You are on page 1of 41

NCC 2001

Tamadun Islam dan Tamadun Asia

Kelahiran dan Perkembangan


Tamadun
(Kumpulan 2)

1
2
3
4
5
6
7
8
9
1
0
11
1
2
1

Kong Xian Xiang ( Ketua)


Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman
Wan Mohamad Amim Bin Mohd Nasir
Muhd Asyraf Bin Mohd Yaman
Noor Amirah Binti Hanafi
Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini
Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim
Siti Amirah Binti Muhammad Zahid
Ung Yi
Elizabeth Dian

UK 30847
UK 32377
UK 31967
UK 32563
UK 31650
UK 32622
UK 31832
UK 32371
UK 31414
UK 32660

Gan Siew Fong


Norfarihah Binti Radzuan

UK 31286
UK 31943

Nirmaladevi A/P M. Aravinthan

UK 30726
1

3
1
4

Sasikala A/P Krishnan

UK 32850

Kandungan

Bi Nama
l
1 Siti Amirah Binti

Tajuk

Definisi Tamadun

UK 32377

5-6

Ciri-ciri Tamadun

UK 31414

Norfarihah Binti
Radzuan
Noor Amirah Binti
Hanafi
Wan Hazwani Aqilah
Binti Wan Muhammad
Zaini
Wan Mohamad Amim
Bin Mohd Nasir
Elizabeth Dian

Manusia Awal dan


Budaya
Kelahiran Tamadun
Melayu
Kelahiran Tamadun India

UK 31943

7-9
10-12

UK 31650

13-14

UK 32622

15-18

Kelahiran Tamadun Cina

UK 31967

19-20

Kelahiran Tamadun Islam

UK 32660

Sasikala A/P Krishnan

Perkembangan Tamadun
Melayu
Perkembangan Tamadun
India
Perkembangan Tamadun
Cina
Perkembangan Tamadun
Islam
Pengaruh Tamadun Awal
Terhadap Malaysia
Rumusan

UK 32850

21-22
23-24

UK 31832

25-27

UK 31286

28-29

UK 32563

30-31

UK 30726

32-33

UK 30847

34-36

3
4
5
6
7
8
9
10
11
12
13
14

Muhammad Zahid
Muhammad Ammar Bin
Abdul Rahman
Ung Yi

Siti Nur Syuhada Binti


Tuan Halim
Gan Siew Fong
Muhammad Asyraf Bin
Mohd Yaman
Nirmaladevi A/P M.
Aravinthan
Kong Xian Xiang (
Ketua)

Pengenalan

No. Matrik Muka


Surat
UK 32371
3-4

Siti Amirah Binti Muhammad Zahid (UK32371)

PENGENALAN
Tamadun merupakan istilah popular dalam kalangan masyarakat Melayu.
Namun, tamadun dalam bahasa arab, terdapat lima istilah yang boleh dihubung
kaitkan dengan tamadun antaranya, umran(Ibnu Khaldun,1332-1406M), hadharah,
tamaddun, madinah dan madaniah(Muhammad,Syeikh,abad 20). Hanya 2 istilah
sahaja yang popular dalam kalangan penulis-penulis Arab iaitu, tamadun dan
hadarah. Didalam istilah barat pula tamadun disebut Civilization yang berasal
daripada perkataan Latin, civitas yang bererti bandar. Didalam topik ini, hanya 4
tamadun sahaja yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar ,iaitu Tamadun China,
Tamadun India, Tamadun Islam dan akhir sekali Tamadun Melayu. Agama merupakan
asas kepada pembinaan tamadun seperti yang dipersetujui oleh
D.H.Gordon(1996),Morris Justrow(1898),Geoffrey W.Concrad and Arthur
A.Demarest(1984) bahawa komponen penting dalam pembinaan tamadun adalah
agama. Kebanyakkan tamadun akan lahir di lembah sungai atau pantai kerana air
merupakan salah satu sumber yang penting dalam keberlangsungan hidup. Namun,
hanya tamadun islam sahaja yang lahir di padang pasir yang gersang dan kering
kontang(Liana,2011). Tamadun wujud disebabkan oleh beberapa faktor,antaranya,
kedudukan tempat yang strategik seperti lembah sungai,orientasi keagamaan dan
kerohanian serta pencapaian bidang teknologi.
Tamadun China merupakan tamadun yang terawal muncul didunia selain
tamadun Mesir dan tamadun Yunani. Tamadun ini terbahagi kepada 3 bahagian iaitu
pembinaan,zaman peralihan dan zaman moden.Antara kegemilangan tamadun China
adalah dalam sistem pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral dan penciptaan serta
sains. Tamadun China sangat popular dengan system peperiksaannya yang mengambil
masa selama 3 hari 3 malam dan hukuman bunuh akan dijatuhkan kepada sesiapa
yang meniru. Peperiksaan ini terbahagi kepada 3 tahap iaitu Hsiu Tai, Chun Jen, dan
Chin Sih. Matlamat utama peperiksaan ini adalah untuk mendapatkan jawatan dalam
pentadbiran(Ahmad,2009).
Seterusnya tamadun India,tamadun ini juga merupakan tamadun terawal yang
wujud di Asia Tenggara. Tamadun India terbahagi kepada dua bahagian iaitu India
Utara yang rakyatnya dikenali sebagai Indo-Arya dan India Selatan yang dikenali
sebagai Dravida. Bahasa yang digunakan oleh orang Indo-Arya ialah Sanskrit dan
bahasa Tamil digunakan oleh golongan Dravida. Vindhya merupakan sempadan
pemisah diantara India Utara dan India Selatan. Masyarakat Indo-Arya mempunyai
empat buah veda,iaitu Rig, Yajur, Sama,dan Atharva. Veda merupakan karya puisi
3

yang berbentuk mantera atau mazmur yang menjadi pegangan buat masyarakat ini.
Keempat-empat veda ini memberi pengaruh yang kuat di dalam aspek pemikiran,
kepercayaan, amalan dan kehidupan masyarakat Indo-Arya. Masyrakat Dravida pula
mempunyai kepercayaan dan pemikiran berasaskan mazhab. Siavisme dan
Vaisnavisme yang selalu dibicarakan di dalam puisi klasik Sangam. Tamadun India

Siti Amirah Binti Muhammad Zahid (UK32371)

mengamalkan sistem kasta iaitu perbezaan status masyarakat (Titastugasankumpulan,


2009).
Tamadun Islam pula bermula ketika lahirnya seorang pesuruh Allah iaitu
Muhammad bin Abdullah. Sejarah perkembangan tamadun Islam bermula di padang
pasir yang dimana sumber airnya sangat terhad. Rasulullah dilantik menjadi
pemimpin umat akhir zaman ketika baginda berusia 40tahun. Isteri Baginda iaitu
Khadijah binti Khuwaillid merupakan orang pertama yang memeluk agama Islam dan
menjadi tulang belakang kepada Rasulullah dalam penyebaran agama Islam.
Rasulullah berdakwah secara rahsia selama 3tahun sebelum bertindak untuk
melakukannya secara terbuka selepas berbincang strategi dengan para sahabatnya.
Namun, berlaku penentangan daripada segelintir masyarakat Arab terutamanya
golongan bangsawan ketika itu. Selepas kewafatan Nabi Muhammad, tugas
penyebaran Islam diteruskan oleh para sahabat sehinggakan Islam pernah menguasai
2/3 dunia. Sehingga sekarang, Islam merupakan salah satu agama utama di
dunia(Zulkifli & Noor ,2006)
Akhir sekali adalah Tamadun Melayu. Tamadun ini sangat berkait rapat
dengan tamadun Islam. Tamadun Melayu merujuk kepada 3 perkara iaitu ras(genetik),
kebudayaan dan bahasa. Sub-keluarga terbahagi kepada beberapa kumpulan iaitu
Melayu, Jawa Melayu, Sunda, Madura, Acheh, Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban,
Bajau, Murut, Bugis dan Sulu. Tamadun Melayu terkenal dengan kesenian,antar
kesenian yang terdapat dalam Tamadun Melayu dalah Mak Yong dan Tarian Ulik
Mayang. tamadun Melayu memiliki artifak yang masih kekal sampai ke zaman
kini,iaitu kain tenungan songket. Ciri-ciri pembinaan dalam Tamadun Melayu lebih
menjurus kepada kesenian Islam, jelas dilihat pada pembinaan masjid dan istana. Asas
kepada Tamadun Melayu adalah agama Islam itu sendiri(Irene,2012).
Konklusinya, asas kepada pembinaan sesebuah tamadun itu adalah aspek
kebendaan dan kerohanian. Sehingga sekarang,kita masih lagi dapat melihat
peninggalan tamadun-tamadun dahulu yang berkait rapat dengan asas pembinaan
mereka semua, contohnya candi Lembah Bujang dan masjid di Melaka. Oleh itu,
saranan saya kepada semua pelajar, hargailah peninggalan tamadun kita, tanpa
tamadun siapalah kita di masa sekarang. Mungkin masih tercari identiti sendiri.
Perpaduan sangat penting dalam sesuatu perkara dalam mencapai keseimbangan
masyarakat. marilah sama-sama kita merealisasikan Visi 2020 Malaysia.
4

Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman (UK32377)

DEFINISI TAMADUN
Asas sesebuah kerajaan terawal di dunia wujud dengan kewujudan tamadun
yang membawa kepada pecahan ciri-ciri tamadun antaranya ialah wujudnya
penempatan kekal, mempunyai sistem pemerintahan, kemunculan bahasa dan tulisan,
kewujudan agama dan kepercayaan,wujud pengkhususan pekerjaan dan kewujudan
sistem perundangan (Harris Anuar,2010).
Penggunaan istilah bagi menerangkan pengertian tamadun dalam bahasa
melayu selalu dikaitkan dengan dua istilah yang selalu didengari iaitu tamadun dan
peradaban (Zaki, Hamzah & Mad Aros, 2012). Walaupun kedua-duanya ialah kata
pinjaman bahasa arab. Tamadun membawa maksud kebudayaan, kemajuan atau
peradaban manakala peradaban yang berasal dari perkataan adab membawa maksud
tutur kata yang halus , dan adab merujuk kepada kemajuan tingkat kehidupan
(jasmani dan rohani). Masyarakat yang membina tamadun dan yang telah mengalami
proses ketamadunan telah melalui kemajuan dalam pelbagai aspek, seperti
penggunaan kulit haiwan sebagai bahan utama untuk tujuan pemakaian. Dahulunya
ketika zaman pra-sejarah,kulit haiwan menjadi bahan utama dalam aspek pembuatan
pakaian,tetapi ketika tamadun awal dunia muncul, sutera dan kapas sudah mula
digunakan sebagai bahan lain untuk membuat pakaian. Konsep ini juga dapat dilihat
apabila Tamadun Melayu Melaka dikenali dengan adab sopannya yang tinggi dimana
kedatangan Laksamana Cheng Ho adalah hasil lawatan pertama Laksamana Yin
Ching yang pada ketika itu disambut baik oleh pemerintah kerajaan Melaka.
Pemahaman tamadun dalam bahasa Inggeris pula dikaitkan dengan perkataan
civilization yang diambil daripada bahasa Latin iaitu civitas yang bermakna bandar,
dimana ia selari dengan ciri tamadun dimana wujudnya bandar di dalam sesebuah
tamadun (Zaki, Hamzah & Mad Aros, 2012). Lima istilah arab dijadikan pencetus
fahaman tamadun, iaitu `umran, hadharah, tamaddun, madinah dan madaniyyah. Ibn
Khaldun didalam bukunya Al-Muqaddimah menggunakan perkataan `umran yang
membawa maksud kawasan tanah yang didiami, tinggal menetap ,berkembang subur
dan maju dan beliau juga menggunakan perkataan hadharah yang bermaksud
sesebuah daerah,bandar atau kampung yang dimajukan (Ustaz Abdul Aziz,2008).
Manakala tokoh sejarawan Syeikh Muhammad Abduh dan Muhamad Farid Wajdi

telah mempopularkan istilah madaniyyah yang membawa maksud bandar dan


kehidupan bandar sebagai salah satu pengertian tamadun dari sudut istilah bahasa.
Membawa makna yang berbeza kelima-lima istilah ini menerangkan fahaman
tamadun yang menjurus secara sintesisnya terhadap maksud tamadun yang bermaksud
kehidupan secara menetap di sesebuah kawasan didalam bandar,wilayah atau
kampung untuk didiami dan dibangunkan.

Muhammad Ammar Bin Abdul Rahman (UK32377)

Definisi tamadun dari sudut peristilahan telah merangkumi banyak aspek dan
mewujudkan beberapa pengertian tamadun yang diterima di seluruh dunia. Antaranya
ialah tamadun sebagai kebudayaan yang berkembang di dalam kota dan merupakan
satu kumpulan pemikiran daripada pelbagai bidang yang bertanggungjawab
membentuk institusi politik, sastera, agama dan moral.(Toynbee,1961). Fahaman
tamadun ini dijelaskan oleh Toynbee(1961), secara aplikasinya, fahaman konsep
tamadun ini telah menerangkan kerajaan pada masa ini yang terdiri daripada barisan
pemikir kerajaan seperti ahli kabinet dan para menteri yang bertanggungjawab
memikirkan kemajuan dan peningkatan masyarakat untuk kemajuan sesebuah
kerajaan. Secara konklusinya, tamadun yang telah dibina dan yang sedang dibina
menitik beratkan bukan sahaja dari segi kebendaan malahan kerohanian. Ini kerana,
dari pandangan saya pembinaan sesebuah tamadun yang memerlukan sistem
pemerintahan tidak akan dapat digapai dengan mudah jika pembina atau penggerak
tamadun tersebut iaitu manusia sendiri tidak mempunyai empati dan simpati serta rasa
mempertuhankan jika ia tidak menitikberatkan aspek ketuhanan (rohani). Ini kerana
aspek tersebut dapat menjadi garis panduan atau petunjuk untuk membina sesebuah
tamadun.

