You are on page 1of 12

1.

Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) Sistem (SAATNM Fasa Pertama) ini terdiri daripada 14 buah rangkaian stesen seismik, 6 buah tolok pasang surut, 2 buah pelampung tsunami serta 4 buah kamera pantai untuk membantu pengeluaran awal amaran tsunami. Kerajaan juga telah memasang 13 buah siren amaran di beberapa lokasi persisiran pantai yang berisiko, bagi memaklumkan penduduk sekiranya tsunami dijangka berlaku. Kesemua data dari rangkaian ini diterima dan dipaparkan secara waktu-nyata di pusat pemantauan tsunami yang bertempat di Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya. Kemudahan sistem dan peralatan ini turut diperluas, agar berupaya bertindak sebagai pusat amaran pelbagai bencana yang bukan sahaja meliputi tsunami, tetapi pelbagai ancaman bencana alam lain seperti banjir, cuaca buruk, kebakaran hutan dan aktiviti gunung berapi.

2.0 Sistem Amaran Awal Tsunami 3.1 Komponen Pemantauan dan Pengesanan 3.1.1 Rangkaian Stesen Seismik di Malaysia

Aktiviti pemantauan gempa bumi di Malaysia telah bermula sekitar tahun 1976 dengan perlaksanaan Program Seismologi
1

Untuk Asia Tenggara yang ditaja oleh UNESCO.Pada masa kini, JMM mempunyai 14 buah stesen seismologi di seluruh negara yangdigunakan bagi mendapatkan maklumat mengenai gempa bumi yang berlaku di seluruh dunia. Terdapat 7 buah stesen seismologi yang menggunakan broadband sensor manakala 7 buah stesen lagi menggunakan short period sensor. Data gelombang seismik yang diterima adalah dalam masa sebenar dari semua stesen seismik melalui komunikasi satelit VSAT yang disalurkan ke Ibu pejabat JMM di Petaling Jaya untuk diproses dan dianalisis.

3.1.2 Rangkaian Pelampung Tsunami Nasional

Pelampung Tsunami pertama telah berjaya dipasang di Laut Andaman, berdekatan Pulau Rondo, Indonesia

pada 30 Disember 2005. Pada 7 Mac 2006, sebuah lagi pelampung tsunami telah berjaya dipasang berhampiran Terumbu Layang-Layang di Laut China Selatan. Pelampung yang dilengkapi dengan alat tsunameter ini amat berguna untuk mendapatkan tekanan permukaan di dasar laut dan juga maklumat ketinggian ombak tsunami di lautan.

3.1.3

Rangkaian Tolok Pasang Surut

Salah satu komponen di bawah SAATNM adalah rangkaian Tolok Pasang Surut (tidegauge) yang telah ditempatkan di beberapa lokasi seperti di Porto Malai (Langkawi), Pulau Perak dan Teluk Bahang di Utara Semenanjung Malaysia, Pulau Perhentian di kawasan barat laut Semenanjung Malaysia dan di Kudat serta Lahad Datu di Sabah.Ianya amat berfungsi di dalam mengesan ketinggian ombak tsunami di kawasan pantai dan data yang diterima akan terus dipantau dan dijadikan panduan dalam menentukan tahap amaran yang perlu dikeluarkan. JMM dalam usaha untuk mempertingkatkan pemantauan keadaan laut serantau, turut mendapatkan data paras laut daripada rangkaian serantau dan antarabangsa seperti GLOSS dan rangkaian di rantau Lautan Hindi.

3.1.4

Rangkaian Kamera Pantai

Pada masa kini, terdapat empat buah kamera litar tertutup (CCTV) yang telah dipasang di beberapa lokasi strategik di Utara Semenanjung Malaysia dan ia digunakan bagi meninjau keadaan laut semasa yang berlaku di lokasi tersebut secara langsung. Kamera Pantai Tsunami Malaysia pertama telah berjaya dipasang di Pantai Batu Feringghi, Pulau Pinang.

3.2 Komponen Pemprosesan Data 3.2.1 Sistem Analisis Seismik - ANTELOPE ver4.10

Sistem

ini

telah

dibeli

dari

Amerika

Syarikat

dan

merupakan sistem pemprosesan seismik yang terbaik pada masa kini. Ia digunakan bagi mengira latitud, longitud, magnitud dan kedalaman sesuatu gempa bumi dengan menggunakan beberapa kaedah secara automatik dan diikuti dengan pengiraaan manual bagi menentukan ketepatan pengiraan.

3.2.2 Sistem pemprosesan Seismik lain- SEISCOMP 3.0. dan EARLY BIRD

Seiscomp 3.0 merupakan perisian yang digunakan untuk memantau mengeluarkan perkembangan maklumat seismik gempa serantau bumi dan secara

automatik.Seiscomp bermaksud Seismological Communication Processor merupakan satu konsep baru dalam sistem rangkaian seismographic yang telah dibangunkan oleh GEOFON/GFZ Potsdam dan ORFEUS. Sistem ini mempunyai beberapa fungsi seperti:1. Perolehan data seismik secara masa sebenar 2. Rekod data seismik 3. Komunikasi masa sebenar 4. Pemprosesan data secara automatik dalam masa sebenar
5

dari aspek kawalan kualiti data gempa bumi serta pengesanan parameter gempa bumi dan lokasi episenter.

3.2.3 Perisian Aplikasi NAMIDANCE (Permodelan Tsunami)

Perisian aplikasi permodelan tsunami ini dibeli dari Turkey dan ia dibangunkan berasaskan kod TUNAMI-N2 dan TUNAMI-F1, Universiti Tohuku, Jepun. JMM menggunakan perisian ini untuk membangunkan database permodelan tsunami iaitu dari segi menentukan masa ketibaan dan ketinggian ombak tsunami di perairan pantai Malaysia dan serantau.

