You are on page 1of 87

BAB SATU

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Keinginan untuk mempunyai sebuah sekolah yang selamat dan selesa menjadi hasrat atau

impian bukan sahaja kepada ibu bapa dan pelajar tetapi juga kepada warga sekolah

sendiri iaitu pendidik, pekerja am sekolah, pengawal keselamatan serta pekerja

kebersihan sekolah. Ronald D. Stephens (1996) menyatakan bahawa sekolah yang

selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana

yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di

mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan

bagi setiap kanak-kanak. Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang

mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya

satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah

adil serta berterusan. (Dick Young, 1999).

Bermula dari tahun 1976 hingga 2000, Kementerian Pelajaran Malaysia telah

mengeluarkan beberapa Pekeliling Ikhtisas berkaitan dengan keperluan pihak pengurusan

sekolah bagi memastikan keselamatan pelajar semasa berada dalam kawasan sekolah.

Pada tahun 2002, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Program

Sekolah Selamat pada tahun 2002 untuk memastikan warga sekolah dan pelajar berada

dalam keadaan selamat. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002 bertarikh 14 Jun 2002

serta Buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat telah diedarkan bagi memastikan semua

1
sekolah seluruh negara melaksanakan program ini. Tujuan utama program ini ialah untuk

mewujudkan persekitaran sekolah agar warga sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk

menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta menjalankan kegiatan

kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana pihak sama ada dari luar mahu pun dari

dalam. Aspirasi Sekolah Selamat menjadikan sekolah sebagai tempat di mana perbezaan

budaya dan nilai setiap individu atau kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping

amalan menjaga keselamatan dijadikan budaya dalam kehidupan seharian (Surat

Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002).

1.2 Latar Belakang

Dalam memperkatakan konsep sekolah selamat, masyarakat masih diselubungi dengan

kerisauan keselamatan di sekolah apabila media massa saban tahun memaparkan isu

kecuaian warga sekolah mahupun kantin, kredibiliti pengawal keselamatan, keselamatan

infrastruktur sekolah, masalah sosial dikalangan pelajar seperti sumbang mahram,

penglibatan dengan dadah dan masalah sosial yang lain. Kes lain yang turut menjadi isu

ialah kes gangguan seksual atau liwat terhadap murid yang dilakukan oleh guru ataupun

pengawal keselamatan di sekolah. Berdasarkan isu-isu ini didapati isu keselamatan di

sekolah masih menjadi kerisauan.

Kantin merupakan tempat utama untuk murid makan semasa berada di sekolah.

Walaupun demikian, telah berlaku beberapa kali kes kecuaian semasa penyediaan

makanan yang mengakibatkan keracunan makanan kepada murid. Antara kes yang telah

2
dipaparkan di media massa ialah kes keracunan makanan yang berlaku di sebuah sekolah

asrama di Batu Pahat pada 20 April 2016. Kes ini menjadi perhatian kerana kantin

asrama telah diarahkan ditutup dan ia telah membabitkan 34 orang pelajar mengalami

keracunan makanan dengan simptom seperti loya, muntah, cirit birit, pening kepala serta

demam (Berita Harian). Kes keracunan ini telah dipaparkan lagi pada tahun yang sama

dan berlaku di sebuah sekolah asrama juga di Kuala Terengganu pada 13 Mei 2016.

Seramai 23 orang pelajar telah dihantar ke Hospital Dungun untuk mendapatkan rawatan

sebagai pesakit luar (Berita Harian).

Selain kecuaian yang dilakukan oleh pihak kantin, kes kecuaian lain yang turut mendapat

perhatian media ialah apabila seorang pekerja am telah melanggar seorang murid tahun 2

semasa mengundurkan kereta ketika berada dalam kawasan sekolah di Jasin pada 4

Januari 2018. Ekoran kejadian itu, murid telah cedera di kepala dan anggota badan

(Berita Harian). Kes kecuaian sehingga boleh menyebabkan kematian menjadi isu serius

yang harus ditanggani oleh setiap sekolah. Sebagai contohnya kes pelajar perempuan

maut manakala dua rakannya cedera akibat terkena bilah traktor mesin rumput di Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) Tuanku Abd. Rahman di Gemas pada 13 Februari 2018

(Harian Metro). Pada 14 Februari 2018, Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan

Pekerjaan Negara (NIOSH) Tan Sri Lee Lam Thye menyatakan kejadian ini memberi

pengajaran bahawa keselamatan pelajar perlu diberi perhatian. Semua tempat kerja

mempunyai bahaya dan risiko yang perlu ditangani dan menjadi tanggungjawab guru

termasuk murid untuk mengenalpasti dan mencegah kemalangan daripada berlaku

(Harian Metro)
3
Selain itu, kondisi infrastruktur bangunan yang telah usang atau yang tidak menepati

prosedur turut mendapat perhatian media. Sebagai contoh kes yang berlaku di Kudat pada

9 Oktober 2014. Dua orang pelajar tahun 6 dilaporkan cedera ringgan dihempap

bumbung kelas yang telah diterbangkan oleh angin ketika menduduki peperiksaan

ulangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (News Strait Time Press). Selain itu, kes yang

sama di Jasin pada 25 Februari 2016 turut dipaparkan. Seorang murid tahun 2 telah

cedera di tangan dan pinggang akibat dihempap dinding papan kelas yang terjatuh ketika

angin kencang melanda kawasan sekolah berkenaan (Utusan Malaysia). Malahan pada 25

September 2017 di Banda Hilir, Melaka, telah berlaku runtuhan siling bangunan satu

tingkat yang telah berusia 100 tahun di sebuah sekolah. Siling tersebut dilaporkan reput

akibat di makan oleh anai-anai (Berita Harian). Kes runtuhan siling ini sekali lagi

dipaparkan pada 21 Februari 2018 dan ia melibatkan sebuah bangunan tambahan yang

dibina pada tahun 2008 di sebuah sekolah di Dungun (Sinar Harian). Kes ini telah

mendapat perhatian Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Kerja Raya

(JKR) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan

Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang menyatakan

pegawai forensik JKR memaklumkan runtuhan struktur simen berlaku adalah disebabkan

kecuaian kontraktor apabila hanya menggunakan besi sepanjang tiga inci untuk

dilekatkan dan disambungkan kepada stuktur asal (Harian Metro).

4
Isu lain yang menjadi paparan media massa ialah kes kebakaran bangunan tempat belajar

dan asrama sekolah. Kes kebakaran yang menyebabkan kematian seramai 21 orang

pelajar di sebuah pusat tahfiz di Kuala Lumpur pada 14 September 2017 telah

mengemparkan penduduk negara. Menurut Timbalan Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid

Hamidi,kes kebakaran ini telah dipandang serius oleh kerajaan dan mendapati sebanyak

31 kes kebakaran melibatkan pusat tahfiz dilaporkan diseluruh negara sejak 2011

(Malaysia Kini). Walaupun kes ini telah diklasifikasikan sebagai kes aniaya, namun

kondisi infrastruktur bangunan sekolah tahfiz menjadi isu sehingga kronologi kebakaran

pusat tahfiz ditulis sejak 2007 sehingga 2017 ditulis oleh berita Malaysiakini online.

Walaupun begitu, bukan sekolah tahfiz sahaja yang menjadi perhatian media, tetapi kes

kebakaran di asrama sekolah turut dipaparkan. Wartawan Berita Harian melaporkan

kebakaran di bangunan asrama di sebuah sekolah di Sungai Besar pada 24 Ogos 2014.

Selain itu, di Kota Marudu pada 28 April 2016, di Serian pada 2 Mac 2018 dan di

Penampang pada 5 Mac 2018. Semua punca kebakaran tidak dimaklumkan.

Di dalam Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah, aspek pengurusan perkhidmatan

pengawal keselamatan sekolah turut diutamakan dan dinilai. Peranan pengawal

keselamatan sangat penting dalam menjamin keselamatan di sekolah. Walaupun

demikian, turut berlaku kes yang melibatkan salah laku yang dilakukan oleh pengawal

keselamatan. Sebagai contoh kes yang dipaparkan pada 6 Februari 2017 melibatkan dua

pengawal keselamatan yang telah ditahan oleh polis selepas disyaki menceroboh masuk

asrama serta mencuri pelbagai barangan milik pelajar (Berita Harian). Kes lain yang

melibatkan pengawal keselamatan ialah pengawal keselamatan didakwa merogol murid


5
sekolah rendah di dalam tandas di sebuah sekolah di Batang Kali, Hulu Selangor pada 8

Februari 2011(Berita MStar). Kes yang sama turut dilaporkan pada 16 Februari 2016

iaitu pengawal keselamatan didakwa merogol dan membunuh pelajar berumur 17 tahun

di Teluk Ketumbar (Berita Terkini). Oleh sebab itu, kelakuan ini boleh mewujudkan

ketidakbolehpercayaan orang ramai kepada pengawal keselamatan.

Gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar yang semakin hangat dibicarakan di media

massa sejak akhir-akhir ini menunjukkan betapa ianya perlu tindakan segera oleh pihak-

pihak tertentu agar ianya tidak terus menular. Perlakuan buli merupakan sejenis

perlakuan salah laku yang boleh meninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan

emosi dan kemajuan akademik pelajar yang dibuli. Terdapat pelbagai kes masalah sosial

yang melibatkan pelajar sekolah telah dipaparkan di media massa. Antaranya ialah kes

seorang pelajar lelaki tingkatan dua sebuah sekolah di Kepala Batas yang menjadi

mangsa buli telah dipukul malah ditampar dan ditendang oleh kira-kira 15 orang pelajar

tingkatan empat pada 22 Januari 2018. Kesannya murid lebam pada betis kanan dan luka

calar pada bahagian kanan dada mangsa (Utusan Malaysia). Kes buli sekali lagi

dipaparkan pada 15 Mac 2018, apabila seorang pelajar lelaki ditumbuk oleh sekumpulan

lima orang pelajar lelaki yang lain di sebuah sekolah menengah di Nilai, Seremban.

Mangsa telah patah tangan kiri setelah tergelincir ditumbuk pembuli (Berita Harian).

Oleh sebab itu, masalah gejala buli di kalangan pelajar tidak boleh dipandang sepi.

Semakin hari, gejala ini semakin serius merebak malah sudah menjadi lumrah dalam

dunia pendidikan (Baharom Mohamad et al., 2008; Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan

Hassan, 2009). Perlu ditekankan permasalahan ini tidak boleh dipandang mudah kerana
6
sekolah merupakan tempat proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Suasana

kondusif amat diperlukan supaya keberkesanan kedua-dua proses tersebut berjaya

dimanfaatkan oleh pelajar (Khalim Zainal & Wan Zulkifli Wan Hassan, 2009).

Selain kes buli, kes rogol turut semakin merisaukan. Rogol adalah satu jenayah yang

menjadi umpama virus yang sedang menular di negara kita pada hari ini. Mengikut

statistic Polis Di Raja Malaysia, jumlah kes rogol kanak-kanak sejak tahun 2010

sehingga Mei 2017 adalah sebanyak 13, 272 kes (Berita Harian). Manusia pada hari ini

memang tidak tahu membezakan antara yang baik dan buruk, malah mereka dikaburi

oleh perasaan yang membuak-buak untuk memenuhi kehendak nafsu mereka.. Pada 8

Julai 2017, Berita Harian telah memaparkan berita tentang dua orang pelajar lelaki

tingkatan lima yang disyaki terbabit merogol rakan sekelas mereka di belakang sebuah

sekolah menengah di Kinabatangan. Selain itu, pernah juga berlaku kejadian yang sama

di Batu Pahat, di mana 4 orang pelajar didakwa merogol rakan sekolah mereka yang

sedang menuntut di tingkatan satu. Berita ini telah dipaparkan pada 17 Ogos 2016 dalam

Berita Harian. Pada 20 September 2017, didapati guru turut didakwa merogol pelajar

berusia 14 tahun di dalam kereta di Siburan, Sarawak (Berita Harian). Kejadian ini

membuktikan bahawa keselamatan anak perempuan di sekolah menjadi kerisauan kepada

ibu bapa kerana mereka tidak boleh memberi kepercayaan kepada guru untuk menjaga

anak mereka.