Ung Yi (UK31414)

CIRI-CIRI TAMADUN
Tamadun merujuk kepada hidup dalam sesuatu suasana kehidupan orang
bandar dan menikmati kehidupan yang maju (Ibrahim Mustafa, 1989). Kemajuan
sesebuah tamadun diukur dari beberapa ciri-ciri tertentu. Dalam bukunya
Comparative History of Civilizations in Asia, Edward L. Farmer (1986) berpendapat
sebuah tamadun mesti mempunyai 7 ciri utama iaitu, penempatan kekal, revolusi
pertanian, pengkhususan kerja dan inovasi teknologi, stratifikasi sosial, urbanisasi,
kehidupan beragama serta sistem tulisan.
Hadharah atau penempatan kekal merujuk kepada kehidupan
sesuatu masyarakat di sesuatu tempat secara menetap (Ustaz Abd
Aziz bin Harjin, 1982)atas sebab-sebab yang tertentu. Lembah
sungai dan pesisir pantai sering menjadi penempatan sesuatu
tamadun kerana kemudahan perhubungan. Dengan itu, tanah asal
Tamadun Melayu tidak lebih dari pantai dan sungai-sungai (Asmah,
1987). Tanah yang subur dan selamat juga merupakan salah satu
lokasi yang baik untuk revolusi pertanian atau untuk ternakan.
Contoh-contoh penempatan kekal tamadun ialah Tamadun Melayu di
Pesisir Selat Melaka dan Selat Sunda, Tamadun India di Lembah
Sungai Indus, Tamadun Cina di Lembah Sungai Kuning dan lainlain(Ustaz Abd Aziz bin Harjin,2005). Penempatan kekal di tanah
yang subur dan pembekal bekalan air yang mencukupi
mengakibatkan revolusi pertanian dengan menjalankan pelbagai
kegiatan pertanian serta penternakan dan perdagangan. Hasil atau
produktiviti dari revolusi pertanian akan menjadi salah satu sumber
hidup masyarakat tamadun. Seterusnya, peluang pekerjaan wujud
untuk membantu menambah produktiviti industri pertanian dan
melahirkan revolusi perdagangan.
Pada pendapat saya, kelahiran revolusi perdagangan menyebabkan berlakunya
pengkhususan kerja. Pada tahap awal masyarakat bertamadun, bidang-bidang yang
muncul dan melahirkan tenaga mahir dalam bidang-bidang tersebut adalah seperti
7

perekonomian, pertukangan, seni bina, teknologi logam, perkapalan, pembinaan


pelaburan dagang, penyediaan mata wang, penciptaan peralatan baru (cangkul),
penciptaan alat pengangkutan, penggunaan teknologi (sistem pengairan) dan lain-lain
lagi (Abu hasan, 2012). Oleh itu, setiap anggota masyarakat memikul peranan dan
tugas mereka masing-masing sebagai petani, nelayan, penternak, pedagang, artisan
dan askar. Dengan itu, kelahiran inovasi dan daya kreativiti berlaku dan
mempercepatkan stratifikasi sosial serta proses urbanisasi untuk perkembangan
tamadun.
Pitirim A. Sorokin mendefinisikan stratifikasi sosial sebagai pengkelasan
masyarakat kepada golongan atasan dan golongan bawahan seterusnya
melahirkan satu sistem kelas masyarakat iaitu feudalisme (Soekanto, 1990)
Stratifikasi sosial mengakibatkan pembahagian tugas dan tanggungjawab secara
tidak langsung di antara masyarakat. Sebagai contohnya, biasanya raja
menduduki kedudukan yang teratas diikuti golongan bangsawan seterusnya ahli
Ung Yi (UK31414)

agama dan golongan pendeta ,rakyat biasa akhirnya golongan. Selain itu, pemilik
tanah pertanian yang kuat berusaha dan berpengaruh akan melahirkan golongan
pemilik atau tuan tanah sebagai golongan atasan yang akan memerintah
golongan pekerja atau hamba sebagai buruh.
Menurut Wan Abdul Rahman Latif(1996), kehidupan secara sistematik berkait
rapat dengan pengkhususan kerja, pengelasan masyarakat, sistem sosial dan
sebagainya. Dengan itu, urbanisasi atau proses pembandaran wujud kerana kelahiran
bandar sebagai pusat tamadun yang penting untuk penemuan dan kegiatan
masyarakat. Ustaz Abd Aziz bin Harjin (1982) mendefinisikan bandar sebagai sesuatu
kawasan yang dihuni oleh penduduk yang ramai dan sebahagian besarnya boleh
membaca dan menulis serta terlibat dalam kegiatan bukan pertanian. Oleh itu,
revolusi bandar melahirkan kota dan beberapa institusi yang penting dalam
pembinaan tamadun seperti institusi keagamaan, institusi pendidikan, institusi
pemerintahan dan institusi ekonomi. Kota merupakan salah satu faktor penting
kewujudan sesebuah tamadun. Dalam sejarah tamadun juga muncul sesetengah
kerajaan yang berbentuk negara kota(city-state). Struktur dan urbanisasi masyarakat
yang tersusun dapat meningkatkan taraf kehidupan masyarakat serta membantu
sesuatu masyarakat untuk mencapai ketamadunan.
Organisasi politik juga penting kepada sesebuah tamadun untuk mewujudkan
sistem pemerintahan yang dapat memudahkan perjalanan pentadbiran sebuah
masyarakat yang besar dan kompleks. Beberapa bentuk pentadbiran wujud dalam
tamadun, antaranya ialah Homogenous(serba sama), satu bentuk pemerintah yang
tidak boleh disoalkan oleh rakyat. Kedua, Heterogenous(pelbagai bangsa), kuasa
tamadun di atas tangan beberapa pemerintah seperti Tamadun Islam yang mempunyai
pelbagai bangsa, bahasa dan budaya. Seterusnya, Monarchy(beraja), raja dan
pemimpin sering menggunakan unsur magis untuk menjadi ketua pemerintah seperti
8

dakwa mereka diri sebagai anak tuhan atau wakil tuhan untuk mengukuhkan
kedudukan mereka. Terakhir, Oliganchy(demokrasi), kuasa pemerintah dipegang oleh
sekumpulan seperti sami atau cerdik pandai agama (Azhar Hj Mad Aros,
2003).Organisasi politik juga mewujudkan sistem perundangan untuk mendisiplinkan
masyarakat dan kekal aman dan makmur masyarakat.
Kehidupan beragama juga merupakan salah satu aspek asas tamadun seperti
yang ditetapkan olah Ibn Khaldun (Muhammad Abdullah Enan,2013). Edward L.
Farmer memasukkan aspek agama sebagai salah satu ciri masyarakat bertamadun,
manakala R.A. Buchanan pula menyebut wujudnya upacara agama yang kompleks
adalah ciri-ciri kerahiban (Azhar Hj Mad Aros, 2003),. Buktinya kewujudan
kehidupan agama adalah seperti wujudnya kepercayaan, pemikiran tentang kuasa
ghaib yang mengawal kehidupan dan peninggalan bangunan keagamaan. Contohnya,
masyarakat Tamadun Indus menyembah dewi bermuka tiga serta wujud masyarakat

Ung Yi (UK31414)

yang percaya ada kuasa ghaib kuasai alam sekeliling , amalan kepercayaan Animisme
dan amalkan Politisme(sembah banyak tuhan) pada awal tamadun.
Seterusnya, tulisan juga merupakan salah satu ciri tamadun yang penting
untuk merekodkan sesuatu perkara, sebar ilmu pengetahuan, sebagai medium
perhubungan serta menyampai, catat dan mengembangkan idea(Zulkifli bin
Mohamed, 2008). Tulisan berkembang dari bentuk simbol iaitu Heiroglif, Cuneifom
dan Iderogram pada peringkat awal kepada bentuk nombor dan tulisan yang masih
diguna pada zaman moden ini. Sistem tulisan dapat dibuktikan melalui bangunan
keagamaan, makam, lembaran kertas, wang syiling dan peringatan melalui pelajaran
dari generasi ke generasi
Konklusinya, ciri-ciri tamadun merupakan aspek penting untuk mengukur
kemajuan sesebuah tamadun dalam usaha membantu masyarakatnya untuk mencapai
ketamadunan yang tinggi dalam semua aspek kehidupan.

Norfarihah Binti Radzuan (UK31943)

MANUSIA AWAL DAN BUDAYA


Zaman Prasejarah ialah zaman dimana belum ada rekod bertulis tentang
sejarah manusia dan ia juga dikenali sebagai zaman preliterate iaitu zaman sebelum
penciptaan tulisan. Zaman Prasejarah ini terbahagi kepada dua iaitu, Zaman
Prasejarah Awal (Paleolitik dan Mesolitik) dan Zaman Prasejarah Akhir
(Neolitik).Zaman Paleolitik adalah sekitar tahun 500 000 SM hingga 10 000 SM,
Mesolitik tahun 10 000 SM dan Neolitik sekitar tahun 7000 SM sehingga 35000 SM.
Kemudiannya sekitar tahun 2500 SM, wujud pula satu zaman iaitu Zaman
Logam,zaman yang mengakhiri zaman prasejarah. Zaman Prasejarah adalah berbeza
antara satu kawasan dengan satu kawasan yang lain mengikut perkembangan tamadun
masing- masing.
Kewujudan manusia awal telah mencetuskan pelbagai teori. Charles Darwin
telah mengeluarkan satu teori tentang asal usul kewujudan manusia dimana manusia
berasal daripada mawas (Petikentropos erektus) atau turut dikenali sebagai Javaman
oleh orang Jawa kerana kebanyakkan fosilnya ditemui di Jawa yang dianggap sebagai
penduduk asal kawasan ini (Rosman Yunus, 2006). Teori beliau ini disokong oleh
D.G.E.Hall yang menyatakan bahawa Homosapiens (manusia sebenar) muncul
dengan sendirinya di Asia Tenggara dan dikatakan ia adalah hasil daripada evolusi
yang dialami oleh Javaman. Javaman telah beransur-ansur berubah menjadi
Homosoloensis (orang Solo) pada peringkat pertama, berubah pula kepada Homo
australicus pada peringkat kedua dan seterusnya kepada Homosapiens. Namun,bagi
penganut agama Samawi,mereka menolak terus teori yang mengatakan manusia
berasal daripada mawas kerana mereka percaya bahawa manusia telah diciptakan oleh
Allah S.W.T daripada tanah iaitu Adam a.s yang dicipta lengkap tanpa perlu
mengalami proses evolusi untuk menjadi seperti manusia pada hari ini. Manusia
10

berpindah randah dari tempat asal mereka iaitu dari Timur Tengah ke kawasankawasan lain di muka bumi ini. Perbezaan iklim dan suasana, rupa bentuk fizikal
manusia berbeza telah menyebabkan terciptanya pelbagai bahasa serta perangai yang
berbeza-beza.
Zaman Prasejarah Awal terbahagi kepada dua iaitu Zaman Paliolitik dan
Zaman Mesolitik di mana manusia pada zaman ini mampu untuk berkomunikasi dan
menurunkan ilmu yang dipelajari secara turun temurun. Menurut D.G.E.Hall,
masyarakat pada zaman ini berkulit hitam,bertubuh kecil dan berasal daripada jenis
Australoid-Venddoid berdasarkan rangka manusia yang dijumpai( Hilmi, 2008). Pada
zaman ini,mereka menggunakan batu untuk membuat kapak dan panah sebagai alat
untuk memburu dan mengumpul hasil hutan. Pada zaman Paleolitik ,aktiviti mereka
adalah memburu,menangkap ikan dan mengumpul hasil hutan. Mereka melukis

Norfarihah Binti Radzuan (UK31943)

gambar-gambar binatang di dinding gua kerana mereka percaya bahawa ianya dapat
membantu mereka dalam aktiviti memburu. Masyarakat pada zaman ini hidup secara
nomad atau berpindah randah. Ada diantara mereka yang tinggal di dalam gua atau
berlindung dibawah ranting,kayu yang ditutupi dengan rumput dan berlindung di
dalam lubang tanah yang digali contohnya di Gua Niah (Sarawak),Kota Tampan
(Perak) dan Gua Tingkayu (Sabah).Masyarakat pada zaman ini mangamalkan
kepercayaan kehidupan selepas mati dimana ahli arkeologi telah menemui barangbarang untuk upacara pengkebumian. Mereka juga mengamalkan kepercayaan
anamisme yang menganggap semua benda terutamanya alam sekitar mempunyai
kuasa dan roh. Misalnya, mereka sangat takut akan kilat dan petir kerana berpendapat
unsur-unsur alam ini mampu mempengaruhi kehidupan mereka di hari depan kelak.
Lantaran itu,mereka mula menyembah dan cuba berdamai dengan unsur-unsur alam
supaya mereka tidak ditimpa sebarang malapetaka.
Satu lagi zaman yang terdapat dalam Zaman Prasejarah Awal ialah Zaman
Mesolitik. Zaman ini merupakan zaman peralihan antara Zaman Paleolitik kepada
Zaman Neolitik dan ianya wujud sekitar tahun 10 000 SM hingga tahun 7 000SM.
Masyarakat zaman ini tinggal di dalam gua,persisir pantai dan sungai bagi
memudahkan mereka untuk mendapatkan sumber makanan. Revolusi pertanian telah
berlaku pada zaman ini dan mereka mula menggunakan hasil pertanian sebagai
sumber makanan sehari-hari mereka.Tajak dan alat bajak digunakan sebagai alatan
pertanian. Mereka juga menggunakan sistem terusan dan tali air seperti yang
digunakan di Mesir dan Mesopotamia. Disamping pertanian, mereka juga
menjalankan aktiviti penternakan bagi mendapatkan kulit untuk dijadikan pakaian dan
alat pengangkutan.

