You are on page 1of 48

TAJUK

PENGESAN ANGIN LINTANG

PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN LAPORAN


Projek

inovasi

memberikan

peluang

kepada

pelajar

untuk

mempraktikan pengetahuan teori mereka dalam mencari penyelesaian


kepada masalah-masalah dalam bidang kejuruteraan. Para pelajar akan di
nilai

dari

segi

kemahiran

merekabentuk,

mengendalikan

mesin,

menyelesaikan masalah dan melaksanakan kerja-kerja pengurusan teknikal


yang dikuasai.
Penyediaan laporan projek inovasi ini adalah sangat penting. Ia
dilaksanakan sebagai memenuhi salah satu syarat untuk memasuki
pertandingan merekacipta (inovasi).

OBJEKTIF
Tujuan pelaksanaan Projek inovasi ini adalah untuk :
i. Menguji kemahiran pelajar dalam mengaplikasikan kemahiran yang
ii.

telah dikuasai.
Mencari penyelesaian kepada permasalahan kejuruteraan yang

iii.

dihadapi.
Memperkenalkan pelajar dengan kaedah dan prosedur kajian,

iv.

pengumpulan data maklumat dan juga pembentangan hasil projek.


Memupuk sikap berdikari pelajar dalam proses menyempurnakan

v.

Projek inovasi.
Melatih pelajar dalam membuat pembentangan bagi hasil Projek
Inovasi.

1.2 PENGENALAN PROJEK

Projek ini merupakan projek yang pertama di rekacipta dan tercetus


dari idea kumpulan kami. Projek Pengesan Angin Lintang ini berfungsi untuk
2

mengesan kelajuan angin yang berlaku di kawasan angin lintang di lebuh


raya. Selain itu, sistem ini juga boleh digunakan di tempat lain seperti di
kawasan perumahan, kawasan lapang, kawasan pantai, kawasan lapangan
terbang, dan kawasan yang terdapat angin yang kuat dan tidak stabil pada
masa-masa yang tertentu. Sistem ini juga digunakan sebagai amaran awal
kepada pengguna untuk berjaga-jaga.
Projek Pengesan Angin Lintang ini dikesan melalui kincir angin dan
digabungkan bersama motor DC 12VDC sebagai masukan ke litar Dc voltage
measurement module dan terus ke sistem PIC. PIC yang telah diprogramkan
menerima masukan kelajuan kincir angin dan terus dipaparkan ke LCD. LCD
juga sebagai keluaran untuk memaparkan kelajuan angin dan cadangan
kelajuan kenderaan yang sesuai kepada pengguna. Voltan yang digunakan
untuk keseluruhan projek ini ialah 12VDC, dan voltan bagi litar PIC ialah
5VDC.
Projek ini juga mempunyai buzzer dan LED berwarna kuning. Buzzer
akan berfungsi apabila kadar kelajuan angin melebihi 120KM/J ke atas, dan
LED kuning sebanyak 4unit sentiasa menyala berselang-seli berdasarkan
relay yang berfungsi sebagai normally open dan normally close. Selain itu,
penambahan litar seperti litar flip-flop juga berfungsi sebagai peringatan
kepada pengguna, LED kuning ini dipasang ditepi jalan dan ditengah jalan
raya untuk pengguna lebih berhati-hati melalui di kawasan angin lintang.

1.3 LATAR BELAKANG PROJEK

Projek ini dinamakan Pengesan Angin Lintang. Projek ini beroperasi


secara automatik dan dikawal dengan menggunakan PIC (Peripheral
Interface Controller). Projek ini dicipta secara prototaip dan mengambarkan
keadaan sebenar sistem Pengesan Angin Lintang di lebuh raya. Di antara
beberapa kelebihan projek ini adalah :
3

Kelebihan dan kebaikan projek :


i.

Dapat mengesan kelajuan angin di sesuatu kawasan dengan


menggunakan kincir angin.

ii.

Dapat memaparkan kelajuan angin dan cadangan kelajuan kenderaan


yang sesuai kepada pengguna pada paparan LCD yang disediakan.

iii.

Dapat menggurangkan kemalangan di lebuh raya akibat dari angin


lintang.

iv.

Pengguna akan lebih berhati-hati apabila melalui di kawasan angin


lintang di lebuh raya.

v.

Mengubah sistem yang sedia ada ke sistem yang baru dengan


menggunakan kincir angin dan paparan LCD.

OBJEKTIF PROJEK
Projek ini bertujuan untuk memberi kemudahan kepada pengguna dan
memberikan maklumat kelajuan angin di kawasan angin lintang. Oleh itu
diharapkan projek ini dapat membantu bagi mencapai objektif berikut :
i.

Untuk mengurangkan kadar kemalangan di lebuh raya khasnya di


kawasan angin lintang.

ii.

Dapat memberikan maklumat untuk lebih berhati-hati apabila melalui


kawasan angin lintang.

iii.

Projek ini akan memberikan maklumat angin lintang di hadapan di


tahap bahaya bagi pengguna di lebuh raya.

iv.

Dapat memberi maklumat kelajuan angin lintang di hadapan dan


cadangan kepada pengguna kelajuan kenderaan yang dicadangkan.

v.

Projek ini sesuai digunakan di lebuh raya Malaysia mahupun di luar


negara.

1.5 SKOP PROJEK

Projek yang dibangunkan ini menggunakan sistem PIC iaitu 16F877A.


PIC ini mengawal keseluruhan aturcara sistem yang dibangunkan. Dengan
menggunakan kincir angin yang direka khas bersama motor 12VDC dan
memberikan maklumat kelajuan angin lintang tersebut menggunakan LCD
yang telah di programkan.
Pengguna boleh melihat kelajuan angin dan kelajuan kenderaan yang
dicadangkan pada paparan LCD yang diletakkan 500 meter sebelum tiba di
5

kawasan angin lintang dihadapan. Dengan persediaan awal pengguna dapat


memperlahankan kenderaan mereka dan pengguna boleh memandu atau
menunggang dengan kadar yang dicadangkan serta boleh membuat
keputusan untuk meneruskan perjalanan dengan perlahan atau berhenti di
kawasan kecemasan.
Projek Pengesan Angin Lintang ini juga memudahkan lagi pengguna di
lebuh raya untuk mengesan kelajuan angin lintang dihadapan dengan
menggunakan kincir angin dan jumlah kelajuan angin yang dipaparkan di
LCD. Lampu LED kuning yang menggunakan relay 9VDC yang dipasang di
LCD

memberi

peringgatan

berjaga-jaga

agar

pengguna

dapat

memperlahankan kenderaan sewaktu had laju angin lintang dihadapan pada


tahap bahaya. Buzzer yang menggunakan transistor C547 dipasang di
bawah LCD akan berfungsi apabila tahap kelajuan angin dalam tahap
bahaya.

