You are on page 1of 9

PERTANDINGAN REKA KONSEP MISI MALAYSIA KE

MARIKH 2035: SENARIO, METODOLOGI, SYARAT,


HADIAH & PANDUAN (Anjuran bersama USAS & MOSTI)

1
SENARIO

Planet Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi pada tahun 2035. Oleh
itu, beberapa negara merancang untuk menghantar misi ke Marikh mulai tahun
2033, termasuklah Malaysia, yg bercadang untuk mendaratkan konsep robotik di
planet itu menjelang 2035.

4 pilihan konsep robotik yg sesuai untuk misi Marikh 2035 adalah:

1) Pendarat Marikh robotik (Robotic Mars lander)


2) Penerbang Marikh robotik (Robotic Mars flyer)
3) Stesyen Marikh robotik (Robotic Mars station)
4) Perayau Marikh robotik (Robotic Mars rover)

PENDARAT MARIKH ROBOTIK

Pendarat Marikh robotik boleh mendarat dengan selamat di permukaan Marikh


samada secara menegak (vertically) atau mendatar (horizontally) dari orbit.
Robot ini mendarat menggunakan pelbagai pilihan teknologi dan teknik
termasuk payung terjun, belon, pelampung, roket, kipas, kusyen udara (air
cushion) atau kombinasi teknologi dan teknik ini. Robot ini boleh mengambil
dan menganalisa data ketika sedang mendarat dan sesudah mendarat.

2
PENERBANG MARIKH ROBOTIK

Penerbang Marikh robotik boleh terbang dalam atmosfera Marikh walaupun


atmosfera planet ini lebih nipis dari atmosfera Bumi. Robot ini boleh berlepas
dari dan mendarat di permukaan Marikh secara menegak (vertically) atau
mendatar (horizontally) menggunakan pelbagai atau kombinasi teknologi dan
teknik, termasuk kipas, sayap dan roket. Robot ini boleh mengambil dan
menganalisa data ketika dalam penerbangan dan sesudah mendarat.

STESYEN MARIKH ROBOTIK

3
Stesyen Marikh robotik geopegun di permukaan Marikh, oleh itu mampu
menampung lebih banyak muatan saintifik berbanding dengan robot yang
bergerak. Robot ini boleh mengambil dan menganalisa data menggunakan
pelbagai peralatan pengesan dan perakam data yg boleh dihalakan ke pelbagai
arah. Robot ini juga boleh bertindak sebagai depot tenaga dan habitat sementara
kepada robot-robot yang bergerak di permukaan dan atmosfera Marikh.

Geopegun di sini bermaksud "tetap di suatu lokasi permukaan Marikh". Robot


geopegun Marikh boleh berupa sebuah bangunan khas yg bertindak sebagai
stesyen atau pengkalan atau makmal automatik. Suatu contoh robot geopegun
ini adalah balaicerap robotik, iaitu balaicerap yg beroperasi secara robotik tanpa
manusia. Balaicerap ini boleh dilengkapkan dengan teleskop pelbagai
gelombang yang sesuai untuk pencerapan permukaan dan atmosfera Marikh.

PERAYAU MARIKH ROBOTIK

Perayau Marikh robotik boleh bergerak bebas di permukaan Marikh


menggunakan mana-mana mekanisma pergerakan darat termasuk roda, roda
berantai (tracked wheels), kusyen udara, roket, kaki (untuk berjalan atau
merangkak) atau otot mekanikal (untuk mengesot). Robot ini boleh mengambil
dan menganalisa data ketika bergerak dan berhenti.

4
METODOLOGI PERTANDINGAN

Pertandingan REKA KONSEP MISI MALAYSIA KE MARIKH 2035 adalah


anjuran bersama USAS (Universiti Sultan Azlan Shah) dan MOSTI
(Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi) bersempena Minggu Sains Negara
2022.

Metodologi pertandingan adalah berikut:

1) Pilih mana-mana konsep robotik yang disenaraikan di SENARIO di atas.


Peserta boleh pilih lebih dari satu konsep.
2) Reka (design) konsep robotik yang dipilih.
3) Tulis teks dalam BAHASA MELAYU beserta lukisan 4 pandangan (hadapan,
sisi, atas dan belakang) konsep robotik yang dipilih.
4) Buat video dalam BAHASA INGGERIS berdasarkan teks dan lukisan di atas.
5) Siarkan video di YouTube.
6) Hantar teks dalam format PDF dan pautan (link) video YouTube di atas
kepada penganjur petandingan (email wakil penganjur:
norulridzuan@usas.edu.my)

SYARAT PERTANDINGAN

1. Terbuka kepada kumpulan-kumpulan pelajar sekolah menengah di Malaysia.


Sebuah sekolah menengah boleh diwakili oleh satu atau beberapa kumpulan
pelajar. Satu kumpulan boleh juga menggabungkan pelajar dari beberapa buah
sekolah (kumpulan konsortium 2 atau lebih sekolah).

PENASIHAT KUMPULAN

Setiap pasukan dibenarkan melantik 2 orang penasihat. Seorang daripada


penasihat itu mestilah guru sekolah berkenaan. Seorang lagi penasihat boleh
bukan seorang guru, tetapi mampu memberikan nasihat dan panduan kepada
kumpulan berkenaan.

