You are on page 1of 15

TERHAD

Sasaran Penting 7 Briged


Kem Mahkota
86000 KLUANG

Tel : 07-7788644

Ogos 19

SP7BGD.200-5/1/2/19

Lihat Agihan

PERLAKSANAAN OP TAHAN SASARAN PENTING 7 BRIGED.

Rujuk:
A. MK PMBTD.OP.1000-3/1/18 bertarikh 23 Ogos 2019.
B. FED (M) 4144/1/2000 (PIN 1/2013).
C. JPSS/379/08/2015 (M) Bertarikh 03 Ogos 2015.

SEJARAH PASUKAN

1. Sasaran Penting 7 Briged telah ditubuhkan pada 3 September 1980 berdasarkan


arahan yang telah dikeluarkan oleh MK TD berpandukan kuasa KP/TD/AW/185 Jil (109)
bertarikh 3 September 1980. Sejak penubuhannya, Sasaran penting 7 Briged telah
diletakan di bawah pentadbiran Rejimen 501 AW yang berpangkalan di Kem Tebrau
sehingga 3 September 1981. Pada 4 September 1981, Sasaran Penting 7 Briged telah
diletakkan di bawah pentadbiran Markas 7 Briged sebagai sebuah pasukan bawah
naungan. Sehingga kini, sejumlah 2 buah instalasi milik Public Utilities Board Singapore
(PUB), 3 buah instalasi milik Ranhill SAJ Sdn. Bhd, 4 buah instalasi Stesen Gelombang
Mikro Telekom Malaysia Berhad serta sebuah kawasan latihan TD (Zon Gugur Kahang)
yang dikawal oleh pasukan ini.

OBJEKTIF PASUKAN

2. Tugas utama pasukan Sasaran Penting 7 Briged adalah melaksanakan kawalan


keselamatan ke atas instalasi yang telah diwartakan sebagai Sasaran Penting
Keutamaan Satu di dalam negeri Johor seperti yang diarahkan oleh bahagian OPLAT
MK TD. Kawalan keselamatan yang dilaksanakan ini dikenali sebagai OP TAHAN.
Selain itu, pasukan juga ditugaskan menjaga keselamatan harta benda dan mengawal

TERHAD
1
TERHAD

instalasi Sasaran Penting yang dipertanggungjawabkan daripada sebarang ancaman


musuh sama ada tindakan subversif, pencerobohon ataupun perbuatan sabotaj.

VISI PASUKAN

3. Menjadi sebuah pasukan di bawah naungan 7 Briged yang unggul dan


cemerlang di dalam semua aspek gerakan, latihan, logistik dan tugas-tugas sekunder.

MISI PASUKAN

4. Mengawal dan mempertahankan instalasi Sasaran Penting Keutamaan Satu di


negeri Johor daripada sebarang pencerobohan dan ancaman subversif serta membantu
mengekalkan keselamatan di instalasi yang dipertanggungjawabkan

ANALISA PELAKSANAAN

5. Perlaksanaan. OP TAHAN adalah bertujuan mengawal dan memantau


keselamatan instalasi Sasaran Penting kepunyaan Telekom Malaysia Berhad, Ranhill
SAJ Sdn. Bhd dan Public Utilities Board Singapore. Konsep operasi asas yang
dilaksanakan adalah untuk menguasai KTJ dengan cara memperagakan kehadiran dan
melaksanakan rondaan bagi menghalang anasir-anasir yang boleh menggugat
keselamatan instalasi. Matlamat kepada pelaksanaan konsep ini adalah dengan
memberikan penekanan kepada aspek-aspek berikut:

a. Pemantauan (surveillance).
b. Penguasan KTJ.
c. Memperagakan kehadiran (show of presence).
d. Cegah rintang (deterrence).
e. Rondaan Kawasan.
f. Latihan.

6. Peranan dan Tugas. Peranan dan penugasan anggota Sasaran Penting di


instalasi adalah seperti berikut:

a. Memastikan operasi kawalan instalasi Sasaran Penting Keutamaan Satu


(OP TAHAN) dilaksanakan dengan jayanya tanpa sebarang insiden.

b. Memastikan semua anggota pasukan sentiasa siap siaga untuk


diaturgerakkan pada bila-bila masa apabila diperlukan mengikut arahan
RANKON yang telah dikeluarkan.

TERHAD
2
TERHAD

c. Menentukan keselamatan instalasi Sasaran Penting Keutamaan Satu


negeri Johor sentiasa terjamin dan sentiasa siaga untuk menangkis sebarang
tindakan yang mengancam instalasi bawah kawalan pasukan ini.
d. Mengekalkan hubungan baik dan akrab di antara pihak Angkatan Tentera
Malaysia, pemilik instalasi bawah kawalan pasukan serta agensi-agensi awam
lain yang terlibat dalam keselamatan instalasi Sasaran Penting di negeri Johor.

