You are on page 1of 11

PEMBANGUNAN INOVASI

4.1

Pengenalan

Terdapat beberapa model rekabentuk instruksional yang sering digunakan pakai bagi
menghasilkan courseware seperti model ADDIE, model Dick & Carey, model ASSURE
serta model pembelajaran. Pembangunan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang digunakan oleh
penyelidik adalah menggunakan model rekabentuk ADDIE. Model ADDIE mempunyai lima
fasa utama iaitu analisis, rekabentuk, pembangunan, implimentasi, dan penilaian.

A
ANALYZE

DEVELOP

EVALUAT
E

IMPLEMEN
T

D
DESIGN

Fasa analisis atau analyze bertujuan untuk mengenalpasti objektif sesuatu ABM
diperkenalkan kepada pelajar. Pengkaji perlu mengenalpasti mengapa ABM ini perlu
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu juga pengkaji perlu
mengenalpasti bagaimana pelajar dapat menggunakan ABM yang dibangunkan oleh pengkaji.
Factor yang perlu ditekankan adalah bagaimana ABM yang dibangunkan itu dapat membantu
meningkatkan prestasi pelajar.

Fasa rekabentuk atau design pula bermaksud menentukan dan mereka kaedahinstruksional
yang akan digunakan. Contohnya ABM tersebut mungkin akan menggunakan kaedah
pembelajaran

koperatif,

penerokaan,

penyelesian

masalah,

permainan,

simulasi,

perbincangan, latihan dan praktikal, tutorial, demonstrasi atau secarapembentangan. Alat


yang digunakan juga perlu ditentukan, seperti sama ada menggunakan audio, video,
komputer, internet dan sebagainya.

Fasa pembangunan atau development ialah proses menghasikan ABM yang telah
direkabentuk. Fasa ini dimulakan dengan membina papan cerita, membentuk grafik,
menentukan bahasa pengaturcaraan serta membuat ujian ke atas BBM yang digunakan dan
menyebarkan bahan tersebut.

Fasa pelaksanaan atau implementation bertujuan untuk membuat kajian rintis ke atas ABM
yang telah digunakan oleh pengkaji. Beberapa kajian rintis dibuat bagi memastikan ABM
yang digunakan adalah berkualiti dan sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Pada fasa ini beberapa orang pelajar akan menggunakan ABM ini dan kemudia
akan member maklum balas terhadap ABM tersebut. Berdasarkan maklum balas tersebut
pengkaji akan membuat penambahbaikkan terhadap ABM tersebut.

Fasa penilaian atau evaluation terbahagi kepada dua jenis penilaian utama iaitu penilaian
formatif dan penilaian sumatif. Penilaian formatif bertujuan untuk meningkatkan serta
memperbaiki tahap keberkesanan bahan instruksional yang telah direka. Manakala penilaian
sumatif bermaksud penilaian keseluruhan bahan instruksional yang telah dihasilkan.

4.2

PEMBANGUNAN BAHAN BANTU MENGAJAR

4.2.1

FASA ANALISIS

Pada fasa analisis pengkaji membuat analisis terhadap masalah pembelajaran yang dihadapi
oleh pelajar semas mempelajari subtopik Mensintesis Formula Kimia. Pengkaji juga
menyenaraikan golongan sasaran serta masalah yang dihadapi oleh pelajar dan bagaimana
pengkaji boleh mengggunakan aplikasi sedia ada untuk membantu pelajar menguasai
subtopic ini dengan lebih baik.

Lokasi

: Sekolah Menengah Kebangsaan Narina Kota Belud.

Umur

: 16 tahun.

Tahap

: Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen.

Matapelajaran : Kimia Tingkatan 4.


Topik

: Formula dan Persamaan Kimia

Subtopik

: Mentafsir Persamaan Kimia

Hasil pembelajaran : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat :


i.
ii.
Masalah

: Pelajar menghadapi masalah untuk:


i.
ii.

Matlamat

Menulis dan mengimbangkan persamaan kimia.


Mentafsir persamaan kimia secara kuantitatif dan kualitatif.

Menulis dan mengimbangkan persamaan kimia.


Mentafsir persamaan kimia secara kuantitatif dan kualitatif.

: Menggunakan Balancing Chemical Equation 1.0.0 sebagai Alat Bantu


Mengajar (ABM) bagi mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi oleh
pelajar semasa mempelajari subtopik Mentafsir Persamaan Kimia.

4.2.2

FASA REKABENTUK

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah ABCD bagi menulis objektif pembelajaran.
Akronim A membawa maksud audience ataupun golongan sasaran dalam proses pengajaran
dan pembelajaran manakala akronim B mewakili behaviour ataupun tingkah laku yang perlu
dicapai oleh pelajar dalam pembelajaran seperti menyenaraikan, merancang dan lain-lain
tingkah laku. Akronim C membawa maksud condition ataupun syarat ataupun keadaan di
mana proses pengajaran dan pembelajaran berlaku contohnya pembelajaran berasaskan
internet dan akronim D mewakili degree ataupun setakat mana pelajar mencapai objektif
pembelajaran.

