You are on page 1of 21

Topik 1 Bumi

Bumi sebagai satu planet


- Struktur Bumi
- Lapisan Atmosfera
- Awan
Seorang tukang kayu, guru & ahli sains melihat
seekor biri-biri hitam di sebuah kebun di Perak
melalui tingkap keretapi.

"Aha," tukang kayu berkata, “Semua biri-biri di


Perak berwarna hitam."

"Hmm," guru berkata, “Apa yang kamu


maksudkan adalah sesetengah biri-biri di Perak
berwarna hitam."

“Tidak" kata ahli sains, “Apa yang kita ketahui


adalah terdapat sekurang-kurangnya seekor biri-
biri di Perak, dan sekurang-kurangnya sebelah
biri-biri tersebut adalah berwarna hitam. "
.…Sains bermula dengan
penambahan kepada pengalaman
biasa dan ia menggunakan
pemerhatian dan pengukuran yang
terancang untuk penambahan
pengetahuan.
Adler
Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
• Menerangkan struktur bumi.
• Menyatakan lapisan-lapisan dalam atmosfera.
• Mengenalpasti pelbagai jenis awan dan
menyatakan ciri-ciri awan.
• Mengaitkan jenis awan dengan cuaca.
Hipotesis Awan Nebular :
Evolusi Kejadian Bumi
• ~ 5 bilion tahun dahulu, nebula
(awan-awan gas & habuk) mula
mengecut kerana tarikan graviti dan
mula berputar dan meleper.
• Pelanggaran & gabungan nukleus-
nukleus hidrogen (pelakuran
nuklear) berlaku. Akibatnya unsur
yang lebih berat (bahan batuan)
termendak ke bahagian tengah dan
membentuk terasnya.
• Matahari, planet-planet baharu &
bulan-bulan yang terbentuk
membebaskan gas-gas yang
merupakan atmosfera awal.
• Bumi ialah planet ketiga daripada
Matahari (~150 juta kilometer jauhnya).
• Bumi mengedar matahari dalam 1 orbit
lengkap ikut arah lawan jam selama
365.256 hari.
• Bumi berputar 1 pusingan lengkap pada
paksinya dalam arah lawan jam selama
23.9345 jam.
• Atmosfera bumi melindungi kita daripada
radiasi yang merbahaya. Meteor yang
memasuki atmosfera bumi terbakar
sebelum ia dapat melanggar
permukaannya.
Struktur Bumi

Inti dalam terdiri


daripada besi dan
nikel yang
menghasilkan
medan magnet.
Bumi: 3 lapisan
1) Kerak bumi
- lapisan terluar bumi yang terdiri daripada plat lautan
(samudra) yang bertebalan 5-10 km dan kerak benua
yang berketebalan sekitar 20-70 km.
- tebal lapisan atas kerak bumi mencapai 70 km. Bahagian
bawah kerak bumi mendalam sejauh 100 km & ia
dinamakan litosfera.
- Lapisan atas kerak ialah benua, yang terdiri daripada
granit. Manakala di bawah granit ialah satu lapisan batu
keras yang dipanggil basalt.
2) Mantel

Tebal mantel bumi mencapai 2,900 km dan


merupakan lapisan batuan padat.
Suhunya boleh mencapai 3,000 darjah
Celcius.
3) Teras atau Inti Bumi
• Inti dalam bumi berbentuk bola dengan
diameter sekitar 2,700 km & mempunyai 2
logam utama: besi (90%) & nikel (8%).
Suhunya boleh mencapai 4500 darjah C.
• Lapisan inti luar tebalnya sekitar 2,000 km
dan terdiri atas besi cair yang suhunya
mencapai 2,200 darjah C.
Lapisan-Lapisan Atmosfera
• Atmosfera bumi ialah satu sfera bergas dan ia melitupi
Bumi.
• Atmosfera bumi ini kaya dengan nitrogen & oksigen,
bersuhu sederhana, serta mempunyai pelbagai
komposisi kimia yang membenarkan bumi menyokong
kehidupan.
• Kandungan udara dalam atmosfera bumi adalah seperti
berikut:

Nitrogen 78.0842%
Oksigen 20.9463%
Argon 0.9342%
Karbon dioksida 0.0384%
Lain-lain 0.0020%
Lapisan
Atmosfera
Bumi
- Troposfera
- Stratosfera
- Mesosfera
- Ionosfera
- Exosfera
- Termosfera
Jadual Suhu
berubah mengikut
atmosfera
- Apakah suhu
pada ketinggian 90
km dari aras laut?
- Bagaimanakah
perubahan suhu di
kawasan
Troposfera?
- Berapakah suhu
di tempat anda?
- Bandingkan
perubahan suhu di
Stratosfera dengan
Troposfera
Awan
• Bila suhu meningkat, air akan menyejat menjadi
wap air.
• Hasil daripada pergerakan wap panas ke
permukaan yang sejuk, wap menyejuk dengan
cepat (kondensasi) lalu membentuk embun
(titisan air di permukaan terutamanya pada waktu
pagi), kabus (wap dekat permukaan bumi) atau
awan (jauh di atas permukaan bumi).
Awan dan kejadian hujan
• Atmosfera mengandungi bahan atau partikel
yang sangat kecil (habuk, asap dan partikel
garam).
• Wap air terkondensasi pada nukleus-nukleus
higroskopik ini untuk membentuk titisan-titisan
air yang turun sebagai hujan.
• Jika wap air yang diserap oleh partikel ini berlaku
dibawah takat beku, kristal airbatu yang kecil
akan terbentuk & turun sebagai hujan air batu.
Pengkelasan Awan
2 kategori awan
a) Awan stratus / “stratiform” bermaksud berlapisan
• Awan cumulus / “cumuliform” bermaksud
bertimbun
Kumpulan-kumpulan Awan
Awan Tinggi (Kumpulan A) – 5 hingga 13 km di langit
• Cirrocumulus, Cirrus cloud, Cirrostratus

Awan Pertengahan (Kumpulan B) – 2 hingga 7 km di langit


• Altostratus, Altocumulus, Nimbostratus

Awan rendah (Kumpulan C) - 0 hingga 2 km di langit


• Stratus (kabus yang menyentuh permukaan tanah),
Cumulus, Cumulus humilis, Cumulus mediocris, Stratocumulus,
Cumulonimbus.

Awan Menegak (Kumpulan D)


• Cumulonimbus (dikaitkan dengan hujan lebat dan kilat),
• Cumulonimbus calvus , Cumulonimbus incus, Cumulonimbus,
Cumulus, Cumulus congestus, Pyrocumulus
Kaedah Pembenihan Awan
• Mengubah jumlah dan jenis hujan (air,
aisbatu, salji) yang turun dari awan.
• Menaburkan bahan di udara yang bertindak
sebagai nukleus kondensasi bagi wap air.
• Bahan kimia yang digunakan seperti
argentums iodida, ais kering (karbon dioksida
beku), cecair propana dan garam.
• Bahan hygroskopik seperti garam dan
propana akan menjana penyejukan nukleus
atau wap air bagi membentuk kristal ais atau
air batu.
Tutorial 1
Bersama ahli kumpulan anda, bincangkan:
(i) Mengapa kita perlu memahami planet kita ini?
(ii) Mengapa perlu meramalkan cuaca?

Sediakan peta minda anda dan bentangkan hasil


perbincangan anda.
Practical 1
• Clouds and Weather

You might also like