7. Instalasi Yang Masih Dikawal. Kawalan dan perlaksanaan OP TAHAN


dilaksanakan sepanjang tahun oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged. Pada awal
penubuhan Sasaran penting 7 Briged, terdapat 14 buah instalasi yang dikawal oleh
pasukan ini. Kini, hanya 10 buah instalasi yang masih dikawal oleh pasukan ini. Antara
instalasi Sasaran Penting Keutamaan Satu yang masih dikawal adalah seperti berikut:

a. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Ledang, Tangkak.

b. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Bukit Tinggi, Mersing.

c. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Lambak, Kluang.

d. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Pulai, Kulai.

e. Empangan Linggiu Reservoir, Bandar Tenggara.

f. Loji Rawatan Air Johore River Waterworks, Kota Tinggi.

g. Loji Rawatan Air Gunung Pulai, Kangkar Pulai.

h. Empangan Pontian, Pekan Nenas.

i. Loji Rawatan Air Sultan Ismail, Skudai.

j. Zon Gugur Kahang, Kahang.

8. Instalasi Yang Telah Tamat Kawalan. Terdapat 4 buah instalasi bawah


kawalan pasukan ini yang telah diturunkan taraf dari Sasaran Penting Keutamaan Satu
kepada Keutamaan Dua. Instalasi ini telah tidak lagi dikawal oleh pasukan Sasaran
Penting 7 Briged. Instalasi tersebut adalah seperti berikut:

a. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Bukit Jinsir, Labis.

TERHAD
3
TERHAD

b. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Bukit Kledang, Jementah.

c. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Bukit Banang, Batu Pahat.

d. Rumah Pam Air Tebrau, Johor Bahru.

9. Zon Gugur Kahang (Kahang Drop Zone). Zon Gugur Kahang ini ditubuhkan
pada 30 Julai 2002 merupakan kawasan latihan tentera dan berkeluasan keseluruhan
556 ekar kepunyaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di bawah seliaan Kementerian
Pertahanan (KEMENTAH). Kem ini dahulunya telah dikawal oleh pasukan 11 RGK, 21
GGK dan Skn Pandura 21 GGK sebelum diserahkan kepada pasukan Sasaran Penting
7 Briged bagi mengawal keselamatan infrastruktur yang telah dibina daripada
dicerobohi. Kawasan ini sering kali digunakan oleh pasukan-pasukan di dalam Tentera
Darat bagi melaksanakan latihan dan juga digunakan sebagai litar uji pandu aset
kenderaan terbaru di dalam Tentera Darat.

10. Ringkasan Instalasi Kawalan. Maklumat ringkas mengenai instalasi yang


masih dikawal oleh pasukan ini adalah seperti berikut:

a. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Ledang. Instalasi ini


terletak di puncak Gunung Ledang, Tangkak di GR 124622. Stesen Pemancar ini
telah dibina pada tahun 1980 dan mula dikawal oleh pasukan Sasaran Penting 7
Briged pada 1 Ogos 1995. Instalasi ini terletak berketinggian 1276 meter dari
paras laut. Fungsi utama Stesen Pemancar Gunung Ledang adalah memberi
perkhidmatan kepada alat komunikasi gelombang mikro di kawasan Muar, Batu
Pahat, sebahagian Melaka, Segamat dan utara Kluang. Stesen ini berfungsi
untuk perhubungan ATUR, pemancar siaran televisyen RTM, NTV 7 dan TV3,
sistem perhubungan radio PDRM, 34mb/ s miltipleks, 140 mb/ s miltipleks,
MEASAT, Tol Free (800), Pager dan Leased Channel. Stesen ini juga adalah
sebagai penghubung penyiaran gelombang mikro ke Stesen Gunung Lambak.
Pemilik stesen ini adalah Telekom Malaysia Berhad dan dioperasikan secara
swasta. Nilai aset keseluruhan bernilai RM 20 juta. Keluasan keseluruhan adalah
4.4 hektar. Jarak dari markas Pasukan ke instalasi adalah lebih kurang 132
kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit melalui jalan darat
dan 33 minit melalui jalan udara. Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman
adalah pasukan 10 RAMD. Kekuatan anggota beroperasi kini adalah seramai 8
kali anggota.

b. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Bukit Tinggi. Instalasi ini terletak


di puncak Bukit Tinggi, Mukim Lenggor, Mersing di GR 309528. Stesen

TERHAD
4
TERHAD

Pemancar ini telah dibina pada tahun 1956 dan mula dikawal oleh pasukan
Sasaran Penting 7 Briged pada 21 Jan 1977. Instalasi ini terletak berketinggian
547.8 meter dari paras laut. Fungsi utama Stesen Pemancar Bukit Tinggi adalah
untuk memproses kandungan daripada laluan gelombang mikro dan
menukarkannya kepada suara (telefon), data (VF & 2 Mbps), sistem
perhubungan ATUR, Mobilcom, audio dan video (televisyen), Musicam dan Fax
Messages. Stesen ini juga adalah sebagai penghubung penyiaran gelombang
mikro dari Stesen Gunung Lambak ke kawasan Mersing, Kahang, Felda Nitar
dan Pulau Sibu Tengah. Pemilik stesen ini adalah Telekom Malaysia Berhad dan
dioperasikan secara swasta. Nilai aset keseluruhan bernilai RM 21.1 juta.
Keluasan keseluruhan kawasan adalah 2 ekar. Jarak dari markas Pasukan ke
instalasi adalah lebih kurang 65 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1
jam 15 minit melalui jalan darat dan 26 minit melalui jalan udara. Pasukan
bantuan sekiranya berlaku ancaman adalah pasukan 5 RAMD. Kekuatan
anggota beroperasi kini adalah seramai 8 kali anggota.

c. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Lambak. Instalasi ini


terletak di Banjaran Gunung Lambak, Kluang di GR 966253. Stesen Pemancar
ini telah dibina pada tahun 1959 dan mula dikawal oleh pasukan Sasaran
Penting 7 Briged pada 21 Jan 1977. Instalasi ini terletak berketinggian 347.8
meter dari paras laut. Fungsi utama Stesen Pemancar Gunung Lambak adalah
sebagai penyaluran komunikasi bagi kawasan Kluang, Renggam, Layang-
Layang dan Ayer Hitam. Stesen ini juga adalah sebagai penghubung sistem
perhubungan ATUR, pemancar siaran televisyen RTM, TV3, NTV 7, sebagai
stesen pemancar radio FM Transmitter (Radio RTM, Suara Johor, Redifussion,
MEASAT), sistem perhubungan Pager dan Leased Channel. Stesen ini juga turut
berperanan menyalurkan saluran gelombang mikro dari Stesen Gunung Ledang
ke Stesen Bukit Tinggi dan Stesen Gunung Pulai. Nilai aset keseluruhan bernilai
RM 16 juta. Keluasan keseluruhan adalah 1.28 ekar. Jarak dari markas Pasukan
ke instalasi adalah lebih kurang 12 kilometer dan mengambil masa lebih kurang
15 minit melalui jalan darat dan 3 minit jika melalui udara. Pasukan bantuan
sekiranya berlaku ancaman adalah pasukan 5 RAMD. Kekuatan anggota
beroperasi kini adalah seramai 8 kali anggota.

d. Stesen Pemancar Gelombang Mikro Gunung Pulai. Instalasi ini terletak


di puncak Gunung Pulai, Kulai di GR 168772. Stesen Pemancar ini telah dibina
pada tahun 1959 dan mula dikawal oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged pada
21 Jan 1977. Instalasi ini terletak berketinggian 654 meter dari paras laut.
Fungsi utama Stesen Pemancar Gunung Pulai adalah sebagai penyaluran
komunikasi bagi kawasan Johor Bahru, Kulai, Pontian dan sebahagian Kota

TERHAD
5
TERHAD

Tinggi. Stesen ini juga adalah sebagai penghubung sistem perhubungan ATUR,
pemancar siaran televisyen RTM, TV3, NTV 7, MYTV, sebagai stesen pemancar
radio FM Transmitter (Radio RTM, Suara Johor, Redifussion, MEASAT), sistem
perhubungan Pager dan Leased Channel. Stesen Pemancar Gunung Pulai juga
turut menempatkan anggota Rear Link (Rebro) sepanjang masa dari pasukan 7
Skn Semboyan Briged bagi perhubungan komunikasi radio OP MERPATI I dan
II. Pemilik stesen ini adalah Telekom Malaysia Berhad dan dioperasikan secara
swasta. Nilai aset keseluruhan adalah bernilai RM 20 juta. Keluasan keseluruhan
adalah 1.73 ekar. Jarak dari markas Pasukan ke instalasi adalah lebih kurang
85 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit melalui jalan darat
dan 30 minit jika melalui udara. Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman
adalah pasukan 5 RAMD. Kekuatan anggota beroperasi kini adalah seramai 8
kali anggota.

e. Empangan Linggiu Reservoir. Instalasi ini terletak di Bandar Tenggara,


berhampiran Felda Linggiu di GR 331104. Empangan ini dibina pada tahun
1989, dan siap pada tahun 1992. Empangan ini mula dikawal oleh pasukan
Sasaran Penting 7 Briged pada 16 Jun 2008. Empangan ini mampu menakung
air sebanyak 760 juta liter padu air dalam suatu masa. Fungsi utama Empangan
Linggiu Reservoir adalah kawasan tadahan air mentah dan menyalurkan air
mentah melalui Sungai Linggiu ke Sungai Johor. Air mentah yang disalurkan
melalui Sungai Johor akan dirawat di Loji Rawatan Air Johore River Waterworks
di Kota Tinggi dan seterusnya disalurkan ke Singapura. Pemilik empangan ini
adalah Public Utilities Board Singapore (PUB) dan dioperasikan secara swasta.
Nilai aset keseluruhan bernilai RM 208 juta. Keluasan keseluruhan kawasan
tadahan air adalah 21,600 hektar dan keluasan kawasan fasiliti empangan
adalah 30 hektar. Jarak dari markas Pasukan ke instalasi adalah lebih kurang 75
kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam melalui jalan darat dan 20
minit jika melalui udara. Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman adalah
pasukan 6 RRD. Kekuatan anggota beroperasi kini adalah seramai 10 kali
anggota.

