You are on page 1of 8

Stesen Angkasa Antarabangsa (B.

Inggeris: International Space Station ISS) ialah sebuah


stesen kemudahan penyelidikan antarabangsa yang sekarang ini masih lagi dipasang di dalam
orbit rendah bumi. ISS berada pada ketinggian 360km dari permukaan bumi. Stesen ini
mengorbit(mengelilingi) Bumi setiap 92 minit dengan kelajuan 27,744 km/j Dalam sehari,
Stesen Angkasa Antarabangsa mengelilingi Bumi lebih kurang 15.7 orbit.Stesen ini telah
dilancarkan pada 20 November 1998. Seramai tiga orang angkasawan bertugas di stesen ini
pada satu-satu masa. Angkasawan yang akan dihantar ke angkasa lepas harus menjalani
latihan di ISS terlebih dahulu.ISS dibina dari gabungan kepakaran, teknologi, dan kos
beberapa agensi angkasa dunia seperti Amerika Syarikat, Rusia, China, Jepun, Kanada, dan
Eropah.ISS boleh memuatkan tiga orang angkasawan. Buat masa ini, angkasawan yang
bertugas di ISS ialah daripada Amerika Syarikat dan Rusia.[1].Fungsi Stesesn Angkasa
Antarabangsa adalah untuk menjalankan ujikaji serta penyelidikan dalam angkasa lepas serta
memantau angkasa lepas.

Perisian

Oleh : Siti Harwani Md Yusoff


Ketika projek angkasawan dilancarkan dan sehinggalah negara kita berjaya menghantar seorang anak Malaysia ke angkasa lepas,
pelbagai isu diperdebat  tentang kepentingan negara membangun seperti Malaysia melaburkan dana yang bernilai berbilion ringgit dalam
industri angkasa lepas sedangkan masih ramai lagi rakyat yang tidak berkemampuan yang memerlukan bantuan. Walaupun mendapat
sokongan  saintis dalam bidang angkasa lepas seperti  Profesor Datuk Dr. Mazlan Othman dan juga negarawan Malaysia,Tun Dr
Mahathir, masih ramai yang ragu-ragu dengan keterlibatan secara langsung negara ke dalam industri angkasa lepas. Tetapi tidak ramai
yang sedar bahawa bidang aeroangkasa atau lebih khusus teknologi angkasa sebenarnya menyumbang peratusan yang tinggi dalam kajian
dan pembangunan teknologi canggih yang berjaya diaplikasikan untuk kegunaan awam.
Sejak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh  Soviet Union (sudah berkubur) ketika itu, banyak
misi telah dirancang untuk meletakkan manusia tinggal di angkasa lepas lebih daripada 3 bulan dan berjaya disempurnakan. Proses untuk
menyempurnakan sesebuah misi tersebut telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan pemakanan dan nutrisi angkasawan,
kesan persekitaran angkasa terhadap  fisiologi dan fizikal   angkasawan, keperluan alatan yang ergonomik untuk membantu angkasawan
bekerja di stesen angkasa dan isu pencegahan dan keselamatan di dalam kapal angkasa. Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan
ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikro-alga yang sangat baik untuk perkembangan
mental dan visual bayi yang dikenali sebagai Formulaid. Ia dihasilkan daripada kajian National Aeronautics and Space
Administration (NASA) mengenai pembekalan nutrisi   yang senang dihasilkan, berkualiti tinggi dan mencukupi untuk kru angkasa di
samping keupayaan alga tersebut berfungsi sebagai agen kitar semula.
Contoh lain adalah hasil kajian NASA dan Stanford University untuk melihat kesan mikrograviti pada perkembangan tulang angkasawan
sehingga membawa kepada penciptaan “the Mechanical Response Tissue Analyzer  (MRTA)” , sebuah alat yang digunakan untuk
membantu rawatan pesakit osteoporosis dan gangguan metabolik tulang.

