You are on page 1of 3

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

Mahkamah Jenayah Antarabangsa

International Criminal Court (Inggeris)


Cour pnale internationale (Perancis)

Negara Anggota (hijau gelap) dan negara anggota yang belum memeterai Statut
Rom (jingga)

Ibu pejabat

The Hague, Belanda

Bahasa kerja

Inggeris dan Perancis

Statut berkuatkuasa

120 negara

Pemimpin
-

Presiden

Song Sang-Hyun

Pendakwa

Luis Moreno Ocampo

Ditubuhkan
-

Statut Rom diterima

17 Julai 1998

Berkuatkuasa

1 Julai 2002
Laman web
www.icc-cpi.int

Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ditubuhkan pada 2002 sebagai satu tribunal tetap untuk
membicarakan kespembasmian kaum, jenayah hak asasi manusia, jenayah perang, jenayah
kekerasan dan sebagainya. Mahkamah ini bermula pada 1 Julai 2002 apabila perjanjian Statut Rom
Mahkamah Jenayah Antarabangsa mula berkuatkuasa.[1]
Pejabat rasmi mahkamah ialah di The Hague, Belanda tetapi perbicaraan boleh diadakan di manamana lokasi jika difikirkan perlu, cekap, cepat dan selamat.[2] Mahkamah ini berbeza
dengan Mahkamah Keadilan Antarabangsa / mahkamah dunia. Mahkamah Keadilan Antarabangsa
dikendalikan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menyelesaikan pertikaian / krisis
antara dua negara.
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menjadi ahli / mengiktiraf Mahkamah Jenayah
Antarabangsa. Sebanyak 32 negara belum menandatangani Statut Rome,
termasuklah China, India dan Amerika Syarikat kerana banyak mengkritik kelemahan Mahkamah
Jenayah Antarabangsa ini yang tidak memenuhi citarasa dan keperluan mereka.
Sehingga kini, mahkamah ini telah memulakan tujuh siasatan berhubung situasi di Afrika:
Utara Uganda, Konflik Darfur,Republik Demokratik Congo, Republik Afrika Tengah, Republik
Kenya, Libya dan Cte d'Ivoire.
Setakat Mac 2012, perbicaraan Lubanga berkaitan situasi di RD Congo telah berakhir dengan
tertuduh didapati bersalah pada 14 Mac 2012. Ia merupakan keputusan pertama mahkamah ini
sejak ia ditubuhkan.[3] Hukuman dan pampasan akan dibincangkan kemudian.

Sejarah
Pada 1948 selepas Perbicaraan Nuremberg, Tribunal Tokyo Perhimpunan Agung PBB telah
mengiktiraf mahkamah tetap antarabangsa untuk menyelesaikan / membicarakan jenayah
semasa Perang Dunia Kedua. Di atas permintaan Perhimpunan Agung PBB, Jawatankuasa
Undang-Undang Antarabangsa telah merangka dua draf pada awal 1950-an tetapi terbantut
akibatPerang Dingin.
A. N. R. Robinson yang kemudian menjadi Perdana Menteri Trinidad dan Tobago telah mengungkit
semula penubuhan Mahkamah Jenayah Antarabangsa semasa Perhimpunan Agung PBB ke-44
pada 1989 kerana jenayah pengedaran dadah antabangsa semakin tidak terkawal. Kemudian
mahkamah ini dibentuk secara ad hoc untuk cuba membicarakan kes jenayah bekas
Yugoslavia dan Rwanda.

Statut Rome
Selepas perundingan, persidangan yang diadakan di Rome, Itali pada Jun 1998 setuju untuk
membuat keputusan akhir. Pada 17 Julai 1998 Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa telah
diundi dengan 120 setuju, 7 menentang dan 21 berkecuali. Tujuh negara yang menentang itu
ialah Iraq, Israel, Republik Rakyat China, Qatar, Amerika Syarikat dan Yaman.
Statut Rome berjaya ditandatangani pada 11 April 2002 dengan asalnya 60 negara sahaja.
[1]

Mahkamah Jenayah Antarabangsa hanya boleh boleh berfungsi selepas tarikh itu.

Peringkat awal, 18 hakim dipilih pada Februari 2003. Mereka memulakan sesi pada 12 Mac 2003.
Isu waran tangkap menjadi isu pertama pada 8 Julai 2005.

Keahlian[
Rencana utama: Negara Ahli Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa
Setakat Februari 2012, 120 negara telah menerima mahkamah ini, termasuk semua Amerika
Selatan, sebahagian besar Eropah dan kira-kira separuh Afrika.
Sebanyak 32 negara telah menandatangani tetapi masih belum memeterainya.

You might also like