KEFUNGSIAN PROJEK
2.1 KETERANGAN PROJEK
Projek ini mempunyai ciri-ciri dan fungsi yang sedia ada pada masa
sekarang seperti stoking angin. Tetapi sistem yang sedia ada pada masa kini
hanya dapat menunjukkan arah angin dan tidak mengetahui kelajuan angin
tersebut dalam tahap bahaya atau tidak. Dengan sistem yang sedia ada ini
dapat membahayakan pengguna apabila melalui di kawasan angin lintang di
lebuh raya.

Antara penambahbaikan projek ini yang dilakukan adalah seperti


menukarkan sistem stoking angin kepada sistem kincir angin. Kincir angin
sebagai mengesan angin lintang dengan menggunakan motor 12VDC untuk
menggeluarkan voltan dari motor tersebut, dan memasuki ke litar DC voltage
measurement module terus ke litar PIC yang telah diprogramkan. LCD juga
sebagai paparan yang diletakkan ditepi jalan dan berfungsi untuk memberi
maklumat kelajuan angin lintang dan kelajuan kenderaan yang perlu dibawa
ketika melalui di kawasan angin lintang.
Kincir angin digunakan didalam projek ini hanya boleh berfungsi
sebagai mengesan angin dan mengesan angin lintang apabila angin di
kawasan tersebut ditahap bahaya. Paparan LCD memaparkan kelajuan angin
dan cadangan kepada kenderaan apabila melalui di kawasan angin lintang.
Jarak antara paparan LCD dan kincir angin ialah 500 meter dihadapan.
Papan tanda yang menunjukkan kawasan angin lintang telah disediakan
untuk kemudahan kepada pengguna dan dapat mengetahui berapa jarak
kawasan angin lintang yang akan dilalui.

1.2 KEGUNAAN PROJEK INOVASI


Sistem yang sedia ada tidak dapat membantu pengguna untuk
mengetahui kelajuan angin di kawasan angin lintang. Dengan menggunakan
sistem ini pengguna dapat dapat mengetahui kelajuan angin lintang
dihadapan. Dengan sistem ini, pengguna dapat memperlahankan kenderaan
mereka apabila melalui di kawasan tersebut.
Dengan

adanya

sistem

ini,

memudahkan

pengguna

untuk

mendapatkan maklumat kelajuan angin lintang dan kelajuan kenderaan yang


perlu dibawa apabila melalui di kawasan tersebut. Kebaikan yang terdapat di
7

dalam projek ini dapat mengurangkan kadar kemalangan terutamanya di


kawasan angin lintang. Sistem ini juga, dapat memberikan maklumat kepada
pengguna supaya lebih berhati-hati apabila melalui di kawasan angin lintang
dan dapat menggurangkan kemalangan dari kesan angin lintang.
Projek pengesan angin lintang ini dicipta khas dari kumpulan kami
untuk mengubah teknologi yang sedia ada kepada teknologi baru dengan
menggunakan kincir angin. Kumpulan kami juga mendapat satu idea,
kebarangkalian kemalangan jalan raya adalah disebabkan dari angin lintang.
Projek ini hanya menggunakan voltan 12VDC, PIC 5VDC, dan bekalan angin
yang hanya menggunakan hand blower sahaja.
Pengunaan projek ini tidak memberi apa-apa kesan negatif kepada
alam sekitar. Projek ini juga tidak banyak menggunakan tenaga elektrik, dan
bekalan elektrik hanya menggunakan voltan sebanyak 12VDC sahaja. Motor
12VDC (kincir angin) hanya berpusing menggunakan hand blower. Tidak
mempunyai unsur pembuangan sel kering, pembaziran tenaga elektrik, tiada
pengeluaran gas yang boleh mencemarkan hidupan flora dan fauna.

METODOLOGI
3.1 PENGENALAN
Sebelum dapat menghasilkan projek Pengesan Angin Lintang ini,
beberapa kaedah telah dirancang secara ringkas dimana kaedah dan
tatacara yang digunakan perlu diselaraskan bagi memastikan perancangan

dan perlaksanaan projek dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan
serta berjalan dengan lancar.
Peranan yang dimainkan oleh setiap ahli kumpulan merupakan faktor
yang penting dimana pembahagian tugas dibahagikan kepada setiap ahli
kumpulan bagi menjalankan tugas masing-masing. Setiap bahagian bagi
setiap sistem memerlukan kajian rujukan dan maklumat dari ahli kumpulan.
Rujukan dilakukan melalui media elektronik (internet) dan buku-buku yang
berkaitan.

3.2 KAEDAH KERJA

3.2.1 LANGKAH-LANGKAH KERJA

i.

Membuat analisa projek, menyediakan laporan dan perbincangan


dengan penyelia projek.

ii.

Membuat pembahagian tugas, menyediakan peralatan atau bahan


projek.

iii.

Membuat bahagian elektronik.

iv.

Membentuk bahagian mekanikal serta perbincangan bersama ahli


kumpulan.

v.

Menggabungkan bahagian mekanikal dan bahagian elektronik serta


perbincangan bersama penyelia.

vi.

Membuat pengujian, membaikpulih keseluruhan projek.

vii.

Membuat troubleshooting keseluruhan projek dan perbincangan


bersama ahli kumpulan.

3.2.2 PROSES ETCHING


Berikut merupakan langkah-langkah untuk melakukan proses etching:
i.

Siapkan asid Hidrocloride dan PCB yang sudah disusun sebelumnya.

ii.

Sediakan air bersih (jika boleh gunakan air yang mendidih pada
tadahan plastik).

iii.

Masukkan larutan asid hridrocloride secukupnya ke dalam tadahan


plastik (lebih kurang satu bungkus).
10

iv.

Masukkan air panas secukupnya (lebih kurang 100ml) sehingga


seluruhnya lebur dengan air.

v.