7
Walaupun demikian, berlaku peningkatan jumlah pelajar yang ditangkap kerana

bersekedudukan dengan bukan muhrim sama ada di sekolah atau tempat lain. Sebagai

contohnya, kes seorang pelajar perempuan tingkatan tiga yang ditangkap berkhalwat

dengan seorang pelajar lelaki tingkatan lima di sebuah hotel di Besut pada 26 Februari

2017 (Sinar Harian). Kes yang sama, turut berlaku di Melaka pada 24 Mei 2015, apabila

seorang pelajar perempuan tingkatan tiga ditangkap khalwat bersama kekasih yang

berumur 22 tahun di sebuah hotel bajet di Jalan Tun Ali (Sinar Harian). Selain itu, pernah

dipaparkan juga kes tiga orang pelajar perempuan tingkatan tiga yang ponteng sekolah

ditangkap khalwat bersama dua lelaki lain di sebuah rumah di Kampung Gong Tengah

pada 31 Mac 2012 (Sinar Harian). Menurut Mac Greendan Navaro (1998), individu yang

kurang tegas sering menjadi mangsa dalam hubungan yang tidak sihat, kurang keupayaan

penyesuaian, mempunyai pasangan seksual yang bersilih ganti dan berperasaan tidak

selamat (takut ditinggalkan).

Tanggungjawab seorang guru adalah untuk mempertahan dan menjaga pelajar atau anak

muridnya. Namun sejak akhir-akhir ini semakin kerap keluar di media massa berkenaan

gangguan seksual yang dilakukan oleh guru. Sebagai contohnya, keratan akhbar pada 1

November 2017, seorang guru didapati menjanjikan pekerjaan kepada seorang pelajar

tingkatan lima dengan syarat menyerahkan badannya (Sinar Harian). Selain itu, pada 13

Oktober 2017, kes seorang guru turut dituduh melakukan kesalahan seksual ke atas lima

anak murid lelaki berusia 10 sehingga 12 tahun di sebuah sekolah rendah di Sungai

Menyan, Serian antara Mei hingga Ogos 2017 (Utusan Melayu). Keadaan ini amat

membimbangkan ibu bapa kerana keselamatan anak mereka tidak terjamin bersama
8
dengan orang yang sepatutnya dipertanggungjawabkan. Walaupun demikian, dalam

keratan akhbar Sinar Harian bertarikh 1 November 2017, Timbalan Menteri Pendidikan,

Datuk P. Kamalanathan menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan tidak akan

teragak-agak untuk memecat guru yang didapati bersalah melakukan gangguan seksual

terhadap pelajarnya.

Masalah sosial yang terakhir yang akan dibincangkan ialah kes penyalahgunaan dadah

dalam kalangan pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Menurut Pengarah

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dalam akhbar The Star bertarikh 19

September 2017, sejak tahun 2014 sehingga Disember 2016, seramai 1,330 orang pelajar

telah ditangkap kerana dadah. Majoriti yang ditangkap adalah pelajar sekolah menengah.

Namun Pengarah Bahagian Pencegahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Abdul

Rahman Hamid berkata, jumlah ini semakin meningkat apabila seramai 1,256 orang

pelajar telah dikesan positif dadah sejak Januari sehingga Jun 2017 (29 Ogos 2017; Astro

Awani). Keratan akhbar Berita Harian bertarikh 15 Februari 2018, statistik jumlah

penyalahgunaan dadah dikalangan pelajar sekolah rendah dan menengah adalah sebanyak

2,100 orang. Jumlah ini mewujudkan kebimbangan sehingga agensi AADK telah

meminta Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) membantu dan

melaksanakan kempen di peringkat sekolah (Berita Harian).

9
1.3 Pernyataan Masalah

Menurut pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye, konsep “sekolah selamat'' tidak

seharus terbatas kepada masalah disiplin, jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan

sikap gengster semata-mata, tetapi juga perlu meliputi aspek keselamatan bangunan,

peralatan dan kemudahan sekolah. Sekolah-sekolah perlu sedar tentang kewujudan dan

kepentingan Akta Keselamatan Pekerjaan dan Kesihatan 1994 serta aplikasinya kepada

institusi pendidikan bagi kepentingan aspek keselamatan dan kesihatan.

Persoalan adakah kes-kes ini secara tidak langsung menunjukkan kegagalan pencapaian

tujuan Program Sekolah Selamat? Flannery dan Huff (1990) menyatakan bahawa

keselamatan sekolah tertakluk kepada penyeliaan dan pemantauan tingkah laku pelajar

yang berkesan. Keselamatan sekolah juga dapat ditingkatkan dengan membina

persekitaran yang selamat dan melaksanakan program-program untuk membantu pelajar-

pelajar yang bermasalah emosi dan tingkah laku. National Association of School

Psychologists (1991) di Amerika Syarikat menyatakan bahawa sesebuah sekolah yang

selamat bukan sahaja mempunyai langkah-langkah pencegahan yang proaktif, tetapi

mempunyai persekitaran fizikal yang selamat, pasukan krisis, rancangan intervensi,

penyeliaan keselamatan, dan rangkaian komunikasi yang baik.

Manual Sekolah Selamat tercatat bahawa untuk memastikan warga sekolah merasa

selamat, perlu ada persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa

selamat tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari

luar.

10
Sekolah
Selamat

Murid
Komuniti Selamat Keluarga
Selamat Selamat

Rajah 1: Model Untuk Menjadikan Murid Selamat


(Konsep dan Manual Sekolah Selamat, 2002)

Justeru itu, kajian ini akan meneroka sejauhmana amalan sekolah selamat dilaksanakan di

sekolah berdasarkan tiga daripada enam piawaian sekolah selamat yang dikeluarkan oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu pengurusan keselamatan aktiviti murid,

pengurusan keselamatan infrastruktur sekolah, dan pengurusan keselamatan

krisis/bencana. Tiga elemen ini tercatat dalam Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah.

1.1 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk meneroka atau meninjau persepsi guru terhadap amalan

sekolah selamat di sebuah sekolah di daerah Baling. Oleh yang demikian, objektif utama

kajian ini adalah untuk meneroka persepsi guru terhadap amalan sekolah selamat dalam
11
kalangan guru. Selain itu, objektif kajian kedua adalah untuk meneroka amalan

pelaksanaan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir, semasa rehat di kantin

sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah.

1.2 Persoalan Kajian

Berdasarkan objektif di atas, kajian ini akan menjawab dua persoalan daripada objektif

kajian. Persoalan yang pertama ialah apakah persepsi guru terhadap tahap perlaksanaan

sekolah selamat di sebuah sekolah di daerah Baling? Persoalan yang kedua ialah apakah

amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir, semasa rehat di kantin

sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah ada dilaksanakan?

1.3 Kepentingan Kajian

Hasil kajian ini, diharap dapat memberi manfaat kepada penyelidik serta pihak-pihak

terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki

sesuatu masalah atau situasi bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian ini juga turut

mempunyai kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak tertentu dalam

meningkatkan tahap perkembangan pendidikan di negara ini.

Kajian ini diharap akan dapat membantu pihak pengurusan sekolah yang dibuat kajian

untuk melihat sejauhmana sekolah tersebut melaksanakan Program Sekolah Selamat

seperti yang diinginkan dalam Buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat. Kajian ini

diharap juga memberi kesedaran kepada warga pendidik amnya untuk mengetahui skop

piawaian keselamatan sekolah yang bukan menekankan kepada masalah pengajaran dan

12
pembelajaran murid serta masalah disiplin murid sahaja. Mengikut Piawaian Instrumen

Keselamatan skop keselamatan sekolah meliputi enam aspek utama iaitu pengurusan

aktiviti murid, pengurusan keselamatan infrastruktur sekolah, pengurusan sosial,

pengurusan krisis/bencana, pengurusan risiko dan pengurusan perkhidmatan pengawal

keselamatan sekolah. Walaupun demikian, dalam kajian ini penyelidik akan mengkaji

tiga aspek sahaja iaitu pengurusan aktiviti murid, pengurusan keselamatan infrastruktur

sekolah dan pengurusan sosial.

Menurut Prof. Dr. Siti Zamratol-Mai Sarah Mukari, Dekan Fakulti Sains Kesihatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia, konsep sekolah selamat tidak seharusnya terbatas

kepada masalah disiplin seperti jenayah, ancaman kepada pelajar, membuli dan sikap

samseng semata-mata. Ianya perlu meliputi aspek keselamatan dan kesihatan dalam

aktiviti pembelajaran, kokurikulum, bangunan, peralatan dan kemudahan (UKM Portal).

Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat membantu pembuat dasar untuk mengkaji

semula punca-punca kenapa masih berlaku kes-kes yang melanggari panduan Konsep dan

Manual Sekolah Selamat. Selain itu, diharap Pejabat Pendidikan Daerah dan Jabatan

Pelajaran Negeri Kedah berusaha untuk berbincang bagaimana untuk membantu sekolah

agar sentiasa mematuhi piawaian dalam Manual Sekolah Selamat untuk memastikan

warga sekolah dan murid terutamanya rasa selamat apabila berada di sekolah.

13
1.4 Skop dan Limitasi Kajian

Kajian ini terhad disebabkan oleh kekangan masa. Oleh sebab itu, skop kajian ini

dijalankan di sebuah sekolah di daerah Baling. Selain itu, hanya 5 responden yang akan

dipilih bersesuaian dengan pemilihan kaedah kualitatif yang digunakan oleh pengkaji dan

jumlah yang sedikit tidak memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan data dan

maklumat berkaitan dengan kajian. Oleh sebab soalan temu bual diadaptasikan daripada

Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah, maka temu bual dibuat secara formal kerana

soalannya berstruktur. Kesan daripada kekangan masa juga, penyelidik menggunakan

perakam suara agar tidak perlu meminta responden mengulang jawapan sekiranya tidak

sempat mencatat.

Selain itu, pengkaji juga harus membuat pemerhatian secara tidak langsung dengan

merekod secara bertulis keadaan amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid

hadir, semasa rehat di kantin sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah selama

tiga hari berturut-turut. Keadaan ini memerlukan penyelidik untuk sentiasa peka dengan

masa dan harus hadir awal ke sekolah untuk membuat pemerhatian di pagar sekolah pada

awal pagi serta berada awal di kantin sekolah pada waktu rehat dan berada sekali lagi di

pagar sekolah pada waktu balik. Kekangan yang mungkin akan berlaku sekiranya berlaku

mesyuarat secara mengejut pada waktu sebelum balik atau pada waktu rehat.

14
1.5 Kerangka Kajian

Pemboleh Ubah Tidak Bersandar

Pengurusan Aktiviti Murid

Pengurusan Keselamatan
Pemboleh Ubah Bersandar
Infrastuktur Sekolah

Pelaksanaan Sekolah
Pengurusan Sosial
Selamat di sebuah
sekolah di daerah Baling

Pengurusan Krisis / Bencana

Pengurusan Risiko

Pengurusan Perkhidmatan
Pengawal Keselamatan
Sekolah

Rajah 2: Hubungan antara Pemboleh Ubah Tidak Bersandar dengan Pemboleh


Ubah Bersandar Pelaksanaan Sekolah Selamat: Tinjauan di Sekolah
Kebangsaan Baling dan Sekolah Kebangsaan Siong di daerah Baling.

15
1.6 Definisi Operasional

1.6.1 Sekolah Selamat

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mendefinisikan sekolah selamat sebagai

persekitaran sekolah yang selamat di mana warga sekolah merasa selamat tanpa

gangguan daripada mana-mana pihak sama ada dari dalam mahupun dari luar.

1.6.2 Kesedaran Keselamatan

Kamus Dewan (2002) mentakrifkan kesedaran sebagai perihal keadaan sedar atau siuman

atau ingatan. Sementara Ramlan (1997) mengatakan bahawa kesedaran keselamatan

adalah menimbulkan keinsafan betapa pentingnya keselamatan untuk mengelakkan

daripada berlakunya kemalangan. Kesedaran terhadap keselamatan bermaksud tidak alpa

dan selalu berwaspada atau berdisiplin semasa menjalankan kerja atau ketika berada di

zon tempat kerja. Justeru itu, dalam konteks kajian kesedaran keselamatan merujuk

terhadap amalan keselamatan semasa bekerja di makmal.

1.6.3 Keselamatan

Keselamatan merupakan perihal selamat, kesejahteraan atau keamanan menurut Rahman

(2000) dan Wirdawati (2007). Keselamatan juga bermaksud keadaan terlindung daripada

masalah fizikal, sosial, kewangan, politik, peraan, pekerjaan, psikologi, pelajaran dan

perkara-perkara lain yang melibatkan kerosakan atau kejadian yang tidak diingini.

Keselamatan dalam kajian ini, penyelidik mentakrifkannya sebagai satu persekitaran

kerja atau belajar yang selamat dan bebas daripada sebarang risiko berlakunya

kemalangan yang menyebabkan kecederaan mental dan fizikal. Ia merujuk kepada

16
aktiviti yang dilakukan di dalam sekolah dengan memberi fokus kepada penguasaan

pengetahuan, sikap dan penguasaan kemahiran terhadap amalan keselamatan sekolah.