11

Zaman Neolitik merupakan Zaman Prasejarah Akhir. Perkembangan pertanian


akibat daripada revolusi pertanian yang tercetus pada zaman Mesolitik, telah
melahirkan masyarakat yang bergantung kepada sumber makanan utama dan
mengubah corak hidup manusia.Lebihan hasil pertanian telah mewujudkan satu
sistem pertukaran barang dalam kalangan mereka iaitu sistem barter dimana lebihan
hasil pertanian diperdagangkan dengan tamadun lain. Pertambahan hasil pertanian
telah mewujudkan pertambahan penduduk dan penempatan kekal. Jadi,masyarakat
pada zaman ini mula hidup menetap dan tidak lagi hidup berpindah randah seperti
zaman Paleolitik. Mereka juga dikatakan pandai membuat ukiran-ukiran (Hilmi,
2008 ). Von Heine-Geldern ada menyatakan bahawa mereka juga ada kemungkinan
pandai membuat perahu untuk berhijrah dari satu tempat ke satu tempat . Mereka juga
sudah pandai membina rumah daripada tanah liat dan pondok-pondok daripada
ranting-ranting kayu di pinggir-pinggir sungai dan hasil daripada penempatan kekal
ini telah mewujudkan perkampungan seperti yang wujud di Gua Gomantong (Sabah)
dan Jenderam Hilir (Selangor) (Abdul Hamit, 2008). Dari segi keagamaan
pula,masyarakat zaman ini percaya kepada kuasa ghaib dan luar biasa serta
menjalankan upacara (ritual) keagamaan bertujuan supaya dapat menghindarkan
Norfarihah Binti Radzuan (UK31943)

malapetaka yang akan menggangu aktiviti pertanian dan kehidupan seharian seperti
banjir, kemarau dan wabak penyakit. Sebagai contohnya, mereka menjalankan
upacara penyembahan dewa-dewi bagi menjamin kelangsungan bekalan makanan dan
supaya hasil pertanian yang mereka usahakan akan bertambah berlipat kali ganda.
Masyarakat zaman ini mula tahu cara untuk uruskan mayat saudara mara meraka yang
telah meninggal dunia. Mayat-mayat dikendalikan dengan teliti dan dikebumikan
dengan sempurna. Situasi ini telah menunjukkan bahawa masyarakat zaman ini telah
mula maju dalam aspek kepercayaan dan turut memberikan sumbangan dan kesan
kepada kepercayaan zaman tamadun-tamadun awal yang bercorak politiesme.
Zaman Prasejarah diakhiri dengan zaman Logam (logam dan besi) yang wujud
sekitar 2500 SM. Zaman ini muncul di peringkat akhir zaman Neolitik. Banyak
pendapat yang berbeza tentang kewujudan gangsa.Antaranya ialah, gangsa tidak
diimport dari luar tetapi ianya datang dari kepulauan melayu sendiri.Hal ini kerana,
logam terlalu lembut untuk membuat alat tukang yang berkesan lalu ianya dicampur
dengan timah dan tembaga untuk menjadikanya logam yang lebih keras (Adams,
2007). Namun,D.G.E.Hall telah menyanggah pendapat ini kerana tidak ada bukti yang
menunjukkan gangsa datang dari kepulauan Melayu. Menurut Duyvendak, gangsa
diimport dari China dan mula dibawa masuk ke Kepulauan Melayu sekitar tahun 300
SM. Dong Song merupakan tempat gali terawal yang telah dijalankan di Tongking
yang mana disini merupakan tempat budaya gangsa tersohor (Soepono,1984). Ban
Chiang dan Nok Nok Tha adalah tapak utama peninggalan gangsa seperti gendangcerek (kettle-drum) yang digunakan untuk tujuan keagamaan (Adams ,2007). Pada
zaman ini,stratifikasi sosial semakin jelas dimana wujudnya golongan-golongan kaya
dan berkuasa.Ini jelas terlihat ketika upacara pengebumian,harta-harta seperti
12

barangan perhiasan gangsa dan manik-manik diletakkan bersama mayat tersebut


sekaligus menunjukkan mereka sudah tahu bagaimana untuk menguruskan
pengkebumian mayat secara sempurna.
Tuntasnya, jelas ternyata bahawa masyarakat zaman prasejarah telah
mengalami satu kemajuan yang pesat dalam pelbagai aspek kehidupan mereka.
Bermula dengan masyarakat Paleolitik , yang merupakan masyarakat yang
menggunakan alam sekitar sebagai sumber utama dalam kehidupan mereka kepada
masyarakat pengeluar makanan yang lebih maju pada zaman Neolitik. Perkembangan
Revolusi Pertanian telah mengubah hidup masyarakat pada zaman Neolitik dan
Logam ke arah hidup yang lebih kreatif dan inovatif. Hal ini dapat dibuktikan dengan
kemajuan yang dicapai oleh masyarakat ini dalam aspek sosial, ekonomi, politik ,
sosial dan sebagainya sehingga menjadi ia menjadi batu asas kepada kemunculan
tamadun-tamadun awal manusia seperti di Mesopotamia, Mesir, Mohenjo-Daro &
Harappa dan Hwang Ho.

Noor Amirah bt Hanafi (UK31650)

Kelahiran Tamadun Melayu


Tamadun Melayu merupakan sebuah tamadun yang dibentuk oleh
sekelompok manusia yang tergolong secara luas iaitu sebagai kumpulan orangorang Melayu (Azam Hamzah, 1997). Melayu juga merupakan satu masyarakat
peribumi rantau ini. Rantau atau wilayah dikenali sebagai Malay Archipelago,
Kepulauan Melayu atau Alam Melayu. Kesatuan Melayu ini hidup dalam
keadaan yang tenteram kerana adanya sikap toleransi dan bekerjasama antara
satu sama lain (Abidin Borhan, 2004). Tamadun Melayu ialah tamadun yang
menyeluruh yang dibangunkan oleh bangsa Melayu. Pemahaman terhadap
Tamadun Melayu sebagai tamadun bangsa berkait rapat dengan pemahaman
terhadap Islam. Sebagai contohnya, Merah Silu di Pasai, Sumatera telah
menerima akidah Islam. Begitu juga Parameswara di Melaka (Mohd Taib
Osman, 1998).
Islam telah membawa perubahan besar di Alam Melayu dari aspek nilai
dan kebudayaan orang Melayu. Sebagai contoh, gaya berfikir, corak sosial dan
interaksi muamalat di kalangan orang Melayu diungguli oleh nilai Islam. Selain
itu, unsur-unsur Hindu-Buddha hampir terhakis dalam corak hidup masyarakat
Melayu (Ismail Hamid, 1991). Nilai-nilai asas kemelayuan terangkum dalam
Sifat dua puluh lima. Nilai-nilai ini meresap menjadi sifat masyarakat Melayu.
Ini menjadikan orang Melayu sempurna lahiriah dan Batiniah. Contohnya ialah
sifat tahu membalas budi dan sifat hidup memegang amanah (Tenas Effendy,
n.d). Terdapat pelbagai teori yang diutarakan oleh para sejarawan tentang
kedatangan Islam ke Alam Melayu. Para sejarawan berpendapat bahawa para
pedagang dan mubaligh dari Semenanjung Tanah Arab yang bertanggungjawab

13

menyebarkan Islam. Ada juga yang mengatakan saudagar-saudagar India dan


China (Azam Hamzah, 1997).
Teori Islam datang dari India dipelopori oleh Snouck Hurgronje,
B. Harrison, Arnold, Weirthem dan lain-lain. Antara hujah yang digunakan
untuk mengukuhkan teori ialah batu-batu nisan awal yang dijumpai di Alam
Melayu diimport dari Kambay, Gujerat, India serta catatan pengembara
seperti Ibnu Batutah yang pernah melawat Alam Melayu sekitar abad 13
dan 14 M (Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Catatan Ibnu Batutah pula
membuktikan beliau telah melawat Pasai pada tahun 1345 M dan
mendapati penduduknya beragama Islam. Ini sedikit sebanyak memberi
bukti bahawa Islam datang dari India dalam Tamadun Melayu ini
(Azam Hamzah, 1997).
Seterusnya ialah teori Islam datang dari Cina dan Champa yang
dipelopori oleh S.Q Fatimi dalam bukunya Islam Comes to Malaysia
(Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Berlaku penghijrahan masyarakat Arab-Islam
Canton ke Kepuauan Melayu. S.M Naquib turut mempunyai pandangan
yang sama. Terdapat juga sebilangan masyarakat Arab-Islam Canton yang
berhijrah ke Champa, Brunei, pantai Timur Tanah Melayu dan Pulau Jawa
sebelah timur. Ini memberi kesan dalam penyebaran Islam di kawasanNoor Amirah bt Hanafi (UK31650)

kawasan tersebut (Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Yang paling terkenal


ialah Batu Bersurat di Kuala Berang, Terengganu bertarikh 702 H (1303 M)
yang mengandungi tulisan mengenai kewajipan mematuhi hukum Allah S.W.T
(Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990). Di samping itu, seni bina juga menjadi
bukti bahawa Islam berasal dari Cina. Contohnya ialah seni bina masjid
di Melaka, Kelantan dan Pulau Jawa yang mirip bentuk pagoda di Cina
(Mahayudin Hj Yahaya, 1996). Perkara ini menerangkan bahawa Islam
dalam kelahiran Tamadun Melayu ini mungkin juga berasal dari Cina.
Ini juga member sumbangan dalam kelahiran Tamadun Melayu dari
aspek seni bina.
Yang terakhir ialah teori yang menjelaskan bahawa Islam dibawa
dari Arab. Teori ini didokong oleh kebanyakan sarjana Alam Melayu seperti
Prof. Syed Muhammad Naquib al-Attas dan Prof. Dr. Hamka (Azam Hamzah,
1997). Teori ini menyatakan Islam dibawa ke Alam Melayu kerana wujudnya
aktiviti perdagangan dengan pedagang Arab (Mahayudin Hj Yahaya, 1996).
Ini menunjukkan bahawa orang Arab telah mengetahui kepentingan Alam
Melayu sebagai pusat perdagangan yang penting. Menurut Prof. Hamka,
orang Arab telah belayar ke Alam Melayu untuk membeli rempah ratus
yang tidak terdapat di tempat lain (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990).
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa Alam Melayu kaya dengan hasil
bumi. Terdapat catatan Cina yang menyatakan bahawa terdapat penempatan
orang Arab dan Parsi di Negara Cina. Hubungan Arab-Cina telah
berlaku sebelum kelahiran Islam lagi (Abdul Rahman Haji Abdullah, 1990).
Selain itu, kepentingan Alam Melayu sebagai kawasan perdagangan terus
kekal selepas kemunculan Islam pada abad 7 M. Pertapakan Islam di
14

Alam Melayu bermula apabila orang Arab telah menerima Islam


(Mahayudin Hj Yahaya, 1996).
Kelahiran Tamadun Melayu berkait rapat dengan penyebaran
agama Islam di Alam Melayu. Penyebaran agama Islam telah membawa
banyak perubahan dalam Tamadun Melayu ke arah yang lebih baik.

Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

KELAHIRAN TAMADUN INDIA


Tamadun merupakan sesuatu perubahan yang berlaku sehingga membawa
kemajuan dalam kehidupan setelah melalui satu proses yang panjang. Kepelbagaaian
tamadun yang wujud di Asia sejak dahulu lagi telah menyebabkan terbinanya sebuah
kelompok masyarakat yang majmuk . Tamadun India juga merupakan salah satu
tamadun yang terdapat di Asia dan tamadun ini merujuk kepada orang yang berbangsa
India serta dikaitkan dengan lembah Sungai Indus. Tamadun India sememangnya
sudah wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Pada amnya, masyarakat India boleh
dikategorikan kepada dua golongan iaitu masyarakat Indo-Arya dan Dravida.
Masyarakat Indo-Arya kebiasaannya menetap di kawasan Utara India manakala
masyarakat Dravida pula menetap di Selatan India. Selain itu, kedua-dua golongan ini
dapat dibezakan melalui bahasa dasar yang digunakan dalam pertuturan . Masyarakat
Indo-Arya menggunakan bahasa Sanskrit dan masyarakat Dravida menggunakan
bahasa Tamil sebagai bahasa dasar bagi masyarakat masing-masing. Seterusnya,
kedua- dua golongan ini juga mempunyai tradisi kebudayaan masing-masing yang
berbeza sehingga wujudnya tamadun india yang menjadikan persamaan dalam budaya
dalam kalangan mereka. Tamadun ini juga merupakan tamadun yang tertua dan
memiliki keunikannya yang tersendiri yang mana dapat dilihat dari segi budaya yang
tidak banyak berubah (Azharudin,2004). Oleh itu, pengkajian yang dilakukan mampu
membantu kita untuk mengetahui lebih lanjut tentang tamadun ini .

15

Selain itu , menurut Suhaimi, Abdul Rahman,Yusof Bukhari & Rosnanaini


(2010), ciri ciri tamadun juga mempengaruhi kelahiran sesebuah tamadun . Tamadun
India ini wujud sekitar 2500-1800 S.M. di Lembah Sungai Indus yang mana dikenali
sebagai Tamadun Indus (Suhaimi et.al.,2010). Apabila sesuatu penempatan itu wujud
di sesebuah tempat maka terdapat masyarakat yang tinggal di kawasan tersebut.
Petempatan kekal bagi tamadun ini ada di dua bandar terpenting iaitu Mohenjo-Daro
dan Harappa . Setelah penempatan kekal ini wujud, masyarakat dalam tamadun ini
telah mengamalkan sistem organisasi yang mana terdapat golongan atasan dan
golongan bawahan . Masyarakat ini juga telah mewujudkan pengkhususan kerja
dalam kehidupan mereka . Bidang pekerjaan mereka meliputi aspek perdagangan ,
pertanian dan pertukangan. Masyarakat ini juga sudah boleh menulis dengan
menggunakan tulisan piktograf . Setiap masyarakat juga tidak lari untuk
mengamalkan kehidupan beragama dan kepercayaan masing masing. Justeru,
mereka menyembah patung Proto Shiva dan percaya kepada tuhan Ibu dalam
Tamadun Indus. Seterusnya , tamadun ini telah memberi sumbangan Bandar mengikut
susunan segi empat berasaskan geometri, kesenian dan matematik. Sifat keterbukaan
mereka menyebabkan Mesir dan Mesopotamia mempunyai hubungan dengan
Tamadun Indus. Semua ciri ciri tamadun ini telah diterangkan oleh (Suhaimi
et.al.,2010).

Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

Di samping itu, menurut Zaki, Hamzah & Mad Aros (2012) , rangsangan
keagamaan pada Zaman Vedik merupakan salah satu faktor kelahiran tamadun India .
Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa satu budaya
baharu terhadap masyarakat Lembah Indus sekaligus menjadikan tamadun ini berada
di tahap yang baharu. Tahap ini juga dikenali sebagai Zaman Vedik iaitu zaman
permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat ini sehingga lahirnya agama Hindu .
Selain itu, mereka juga menggunakan sistem kasta yang mana orang Aryan
mengungguli tiga kasta teratas iaitu Brahmin, Kshatriya dan Vaisya. Brahmin
ditugaskan untuk mengendalikan kuil, Kshatriya ditugaskan untuk mempertahankan
negara dan Vaisya ditugaskan untuk menjana kejayaan . Masyarakat tempatan pula
iaitu golongan Sudra yang mana mereka bekerja sebagai buruh dan petani
mengungguli tangga di bawah sekali . Seterusnya, peradaban Indo-Arya juga
berkembang menjadi peradaban Hindu (Zaki et.al.,2012). Hal ini telah menyebabkan
tercetusnya Zaman Veda . Zaman Veda ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu Zaman
Veda Awal dan Zaman Veda Lewat yang mana kemajuan orang Arya lebih
maju.Pengetahuan tentang agama orang Indo-Arya dapat dilihat di dalam kitab-kitab
Veda terutamanya Rig Veda. Ayat- ayat daripada kitab suci Veda juga masih lagi
dibaca dalam sembahyang pagi, petang, malam dan upacara perkahwinan seperti di
India (Akmar,2001). Oleh hal yang demikian, rangsangan agama pada Zaman Vedik
juga telah membantu dalam proses kelahiran tamadun ini.