Masukkan PCB ke dalam asid hridrocloride supaya prosesnya lebih


cepat (bantulah dengan cara menggoncang-goncangkan).

vi.

Perhatikan jika PCB sudah melebur secara keseluruhannya (tembaga


yang tidak tertutup dengan gambar susunan yang akan hilang) serta
angkat PCB dan bersihkan dengan air yang mengalir.

vii.

Bagi

membersihkan

gambar

susunan,

PCB

digosok

dengan

menggunakan kertas pasir secara perlahan-lahan sambil disiram


dengan air sehingga bersih.
viii.

Periksa kembali untuk menentukan sama ada garis hitam ada atau
terputus.

ix.

Penggerudian PCB mestilah disesuaikan dengan saiz kaki komponen.

x.

PCB bersedia untuk dipasangkan komponen.

Gambarajah: Proses Etching


3.3 PROSES PEMASANGAN KOMPONEN
Proses pemasangan komponen yang telah dilakukan sebelum proses
pematrian. Semasa melakukan pemasangan, kaki-kaki dikikis terlebih dahulu
dari permukaan PCB dengan menggunakan kertas pasir yang halus bagi
menghilangkan pengoksidaan yang telah berlaku. Kaki-kaki komponen telah
dibengkokkan

terlebih

dahulu

mengikut

jarak

lubang

yang

hendak

dimasukkan. Komponen-komponen yang rendah dan yang tidak terdiri


diletakkan terlebih serta dipatri di kakinya. Antara-antara komponen tersebut
adalah seperti perintang dan tapak IC. Kemudian diikuti dengan komponen11

komponen yang besar. Setelah dipateri, kaki-kaki komponen tersebut


dipotong dengan menggunakan alat pemotong atau cutter.
3.4

MEMATERI

3.4.1 KAEDAH MEMATERI 1


i.

Alatan yang digunakan adalah alat pematri (solder iron), penyedut


(sucker), pemegang alat pematri, span dan fluks pematrian.

ii.

Permukaan kaki-kaki komponen dan permukaan PCB dibersihkan


dengan menggunakan kertas pasir.

iii.

Kaki komponen dimasukkan ke dalam lubang yang telah siap


digerudi. Lebih mudah jika dimulakan dengan mematri komponen
kecil dahulu.

iv.

Untuk memulakan pematrian, sentuhan kaki komponen pada PCB,


kemudian alat pematrian (solder iron) yang telah panas kepada kaki
komponen dan pengalir PCB. Panaskan dahulu di tempat yang
hendak di patri dan kemudian letakkan timah di tempat tersebut.

v.

Timah pada setiap pematrian mestilah tidak terlalu banyak atau


terlalu sedikit.

vi.

Jika didapati kesukaran untuk melekatkan kaki komponen pada


pengalir dengan timah, sapukan sedikit fluks pematerian pada
mana-mana bahagian yang hendak dipateri.

3.4.2 KAEDAH MEMATERI 2


i.

Membersihkan hujung mata pematrian dengan kikir dan keras las.

ii.

Panaskan alat pematri.

iii.

Memastikan permukaan logam yang hendak dipateri bersih, kering


dan tidak berminyak.

iv.

Lekatkan timah yang berlakur ke bahagian mata pematrian.

v.

Pastikan ia 60% timah dan 40% plumbum.

vi.

Sapukan sedikit bahan lakur ke tempat yang hendak dipatri.


12

vii.

Sentuh mata pematri dan sedikit timah ke permukaan yang hendak


di patri supaya timah boleh melebur dan mengalir.

viii.

Elakkan daripada menggunakan dawai timah yang berlebihan


semasa mematri.

ix.

Memotong kaki komponen yang panjang dengan playar pemotong


sisi.

x.

Menggunakan pengalas pematri untuk meletakkan alat pematri


yang panas ketika kerja pematerian dijalankan.

Gambarajah: Proses Mematri Komponen Di PCB

3.5

LITAR YANG DIGUNAKAN

3.5.1 LITAR BEKALAN KUASA


Dalam projek ini, bagi menghasilkan bekalan kuasa 12VDC, kami
menggunakan Step down transformer 240VAC primary to 12VDC yang dapat
menukarkan voltan 240 kepada 12VDC. Penggunaan diod kuasa pula adalah
untuk menukarkan voltan AC kepada voltan DC dan kapasitor berfungsi
13

sebagai penapis voltan DC. IC regulator digunakan untuk menstabilkan


voltan.

Gambarajah: Litar Bekalan Kuasa

3.5.2 LITAR FLIP-FLOP


Projek ini menggunakan litar flip-flop LED yang berfungsi berselangseli dengan menggunakan transistor BC547. Litar ini berfungsi memberi
isyarat kepada pengguna di kawasan yang tertentu. Flip-flop ini digunakan
untuk satu atau lebih input kawalan dan akan mempunyai satu atau dua
output. Ia adalah elemen simpanan asas dalam logik berjujukan. Flip-flop
adalah penggunaan asas didalam sistem digital elektronik yang digunakan
dalam komputer, komunikasi, dan lain-lain.
14

Gambarajah: Litar Flip-Flop

3.5.3 LITAR DC VOLTAGE MEASUREMENT MODULE


Litar ini berfungsi menerima masukan voltan dari kincir angin 12VDC
serta mempunyai perintang tetap dan perintang boleh laras yang berfungsi
sebagai menghadkan arus untuk memasuki ke litar PIC. Litar ini sebagai
perantaraan kincir angin dan litar PIC, litar ini litar pertama yang menerima
voltan dari kincir angin dan terus memasuki ke litar PIC, dan litar PIC akan
memproses data berapa jumlah masukan dari litar DC voltage measurement
module ini.
15

Gambarajah:Litar DC Voltage Measurement Module

3.5.4 LITAR PIC


Litar keseluruhan projek ini terdapat lima bahagian iaitu dua bahagian
masukkan dan tiga bahagian pada keluaran. Pada bahagian masukkan litar
bekalan kuasa 12VDC yang digunakan untuk membekalkan kuasa kepada
litar utama dan litar dc voltage measurement module menerima kelajuan
kincir angin terus ke litar PIC. Manakala di bahagian keluaran yang pertama
digunakan untuk paparan LCD, kedua buzzer dan yang ketiga LED di
paparan LCD.
16

Gambarajah: Litar PIC 16F877A

3.6

BLOK DIAGRAM PROJEK

Angin Lintang

Kincir
Angin/Tacho
Generator
DC Voltage
17
Measurement
Module

LED

Bekalan
Kuasa

Proses Data

Paparan LCD

Buzzer

Gambarajah: Blok Diagram Projek

3.6.1 PENERANGAN BLOK DIAGRAM PROJEK


Bekalan kuasa

240VAC ke 12VDC.