1.6.4 Kemalangan

Menurut Undang-undang Malaysia dalam Akta 514 (1994), kemalangan merupakan suatu

kejadian yang berbangkit daripada atau berkaitan dengan kerja yang mengakibatkan

kecederaan maut atau kecederaan tidak maut. Kemalangan dalam konteks kajian ini

merujuk kepada peristiwa dan keadaan yang tidak dirancang, tidak dijangkakan, berlaku

dalam satu urutan kejadian atau melalui satu kombinasi penyebab-penyebab,

mengganggu proses dan menyebabkan kecederaan kepada individu yang berada dalam

persekitaran sekolah.

1.7 Rumusan

Dalam bab ini dihuraikan dengan jelas mengenai latar belakang, pernyataan masalah,

objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian, skop dan limitasi kajian, kerangka

kajian dan definisi operasional. Penyelidik turut menerangkan secara terperinci kes-kes

yang bertentangan dengan amalan sekolah selamat yang dipaparkan di media massa dan

telah mewujudkan kerisauan kepada orang ramai. Penerangan bab ini diharap dapat

memperjelaskan relevan untuk melaksanakan kajian ini.

17
BAB DUA

SOROTAN LITERATUR

2.1 Pengenalan

Sorotan literatur merupakan salah satu bab penting dalam menjalankan penyelidikan

kerana bab ini dapat menentukan sejauh mana signifikan kajian yang telah mendorong

penyelidik menjalankan kajian ini. Di dalam bab ini, beberapa perkaitan berkaitan

keselamatan di sekolah atau institusi pendidikan dan amalan sekolah selamat

dibincangkan. Selain itu, buku Konsep dan Manual Panduan Pelaksanaan Sekolah

Selamat turut dibincangkan. Seterusnya, bab ini juga akan memaparkan kajian-kajian

yang lepas berkaitan amalan keselamatan yang dilaksanakan di sekolah atau institusi

pendidikan di dalam negara dan di luar negara.

2.2 Model Sekolah Selamat

Stephens (1996) menyatakan bahawa sekolah selamat merupakan tempat pelajar-pelajar

dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari

persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran

dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak.

School Guide for State of California dalam artikelnya ”The Safe School Challenge”

mentakrifkan sekolah selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajar-pelajar dan

guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal.

18
Keselamatan sekolah ditakrifkan sebagai sekolah dan aktiviti berkaitan sekolah di mana

pelajar selamat daripada keganasan, buli, gangguan, dan penggunaan bahan. (America

Institute Research, 2018)

National Association of Psychologists (1991) di Amerika Syarikat menyatakan bahawa

sesebuah sekolah yang selamat bukan sahaja mempunyai langkah-langkah pencegahan

yang proaktif, tetapi mempunyai persekitaran fizikal yang selamat, pasukan krisis

rancangan intervensi, penyeliaan keselamatan dan rangkaian komunikasi yang baik.

Sekolah yang selamat dan efektif ialah sekolah yang menguatkuasakan peraturan yang

jelas dan mempunyai penegasan kepada dasar yang adil, iaitu tiada elemen prejudis dan

diskriminasi dalam apa jua bentuk. Selain daripada itu, peraturan dan dasar dibentuk oleh

pihak sekolah bersama komuniti dan pelajar secara kolaboratif. Persatuan pelajar

memainkan peranan aktif dalam membina peraturan sekolah. (Knoff dan Batsche, 1995).

Salleh Buang (1996) menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat

ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek

perundangan tidak harus diabaikan. Oleh yang demikian, sekolah belum cukup selamat

sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira.

Polisi sekolah selamat ialah mewujudkan persekitaran sekolah yang aman, tenteram dan

meyakinkan sesuai dengan tuntutan suasana pengajaran dan pembelajaran yang kondusif

19
dalam memenuhi aspirasi, inspirasi dan potensi terkini dan masa hadapan. Kunci sekolah

selamat pula ialah wujudnya suasana yang mementingka ramah mesra, persekitaran yang

sentiaa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku

yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan (Dick Young, 1999)

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat pekeliling Ikhtisas Bil. 6/2000

menghuraikan sekolah yang selamat sebagai sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada

insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan

dalam dadah, perlakuan ala-gangster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster

atau’triad-society’. (KPM, 2000)

Berdasarkan definisi yang dinyatakan di atas, bolehlah difahami bahawa sekolah selamat

merupakan suatu institusi pembelajaran yang selamat dari aspek persekitaran,

infrastruktur, keselamatan dan tingkah laku tidak bermoral. Kesan daripada kewujudan

sekolah yang selamat akan menghasilkan sekolah yang aman dan tenteram bersesuaian

untuk sesi pengajaran dan pembelajaran yang kondunsif. Secara tidak langsung, ia akan

melahirkan insan yang cemerlang dan mempunyai tingkah laku yang positif.

Bagi merealisasikan sekolah selamat, banyak negara yang mengemukakan manual

pelaksaan sekolah selamat sebagai panduan dalam pelaksanaan sekolah selamat di

sekolah-sekolah. Dua negara yang turut mengemukakan manual dan konsep sekolah

selamat untuk diguna di kalangan sekolah di negara mereka ialah Amerika Syarikat dan

20
Malaysia. Maka, penyelidik akan membincangkan dua model pelaksanaan tersebut dalam

huraian seterusnya.

National Education Association (NEA) Amerika Syarikat juga telah mengeluarkan

manual berkaitan sekolah selamat iaitu ’Safe School Manual’ pada tahun 1996. Manual

ini mengemukakan Model Sekolah Selamat seperti yang ditunjukkan dalam rajah di

bawah yang mengaitkan sekolah selamat dengan penghasilan pelajar-pelajar yang

merasakan diri mereka selamat di sekolah akan mewujudkan keluarga dan masyarakat

yang sentiasa merasai suasana dan keadaan yang selamat.

Keluarga Masyarakat
Sekolah Selamat
Selamat Selamat

Rajah 3 Model Sekolah Selamat

Sumber: National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA:US. Hlm 3

Garis panduan ini bertujuan sebagai satu set cadangan untuk menjadikan kanak-kanak

lebih selamat di sekolah, di antara komuniti dan dalam keluarga mereka. Oleh itu,

sekolah akan lebih selamat, apabila adanya kerjasama yang rapat di antara masyarakat

dan keluarga.

Di Malaysia, program sekolah selamat telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan

Malaysia pada tahun 2002. Program ini bertujuan untuk mewujudkan budaya selamat di

21
sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan masyarakat

setempat. Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan

persediaan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ kepada semua sekolah. Berikut

merupakan Model Sekolah Selamat yang diutarakan dalam buku ’Konsep dan Manual

Sekolah Selamat’.

SEKOLAH
SELAMAT

MURID
SELAMAT
KOMUNITI KELUARGA
SELAMAT SELAMAT

Rajah 4 Model Untuk Menjadikan Murid Selamat

Sumber: Kementerian Pelajaran Malaysia (2002). Konsep dan Manual Sekolah Selamat.

Hlm 4

Di antara dua model manual sekolah selamat yang dikemukakan, maka pengkaji telah

membuat keputusan untuk menggunakan Manual Sekolah Selamat dari Malaysia. Ini

adalah kerana ia memang memenuhi kehendak dan bersesuaian dengan persekitaran

sekolah di Malaysia. Maka, penyelidik mengambil keputusan untuk menggunakan modul

ini sebagai panduan dalam menjalankan kajian penyelidik.

2.2.1 Manual Sekolah Selamat

22
Buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ merupakan satu panduan pelaksanaan

dalam menjadikan sekolah, komuniti dan keluarga selamat untuk kanak-kanak. Buku

manual ini bukan hanya perlu menjadi rujukan kepada pihak sekolah sahaja, bahkan ia

juga mengetengahkan peranan dan tatacara ibu bapa dalam aspek keselamatan anak-anak

mereka. Buku manual ini mengkategorikan keselamatan kepada lima bidang utama untuk

menangani isu keselamatan para pelajar. Lima bidang tersebut ialah bidang aktiviti

murid, bidang bencana alam, bidang fizikal dan bangunan sekolah, bidang sosial, serta

bidang persekitaran dan lokasi sekolah.

Tiga perkara utama dibincangkan di dalam manual ini dalam bidang aktiviti murid iaitu

keselamatan pergi dan balik sekolah, keselamatan menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan

keselamatan menjalankan aktiviti luar. Turut dibincangkan dalam bidang aktiviti murid

ini ialah tatacara tindakan apabila berlaku kemalangan. Bidang aktiviti murid

dibincangkan untuk mengekang kecuaian atau kemalangan yang mungkin akan berlaku

kepada para pelajar semasa menjalankan sebarang aktiviti sama ada di dalam mahu pun

di luar kawasan sekolah. Secara tidak langsung, ia akan membantu menyediakan guru

dan pelajar tentang tatacara kesediaan keselamatan dan tindakan dalam menangani

sebarang kemalangan atau kecederaan yang berlaku termasuk tindakan atau rawatan awal

yang boleh dilakukan oleh guru dan pihak sekolah (KPM, 2002).

Bidang kedua yang dibincangkan dalam buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’

ialah Bidang Bencana Alam. Sejajar dengan iklim di Malaysia yang mengalami iklim

monsun tropika, akan berlaku perubahan-perubahan iklim yang akan menyebabkan

23
berlakunya bencana alam seperti banjir, jerebu, ribut taufan, kebakaran dan sebagainya.

Maka dalam bidang ini dibincangkan bagaimana pihak sekolah dan ibu bapa berperanan

dalam menangani bencana tersebut. Empat bencana alam yang dibincangkan dalam

bidang bencana alam ialah banjir, kebakaran, perubahan cuaca dan wabak penyakit

termasuk keracunan makanan. Dalam bidang ini juga dibincangkan tatacara dan langkah

keselamatan dalam menghadapi bencana alam yang disebutkan tadi (KPM, 2002).

Bidang ketiga pula membincangkan Bidang Keselamatan Fizikal dan Bangunan Sekolah.

Ia membincangkan tentang aspek keselamatan fizikal sekolah termasuk bangunan dan

kantin, sistem perparitan, pendawaian dan peralatan elektrik, kelas, tandas, asrama,

gelanggang, padang, kebun sains pertanian dan bilik-bilik khas seperti pusat sumber atau

perpustakaan, stor, makmal sains, dan bengkel. Turut diberi penekanan pada keselamatan

peralatan seperti cermin tingkap, pemegang besi tangga dan kerosakan perabot dalam

kelas. Dalam bidang ini juga dibincangkan manual keselamatan di kawasan sunyi dan

gelap serta manual keselamatan bangunan dalam kawasan sekolah (24 jam) yang

menekankan langkah-langkah menghindari pencerobohan kawasan sekolah (KPM, 2002).

Bidang seterusnya ialah Bidang Sosial yang membincangkan isu-isu sosial seperti

gangguan seksual, gangguan emosi, keharmonian kaum di sekolah, membuli/pelacoan,

peras ugut dan sumbang mahram. Isu-isu sosial yang diketengahkan dalam manual ini

merupakan isu-isu yang melibatkan perasaan malu dan takut, emosi dan jiwa pelajar atau

mangsa. Malu dan takut dengan apa yang dialami oleh mangsa menyebabkan mereka

enggan melaporkan masalah dan seterusnya mengakibatkan mangsa terpaksa memendam

24
rasa. Oleh yang demikian, manual telah membincangkan peranan pelajar, guru, pihak

pentadbir sekolah, kaunselor dan ibu bapa serta tatacara tindakan yang perlu diambil

untuk menghindar dan menangani permasalahan ini. Bidang ini juga dilihat sebagai salah

satu bidang yang penting kerana ia boleh mengancam nilai-nilai agama dan nilai-nilai

murni yang diterapkan dalam sistem pendidikan kita. Jika tidak dibanteras di peringkat

sekolah takut akan merebak ke dalam masyarakat di luar sekolah (KPM, 2002).

Bidang terakhir yang dibincangkan dalam manual tersebut ialah Bidang Persekitaran dan

Lokasi Sekolah. Terdapat sekolah di kawasan luar bandar dan terdapat sekolah yang

terletak di bandar. Lokasi persekitaran sekolah juga berdekatan dengan sungai, lombong,

jalan/lebuh raya dan sebagainya. Oleh yang demikian, Kementerian Pelajaran Malaysia

melalui manual ini membincangkan tatacara sebagai panduan sebelum, semasa dan

selepas sesuatu masalah berkemungkinan berlaku disebabkan oleh persekitaran dan

lokasi sekolah yang pelbagai (KPM, 2002).