f. Loji Rawatan Air Johore River Waterworks. Instalasi ini terletak di


Kampung Tai Hong, Kota Tinggi bersebelahan Sungai Johor di GR 525905. Loji
ini telah dibina pada tahun 1963 ekoran Perjanjian Air 1962 antara kerajaan
Malaysia dan kerajaan Singapura yang membenarkan kerajaan Singapura
melalui Public Utilities Board Singapore (PUB) untuk mengepam, mengambil,
memproses dan menghantar air ke Singapura selama 99 tahun sehingga tahun
2061. Loji ini mula dikawal oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged pada 16 Jun
2008. Fungsi utama loji ini adalah untuk mengepam air mentah daripada

TERHAD
6
TERHAD

Empangan Linggiu Reservoir yang disalurkan melalui Sungai Johor, merawat air
mentah tersebut dan menyalurkan air mentah ke Singapura menggunakan
sistem saluran paip. Loji ini mampu memproses air mentah berjumlah 250 juta
gelen sehari sebelum disalurkan ke Singapura untuk kegunaan penduduk
Singapura dan sebahagian kecilnya disalurkan kepada penduduk di sekitar Kota
Tinggi dan Johor Bharu yang telah dijual kepada Ranhill SAJ Sdn Bhd. Pemilik
loji ini adalah Public Utilities Board Singapore (PUB) dan dioperasikan secara
swasta. Nilai aset keseluruhan bernilai RM 136 juta. Keluasan kawasan loji ini
ialah 115 Hektar. Jarak dari markas Pasukan ke instalasi adalah lebih kurang 95
kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 15 minit melalui jalan darat
dan 30 minit jika melalui udara. Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman
adalah pasukan 6 RRD. Kekuatan anggota beroperasi kini adalah seramai 10
kali anggota.

g. Loji Rawatan Air Gunung Pulai. Instalasi ini terletak di pekan Kangkar
Pulai, Johor Bahru di GR 194731. Loji ini telah dibina pada tahun 1924 dan siap
pada tahun 1929. Loji ini mula dikawal oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged
pada 15 Mei 1969. Instalasi Loji Rawatan Air Gunung Pulai dahulu dikenali
sebagai Gunung Pulai PUB yang dikendalikan oleh Public Utilities Board
Singapore (PUB) sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri Johor pada 31
Ogos 2011 dan diuruskan oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Fungsi utama loji ini
adalah memproses air mentah untuk kegunaan Daerah Pontian dan Johor Bahru
selain berfungsi untuk menyalurkan air bersih ke Istana Bukit Serene di Johor
Bahru. Keupayaan pengeluaran loji ini adalah sebanyak 15 -18 juta gelen air
sehari. Pemilik loji ini adalah Ranhill SAJ Sdn Bhd dan dioperasikan secara
swasta. Nilai aset keseluruhan bernilai RM 19.6 juta. Keluasan keseluruhan
kawasan loji dan tadahan air adalah 64 hektar. Jarak dari markas Pasukan ke
instalasi adalah lebih kurang 90 kilometer dan mengambil masa lebih kurang 1
jam 10 minit melalui jalan darat dan 30 minit jika melalui udara. Pasukan bantuan
sekiranya berlaku ancaman adalah pasukan 5 RAMD. Kekuatan anggota
beroperasi kini adalah seramai 8 kali anggota.

h. Empangan Pontian. Instalasi ini terletak di Kampung Ulu Choh, Pekan


Nenas di GR 150704. Empangan ini telah dibina pada tahun 1927 dan siap pada
tahun 1931. Empangan ini mula dikawal oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged
pada 15 Mei 1969. Instalasi Empangan Pontian dahulu dikenali sebagai Ulu
Choh PUB yang dikendalikan oleh Public Utilities Board Singapore (PUB)
sebelum diserahkan kepada kerajaan negeri Johor pada 31 Ogos 2011 dan
diuruskan oleh Syarikat Air Johor (SAJ). Fungsi utama empangan ini adalah
untuk menakung air mentah bagi kegunaan penduduk kawasan Daerah Johor

TERHAD
7
TERHAD

Bahru dan Pontian. Empangan ini mempunyai kawasan takungan air mentah
yang mampu menampung sejumlah 2525 juta gelen air pada setiap masa dan
fasiliti mengepam air mentah ke Loji Rawatan Air Gunung Pulai untuk diproses.
Pemilik loji ini adalah Ranhill SAJ Sdn Bhd dan dioperasikan secara swasta. Nilai
aset keseluruhan bernilai RM 15 juta. Keluasan keseluruhan kawasan fasiliti
empangan adalah 20 hektar dan keluasan kawasan tadahan air adalah 1220
hektar. Jarak dari markas Pasukan ke instalasi adalah lebih kurang 92 kilometer
dan mengambil masa lebih kurang 1 jam 10 minit melalui jalan darat dan 30 minit
jika melalui udara. Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman adalah pasukan
10 RAMD. Kekuatan anggota beroperasi kini adalah seramai 8 kali anggota.