16

Penyembahan dewa dewi dan upacara pengorbanan masih lagi dilakukan


oleh masyarakat dalam tamadun ini . Hal ini demikian kerana , mereka percaya
bahawa setiap unsur alam semula jadi mampu mempengaruhi kehidupan seseorang
manusia. Contohnya , mereka memuja unsur-unsur seperti matahari, api, angina,
pokok dan sungai. Hal ini disebabkan mereka percaya unsur yang bernyawa ini
mampu memberi kebaikan dan keburukan kepada manusia . Disamping itu, merka
juga percaya wujudnya kuasa yang menolong manusia dalam kehidupan dan ada yang
mendatangkan malapetaka . Contohnya, banjir dan taufan dipercayai datangnya
daripada kuasa yang membawa malapetaka. Selain melakukan penyembahan mereka
juga melakukan pengorbanan . Pengorbanan diadakan sebagai pemberian hadiah
kepada dewa dan dewi untuk mendapatkan kurnia (A.B. Keith, n.d) . Selain itu,
tamadun ini juga mempunyai falsafah yang tersendiri . Falsafah yang digunakan ialah
falsafah Vedik yang mana mementingkan lima konsep dan setiap konsep mempunyai
kaitan antara satu sama lain. Antara konsep yang digunakan dalam kehidupan mereka
ialah brahman , atman , karma , moksha dan samsara. Konsep ini secara keseluruhan
dapat dilihat bahawa setiap individu mempunyai roh dan setiap perbuatan serta
perputuran dikira jumlahnya supaya mendapat pelepasan dalam duniawi sekaligus
masalah kematian dapat diselesaikan . Masyarakat tamadun India menganggap selagi
dalam keadaan kejahilan yang dilakukan oleh diri sendiri maka mereka tidak akan
dapat bersatu dengan Tuhan. Oleh itu, amalan tamadun ini banyak mempengaruhi
kelahirannya.
Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

Seterusnya, kelahiran Tamadun India juga dipengaruhi oleh faktor wujudnya


Doktrin Buddhisme . Apa itu doktrin? Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ,
doktrin membawa kepada dua maksud yang berbeza . Karl Marx (n.d.) menyatakan
doktrin ialah ajaran yakni bukan agama tetapi sesuatu ilmu yang dianut atau dijadikan
pegangan . Selain itu , Monroe & Karl Marx (n.d.) juga menyatakan bahawa doktrin
ialah prinsip atau kepercayaan yang dianggap benar dan satu-satunya yang dapat
diterima.
Kekukuhan sesuatu agama adalah bergantung kepada dua faktor iaitu
agama universal dan kepercayaan komuniti . Agama Buddha merupakan salah satu
agama universal di Asia Selatan, Asia Tenggara dan Asia Timur. Agama buddha ini
telah diasaskan oleh Sidharta Gautama yang mana beliau merupakan seorang putera
raja. Hal ini demikian kerana, beliau ingin mencari kebenaran untuk mengatasi
pelbagai penderitaan hidup sehingga menyedari semuanya angkara mara (syaitan).
Selain itu, larangan buddha terhadap penganutnya daripada melakukan sebarang sihir
telah diamalkan dalam selepas pertapaan. Hal ini telah menyebabkan wujudnya
mazhab-mazhab buddha yang tersendiri sehingga dapat melahirkan beberapa orang
tokoh.
Selanjutnya, ajaran agama buddha memainkan peranan penting dalam
kelahiran tamadun India. Ajaran Buddha tidak mengajarkan hal-hal tentang ketuhanan
dan metafizik sebaliknya ajaran ini merupakan ajaran psikologi dan etika yang
berkaitan dengan kehidupan (Zaki et.al.,2012). Tahap pertama diwujudkan kepada
17

penganut agama buddha untuk membebaskan diri daripada pusingan kelahiran dengan
mengamalkan sila atau moral yang tinggi seperti mengawal nafsu , mengelakkan dosa
besar dan pengorbanan darah. Selain itu, ajaran agama buddha dalam tamadun India
bukan sahaja melalui tahap pertama tetapi perlu diikuti dengan renungan (samadhi),
kesedaran (prajna), mencapai sambodhi (mengetahui kebenaran sepenuhnya) dan
mencapai nirvana (terlepas daripada pusingan kelahiran). Istilah Tri-Ratna digunakan
oleh pengikut-pengikut Buddha bagi merujuk kepada Buddha, Buddha Damma dan
Sangha. Setiap pengikut-pengikut Buddha diajar mengikut dasar-dasar Buddha.
Pepatah Melayu ada mengatakan buat baik dibalas baik, buat jahat jangan sesekali.
Kehidupan penganut Buddha pada tamadun ini berlandaskan hukum karma yang
mana mengikut hukum ini perbuatan yang baik akan membawa kesan yang baik
manakala perbuatan yang jahat akan membawa akan membawa padah. Oleh itu,
ajaran agama buddha menginginkan masyarakatnya sentiasa melakukan kebaikan di
dalam setiap tindakkan dan tingkah laku dalam kehidupan seharian.
Konklusinya, setiap tamadun mempunyai ciri-ciri tersendiri dalam
melahirkan dan mengembangkan tamadun mereka. Tamadun India juga telah
menunjukkan beberapa faktor yang membantu dalam proses kelahiran tamadun ini.
Usaha mereka ini masih mempunyai kesan negatif dalam memulakan perkembangan
tamadun walaupun banyak kesan yang positif . Aristotle juga pernah mengatakan
bahawa pengiktirafan dan ganjaran kepada mereka yang menunjukkan kualiti yang
baik dalam perbuatannya. Hal ini telah menjadikan usaha yang dilakukan oleh
Wan Hazwani Aqilah Binti Wan Muhammad Zaini (UK32622)

tamadun India tidak menjadi sia-sia kerana melalui faktor faktor kelahiran mereka
berjaya berkembang dengan maju. Walau bagaimanapun, hubungan tamadun dengan
agama , budaya, dan bangsa tidak akan pernah lari. Kemunculan sesebuah tamadun
juga dapat digambarkan berdasarkan perilaku dan budaya masyarakat yang tinggi
dalam pentadbiran dan ekonomi. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa berusaha untuk
mencapai kemajuan sekaligus menjadikan sesebuah masyarakat itu sentiasa ingin
berdaya saing.

18

Wan Mohamad Amim bin Mohd Nasir (UK31967)

Kelahiran Tamadun Cina


Tamadun Cina dipercayai telah wujud sejak milenium(jangka masa selama seribu
tahun) ke enam sebelum masihi dan dipercayai lahir di Lembah Hwang Ho
berdekatan dengan sungai Hwang Ho. Walaupun kewujudan dinasti pertama masih
belum dapat dipastikan lagi tarikhnya namun, sebelum terbentuknya pemerintahan
mengikut dinasti, para pengkaji sejarah dan ahli arkeologi telah bersetuju bahawa
wujudnya kebudayaan kecil di Yangshao dan Longshan. Mengikut urutan
pemerintahan secara dinasti, menurut Hoe(1998), Dinasti pertama yang wujud ialah
Dinasti Xia, diikuti oleh Dinasti Shang atau juga dikenali sebagai Dinasti Yin,
kemudian Dinasti Zhou(chou), Dinasti Qin, Dinasti Han, Dinasti Sui, Dinasti Tang,
Dinasti Yuan(mongol) dan Dinasti Ching(manchu). Perluasan Tamadun China
bermula apabila munculnya Dinasti Qin pada 221 Sebelum Masihi hingga 206
Sebelum Masihi yang diasaskan oleh Maharaja Qin Shi Huang. Perluasan kuasa ini
berlaku sehingga ke selatan China. Pemerintahan berbentuk sistem feudal telah
diganti dengan pemerintahan yang melahirkan empayar pada zaman Dinasti Qin.
Maharaja Qin Shi Huang pada zaman itu telah berjaya menyatukan seluruh kerajaan
kecil di China begi melahirkan sebuah empayar

19

Kelahiran kebanyakan tamadun selalunya dikaitkan dengan keperluan asas seperti


sungai atau tempat yang strategik untuk mendapatkan keperluan tersebut. Melalui
kelahiran Tamadun Cina yang telah melalui beberapa peringkat sepertimana tamaduntamadun awal yang lain sehingga terbentuknya tamadun tersebut, dapat kita lihat
sungai Hwang Ho yang menjadi sumber penting bagi tamadun ini. kawasan ini
mempunyai tanah yang subur, lembap dan mudah untuk dijadikan sebagai kawasan
pertanian. Sungai Hwang Ho, juga dikenali sebagai Sungai Kuning, mengikut para
penyelidik, adalah sungai kedua terpanjang di China (5464 km) dan terletak di
bahagian utara negara China (Wayment, 2012). Sungai ini telah membekalkan
tamadun cina dengan keperluan asas yang amat berharga sehingga meraka dapat
membina sebuah penempatan yang diduduki oleh sejumlah besar manusia.
Dengan wujudnya tampok pemerintahan, mereka telah berjaya menerokai ilmu
perundangan seterusnya meningkatkan lagi kualiti hidup dengan mendalami ilmu
sains dan teknologi. Perkembangan tamadun islam yang pada masa itu jauh lebih
maju telah mendorong Tamadun Cina untuk berinteraksi dan menambahkan ilmu
mereka demi memajukan diri meraka. Ini dapat kita lihat dari sejarah tentang tokohtokoh islam yang menyumbang dalam perkembangan tamadun ini seperti pada tahun
651 M, Saad bin Abi Waqqas telah melawat China dan terbinanya sebuah masjid di
Bandar Canton(Guangzhou) dan kisah Laksamana Cheng Ho yang Beragama Islam
yang berlayar dari China ke asia (Hoe, 1998).

Wan Mohamad Amim bin Mohd Nasir (UK31967)

Thaqafah, juga bermaksud budaya iaitu antara asas ketamadunan. Dengan


wujudnya kebudayaan Yangshao dan Longshan, tamadun Cina secara tidak langsung
telah dibentuk. Kebudayaan Yangshao telah wujud di Yangshoa di provinsi Shaanxi
pada milenium ke lima dan dimanakan sempena nama tempat tersebut, yang
kemudiannya diganti kebudayaan Longshan selepas lebih-kurang 6 milenium.
Kebudayaan Longshan adalah kebudayaan Neolitik akhir di Cina yang bertempat di
tengah dan hilir Sungai Kuning yang wujud antara 3000 sebelum masihi hingga 2000
sebelum masihi. Kebudayaan ini dinamai semperna kota Longshan di bahagian timur
wilayah kota Jinan, Shandong, tempat penemuan arkeologi pertama pada 1928 dan
ekskavasi pada 1930 dan 1931. Kebudayaan ini turut mempengaruhi Chengziya.
Kewujudan dua kebudayaan ini adalah sebelum lahirnya pemerintahan berdinasti di
Cina (Mohaj, 2009).
Tembok besar Cina yang menjadi simbol keteguhan tamadun Cina telah dibina
pada zaman Dinasti Qin dan masih teguh hingga sekarang. Pembinaan Tembok Besar
China merupakan sebuah simbol kerjasama dan taat setia rakyat China terhadap
pemerintah mereka. Peristiwa pembinaan tembok ini diceritakan bahawa ramai rakyat
yang terkorban untuk membina tembok ini, namun begitu, mayat-mayat mereka
ditanam bersama didalam tembok tersebut bagi mengingati jasa mereka
(Takusahrisau, 2012). Ahli kaji sejarah amat berminat untuk mengkaji peristiwa yang
20

bermakna ini untuk dijadikan tauladan bagi kita, generasi seterusnya. Pemerintah
yang adil dan bijaksana adalah unsur yang amat penting dalam menjanjikan
keteguhan, kemajuan dan keamanan sesebuah tamadun.
Penemuan tulang orakel oleh ahli arkeologi pula telah membuktikan wujudnya
ketamadunan di Cina dan dianggarkan tercipta pada zaman dinasti Shang
(Keightley,1978). Tulang belakang bagi kejayaan, perkembangan dan kemajuan
tamadun ialah penerokaan dalam ilmu pengetahuan. Penemuan Tulang Orakel
menunjukan bahawa masyarakat pada zaman tersebut amat mementingkan ilmu dan
telah mencipta sistem penulisan yang menggunakan simbol pada zaman Dinasti
Shang.
Sepertimana kewujudan ketamadunan, seseorang manusia itu juga akan
menempuhi process yang sama dalam kehidupanya, terutama sekali jika dia mahu
meningkatkan taraf hidupnya dan berjaya dalam kehidupanya. Sejarah lampau seperti
pembangunan dan kejatuhan sesebuah tamadun harus dikaji supaya kita tidak
mengulangi kesilapan mereka dan dapat mempelajari faktor-faktor kejayaan mereka
untuk di aplikasikan kedalam hidup seseorang itu. Tamadun china pada asalnya
adalah sebuah tamadun yang amat berjaya dan maju sehinggakan adanya sebuah hadis
Rasullulah S.A.W yang berbunyi tuntutlah ilmu hingga ke negara China. Namun
disebabkan kehilangan pemimpin yang adil, tamadun tersebut jatuh.

Elizabeth Dian (UK32660)

KELAHIRAN TAMADUN ISLAM


Seperti yang kita semua sedia maklum, tamadun Islam bermula dengan
kelahiran Nabi Muhammad s.a.w ke dunia. Sejarah perkembangan tamadun Islam
bermula selepas Rasulullah mendapat wahyu pertama daripada Allah ketika baginda
berkhalwat di Gua Thur.Nama penuh baginda ialah Muhammad Abdullah bin Abdul
Muttalib bin Hashim. Nabi Muhammad dilahirkan pada hari isnin, 12 Rabiulawal
bersamaan 20 April 571 Masihi. Tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Gajah
bersempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang Kota
Mekah(Sharhan,2012). Baginda merupakan seorang anak yatim sejak kecil lagi dan
setelah ayahanda dan bondanya meninggal dunia, baginda tinggal dan membesar
bersama datuk dan bapa saudaranya. Setelah datuknya meninggal dunia, baginda
kemudian dijaga oleh bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika di usia kanak-kanak lagi,
Baginda telah belajar hidup berdikari dan lasak. Sabar merupakan perkara yang
senantiasa mewarnai kehidupan Baginda. Selain itu, kehidupan baginda di peringkat
dewasa pula penuh dengan perjuangan. Dalam kalangan masyarakat pada zaman itu,
Baginda sangat dihormati sehingga digelar sebagai al-Amin diatas sifat kejujuran
baginda.