Rasional program ini ialah dalam banyak keadaan keselamatan di sekolah kerap

diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan selain daripada warga

sekolah yang terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal sekolah, keselamatan sosial,

emosi dan teknikal sekolah. Selain itu, kurang kerjasama daripada keluarga dan

masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan, dan keupayaan sekolah

dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga

dan komuniti (KPM,2002).

25
Berdasarkan Manual Sekolah Selamat ini juga, sesebuah sekolah yang selamat akan

memiliki ciri-ciri seperti sensitif dan rasa hormat kepada warga sekolah, bebas dari

sebarang ganguan, kebolehan menjangka tingkahlaku pelajar dengan jelas, dasar disiplin

yang konsisten, pelajar mencintai sekolah, menyokong dan mengiktiraf

tingkahlaku positif, proaktif tentang prosedur-prosedur keselamatan sekolah, warga

sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah, respon segera

terhadap kecemasan, penyenggaraan yang menepati masa, amalan kebersihan, serta bilik

darjah yang bersih dan tersusun.

Kesanggupan warga sekolah dan disokong dengan warga masyarakat sememangnya akan

menghasilkan sebuah sekolah yang selamat untuk murid-murid belajar dengan kondusif

dan selamat. Bukan itu sahaja, komitmen yang diberikan oleh semua pihak menjadikan

sekolah tersebut sekolah yang cemerlang dan terbaik seterusnya menjadi pilihan utama

bagi ibu bapa menghantar anak-anak mereka belajar.

Perancangan bagi mewujudkan sekolah selamat akan memberi peluang dan ruang kepada

sekolah dan masyarakat sekitar membentuk dan membaca strategi untuk mengatasi isu

keselamatan setempat. Bagi melicinkan pelaksanaan sekolah selamat, sekolah hendaklah

menubuhkan Jawatankuasa Sekolah Selamat (JKSS) yang keahliannya terdiri daripada

wakil sekolah, ibu bapa, agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Jawatankuasa ini berfungsi sebagai ahli masyarakat yang menjalankan beberapa tugas

penting dalam membantu pihak sekolah. Antaranya ialah menyediakan kod etika dan

26
tanggungjawab semua warga sekolah. menyediakan kod etika dan tanggungjawab pihak

lain (komuniti, keluarga), mempromosi secara aktif kod dan etika kepada semua warga

sekolah dan komuniti setempat, mendidik dan melatih guru, kakitangan sekolah dan ahli

komuniti akan prosedur keselamatan yang ada, memastikan wujud kesedaran di kalangan

semua pihak akan isu sekolah selamat, dan yang terakhir melaksana, menilai dan

mengkaji semula semua dasar dan prosedur sekolah selamat dari semasa ke semasa

(KPM, 2002).

Peranan yang besar dan penting perlu dimainkan oleh setiap ahli Jawatankuasa Sekolah

Selamat dalam merealisasikan Sekolah Selamat. Menurut buku Konsep dan Manual

Sekolah Selamat, antara peranan yang boleh dimainkan oleh pihak sekolah ialah

menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif untuk proses pengajaran dan

pembelajaran, memastikan semua warga sekolah sentiasa selamat semasa pergi dan balik

sekolah termasuk selamat semasa menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain aktiviti

luar bilik darjah, dan mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan

dengan Amalan Selamat di tempat yang sesuai (KPM, 2002).

Komuniti juga turut berperanan untuk menjadikan sekolah tempat yang selamat. Peranan

yang dimainkan bukan hanya di dalam sekolah bahkan di luar sekolah. Antara peranan

mereka di dalam sekolah ialah menyokong semua polisi, peraturan dan panduan yang

disediakan oleh pihak sekolah, memberi sumbangan material, idea dan kepakaran dalam

perkhidmatan mengawal keselamatan murid di sekolah, dan menerap nilai-nilai

kerohanian. Manakala peranan ahli komuniti di luar sekolah pula antaranya ialah

27
mewujudkan sistem pemantauan kawasan sekitar sekolah bagi mencegah

jenayah,mengelola dan menganjurkan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan

kesedaran kepada keselamatan sekolah, serta membimbing, menasihati dan menegur

golongan muda agar Budaya Selamat sentiasa diutamakan (KPM, 2002).

Dengan penglibatan semua pihak dalam mewujudkan sebuah sekolah yang selamat,

diharapkan semua warga sekolah berasa yakin untuk melakukan semua aktiviti mereka

dengan selamat setiap masa. Sekolah dilihat oleh ibu bapa dan komuniti sebagai tempat

yang selamat untuk anak-anak mereka menimba ilmu tanpa gangguan fizikal dan emosi.

Selain itu, setiap individu yang terlibat perlu bersikap positif terhadap orang lain,

memberi kerjasama, bebas dari sentimen perkauman dan diskriminasi jantina, dan jangan

mendera fizikal, mental dan emosi.

Walaupun Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan ’Konsep dan Manual

Sekolah Selamat’ sebagai panduan pelaksanaan dalam menjadikan sekolah selamat untuk

kanak-kanak belajar, namun masih berlaku peristiwa-peristiwa yang menyedihkan hingga

ada yang mendatangkan kecederaan, kemalangan dan kematian. Oleh itu, beberapa

prinsip dalam pengurusan polisi sekolah selamat perlu dipatuhi. Antaranya ialah setiap

aduan hendaklah diambil perhatian serius, setiap aduan hendaklah diambil tindakan serta

merta, perasaan setiap orang yang terlibat harus diambil kira, semua pihak yang terlibat

dengan aduan hendaklah dilayan secara adil/saksama dan tidak ada pihak yang teraniaya,

sesuatu kes tidak dianggap selesai selagi kedua-dua pihak tidak berdamai dan diterima

semula oleh warga sekolah, maklumat tentang dasar dan tatacara seharusnya mudah

28
dirujuk, dan tatacara seharusnya boleh difahami oleh semua pihak yang terlibat (KPM,

2002).

Bagi individu yang ingin membuat aduan pula, terdapat beberapa tatacara yang perlu

diikuti bagi memudahkan prosedur pengurusan aduan dilaksanakan dan tindakan dapat

diambil dengan cepat dan teus. Antaranya ialah berbincang terus dengan pihak yang

terlibat, dapatkan khidmat orang tengah yang sesuai seperti kaunselor ataupun berjumpa

dengan pengetua/guru besar atau wakilnya untuk memastikan aduan itu disiasat. Jika

aduan itu terbukti maka hukuman yang setimpal dikenakan dan dimaklumkan kepada

pengadu (KPM, 2002).

Berdasarkan huraian di atas, dapatlah difahami bahawa keselamatan di sekolah sering

diabaikan hingga berlakunya kejadian atau kemalangan yang tidak diingini. Ditambah

pula dengan kurangnya pendedahan maklumat dan kerjasama keluarga dan masyarakat.

Maka, berdasarkan rasional yang dinyatakan maka Kementerian Pelajaran Malaysia

mewujudkan Manual Sekolah Selamat yang diguna pakai di semua sekolah hingga

sekarang.

Berteraskan rasional pembentukan manual, ciri-ciri sekolah selamat, fungsi Jawatankuasa

Sekolah Selamat, prinsip sekolah selamat serta peranan yang dimainkan oleh sekolah,

komuniti dan keluarga diharapkan dapat meletakkan semua sekolah di Malaysia ini

dalam keadaan selamat bukan sahaja dari aspek fizikal sekolah, malahan emosi dan

mental warganya.

29
2.2.2 Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah

Untuk menilai keberkesanan dan sejauh mana tahap keselamatan sesebuah sekolah,

Kementerian Pelajaran Malaysia telah mewujudkan Sistem Penarafan Keselamatan

Sekolah (SPKS) yang telah dilaksanakan bermula tahun 2002 selaras dengan Peruntukan

130 Akta Pendidikan 1996 iaitu menerusi Subseksyen 2(n) yang menjelaskan tentang

piawaian termasuklah piawaian mengenai keselamatan. SPKS bertujuan untuk membuat

penilaian dan piawaian tahap keselamatan yang hendak dinilai di sekolah bagi

mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. Selain itu, output yang dihasilkan

daripada sistem ini juga membolehkan warga sekolah sentiasa sedar dan peka terhadap

kemungkinan yang boleh menyebabkan berlakunya kejadian yang tidak diingini ke atas

diri mereka termasuklah langkah-langkah proaktif yang dapat menjamin keselamatan

warganya.

Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah menggunakan satu mekanisme penarafan

keselamatan kendiri yang standard iaitu Piawaian Keselamatan Sekolah (PKS). Maka,

instrumen yang digunakan merupakan penarafan kendiri yang terdiri ialah 5 aspek utama

yang mengandungi 70 item. 5 aspek utama tersebut ialah pengurusan keselamatan aktiviti

murid, pengurusan keselamatan infrastruktur sekolah, pngurusan keselamatan dalam

menghadapi krisis dan bencana, pengurusan keselamatan dalam menangani gejala sosial

serta pengurusan keselamatan dalam menghadapi risiko ancaman. Namun begitu,

penambahbaikan dilakukan oleh pihak berkenaan dalam menaik taraf sistem penarafan

tersebut. Daripada 5 aspek yang dinilai, kementerian telah menambah satu lagi aspek

30
menjadikannya kini 6 aspek iaitu pengurusan perkhidmatan pengawal keselamatan

sekolah yang memberi fokus kepada tatacara mengurus dan menyelia perkhidmatan yang

diberikan oleh pengawal keselamatan (KPM, 2002).

Setiap aspek diperlihatkan melalui senarai item. Setiap item perlu diberi skor yang telah

ditetapkan. Terdapat 4 pilihan skor yang perlu dipilih oleh sekolah. Ianya ialah 0 yang

bererti tiada, skor 1 bererti sebahagian kecil arahan-arahan keselamatan dapat

dilaksanakan, dan skor 2 pula bererti sebahagian besar arahan-arahan keselamatan dapat

dilaksanakan. Manakala skor keempat ialah Tidak Berkaitan bererti item tersebut tiada

kaitan dengan sekolah berkenaan. Skor yang dipilih oleh sekolah hendaklah berasaskan

kepada data dan maklumat yang betul dan tepat. Ini adalah kerana instrumen ini bukan

sahaja digunakan oleh pihak sekolah bahkan ia juga diguna pakai oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah semasa

menjalankan pemantauan keselamatan di sekolah (KPM, 2002).

Selepas pemilihan skor, pengiraaan skor perlu dibuat bagi mendapatkan Penarafan

Piawaian Keselamatan Sekolah berdasarkan Peratus Pencapaian. Penentuan piawaian

sekolah yang dipantau dikategorikan berdasarkan peratusan pencapaian seperti dalam

jadual di bawah.

Jadual 1 Jadual Piawaian Sekolah

PERATUS
BIL. KATEGORI PIAWAIAN SEKOLAH
PENCAPAIAN

31
1 80 – 100 I Sekolah Selamat
2 50 – 79 II Memerlukan Peningkatan Tahap
Keselamatan Sekolah
3 0 – 49 III Memerlukan Perhatian Khusus Terhadap
Keselamatan Sekolah

Penarafan kendiri oleh pihak sekolah dan pemantauan yang dijalankan oleh pihak PPD,

JPN atau KPM ini akan menjadi penentu kedudukan sekolah berada pada tahap

keselamatan yang mana. Dengan erti kata lain, pihak pentadbir dapat mengenalpasti taraf

keselamatan sekolah yang ditadbirnya. Secara tidak langsung, pihak sekolah akan

menambahbaik pengurusan keselamatan di sekolah mereka dari semua aspek yang

dikemukakan.

2.3 Kajian Lepas Di Dalam Negara

Kajian berkaitan dengan sekolah selamat amat sedikit dijalankan di Malaysia. Namun

begitu, terdapat kajian-kajian lepas yang melibatkan keselamatan di sekolah dan pusat

pengajian tinggi. Maka, penyelidik telah memilih untuk meneliti kajian-kajian yang

dijalankan oleh Mohd Muzakir (2015), Nur Fazreen (2013) dan Norlia & Sufean (2006).

Kajian yang dijalankan oleh Mohd Muzakir (2015) ialah berkenaan Peranan Pengurusan

Pengetua Sekolah Agama Bantuan Kerajaan Terhadap Dasar Sekolah Selamat. Kajian ini

mengkaji peranan yang dimainkan oleh pengurusan pengetua di Sekolah Agama Bantuan

Kerajaan (SABK) terhadap dasar sekolah selamat. Menurut pengkaji, pengetua

berperanan sebagai penjaga (in loco parentis), penyelesai masalah dan penghubung.