i. Loji Rawatan Air Sultan Ismail. Instalasi ini terletak di bandar Skudai,
Johor Bharu berhampiran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di GR 297720.
Loji ini telah dibina pada tahun 1963 ekoran Perjanjian Air 1962 antara kerajaan
Malaysia dan kerajaan Singapura yang membenarkan kerajaan Singapura
melalui Public Utilities Board Singapore (PUB) untuk mengepam, mengambil,
memproses dan menghantar air ke Singapura sehingga tahun 2011. Instalasi
Loji Rawatan Air Sultan Ismail dahulu dikenali sebagai Skudai PUB yang
dikendalikan oleh Public Utilities Board Singapore (PUB) sebelum diserahkan
kepada kerajaan negeri Johor pada 31 Ogos 2011 dan diuruskan oleh Syarikat
Air Johor (SAJ). Fungsi utama loji ini adalah memproses air mentah daripada
Sungai Skudai dan air bersih yang telah diproses akan diagih sepenuhnya
kepada penduduk Johor Bahru. Keupayaan pengeluaran loji ini adalah sebanyak
10 juta gelen air sehari. Pemilik loji ini adalah Ranhill SAJ Sdn Bhd dan
dioperasikan secara swasta. Nilai aset keseluruhan bernilai RM 62.6 juta.
Keluasan kawasan keseluruhan loji ini ialah 35 hektar. Jarak dari markas
Pasukan ke instalasi adalah lebih kurang 90 kilometer dan mengambil masa
lebih kurang 1 jam 10 minit melalui jalan darat dan 30 minit jika melalui udara.
Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman adalah pasukan 6 RRD. Kekuatan
anggota beroperasi kini adalah seramai 8 kali anggota.

j. Zon Gugur Kahang. Kawasan Latihan ATM ini terletak di pekan Kahang,
Kluang di GR 196489. Kawasan ini mempunyai keluasan seluas 556 ekar dan
mempunyai sebuah landasan terbang (Airstrip) sepanjang 1 kilometer. Kawasan
ini turut dipajak kepada orang perseorangan oleh Kementerian Pertahanan
(KEMENTAH) bagi tujuan penanaman kelapa sawit dan ladang sayuran. Pajakan
tanah ini diuruskan oleh Syarikat Pointing Devices (M) Sdn.Bhd. Fasiliti Tentera
Darat yang terdapat di Zon Gugur Kahang adalah sebanyak 4 buah bangunan
penginapan, sebuah bangunan rumah masak dan satu kubu pos kawalan. Jarak
dari markas Pasukan ke Zon Gugur Kahang adalah lebih kurang 45 kilometer

TERHAD
8
TERHAD

dan mengambil masa lebih kurang 30 minit melalui jalan darat dan 10 minit jika
melalui udara. Pasukan bantuan sekiranya berlaku ancaman adalah pasukan 5
RAMD. Kekuatan anggota beroperasi kini adalah seramai 8 kali anggota.

KEMUDAHAN ASAS

11. Menurut syarat-syarat yang digariskan di dalam Arahan Tetap Sasaran Penting
yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), pemilik instalasi Sasaran
Penting Keutamaan Satu di bawah kawalan Angkatan tentera Malaysia adalah
ditetapkan untuk menyediakan kemudahan fasiliti asas seperti bangunan penginapan,
rumah masak, kubu keselamatan dan lain-lain kemudahan peralatan asas bagi
kemudahan dan keselesaan anggota tentera yang beroperasi di instalasi mereka.

12. Kemudahan Yang Disediakan Oleh Telekom Malaysia Berhad. Pihak


Telekom Malaysia Berhad telah menyediakan kemudahan penginapan di setiap
instalasi Stesen Pemancar yang dikawal oleh pasukan ini. Kemudahan penginapan
adalah merangkumi bilik tidur anggota, bilik rehat, tempat memasak, ruang makan, bilik
gerakan dan stor senjata. Selain itu, terdapat juga kubu-kubu pertahanan dan pos
kawalan utama di pintu masuk hadapan yang dibina oleh pemilik instalasi bagi tujuan
mempertahankan instalasi. Kemudahan peralatan asas termasuk peralatan perabot dan
peralatan elektrik turut dibekalkan kepada anggota. Peralatan asas adalah seperti katil,
almari, televisyen, peti sejuk, dapur gas dan lain-lain disediakan oleh pemilik instalasi
untuk kemudahan dan keselesaan anggota yang bertugas. Oleh sebab kedudukan
Stesen Pemancar yang terletak di kawasan tinggi, sumber air bersih manjadi suatu
masalah utama dan pihak pemilik instalasi menyediakan tong simpanan air bersih di
semua Stesen Pemancar dan air bersih akan diangkut menggunakan pacuan empat
roda Telekom Malaysia Berhad secara berkala.

13. Kemudahan Yang Disediakan Oleh Ranhill SAJ Sdn. Bhd. Pihak Ranhill SAJ
Sdn. Bhd telah menyediakan kemudahan penginapan di setiap instalasi Loji Rawatan
Air dan Empangan yang dikawal oleh pasukan ini. Kemudahan penginapan adalah
merangkumi bilik tidur anggota, bilik rehat, tempat memasak, ruang makan, bilik
gerakan dan stor senjata. Selain itu, terdapat juga kubu-kubu pertahanan dan pos
kawalan utama di pintu masuk hadapan yang dibina oleh pemilik instalasi bagi tujuan
mempertahankan instalasi. Kemudahan peralatan asas termasuk peralatan perabot dan
peralatan elektrik turut dibekalkan kepada anggota. Peralatan asas adalah seperti katil,
almari, televisyen, peti sejuk, dapur gas dan lain-lain disediakan oleh pemilik instalasi
untuk kemudahan dan keselesaan anggota yang bertugas. Sumber air bersih tidak

TERHAD
9
TERHAD

menjadi masalah kepada anggota yang bertugas kerana bekalan air bersih disalurkan
secara terus ke penempatan melalui paip.