Gambar 1. Alat MRTA yang digunakan untuk pesakit tulang


Teknologi angkasa lepas juga menyumbang kepada kecanggihan sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya. Dengan
mengadaptasi kecanggihan perisian dan sistem berkomputer di sebuah stesen bumi (Pusat Kawal dan Perintah di Bumi), aliran trafik di
seluruh lebuh raya dapat dipantau dan jika berlaku kemalangan ia dapat dikesan dalam masa 2 minit sahaja berbanding 20 minit
pemantauan secara manual.
Selain daripada itu, teknologi navigasi kapal angkasa (Global Positioning System-GPS) yang pada peringkat awalnya dicipta untuk
tujuan satelit intipan kini memberi kemudahan yang tak tercapai sebelum ini kepada pengguna jalan raya, pelancong dan pengembara.
Selain untuk tujuan pandu arah, teknologi ini juga membantu kepada pemanduan hijau  (Green Drive) yang mana pemandu akan dibantu
untuk memilih jalan yang kurang sesak, diberi panduan tentang keadaan jalan dan kawasan kerja penyelenggaraan. Maklumat ini
digunakan untuk memberi cadangan kepada pemandu untuk memecut, menekan brek atau berada pada kelajuan tetap dan pada masa yang
sama dapat menjimatkan petrol dan masa. Teknologi ini juga digunakan untuk mengatur jadual bas yang fleksibel berdasarkan permintaan
di kawasan pedalaman di Belgium.

Gambar 2. Teknologi navigasi yang digunakan untuk Pemanduan Hijau (Green Drive)
Terdapat juga alat yang dicipta oleh European Space Agency (ESA) yang digunakan di stesen angkasa lepas untuk mengesan bahan
kimia dan bertindak sepatutnya digunakan di stesen metro Stockholm. Alat tersebut yang dikenali sebagai  Sistem Hidung Elektronik
(Electronic Nose) mempunyai penderia yang bertindak seperti hidung manusia yang digunakan untuk mengesan bau. Bau yang dikesan
dihantar kepada sistem komputer dan perisian akan mencirikan dan mentafsirkan jenis bau tersebut dan memberi arahan kepada
komputer  tentang tindakan yang perlu diambil. Sistem ini dapat membantu untuk mengesan bahan kimia berbahaya di dalam stesen kereta
api bawah tanah.

Gambar 3 . Sistem Hidung Elektronik (E-Nose) yang tercipta hasil dari kajian teknologi angkasalepas
Contoh-contoh yang diberi dalam artikel ini cuma sebahagian kecil sahaja sumbangan teknologi angkasa untuk kemaslahatan orang ramai.
Sehingga kini masih banyak lagi ruang dalam bidang penyelidikan angkasa lepas yang perlu diterokai dan yang pastinya akan memberi
impak yang besar kepada kecanggihan teknologi suatu hari nanti. Ini kerana revolusi teknologi tidak ada titik noktahnya, ia akan berhenti
apabila manusia berhenti bermimpi.

Kos

Kos pembiayaan
Program Angkasawan Malaysia ini merupakan sebahagian daripada program timbal balik Malaysia
dengan Russia. Malaysia telah membeli 18 jet pejuang Sukhoi SU-30 MKM dan pesawat udara
pelbagai guna bernilai RM3.4 bilion dari Russia.

Jika menghantar sendiri memerlukan kos yang tinggi .Bandingkan penghantaran satelit komunikasi
saja mencecah RM1.5 bilion, iaitu kos satelit kira-kira RM700 juta, pelancar RM350 juta dan baki
adalah insfrastruktur lokasi pelancaran. Kos melonjak empat atau lima kali ganda jika buat sendiri. [1]
Itu pun jika kita membeli peralatan dan prasarana dari Russia atau Amerika.Tetapi negara maju tidak
mungkin menjual teknologi ini kerana pelancar kapal angkasa lepas ini boleh diubahsuai menjadi
pelancar peluru berpandu atau roket nuklear.

[sunting] Faedah program


Pengarah Program Angkasawan Negara, Kolonel Dr Zulkifly Yusoff

Program itu memenuhi hasrat dan pendekatan Islam Hadhari yang dicetuskan Perdana Menteri, Datuk
Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Program ini akan menjadi pemangkin / 'moon shot' kepada seluruh rakyat Malaysia untuk belajar
sains dan teknologi. 5 juta pelajar akan bercerita tentang angkasawan. Pelajar mula mendalami makna
3G, 4G dan 5G. Mereka tahu itulah graviti dan minat terhadap sains akan bercambah.

Dua angkasawan ini , Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha dan Dr Faiz Khaleed akan
menjadi 'duta angkasa', menjelajah ke sekolah-sekolah apabila misi mereka berjaya.Kementerian
Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (Mosti) dapat menyebarkan ilmu sains angkasa ke sekolah di
seluruh negara.

Kementerian Pengajian Tinggi akan meminta universiti supaya memberi penekanan terhadap sains
dan teknologi. Di universiti, saintis mengajar dan melakukan penyelidikan. Di universiti mesti ada
saintis, berbanding sekarang yang hanya ada pensyarah. Tiada saintis sepenuh masa.