SASARAN

HASIL PEMBELAJARAN

KAEDAH PEMBELAJARAN

PENILAIAN

Pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen


Topik : Mensintesis Formula Kimia
Membina persamaan kimia yang seimbang.
Mentafsir persamaan kimia secara kuantitatif dan
kualitatif.

Pembelajaran berasaskan internet.


Aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0.

Permainan.
Ujian Sumatif.

Penggunaan aplikasi atas talian iaitu Balancing Chemical Equation 1.0.0 disasarkan kepada
pelajar Tingkatan 4 Aliran Sains Tulen yang mengambil mata pelajaran Kimia. Aplikasi ini
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi topik Formula dan Persamaan
Kimia. Pengkaji member tumpuan kepada subtopik Mensintesis Formula Kimia kerana
pengkaji mendapati pelajar menghadapi kesukaran untuk membina dan menyeimbangkan
persamaan kimia.

Berdasarkan Huraian Sukatan matapelajaran Kimia Tingkatan 4, pada akhir pembelajaran


pelajar seharusnya dapat membina persamaan kimia serta dapat menyeimbangkan persamaan
kimia tersebut. Pengkaji juga berharap selepas penggunaan aplikasi ini dalam proses
pengajaran dan pembelajaran, pelajar dapat mensintesis persamaan kimia yang dibina secara
kuantitatif dan kualitatif.

Pengkaji merancang untuk menggunakan kaedah pengajaran dan pembelajaran berasaskan


internet dimana pengkaji menggunakan BLANDSPACE sebagai platform untuk proses

pengajaran dan pembelajaran. Pada platform tersebut pengkaji menyenaraikan objektif


pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Selain daripada itu, pengkaji juga menyediakan
link ke aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0 yang akan digunakan oleh pelajar dalam
pembelajaran Mensintesis Formula Kimia. Selain daripada itu juga pengkaji turut
menyediakan link ke suatu laman interaktif yang menyediakan latihan berbentuk permainan
kepada pelajar. Dengan adanya platform ini proses pembelajaran akan berjalan dengan lancar.

Bagi mengukur pencapaian pelajar selepas menggunakan aplikasi Balancing Chemical


Equation dalam proses pembelajaran Mensintesis Formula Kimia, pengkaji turut
menyediakan ujian sumatif.

4.2.3

FASA PEMBANGUNAN

Pada fasa pembangunan, penyelidik menggunakan laman blendspace sebagai platform untuk
menyampaikan isi pengajaran. Selain daripada itu pengkaji juga mengintegrasikan laman
interaktif Balancing Chemical Equation 1.0.0 dan Interactive Balancing Chemical Equation.

4.2.3.1 PAPARAN HADAPAN

Rajah 3 : Paparan Hadapan Laman

Rajah 3 menunjukkan paparan hadapan yang terdapat pada laman blenspace.

Paparan

tersebut menunjukkan laman yang menyenaraikan objektif pembelajaran, link ke laman


aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0 dan juga Interactive Balancing Chemical
Equation serta ruangan forum menggunakan padlet.com.

Objektif pembelajaran perlu disenaraikan bagi memandu pelajar untuk mencapai objektif
pembelajaran. Link ke laman aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0 pila disediakan
sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) semasa proses pengajaran dan pembelajaran bagi
subtopik Mensintesis Formula Kimia. Link ke laman permainan disediakan bagi
meningkatkan penguasaan pelajar terhadap isi pengajaran.

4.2.3.2 Balancing Chemical Equation 1.0.0

Rajah 4 : Paparan Aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0


Aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0 menyediakan dua laman utama iaitu bahaggian
pengenalan dan huga permainan. Sebagai permulaan, pelajar perlu melayari laman
pengenalan untuk menyelesaikan tiga soalan berkaitan dengan menyeimbangkan persamaan

kimia sebelum melayari laman permainan. Bahagian permainan merangkumi tiga aras soalan
yang berbeza daripada mudah, sederhana kepada soalan aras sukar.

Rajah 5 : Paparan Laman Pengenalan


Rajah 5 menunjukkan paparan pada laman pengenalan. Terdapat tiga persamaan yang perlu
diselesaikan oleh pelajar pada laman ini. Pelajar juga boleh memilih untuk menggunakan alat
sama ada penggunaan timbangan ataupun persamaan matematik semasa menyeimbangkan
persamaan tersebut. Rajah di atas menunjukkan penggunaan timbangan semasa
menyeimbangkan persamaan bagi proses penghasilan ammonia.

Bentuk bulat berwarna biru mewakili atom nitrogen manakala bentuk bulat berwarna putih
mewakili atom hidrogen. Pelajar perlu memilih nombor yang sesuai digunakan untuk
menyeimbangkan persamaan tersebut. Dengan bantuan alat penimbang, pelajar boleh melihat
sama ada persamaan kimia tersebut seimbang atau tidak berdasarkan alat timbangan tersebut.
Pelajar perlu memastikan samaada bilangan atom nitrogen dan atom hydrogen seimbang pada
bahagian reaktan dan produk.