14. Kemudahan Yang Disediakan Oleh Public Utilities Board Singapore (PUB).
Pihak Public Utilities Board Singapore (PUB) telah menyediakan kemudahan
penginapan di setiap instalasi Loji Rawatan Air dan Empangan yang dikawal oleh
pasukan ini. Kemudahan penginapan adalah merangkumi bilik tidur anggota, bilik rehat,
tempat memasak, ruang makan, bilik gerakan dan stor senjata. Selain itu, terdapat juga
kubu-kubu pertahanan dan pos kawalan utama di pintu masuk hadapan yang dibina
oleh pemilik instalasi bagi tujuan mempertahankan instalasi. Kemudahan peralatan
asas termasuk peralatan perabot dan peralatan elektrik turut dibekalkan kepada
anggota. Peralatan asas adalah seperti katil, almari, televisyen, peti sejuk, dapur gas
dan lain-lain disediakan oleh pemilik instalasi untuk kemudahan dan keselesaan
anggota yang bertugas. Sumber air bersih tidak menjadi masalah kepada anggota yang
bertugas kerana bekalan air bersih disalurkan secara terus ke penempatan melalui
paip. Selain itu, pemilik instalasi turut menyediakan kemudahan kenderaan (2 buah
motosikal bagi setiap instalasi) bagi tujuan memudahkan anggota menjalankan rondaan
kawasan.

15. Kemudahan Yang Disediakan di Zon Gugur Kahang. Buat masa ini,
kemudahan logistik di Zon Gugur Kahang adalah tanggungjawab sepenuhnya oleh
Cawangan Logistik pasukan. Kemudahan bangunan penginapan disediakan oleh
Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) untuk kemudahan anggota bertugas dan
pasukan yang menjalankan latihan di dalam kawasan ini. Markas 7 Briged turut
menempatkan 2 buah motosikal Scrambler 250cc daripada pasukan 7 Kompeni Angkut
KPD untuk kegunaan pasukan melaksanakan rondaan dan pemantauan di kawasan
Zon Gugur Kahang.

PERBELANJAAN

16. Senggaraan Bangunan dan Pembelian Peralatan. Sekiranya terdapat


keperluan bagi senggaraan bangunan atau mendapatkan peralatan asas yang baharu,
pasukan akan memajukan permohonan terus secara bertulis kepada pemilik instalasi
yang dikawal. Jumlah kos kewangan adalah berdasarkan kelulusan pihak pemilik
instalasi bagi peruntukan senggaraan dan pembelian peralatan. Buat masa ini, pasukan
tidak menghadapi sebarang masalah bagi mendapatkan peruntukan senggaraan dan
peralatan daripada pemilik instalasi. Proses permohonan ini juga turut dipantau oleh
Pejabat Ketua Keselamatan Negeri (CGSO) bagi memastikan pemilik instalasi Sasaran
penting Keutamaan Satu menyediakan kemudahan sewajarnya kepada anggota yang
bertugas di setiap instalasi Sasaran Penting.

TERHAD
10
TERHAD

17. Senggaraan dan Pembelian Peralatan di Zon Gugur Kahang. Senggaraan


dan pembelian peralatan bagi Zon Gugur Kahang akan dimohon melalui Skop Kerja
Tahunan pasukan dan Dasar Sedia Ada (DSA) sekiranya terdapat keperluan.

18. Rangsum Basah dan Kering. Anggota yang beroperasi dalam OP TAHAN
mendapatkan bekalan makanan harian melalui Rangsum Kering yang diambil di 7
Platun Bekalan KPD, Kem Mahkota dan Rangsum Basah dibeli menggunakan
peruntukan Sajian Tunai sebanyak RM8.10 sehari bagi setiap anggota. Mulai Januari
2018, peruntukan Sajian Tunai bagi OP TAHAN telah dihentikan oleh MPLTD
disebabkan kekurangan peruntukan melalui rujuk kawat MK LOG.KP (BEK).400-10/4/9
KTW 16 1630H Jan 2018. Sehingga kini, anggota yang beroperasi di dalam OP TAHAN
menggunakan Rangsum Basah yang diambil di 7 Platun Bekalan KPD dan dihantar
terus ke instalasi-instalasi kawalan di bawah seliaan Kuartermaster pasukan.

19. Air Mineral. Disebabkan terdapat masalah mendapatkan bekalan air bersih bagi
anggota yang beroperasi terutama di instalasi Stesen-Stesen Pemancar dan Zon Gugur
Kahang, pasukan turut mendapatkan bekalan air mineral daripada 7 Platun Bekalan
KPD dan dihantar ke instalasi-instalasi tersebut. Air mineral ini hanya digunakan bagi
tujuan memasak dan minuman sahaja bagi mengelakkan anggota daripada terdedah
kepada penyakit bawaan air seperti penyakit Taun dan Kencing Tikus. Hak air mineral
bagi seseorang anggota yang beroperasi di dalam OP TAHAN ialah 4.5 liter sehari.
Penghantaran air mineral ini juga diuruskan oleh Kuartermaster pasukan.