Proses data

Microcontroller.

Litar utama dalam projek ini.


18

Relay.

Buzzer.

Angin lintang

Menggunakan hand blower.

Kincir angin

Menggunakan motor 12VDC.

Dc voltage measurement module

Menerima voltan dari kincir angin dan menyusutkan voltan dengan


menggunakan perintang dan perintang boleh laras.

Paparan LCD

Memaparkan

kelajuan

angin

dan

cadangan

kelajuan

kepada

kenderaan.
Buzzer dan LED

Buzzer berfungsi sebagai amaran siren kepada pengguna dan LED


berfungsi sebagai lampu amaran dan berjaga-jaga kepada pengguna.

3.7

CARTA ALIR PROJEK


Mula

LCD Display On

Kincir
Angin

Mula mengira
kelajuan angin

19

Yes

Yes

No
Yes
Kelajuan
angin
00km/j59km/j

Cadangan kelajuan
kenderaan > 80km/j

No
Yes
Cadangan kelajuan
kenderaan > 60km/j

Kelajuan
angin
60km/j79km/j
No

Yes kelajuan
Cadangan
kenderaan > 45km/j

Kelajuan
angin
80km/j119km/j
No
Kelajuan
angin
120km/j130km/j

Res
et

Yes
Cadangan kelajuan
kenderaan > 40km/j
Amaran bunyi
(Buzzer)

Tamat

Gambarajah: Carta Alir Projek

3.7.1 PENERANGAN CARTA ALIR PROJEK


Projek pengesan angin lintang ini berfungsi dengan menggunakan
angin. Angin tersebut dihasilkan melalui hand blower atau maksud lain bagi
hand blower diibaratkan seperti angin lintang. Projek ini menggunakan hand
blower sebagai masukan dan terus ke kincir angin. Kincir angin akan

20

menerima angin dari hand blower dan menggeluarkan voltan dari kincir angin
tersebut.
Kincir angin yang menggunakan motor 12VDC akan menggeluarkan
voltan dan terus ke Dc voltage measurement module. Dc voltage
measurement module menyusutkan voltan dari kincir angin dan memasuki ke
litar PIC. Litar PIC yang telah diprogramkan memproses data seperti
mengesan kelajuan angin dan memberikan cadangan kelajuan kenderaan
kepada pengguna.
Terdapat tiga keluaran pada projek ini seperti LCD, buzzer dan LED.
LCD berfungsi sebagai memaparkan kelajuan angin dan cadangan kelajuan
kenderaan kepada pengguna. Buzzer berfungsi sebagai siren dimana akan
berbunyi apabila angin lintang di kawasan tersebut dalam keadaan bahaya.
Siren ini berfungsi untuk pengguna yang menunggang motorsikal. LED kuning
berfungsi sebagai lampu amaran berjaga-jaga kepada pengguna apabila
melalui di kawasan angin lintang. LED kuning ini sentiasa berkelip-kelip di
sepanjang jalan di kawasan angin lintang.

3.8

SUSUN ATUR PLAN PROJEK

21

Gambarajah: Plan Projek

22

PERISIAN YANG DIGUNAKAN


4.1

MULTISIM
Multisim pada asalnya dipanggil Electronic Workbench dan dicipta oleh

sebuah syarikat yang dipanggil Interactive Image Technologies. Pada tahun


1999, multisim disepadukan dengan

ultiboard selepas syarikat asal

bergabung dengan Ultimate Technology. Pada tahun 2005, Interactive Image


Technologies telah diperolehi oleh National Electronic Work Bench Group dan
Multisim dinamakan semula kepada NI multisim.

Gambarajah: Litar Yang Dilakar Menggunakan Perisian Multisim

23

Multisim ialah satu perisian elektronik dan program simulasi yang


mana sebahagian daripada sebuah set rekabentuk memprogramkan litar
bersamaan dengan NI Ultiboard.

Ia digunakan untuk alat bantuan

pembelajaran mengajar elektronik di institut. Multisim juga adalah satu


software aplikasi yang berfungsi untuk mengambarkan dan mensimulasikan
peralatan elektronik samada dalam bentuk analog ataupun digital. Dengan
software multisim ini, kita dapat mereka berbagai skematik, memodelkan
berbagai litar dan menguji suatu litar elektronik. Multisim digunakan dengan
meluas dalam bidang akademik dalam industri.

4.2

ULTIBOARD

Program Ultiboard merupakan sebahagian daripada suite program


untuk reka bentuk litar, bersama-sama dengan Multisim. Ultiboard pada
asalnya dicipta oleh sebuah syarikat yang dinamakan Ultimate Technology,
kini merupakan anak syarikat National Instruments. Ultiboard merangkumi
mod tontonan 3D BPA, serta import dan eksport bersepadu ciri-ciri skematik
dan perisian simulasi dalam suite, Multisim.

24

Gambarajah: Lakaran Litar Dari Multisim Memasuki Ke Perisian


Ultiboard

Ultiboard digunakan untuk menghasilkan litar pada PCB mengikut litar


yang telah dihasilkan dari software multisim. Dengan ultiboard juga dapat
menghasilkan litar dengan sempurna kerana ia menyusun litar secara
automatik dan kemas. Seletah litar telah dihasilkan, ia perlu dicetak dengan
menggunakan kertas supaya litar tersebut dapat dilekatkan pada PCB.

25

4.3

PERISIAN PAINT
Program paint adalah salah satu program yang digunakan untuk

membuat dan memperbaiki sebuah gambar. Dengan program paint juga


boleh membuat gambar melalui sistem di komputer. Program paint sangat
mudah untuk dipelajari. Selain itu, program paint juga mempunyai kelebihankelebihan seperti berikut :

Mudah dipelajari.

Sudah tersedia didalam sistem komputer.

Tidak banyak menggunakan memori hard disk.

Dapat membuat wallpaper secara automatik.

Dapat digunakan untuk mengedit gambar.