Maka, kajian juga bertujuan mengenal pasti hubungan antara setiap peranan pengurusan

dengan tahap keselamatan sekolah. Kajian ini juga menggunakan soal selidik yang
32
disesuaikan daripada Sistem Penarafan Keselamatan Sekolah, Kementerian Pelajaran

Malaysia.

Dengan menggunakan responden seramai 217 orang yang terdiri daripada guru,

kakitangan sekolah dan ahli jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)

mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara peranan pengurusan

pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah berdasarkan aspek pengetua sebagai

penjaga, penyelesai masalah dan penghubung iaitu sebanyak 22.2 peratus.

Kajian kedua yang dibincangkan ialah Kesedaran Terhadap Amalan Keselamatan Dalam

Kalangan Pelajar di Makmal Kejuruteraan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

(UTHM) yang dijalankan oleh Nur Fazreen (2013). Pengkaji mengkaji tahap kesedaran

terhadap amalan keselamatan di makmal kejuruteraan dalam kalangan pelajar yang

meragkumi tiga aspek utama iaitu penguasaan pengetahuan amalan keselamatan, sikap

pelajar terhadap amalan keselamatan dan penguasaan kemahiran pelajar terhadap amalan

keselamatan semasa bekerja di makmal kejururteraan. Selain itu, kajian juga melihat

perbezaan tahap kesedaran terhadap amalan keselamatan di makmal kejuruteraan dalam

kalangan pelajar mengikut jantina.

Seramai 368 orang responden terlibat dalam kajian ini dan kajian ini berbentuk

kuantitatif. Responden diberikan instrumen kajian berbentuk soal selidik yang

mengandungi 40 item. Hasil kajian mendapati tahap kesedaran terhadap amalan

keselamatan makmal kejuruteraan dalam kalangan pelajar berada di tahap yang positif.

33
Dapatan kajian juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara

pelajar lelaki dan pelajar perempuan terhadap tahap kesedaran amalan keselamatan

semasa bekerja di makmal kejuruteraan.

Kajian seterusnya ialah kajian yang dijalankan oleh Norlia & Sufean (2006). Dengan

mengemukakan kajian bertajuk Dasar Sekolah Selamat: Tinjauan Di Satu Zon Bandar

Raya Kuala Lumpur. Pengkaji telah mengkaji taraf keselamatan sekolah dalam aspek

keadaan bangunan dan persekitaran, kebersihan sekolah, dan disiplin dan budaya hormat

di sekolah. Selain itu, kajian ini juga mengkaji sejauh mana tindakan dan kegiatan yang

dijalankan dapat meningkatkan keselamatan sekolah.

Kajian dijalankan ke atas 100 orang guru dari 3 buah sekolah menengah di satu zon di

Kuala Lumpur. Sekolah-sekolah yang dipilih merupakan sebuah sekolah yang didirikan

oleh mubaligh Kristian di Brickfields yang bererti tidak ditaja penuh oleh kerajaan dan

dua buah sekolah lagi merupakan sekolah kerajaan biasa. Sekolah-sekolah yang dipilih

ini juga merupakan sekolah-sekolah yang telah dibina melebihi 30 tahun dan terletak di

kawasan yang berstatus sosioekonomi yang rendah. Sekolah-sekolah tersebut dipilih

bertujuan untuk melihat sejauh mana sekolah yang kurang dananya mampu untuk

menyelenggara dan baik pulih sekolah.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa sekolah-sekolah yang dikaji belum mencapai

tahap keselamatan yang memuaskan terutama pada keadaan bilik darjah, makmal dan

tandas. Keputusan analisis daripada dapatan kajian juga mendapati bahawa 60%

34
menyatakan berpuas hati dengan tindakan dan aktiviti yang dijalankan dalam memastikan

keselamatan di sekolah.

Berdasarkan ketiga-tiga kajian tersebut, tahap kesedaran terhadap keselamatan sekolah

masih kurang memuaskan. Namun begitu, bagi bilik khas seperti makmal kejuruteraan

seperti dalam kajian di atas, menunjukkan bahawa pelajar telah mempunyai kesedaran

tersebut. Ini mungkin disebabkan oleh kematangan para pelajarnya di peringkat universiti

berbanding pelajar-pelajar di peringkat sekolah. Walaupun warga sekolah mengetahui

kepentingan dan amalan sekolah selamat, namun tanpa kerjasama pihak luar seperti

komuniti dan masyarakat menyukarkan pelaksanaan dan amalan terhadap murid-murid.

Pihak pentadbiran sekolah atau institusi pendidikan perlu sering menjalankan aktiviti

yang akan menerapkan nilai-nilai murni sejajar dengan konsep Sekolah Selamat supaya

amalan sekolah selamat dapat memberi impak yang positif di kalangan warga sekolah.

2.4 Kajian Lepas Di Luar Negara

Sekolah selamat bukan sahaja menjadi salah satu isu penting di Malaysia, tetapi juga di

luar negara. Kajian lepas dari luar negara yang yang dibentangkan di dalam kajian ini

merupakan kajian yang dibuat di Filipina, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Kajian-

kajian yang dipilih ialah kajian-kajian yang telah dijalankan oleh Finley (2002), Mwale

(2006) dan Glariana & Solar (2015).

Finley (2002) dalam kajiannya bertajuk ’Teachers’ Perceptions Of School Safety, Safety-

Based Changes, And Their Resultant Impact On School Climate: A Case Study’

35
membincangkan mengenai persepsi guru tentang keganasan di sekolah. Kajian dijalankan

di sebuah sekolah di pedalaman Midwest, Michigan.

Menurut Finley (2002), beliau cuba merungkai sejauh mana suara guru didengari dengan

mengkaji tentang maklum balas guru terhadap keganasan di sekolah, serta pemahaman

mereka tentang kesan keganasan di sekolah dan perubahan terhadap iklim sekolah. Beliau

juga melihat sejauh mana kerjasama antara guru dan pentadbir sekolah, guru dan guru

serta guru dan murid dalam menangani keganasan di sekolah. Menggunakan kaedah

kumpulan berfokus, Laura L. Finley telah membahagikan persepsi guru terhadap

keganasan di sekolah ini untuk dilihat melalui perbezaan jantina dan perbezaan bilangan

tahun mengajar.

Hasil kajian beliau merumuskan bahawa terdapat kurangnya kerjasama di antara guru dan

pentadbir, guru dan guru serta guru dan murid. Ini menyebabkan bilangan keganasan di

sekolah menjadi tinggi kerana tiada jalan penyelesaian dibincangkan dan di ambil

tindakan. Dari aspek jantina pula, pengkaji mendapati guru wanita lebih bersikap positif

dalam menangani isu keganasan di sekolah berbanding guru lelaki. Pengkaji juga

mendapati guru yang lebih berpengalaman itu lebih positif memberikan komitmen

mereka untuk menangani isu tersebut.

Kajian kedua ialah kajian yang dijalankan oleh Mwale (2006) yang bertajuk Safe School

for Teaching and Learning: Developing a School-wide, Self-study Process. Kajian

dijalankan ke atas 28 orang guru sekolah rendah awam di Malawi, Afrika Selatan untuk

36
melihat persepsi guru terhadap faktor-faktor yang menyumbang kepada persekitaran

sekolah selamat. Kajian adalah berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Instrumen yang

digunakan ialah soal selidik yang mengandungi 69 item dan task force. Melalui soal

selidik, penyelidik cuba mendapatkan jawapan mengenai faktor-faktor yang

menyumbang kepada persekitaran belajar yang selamat dan tidak selamat. Ia juga

merupakan pra ujian dalam kajian tersebut. Melalui task force pula, perbincangan dan

temubual dengan guru serta penyertaan penyelidik dalam aktiviti guru di dalam kelas

dapat merungkai persepsi guru tentang aktiviti-aktiviti di dalam kelas yang menyumbang

kepada pembelajaran persekitaran yang selamat. Penyelidik juga bersama-sama dengan

guru menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran selama 5 minggu.

Daripada dapatan kajian melalui kaedah soal selidik, menunjukkan bahawa terdapat 3

faktor utama yang menyumbang kepada persekitaran pembelajaran yang selamat. 3 faktor

tersebut ialah penyelenggaraan sekolah, tingkah laku guru dan tingkah laku murid, dan

keselamatan dalam sekolah. Analisa menunjukkan bangunan dan padang tidak

diselenggara dengan baik. Murid-murid sering bergaduh sesama mereka dan begitu juga

terdapat guru yang tidak mempercayai sesama mereka.

Dapatan kajian daripada kaedah task force pula menunjukkan bahawa 3 kategori yang

dapat disimpulkan iaitu perubahan tingkah laku guru, perancangan yang efektif untuk

pengajaran yang efektif, dan perubahan tingkah laku murid-murid. Pemerhatian dan

temubual yang dijalankan oleh penyelidik mendapati terdapat perubahan dari aspek

tingkah laku murid-murid begitu juga dengan guru. Tiada lagi pergaduhan berlaku di

37
antara murid dan rasa selamat ketika di sekolah. Begitu juga dengan para guru yang

semakin mesra sesama mereka. Tingkah laku yang positif mewujudkan keseimbangan

mental dan emosi hingga menggalakkan guru-guru merancang sesi pembelajaran yang

efektif. Penyelidik dapat melihat perubahan yang jelas terhadap tingkah laku murid

apabila sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan dengan efektif ditambah pula

dengan pelbagai teknik dan kaedah pengajaran digunakan.

Pilihan kajian terahir yang dikaji ialah Status of School Safety and Security among

Elementary Schools in the Fifth Class Municipality yang disediakan oleh Glariana &

Solar (2015). Kajian ini dijalankan di sekolah rendah di Libertad, Misamis Oriental,

Filipina. Penyelidik telah membuat kajian untuk menentukan status keselamatan dari

aspek kedudukan sekolah, padang, perkhidmatan kantin, keselamatan air, keselamatan

kebakaran, kawalan keselamatan sekolah, keselamatan bangunan dan kemudahan

kebersihan. Kajian kuantitaif digunakan dengan mengedar soal selidik dan dapatan kajian

di analisa untuk menentukan status sekolah selamat. Soal selidik diambil berdasarkan

2010 Educational Facilities Manual.

Dapat kajian mendapati 8 buah sekolah yang dikaji tidak memenuhi standard yang telah

ditetapkan oleh manual 2010 Educational Facilities Manual di mana status mereka

berada pada below standard. Terdapat juga beberapa aspek keselamatan yang tidak

dijalankan dan diabaikan. Sebagai contoh, dalam aspek kemudahan kebersihan, didapati

indikator kemudahan sinki membasuh tangan di setiap kelas ada di semua sekolah yang

dikaji tetapi 5 buah sekolah menunjukkan bahawa ianya tidak berfungsi. Penyelidik

38
memaklumkan bahawa murid-murid menggunakan air yang terdapat daripada shallow

well sebagai sumber air. Ini akan mengundang bahaya penyakit dan kemalangan.

Maka, penyelidik telah membuat rumusan bahawa hipotesis status sekolah selamat

terhadap ke lapan-lapan sekolah yang terlibat tidak diterima. Ini adalah kerana sekolah-

sekolah terlibat tidak selamat untuk murid-muridnya berdasarkan 2010 Educational

Facilities Manual.

Berdasarkan ketiga-tiga kajian di atas, aspek keselematan di sekolah bukan hanya

tertumpu kepada infrastruktur bangunan dan persekitaran sekolah sahaja. Ia juga

melibatkan perasaan dan emosi serta rasa selesa warga sekolah ketika berada di dalam

kawasan sekolah. Dua kajian di atas menunjukkan masalah disiplin di kalangan para

pelajar. Secara tidak langsung akan menjejaskan pembelajaran mereka. Oleh yang

demikian, perlu wujud keseimbangan dari aspek keselamatan persekitaran sekolah, emosi

dan sahsiah warga sekolah bagi menjamin sesebuah sekolah itu selamat.

2.5 Rumusan

Dalam bab ini telah dibincang mengenai model pilihan penyelidik mengenai sekolah

selamat. Model yang digunakan tentulah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia kerana ianya sangat bersesuaian dengan persekitaran dan budaya masyarakat

Malaysia. Turut dibincangkan tentang kajian-kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji-

pengkaji yang lain di Malaysia dan negara-negara luar. Selepas ini dalam bab seterusnya,

akan dibincangkan mengenai metodologi kajian ini.

