You are on page 1of 5

TUGASAN 3: PENULISAN 1

Sisa toksik bawah tanah disyaki punca pencemaran Pasir Gudang

Oleh: Farah Liyana Mohd Fadhil & Saqifah Abdul Razak

Bau aneh yang dihidu oleh seorang remaja berusia lingkungan 12 tahun dari SMK Kota
Masai telah menyebabkan kepalanya berpinar-pinar. Dia juga merasa loya dan mahu muntah.
Tangannya lantas diletakkan dihidung dan segera berkumpul. Tidak jauh dari tempat dia berdiri,
seorang pelajar lagi perempuan turut mengalami keadaan yang sama. Tidak lama kemudian
pasukan penyelamat tiba untuk memberi rawatan kecemasan. Beberapa buah ambulans turut
tiba untuk membawa mangsa ke hospital berdekatan.

Kejadian tersebut melibatkan seramai 33 pelajar dari Sekolah Kebangsaan (SK) Taman
Pasir Putih mengalami muntah dan loya ketika sesi persekolahan pada Rabu, 28 Ogos yang
lalu. Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan (Pengurusan Sekolah) Johor Ab Rahim Lamin
berkata pada awalnya seramai 25 murid dilaporkan mengalami simptom berkenaan pada kira-
kira 7.30 pagi sebelum bertambah kepada 33 murid pada 9 pagi tadi.

“Semua murid melibatkan 5 lelaki dan 28 perempuan. Seramai 17 daripada mereka merupakan
murid tahun 4, 7 murid tahun 5 dan 9 murid tahun 6,” katanya yang dihubungi hari ini. Ab Rahim
berkata semua mereka sudah dihantar ke Klinik Kesihatan Pasir Gudang untuk rawatan dan
pihak sekolah juga sudah menghubungi bomba untuk tindakan bersesuaian.

Beliau berkata daripada keseluruhan 33 murid juga, 17 daripada mereka iaitu 3 murid lelaki dan
14 perempuan merupakan murid terkesan berulang iaitu pernah mengalami simptom berkenaan
sebelum ini.

Sementara itu, Profesor Kejuruteraan Kimia, Jabatan Kejuruteraan Kimia, Universiti


Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Datuk Ir Dr Wan Ramli Wan Daud berkata, kejadian tersebut
berkemungkinan berlaku disebabkan terdapat saluran air bawah tanah di kawasan Pasir
Gudang telah tepu dengan bahan toksik.

Jelas beliau, sisa toksik tersebut telah meresap daripada bawah tanah dan meruap ke
permukaan sehingga membentuk gas toksik dan tersebar ke seluruh kawasan berhampiran.
"Pelupusan bahan kimia toksik di Sungai Kim Kim tidak menjadi satu daripada sumber yang
mengakibatkan pelepasan gas toksik kerana gas itu masih terdapat di situ walaupun Sungai
Kim Kim sudah dibersihkan.

"Saya mengesyaki sisa kimia telah dilupuskan di bawah tanah di seluruh kawasan Pasir
Gudang selama bertahun-tahun lamanya," katanya menerusi akhbar Sinar Harian, 3 Julai lalu.

Berikutan itu, Pensyarah Kanan Falkulti Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi Mara
(UiTM) Shah Alam, Ir Dr Zulkifli Abdul Rashid berkata berdasarkan hasil kajiannya, gas
akrilonitril mempunyai sifat karsinogenik yang mampu mengakibatkan kanser jika seseorang
terdedah kepada gas itu setiap hari atau terlalu lama.

‘’Jika penduduk terdedah dengan bau gas ini terlalu lama, ia bukan sahaja
memudaratkan kesihatan bagi kesan masa pendek tetapi boleh membahayakan organ dalaman
sehingga bertindak balas menghasilkan bentuk kanser untuk kesan masa panjang. Melalui
eksperimen yang dijalankan terhadap tikus makmal mendapati ia boleh mengakibatkan tumor
pada tikus malah dikatakan penyebab kanser terhadap manusia’’ katanya menerusi laporan
berita Astro Awani 30 Jun yang lalu.

Oleh hal yang demikian, terdapat pelbagai inisiatif murni oleh pihak tertentu bagi
membantu masyarakat yang sama sekali tidak bersalah. Langkah atau tindakan yang diambil
oleh agensi-agensi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri terutama petugas
perubatan dan keselamatan telah mendapat pujian oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir
Mohamad kerana berjaya mengawal impak besar hasil pencemaran daripada menjadi lebih
teruk.

