pengajian am dari segi teknikal adalah sama dengan penggal 1. tiada perbezaan dari
segi teknik penulisan. cuma yang membezakan ialah topik atau soalan yang akan dikeluarkan. soalan
boleh jadi datang atau memiliki hubungkait dengan topik dasar-dasar dalam negara dan malaysia maju
dan sejahtera. Namun, soalan juga boleh dikeluarkan daripada isu-isu semasa yang berlaku dalam
negara. Biasanya, isu-isu semasa 2 tahun ke belakang perlu diperhatikan dan pelajar sendiri boleh
membuat andaian-andaian atau ramalan tersendiri, bukan bergantung kepada guru semata-mata. Selain
itu, jangan ketepikan soalan-soalan esei tahun-tahun yang lalu seperti tahun 1990an, 2000an. Seringkali
terjadi isu berulang akan keluar. Pembacaan skema-skema jawapan karangan yang banyak terdapat
dalam buku kerja, buku rujukan dan contoh-contoh karangan tahun-tahun lepas perlu diperbanyakkan
sebagai persediaan.

Rahsia kejayaan karangan ialah anda faham kehendak soalan, menguasai teknik penulisan dan
kemampuan menyampaikan idea-idea yang bernas. perkara ini bukan mudah kepada mereka yang
malas membaca.

Saya telah memiliki testimoni bahawa pelajar rayuan ke tingkatan 6 mendapat keputusan cemerlang
apabila menghabiskan setiap waktu untuk membaca, ulangkaji dan latihan.

KESALAHAN-KESALAHAN CALON DALAM MENGHASILKAN


GRAF/CARTA DAN CARA MENGATASI
Berikut disenaraikan kesalahan-kesalahan dalam graf/carta yang kerap dilakukan oleh calon:

1. Salah Media

Calon selalu salah memilih media yang sesuai kerana dikelirukan oleh soalan atau petikan soalan.
Soalan selalunya mempunyai trik-trik tertentu untuk mengelirukan calon. hal ini sengaja diletakkan untuk
menguji kemampuan calon melakukan analisis terhadap soalan. Calon perlu memperkuatkan diri dengan
memahami cara-cara mengenalpasti media berdasarkan ciri-ciri yang wujud dalam soalan dan petikan.
Lihat panduan yang diberikan oleh guru. Salah media markah maksimum 1/20.

2. Kesalahan jadual

kesalahan yang biasa wujud ialah jadual tidak lengkap seperti dari segi tajuk, isi kandungan data, salah
pengiraan, dan sumber tiada atau tidak lengkap. Jadual mesti disertakan bersama-sama graf/carta.
Sekiranya markah graf/carta kurang daripada 5, maka pemeriksa akan menggunakan markah jadual iaitu
5markah sebagai ganti dengan syarat jadual lengkap dan tepat. Hal ini bermaksud, dalam situasi tersebut
markah jadual adalah back up kepada markah graf/carta.
3. Graf tiada tajuk, salah tajuk atau tidak lengkap tajuk.

Bagi tiap-tiap jenis graf, pelajar perlu kuasai bentuk asas jadualnya.

Tajuk mesti ada Lokasi, perkara dan tempoh. Elemen tambahan seperti (*anggaran) perlu dinyatakan
dalam ( ) jika dinyatakan dalam petikan. Kadang-kadang soalan sebut tempoh " pada tahun-tahun yang
dinyatakan"..jadi calon perlu kenalpasti berapa tahun yang terlibat dan nyatakan tahun itu dalam tajuk
dengan jelas. Perhatikan juga Lokasi. Kadang-kadang lokasi "Semenanjung Malaysia"...pelajar tulis
Malaysia. Lokasi "Sabah dan Sarawak" pelajar tulis Malaysia juga. Lebih parah Lokasi " Asia Tenggara"
pelajar tulis Malaysia juga kerana sudah terbiasa dengan kebanyakan contoh soalan mengambil data
negara Malaysia. Pastikan Lokasi ditulis sama seperti dalam soalan dan petikan.

4. Salah unit atau tidak lengkap

Contohnya lupa tulis "RM" atau "JUTA".

"TAN METRIK SEHARI" pelajar tulis Tan Metrik...lupa perkataan "sehari"!!

"Umur 10 hingga 20 tahun"...pelajar tulis 10 hingga 20. Lupa tulis perkataan "TAHUN"!!!

(markah maksimum 12/20 bagi kesalahan tersebut)

5. Kesalahan skala. Lupa tulis titik asalan (0) dalam skala dan tulis skala salah.

Skala mestilah ditulis dengan cara berikut:

Contoh.

tulis titik asalan 0

Skala 1cm : RM 5000 Juta atau Skala 1cm mewakili RM 5000 Juta. Walaupun calon dibenarkan
menulis nilai skala selang 2 cm pada paksi Y, tetapi cara tulis skala mesti 1cm:_____ di bawah
graf.

cara mencari skala nilai terbesar/berapa cm yang digunakan. bundar kepada angka genap yang
hampir dan sesuai.

6. Tulis Petunjuk

calon perlu menulis petunjuk bagi membolehkan graf difahami. pastikan lengkap dan tepat.

7. Tulis sumber

kedudukan sumber mesti dibawah sebelah kanan graf. jika petikan tiada nyatakan perkataan
"sumber"..maka calon perlu meletakkan perkataan sumber tersebut. Contoh nya:
(Sumber:...........................)

jangan tulis sumber hingga terkeluar dari zon petak graf. Jangan mengurangkan ayat atau menambah
ayat. kecuali perkataan "sumber" sahaja yang boleh ditambah jika tidak dinayatakan dalam soalan.

ada pelajar tulis sumber salah: Sumber: (...................................). pastikan buka kurungan dulu baru tulis
sumber. maksudnya sumber mesti dalam petak kurungan (....)

8. Jangan guna teknik lorekan. mesti guna warna.

Jika calon guna lorekan, walupun lorekan itu betul maka calon hanya layak mendapat markah maksimun
(12/20). boleh guna highlighter untuk cepat atau warna kayu yang berkualiti dan terang.

9. Graf, Tajuk graf mesti center

10. SENTIASA MELIHAT JAM UNTUK KAWALAN MASA. CADANGAN MASA UNTUK SIAPKAN
GRAF IALAH 50-55 MINIT. TETAPI TERPULANG KEPADA KREATIVITI PELAJAR SENDIRI UNTUK
MENGATUR MASA.

TIAP-TIAP GRAF MEMILIKI TEKNIK YANG BERBEZA. SILA KUASAI TEKNIKAL SETIAP GRAF.

You might also like