39
BAB TIGA

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pendahuluan

Metodologi kajian menerangkan secara terperinci kaedah dan prosedur pengumpulan data

bagi sesuatu penyelidikan. Oleh itu, metodologi kajian dapat menjelaskan bentuk rangka

kerja untuk menjalankan sesuatu kajian dan merupakan bahagian penting digunakan

untuk memastikan kajian yang dijalankan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang

betul. Justeru, metodologi kajian digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat

dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai. Perkara-perkara yang akan dibincangkan

dalam bab ini terdiri daripada rekabentuk kajian, populasi responden kajian, instrumen

kajian, prosedur kajian, kesahan dan kebolehpercayaan, tatacara pemungutan data,

penganalisaan data dan kajian rintis.

3.2 Reka Bentuk Kajian

Metodologi yang bersesuaian amatlah perlu dalam proses untuk meninjau persepsi guru

terhadap amalan keselamatan di sekolah. Mengikut Nolan, Hawkes dan Francis (1993),

adalah sukar untuk kita meneroka sepenuhnya ciri-ciri pengajaran guru sekiranya hanya

bergantung kepada satu kaedah sahaja. Oleh sebab faktor kekangan masa, pengumpulan

data diperolehi melalui kaedah penyelidikan kualitatif iaitu temu bual dan pemerhatian.

Soalan yang ditanya hanya berdasarkan tiga elemen yang dinyatakan di dalam Instrumen

Piawaian Keselamatan Sekolah. Seramai lima orang guru di sebuah sekolah di daerah

Baling akan terlibat. Lokasi sekolah ini terletak di dalam bandar Baling. Selain itu,
40
penyelidik juga akan membuat pemerhatian secara langsung dengan merekod secara

bertulis keadaan amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir, semasa

rehat di kantin sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah.

3.3 Kaedah Kajian

Dalam kajian ini, penyelidik menggunakan kaedah kualitatif yang melibatkan kajian kes.

Metod kualitatif boleh digunakan untuk mendapatkan pemahaman yang lebih baik

tentang sesuatu fenomena yang belum lagi diketahui (Straus & Corbin, 1990, dalam

Othman Lbear, 2007). Ini bermaksud, melalui kajian kualitatif, penyelidik boleh

meninjau persepsi guru terhadap amalan sekolah selamat.

Kajian yang dijalankan ini adalah berbentuk rakaman suara temu bual dengan 5 orang

guru yang dipilih secara rawak dan sukarela. Temu bual dilaksanakan secara tidak formal

dan tidak memberi tekanan terhadap responden. Bahasa yang digunakan juga adalah

secara santai. Temu bual dan rakaman yang dijalankan dilaksakan dalam tempoh 10-20

minit sahaja. Menurut Creswell (1968), kualitatif merupakan satu proses ingin tahu untuk

memahami masalah sosial atau masalah manusia, berdasarkan kepada gambaran yang

menyeluruh dan kompleks melalui pandangan informan yang mendalam serta dijalankan

dalam keadaan sebenar dan semula jadi.

Selain itu, penyelidik akan memerhati keadaan ciri-ciri sekolah yang ada dan yang tidak

memenuhi syarat sekolah selamat di tempat kajian. Catatan bertulis akan digunakan

41
untuk merekod pemerhatian. Menurut Merriam (2002), pemerhatian adalah cara terbaik

untuk mengumpul data asal ‘first hand encounter’ tentang guru atau tempat yang dikaji.

3.3.1 Pemerhatian

Kaedah pemerhatian dengan menggunakan kaedah kualitatif membolehkan perlakuan

diperhati sebagai sesuatu yang berlaku secara semula jadi (Punch, 2001). Terdapat

beberapa kebaikan menggunakan kaedah pemerhatian. Menurut Hancock (1998), dua

kebaikan utama pengumpulan data menggunakan cara pemerhatian ialah pemerhatian

membolehkan pengkaji melihat situasi secara menyeluruh dan dalam konteks

penyelidikan, pemerhatian adalah terbuka kepada penggunaan peralatan rakaman visual

dan audio. Denzin dan Lincoln (1998) pula berpendapat bahawa pemerhatian adalah

kaedah pengumpulan data yang dapat meningkatkan semakan secara cross referencing ke

atas data yang diperoleh, terutamanya apabila digunakan bersama kaedah pengumpulan

data yang lain. Sehubungan dengan itu, kaedah ini dianggap sebagai bersesuaian dengan

tujuan kajian, iaitu meninjau persepsi guru terhadap amalan sekolah selamat.

Memandangkan tujuan utama kajian ini adalah untuk meninjau sejauhmana persepsi guru

terhadap amalan sekolah selamat di sekolah mereka, pemerhatian persekitaran sekolah

secara berturut-turut boleh meningkatkan kebolehpercayaan dapatan data. Pemerhatian

digunakan dapat berfungsi sebagai hala tuju penyelidikan yang terancang, spontan,

direkodkan secara tersusun, dan faktor kesahan dan kebolehpercayaannya dan dikawal

(Kidder, 1981). Melalui pemerhatian penyelidik dapat meneroka proses sekolah selamat

yang diamalkan dari kaca mata mereka sendiri. Selain itu, berdasarkan rasional kelebihan

42
teknik pemerhatian yang digariskan oleh Merriam (1988) dan Ely et al. (1998), orang luar

akan dapat memerhatikan perkara yang biasanya dianggap rutin oleh peserta kajian yang

merupakan orang yang terlibat. Data yang dikumpul daripada pemerhatian langsung

(iaitu dengan cara melihat dan mendengar apa yang berlaku di tempat kejadian) mampu

membekalkan maklumat yang kaya dan boleh menambah kebolehpercayaan kepada

penyelidikan yang dijalankan. (Delmont, 1992; Hammerseley dan Atkinson, 1995).

Berdasarkan strategi yang dicadangkan oleh Spradley (1980), penyelidik memfokuskan

dengan meninjau secara luas apa yang berlaku di sekolah. Pemerhatian dibuat pada masa

yang sama selama tiga hari berturut-turut iaitu pada jam 7.00 pagi hingga 7.45 pagi

(waktu murid hadir ke sekolah), jam 9.45 pagi hingga 10.15 pagi (waktu murid tahap satu

rehat), dan jam 1.15 tengahari hingga 1.30 petang (waktu murid balik). Pemerhatian

memfokus untuk melihat sejauhmana keselamatan murid semasa hadir dan balik ke

sekolah di pintu pagar sekolah pada waktu pagi dan tengahari. Manakala pada waktu

rehat pemerhatian di kantin sekolah dibuat. Pemerhatian ini membolehkan penyelidik

mendapat gambaran yang jelas sejauhmana amalan sekolah selamat dilaksanakan

dilaksanakan di sekolah yang dikaji.

Selain itu, pemerhatian secara keseluruhan tempat kajian juga dicatat seperti keadaan

bangunan adalah menepati piawaian keselamatan sekolah, papan tanda disediakan,

rumput dalam keadaan pendek, tiada benda berbahaya diletakkan sebarangan seperti kayu

terpakai, besi buruk, meja kerusi yang patah dan sebagainya.

43
3.3.2 Temu bual

Temubual adalah satu kaedah pengumpulan data yang paling biasa digunakan dalam

penyelidikan sosial (Cohen & Manion, 1989), termasuklah penyelidikan dalam bidang

pendidikan. Seperti mana yang didapati oleh Kagan (1992), temu bual merupakan

kaedah yang paling kerap digunakan dalam penyelidikan tentang pengetahuan dan

kepercayaan guru. Dalam sesebuah kajian kes yang bersifat kualitatif, cara yang lazim

digunakan untuk mengutip data deskriptif adalah melalui temu bual (Merriam, 1988).

Penggunaan teknik ini lebih ketara dalam kajian yang melibatkan pemerhatian peserta

(Bogdab & Biklen, 1998).

Patton (1980) menyatakan tujuan temubual sebagai “We interview people to find out from

them things we cannot directly observe…. We cannot observe feelings, thoughts, and

intentions…. We cannot observe how people organized the world and meaning they

attach to what goes on in the world – we have to ask questions about those things. The

purpose of interviewing, then, is to allow us to enter into the other person’s perspectives”

(hlm.196). Daripada pernyataan Patton (1980) itu, temu bual boleh disifatkan sebagai

sebuah saluran kepada penyelidik untuk mendekati dunia peserta kajian dan juga

memahami apa yang sebenarnya dialami dan difikirkan oleh mereka. Perkara ini penting

bagi kajian ini memandangkan tujuan kajian adalah untuk memahami sejauhmana amalan

sekolah selamat diamalkan di sekolah mengikut persepsi guru.

Penggunaan teknik temubual juga membolehkan penyelidik mengumpul pendapat,

pemikiran, pandangan dan pengalaman dalam bentuk pernyataan langsung daripada

44
peserta kajian sendiri. Mengikut Bogdan dan Biklen (1998), pernyataan langsung seperti

ini akan dapat membantu penyelidik membentuk “insight on how subjects interprete

some piece of the world” (hlm.135). Sebagai contoh, dalam sesi temu bual yang

dinyatakan dengan peserta kajian, penyelidik merakamkan apa yang dinyatakan oleh

mereka secara langsung dengan menggunakan perakam suara. Dengan cara ini,

penyelidik berupaya untuk merakam pernyataan peserta kajian tentang pendapat dan

pengalaman mereka bersabit dengan amalan sekolah selamat di sekolah mereka.

Teknik temu bual juga digunakan kerana ia merupakan satu cara yang cepat untuk

mendapat maklumat yang banyak dalam satu masa singkat (Merriam, 1988). Dalam

usaha penyelidik mendapatkan gambaran holistik tentang pelaksanaan amalan sekolah

selamat di persekitaran sekolah, tanggapan dan pandangan guru yang terlibat juga

diperlukan. Memandangkan waktu persekolahan yang penuh dengan jadual pengajaran

dan pembelajaran, serta hanya seorang penyelidik yang menjalankan penyelidikan, maka

kaedah temu bual merupakan satu cara yang senang bagi penyelidik untuk mendapatkan

temu bual pada bila-bila masa yang boleh diluangkan oleh para guru iaitu pada masa guru

tidak mengajar.

Dalam kajian kes ini, penyelidik menjalankan temu bual secara dan secara tidak formal.

Pada permulaan pengutipan data pada peringkat pertama terutamanya, banyak temu bual

tidak formal dijalankan dalam proses menjalinkan kebiasaan dan hubungan keakraban

dengan sekolah dan juga orang-orang yang berada di sekolah tersebut. Boleh dikatakan

temu bual yang dijalankan dapat mengurankan situasi ketegangan di kalangan mereka

45
yang ditemu bual. Temu bual seperti ini sering dikenali sebagai conversation interviews

(Patton, 1980) dan conversation with a purpose (Marshall & Rossman, 1989).

Untuk tujuan temu bual yang dijalankan dalam kajian ini, penyelidik cuba untuk

menjalankan temu bual secara tidak formal bagi menggalakkan para guru bebas untuk

meluahkan perasaan dan mengemukakan pendapat mengikut perspektif mereka sendiri.

Hal ini dapat dijalankan dengan memberi peluang kepada mereka untuk mengemukakan

soalan dan memberi pendapat. Untuk tujuan yang sama juga, kebanyakan temu bual tidak

formal ini tidak dirakamkan tetapi ditulis dalam buku catatan lapangan. Walau

bagaimanapun, sekiranya rakaman diperlukan, persetujuan guru diminta terlebih dahulu

dan temu bual formal diaturkan. Selaras dengan dengan sifat tidak normal, kebanyakan

temu bual dibuat di tempat yang disenangi oleh guru yang ditemu bual. Justeru itu,

pelbagai tempat temu bual yang dibuat dengan peserta kajian dijalankan iaitu di bilik

guru, di bilik khas atau di kantin semasa rehat.

Sebagaimana yang telah dinyatakan, temu bual formal turut dilakukan oleh penyelidik.

Bagi memudahkan penyelidik mendapatkan pernyataan langsung daripada peserta kajian

tentang topik yang dikemukan, rakaman dibuat untuk setiap temu bual yang dijalankan.

Setiap peserta kajian ditemu bual secara individu tentang amalan sekolah selamat yang

dilaksanakan di sekolah mereka. Tempoh bagi sesebuah temu bual ini biasanya

mengambil masa dari 10 minit ke 20 minit sahaja. Soalan kajian yang dikemukakan telah

diubahsuai dan diadaptasi daripada Buku Manual Sekolah Selamat dan Instrumen

Piawaian Keselamatan Sekolah. tumpuan yang berikut dijadikan tumpuan dalam temu

46
bual yang dijalankan: (a) pengurusan keselamatan aktiviti murid, (b) pengurusan

keselamatan infrastuktur sekolah, (c) pengurusan keselamatan dalam menghadapi krisis

dan bencana, (d) pengurusan keselamatan dalam menangani gejala sosial, (e) pengurusan

keselamatan dalam menghadapi risiko bencana, dan (f) pengurusan perkhidmatan

pengawal keselamatan.

