You are on page 1of 3

ISU KESELAMATAN DAN TEKNOLOGI

PENGANGKUTAN

Isu kemalangan berkaitan kenderaan sama ada di jalan raya, laut dan udara sering kali
kedengaran. Penggunaan teknologi kini sekiranya diintegrasikan dalam sistem pengangkutan

di Malaysia dapat menggurangkan lagi kadar kehilangan nyawa.


Kenderaan hendaklah mempunyai satu sistem yang dapat disambung terus ke pihak berkuasa
seperti Polis Traffik bagi memudahkan pemantauan had laju pemandu. Sistem tersebut
membolehkan pihak berkuasa mengesan serta menghantar amaran kepada pemandu sekiranya

pemandu memandu melebihi had yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.
Selain daripada itu juga penggunaan kamera litar tertutup (CCTV) di jalan-jalan raya utama
serta jalan raya yang sering berlaku kemalangan harus digunakan bagi membantu pihak
berkuasa mengawal kadar kemalangan di kawasan tersebut di samping dapat menyelamatkan

nyawa mangsa kemalangan, rampasan, terkandas dan masalah teknikal dengan lebih awal.
Penggunaan radar dan satelit yang canggih juga harus digunakan untuk mengesan
pergerakkan pesawat udara serta kapal laut. Sekiranya radar dan satelit yang lebih canggih
dapat digunakan maka mudah bagi pihak berkuasa mengesan kedudukan pesawat dan kapal

laut sekiranganya berlaku apa-apa masalah.


Penggunaan teknologi juga harus digunakan bagi mengesan sama ada pengangkutan-

pengangkutan ini mempunyai masalah teknikal yang boleh mengancam pengguna.


Penggunaan teknologi pada pengangangkitan dapat mengurangkan kadar kehilangan nyawa.

KESELAMATAN NEGARA

Negara kita kini dihimpit dengan isu pengganas, pendatang asing serta permerdagangan
manusia yang masuk sama ada melalui pintu-pintu Imegresen mahupun yang memasuki

Malaysia secara haram. Hal ini boleh mendatangkan masalah kepada keselamatan Negara.
Pihak berkuasa terutamanya di pintu-pintu masuk utama di Negara ini harus menggunakan
sistem yang dapat mengenal pasti seseorang individu serta sistem tersebut mempunyai link
kepada sistem Interpol bagi mengesan sekiranya individu tersebut merupakan ancaman
kepada mana-mana Negara. Sistem cap jari juga harus diperkenalkan bagi mengelakkan

penggunaan identity dan maklumat orang lain.


Pihak berkuasa juga harus menggunakan kemudahan teknologi untuk menguatkan lagi sistem
pertahanan Negara bagi mengawal kawasan sempadan dan perairan Negara. Penggunaan
radar dan satelit dapat membantu pihak berkuasa untuk mengesan serta mengawal
kemasukkan anasir-anasir luar ini dari terus memasuki kawasan Negara. Sekiranya pihak
penguasa dapat mengesan anasir-anasir ini lebih awal, ini dapat menghalang pencerobohan
daripada berlaku seterusnya dapat menjamin keselamatan rakyat dan Negara daripada
ancaman luar.

NYAWA PESAKIT

Penggunaan teknologi dalam kesihatan manusia memberi impak yang sangat besar.
Contoh 1 : Digestible Sensor merupakan satu alat teknologi yang berbentuk seperti pil yang
digunakan untuk menghantar maklumat berkaitan keadaan pesakit kepada pegawai perubatan
untuk memudahkan pemantauan kesihatan pesakit tanpa pesakit perlu berkunjung ke hospital.
Teknologi berbentuk seperti pil yang boleh dimakan ini boleh memantau sistem tubuh badan
pesakit dan secara wirelessly menghantar maklumat tersebut ke telefon pintar atau komputer
sebagai rujukan pesakit dan doktor. Teknologi perubatan ini juga mampu mengesan penyakit

pada peringkat lebih awal sekaligus dapat menyelamatkan lebih banayk nyawa.
Contoh 2: Bilik Pembedahan Hibrid dapat menambahbaik cara dan persekitaran dalam bilik
pembedahan tradisiaonal. Bilik pembedahan hybrid yang dilengkapi dengan teknolgi dapat
mengurangkan trauma pesakit, kesan parut, mendorong tempoh pemulihan yang lebih cepat
serta mengurangkan masa keberadaan pesakit di hospital. Peralatan teknologi membantu
doktor mendapat paparan imej pada srin yang lebih jelas semasa menjalankan proses

pembedahan yang berisiko tinggi seperti pembedahan jantung.


Tidak dapat dinafikan bahawa penggunaan tekologi dalam kesihatan manusia dapat
menyelamatkan lebih banyak nyawa.

IKLIM, CUACA DAN BENCANA ALAM

Perubahan cuaca dan iklim biasanya tidak dapat diramalkan. Sekiranya putting beliung
melanda, pergerakan angin dengan kelajuan 200 km per jam boleh memusnahkan keseluruhan

bandar, sekolah, hospital, rumah dan boleh mengakibatkan kehilangan nyawa.


Walaupun ramalan cuaca telah mengeluarkan amaran awal, biasanya amaran tersebut masih

tidak dapat mengurangkan kadar kehilangan nyawa akibat bencana alam ini.
Kini, alatan untuk meramal cuaca dan iklim semakin berkembang maju seiring dengan

perkembangan teknologi.
Para penyelidik dan jurutera berusaha untuk meningkatkan kualiti sisitem rasar, satelit serta
supercomputer untuk memanjangkan lagi tempoh amaran sebelum puting beliung dan ribut

taufan melanda.
Sekiranya usaha ini membuahkan hasil, maka orang ramai akan mendapat maklumat lebih
awal serta memberi masa kepada mereka untuk menerima dan menjana maklumat tersebut
serta dapat mengumpul ahli keluarga mereka dan sempat untuk mendapatkan perlindungan.

PREMIS DAN TEMPAT KEDIAMAN

Penggunaan sistem penggera keselamatan telah lama digunakan dalam premis dan bangunan
strategik yang menyimpan barangan berharga seperti bank, premis perniagaan dan

sebagainya.
Kini, sistem penggera keselamatan juga telah dikembangkan dalam sektor perumahan awam
sebagai contoh Sistem Rumah Pintar Awanan (Cloud Smarthome System) yang dibangunkan
untuk melindungi bukan sahaja rumah malah juga penghuni di dalamnya. Sistem penggera

keselamatan ini dilengkapi dengan kamera HD, OPU dan alat kawalan jauh serta dapat
melindungi keluarga anda 24/7 iaitu penggera keselamatan ini dapat mengawal keselamatan

rumah dan penghuni selama 24 jam dalam seminggu.


Pengguna sistem penggera keselamatan kini boleh memantau keadaan rumah mereka hanya

di hujung jari menerusi gajet pintar.


Sistem penggera keselamatan ini direka secara automatik untuk melindungi, merakam,
merekod dan menghantar notifikasi kepada semua yang terlibat jika berlaku sebarang

kejadian yang tidak diingini.


Dengan penggunaan sistem penggera keselamatan ini, pengguna boleh memeriksa keadaan
rumah menerusi kamera video yang dipasang, menghantar amaran berbentuk suara mahupun
penggera kepada penceroboh ketika rumah diceroboh dan melaporkannya kepada pihak
berkuasa dengan pantas.

You might also like