2. Rujuk kepada METODOLOGI PERTANDINGAN. Siapkan teks terlebih


dahulu. Teks mesti ditulis dalam Bahasa Melayu disertakan dengan lukisan 4
pandangan, ditulis di atas kertas A4 dengan tulisan saiz 12 (arial, calibri atau
times new roman) dalam bahasa Melayu. Teks mesti sepanjang 10 mukasurat
termasuk kulit hadapan, pengenalan kumpulan, lukisan 4 pandangan dan
rujukan.

5
Kulit hadapan mesti dilengkapkan dengan tajuk pertandingan
(PERTANDINGAN REKA KONSEP MISI MALAYSIA KE MARIKH 2035),
nama konsep robot yang dipilih (PENDARAT MARIKH ROBOTIK/
PENERBANG MARIKH ROBOTIK/ STESYEN MARIKH ROBOTIK/
PERAYAU MARIKH ROBOTIK) dan nama kumpulan berserta nama sekolah
atau sekolah-sekolah yang diwakili oleh kumpulan. Kulit hadapan ini digalakkan
dihiasi dengan logo sekolah, logo MINGGU SAINS NEGARA dan logo
MARIKH2035.

Pengenalan kumpulan mesti senaraikan semua nama ahli kumpulan beserta


tarikh lahir mereka. Satu perenggan memperkenalkan kumpulan (bagaimana
nama kumpulan dipilih dan maklumat berkaitan) dan satu lagi perenggan
memperkenalkan sekolah (atau sekolah-sekolah) mesti disertakan. Pengenalan
kumpulan mesti tidak melebihi 2 mukasurat.

Lukisan 4 pandangan adalah 4 lukisan yang menunjukkan pandangan hadapan,


pandangan sisi, pandangan atas dan pandangan belakang konsep robotik yang
dipilih. Setiap lukisan terkecil adalah bersaiz separuh mukasurat, dan yang
terbesar adalah satu mukasurat.

Rujukan adalah sumber yang digunakan bagi mereka konsep robotik yang
dipilih. Rujukan boleh merupakan buku atau laman web rasmi agensi-agensi
angkasa atau syarikat-syarikat peneroka angkasa. Senarai rujukan ini tidak boleh
melebihi satu mukasurat.

Baki mukasurat mesti dipenuhi dengan teks yang memberikan penjelasan


berkenaan konsep robot yang dipilih, termasuk bentuk, saiz, cara pergerakan,
sumber tenaga, kegunaan, faktor-faktor keselamatan dan kelebihan/
keistimewaan/keunikan.

6
VIDEO YOUTUBE

Satu video YouTube dalam Bahasa Inggeris berdasarkan teks yang telah
disediakan mestilah dibuat dan disiarkan kepada umum (public). Video ini
berdurasi maksimum 2 minit dan minimum 1 minit sahaja. Video yang paling
ringkas adalah video dalam bentuk slaid berserta audio samada suara latar sahaja
atau berserta muzik latar. Video tanpa suara latar tetapi disertakan muzik latar
dan tulisan latar yang jelas juga diterima.

Video ini mesti bertajuk MARIKH2035: (nama konsep) by (nama kumpulan).


Contoh:

MARIKH2035: ULTRA VIOLET by USAS and Valparaiso University.

Contoh video perayau Marikh tanpa suara latar tetapi dengan muzik dan tulisan
latar: https://www.youtube.com/watch?v=vx6w0o-5ylA

Contoh video ringkas dengan suara latar dan tulisan latar berkenaan planet
Marikh:

https://www.youtube.com/watch?v=2PVGlSVTvMo

7
3. Hantarkan teks dan pautan (link) video kepada wakil penganjur melalui email:
norulridzuan@usas.edu.my

HADIAH

10 kumpulan pemenang akan dipilih secara keseluruhan dengan hadiah


pertandingan berikut selain daripada sijil pencapaian dan cenderahati dari
penaja:

Tempat Pertama - RM2000.00


Tempat Kedua - RM1000.00
Tempat Ketiga - RM600.00
7 hadiah saguhati RM200.00 setiap satu

Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

PANDUAN

1. Tarikh tutup pertandingan adalah 15 September 2022.

2. Siapkan teks secepat mungkin dan hantarkan teks terlebih dahulu bagi
membolehkan penganjur memberikan komen yang boleh membantu
sempurnakan teks dan video.

3. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan praktikaliti (practicality) konsep


robot yang direka serta disokong oleh kualiti teks dan video.

4. Buat rujukan dari buku-buku dan laman-laman web termasuk video YouTube
yang berkenaan.

5. Webinar berkenaan Marikh 2035 akan diadakan dari masa ke semasa. Sertai
webinar ini.

8
FACEBOOK

Peserta pertandingan digalakkan “Like” atau “follow” facebook Marikh 2035


bagi ikuti perkembangan pertandingan @

https://www.facebook.com/Marikh-2035-112164900909612

RANCANGAN MASA HADAPAN

Pertandingan MARIKH2035 ini dirancang sebagai acara tahunan peringkat


kebangsaan di kalangan sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi. Ia juga
dirancang untuk bertindak sebagai embrio dan inisiatif kepada rancangan
menghantar robot buatan Malaysia ke planet Marikh pada tahun 2035.

PENGHARGAAN:

1. Kementererian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) @


https://www.mosti.gov.my/en/
2. Bahagian Pembudayaan Sains, Teknologi dan Industri MOSTI
3. Minggu Sains Negara @ https://www.mosti.gov.my/en/minggu-sains-negara/

You might also like