Ilmu dan teknologi bermula di universiti dan berakhir di pasaran menjadi produk yang menjana
pekerjaan. Kita tidak mahu ilmu dan teknologi yang dicipta ditinggalkan di menara gading dan
sebaliknya mesti diterjemahkan kepada kemakmuran negara, menjana produk, perkhidmatan, peluang
pekerjaan, mengeksport dan menjana pendapatan negara. Ia bermakna kita mesti menterjemahkan
ilmu kepada agenda ekonomi.

Mir telah diluluskan sebagai sebahagian dari sistem-sistem angkasa generasi ketiga Soviet pada 17
Februari 1976, dekri bagi rekabentuk dan penambahbaikan stesen angkasa model Salyut DOS-17K.
Empat stesen angkasa Salyut telah dilancarkan sejak tahun 1971. Tiga lagi akan dilancarkan semasa
pembangunan Mir. Mengikut rancangan pada masa itu, blok-blok asas (DOS-7 dan DOS-8) akan
dilengkapkan dengan sejumlah empat tempat berlabuh: dua darinya di hujung stesen seperti pada
stesen Salyut, dan tambahan dua stesen lagi di sebelah sisi sfera berlabuh pada bahagian hadapan
stesen. Sehingga Ogos 1978, ia berandur-ansur menjadi tatarajah terakhir dengan satu pelabuhan
sebelah kiri dan lima pelabuahan dalam ruang sfera di hujung hadapan stesen. [1]

Pada asalnya, rancangan adalah untuk menghubungkan pelabuhan ini dengan modul seberat 7.5 tan
yang diterbitkan daripada kapal angkasa Soyuz. Modul-modul ini akan menggunakan modul
dorongan Soyuz, atas alasan Soyuz dan Progress, dan modul-modul keturunannya dan modul orbit
akan digantikan dengan modul makmal yang panjang.[1]

Modul Khidmat Zvezda sedang dibina. Adik kepada teras Mir dan pada asalnya merupakan teras
untuk Mir 2.

Program Mir telah digabungkan dengan program stesen angkasa tentera berpenghuni, Vladimir
Chelomei dalam resolusi pada bulan Februari 1979. Tempat berlabuh telah diperkukuhkan bagi
menempatkan modul stesen angkasa seberat 20 tan yang ditempatkan di kapal angkasa TKS. NPO
Energia telah dipertanggungjawab untuk keseluruhan stesen angkasa; bagaimanapun, kerja telah di
sub-kontrak kepada KB Salyut, cabang pembangunan Khrunichev disebabkan kerja sedang dilakukan
di Energia, Salyut 7, Soyuz-T dan kapal angkasa Progress. KB Salyut telah memulakan kerja pada
tahun 1979, dan lukisan-lukisan telah dibebaskan pada tahun 1982-1983. Sistem-sistem baru
digabungkan ke dalam stesen, ini termasuk komputer kawalan penerbangan digital Salyut 5B dan roda
tenaga girodin (diambil daripada Almaz), dan sistem pertemuan automatik Kurs baru, sistem
komunikasi satelit Altair, penjana oksigen elektron, dan pembersih karbon dioksida Vozdukh.[1]

Pada awal tahun 1984, kerja-kerja ke atas Mir telah ditangguhkan, sementara kesemua sumber-
sumber telah ditumpukan kepada program Buran bagi memastikan kapal angkasa bolak balik Buran
sedia untuk ujian penerbangan. Dana kemudian dikembalikan pada awal 1984 apabila Valentin
Glushko telah memerintahkan Setiausaha Jawatankuasa Pusat untuk Angkasa dan Pertahanan bagi
mengorbitkan Mir pada awal 1986, iaitu semasa Kongres Parti Komunis ke-27 berlangsung.[1]

Jelasnya aliran memproses yang dirancang tidak boleh dituruti dan masih menjadikan tahun 1986
sebagai tahun pelancaran. Ia telah diputuskan pada Hari Angkasawan pada (12 April) bagi
menghantar model penerbangan ke Baikonur dan melakukan ujian sistem dan integrasi di sana. Mir
tiba di tapak pelancaran pada 6 Mei 1985. 1100 dari 2500 kabel perlu dibuat semula berdasarkan
keputusan ujian terhadap model ujian darat di Khrunichev. Pada bulan Oktober 1985, Mir telah
dikeluarkan daripada bilik bersih. Cubaan pelancaran pertama pada 16 Februari 1986 dibatalkan
akibat kegagalan sistem komunikasi kapal angkasa. Percubaan kedua pada 19 Februari, 1986 pada
21:28:23 UTC berjaya, menepati tarikh akhir politik. [1]