‘’Mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah
berlaku tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital sekolah dan lain lain, mereka telah
menangani masalah ini dengan cekap dan berhasil,” ujar Dr Mahathir kepada agensi berita
Bernama 14 Mac yang lalu. Beliau turut menyifatkan kecekapan doktor dan petugas perubatan
sebagai ‘luar biasa’ kerana sedar dan tahu bagaimana menangani ‘gas beracun’ seperti itu.

Menurut agensi berita itu lagi, antara agensi Kerajaan Persekutuan yang terlibat dalam
menangani kejadian pencemaran sisa bahan kimia itu ialah Agensi Pengurusan Bencana
Negara (NADMA), Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Kesihatan dan Jabatan Alam
Sekitar. Turut terlibat dalam operasi pengurusan krisis itu ialah Polis Diraja Malaysia (PDRM),
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pasukan Khas Pengurusan Bahan Berbahaya
(Hazmat), Jabatan Pengaliran dan Saliran dan Kementerian Pendidikan.

Berdasarkan Portal Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia, kejadian itu turut
menyebabkan Kementerian Pendidikan mengambil tindakan dengan mengarahkan penutupan
semua 111 sekolah, 92 tadika dan taska di kawasan terjejas di daerah Pasir Gudang sebagai
langkah berjaga-jaga demi keselamatan pelajar dan guru. Hal ini bagi mengelakkan
peningkatan jumlah mangsa yang berterusan[ CITATION Pej19 \l 1033 ].

Tambahan lagi, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian Johor
Dr Sahruddin Jamal berkata seramai 1,483 orang ditempatkan di bahagian Medic Base Dewan
Taman Pasir Putih manakala 423 orang lagi ditempatkan di Medic Base Dewan Taman Mawar.
Terdapat juga kes yang perlu dirujuk ke Hospital Sultan Ismai iaitu sebanyak 276 kes, selain
terdapat 869 mangsa mendapatkan rawatan secara terus di hospital dan klinik-klinik di sekitar
Pasir Gudang dan Johor Bahru tanpa merujuk kepada Medic Base yang dibuka.

Demikian pula, BH Online pada 25 Mac lalu melaporkan bahawa bagi memastikan
jumlah mangsa berada pada tahap terkawal, kerajaan negeri telah mengambil pemantauan
udara secara berkala dalam memastikan orang ramai sentiasa mengikuti perkembangan
semasa berkenaan insiden itu. Pada masa sama, penduduk dinasihatkan agar lebih peka
dengan persekitaran dan mengikut arahan pihak berkuasa dari semasa ke semasa
memandangkan usaha melakukan pembersihan pencemaran toksik itu sudah pun dimulakan.
Kesemua tindakan dan arahan yang dikeluarkan adalah demi kebajikan penduduk terutamanya
golongan kanak-kanak yang suka dengan aktiviti luar. Oleh itu, ibu bapa jugalah yang akan
memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kesihatan dan keselamatan anak-anak
terkawal walaupun persekitarannya agak merunsingkan.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan perubahan Iklim Yeo Bee Yin ketika
menjawab soalan berhubung perkara itu di Parlimen hari ini menegaskan kementerian komited
untuk menyiasat insiden itu sehingga akar umbi dan membawa mereka yang bertanggungjawab
menyebabkan pencemaran itu ke muka pengadilan. Oleh hal yang demikian, kementerian telah
menggerakkan sumber dari negeri-negeri lain ke Johor untuk memeriksa kesemua 254 kilang
kimia di kawasan sekitar Pasir Gudang. Hal ini terbukti, apabila tindakan awal benar-benar
diambil dengan menahan tiga orang lelaki termasuk dua pemiling kilang di bawah peruntukan
Seksyen 34B, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.
“Jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman denda sehingga RM500,000
dan penjara tidak lebih lima tahun. Ini hanya untuk Akta di bawah kementerian. Jika ada
siasatan polis atau agensi lain, maka pendakwaan boleh dibuat,” katanya.