21

Pada awal zaman kelahiran tamadun islam, masyarakat pada masa itu digelar
masyarakat jahiliah kerana kerosakan akhlak disamping kejahilian dari segi agama
dan kepercayaan. Menurut Akashah Ismail (2009), tamadun Islam bermula di
kawasan Hijaz iaitu kawasan padang pasir dan kering kontang serta gersang. Terdapat
3 buah kota di Hijaz iaitu Makkah, Taif dan Madinah. Seperti yang dinyatakan di
perenggan pertama, wujudnya tamadun islam pada zaman jahiliah yang pada ketika
itu dianggap zaman kegelapan kerana kehidupan masyarakat arab jahiliah pada zaman
itu mengamalkan zina, merompak dan menanam anak perempuan(Abdul,2008).
Wahyu pertama yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w iaitu Surah al-Alaq
ayat 1 hingga 5. Dengan turunnya wahyu pertama itu, maka mulalah zaman baru
dalam sejarah tamadun arab jahiliah. Beberapa pengajaran yang didapati melalui
wahyu tersebut adalah amalan membaca sangat dipentingkan oleah ajaran Islam.
Selain itu, bangsa yang berpengetahuan tentu dapat membina tamadun yang tinggi.
Setelah turun wahyu pertama, wahyu kedua telah diturunkan iaitu surah al-Muddasir
ayat 1-7. Perlantikan Nabi Muhammad sebagai rasul Allah telah rasmi dengan turun
nya wahyu kedua tersebut. Baginda dengan rasminya bertanggungjawab
menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh umat manusia.
Pada mulanya, penyebaran agama Islam dilakukan secara berperingkatperingkat, iaitu secara rahsia dan terbuka. Antara yang terawal menerima kehadiran
Islam adalah isteri baginda sendiri iaitu Khadijah binti Khuwailid, sepupu baginda Ali
bin Abu Talib, sahabat baginda Abu Bakar al-Siddiq dan Uthman bin Affan. Selepas
dakwah dilakukan secara rahsia selama beberapa tahun,Nabi Muhammad selepas
berbincang dengan para sahabat memilih untuk menjalankan dakwah secara terbuka
Elizabeth Dian (UK32660)

pula(Liana,2011). Walau bagaimanapun, ada juga yang menentang dakwah dan ajaran
Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. Namun, terdapat beberapa
faktor yang menyumbang kepada penerimaan ajaran Islam pada masa itu seperti
kemurnian ajaran Islam, kebijaksanaan Nabi Muhammad s.a.w dalam menyampaikan
dakwah, layanan yang sama rata dan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w.
Kemuncak penentangan berlaku setelah 15 tahun berdakwah di kota Makkah,
orang Islam dan Nabi Muhammad s.a.w diperintah berhijrah ke Kota Yathrib.
Peristiwa Hijrah ini berlaku pada tahun 622 masihi dan disertai ramai orang islam dari
kota Makkah ke Yathrib(Cikgupoli,2011). Masyarakat Yathrib menyambut baik
kedatangan orang Islam malah ramai dari mereka yang telah pun menganut agama
Islam. Madinah merupakan Negara islam pertama dan merupakan pusat tamadun
Islam. Kegagalan masyarakat musyrikin Makkah mematuhi Perjanjian Hudaibiyah
yang dimeterai dengan negara Islam Madinah telah membuka ruang kepada orang
Islam untuk memasuki kota Makkah pada tahun 630 Masihi bersamaan tahun 8
Hijrah. Melalui peristiwa penguasaan terhadap kota Makkah ini, ia merupakan detik
yang membawa pengislaman secara beramai-ramai di Semenanjung Tanah Arab,
terutama di kalangan kabilah-kabilah Arab. Dengan penguasaan dan pengislaman ini,
22

kota Makkah muncul sebagai salah satu pusat tamadun Islam yang terpenting selain
Madinah, dan seterusnya merupakan pusat kegiatan ibadat Islam terpenting terutama
mengerjakan haji dan umrah. Setelah Nabi Muhammad s.a.w. wafat, negara dan
penganut Islam dipimpin oleh khalifah-khalifah yang dilantik melalui undian orang
ramai dan wasiat iaitu bagi menggantikan Rasulullah s.a.w untuk mentadbir syiar dan
syariat Islam.
Kesimpulannya, terdapat pelbagai kesan dan peninggalan daripada tamadun
Islam ke seluruh dunia sehingga sekarang. Menurut Abdul Hadi Awang (Haji), Islam
& demokrasi, (2007), demokrasi menjadi fahaman di seluruh dunia dan Islam yang
datang lebih awal daripada demokrasi mempunyai pertimbangannya sendiri bagi
menyelamatkan manusia dari kancah perubahan di sepanjang sejarah. Jika di lihat dari
mata kasar, Malaysia yang mengamalkan demokrasi juga banyak berhubung kait
dengan ajaran Islam. Peranan dan pengaruh islam sangat luas di negara ini
termasuklah bidang pendidikan, kebudayaan dan perlembagaan. Contoh kebudayaan
yang amat ketara adalah asas dan seni bina bangunan yang ada di seluruh negara.
Selain itu, adat istiadat yang terdapat di Malaysia juga mempunyai unsur-unsur ajaran
dan tamadun Islam.

Sasikala A/P Krishnan (UK32850)

Perkembangan Tamadun Melayu


Tamadun Melayu merupakan tamadun yang berkembang dari kebudayaan
orang Melayu. Tamadun ini dimiliki oleh bangsa Melayu di rantau yang dikenali
sebagai Alam Melayu, Kepulauan Melayu, Nusantara ataupun Asia Tenggara (Stone,
2010). Tamadun Melayu melalui beberapa fasa perkembangan sejarah. Iaitu,
kedatangan dan pertapakan masyarakat Melayu, pengaruh agama Hindu-Buddha
dalam masyarakat Melayu, orang Melayu menerima kedatangan Islam, penjajahan
dan kewujudan Negara-negara merdeka (Stone, 2010).
Dua perkara penting yang mewarnai alam Melayu ialah, bahasa Melayu
sebagai bahasa perantaraan (lingua franca) dan kedatangan agama Islam mejadi
pelengkap pembentukan tamadun Melayu (Stone, 2010). Tetapi, sebelum kedatangan
Islam masyarakat Melayu mempunyai pandangan semesta yang tersendiri dan berbeza
dengan Islam. Pada masa itu, kepercayaan-kepercayaaan daripada Hinduisme,
Buddhisme dan Animisme menjadi dominan dalam masyarakat. Kedatangan Islam
telah berubah sistem kepercayaan tersebut dan diganti dengan keyakinan berteraskan
tawhid (Stone, 2010).
23

Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu mempercayai alam nyata dan


ghaib serta kehidupan (Stone, 2010). Kedatangan Islam ke alam Melayu telah
memantapkan keseluruhan pandangan dunia Melayu. Konsep tawhid rububiyyah dan
uluhiyyah menjadi pegangan mendasar. Secara keseluruhan, pandangan semesta
masyarakat Melayu terbahagi kepada tiga bahagian iaitu, zaman pra-Islam, zaman
kedatangan Hindu-Buddha dan zaman kedatangan Islam (Husna Omar, Nad Rosidi,
Wan Nor Afidah & Winy Zainudin, 2012).
Zaman pra-Islam ialah zaman di mana adanya masyarakat yang lebih kepada
kepercayaan animisme dan kepercayaaan dinamisme (Stone, 2010). Animisme ialah
kepercayaan bahawa semua benda berjiwa, memiliki roh ataupun semangat yang
memiliki watak tersendiri, di mana mereka mampu memberi kesan baik atau buruk
(Husna Omar et al., 2012). Mereka juga percaya bahawa setiap benda, hidup atau mati
memiliki semangat yang mesti dipuja agar tidak menganggu ketenteraman
masyarakat. Dalam tradisi Animisme tiada idea mengenai roh dan dunia akhir yang
boleh dijadikan bahan spekulasi falsafah seumpama Islam.
Manakala, zaman kedatangan agama Hindu-Buddha telah menjadikan amalan
penyembahan dan upacara keagamaan menjadi lebih tersusun (Husna Omar et al.,
2012). Pengaruh agama Hindu-Buddha menyerap masuk dikalangan pemerintah dan
golongan bangsawan dahulu dikuti oleh rakyat biasa (Husna Omar et al., 2012).
Agama Hindu-Buddha berjaya menyerap masuk kedalam kehidupan dan kebudayaan
orang Melayu. Pengaruh Hindu-Buddha berkembang dalam dua bentuk falsafah
Hinduisme dan Buddhisme.

Sasikala A/P Krishnan (UK32850)

Hinduisme merupakan anutan pertama dianuti oleh penduduk Melayu. Pada


masa itu, Bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan kerajaan Srivijaya (Husna
Omar et al., 2012). Ia mula berkembang dari sudut kosa-kata, istilah dan daya
pengungkapan dengan penyerapan bahasa Sanskrit sehingga menjadi bahasa agama,
budaya, sastera, seni, pentadbiran, perdagangan dan lain-lain kegiatan rasmi,
Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu dipengaruhi oleh fahaman
Animisme dan Hindu-Buddha (Husna Omar et al., 2012). Perkembangan Islam
dianggap unik kerana, tiada bukti yang menunjukkan kekerasan atau ekspedisi
ketenteraan digunakan untuk meyebarkan Islam. Terdapat tiga teori kedatangan Islam
ke alam Melayu. Iaitu, kedatangan Islam dari Arab, India dan China.
Teori kedatangan Islam dari Arab dikemukakan oleh oleh beberapa sejarawan.
Teori Mahyuddin Haji Yahya menyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu pada
Abad pertama Hijrah, dan kerajaan Islam pertama ialah Kerajaan Perlak di Utara
Sumatera. Kerajaan ini diasaskan oleh orang Arab. Manakala, teori John Crawford,
meyatakan bahawa Islam datang ke Alam Melayu pada zaman Bani Umaiyah dan
Bani Abbasiyah sebelum 1883M. Teori ini disokong oleh dua sejarawan tempatan
24

iaitu, Prof. Dr. Naquib Al Attas dan Prof. Dr. Hamka kerana beberapa factor yang
kukuh. Antaranya ialah, tulisan Jawi, tata bacaan al-Quran yang sama dengan tata
bacaan dari Asia Barat atau Timur Tengah dan pengislaman Raja Derber II (1134M)
menjadi Sultan Mezaffar Shah yang memerintah Kedah (Husna Omar et al., 2012).
Teori Thomas Arnold pula menyatakan Acheh adalah kawasan terawal terima
Islam, kerana terdapat perkampungan arab di Sumatera Barat pada 674M. Terdapat
tiga factor utama kenapa orang Arab datang ke alam Melayu, iaitu, kedatangan
saudagar Arab untuk tujuan perniagaan, hubungan perdagangan Arab-Cina
menjadikan Alam Melayu sebagai kawasan persinggahan pelabuhan, dan menduduki
pusat perdagangan penting di sebelah Timur sejak abad ke 8M.
Teori Islam dari India sampai ke Nusantara pada abad ke 13M dikemukakan
oleh dua tokoh orientalis Barat iaitu, Snock Hurgrinje dan Brian Harisson. Moquette
menyatakan bahawa Islam datang dari Gujrat kerana adanya batu nisan di Parsai yang
berasal dari Gujrat. Thomas Arnold pula menyatakan Islam datang dari Bangala atau
Malabar, India dan asasnya ialah Mazhab Safie. Hujah ini tidak diterima oleh
kebanyakkan ahli sejarah kerana Islam bertapak di Nusantara pada abad ke 7M dan
8M lagi.
Teori kedatangan Islam dari China dikemukakan oleh sarjan Sepanyol iaitu,
Emanuel Godinho de Eredia berdasarkan kepada penemuan batu-batu bersurat di
Champa bertarikh 1309, di Brunei bertarikh 1048M, di Laren Jawa bertarikh 1082M
dan batu bersurat di Terengganu bertarikh 1303M (Husna Omar et al., 2012). Ini
membuktikan bahawa adanya masyarakat Islam yang dipengaruhi dipengaruhi oleh
pedagang China.
Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim (UK31832)

PERKEMBANGAN TAMADUN INDIA


Sejarah masyarakat manusia telah memaparkan pelbagai perkembangan yang
menarik termasuklah kewujudan tamadun-tamadun awal. Hal ini dapat dilihat dalam
tamadun India sejak zaman prasejarah yang terus berjalan hingga ke hari ini dengan
pelbagai perubahan kesan dari perkembangan zaman. Tamadun ini merupakan
tamadun yang sangat berpengaruh dalam perkembangan sejarah masyarakat manusia
terutama dalam perkembangan yang berlaku di Asia Tenggara dan merupakan
tamadun tertua. Sehubungan dengan itu, pelbagai kajian dilakukan. Pelbagai
pandangan dilontarkan bagi memahami tamadun ini. Misalnya menurut Max Muller
pada tahun 1999, golongan orientalis mengatakan bahawa tamadun ini sebahagian
daripada sejarah dan kebudayaan Eropah yang telah hilang terutama perkaitan antara
bahasa Sanskrit serta bahasa Aryan dengan kelompok masyarakat Eropah dilakukan.
Tidak kurang juga yang memberi pandangan sebaliknya bahawa tamadun ini tidak
berubah. Tamadun India harus dilihat dari aspek ragam pengeluarannya, dalam kata
lain D.D. Kasambi pada tahun 1897 berkata,kita mesti melihat satu bentuk hubungan
dari aspek sosial dan organisasi ekonomi dalam sejarah tamadun India . Setiap
25

masyarakat mempunyai pelbagai pandangan umum mengenai sesebuah tamadun.


Bagi pendapat saya, Setiap tamadun berkembang seiring dengan peredaran masa yang
sentiasa menginginkan kesempurnaan dalam memastikan sesebuah masyarakat itu
hidup dalam kehidupan yang berorganisasi sama seperti tamadun India. Hal ini dapat
dibuktikan melalui beberapa aspek penting, seperti faktor geografi, pemerintahan dan
agama.
Tamadun India mampu berdiri dan berkembang menjadi tamadun yang unggul
berasaskan kekuatan yang ada dalam sistem sosial, ekonomi dan politik. Struktur
masyarakat menjadi asas dalam aspek sosial yang mengandungi elemen unik seperti
sistem kasta yang juga dikenali sebagai sistem pengkelasan yang berasal dari bahasa
Portugis yang bermaksud pembahagian masyarakat (Shvoong, 2013). Terdapat 4
tahap sistem ini, pertama Brahma, Ksatriya, Vaishya dan Sudra. Mereka mempunyai
peranan dan tugas-tugas yang tersendiri dalam memastikan organisasi dapat berjalan
dengan teratur (Bhagavad Gita,2000). Brahma yang bertindak sebagai sami atau guru
agama yang mempunyai tugas untuk mendidik serta menyampai ajaran mereka
kepada masyarakat. Ksatriya pula adalah kelompok masyarakat yang
bertanggungjawab menjaga keselamatan dan keamanan yang terbabit secara langsung
dalam pemerintahan. Vaisya merupakan dalam kalangan saudagar dan ceti yang
mempunyai ilmu dalam bidang perdagangan. Sudra merupakan petani yang
merupakan golongan bawahan yang melakukan pekerjaan seperti hamba. Sistem ini
mempunyai kebaikan tersendiri iaitu dari sudut pengkhususan pekerjaan di mana
mereka saling melengkapi antara masyarakat sekali gus dapat mencapai masyarakat
yang hidup harmoni.

Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim (UK31832)

Tamadun India terletak di Lembah Indus yang bermula lebih kurang


3000SM. Masyarakat Lembah Indus telah mencapai tahap ketamadunan yang
tinggi dari segi pertanian dan perdagangan. Yang paling ketara adalah dari sudut
pertanian. Sungai Indus merupakan anugerah kepada kehidupan masyarakat
tamadun India kerana ia mempunyai tanah dan saliran yang baik untuk pertanian.
Hasil-hasil pertanian membolehkan masyarakat yang tinggal menetap ini tidak
lagi menghadapi masalah bekalan makanan dan mampu merancang kehidupan
mereka. Pertanian telah mewujudkan sistem pengairan dari sungai bertujuan
mengalirkan pengairan di tapak pertanian mereka bagi memastikan tanaman
mereka hidup subur. Berlaku juga revolusi dalam alatan besi dan gangsa
sehingga pelbagai alatan dicipta. Mereka juga mengeksploitasi sumber alam
dengan membina kincir air. (Azhar Hj. Mad Aros et al. ,2000). Pedagangan juga
berlaku di mana pedagang-pedagang berlayar ke rantau Asia Tenggara untuk
mencari rempah ratus untuk masakan, kayu-kayan, damar dan emas. Buktinya
penemuan tapak pusat perdagangan antarabangsa di Kuala Selinsing, Perak.
Terdapat juga inskripsi Tamil yang dijumpai di Takuapa Selatan Thailand dan di
26

Labu Tawa, Sumatera. Melalui perdangan ini juga, ada sesetengah saudagar
menetap di sana dan berkahwin dengan penduduk tempatan sekali gus dapat
menyampaikan ajaran agama dan budaya masyarakat India.
Menurut Carl Jung, 1875 agama adalah tatacara yang dikembangkan oleh
manusia untuk menjalani kehidupan disebabkan ketakutan-ketakutan dan kekecewaan
yang berlaku di luar sedar . Selain itu, menurut A.C Bouquet pula, agama merupakan
satu bentuk perhubungan antara manusia dan tuhan. Agama dan kepercayaan bersifat
menyeluruh di mana ia berbentuk pandangan umum sesebuah masyarakat. Nilai
positif merupakan elemen asas yang terkandung dalam agama. Agama menerapkan
disiplin yang tinggi dalam diri individu. Ajaran Hindu buddha merupakan ajaran yang
mempunyai pengaruh hal ini dapat dibuktikan dengan adanya Great Bath dan patung
Proto-Siva serta dancing girl. Mereka juga mempercayai patung Mother Goddess atau
Tuhan Ibu yang ditemui beberapa tapak di Lembah Indus.Menurut Sir John
Marshall,1999 penyembahan Tuhan Ibu merupakan amalan terpenting dalam
masyarakat. Penyembahan ini merupakan kepercayaan masyarakat yang paling
popular. Terdapat juga tinggalan candi-candi di Asia Tenggara seperti candi
Borobudur di Indonesia dan Angko Wat di Thailand. Agama Hindu Buddha ini telah
dibawa oleh pedagang dan meluaskan pengaruh mereka sehingga terbinanya tempat
ibadat ini.
Kesimpulannya, setiap tamadun mempunyai kepelbagaian ciri-ciri dalam
memastikan sesebuah tamadun itu berkembang dan dapat diperluaskan ke serata
tempat. Hal ini seiring dengan matlamat sesebuah organisasi tamadun untuk
mewujudkan golongan masyarakat yang aman makmur, maju dan berorganisasi dari
pelbagai sudut seperti seni bina, ekonomi, pemerintahan, kewujudan sistem agama
dan ilmu sains. Sesebuah negara masih lagi mengekalkan seni bina rumah ibadat
Siti Nur Syuhada Binti Tuan Halim (UK31832)

mereka cuma diberi penambahbaikan dari segi struktur bangunan tetapi masih lagi
mengekalkan bentuk asalnya. Masyarakat kini juga masih lagi mengaplikasikan
beberapa kemahiran dahulu seperti dalam pemerintahan yang terdapat pengkhususan
pekerjaan yang menjadi tonggak utama untuk melahirkan masyarakat yang hidup
aman sejahtera tanpa pecah belah.

27

Gan Siew Fong (UK 31286)

PERKEMBANGAN TAMADUN CINA


Tamadun China bermula kira-kira pada milennium ke 6 Sebelum Masihi
(SM) dan merupakan salah satu daripada tamadun yang terawal di dunia.
Pekembangannya selama 4000 tahun telah membawa kepada kegemilangan dalam
beberapa bidang seperti pentadbiran, falsafah, sastera, unsur moral, penciptaan dan
sains (Ahmad Zaki, Azam Hamzah, Azhar Mad Aros,2009). Perkembangan tamadun
China dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu zaman pembinaan, zaman peralihan, dan
zaman moden.
Sepanjang zaman pembinaan dalam tamadun China, setiap dinasti bertapak,
berkembang dan hancur yang kemudiannya digantikan oleh suatu dinasti yang lain.
Pelbagai dinasti telah muncul seperti Dinasti Shang, Dinasti Chou, Dinasti Sui dan
Dinasti Han. Dinasti Shang merupakan dinasti yang terawal di negara China dan
berpusat di Anyang. Menurut Ahmad Zaki et al. (2012), kewujudan dinasti ini jelas
dibuktikan degan penemuan alat-alat dan tulang manusia yang banyak di kawasan
28

utara Sungai Kuning di China . Semasa zaman Dinasti Chou, peperangan telah
berlaku dan mengakibatkan kelonggaran sistem pemerintahan yang memberi kuasa
kepada tuan-tuan tanah di wilayah masing-masing. Hasilnya muncul pelbagai aliran
seperti Konfusius, Taoisme dan Legalisme .Dalam pada itu juga, kehadiran pengaruh
Islam didapati berlaku semasa tamadun China sebagaimanana ysng direkodkan dalam
Chinese Annals .Rekod itu mengisahkan kehidupan orang Arab dalam Dinasti Tang
sekitar (618-907M.). Terdapat pelbagai bangsa yang beragama Islam mendiami
negara China seperti bangsa Uighur, Kazakh, Dongxiang, Kirghis, Salar, Tadjik,
Uzbek, Tartar, dan Baoan. Hal ini menyebabkan munculnya masyarakat China Islam
dalam tamadun China ini.
Perkembangan tamadun China kemudiannya diteruskan dengan zaman
peralihan. Zaman ini bermula dengan pencerobohan orang gasar ke atas China
sehingga menyebabkan negara China diperintah oleh kuasa asing (Izzudin, 2012).
Dinasti Song terpaksa berpindah ke Selatan dan berakhir pada 1271 M. Di bawah
pimpinan seorang petani Buddha, Dinasti Ming kembali berkuasa. Seterusnya, zaman
moden bermula pada pertengahan abad ke-19 apabila Dinasti Ming merupakan
keagungan negara China. Tamadun China mengalami perubahan ketara sekitar 18391842, apabila China dikalahkan oleh Barat dalam Perang Chandu. Dalam pada itu,
pengaruh Barat mula meresap dan telah mengetepikan amalan dan nilai tradisi
tempatan (Izzudin, 2012). Ini menyebabkan para intelektual China mula mengkagumi
sistem demokrasi ala Barat dan ideologi Komunis. Tahap ini merupakan tahap krisis
tamadun yang dialami oleh masyarakat Cina bagi mempertahankan negara.
Rentetan daripada perkembangan tamadun China ini, beberapa pencapaian dan
sumbangan telah dibuktikan seperti dalam bidang kesusasteraan, sains dan teknologi,
kesenian dan sebagainya. Dalam bidang kesusasteraan dan kesenian, bahasa cina
Gan Siew Fong (UK 31286)

dapat dikekalkan identitinya walaupun negara China pernah ditakluki oleh kuasa
asing. Ini adalah kerana tulisan cina tidak bersifat fonetik sebaliknya tulisan ini
berbentuk grafik yang telah ditinggalkan kesan terhadap kesusasteraancina dan
penyebarannya (Izzuddin, 2012) Terdapat pelbagai jenis sastera cina klasik seperti
puisi, prosa, drama dan juga fiksyen yang telah dikumpulkan. Sastera-sastera cina ini
dikumpul pada masa konfusius di kawasan Lembah Huanhe. Manakala dari segi sains
dan teknologi pula, bidang astronomi, perubatan , Matematik dan sebagainya telah
dikenal pasti. Semasa zaman Dinasti Zhou, peralatan astronomi telah dicipta oleh
orang cina dan mampu menyediakan maklumat berkaitan dengan bintang dan
astronomi (Abu Hasan, 2010). Sampoa digunakan pertama kalinya oleh ahli
matematik cina iaitu Xu Yue. Buku jiuzhang suanshu ( sembilan bab matematik) juga
menunjukkan penemuan mengenai kuantiti negatif, sistem pecahan dan perpuluhan.
Seterusnya, perkembangan perubatan cina bermula dari sistem perubatan tradisional
yang terdiri daripada teori kosmik dualistik yin dan yang, teori lima elemen, dan juga
jing dan luo (Hasnan Ika, 2011).
29

Seterusnya dari bidang kesenian pula, lukisan dan kaligrafi merupakan antara
pencapaian dalam tamadun China ini. Salah satu ciri lukisan Cina ialah hasil daripada
perbuatan spontan dan dibuktikan dengan gerakan berus yang digunakan (Zulkanain
Abd.Rahman, 2000). Tema-tema utama dalam lukisan Cina ialah pemandangan
semula jadi, binatang seperti ikan, bunga dan manusia. Kaligrafi Cina berbeza
dengan kaligrafi Barat kerana peralatan dan material untuk mencipta kaligrafi Cina
tidak sama dengan kaligrafi lain. Ia ditulis bukannya menerusi meja biasa tetapi meja
segi empat tepat atau Chang-Tiao-Cho (Suffian Mansor, 2000). Peralatan lain yang
diperlukan ialah berus, dakwat hitam, kertas mudah telap,dakwat dan batu dakwat.
Kesimpulannya, negara dan bangsa China berjaya mengekalkan kelangsungan
tamadunnya dalam tempoh masa yang panjang kerana mereka kuat mempertahankan
nilai budaya mereka. Ketahanan yang tinggi dan semangat yang kuat untuk
menghadapi pelbagai rintangan dan halangan yang disebabkan oleh pencerobohan
kuasa asing telah menjadikan tamadun China sebagai salah satu tamadun yang unik.
Sumbangan dan pencapainnya tamadun China ini adalah setanding dengan tamadun
dunia yang lain.

Muhammad Asyraf Bin Mohd Yaman (UK32563)

PERKEMBANGAN TAMADUN ISLAM


Setiap tamadun mempunyai zaman kemuncaknya yang tersendiri di era
pemerintahan mereka.Pada zaman tersebut banyak pembaharuan yag dilakukan dalam
pelagai bidang seperti pentadbiran,pendidikan,ekonomi dan banyak lagi.Tamadun
Islam juga tidak terkecuali.Tamadun Islam yang diwarisi oleh junjungan mulia Nabi
Muhammad SAW dipimpin oleh 4 orang khalifah iaitu Saidina Abu Bakar,Saidina
Umar,Saidina Uthman dan Saidina Ali.Selepas empayar Khulafa,lahir pular kerajaan
Islam Bani Umayyah yang mengamalkan pemerintahan secara monarki.Sejurus
selepas kerajaan ani Umayyah muncul pula kerajaan Bani Abbasiya.Pada zaman
ini,Islam berada di kemuncak.Ramai cendekiawan yang arif dalam pelbagai lapangan
ilmu member impak bukan sahaja kepada umat Islam tetapi juga kepada semua umat
manusia.
Para sahabat yang mewarisi tampuk pemerintahan selepas kewafatan Nabi
Muhammad SAW digelar zaman Khulafa Al-Rasyidin.Setiap khalifah dipilih melalui
30

cara berbeza-beza.Contohnya, Saidina Abu dipilih melalui musyawarah,Saidina Umar


scadangan khalifah terdahulu,saidinia uthman melalui pemilihan beberapa calon dan
Saidina Ali percalonan sekelompok masyarakat (Cara Pemilihan Khulafa AlRasyidin,2012).Ini jelas menunjukkan bahawa Islam meraikan kepelbagaian dalam
mencapai kata sepakat dan persetujuan asalkan tidak menyalahi norma-norma sebagai
seorang umat Islam dan tidak menyebabkan berlakunya huru-hara dan
penindasan.Setiap khalifah mempunyai corak pentadbiran yang tersendiri dalam
mentadbir negara.Menurut Khairul Anwar(2013), antara pembaharuan yang dilakukan
oleh khalifah adalah penubuhan Majlis syura,memperkenalkan jawatan-jawatan baru
dalam urusan pentadbiran dan penubuhan Al-Dewan,Al-Jund, dan Al-Kharaj.Tampuk
pemerintah yang sebegini cantik dan teratur wajar dijadikan ikutan khususnya kepada
pemimpin masa kini dalam mentadbir urus sesebuah negara.Kepimpinan yang baik
dapat memastikan negara sentiasa dalam keadaan aman sekaligus tumpuan dapat
diberikan oleh pemimpin untuk membangunkan negara dan membantu rakyat.
Selepas zaman Khulafa Al-Rasyidin,kerajaan Bani Umayyah diangkat sebagai
kerajaan Islam baru untuk meneruskan legasi perkembagan empayar Islam.Kerajaan
Bani Umayyah terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap pertama dan tahap
kedua.Muawiyah B. Abu Sufyan merupakan pemimpin pertama dalam kerajaan
tersebut dan seterusnya mewujudkan system monarki pertama dalam sejarah
ketamadunan Islam. (Irfan Irsyad, 2011).Antara sumbangan kerajaan bani Umayyah
ketika zaman pemerintahannya adalah wujudnya sistem khalifah, sistem wazarah ,
sistem urus setia dan sistem hijabah. Banyak pembaharuan,kemajuan dan
perkembangan perluasan daerah ketika zaman ini lebih-lebih lagi pada tampuk
pemerintahan Walid B. Abdul Malik (Sistem Monarki Kerajaan Bani Umayyah,
2011).Di samping itu, Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu,
bahsa Arab menjadi bahasa rasmi negara, hospital pertama untuk mengubati penyakit
Muhammad Asyraf Bin Mohd Yaman (UK32563)