[sunting] Kewujudan awal


Disebabkan oleh tekanan bagi melancarkan stesen dalam jangka masa yang singkat, para perancang
misi telah ditinggalkan tanpa kapal angkasa Soyuz atau modul-modul bagi pelancaran ke stesen pada
mulanya. Keputusan dibuat bagi melancarkan Soyuz T-15 dengan dua misi iaitu ke Mir dan Salyut 7.
[1]

Leonid Kizim dan Vladimir Solovyov pertama kali berlabuh di stesen angkasa Mir pada 15 Mac,
1986. Semasa hampir 51-hari tinggal di Mir, mereka telah menghidupkan stesen dan memeriksa
sistem-sistemnya. Mereka juga memunggah keluar dua kapal angkasa Progress selepas ketibaan
mereka iaitu Progress-25 dan Progress-26.[2]
Pada 5 Mei, 1986 mereka meninggalkan Mir untuk memulakan perjalanan sehari ke Salyut-7. Mereka
menghabiskan masa selama 51 hari di sana dan mengumpul 400 kg bahan-bahan saintifik daripada
Salyut 7 untuk dibawa kembali ke Mir. Ketika Soyuz T-15 berada di Salyut-7, Soyuz TM-1 yang
tidak dianggotai tiba di stesen Mir yang tidak diduki dan kekal di sini untuk selama 9 hari, bagi
menguji kapal angkasa Soyuz TM yang baru. Soyuz T-15 telah berlabuh kembali di Mir pada 26 Jun
dan menghantar ujian dan 20 peralatan, termasuk spektrometer saluran berbilang. Krew EO-1 telah
menghabiskan 20 hari terakhir di Mir, melakukan pemerhatian ke ata bumi sebelum kembali ke bumi
pada 16 Julai 1986, meninggalkan stesen baru tanpa dihuni.[3]

Tatarajah Mir selepas ketibaan Kvant-1 pada tahun 1987.

Ekspedisi kedua ke Mir, Mir EO-2, dilancarkan dengan menggunakan Soyuz TM-2 pada 5 Februari,
1987. Semasa tempoh ini, modul Kvant-1 telah dilancarkan pada 30 Mac, 1987. Ini merupakan kali
pertama, versi eksperimen bagi rancangan siri modul 37K dijadualkan untuk dilancarkan ke Mir
dengan menggunakan kapal angkasa Buran Soviet. Kvant-1 asalnya dirancang bagi digunakan dengan
Salyut 7; walaubagaimanapun, disebabkan oleh masalah-masalah teknikal semasa pembangunannya,
ia kemudian ditugaskan semula dengan Mir. Modul ini membawa set pertama yang terdiri dari 6
giroskop untuk kawalan altitud. Modul ini juga membawa peralatan untuk pemerhatian astro-fizikal
sinar-X dan ultra-ungu.

Maklumat terperinci: Kvant-1

Pertemuan awal antara modul Kvant-1 dengan Mir pada 5 April 1987 bermasalah disebabkan oleh
kegagalan sistem kawalan di dalam kapal. Selepas kegagalan kedua percubaan untuk berlabuh,
angkasawan di dalam kapal, Yuri Romanenko dan Aleksandr Laveykin, melakukan jalan angkasa
bagi membetulkan masalah. Mereka memjumpai beg sampah di antara modul dan stesen, yang mana
telah menghalangnya dari berlabuh. Beg ini telah ditinggalkan di orbit selepas kepulangan satu
daripada kapal kargo. Mereka kemudian mengalihkan beg dan melengkapkan pelabuhan pada 12
April 1987.[4][5]

Pelancaran Soyuz TM-2 merupakan permulaan serangkaian enam pelancaran Soyuz dan tiga krew
yang tinggal untuk jangka masa lama di antara 5 Februari, 1987 sehingga 27 April, 1989. Pada masa
ini juga, para angkasawan antarabangsa membuat lawatan pertama kali ke stesen ini oleh Muhammed
Faris, Abdul Ahad Mohmand dan Jean-Loup Chrétien. Dengan pelepasan Mir EO-4 dengan Soyuz
TM-7 pada 27 April 1989, stesen ini sekali lagi ditinggalkan tanpa berpenghuni.

