You are on page 1of 2

7.

4 Sistem Pertandingan

Sistem pertandingan merupakan satu pelan penyertaan yang dirancang bertujuan untuk memilih
pemenang di samping menghayati semangat kesukanan pihak yang menganjurkan pertandingan
haruslah mengenal pasti dan mendapatkan maklumat tertentu bagi memudahkan perancangan
dan persediaan dalam perkara berikut:

 Jenis pertandingan
 Masa yang diperlukan
 Alatan dan kemudahan yang disediakan
 Agihan perlawanan yang adil
 Pegawai dan petugas yang diperlukan
 Kewangan
 Bilangan penyertaan
 Undang-undang dan peraturan pertandinan
 Penentuan pemenang dan pemain yang sah

Oleh yang demikian, sistem pertandingan yang telah digunakan untuk menentukan kedudukan
setiap kumpulan yang telah mengambil bahagian dalam Karnival Permainan Bola Jaring adalah
Sistem Liga. Hal ini kerana ia merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan
sekiranya pertandingan itu bertujuan memilih pasukan yang terbaik. Di mana penyertaannya
terdiri daripada lapan (8) pasukan sahaja, maka pertandingan peringkat Awal akan dijalankan
secara Liga satu pusingan dalam dua kumpulan iaitu; kumpulan ‘A’ dan kumpulan ‘B’. Pasukan
Johan dan keempat akan dimasukkan ke dalam kumpulan ‘A’. Naib Johan dan ketiga akan
dimasukkan ke dalam kumpulan ‘B’. Pasukan-pasukan yang lain akan diundi bagi menentukan
kumpulan masing-masing.

Tambahan pula, pemenang-pemenang pertama dan kedua dalam kumpulan ‘A’ dan ‘B’ layak
memasuki peringkat Separuh Akhir seperti ‘A1’ melawan ‘B2’ ‘A2’ melawan ‘B1’. Pemenang-
pemenang dalam peringkat Separuh Akhir akan bermain di peringkat Akhir bagi menentukan
Johan dan Naib Johan. Pasukan pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat
ketiga dan keempat. Di mana penyertaannya terdiri daripada sembilan (9) hingga dua belas (12)
pasukan, maka pertandingan Peringkat Awal akan dijalankan secara Liga satu pusingan yang
dibahagikan dalam tiga (3) kumpulan iaitu kumpulan ‘A’, kumpulan ‘B’ dan kumpulan ‘C’.
Pasukan-pasukan yang lain akan diundi bagi menentukan kumpulan masing-masing. ‘D1’ mln.
‘B2’
Akhirnya, pemenang-pemenang dalam peringkat Suku Akhir akan memasuki peringkat Separuh
Akhir seperti ‘A1’ / ‘C2’ melawan ‘D1’ / ‘B2’ ‘B1’ / ‘D2’ melawan ‘C1’ / ‘A2’. Pemenang-pemenang
dalam perlawanan Separuh Akhir akan memasuki perlawanan Akhir bagi menentukan Johan dan
Naib Johan. Pasukan-pasukan yang kalah akan bermain bagi menentukan tempat ketiga dan
keempat. Pertandingan di peringkat Suku Akhir, Separuh Akhir dan Akhir akan dijalankan secara
Kalah-Mati. Sistem pemberian mata bagi pertandingan secara Liga adalah seperti menang 2
Mata Seri 1 Mata Kalah 0 Mata.

You might also like