3.3.3 Kajian Kes

Menurut Burn (1995), Merriam (2002) dan Yin (1995), penggunaan reka bentuk

penyelidikan kajian kes dalam penyelidik kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian

melibatkan pemerhatian seorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga,

satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Sesuatu kajian kes memberi

fokus kepada subjek yang mempunyai sesuatu criteria atau ciri yang ingin dikaji. Ini

bermakna sesuatu kajian kes kebanyakkannya mengkaji tentang individu atau peristiwa-

peristiwa dalam lingkunagan budaya dan persekitaran mereka (Burn, 1995).

Beberapa orang pengkaji telah menekankan kebaikan kajian kes. Merriam (1998)

menyatakan kajian kes digunakan untuk meningkatkan kefahaman y ang mendalam

tentang subjek yang dikaji, memberi fokus kepada aspek proses berbanding output,

mementingkan penemuan bukannya pengesahan sesuatu teori atau dapatan. Yin (1995)

pula menyatakan kajian kes adalah berkaitan dnean strategi penyelidikan yang

memfokuskan kepada persoalan ‘bagaimana’ atau ‘apakah’. Ini bermakna kajian kes

membolehkan penyelidikan yang menyeluruh atau holistic bagi mengetahui cirri-ciri

dalam sesuatu peristiwa atau kehidupan sebenar. Untuk mendapatkan gambaran yang

47
lengkap, sesuatu kajian kes mesti mengumpulkan data daripada pelbagai sumber bagi

membolehkan kefahaman yang mendalam terhadap sesuatu penyelidikan (Burn,1995).

Penggunaan kajian kes hakikatnya boleh membantu penyelidik untuk memahami sesuatu

isu atau objek yang kompleks secara terperinci dengan hanya menggunakan sampel kecil.

Menurut Merriam (2002), kajian kes sesuai unutuk memperoleh pemahaman secara

mendalam tentang masalah-masalah kritikal berhubung dengan sesuatu amalan;

meluaskan lagi asas pengetahuan pelbagai aspek pendidikan; mempertingkatkan atau

memperbaiki amalan atau masalah yang dihadapi dalam sesuatu situasi. Ini bertepatan

dengan kajian yang dilakukan oleh penyelidik di mana penyelidik ingin meneroka

sejauhmana persepsi amalan sekolah selamat di tempat responden.

Kajian kes ialah reka bentuk penyelidikan yang sesuai digunakan jika fokus penyelidikan

adalah tentang proses (Merriam, 2002) kerana dapat memberikan gambaran atau pola

untuk memahami proses itu. Robert Yin, dalam buku beliau Case Study Research:

Design and Methods, mendefinisikan kajian kes sebagai “an empirical inquiry that

investigate a contemporary phenomenon within its real-life context; when the boundaries

between phenomenon and context are not clearly evident; and in which multiple sources

of evidence are used” (Yin, 1995, hlm. 23). Hal ini bermakna bahawa kajian kes

merupakan satu reka bentuk yang sangat sesuai digunakan apabila fenomena yang ingin

diselidik tidak mudah dibezakan daripada konteksnya. Contohnya apabila penyelidik

ingin melihat sejauhmana amalan sekolah selamat dilaksanakan di sekolah dan apakah

persepsi guru terhadap proses pelaksanaan sekolah selamat di sekolah mereka.

48
3.4 Etika Dalam Penyelidikan

Isu-isu etika sangat penting dalam penyelidikan sebagai panduan untuk melengkapkan

setiap kajian yang dijalankan. Penyelidik yang tidak mematuhi etika penyelidikan akan

merosakkan reputasi penyelidikan social.

Tingkah laku beretika diberikan perhatian yang seius dalam penyelidikan kualitatif

kerana ia melibatkan manusia sebagai responden. Ia memberi kaitan langsung terhadap

kehidupan responden yang dikaji. Terdapat 7 elemen penting yang ditekankan penyelidik

iaitu bahasa, perasaan responden, etika dalam semua peringkat kajian, mengetahui tahap

pendidikan responden, berterus-terang dengan responden, utarakan data yang tepat, dan

menjaga kerahsiaan responden. Elemen pertama iaitu bahasa, penyelidik telah

menyediakan maklumat lengkap dan bahasa yang mudah difahami serta santai.

Penerangan juga perlu supaya responden memahami apa yang diinginkan oleh pengkaji.

Bagi eleemen kedua pula iaitu perasaan responden, penyelidik tidak akan memberikan

tekanan kepada repsonden untuk menjawab soalan. Responden berhak untuk tidak mahu

menjawab soalan-soalan tertentu atau tidak mahu memberi penjelasan kepada jawapan

pendek yang telah diberikannya. Pengkaji juga tidak akan memberi soalan yang mungkin

akan menyebabkan responden terasa.

Elemen yang ketiga ialah etika dalam semua peringkat kajian iaitu penyelidik harus

mementingkan etika pemilihan permasalahan kajian, tentukan kaedah penyelidikan,

pengumpulan data, penganalisaan data, intepretasi dan melaporkan kajian. Seterusnya

elemen keempat, mengetahui tahap pendidikan responden di mana penyelidik mengabil

49
kira tahap pendidikan responden yang ingin dikaji. Penyelidik tidak boleh memberi tugas

yang tidak wajar atau rumit kepada responden. Keadaaan ini juga berlaku akan

menyukarkan proses penyelidikan dan akan mendatangkan tindak balas yang negative

daripada sampel yang dikaji. Elemen yang kelima ialah berterus-terang dengan responden

iaitu penyelidik harus memberikan penjelasan kepada responden tentang matlamat dan

tujuan kajian. Semua maklumat perlu dijelaskan termasuk prosedur yang terlibat dalam

kajian. Dengan itu, responden akan secara sukarela melibatkan diri dalam kajian

berkenaan.

Elemen keenam yang turut ditekankan ialah utarakan data yang tepat iaitu bertindak

memberikan data yang tidak lengkap, terkeluar dari konteks, memalsukan penemuan atau

kemukakan fakta yang mengelirukan dianggap melanggar tatasusila penyelidikan. Dan

elemen yang terakhir ialah menjaga kerahsiaan responden iaitu penyelidik sama sekali

tidak boleh mendedahkan maklumat mengenai responden sehingga ia boleh menggugat

keselamatan atau maruah responden. Hak-hak peribadinya harus dipelihara dan tidak

boleh jatuh ke tangan pihak ketiga.

Oleh sebab itu, mematuhi etika penyelidikan adalah tanggungjawab dan amanah

penyelidik. Kegagalan mematuhi etika berkenaan akan mengugat kesahan dan

kebolehpercayaan kajian yang dilakukan.

50
3.5 Instrumen Kajian

Pengkaji akan menggunakan rakaman audio sebagai instrumen untuk merakam temu bual

guru. Rakaman ini bertujuan untuk meneroka perbezaan persepsi guru-guru terhadap

amalan di sekolah mereka. Selain rakaman audio, penyelidik juga akan membuat

pemerhatian dan membuat catatan sejauhmana pelaksanaan amalan sekolah selamat

dilakasanakan di sekitar tempat kajian.

3.5.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (realibility) instrumen amat penting bagi

mempertakankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi

nilai dan tahap kesahan serta kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data

yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti. Dalam proses

menyiapkan transkripsi setiap perkataan yang disebut guru dan setiap tindakan guru

semasa rakaman, ketepatan isi kandungan transkripsi serta penghuraian tingkahlaku dan

kata-kata guru dapat disahkan dengan mengulang tayang rakaman suara dan meneliti

semula temuramah berkenaan.

3.5.2 Kesahan Pemerhatian

Kebolehpercayaan merupakan elemen penting dalam kaedah kualitatif kerana kredibiliti

sesuatu dapatan kajian dan tafsirannya bergantung kepada kesungguhan seseorang

pengkaji untuk membuktikan kebolehpercayaan (Glesne, 1999). Dalam hal ini, Glesne

(1999) turut menekankan bahawa masa yang paling penting dalam proses membina

51
kebolehpercayaan ialah semasa mewujudkan hubungan dengan responden dan ketika

memungut data.

Selain kesahan, kebolehpercayaan sesuatu kajian penyelidikan adalah penting dalam

menentukan nilainya (Lincoln & Guba, 1985). Dalam penyelidikan kualitatif, Lincoln

dan Guba (1985) mencadangkan penggunaan perkataan kejujuran atau trustworthiness

sebagai istilah yang sesuai. Menurut mereka lagi, kejujuran mempunyai empat criteria

utama iaitu kredibiliti (credibility), kebolehpindaan (transferability), kebergantungan

(dependability) dan kepastian (confirmability). Kredibiliti atau kesahan dalaman

berhubung rapat dengan keyakinan terhadap kebenaran dapatan kajian, iaitu penilaian

sama ada dapatan kajian mewakili satu intepretasi konsptual data yang boleh dipercayai

atau diyakini berasaskandata asal yang telah diperoleh daripada responden (Lincoln &

Guba, 1985) dan antara teknik-teknik yang dapat diguna pakai untuk mengukur kredibiliti

ialah penglibatan yang berpanjangan (prolonged engagement), pemerhatian yang

berterusan (persistent observation), dan pengukuhan data (trigulation).

Kebolehpercayaan bagi teknik pengumpulan data melalui pemerhatian dilihat daripada

cara dan proses pemerhatian dilakukan menurut Marlene De Laine (2000), jika pengkaji

membuat pemerhatian langsung maka ia boleh menambah nilai kebolehpercayaan

maklumat-maklumat pemerhatian. Satu lagi cara untuk mengukur kebolehpercayaan

pemerhatian ialah melalui teknik tandem interview iaitu pengulangan pemerhatian (re-

observation) dengan selang masa yang singkat (3 hari) terhadap pelaksanaan amalan

sekolah selamat di sekolah yang dikaji.

52
3.5.3 Kesahan Temu bual

Campbell (1955) mencadangkan untuk menyelesaikan masalah kesahan pada data

kualitatif khususnya temu bual ialah dengan menggunakan teknik morale ballot. Morale

Ballot bermaksud menggunakan informant (pemberitahu) sebagai alat kajian untuk

mendapatkan kesahan data yang dibuat secara membuat perbezaan dan membandingkan

dua garisan informant melalui beberapa pengertian yang sama maknanya. Alat kajian

yang digunakan dalam temu bual ini ialah perakam suara yang digunakan oleh penulis

untuk merakam maklumat yang diberikan oleh responden. Manakala kesahan kriteria

dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang benar-benar memiliki

pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian (Coleman, 1958). Berdasarkan

pendapat Colemen, penulis berpendapat temu bual ini juga mempunyai kesahan kriteria

kerana guru merupakan individu yang benar-benar mengetahui sejauhmana amalan

sekolah selamat di sekolah mereka.

Soalan yang digunakan semasa sesi temubual telah diadaptasikan daripada Instrumen

Piawaian Keselamatan Sekolah yang hanya digunakan oleh pentadbir sekolah untuk

menguji tahap keselamatan sekolah masing-masing. Oleh kerana belum ada mana-mana

pengkaji yang membuat soalan untuk melihat persepsi amalan sekolah selamat, maka

soalan temu bual dalam kajian ini diubahsuai mengikut 6 dimensi yang dinyatakan di

dalam Instrumen Piawaian Keselamatan Sekolah iaitu; (i) pengurusan keselamatan

aktiviti murid, (ii) pengurusan keselamatan infrastuktur sekolah, (iii) pengurusan

keselamatan dalam menghadapi krisis dan bencana, (iv) pengurusan keselamatan dalam

53
menangani gejala sosial, (v) pengurusan keselamatan dalam menghadapi risiko bencana,

dan (vi) pengurusan perkhidmatan pengawal keselamatan.

3.6 Konteks Kajian

Kajian ini dijalankan bagi melihat sejauhmana persepsi guru berkenaan dengan

pelaksanaan sekolah selamat yang telah ditekankan oleh KPM sejak tahun 2002. Kajian

dijalankan di daerah Baling, Kedah. Ia melibatkan sebuah sekolah di tengah-tengah

bandar Baling.

Rakaman audio digunakan semasa menemu bual 5 orang guru biasa yang dipilih secara

rawak dan sukarela. Temu bual akan dijalankan di tempat yang responden selesa untuk

ditemu bual dan dirakam. Rakaman yang dilakukan dengan meminta izin kepada

responden terlebih dahulu. Penekanan diberikan kepada kejelasan suara responden. Temu

bual dijalankan sama ada pada waktu rehat atau waktu terluang responden.