[sunting] Fasa pembesaran pertama


Maklumat terperinci: Kvant-2

Pelancaran Soyuz TM-8 pada 5 September, 1989 menandakan permulaan kehadiran manusia terlama
di angkasa sehingga kini. Ia juga menandakan permulaan pembesaran kedua Mir. Modul-modul
Kvant-2 dan Kristall kini telah bersedia untuk dilancarkan. Alexander Viktorenko dan Aleksandr
Serebrov berlabuh di Mir dan membawa stesen ini keluar dari hibernasinya selama lima bulan. Pada
29 September 1989, para angkasawan memasang peralatan di dalam sistem berlabuh sebagai
persediaan untuk kedatangan Kvant 2, modul tambahan pertama seberat 20-tan yang berpangkalan di
kapal angkasa TKS daripada program Almaz [6] Selepas 40 hari lewat disebabkan oleh masalah
dengan sekumpulan cip komputer, Kvant-2 kemudian dilancarkan pada 26 November. After problems
deploying the craft's solar array and with the automated docking systems di kedua-dua Kvant-2 dan
Mir, Kvant-2 telah dilabuhkan secara insani pada 6 Disember. Kvant-2 telah menambah set girodin
kedua pada Mir. Modul ini juga membawa sistem sokongan hidup baru untuk mengitar semula air dan
menjana oksigen di dalam Mir, yang mana mengurangkan kebergantungan kepada bekalan dari bumi.
Kvant-2 juga mempunyai kunci udara yang besar dengan satu pintu sebesar satu meter. Satu unit beg
galas khas, menyerupai Unit Kendalian Berpenghuni Amerika Syarikat, telah diletakkan di dalam
kunci udara Kvant-2.[6][7]

Tatarajah Mir selepas pemasangan modul Kristall pada tahun 1990.

Soyuz TM-9 yang membawa anggota krew Mir EO-6 iaitu Anatoly Solovyev dan Aleksandr Balandin
pada 11 Februari, 1990. Semasa berlabuh, krew EO-5 yang masuk ke dalam Mir melihat 3 selimut
haba di Soyuz-TM 9 telah longgar, dan berpotensi untuk mewujudkan masalah semasa kemasukan
semula. Krew memutuskan bahawa masalah ini boleh diuruskan. Semasa tempoh ini, modul Kristall
telah ditambah pada Mir. Modul ini telah dilancarkan pada 31 Mei. Percubaan berlabuh pertama telah
dilakukan pada 6 Jun telah dibatalkan disebabkan kegagalan penujah kawalan altitud. Modul Kristall
tiba di pelabuhan hadapan Mir pada 10 Jun, dan ditempatkan semula ke pelabuhan sisi yang
bertentangan dengan Kvant-2 pada hari berikutnya, mengekalkan keseimbangan kompleks.
Disebabkan kelewatan semasa melabuhkan Kristall, EO-6 telah dilanjutkan selama 10 hari bagi
membenarkan mengaktifkan sistem-sistem Kristall, dan menempatkan EVA bagi membaiki selimut
haba yang longgar di Soyuz-TM 9.[8]

Modul Kristall mengandungi sejumlah relau untuk menghasilkan kristal di dalam graviti mikro. Di
dalamnya juga terdapat peralatan penyelidikan bio-teknologi, termasuk sebuah rumah hijau kecil
untuk melakukan ujian penanaman tanaman. Unit ini dilengkapi dengan sumber cahaya dan sistem
suapan. Modul ini juga mengandungi peralatan pemerhatian astronomi. Walaubagaimanapun, ciri
utamanya adalah dua port perlabuhan Androgynous Peripheral Attach System APAS-89 yang direka
bagi diserasikan dengan kapal angkasa bolak balik Buran. Meskipun ia tidak pernah digunakan
dengan kapal angkasa bolak balik Buran, ia kemudian digunakan dengan kapal bolak balik Amerika. [9]

Maklumat terperinci: Kristall

Krew bantuan EO-7 tiba dengan Soyuz TM-10 pada 3 Ogos 1990. Krew baru ini tiba di Mir bersama-
sama puyuh untuk sangkar-sangkar di Kvant-2. Puyuh ini telah bertelur semasa dalam perjalanan ke
stesen. Ia kemudian kembali ke bumi bersama-sama dengan 130 kg keputusan ujikaji dan produk-
produk industri, di dalam Soyuz TM-9.[8] Ekspedisi selama tiga bulan berlanjutan dengan lawatan ke
Mir dengan tekanan dirasai oleh krew bumi. Krew Mir EO-10 dilancarkan ke angkasa dengan
menggunakan Soyuz TM-13 pada 2 Oktober 1991 merupakan krew terakhir dilancarkan daripada
Kesatuan Soviet, dan meneruskan pendudukan di Mir walaupun setelah kejatuhan Kesatuan Soviet.
Modul-modul yang tidak dilancarkan iaitu Spektr dan Priroda, tidak bernasib baik. Agensi Angkasa
Persekutuan Rusia yang baru ditubuhkan tidak mampu mem

You might also like