Dapat digunakan untuk melakar gambar.

Gambarajah: Lakaran Projek Dilakar Menggunakan Perisian Paint

26

4.4

PERISIAN PICKIT

4.4.1 PENGENALAN
PICKIT 2 diperkenalkan pada Mei 2005 untuk manggantikan PICKIT 1.
Perbezaan yang paling ketara antara kedua-duanya adalah PICKIT 2
Programmer mode dan Debugger mode, ianya mempunyai unit berasingan
yang dipasangkan ke dalam cip untuk diprogramkan, manakala PIC KIT 1
adalah satu unit tunggal. Ia menjadi pengaturcara dengan papan litar melalui
litar pengaturcaraan hearder siri (ICSP). Bagaimanapun PIC KIT 2
menggunakan satu PIC 16F877A dalaman dengan Full speed USB. PIC KIT 2
firmware terbaru membolehkan pengguna untuk program dan membetulkan
program, kebanyakannya daripada microchip PIC 8 dan 16 bit.
4.4.2 KETERANGAN
PIC KIT 2 mempunyai pengatucaraan TO-GO (PTG), yang boleh
memuat turun fail hex dan arahan pengatucaraan ke dalam ingatan on-board
(128K byte I2C EEPROM atau 256K byte I2 EEPROM). Versi microchip
daripada PIC KIT 2 mempunyai ingatan 128K byte standard. Memori 256K
byte boleh dicapai dengan mengubah perkakasan. Selain itu, tiga saluran
logik penganalisis dan alat UART dibina ke PIC KIT 2, PIC KIT 2 boleh
beroperasi dalam dua mode operasi iaitu:

Programmer mode

Debugger mode

27

4.4.3 KEGUNAAN PERISIAN PIC KIT 2 V2.25


Microchip PIC KIT 2 peranti pengaturcara dan membetulkan program
dalam litar yang terdiri daripada perisian yang berjalan pada PC dan
perkakasan. Ianya satu-satunya program perisian dengan PIC KIT 2. Unit ini
mempunyai penyambungan USB untuk berkomunikasi dengan PC dan cable
microcontroller 6-pin untuk berkomunikasi dengan mikropengawal PIC. Dalam
mod pengatucara, hanya kod yang diprogramkan ke dalam peranti sahaja
yang perlu ada didalam perisian PIC KIT 2 (tanpa operasi PIC KIT 2
disambungkan). Oleh itu, ia mesti disokong oleh bekalan kuasa 5VDC melalui
port USB mini B di atas PIC KIT 2.
Kegunaan PIC KIT 2 di dalam projek adalah untuk membuat
pengaturcaraan bagi projek yang dijalankan, setiap pengaturcaraan dibuat
mengikut cara operasi yang dikehendaki. Untuk projek ini, kami memilih
programmer mode untuk membuat kod pengatucaraan.

Gambarajah: PIC KIT 2 Programmer


28

KAJIAN LITERATUR
5.1

PENGENALAN
Kajian literatur menerangkan segala teori atau penulisan yang

berkaitan dengan projek yang dilaksanakan. Dengan adanya kajian literatur,


segala maklumat yang diperlukan mengenai projek Pengesan Angin Lintang
dapat diketahui serta dapat membantu dalam mencapai objektif projek yang
dilaksanakan.
Dalam

kajian

literatur ini

telah

sedikit sebanyak

memberikan

pengetahuan dalam menilai sesuatu peralatan atau komponen yang


digunakan berdasarkan maklumat yang telah diperolehi dari sumber-sumber
yang boleh dipercayai. Bukan itu sahaja, malahan segala teori yang dikaji
dapat dipraktikkan semasa melaksanakan projek ini.

29

5.2

PERANTI YANG DIGUNAKAN

5.2.1 SUIS
Suis adalah sebuah komponen yang digunakan untuk memutus atau
menyambungkan arus elektrik. Suis pada dasarnya merupakan alat
penyambungan atau pemutus arus elektrik untuk jaringan elektrik arus kuat.
Suis berbentuk kecil juga digunakan untuk alat komponen elektronik arus
elektrik yang lemah.
Secara umum, suis terdiri daripada dua keping logam yang menampal
pada suatu rangkaian dan boleh berhubung atau terpisah sesuai dengan
keadaan buka (on) atau tutup (off) dalam rangkaian itu. Suis merupakan
sejenis alat yang boleh memutuskan litar elektrik, menghentikan aliran arus
elektrik ataupun mengalihkan arah aliran dari satu pengalir ke pengalir yang
lain. Jenis suis yang paling lazim ialah jenis kendalian elektromekanikal
dengan satu atau lebih set sesentuh elektrik. Setiap set sesentuh boleh jadi
salah satu daripada dua keadaan sama ada tertutup yang bermaksud keduadua sesentuh adalah bersentuhan dan membenarkan aliran elektrik, ataupun
terbuka yang bermaksud sesentuh adalah berasingan dan tidak mengalirkan
arus elektrik.

Gambarajah: Suis

30

5.2.2 RELAY
Relay adalah sejenis suis, iaitu suis yang beroperasi daripada isyarat
elektrik. Kebanyakan relay menggunakan electromagnet untuk mengubah
suis atau contact relay. Terdapat dua jenis contact relay iaitu Normally Open
(NO) dan Normally Close (NC). Maksud Normally Open adalah suisnya tidak
bersentuhan atau suis terbuka sebelum relay dihidupkan manakala Normally
Close adalah suisnya telah bersentuhan atau suis tertutup sebelum relay
dihidupkan.
Relay yang mempunyai satu common dikenali single pole manakala
relay yang mempunyai dua common dikenali double pole. Relay yang
mempunyai NO dan NC dikenali dua arah atau double throw. Terdapat juga
relay yang hanya memiliki NO sahaja, jadi relay seperti ini dikenali satu arah
atau single throw. Oleh itu, terdapat beberapa jenis relay iaitu Single Pole
Single Throw (SPST), Single Pole Double Throw (SPDT), Double Pole Single
Throw (DPST) dan Double Pole Double Throw (DPDT).
Electromagnetic

relay

mempunyai

coil

untuk

menghasilkan

elektromagnet bagi menggerakkan contact relay. Oleh kerana relay ini


memiliki bahagian mekanikal yang bergerak, relay tidak boleh di hidupkan
dan dimatikan dengan cepat. Sebagai altenatif, terdapat solid state relay.
Solid State Relay adalah komponen elektronik solid state yang berfungsi
sama seperti elecromagnetic relay tetapi tidak mempunyai mekanikal yang
bergerak. Ini meningkatkan jangka hayat Solid State Relay.

