You are on page 1of 2

Aplikasi Teknologi Angkasa Lepas

Apollo dan projek-projek NASA bukan sahaja telah meluaskan pengetahuan manusia mengenai alam
semesta, tetapi banyak hasil daripada teknologi ini digunakan dalam kehidupan harian. Berikut
merupakan beberapa sumbangan daripada teknologi angkasa lepas

Kanta Kalir Calar

Kanta kalir calar telah dibina oleh NASA dengan penyalut pelincir menyerupai berlian pada kanta
plastik. Hari ini, penyalut tersebut telah digunakan pada hampir semua cermin mata yang dipakai
setiap hari

Makanan Kering Beku

Nasa telah menggunakan teknik makanan kering beku untuk angkasawannya. Proses ini telah
membuktikan keberkesanan pengawetan makanan. Dalam proses ini , makanan dibekukan dan
hampir semua kelembapan disingkirkan daripada makanan beku

Kasut Sukan

Pada awalnya, teknologi ini direkacipta sebagai but yang digunakan di Bulan. Teknologi ini telah
menambah baik penyerapana gegaran, kestabilan dan kawalan pergerakan. Sekarang, kasut-kasut ini
digunakan oleh ahli-ahli sukan

Pengimbas CAT & MRI

Pengimbas Topografi Bantuan Komputer (CAT) dan Pengimejan Resonans Magnet (MRI) telah dibina
untuk memilih tempat yang sesuai bagi pendaratan di Bulan untuk angkasaawan pertama. Hari ini,
pengimbas CAT dan MRI telah digunakan dengan meluas untuk mengimbas pesakit-pesakit di
hospital seluruh dunia

Sut Pendingin

Sut angkasawan telah direka untuk mengekalkan angkasawan pada suhu yang selesa. Hari ini,
teknologi ini digunakan untuk membuat sut bagi pemandu lumba kereta, pekerja teknikal reaktor
nuklear dan pkerja limbungan kapal

Peralatan Kuasa Tanpa Kord

NASA telah mencipta peralatan kuasa tanpa kord. Hari ini, peralatan ini telah digunakan dengan
meluas di semua tempat

Penderiaan Jauh

Satelit selalunya digunakan dalam penderiaan jauh. Pusat Remote Sensing Malaysia (MACRES)
bertanggungjawab bagi projek-projek penderiaan jauh di Malaysia . Hari ini, pelbagai kegunaan
satelit dapat dimanfaatkan dalam kehidupan
a. Telekomunikasi
- Satelit komunikasi menerima signal daripada Bumi, menguatkan dan menghantar semula ke Bumi
. Satelit ini membolehkan kita berkomunikasi dalam jarak jauh melalui telefon dan Internet. Satelit
ini juga membolehkan kita menonton siaran televisyen secara langsung dari luar negara
b. Meteorologi
- Satelit cuaca mengesan peruibahan tekanan atmofera, suho, arah angin dan awan. Stesen
meteorologi di Bumi menerima maklumat untuk membantu dalam ramalan cuaca
c. Geologi
- Satelit digunakan untuk mengesan kawasan bumi yang kaya dengan minerak. Gamabr foto yang
dihantar semila ke Bumi turut ditunjukkan kawasan yang sesuai untuk tanaman dan keadaan hutan
bagi bidang pertanian dan perhutanan, dan juga dapat mengesan tumpahan minyak di laut
d. Navigasi kapal dan kapal terbang
- Terdapat satelit yang direka untuk membantu kelasi dan kjuruterbang mencari kedudukan
mereka dengan cepat dan tepat terutamanya jika dalam kecemasan
e. Pertahanan Negara
- Satelit perisik digunakan untuk memperoleh maklumat keupayaan ketenteraan negara lain

Keperluan Meneruskan Penerokaan Angkasa Lepas

1. melalui aktiviti aeroangkasa, manusia boleh mengembangkan pengetahuan sedia ada mengenai
Bumi, Sistem Suria dan alam Semesta.

2. Kita boleh merangsang pembangunan teknologi negara dengna membangunkan bahagian seperti
fizik angkasa lepas, sains hayat, sains mikrograviti, sains bahan angkasa lepas dan sebagainya.
Pembangunan ini juga akan merangsang kreativiti dan menjadikan sesebuah negara kuat dan
berkuasa

3. Peristiwa yang berlaku berkaitan angkasa lepas dapat menyatukan seluruh manusia. Sebagai
contoh, terciptanya Sputnik, pendaratan di Bulan, International Space Station, dan usaha-usaha
menyelamatkan Mir

4. Satelit-satelit cuaca digunakan untuk memberi amaran pada manusia tentan ribut taufan yang
akan melanda

5. Satelit-satelit boleh digunakan untuk mengintip dan ini akan mencabuli privasi peribadi

6. Penerokaan angkasa lepas dengan satelit-satelit boleh digunakan untuk sesuatu yang baik atau
tidak baik

You might also like