ATURGERAK TRUP

20. Buat masa ini, perjawatan keseluruhan pasukan mengikut FED (M) ialah 4 kali
Pegawai dan 195 kali LLP dan perjawatan semasa pasukan ialah 4 kali Pegawai dan
169 kali LLP. Aturgerak trup bagi mengawal instalasi Sasaran Penting di dalam OP
TAHAN buat masa ini hanya dapat dibuat sebanyak 80 peratus daripada kekuatan
anggota sebenar bagi sesebuah instalasi. Hal yang demikian adalah kerana terdapat
Pegawai dan LLP yang menghadiri Kursus Kerjaya dan kursus-kursus sampingan lain
dalam tempoh masa yang lama. Pertukaran anggota adalah dibuat sebanyak 3 bulan
sekali bagi sesebuah instalasi. Selain itu, pasukan juga turut dipertanggungjawabkan
bagi menempatkan anggota pengawal Rumah Panglima 7 Briged di Jalan Mengkibol,
Kluang sebilang masa seramai 10 kali anggota. Perbandingan kekuatan anggota
mengikut instalasi adalah seperti di bawah:

Kekuatan Anggota Kekuatan Anggota


Bil. Instalasi
Mengikut FED (M) Semasa
(a) (b) (c) (d)
1. STMB Gunung Ledang 1 Peg + 10 LLP 8 LLP
2. STMB Gunung Lambak 10 LLP 8 LLP

TERHAD
11
TERHAD

3. STMB Bukit Tinggi 10 LLP 8 LLP


4. STMB Gunung Pulai 10 LLP 8 LLP
5. Empangan Linggiu Reservoir 18 LLP 16 LLP
6. LRA Johore River Waterworks 1 Peg + 18 LLP 16 LLP
7. LRA Sultan Ismail 11 LLP 8 LLP
8. LRA Gunung Pulai 11 LLP 8 LLP
9. Empangan Pontian 11 LLP 8 LLP
10 Zon Gugur Kahang 10 LLP 8 LLP
Jadual 1: Perbandingan Kekuatan Anggota.

MASALAH DAN CABARAN DIHADAPI

21. Sepanjang perlaksanaan OP TAHAN oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged,


terdapat pelbagai masalah dan cabaran yang dihadapi oleh pasukan ini. Antara
masalah yang dihadapi oleh pasukan ini adalah seperti berikut:

a. Masalah Kenderaan. Menurut JPSS sesebuah Sasaran Penting Briged,


pasukan mempunyai hak perjawatan kenderaan sebanyak 2 buah trak kargo 3
tan, 2 buah trak kargo 1 tan dan sebuah motosikal 110cc. Buat masa ini,
pasukan hanya mempunyai pegangan sebuah trak 3 tan Hicom GS Cargo,
sebuah Isuzu D-Max Single Cab GS Cargo dan sebuah motosikal Honda DX
110cc. Penggunaan kenderaan di pasukan ini amat maksimum memandangkan
penghantaran terus Rangsum Basah setiap hari ke instalasi kawalan bagi
memastikan kesegaran bekalan Rangsum Basah terjamin. Selain itu,
penggunaan kenderaan juga amat diperlukan semasa pertukaran anggota
beroperasi dan penarikan anggota sekiranya terdapat latihan pasukan seperti
LMIT, UKT dan EPB. Pada September 2018, kenderaan trak 3 tan Hicom telah
menjalani pembaikkan S3 Job di 7 Woksyop Briged disebabkan masalah
Transfer Box dan sehingga kini masih menunggu alat ganti. Kini, pasukan
terpaksa bergantung sepenuhnya kepada Isuzu D-Max bagi tugas penghantaran
Rangsum Basah ke kawasan Operasi pasukan di samping mendapatkan
bantuan kenderaan dari pasukan-pasukan lain sekiranya mendapat kelulusan.
Selain itu, kenderaan juga dilihat amat penting bagi aturgerak Kumpulan
Tindakan Cepat (Quick Reaction Force) dari Markas pasukan bagi memberikan
bantuan kepada anggota di instalasi yang mendapat ancaman musuh.
Perbandingan perjawatan kenderaan adalah seperti di bawah:

Bil Perjawatan Perjawatan


Jenis Kenderaan
. Mengikut JPSS Semasa
(a) (b) (c) (d)
1. Trak 3 Tan GS Cargo 2 1
2. Trak 1 Tan GS Cargo 2 1

