You are on page 1of 4

Training on Agro-Environmental Protection Technology, Tianjin, China 17 24 Oktober 2010

Kursus ini merupakan jemputan Kerajaan China yang pertama kalinya dianjurkan oleh AgroEnvironment Protection Institute (AEPI) yang terletak di Wilayah Tianjin, daerah Nan Kai. Seramai dua orang pegawai daripada Jabatan Pertanian iaitu Pn. Zakiyyah Jasni dan En. Mohd Fakaruddin Mohamed Noh serta seorang lagi pegawai penyelidik daripada MARDI iaitu En.Mohammad Shahid Shahrun telah menghadirinya untuk selama 8 hari bermula pada 17 sehingga 24 Oktober 2010. Kursus ini turut dihadiri oleh 3 orang wakil negara-negara lain seperti Myanmar, Laos dan Cambodia serta seorang daripada Vietnam. Sebagai sebuah negara yang besar dengan populasi penduduk berjumlah 1,337,798,957 orang, China merupakan negara perindustrian yang kini menjadi pesaing sengit negara-negara maju seperti Jepun dan Amerika Syarikat. China telah mencapai tahap sara diri sebanyak 95% dan mengekspot 22% daripada jumlah makanan dunia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara mencatatkan 46.8% bagi sektor industri, 9.6% bagi sektor pertanian dan selebihnya merupakan sektor perkhidmatan. Walaubagaimanapun, rakyat China lebih ramai terlibat dalam sektor pertanian berbanding industri dan perkhidmatan. Melihatkan senario ini, wajarlah negara ini memiliki sistem makmal yang berteknologi tinggi bagi memantau dan memastikan bahan sisa buangan industri dan hasil pertanian tidak mengancam nyawa dan alam sekitar. Justeru, institut ini merupakan makmal utama yang menjalankan kajian dan analisis berkaitan keselamatan produk pertanian di China dengan kekuatan seramai 130 orang pegawai sains dan kakitangan. Makmal di institut ini memiliki banyak instrumen berteknologi tinggi yang mampu mengesan residu racun makhluk perosak, residu logam berat, residu dadah dan bahan stimulan. Selain itu, makmal ini juga sentiasa menjalankan kajian bagi membangunkan pelbagai kaedah pengesanan residu-residu lain yang boleh dikesan dalam sampel air, tanah dan udara, hasil-hasil komoditi seperti buah, sayuran termasuk tanaman teh. Sampel daripada penternakan khinzir, lembu, ayam, itik dan sebagainya juga turut diambil. Objektif utama kursus ini adalah untuk berkongsi teknologi antara negara peserta dan penganjur selain pengalaman mengatasi sesuatu masalah pencemaran yang diakibatkan daripada perindustrian yang melibatkan pertanian khususnya. Ini penting bagi memastikan

keselamatan pengguna dan kestabilan alam sekitar. Peserta juga didedahkan kepada pelbagai instrumen dan kaedah analisis yang dijalankan di institut ini. Tidak dinafikan China sememangnya lebih ke hadapan berbanding Malaysia dan negara-negara peserta yang lain dari segi kecanggihan instrumen yang ada di makmal mereka bersesuaian dengan kadar pembangunan pertanian dan situasi pencemaran yang melanda negara tersebut.

Hasil pemerhatian dan perbincangan wakil Jabatan dengan wakil MARDI, kami mendapati Malaysia tidak jauh hebatnya dari segi instrumen yang ada khususnya Jabatan sendiri dan MARDI. Kebanyakan instrumen yang dimiliki oleh kerajaan China untuk mengesan residu racun makhluk perosak atau logam/logam berat dalam sampel udara, air, tanah dan hasil pertanian/produk berasaskan pertanian telahpun ada di makmal Jabatan dan MARDI. Kaedah atau sistem analisis juga hampir tiada bezanya bagi instrumen yang sama tersebut. Bahkan bagi instrumen yang sama, Malaysia mengambil masa yang lebih singkat berbanding China untuk menjalankan sesuatu analisis. Sebagai contoh, bagi mengesan residu dalam sampel tertentu, pihak Jabatan/MARDI hanya mengambil masa dalam 4-5 jam untuk keseluruhan analisis manakala China mengambil masa selama 8-9 jam untuk analisis yang sama menggunakan instrumen yang sama. Ini disebabkan pihak makmal Jabatan/MARDI telah mengubahsuai prosedur kerja menjadi lebih efisen untuk mendapatkan keputusan yang tepat dengan lebih cepat. Perbezaan ini telah dikongsi dengan semua peserta jika kaedah tersebut boleh digunapakai di negara-negara lain termasuk di China sendiri. Secara keseluruhannya, tiada keperluan kritikal bagi makmal Jabatan/MARDI untuk memiliki beberapa instrumen yang berteknologi tinggi sebagaimana China kerana kaedah analisis yang digunapakai ketika ini masih mampu mengeluarkan keputusan analisis yang dikehendaki dengan tepat dan cepat. Kaedah analisis Jabatan mahupun pihak MARDI jelas sangat berkesan membantu usaha dinamik Jabatan ke arah pertanian mampan dengan melakukan amalan pertanian baik bagi memastikan hasil pertanian adalah selamat dimakan oleh rakyat Malaysia.

Antara instrumen yang terdapat di AEPI :

You might also like