Gambarajah: Relay

5.2.3 IC REGULATOR
31

Pengatur voltan ialah suatu komponen elektrik yang di reka khas untuk
mengekalkan satu arus voltan yang tetap dan malar secara automatik.
Pengatur voltan biasanya berasaskan sistem mekanisme elektromekanik,
atau komponen elektronik pasif atau aktif. Bergantung kepada rekaan,
pengatur

voltan

boleh

digunakan

untuk

mengatur

satu

atau

lebih

voltan AC atau DC.


Dengan

pengecualian

pengatur

pirau,

semua

pengatur

voltan

elektronik yang moden beroperasi dengan membandingkan voltan output


yang sebenar kepada beberapa sumber voltan tetap dalaman. Sebarang
perbezaan dikuatkan dan digunakan untuk mengawal unsur pengatur. Jika
voltan output adalah terlalu rendah, unsur pengatur akan mengeluarkan satu
voltan lebih tinggi. Bagi sesetengah pengatur jika voltan output adalah terlalu
tinggi, unsur pengatur akan mengeluarkan satu voltan lebih rendah.

Gambarajah: Pengatur Voltan

5.2.4 LCD

32

Liquid Crystal Display (LCD) ialah suatu alat berfizikal nipis dan rata di
mana ianya berfungsi sebagai alat paparan. LCD dibina melalui dua cara iaitu
dengan menggunakan beberapa warna yang digabungkan atau hanya satu
warna sama ada hitam, putih atau kelabu. Bagi setiap pemilihan itu warnawarna itu diatur dihadapan sumber cahaya bagi memaparkannya. Oleh
kerana LCD menggunakan kuasa elektrik yang kecil maka ianya boleh
digunakan didalam peralatan elektrik yang menggunakan sumber bateri
sahaja sebagai bekalan kuasanya.
LCD yang digunakan pada projek ini memaparkan kelajuan angin di
hadapan dan kelajuan kenderaan yang perlu di bawa di kawasan angin
lintang.

Gambarajah: LCD

5.3

IC MICROCONTROLLER

33

5.3.1 PENGENALAN
Pengawal

mikro

adalah

satu

sistem

yang

berdasarkan

mikropemproses yang terdapat pada satu IC (cip). IC tunggal ini memuatkan


semua

komponen

yang

terdapat

dalam

sistem

komputer

seperti

timer/counter, ADC, DAC dan lain-lain. Litar bersepadu (IC) yang dilengkapi
dengan CPU secara ringkasnya, pengawal mikro boleh ditakrifkan sebagai
satu litar bersepadu (IC) yang lengkap dengan CPU, memori dan pangkalan
I/O. Ia sering digunakan dalam operasi kawalan.
Pegawal mikro mempunyai CPU dan jumlah RAM (Random Access
Memory), ROM (Read only Memory) dan pangkalan I/O yang telah ditetapkan
pada satu IC tunggal. Ini bermakna pereka tidak boleh menambahkan ingatan
luaran atau pengkalan I/O padanya. Jumlah ROM, RAM dan bilangan
pengkalan I/O yang tetap pada pengawal mikro menjadikannya ideal untuk
aplikasi yang mengutamakan kos dan ruang.
Pada

prinsipnya

microcontroller

adalah

mikropemproses

yang

diprogramkan dalam bahasa penghimpun dan dirancang sebagai pengawal


komputer.

Pengawal

adalah

rangkaian

elekronik

yang

berasa

mikropemproses yang berfungsi sebagai pengatur seluruh komponen dalam


membentuk sesuatu jalan kerja. Kegunaan pengawal mikro di projek ini
adalah untuk mengawal litar supaya litar yang digunakan beroperasi dengan
lancar.

5.3.2 KEGUNAAN PIC 16F877A DI DALAM PROJEK

34

Mikropengawal yang digunakan dalam projek ini adalah bertujuan


untuk mengawal keseluruhan litar. Perisian PIC KIT dan Microcode Studio
Plus pula digunakan sebagai perisian untuk mengatur mikropengawal supaya
membentuk sesuatu jalan kerja. Kegunaan mikropengawal dalam litar ini
sangat penting, kerana ia adalah sebagai alat yang digunakan untuk
menerima

isyarat

yang

dihantar

dari

sensor,

pengatucaraan

yang

diprogramkan akan mengesan kelajuan angin yang di paparkan pada LCD.

Gambarajah: Microcontroller PIC 16F877A

5.4

ANEMOMETER
35

5.4.1 PENGENALAN
Anemometer adalah alat yang digunakan untuk mengukur kelajuan
angin, dan cuaca. Istilah ini berasal dari anemos perkataan Yunani, yang
bermaksud angin, dan digunakan untuk menggambarkan pengukuran
kelajuan angin yang digunakan dalam meteorologi atau aerodinamik. Orang
yang pertama mencipta anemometer ialah Leon Battista Alberti sekitar tahun
1450.
Anemometer terbahagi kepada dua kategori yang pertama mengukur
kelajuan angin, dan yang kedua mengukur tekanan angin, tetapi kedua-dua
terdapat hubungan rapat antara tekanan dan kelajuan, sebuah anemometer
direka khas untuk satu kefungsian memberikan maklumat mengenai keduaduanya sekali.
5.4.2 SEJARAH ANEMOMETER
Anemometer telah berubah kefungsianya sejak pembangunan abad
ke-15 lagi. Leon Battista Alberti dikatakan telah mencipta anemometer
mekanikal pertama sekitar tahun 1450. Pada tahun itu, Robert Hooke dan
Maya telah membangunkan rekaan mereka sendiri walaupun terdapat
kesilapan pada permulaan rekaanya. Pada tahun 1846, John Thomas dan
Romney Robinson membaiki rekabentuk dengan menggunakan empat cawan
bulat dan roda mekanikal. Kemudian pada tahun 1926, John Patterson
membangunkan tiga cawan anemometer. Pada tahun 1991, Derek Weston
menambah kefungsian untuk mengesan arah angin. Pada tahun 1994 pula,
Dr Andrews Pflitsch mencipta anemometer jenis sonic.