kusta di Damsyi dibina dan lahirnya seorang pakar bedah terkenal di zaman itu iaitu
Ibn al-Nafis.
Kemuncak Perkembangan Tamadun Islam dapat dilihat pada zaman Bani
Abbasiyah.Pada zaman ini umat Islam mendahului tamadun lain dari segala segi
sehingga tamadun Islam dipandang tinggi dan mulia.Pada zaman ini, kota Baghdad di
Iraq telah menjadi pusat perkembangan intelektual yang sangat pesat
membangun.Baitulhikmah telah diwujudkan sebagai satu institusi keilmuan.Aktiviti
penterjemahan bahsa asing ke bahasa Arab seperti bahasa Yunani turut dijalankan
supaya pengaliran ilmu dapat dijana oleh umat Islam.kesan daripada pemerintahan
yang baik.Khalifah pertama bagi kerajaan ini ialah Khalifah Abu al-Abbas as-Saffah
dan mencapai kemuncak khususnya ketika pemerintahan Khalifah harun al-Rasyid
dan khalifah al-Makmun (Khalifah-khalifah Bani Abbasiyah,2013).Satu hakikat yang
tidak dapat dikesampingkan bahawa dalam era pemerintahan Kerajaan Bani
Abbasiyah ramai cendekiawan Islam lahir memberi sumbangan yang besar dalam
31

perkembangan ketamadunan Islam.Mereka gigih memepelajari ilmu-ilmu naqli dan


aqli untuk membangunkan dan menegakkan syiar Islam.Antara bidang ilmu yang
diceburi ialah ilmu hisab atau matematik, ilmu astronomi, ilmu kimia, ilmu
perubatan , ilmu metafizik , ilmu fizik dan banyak lagi.Antara tokoh-tokoh yang
termuka ialah Al-khawarizmi, Al-Butani,Ibnu Sina,Al-Kindhi,Ibnu Yunus dan ramai
lagi.Ini membuktikan bahwasanya Ilam terlebih dahulu mendahului tamadun barat
lebih-lebih lagi ketika Eropah dilanda Zaman Gelap.Kita seharusnya mengambil
inspirasi daripada kebijaksannan pemimpin dalam melaksanakan dasar dan kegigihan
tokoh-tokoh Islam dalam mencari dan menuntut ilmu agar kita dapat memperbaiki
diri,keluarga,masyrakat dan negara.Dengan mengambil ikhtibar tersebut, kita juga
tidak mudah diperkotak-katikkan oleh anasir luar dan tidak pula mengharap bantuan
luar dalam mentadbir urus sesuatu perkara dek kerana kita sudah mempunyai pakar
yang tersendiri (Mahmood Zuhdi,2003).
Kesimpulannya,Perkembangan Tamadun Islam mengalami satu evolusi yang
amat pesat sejak pemerintahan yang berkaliber yang dipimpin oleh Nabi Muhammad
SAW yang diturunkan kepada sahabat-sahabat Baginda yang dikenali dengan zaman
pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin.Bani Umayyah dan bani Abbasiyah pula
meneruskan puncak kegemilangan tamadun Islam di zaman masingmasing.Pemerintahan yang bersistemaik,pengagihan bidang kuasa,kebijaksanaan
dalam mentadbir urus ekonomi negara,kegigihan dalam mencari,menterjemah dan
menuntut ilmu,perluasan kawasan untuk syiar Islam dan banyak merupakan antara
usaha gigih yang dilakukan mereka untuk memeperkembangkan Islam ke seluruh
alam.Justeru itu, sebagai generasi kini kita wajar mengambil contoh tauladan untuk
berusaha mencapai kejayaan dalam hidup dengan cara yang betul disamping tidak
melupakan aspek ketuhanan atau rohani yang menyeimbangkan kehidupan kita di
dunia ini.

Nirmaladevi A/P M. Aravinthan (UK30726)

PENGARUH TAMADUN AWAL TERHADAP MALAYSIA


Sejak beratus tahun dahulu, hubungan erat telah terjalin antara peradaban
Alam Melayu dengan peradaban Cina dan India. Hubungan antara Alam MelayuIndia telah bermula sejak abad pertama sebelum Masihi manakala jalinan hubungan
Alam Melayu-Cina telah bermula sejak abad kedua sebelum Masihi. Ciri-ciri
masyarakat pluraliti Alam Melayu secara semula jadi tanpa paksaan mana-mana pihak
jelas dilihat melalui kehadiran mereka di Alam Melayu. Untuk mencari kehidupan dan
kekayaan, mereka sanggup berdagang bersama keluarga sejauh ini secara sukarela.
Hasilnya, wujud unsur akomodasi pada zaman itu kerana penghijrahan warga dari
Tamadun Cina ke Alam Melayu.
Menurut Buerah Tunggak & Hussin Salamon (2011), pengaruh budaya Cina
ke dalam Malaysia amat menonjol oleh sebab kemunculan etnik Baba dan Nyonya
32

yang kebanyakannya terdapat di Melaka dan masyarakat Cina Peranakan yang berada
di Terengganu dan Kelantan. Sejarah kewujudan etnik Baba dan Nyonya bermula di
sini, melalui proses hubungan dan sejarah awal antara kaum Cina dan penduduk di
Semenanjung Malaysia. Seramai 5000 orang Baba dan Nyonya atau tiga peratus
daripada jumlah penduduk Cina di Melaka menetap di sini sehingga tahun 1977
(Buerah Tunggak & Hussin Salamon ,2011). Walau bagaimanapun, kumpulan ini
masih mengekalkan identiti mereka masing-masing iaitu agama mereka Buddha,
Konfusianisme, Taonisme dan lain-lain (Buerah Tunggak & Hussin Salamon ,2011).
Tamadun awal telah mempengaruhi bahasa dan kesusasteraan di Malaysia.
Terdapat sebanyak 1046 kata pinjaman (khususnya dialek Hokkien) dalam bahasa
Malaysia (termasuk bahasa Indonesia). Contohnya, amoi, beca, cat dan cuka. Terdapat
233 kata yang dipinjam dari bahasa Malaysia seperti sarung dan datuk (Buerah
Tunggak & Hussin Salamon , 2011). Selain itu, A. Aziz & MK Mokhtar (2011),
mengatakan bahawa melalui unsur pinjaman dan penyerapan daripada budaya dan
bahasa India terutama Sanskrit dan sedikit bahasa Tamil ke dalam budaya dan bahasa
Malaysia, asimilasi dan konsep baru dapat dilihat. (A. Aziz & MK Mokhtar,2011),
Hubungan Kebudayaan antara India dengan Malaysia Zaman Pramoden dalam
Ismail Hussein dkk. Tamadun Melayu, Jil.1, Asmah Hj. Omar 1975, The Nature of
Tamil Loan Words in Malay, dalam Asmah Hj. Omar 1975, Essays on Malaysian
Linguistics dalam Hashim Hj. Musa 2005: 142). Di samping itu, Siti Hajar Che Man
& Ratna Roshida Abd Razak. (2012) juga menyatakan bahawa pengaruh dari
masyarakat India juga dapat dilihat dalam bidang kesusasteraan. Contohnya, epik dan
mitos India banyak diadaptasi dalam kesusasteraan Melayu Lama, Hikayat Merong
Mahawangsa, Hikayat Seri Rama, Hikayat Pendawa Lima (Pandawa Jaya )
(berasaskan Ramayana dan Mahabrata), Hikayat Kalilah dan Daminah, Hikayah
Nakhkoda Muda, Hikayat Maharaja Pikrama Sakti (daripada Kathasaritsagara).

Nirmaladevi A/P M. Aravinthan (UK30726)

Antara pengaruh tamadun awal yang paling ketara yang dapat dilihat di
Malaysia adalah dari segi seni bina. Seperti yang dikatakan oleh A. Aziz & MK
Mokhtar (2011), negara kita Malaysia terkenal dengan keunikan bangunan awam
seperti masjid, kuil dan sebagainya. Pengaruh dan kecemerlangan sesuatu tamadun
dapat dilihat melalui ukiran dan hasil seni bina. Kita dapat melihat bagaimana ideaidea kreatif sesuatu tamadun itu diubah suai untuk membina identiti sendiri oleh
tamadun lain terutamanya di Malaysia. Antaranya ialah pengaruh tamadun Islam
melalui seni binanya. Tamadun Islam terkenal dengan keunikan seni binanya yang
mendapat perhatian pelbagai pihak. Hal ini terbukti apabila Monumen Taj Mahal yang
terdapat di India dan Istana Alhambra di Andalusia (kini dikenali dengan Sepanyol).
Di Malaysia, Masjid dan Tamadun Islam dapat dilihat sebagai contoh yang paling
ketara kerana binaan kubah yang memperlihatkan ciri-ciri yang diadaptasi dari
Tamadun Islam.
33

Selain itu, A. Aziz & MK Mokhtar (2011) turut menambah bahawa ukiranukiran ayat suci Al-Quran di bangunan seperti istana dan masjid juga dapat
membuktikan pengaruh Tamadun Islam yang kuat di Malaysia. Malah, Buerah
Tunggak & Hussin Salamon (2011), menyatakan bahawa pengaruh Tamadun Islam
juga dapat dilihat melalui pentadbiran di Malaysia. Pelbagai langkah telah dilakukan
untuk meningkatkan daya produktiviti negara melalui ajaran-ajaran agama seperti
kejujuran, kerajinan dan ketelusan dalam menunaikan sesuatu tanggungjawab.
Menurut Profesor Syed Muhamad Naquib al-Attas bahawa; Islam membawa
semangat rasionalisme dan intelektualisme bukan sahaja di kalangan istana dan
kraton, malah sampai juga dengan lebih merebak di kalangan rakyat jelata. (Abd
Rahman, 1981) Menurut S.Q Fatimi, beliau berpendapat bahawa penyebaran Islam
sehingga membawa ketamadunan di Malaysia berpunca di China. Pengaruh Islam
turut dapat dilihat melalui masjid yang berbentuk seperti pagoda. Ini membuktikan
bahawa Islam telah meresap ke negara kita dan mempengaruhi seni bina bangunan di
negara kita.
Kesimpulannya, tamadun awal seperti Cina, Islam dan Hindu jelas
mempengaruhi budaya dan cara hidup masyarakat kita terutamanya dari segi bahasa
dan seni bina. Kita seharusnya bangga menjadi rakyat Malaysia kerana terdiri
daripada etnik yang berbilang kaum dan mempunyai keunikan yang tersendiri.

Kong Xian Xiang (UK30847)

RUMUSAN
Topik kerja kursus iaitu Kelahiran dan Perkembangan Tamadun merupakan
topik yang sangat penting dalam mana-mana buku sejarah kerana dengan mendalami
topik ini , kita akan memperoleh pengajaran dan kesedaran mengenai manusia zaman
lalu. Cara-cara manusia awal menyesuaikan diri dengan alam sekitar dari aspek
kehidupan dan juga perkembangan agama dan bangsa oleh tamadun di serata dunia
adalah sangat penting dan wajar untuk dikaji. Kelahiran dan Perkembangan
Tamadun bermaksud kemunculan sesuatu tamadun yang merangkumi faktor
kemunculan, ciri-ciri tamadun dan lain-lain serta peningkatan ataupun
penambahbaikan tamadun dalam pelbagai aspek. Pada pendapat saya, tajuk ini boleh
disimpulkan sebagai latar belakang sesebuah tamadun. Di dalam tajuk ini , kumpulan
saya telah menjelaskan tentang berbagai-bagai aspek yang relevan dengan tajuk,
34

antaranya, maksud tamadun , ciri-ciri tamadun dan kelahiran dan perkembangan


Tamadun Islam , Melayu , Cina dan India serta pengaruh tamadun tersebut ke atas
Negara tercinta, Malaysia.
Menurut Zaki, Hamzah & Mad Aros (2012), terdapat 2 istilah yang banyak
digunakan dalam Bahasa Melayu untuk membawa maksud tamadun, iaitu tamadun
dan peradaban. Selain itu, Zaki et. al. (2012) turut menunjukkan bahawa tamadun
boleh didefinisikan dari 2 sudut berbeza, iaitu sudut bahasa dan sudut peristilahan.
Maksud Tamadun mempunyai beberapa versi yang telah dikemukakan oleh tokohtokoh seperti Idris Abdul Rauf al-Marbawi, Arnold Toynbee, Syed Muhammad
Naquib al-Attas dan Abu al-Ala al Maududi. Namun begitu, untuk kegunaan umum,
definisi tamadun oleh Kamus Dewan iaitu tamadun sebagai kebudayaan , kemajuan
atau peradaban. boleh digunakan sebagai rumusan.
Selain maksud tamadun , kita perlulah mengetahui tentang ciri-ciri tamadun
secara umum. Hirst ( n.d.) berpendapat bahawa sesebuah tamadun haruslah
mempunyai ciri-ciri berikut : stratifikasi sosial, pengkhususan kerja, kewujudan
teknologi, sistem tulisan, kalendar dan kewujudan agama. Walaubagaimanapun,
terdapat pandangan yang berbeza di antara tokoh-tokoh yang terkenal seperti Lucien
Goldmann, Darcy Roberio, Edward L. Farmers , Maududi dan Ibn Khaldun (Zaki et.
al.,2012). Sebagai tambahan, Firehammer (2007) mengatakan bahawa adab
masyarakat atau jenis rakyat sesuatu tamadun merupakan kunci kepada kehidupan
bertamadun. Firehammer (2007) dalam artikelnya turut menekankan bahawa
walaupun sistem politik dan ekonomi memainkan peranan yang penting untuk
membentuk sesuatu tamadun, aspek-aspek tersebut tidak menentukan taraf ataupun
perkembangan sesuatu tamadun. Pendek kata, terdapat banyak ciri yang membentuk
sesebuah tamadun, ciri-ciri yang dikemukakan oleh Hirst(n.d.) merupakan ciri asas
sahaja. Lantaran itu, ciri-ciri tamadun haruslah dikaji dengan lebih mendalam supaya
kunci penentuan sesebuah tamadun dapat diketahui.