Sementara itu, bagi cadangan penambahbaikan Kerajaan negeri juga disaran


melakukan ‘post-mortem’ pasca bencana Sungai Kim Kim bagi melihat semula pelaksanaan
prosedur operasi standard (SOP) untuk ditambah baik bagi melancarkan lagi gerak kerja jika
insiden itu berulang. Jika diperhatikan di kebanyakan jajaran sungai di Pasir Gudang, tiada satu
pun sungai utama di kawasan itu dinaik taraf dengan diletakkan asas konkrit sebagai tapak
dasar sungai agar lebih memudahkan kerja pembersihan apabila berlaku sebarang
pencemaran. Sungai yang dasarnya hanya tanah juga menyebabkan pencemaran bertambah
teruk apabila bahan kimia meresap ke dalam tanah, yang akhirnya tidak berkesudahan, malah
merosakkan ekosistem lain.

Selain itu, penambahbaikan sebelum terjadinya pencemaran juga harus giat


dilaksanakan. Hal ini disebabkan ada pepatah yang mengatakan ‘memelihara adalah lebih baik
dari merawat’ itu lebih memberi keuntungan dan manfaat kepada rakyat dan negara. Pihak
berkuasa tempatan (PBT) di kawasan Pasir Gudang harus memainkan peranan penting
terutama dalam aspek penguatkuasaan, termasuk mengetatkan syarat lesen terhadap kilang
yang mengguna dan melupuskan sisa kimia berbahaya[CITATION BHO19 \l 1033 ]. Tambahan
pula, aduan yang disalurkan oleh penduduk seharusnya diambil maklum dan tindakan
bersepadu perlu dibuat, bukan sekadar pemantauan ‘kosong’ tanpa sebarang tindakan
penguatkuasaan. Hal ini kerana, penduduk bukan sahaja sebagai ‘penduduk’ malah mereka
sebenarnyalah pihak yang paling banyak memainkan peranan dan memberi jasa kepada
sesuatu tempat tersebut. Tanpa mereka, tiadalah syarikat kilang yang memerlukan ramai
pekerja yang rata-ratanya terdiri daripada penduduk itu sendiri.

Oleh itu, setiap rakyat di Malaysia ini dijamin dengan hak asasi manusia masing-masing.
Dalam kes ini, penduduk harus mengetahui dan mempertahankan hak mereka. Salah satunya
ialah Perkara 10 iaitu kebebasan bersuara, berhimpun dan berpersatuan. Jika dirasakan
kebajikan dan keselamatan terancam, penduduk haruslah bersatu padu menyuarakan rasa
tidak puas hati kepada pihak berkuasa[ CITATION Pej19 \l 1033 ]. Namun jika sebaliknya, respon
atau maklum balas yang diberi masih tidak menjamin keselamatan, penduduk harus
memikirkan cara lain yang lebih bijak terutamanya pada zaman teknologi moden ini. Internet
mahupun peranan media sosial telah menjadi sebuah forum yang kuat dan luas untuk sesiapa
sahaja menyalurkan pendapat, memberi dan berkongsi maklumat.
Rujukan

Alyasa, J. (3 Julai 2019). Sisa toksik bawah tanah disyaki punca pencemaran Pasir Gudang. Shah Alam:
Sinar Harian. Retrieved from
https://www.sinarharian.com.my/article/35617/BERITA/Nasional/Sisa-toksik-bawah-tanah-
disyaki-punca-pencemaran-Pasir-Gudang

Astro Awani. (2019, Ogos 28). Retrieved from Berita Malaysia: http://www.astroawani.com/berita-
malaysia/muntah-dan-loya-33-pelajar-sk-taman-pasir-putih-pasir-gudang-terima-rawatan-
216150

Bernama. (2019, Mac 14). Bernama.com. Retrieved from Keadaan di Pasir Gudang terkawal, gerakan
bersepadu agensi kerajaan: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1705151

Bernama. (2019, Jun 30). Risiko kanser jika terlalu lama terdedah gas akrilonitril - Pensyarah Kimia.
Retrieved from Astro Awani: http://www.astroawani.com/berita-malaysia/risiko-kanser-jika-
terlalu-lama-terdedah-gas-akrilonitril-pensyarah-kimia-211415

BH Online. (2019, Mac 25). BH Online. Retrieved from Ambil iktibar pencemaran Pasir Gudang:
https://www.bharian.com.my/rencana/komentar/2019/03/545066/ambil-iktibar-pencemaran-
pasir-gudang/amp

Pejabat Perdana Menteri Malaysia. (2019, Mac 14). Keadaan Di Pasir Gudang Terkawal, Gerakan
Bersepadu Agensi Kerajaan. Retrieved from https://www.pmo.gov.my/ms/2019/03/keadaan-di-
pasir-gudang-terkawal-gerakan-bersepadu-agensi-kerajaan/

You might also like