5.4.3 KEGUNAAN ANEMOMETER DI DALAM PROJEK

36

Kegunaan anemometer di dalam projek ini untuk menguji kelajuan


angin dengan menggunakan meter tersebut. Projek ini mengambil konsep
yang sedia ada untuk melaksanakan projek ini dengan menggunakan sistem
kincir angin. Anemometer merupakan alat yang digunakan untuk mengukur
arah serta kecepatan angin.
Pihak meteorologi menggunakan anemometer ini untuk mengukur
kecepatan angin adalah Knots (Skala Beaufort), sementara untuk arah angin
digunakan 0360 darjah. Alat pengukuran anemometer tersebut mestilah
ditempatkan pada posisi yang terbuka supaya anemometer dapat berfungsi
dengan angin yang hendak diukur tersebut.

Gambarajah: Anemometer

5.4.4 PERBANDINGAN SISTEM STOKIN ANGIN DAN KINCIR ANGIN

37

STOKIN ANGIN
Tidak menunjukan kelajuan angin.
Tidak menunjukan maklumat

KINCIR ANGIN
Menunjukan kelajuan angin pada

paparan LCD.
Menunjukan maklumat kelajuan

kelajuan kenderaan yang sesuai

kenderaan yang sesuai kepada

kepada pengguna apabila melalui

pengguna apabila melalui di

di kawasan angin lintang.


Hanya menggunakan kain oren

kawasan angin lintang.


Menggunakan sistem elektronik

dan tidak dapat memberikan

seperti LED, Buzzer, dan LCD

maklumat jika angin lintang

serta dapat memberikan

ditahap bahaya.

maklumat jika angin lintang di


tahap bahaya.

Jadual: Perbandingan Stokin Angin Dan Kincir Angin

LAKARAN DAN LUKISAN


6.1

KINCIR ANGIN

38

Gambarajah 6.1.1 dibawah menunjukkan pelan untuk kincir angin,


kotak penyimpanan litar, dan paparan LCD. Lakaran dibawah ini
menunjukkan ukuran pada kincir angin.

Gambarajah: Lakaran Kincir Angin

6.2

KOTAK PENYIMPANAN LITAR


Gambarajah 6.2.1 dibawah ini menunjukkan ukuran pada kotak

penyimpanan litar elektronik.

39

Gambarajah: Kotak Penyimpanan Litar

6.3

LAKARAN PAPARAN LCD


Gambarajah 6.3.1 dibawah ini menunjukkan ukuran pada kotak

paparan LCD.
40

Gambarajah: Paparan LCD

KESELAMATAN
7.1

PENGENALAN

41

Keselamatan merupakan satu aspek yang amat penting dan perlu


dititikberatkan dalam semua hal. Semua pihak mestilah beringat dan sentiasa
mengamalkan langkah keselamatan semasa bekerja, terutama ketika
menggunakan

peralatan

mesin.

Sehubungan

dengan

itu,

peraturan

keselamatan perlu dimaklumkan kepada pengguna atau pelajar untuk


dipatuhi bagi mengelakkan berlakunya kemalangan. Diantara kemalangan
yang biasa berlaku ditempat kerja, umumnya boleh dikelaskan kepada tiga
jenis iaitu :

Kecuaian tidak berhati-hati ketika melakukan kerja dan tidak


menggunakan alat keselamatan seperti pelindung muka.

Peralatan mesin yang digunakan dalam keadaan tidak selamat seperti


mesin gergaji yang tidak mempunyai pelindung atau menggunakan
tukul yang mempunyai hulu yang longgar.

Persekitaran tempat kerja yang kurang selamat seperti kerja


dikawasan yang gelap, sempit dan lantai berminyak.

7.2

TINGKAH LAKU DAN PAKAIAN

42

Bagi mengelakkan kemalangan ketika berada ditempat kerja, beberapa


peraturan hendaklah dipatuhi dan peraturan ini boleh dikelaskan kepada dua,
iaitu keselamatan diri dan keselamatan ditempat kerja.
Keselamatan Diri

Pelajar perlu mematuhi peraturan berpakaian ketika berada ditempat


kerja.

Pelajar hendaklah mengikut kaedah yang betul ketika menggunakan


dan mengendalikan peralatan mesin semasa berada di bengkel atau di
kawasan kerja.

Pelajar tidak dibenarkan bermain-main dan bergurau dengan rakanrakan sama ada menggunakan peralatan bengkel atau tidak.

Keselamatan Di Bengkel

Tempat kerja mestilah mendapat bekalan cahaya yang mencukupi dan


sistem pengudaraan yang baik bagi memastikan kerja yang dilakukan
tidak menghadapi sebarang masalah.

Tempat kerja hendaklah sentiasa bersih daripada sebarang sisa kerja


seperti serpihan besi dan minyak bagi mengelakkan kemalangan yang
disebabkan dari bahan tersebut.

PERBINCANGAN
43

8.1

KETERANGAN
Sepanjang merancang dan melaksanakan projek kami ini, projek kami

berjalan dengan lancar dan pengoperasiannya mudah serta memudahkan


pengguna

apabila

melalui

kawasan

angin

lintang.

Kumpulan

kami

melaksanakan projek ini berdasarkan objektif-objektif projek. Di samping itu,


projek yang dibina ini berdasarkan matlamat yang jelas yang mana setiap
langkah perlu diambil dengan teratur dan teliti. Di dalam bab ini, setiap
kelebihan dan kebaikan serta masalah yang dihadapi di perjelaskan secara
terperinci.
Objektif utama projek kami ini ialah bertujuan untuk melaksanakan
serta

mengaitkan

pemahaman

secara

teori

dan

praktikal.

Dalam

melaksanakan projek Pengesan Angin Lintang terdapat beberapa masalah


tetapi akhirnya projek ini dapat dilaksanakan dengan baik. Masalah yang
timbul dapat diselesaikan dengan perbincangan didalam kumpulan dan
bantuan rakan-rakan serta nasihat daripada penyelia kami.
Di samping itu, kami menghadapi masalah untuk membuat aturcara
microcontroller kerana ia terlalu rumit untuk dihasilkan. Dengan bantuan
tenaga pengajar, penyelia, rakan sekelas dan beberapa rujukan, kami telah
berjaya menghasilkan aturcara tersebut dengan mengikut kefungsian yang
dihendaki. Projek Pengesan Angin Lintang ini telah mencapai objektifnya
dan sempurna seperti yang dirancang.