Kong Xian Xiang (UK30847)

Seperti yang telah dinyatakan di atas, kerja kursus kami merangkumi kelahiran
dan perkembangan 4 tamadun penting iaitu Tamadun Islam , Tamadun Melayu,
Tamadun Cina , dan Tamadun India. Keempat-empat tamadun ini penting kerana
Islam merupakan agama rasmi negara kita dan negara kita terdiri daripada 3 kaum
yang utama iaitu Melayu, Cina dan India. Oleh sebab itu , adalah wajib untuk pelajarpelajar universiti mendalami ilmu sejarah berkenaan dengan tamadun-tamadun
tersebut.
Tamadun Islam merupakan tamadun yang agung dan telah memberikan
sumbangan yang amat tinggi kepada masyarakat dunia. Tamadun Islam berpegang
kepada al-Quran dan Sunnah. Tamadun Islam ialah tamadun yang bersifat keagamaan
dan bermatlamatkan keredaan Allah SWT (Zaki et. al.,2012). Tamadun Islam berjaya
35

menghasilkan tokoh-tokoh ilmuan yang terkenal seperti Ibnu Haitham, Al-Masudi,


Jabir Ibnu Hayyan dan Al-Khawarizmi (Mohammad Fuad, 2006). Tamadun Islam dan
Tamadun Melayu mempunyai kaitan yang rapat kerana Islam telah memberikan
kurniaan Tuhan kepada Tamadun Melayu iaitu agama. Agama Islam berjaya
disebarkan ke Tanah Melayu pada masa dahulu kerana penduduk setempat kagum
dengan kesucian dan kebersihan agama Islam yang berpegang utuh kepada al-Quran
dan Sunnah. Selain itu, agama Islam telah menjadi pedoman hidup untuk umat-umat
Islam di Tamadun Melayu mencari kebenaran. Cara hidup dan kepercayaan
penduduk-penduduk dipengaruhi oleh agama Islam dengan cara yang baik. Pendek
kata, Tamadun Islam dan Tamadun Melayu yang saling berinteraksi memainkan
peranan penting dalam perkembangan negara Malaysia kita hari ini.
Tamadun India merupakan sebuah tamadun yang tertua di dunia dan
mempunyai keunikannya yang tersendiri (Azharudin, 2004) .Tamadun tersebut
berasal di Lembah Indus. Keunikannya dapat dilihat dari segi kebudayaan tradisi
Tamadun India yang tidak banyak berubah sejak dahulu lagi (Azharudin, 2004).
Selain itu, Tamadun India merupakan panduan berbagai-bagai bentuk budaya
sehingga berjaya melahirkan variasi dalam perkembangan tamadun ini. Tambahan
pula, pengaruh agama menjadi asas penting dalam pembentukan tamadun ini
terutamanya agama Hindu, Buddha dan Islam. Ini menjadikan seluruh pengkajian
tantang Tamadun India sangat berbeza dan menarik (Azharudin,2004). Tamadun India
juga merupakan tempat asal agama Hindu dan Buddha.
Tamadun Cina merupakan antara tamadun yang tertua dan berterusan sehingga
kini di atas muka bumi ini. Tamadun Cina mengamalkan keterbukaan semasa
berinteraksi dengan tamadun-tamadun dunia lain, integratif dan dinamik walaupun
pernah dicabar oleh tamadun-tamadun lain dan mengalami perubahan- perubahan
dalam proses perkembangan yang panjang ( Hasan, 2010). Kendatipun begitu,
tamadun Cina mengekalkan identitinya sebagai tamadun yang berkesinambungan dan
berterusan sehingga kini ( Hasan, 2010). Warisan dan pengajaran masa lampau
Tamadun Cina dipelihara dan diaplikasikan pada masa
Kong Xian Xiang (UK30847)

sekarang. Sebagai contoh, karya agung Sun Tzus Art of War telah diterjemahkan
kepada pelbagai bahasa dan diterapkan dalam kehidupan seharian masyarakat dunia.
Menurut McNeilly (2000), prinsip strategik Sun Tzu boleh dengan jayanya
diaplikasikan dalam situasi perniagaan moden masa kini. Selanjutnya, Armstrong
( n.d.) menekankan bahawa karya Sun Tzus Art of War yang ditulis 2500 tahun
yang lalu masih dianggap sebagai buku strategi serta kejayaan yang paling lengkap
dan banyak digunakan oleh eksekutif-eksekutif di peringkat tinggi dan diajar di
institusi-institusi perniagaan di serata dunia. Selain itu, sistem tulisan dan bahasa
Tamadun Cina yang mula digunakan 3000 tahun dahulu telah diwarisi dan digunakan
sehingga kini.

36

Kelahiran dan perkembangan tamadun merangkumi pelbagai aspek dalam


sesebuah tamadun , dari asal usul sehingga ke perluasan ataupun perkembangan
tamadun tersebut ke taraf yang lebih tinggi. Sejarah kelahiran tamadun dan
perkembangannya mengandungi pengajaran dan kisah-kisah yang wajar didalami
pelajar-pelajar universiti. Kesimpulannya, tajuk kerja kursus kumpulan kami berjaya
menjelaskan dan menghuraikan detik-detik kelahiran serta perkembangan tamaduntamadun yang penting dan diharapkan melalui kerja kursus ini, ilmu-ilmu baru dapat
diperoleh dan digunakan dalam kegunaan seharian, hendak seribu daya, tidak hendak
seribu dalih.

RUJUKAN
Abdul Aziz,H.(2008). Tamadun India masyarakat dan budaya.Diakses pada Oktober
19, daripada http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/tamadun-indiamasyarakat-dan budaya.html
Abdul Aziz,H.(2008). Kelahiran tamadun Islam.Diakses padaOktober 12, daripada
http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/kelahiran-tamadun-islamdan.html
Abdul HadiAwang (Haji.) (2007).Islam &Demokrasi, PTS: Islamika.

37

Abdul Hamit,N.S.(2008). Sejarah Kertas 1 (teksdanrujukanlengkap). Arah


Pendidikan.
Abu Hasan (2010). Ringkasan tamadun China.Diakses pada Oktober 10, daripada
http://ctu551az.blogspot.com/2009/12/5-tamadun-islam-di-china.html
Adams,S.(2007). Just the facts: Zaman prasejarah. Erlangga for Kids.
Ahmad Zaki, A.L., Hamzah, A., & Mad Aros, A.(2012). Tamadun Islam dan tamadun
asia(TITAS). (2). Selangor, Malaysia: Oxford Fajar.
Akashah Ismail(2009). Focus Ace Spm 2009 Sejarah: Ciri-ciri tamadun. Pelangi
Publishing.
Akmar Hisham Mokhles (2001). Utusan Malaysia :Rahsia Tamadun Lembah Indus,
Diakses pada Oktober 19, daripada http://www.utusan.com/utusan/info.asp?
y=2001&dt=1216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_08.html
Amini Amir,A.(2011). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 16, daripada
http://www.scribd.com/doc/49763762/Minggu-3-Bab-3-TITAS-21-Februari2011
Anuar,H.(2010). Ciri-ciri awal tamadun.Diakses pada Oktober 17, daripada
http://sejaraha.blogspot.com/2010/11/huraikan-ciri-ciri-utama-tamadun.html
Armstrong,J.(n.d.) Sun Tzus Art of War interpreted for business: Applying budo
lessons to your martial arts business. Diakses pada Oktober 15, daripada
http://www.fightingarts.com/reading/article.php?id=500
Azharudin(2004). Tamadun India.Diakses pada Oktober 15, daripada
http://www.dawama.com/Tamadun-India/q?pid=1868&doit=order
Buerah Tunggak & Hussin Salamon (2011). Mengembalikan kegemilangan tamadun
melayu-islam menerusi pemupukan budaya niaga berteraskan akhlak. SariInternational Journal Of The Malay World And Civilisation 29(2), pp 123-147.
CikguCyril.(2009). Ciri-ciri tamadun.Diakses pada Oktober 17, daripada
http://cikgucyril.webs.com/13ciriciritamadun.htm
CikguPoli(2011). Perkembangan tamadun Islam. Diakses pada Oktober 12, daripada
http://cikgupoli.blogspot.com/2011/05/perkembangan-tamadun-islam.html
Firehammer,R.(2007). Characteristics of civilized people.Diakses pada Oktober 15,
daripada http://www.freerepublic.com/focus/fr/1835667/posts
Halimi A.J.( 2008). Sejarah dan tamadun bangsa Melayu.Utusan Publications.
Harris Anuar (2010). Ciri-ciri awal tamadun.Diakses pada Oktober 19, daripada
http://sejarah.blogspot.com/2010/11/huraikan-ciri-ciri-utama-tamadun.html
38

Hasan,A.(2010). Tamadun Cina. Diakses pada Oktober 15 daripada


http://551china.blogspot.com/
Hasnan Ika(2011), Sumbangan tamadun China terhadap Malaysia. Diakses pada
Oktober 10, daripada
http://tamadunmalaysia.blogspot.com/2011/08/sumbangan-tamadun-cinaterhadap-tamadun.html
Hilmi,A.J.(2008). Sejarah dan Tamadun Bangsa Melayu.Utusan Publications.
Hirst, K.K.,(n.d.). Characteristics of ancient civilizations.Diakses pada Oktober 15,
daripada http://archaeology.about.com/od/cterms/g/civilization.htm
Hoe, L.C.(1998). TamadunCina :Falsafah, pandangan hidup dan aspek aspek
kesenian.PulauPinang : USM.
Husna Omar, Nad Rosidi, Wan Nor Afidah& Winy Zainudin (2012). Tamadun
Melayu. Diakses pada Oktober 10, daripada http://tamadunmalay.blogspot.com/
Irene(2012). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 25, daripada
http://titaswonderful.blogspot.com/2012/03/tamadun-melayu.html
Irfanirsyad (2011).Kerajaan bani Ummaiyyah.Diakses pada Oktober 9, daripada
http://irfanirsyad.wordpress.com/2011/04/29/kerajaan-bani-ummaiyyah/
Izzuddin (2010).Sejarah ringkas tamadun China.Diakses pada Oktober 10, daripada
http://titas209.blogspot.com/2012/08/perkembangan-tamadun-di-asia.html
Kamus Dewan (2002). (3). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Keightley,D.N.(1978). Sources of shang history: The oracle-bone inscriptions of
bronze age China. Berkeley: University of California Press.
Khairul Anwar(2013). Kepimpinan Khulafa Al-Rasyidin.Diakses pada Oktober 9,
daripada http://www.slideshare.net/realkamy/kepimpinan-khulafa-al-rasyidin

Liana Khamis(2011). Kelahiran, perkembangan dan kemorosotan tamadun Islam.


Diakses pada Oktober 12, daripada
http://mynameislianakhamis.blogspot.com/2011/04/titas-25-kelahiranperkembangan-dan.html
Mahmood Zuhdi(2003).Tokoh-tokoh kesarjanaan sains Islam. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
McNeilly,M.(2000). Sun Tzu and the art of business: Six strategic principles for
managers. USA: Oxford University Press.

39

Miraziz (n.d.).Sumbangan kerajaan bani Abbassiyah.Diakses pada Oktober 9,


daripada http://www.scribd.com/doc/19286966/Sumbangan-Kerajaan-BaniAbbassiyah
Mohaj,M.(2009).Tamadun Cina. Diakses pada Oktober 18, daripada http://mmohaj.blogspot.com/2009/03/tamadun-china.html
Mohd Liki(2003),Pengajian tamadun Islam: Sosioekonomi. (2). PTS Profesional.
Muhammad Abdullah Enan(2013). Ibnu Khaldun: Sang sejarawan Multidisipliner.
Penerbit Zaman.
Muhammad Fuad(2006). Tokoh-tokoh saintis Islam.Diakses pada Oktober 15,
daripada tokohislam2u.tripod.com
Nik Hassan Suhaimi, Muhd. Yusof, Muhammad Bukhari & Rosnanain(2010). Sejarah
Tingkatan 4, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rosman Yunus(2006). Teori Darwin dalam pandangan sains dan Islam. Gema Insani.
Soepono,S.T.(1984). Zaman prasejarah :Mengenai peninggalan sejarah dan
purbakala. Priastu Publications.
Stone, J.(n.d.). Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 10, daripada
http://www.scribd.com/doc/25338646/Bab-3-Tamadun-Melayu
SuffianMansor & Zulkanain,A.R.(2000). Titas Kertas 2: Kesenian Tamadun China.
Takusahrisau(2012). Penutup dan permulaan tembok besar china: Sejarah tembok
besar china. Diakses pada Oktober 18, daripada
http://takusahrisau.wordpress.com/tag/sejarah-tembok-besar-china/
Toynbee,A.(1961). A study of history.p.282. USA: Oxford University Press.
Ustaz Abdul Aziz(2008). Definisi Tamadun Islam.Diakses pada Oktober 17, daripada
http://ctu551.blogspot.com/2008/04/definisi-tamadun-islam.html
Ustaz Abdul Aziz(2008). Konsep tamadun Melayu.Diakses pada Oktober 16, daripada
http://ctu551.blogspot.com/2008/04/definisi-tamadun-islam.html
Ustaz Sharhan Safie (2012). Biografi Muhammad Rasulullah: Rahmat bagi seluruh
alam.Pustaka Al-Ehsan.
Wan Adilla (2011).Tamadun Melayu. Diakses pada Oktober 16, daripada
http://learningsejarah.blogspot.com/p/bab-3.html
Wayment,W.(2012). Sejarah tingkatan4 : Bab 1 kemunculan tamadun awal
manusia.Diaksespada 18 Oktober, daripada
http://sejarahproka.blogspot.com/2012/08/tamadun-hwang-ho.html
40

Zawiyah Mat & Mashitah Sulaiman(2007) . Interaksi budaya India &Cina ke atas
pengukuhan bahasa dalam Tamadun Melayu,Jurnal Pengajian Umum Bil.
8.Diakses pada Oktober 19, daripada
http://www.ukm.my/jmalim/images/vol_08_2007/artikel%207%20%20zawiyah%20-%20115-140.pdf
Zulkifli (2008).Tamadun awal :Ciri, amalan pengkhususan kerja dan kepentingan
tulisan. Diakses pada Oktober 11, daripada
http://kotasejarah.blogspot.com/2011/04/tamadun-awal-ciri-amalanpengkhususan.html
Zulkifli Mohd Yusoff (Dato Paduka) & Noor Naemah (2006). Biografi Muhammad
Rasulullah (Perjalanan hidup seorang nabi).PTS Islamika.

41

You might also like