You are on page 1of 2

Teknologi angkasa lepas

Teknologi angkasa merupakan teknologi yang berkaitan dengan memasuki, dan mendapatkan semula
objek atau bentuk kehidupan dari angkasa lepas.. Teknologi "harian" seperti ramalan cuaca,
penderiaan jauh, sistem GPS, satelit televisyen, dan beberapa sistem komunikasi jarak jauh secara
kritikal bergantung kepada infrastruktur angkasa. Sains, astronomi dan sains Bumi (melalui
penderiaan jauh) paling banyak menerima manfaat daripada teknologi angkasa. Sistem penentu
sejagat( g p s ) merupakan suatu sistem navigasi yang memberi maklumat tentang lokasi dan masa
kepada penggunanya dalam semua keadaan cuaca. Mungkin ini adalah faedah misi angkasa yang
paling jelas: pengaktifan satelit yang mempunyai pelbagai fungsi, daripada menjadikan GPS kami
berfungsi kepada menyediakan isyarat televisyen kepada kami, serta internet, telefon dan banyak lagi
perkara lain.
FUNGSI GPS
Dalam gps segmen kawalan menghantar isyarat menggunakan antenna bumi yang terdapat dalam
stesen pengawasan ke satelit-satelit gps yang berada di segmen angkasa.Isyarat yang diterima oleh
satelit-satelit gps ini kemudiannya dibetulkan,kemudianya dihantar semula oleh satelit-satelit gps
kepada pengguna gps yang berada dalam segmen pengguna gps terdiri daripada tiga segmen,iaitu
segemen kawalan segmen angkasa dan segmen pengguna. GPS digunakan di seluruh dunia sebagai
pembantu pandu arah dalam kereta, pesawat dan kapal. Sistem ini juga boleh digunakan dalam mesin
penuai, trak lombong dan lain-lain. Penerima GPS tangan boleh digunakan oleh pendaki gunung dan
pengembara.
Penerima GPS murah seringkali diberkaskan dengan PDA, komputer kereta ataupun sistem pengesan
kenderaan.
SEGMEN ANGKASA
Segmen angkasa adalah bilangan satelit dalam buruj.ia terdiri darpada 29 satelit yang mengelilingi
bumi setiap 12 jam pada ketinggian 12,000 Batu.fungsi segmen angkasa digunakan untuk isyarat dan
untuk Menyimpan dan menghantar semula mesej laluan yang dikirim oleh Segmen kawalan.segmen
ruang gps dibentuk oleh konstelasi satelit Dengan satelit yang cukup untuk memastikan bahawa
pengguna akan Mempunyai,sekurang-kurang 4 satelit srentak yang dapat dilihat dari Mana-mana titik
di bumi. mengandungi 24 satelit yang memancarkan isyarat radio ke bumi. Altitud orbit ditentukan
supaya satelit melewati jejak dan konfigurasi yang serupa pada setiap lebih kurang 24 jam. Terdapat 6
satah orbit, selang setiap 60 darjah dan sendeng 55 darjah terhadap satah katulistiwa. Ini
membolehkan pengguna boleh menerima 5 - 8 isyarat satelit ini.
SEGMEN KAWALAN
Mengandungi sistem stesen pemantauan yang terletak seluruh dunia. Stesen utama terletak di
Pengkalan Udara Falcon, Colorado yang mengukur isyarat daripada setiap satelit. Hitungan dibuat
menggunakan model untuk data orbit (ephemeris) dan pembetulan waktu setiap satelit. Stesen
kawalan menghantar ephemeris dan data waktu ke satelit. Satelit akan memancarkan sebahagian data
ephemeris ke penerima GPS melalui isyarat radio.
SEGMEN PENGGUNA
Segmen pengguna terdiri daripada penerima gps,yang menerima isyarat Dari satelit gps dam
menentukan sejauh mana jaraknya dari setiap Satelit.terutama segmen ini digunakan oleh
tentara,sistem panduan Peluru berpandu,aplikasi awam untuk gps di hampir semua
bidang.Sebilangan besar,orang awam menggunakan ini dari tinjauan ke Pengangkutan ke
sumber semula jadi dan dari sana ke tujuan Pertanian dan pemetaan juga. mengandungi penerima
GPS dan komuniti pengguna. Penerima GPS menukarkan isyarat satelit ke anggaran kedudukan,
kelajuan dan masa. Empat satelit diperlukan untuk mengira kedudukan 4 dimensi X, Y, Z
(kedudukan) dan Masa. Antena penerima isyarat GPS ini mempunyai pelbagai bentuk, daripada
bentuk piring (pelbagai saiz) ke bentuk palang kecil. Rekabentuk penerima & antena ini bertujuan
mendapatkan bacaan kedudukan pada ketepatan yang dijangkakan.
RUJUKAN
 https://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_Kedudukan_Sejagat#:~:text=Pandu%20arah%3A%20G
PS%20digunakan%20di,oleh%20pendaki%20gunung%20dan%20pengembara.
 https://www.youtube.com/watch?v=h8smgpxmqjA

 https://www.youtube.com/watch?v=lWcAen3PIk4

You might also like