8.2

RUMUSAN

44

Projek Pengesan Angin Lintang ini dicipta khas untuk mengurangkan


kadar kemalangan jalan raya dan lebuh raya terutamanya di kawasan Angin
Lintang di Malaysia. Dengan tercetusnya idea Projek Pengesan Angin Lintang
ini, dapat menyedarkan pengguna supaya memperlahankan kenderaan dan
lebih berhati-hati apabila melalui kawasan Angin Lintang dengan melihat
paparan kelajuan angin di kawasan tersebut.
Selain itu, projek ini juga memberikan cadangan kelajuan kenderaan
kepada pengguna apabila melalui di kawasan angin lintang bagi mengelakkan
berlakunya kemalangan jalan raya akibat dari kejadian alam seperti Angin
Lintang. Laporan ini juga, disediakan khas untuk Projek inovasi yang telah
dilaksanakan oleh ahli kumpulan kami, dimana ia memberi pendedahan
tentang cara pemikiran yang kreatif mampu menghasilkan sesuatu produk
yang tidak diduga.
Disamping itu, ia juga memberi pendedahan yang baru kepada kami
tentang projek yang kami dilaksanakan ini seperti menghasilkan litar skematik
adalah sukar tetapi jika tidak membuat kajian terperinci mengenainya tetapi
dengan kesungguhan ahli kumpulan kami, projek tersebut berjaya dihasilkan.
Selain itu, ia meliputi kemahiran-kemahiran lain seperti aliran kerja sistematik,
pegurusan masa, bagaimana sesuatu masalah tugas ini harus ditangani
dengan baik dan kebolehan menyelesaikan masalah. Perlaksaan kerja secara
berkumpulan membuat kami tidak banyak mempunyai tekanan kerana kerja
diagihkan sama rata mengikut perancangan yang ditetapkan.
Pengalaman selama menjalankan Projek Pengesan Angin Lintang
tersebut cukup untuk kami membina sedikit keyakinan dan pengurusan projek
serta cara-cara mengatasi masalah yang timbul. Perlaksanaan projek
tersebut juga banyak memberi kesan kepada kami itu mencungkil kreativiti
dan bakat dalam melakukan sesuatu projek pada masa akan datang.

8.3

RUJUKAN

45

RUJUKAN BERTULIS

Buku Elektronik Asas Sazali Kaplin.

Prinsip Elektronik Albert Paul Malvino.

Jurnal Angin Lintang Abas Bin Abdul Wahab Dan Haslinda Mohamed
Kamar.
RUJUKAN TENAGA PENGAJAR DAN PELAJAR

Tenaga pengajar Elektronik Industri (IKBN Bukit Mertajam,Pulau


Pinang)

Tenaga pengajar Mekanik Industri (IKBN Bukit Mertajam, Pulau


Pinang)

Tenaga pengajar Penyejuk Bekuan dan Penyaman Udara (IKBN Bukit


Mertajam, Pulau Pinang)

Tenaga pengajar Tool and Die (IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang)

Tenaga pengajar Elektronik Industri (IKBN Alor Gajah, Melaka)


RUJUKAN LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Crosswind

http://ms.wikipedia.org/wiki/Kuasa_angin

http://www.youtube.com/watch?v=Hv87DUeViU0

http://www.youclaim.co.uk/car/car-accidents-and-crosswinds.htm

http://ww1.microchip.com/downloads/en/devicedoc/51025e.pdf

http://www.ehow.com/how-does_5019069_tachometers-work.html

http://idkf.bogor.net/yuesbi/eDU.KU/edukasi.net/Fenomena.Alam/Jenis.
Angin/materi2.html

http://www.birmingham.ac.uk/research/activity/civil-engineering/shortterm/wind/research/crosswind-on-rail.pdf

KOS KESELURUHAN PROJEK


46

BIL

BARANG

UNIT

HARGA (RM)

JUMLAH (RM)

Perintang

18

RM 0.05

RM 0.90

Perintang Boleh Laras

RM 1.00

RM 1.00

Diod

RM 0.15

RM 0.75

Kapasitor

10

RM 0.20

RM 2.00

Transistor

RM 0.30

RM 1.20

Reset Button

RM 0.40

RM 0.40

Relay

RM 1.50

RM 1.50

Led

12

RM 0.20

RM 2.40

Transfomer

RM 20.00

RM 20.00

10

Integrated IC Regulator

RM 1.80

RM 3.60

11

Lcd

RM 20.00

RM 20.00

12

Buzzer

RM 0.50

RM 0.50

13

Motor DC 12VDC

RM 7.00

RM 7.00

14

Cassing

RM 4.00

RM 8.00

15

Heatsink

RM 0.10

RM 0.20

16

Connector

RM 1.00

RM 2.00

17

Ribbon Cable

RM 3.00

RM 3.00

18

Suis On/Off

RM 0.20

RM 0.20

19

Ic Pic

RM 20.00

RM 20.00

20

Plug 3 Pin

RM 2.00

RM 2.00

21

Flexible Cable

1 Meter

RM 3.50

RM 3.50

22

1 Core Cable Red/Black

1 Meter

RM 2.00

RM 2.00

23

Prospek

1 Keping

RM 12.00

RM 12.00

24

Braket

RM 1.80

RM 5.40

25

Penapis Hijau

RM 8.00

RM 8.00

26

PVC Pipe

2 Inci

RM 2.00

RM 4.00

27

Card Board

1 Keping

RM 6.00

RM 6.00

28

Spray Kuning/Hitam/Hijau/Oren

4 Botol

RM 5.00

RM 20.00

29

Pokok Perhiasan

11

RM 1.00

RM 11.00

30

Skru dan Nut

50

RM 0.50

RM 25.00

47

31

Strip Board

RM 7.00

RM 14.00

32

Super Glue

RM 3.50

RM 7.00

33

Etching board

RM 7.00

RM 7.00

34

Seleving Tube

2 Meter

RM 3.50

RM 7.00

35

Cup Kincir Angin

RM 0.50

RM 2.00

36

Rivet

10

RM 0.30

RM 3.00

JUMLAH KESELURUHAN

48

RM 233.55

You might also like