You are on page 1of 3

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan penganugerahan Diploma


Kejuruteraan Elektronik Vokasional Malaysia, setiap pelajar diwajibkan
membuat satu projek secara berkumpulan. Perlaksanaan projek ini
membolehkan pelajar mempraktikkan segala pengetahuan dan kebolehan
yang didapati daripada pembelajaran di Kolej Vokasional.

Oleh itu, pelajar diwajibkan mereka cipta satu projek yang diberi dan
harus disiapkan sepenuhnya. Projek yang dicipta ini mestilah memenuhi
spesifikasi yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Vokasional.Untuk
memenuhi syarat bagi mendapatkan penganugerahan diploma, kami telah
mencadangkan satu projek yang sesuai. Projek yang dimaksudkan ialah
“Ampaian Automatik (Automatic Clothline)”.

Sebelum projek dilaksanakan, kami telah membuat beberapa


perbincangan bersama dan menjalankan beberapa kajian literatur agar projek
yang hendak dilaksanakan bersesuaian dengan persekitaran, dan keperluan
samada ia memenuhi kehendak pengguna atau tidak, dimana ia mendapat
sambutan dipasaran tempatan dan antarabangsa terutamanya dalam industri
elektronik masa kini.

Secara keseluruhannya, projek ini direka bermatlamat untuk


menghasilkan litar yang berjaya yang ekfisen dalam pengendalian
operasinya.

1
1.2 Penyataan Masalah

Kebanyakkan ampaian pakaian yang sedia ada tidak mempunyai


kelebihan, pakaian yang dijemur basah apabila hujan dan terdiri daripada besi
sahaja. Untuk mengatasi masalah ini, satu ampaian yang efisyen dan amat
berguna telah diperkenalkan. Konsep ampaian ini ialah untuk melindungi
pakaian daripada hujan. Ia menggunakan dua litar iaitu litar pengesan air
(Water Sensor Alarm) dan litar kawalan motor. Ampaian Automatik ini dapat
mengatasi masalah pakaian yang dijemur daripada basah apabila hujan.

1.3 Objektif

Dalam melaksanakan projek ini, kami telah menetapkan beberapa


objektif utama yang hendak dicapai sebagai panduan dalam menjayakan
projek ini. Untuk merealisasikan projek ini, beberapa objektif perlu dicapai,
iaitu :-

i. Menghasilkan litar kawalan motor yang berfungsi dan beroperasi.

ii. Penggabungan sistem litar yang dapat beroperasi.

iii. Menghasilkan reka bentuk sistem kawalan ampaian automatik.

iv. Penambahbaikkan pada litar dan reka bentuk projek.

v. Menghasilkan litar pengesan air (Water Sensor Alarm).

2
1.4 Skop

Skop untuk projek ini adalah:-

i. Menggunakan litar motor AT (Forward and Reverse).

ii. Menggunakan litar pengesan hujan atau water sensor alarm.

iii. Melakukan pengujian ke atas litar-litar yang telah siap bagi mengenal pasti
kefungsian dan kecekapan yang litar.

1.5 Kelebihan

Jangkaan kami dari produk ini adalah dapat memenuhi kehendak


pasaran sekarang yang kurang memuaskan dari segi kegunaannya dan
lengkap kefungsian serta kegunaannya. Seterusnya, produk ini jugak dapat
mengurangkan masa seseorang yang bekerjaya dalam melakukan kerja
rumah seperti menjemur pakaian. Dengan adanya produk ini seseorang yang
bekerjaya dapat membuat kerja lain dengan mudah dan cepat. Diharapkan
juga produk ini dapat membantu dalam memudahkan kerja seseorang
melakukan kerja rumah.

You might also like