TERHAD
12
TERHAD

3. Motosikal 1 1
4. Treler Air 150 Gelen 1 Tiada
5. Treler Kargo 1 Tiada
Jadual 2: Perbandingan Perjawatan Kenderaan.

b. Ketiadaan Senjata Bantuan. Dalam menangani sebarang bentuk


ancaman ke atas instalasi yang dikawal, peranan senjata bantuan seksyen
dilihat amat penting bagi memberikan bantuan tembakan langsung kepada
semua anggota. Berdasarkan JPSS pasukan, perjawatan senjata bantuan iaitu
Light Machine Gun adalah sebanyak 9 laras tetapi buat masa ini masih tiada
sebarang pegangan senjata bantuan di pasukan. Permohonan telah dimajukan
kepada pihak atasan namun tidak dapat diluluskan disebabkan ketiadaan stok
senjata bantuan di depoh. Selain itu, penambahan bilangan senjata bantuan juga
dilihat sebagai wajar memandangkan jumlah instalasi yang dikawal adalah
sebanyak 10 buah dan juga bagi kegunaan aturgerak Kumpulan Tindakan Cepat
(Quick Reaction Force) pasukan di samping sebagai senjata bantuan simpanan.
Perbandingan perjawatan senjata adalah seperti di bawah:

Bil Perjawatan Perjawatan


Jenis Senjata
. Mengikut JPSS Semasa
(a) (b) (c) (d)
1. Assault Rifle Complete 199 199
2. Light Machine Gun Complete 9 Tiada
3. Service Pistol Standard 1 Tiada
Jadual 3: Perbandingan Perjawatan Senjata.

c. Kekurangan Anggota. Kekurangan anggota juga dilihat sebagai suatu


cabaran untuk pasukan beroperasi di dalam OP TAHAN. Anggota-anggota
pasukan adalah terdiri daripada anggota Kerahan Sepenuh Masa Askar
Wataniah dan anggota-anggota ini akan diserap ke Angkatan Tetap setelah
sesuatu tempoh perkhidmatan. Kebanyakan anggota pasukan yang diserap ke
Angkatan Tetap terdiri daripada PTT Rendah dan PTT Kanan dan mereka ini
akan ditukarkan ke pasukan baharu. Hal ini mendatangkan masalah kepada
pasukan apabila kekurangan anggota PTT untuk beroperasi dan menjalankan
tugas-tugas penting pasukan. Perjawatan anggota yang kosong di pasukan telah
diisi oleh Bahagian Pasukan Simpanan dengan anggota sukarela yang baru
dikerah sepenuh masa (Prebet). Anggota-anggota baharu ini akan mangambil
masa sekurang-kurangnya 5 tahun untuk dinaikkan pangkat kepada seorang
PTT Rendah dan mengisi kekosongan perjawatan PTT. Di samping itu,
kekurangan kuota bagi Kursus Kerjaya yang melayakkan seseorang anggota itu
dinaikkan pangkat juga turut menyumbang kepada masalah ini.

TERHAD
13
TERHAD

d. Masalah Logistik. Pasukan ini juga turut menghadapi masalah logistik di


mana keperluan peralatan isu terutamanya pakaian dan peralatan G 1098 dilihat
amat kritikal. Anggota pasukan ini masih lagi menggunakan peralatan yang lama
dan masih belum ditukar kepada peralatan terkini. Permohonan peralatan juga
dibuat oleh Kuartermaster pasukan dari semasa ke semasa bagi menampung
perjawatan anggota terkini pasukan. Namun, pasukan masih tidak mendapat
peralatan secukupnya kerana ketiadaan stok peralatan di 7 Kompeni Kor
Ordnans Diraja.

ANALISA KESELURUHAN OP TAHAN

22. Secara keseluruhannya, operasi-operasi kawalan ke atas instalasi Sasaran


Penting di negeri Johor di bawah OP TAHAN menunjukkan tiada sebarang ancaman
besar dan masih dalam keaadaan terkawal. Walaubagaimanapun, anggota yang terlibat
di dalam OP TAHAN sentiasa bersiap-siaga bagi menghadapi sebarang ancaman ata u
pencerobohan ke atas instalasi yang dikawal. Anggota juga sentiasa diingatkan agar
tidak leka dan sentiasa peka terhadap tahap keselamatan instalasi yang dikawal.
Mereka juga perlu meningkatkan tahap kawalan keselamatan ke atas kawasan instalasi
dan tempat penyimpanan senjata khususnya selepas amaran kegiatan militan IS dan
DAESH yang telah mula bertapak di negara ini. Keseluruhan OP TAHAN yang
dijalankan oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged buat masa ini menunjukkan tiada
wujudnya sebarang bentuk ancaman atau cubaan sabotaj ke atas instalasi dalam
kawasan tanggungjawab pasukan. Kawalan yang diadakan akan dipertingkatkan dari
semasa ke semasa bagi memastikan instalasi Sasaran Penting bawah tanggungjawab
pasukan sentiasa dalam keadaan selamat dan terkawal.

PENUTUP

23. Adalah diharapkan agar operasi kawalan instalasi Sasaran Penting Keutamaan
Satu (OP TAHAN) oleh pasukan Sasaran Penting 7 Briged dapat dilaksanakan dengan
jayanya tanpa sebarang insiden. Selain itu, diharapkan juga supaya permasalahan
yang dihadapi oleh pasukan ini dapat diberikan perhatian sewajarnya oleh pihak atasan
dan dapat diselesaikan secara efektif bagi meningkatkan lagi kualiti perlaksanaan
operasi oleh pasukan.

24. Sekian, Terima Kasih.

TERHAD
14
TERHAD

AHMAD SYAHRUL KIFLEE BIN ISHA@ISA


Kapt
Pegawai Pemerintah

TERHAD
15

You might also like