3.3

Komponen Penyebaran

3.3.1 Terus,

Sistem Perkhidmatan Pesanan Ringkas (SMS), Talian Telefaks dan Laman Web

JMM telah mengadakan beberapa saluran penyebaran amaran iaitu melalui sistem SMS, talian terus

(hotline), Internet, telefon dan telefaks untuk menghebahkan maklumat gempa bumi dan amaran tsunami dalam tempoh 15 minit daripada masa kejadian sesuatu gempa bumi kepada agensi-agensi pengurusan bencana dan media. Rangkaian Radio dan Televisyen Kebangsaan seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan beberapa stesen televisyen telah juga mula membuat hebahan maklumat gempa bumi melalui Berita Terkini dan mengeluarkan Crawlers. 3.3.2 Rangkaian Siren Sebaran Awam

Rangkaian Siren telah dipasang di beberapa lokasi yang strategik di tepi pantai agar dapat memberikan amaran awal

kepada penduduk-penduduk di kawasan berkenaan pada bila-bila masa, sekiranya terdapat ancaman tsunami di
7

kawasan tersebut. Siren pertama telah berjaya dipasang di Daerah Krian, Perak pada bulan November 2005 dan kini

terdapat 13 buah siren tsunami kesemuanya di seluruh negara

3.3.3

Sistem Waspada Bencana (Fixed Line Alert System FLAS)

Fixed Line Alert System yang dibangunkan bersama Telekom Malaysia akan membolehkan penduduk di kawasan yang diancam tsunami menerima nasihat dan amaran tsunami melalui telefon talian tetap masing-masing.

3.3.4 Mini Studio

Terletak di Tingkat 6, Ibu Pejabat Jabatan Meteorologi Malaysia, Petaling Jaya, yang membolehkan Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia menyiarkan maklumat hebahan dan amaran secara langsung ke semua rangkaian televisyen di Malaysia . Mini Studio ini dilengkapi dengan peralatan studionya sendiri serta bilik kawalan untuk suntingan dan penghantaran data video yang dilakukan secara terus melalui streambox. Sistem Hubungan secara langsung dengan Pusat Amaran Antarabangsa Gempa Bumi & Tsunami Malaysia telah mengadakan hubungan dengan Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC), Hawaii dan Agensi Meteorologi Jepun (JMA), Tokyo. Pertalian dengan PTWC dan JMA ini adalah melalui komunikasi terus-menerus di dalam penerimaan perkhidmatan nasihat tsunami bagi sebarang tsunami yang berlaku di kawasan-kawasan Pasifik, Laut China Selatan dan Lautan Hindi. Pertalian ini juga amat penting di dalam membantu kerja-kerja memverifikasi kemungkinan terjadinya tsunami di rantau ini akibat sebarang aktiviti gempa bumi yang telah berlaku.

4.0

PEMANTAUAN DAN KAJIAN MALAYSIA YANG BERTERUSAN


9

Kerajaan Malaysia sentiasa menjalankan pemantauan dan kajian yang berterusan mengenai kejadian gempa bumi dan tsunami di Malaysia. Malaysia Pada tahun 2005, MOSTI telah melantik Akademik Sains (ASM) bagi menjalankan Kajian Risiko dan Bahaya

Gempa Bumi dan Tsunami di Malaysia yang menumpu kepada lapan komponen utama termasuk kajian zon garis sesar di Malaysia, peta seismotektonik, ketahanan reka bentuk rumah dan sistem bangunan terhadap gempa bumi serta kajian makroseismik Malaysia. Kajian yang berakhir pada September 2008 ini juga mengkaji kesediaan komuniti dan pelan tindak balas terhadap tsunami serta penilaian ancaman gempa bumi kuat di rantau Asia Tenggara terhadap Malaysia. Kajian dengan peruntukan RM 4.0 juta ini turut melibatkan agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM), Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Teknologi Malaysia. Setakat ini JMM telah pun memasang dua buah alat Strong Motion iaitu di tingkat 9 dan Basement 2 Bangunan Perbadanan Putrajaya. Data-data seismik tersebut akan digunapakai bagi tujuan kajian kesan gempa bumi ke atas struktur bangunan. Hasil kajian tersebut kini boleh digunakan sebagai rujukan oleh para penyelidik serta jurutera dalam menilai bahaya dan risiko gempa bumi dan seterusnya mengambil langkah-langkah sewajarnya dalam menangani impak negatif akibat bencana.

5.0 Satelit Pantau Bumi Satelit pantau bumi ( ERS 2 ) adalah satelit direka khas bagi memantau Bumi dari orbit, sama seperti satelit peninjau tetapi bertujuan bagi kegunaan bukan tentera seperti pemantauan alam sekitar semulajadi, meteorologi, membuat peta dan lain-lain.

10

ERS 2

6.0 Penutup Secanggih sekalipun manapun kajian teknologi, penilaian dan risiko, biar sehebat ia mana akhirnya

sesebuah

namun,

bergantung kepada kemampuan maklumat tersebut disebarkan dan sampai kepada orang ramai. Maka kita haruslah berusaha secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran awam mengenai risiko bencana gempa bumi dan tsunami. Program kesedaran awam melalui penerangan dan pameran, roadshow dan tsunami drill yang ditumpukan di kawasan-kawasan yang terdedah kepada risiko bencana merupakan antara mekanisme terbaik dalam membekalkan pengetahuan serta meningkatkan keupayaan orang awam untuk bertindak sewajarnya dalam ruang masa yang terhad dan mencukupi.

11

12

You might also like