Rajah 6 : Paparan Aplikasi Sekiranya Pelajar Berjaya Menyeimbangkan Persamaan


Rajah 6 menunjukkan wajah Smiley yang tersenyum akan terpampang apabila pelajar berjaya
menyeimbangkan persamaan kimia yang diberikan. Penggunaan Smiley boleh meningkatkan
motivasi pelajar dalam proses pembelajaran mensintesis formula Kimia sama seperti katakata perangsang yang diberikan oleh guru.

Rajah 7 : Paparan Aplikasi Sekiranya Pelajar Tidak Berjaya Menyelesaikan Masalah


Sekiranya pelajar tidak Berjaya menyeimbangkan persamaan kimia yang diberikan dalam
aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0, icon Smiley akan menunjukkan paparan seperti
Rajah 7. Ini bermaksud pelajar perlu boleh mencuba menyeimbangkan persamaan kimia

tersebut sehingga mendapat jawapan yang betul. Rajah 8 di bawah menunjukkan melalui
aplikasi ini juga, pelajar diberi berpeluang untuk mengetahui mengapa persamaan kimia
tersebut tidak seimbang.

Rajah 8 : Paparan Mengapa Persamaan Kimia Tidak Seimbang


4.2.3.3 Permainan Chemistry Interactive Balancing Chemical Equation

Rajah 9 : Paparan Chemistry Interactive Balancing Chemical Equation


Rajah 9 menunjukkan laman interaksi Chemistry Interactive Balancing Equation. Pelajar
boleh menggunakan laman interaktif ini meningkatkan kemahiran menyeimbangkan
persamaan kimia. Laman ini dipilih kerana pelajar boleh memperoleh keputusan samada

persamaan kimia tersebut seimbang ataupun tidak. Selain daripada itu juga peljar boleh set
semula persamaan tersebut sekiranya persamaan kimia tersebut tidak seimbang.

4.2.4

FASA PELAKSANAAN

Fasa pelaksanaan dijalankan bagi mengukur samada penggunaan aplikasi Balancing


Chemical Equation 1.0.0 dalam proses pengajaran dan subtopik Mensintesis Formula Kimia
dapat mencapai objektif yang telah ditetapkan seperti dalam Huraian Sukatan Kimia
Tingkatan 4. Fasa pelaksanaan melibatkan beberapa peringkat seperti yang berikut:
PERINGKAT
Pertama

PELAKSANAAN
Balancing Chemical Equation 1.0.0 diaplikasikan semasa proses
pengajaran dan pengajaran kimia bagi subtopik Mensintesis
Persamaan Kimia ke atas seorang pelajar.
Di akhir pelaksanaan, pengkaji meminta pelajar tersebut membuat
maklum balas terhadap aplikasi tersebut sama ada dari segi
kekuatan mahupun kelemahan.
Pengkaji membuat penambahbaikkan ke atas aplikasi tersebut

Kedua

sekiranya perlu.
Pada peringkat ini, pengkaji menggunakan aplikasi Balancing
Chemical Equation 1.0.0 ke atas sekumpulan pelajar yang terdiri
daripada 4 orang pelajar.
Di akhir pelaksanaan yang kedua, pengkaji juga meminta pelajar
mengisi borang maklum balas terhadap aplikasi tersebut.
Pengkaji

Ketiga

membuat

penambahbaikkan

ke

aplikasi

tersebut

sekiranya perlu.
Pada perigkat ini, aplikasi Balancing Chemical Equation 1.0.0 diuji
ke atas keseluruhan kelas yang mengambil mata pelajaran kimia
bagi mengenalpasti sekiranya masih terdapat penambahbaikan
yang perlu dibuat ke atas aplikasi tersebut.
Setelah penambahbaikkan dibuat, aplikasi ini boleh digunakan dan
diedarkan untuk proses pengajaran dan pembelajaran subtopik
Mensintesis Persamaan Kimia.

4.2.5

FASA PENILAIAN

Penilaian terbahagi kepada dua bahagian iaitu penilaian formatif dan penilaian sumatif.
Penilaian formatif merangkumi setiap fasa dalam proses ADDIE. Penilaian formatif
seharusnya dilakukan terhadap semua peringkat untuk memastikan keberkesanannya.
Penilaian sumatif pula hanya melibatkan rekabentuk pengujian yang spesifik sahaja yang
memerlukan maklumbalas pengguna seperti isi kandungan, strategi dan elemen multimedia
melalui kaedah temubual, soal selidik, penyeliaan dan pengujian. Penilaian sumatif biasanya
berlaku di peringkat akhir sesuatu projek penghasilan bahan pengajaran diselesaikan.

LAMAN WEB
https://www.blendspace.com/lessons/kzMyFhyKE
_0-nA/edit

You might also like