3.7 Persampelan

Kajian ini melibatkan peninjauan tentang sejauhmana persepsi guru terhadap amalan

sekolah selamat, maka kaedah persampelan bertujuan (purposive sampling) dipilih kerana

dipercayai dapat mewakili objektif sesuatu penyelidikan berkaitan sesuatu fenomena

yang ingin dikaji (Burn, 1995). Dalam kajian ini, responden penyelidikan dipilih

mengikut kriteria yang ditetapkan sesuai dengan permasalahan penyelidikan yang dikaji

(Fatimah Idris et al., 2008). Bertepatan dengan maksud persampelan bertujuan di mana

responden yang dipilih dapat mewakili fenomena yang hendak dikaji maka pengkaji

54
merasakan pemilihan guru biasa bukan pentadbir dapat menunjukkan persepsi yang

kurang biasa.

3.8 Analisis Data

Analisis data kualitatif melibatkan proses transformasi data kepada hasil kajian

(LeCompte, 2000). Oleh itu, mengikut Merriam (2003), kutipan dan analisis data dalam

kajian kualitatif dijalankan secara serentak. Analisis data kualitatif adalah dijalankan

secara induktif iaitu penyelidik unit data yang mula-mula dikumpul dan membandingkan

dengan unit data yang lain bagi mengenal pasti tema umum bagi set data tersebut. Tema-

tema yang dikenal pasti boleh diubah dan disesuaikan dengan data-data yang diperoleh

seterusnya (Merriam, 2003).

Untuk kajian ini, penyelidik telah menggunakan model interaktif komponen analisis data

yang dicadangkan oleh Miles dan Huberman (1994). Data yang berasaskan rakaman

audio temu bual yang disalin semula dan nota lapangan daripada pemerhatian diuruskan

dengan sistematik dengan mengikut komponen seperti komponen pengumpulan data,

penguncupan data, pengolahan atau perbentangan data, dan kesimpulan atau pengesahan

data (Miles & Huberman, 1994).

Langkah pertama merupakan proses pengumpulan data di mana semua data daripada

pelbagai sumber dikumpulkan, rakaman audio ditranskripsikan. Langkah kedua

merupakan langkah pengucupan data di mana data yang sama digabungkan berdasarkan

kod-kod (tema) yang dikenalpasti. Menurut Burn (1995), kategori pengkodan harus

55
dibangunkan sebaik sahaja pengumpulan data pertama dilakukan. Pengkodan ini

memudahkan seorang penyelidik memahami maklumat yang harus difokuskan kepada

maklumat seterusnya. Miles dan Huberman (1994), menyatakan bahawa pengkodan

bukanlah sesuatu data yang telah siap sedia dianalisis tetapi ianya terbit terus menerus

sepanjang proses pengumpulan data. Oleh itu, pembentukan kategori pengkodan

merupakan satu bentuk analisis yang berterusan, di mana setiap kategori diperhalusi

sehingga kategori-kategori tertentu dapat menggambarkan keadaan yang berlaku di

dalam kes-kes yang dikaji.

Langkah ketiga merupakan proses pengolahan atau perbentangan data. Pengolahan data

melibatkan aktiiviti seperti mengendalikan, memadatkan maklumat bagi memudahkan

kesimpulan dan tindakan dilakukan. Dengan memerhatikan data yang diolah, ianya dapat

membantu penyelidik untuk memahami perkara yang berlaku untuk dianalisis seterusnya

dan tindakan selanjutnya yang perlu diambil berdasarkan kepada pemahaman penyelidik.

Berdasarkan kepada transkripsi yang lengkap, ianya memudahkan penyelidik untuk

membuat rumusan kerana kebiasaannya manusia sukar untuk memproses maklumat

dalam kuantiti yang besar. Oleh itu, dengan pengolahan data, ianya dapat mengurangkan

data atau maklumat yang kompleks kepada bentuk yang lebih mudah difahami. Oleh itu,

penyelidik mempamerkan data dalam bentuk jadual dan gambarajah rangkaian supaya

data-data diperolehi dapat digabungkan ke dalam bentuk yang mudah dicapai dan padat

dengan maklumat. Perkara ini memudahkan penyelidik melihat perkara yang berlaku dan

mengenal pasti kesimpulan serta cadangan yang bersesuaian.

56
Langkah yang terakhir dalam analisis data ialah membuat kesimpulan atau pengesahan

data dan mengemukakan pembuktian. Penyelidik berperanan menentukan makna setiap

sesuatu perkara. Penyelidik akan melihat kepada segala data yang telah dianalisis

sebelum ini untuk mengemukakan kesimpulan bagi maklumat tersebut. Bagaimanapun,

Miles dan Huberman (1994) juga turut menyatakan bahawa penyelidik yang cekap

mampu untuk melakarkan kesimpulan di samping mengekalkan maksud yang ingin

disampaikan oleh responden. Bagi memastikan kesahihan data, maksud yang cuba

disampaikan daripada data perlu diuji dari segi kemunasabahan (plausibility), ketegapan

(sturdiness), dan pemastian (confirmability) data.

3.9 Rumusan

Bab ini menghuraikan metodologi kajian, reka bentuk kajian, kaedah pengumpulan dan

analisis data yang digunakan dalam kajian ini bagi meneroka ciri-ciri amalan sekolah

selamat dan persepsi guru terhadapnya. Data-data kajian ini dikumpul daripada

pemerhatian secara langsung terhadap keselamatan murid pada tiga masa yang ditetapkan

pada setiap hari dan temu bual terhadap lima orang guru yang dipilih berdasarkan kaedah

persampelan bertujuan. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif, iaitu pemerhatian di

pintu pagar sekolah pada waktu murid hadir dan balik sekolah serta di kantin sekolah

pada waktu rehat. Selain itu, penyelidik turut membuat rakaman audio semasa temu bual

dalam usaha untuk meninjau persepsi guru terhadap amalan sekolah selamat di

sekolahnya.

57
BAB EMPAT

DAPATAN DATA

4.1 Pengenalan

Bab ini akan menerang dan membincangkan secara terperinci mengenai dapatan kajian.

Data kajian diperolehi melalui dua sumber iaitu temu bual dan pemerhatian. Seramai 5

orang responden terlibat untuk ditemu bual dalam kajian ini yang dipilih secara rawak

yang mana terdiri daripada guru matapelajaran Sains, guru matapelajaran Reka Bentuk

dan Teknologi, guru matapelajaran Pendidikan Jasmani, guru matapelajaran Pendidikan

Islam dan guru matapelajaran Bahasa Melayu. Data-data yang yang diperoleh dianalisis

secara manual yang dibahagikan mengikut kekerapan tema.

4.2 Dapatan Kajian

Keselurahan perbincangan dapatan data ini akan dibahagikan kepada dua bahagian

utama. Bahagian pertama perbincangan berdasarkan dapatan data bagi soalan kajian 1

manakala bahagian kedua ialah perbincangan berdasarkan dapatan data bagi soalan kajian

2. Data bagi soalan kajian 1 diperolehi daripada temu bual manakala data bagi soalan

kajian 2 diperolehi daripada pemerhatian oleh penyelidik. Dua soalan kajian yang akan

dibincangkan oleh penyelidik ialah apakah persepsi guru terhadap tahap perlaksanaan

sekolah selamat di sebuah sekolah di daerah Baling? Persoalan yang kedua ialah apakah

amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir, semasa rehat di kantin

sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah ada dilaksanakan? Dapatan data yang

58
ditunjukkan dalam bab ini menggambarkan interpretasi daripada data yang diperoleh

dalam bentuk temu bual dan pemerhatian. Ianya diterangkan berdasarkan urutan soalan-

soalan kajian.

Data kajian soalan kajian 1 akan diterangkan mengikut 3 aspek pengurusan keselamatan

yang dipilih oleh penyelidik iaitu pengurusan keselamatan aktiviti murid, pengurusan

keselamatan infrastruktur sekolah dan pengurusan keselamatan dalam menghadapi krisis

dan bencana.

4.2.1 Aspek : (A) Pengurusan Keselamatan Aktiviti Murid

Dapatan kajian bagi aspek ini akan dihuraikan mengikut soalan yang ditanya oleh

penyelidik iaitu:

i) Bagaimanakah aspek keselamatan yang ada di sekolah ini berkenaan dengan

murid pergi dan balik sekolah?

ii) Daripada pemerhatian cikgu, adakah waris prihatin dalam prosedur tatacara

keselamatan pergi dan balik sekolah?

iii) Setiap tahun akan diadakan perkhemahan dan lawatan di luar kawasan

sekolah. bagaimana dengan tatacara sebelum, semasa dan selepas aktiviti?

Bagi soalan A(i), analisis data menunjukkan terdapat 6 tema yang mempengaruhi aspek

keselamatan berkenaan murid pergi dan balik sekolah iaitu kesesakan lalulintas, lokasi

sekolah, papan tanda diletakan, peranan PIBG, pengawal keselamatan dan peringatan
59
sekolah (Lampiran B). Sebagai contohnya, terdapat 4 orang guru yang mengganggap

bahawa lalu lintas dihadapan sekolah sesak semasa murid hadir dan balik sekolah.

Diantara maklum balas yang diberikan adalah seperti berikut:

“Sesak sangat. Kadang-kadang risau tengok budak-budak keluar masuk di pagar


sekolah…” (Guru B)

“Agak kalut sikit.…jem time pergi dan balik sekolah…” (Guru A)

“…time pagi dan balik sekolah memang jem…” (Guru C)

“…masa balik sekolah la, memang kelam kabut.” (Guru D)

Didapati kesesakan lalu lintas ini adalah berpunca daripada lokasi sekolah yang terletak

di jalan utama pusat bandar yang mempunyai lampu isyarat di simpang tiga jalan. Guru A

memberi maklum balas seperti berikut:

“Agak kalut sikit. Sebab sekolah ni depan tu jalan utama. Dekat pula dengan traffic light
simpang tiga pekan Baling…” (Guru A)

Oleh sebab itu, 3 orang responden memaklumkan perkhidmatan pengawal keselamatan

amat diperlukan bagi mengawal kesesakan lalu lintas ini seperti maklum balas berikut:

“…harap ada pengawal keselamatan la.” (Guru A)

60
“…pastu, pengawal keselamatan la yang jaga lalu lintas…” (Guru B)
“…so, sekolah memohon jasa baik pengawal untuk mengawal lalu lintas…” (Guru C)

Walaupun demikian, merujuk skop dan spesifikasi bidang tugas pengawal, didapati

mengawal kesesakan lalu lintas bukanlah tanggungjawab pengawal keselamatan. Oleh

hal yang demikian, daripada dapatan kajan didapati PIBG turut memainkan peranan bagi

memastikan kesesakan lalu lintas terkawal iaitu dengan membayar saguhati kepada

pengawal keselamatan. Guru C memberi maklum balas hal ini seperti berikut:

“…PIBG yang bayar saguhati kepada mereka (merujuk pengawal keselamatan) coz itu

bukan dalam bidang tugas mereka.” (Guru C)

Dapatan kajian juga mendapati bahawa sekolah turut memainkan peranan dalam

menanggani masalah kesesakan ini. Responden memberi maklum balas bahawa sekolah

ada membuat peraturan berkenaan dengan penghantaran anak ke sekolah dan ianya turut

dimasukkan di dalam Buku Peraturan Sekolah.

“Sekolah adakan peraturan. Dalam Buku Peraturan Sekolah pun ada…” (Guru E)

Selain itu, sekolah turut memperingatkan murid-murid berkenaan dengan kaedah

menghantar dan mengambil murid semasa hadir dan balik sekolah.

“…time perhimpunan mingguan pun guru bertugas dan pentadbir peringat.” (Guru B)

“…setiap minggu guru disiplin akan baca dan terangkan.” (Guru E)


61
Malahan, didapati pihak sekolah juga ada meletakkan papan tanda letak kenderaan waris

untuk mengambil dan menghantar anak di luar kawasan sekolah.

“…Sekolah ada letak papan tanda letak kenderaan waris ketika turun dan ambil anak
dari sekolah…” (Guru B)

Bagi soalan A(ii) pula, analisis data mengenalpasti 5 tema dibincangkan mengenai

persepsi guru terhadap keperihatinan waris dalam prosedur tatacara keselamatan pergi

dan balik sekolah (Lampiran C). Daripada dapatan data, didapati kelima-lima responden

mengakui waris ada mengikut prosedur tatacara keselamatan pergi dan balik murid.

Walaupun demikian, terdapat juga waris yang tidak ikut.

“Ada yang ikut. Ada yang tidak.” (Guru A)

“Pada saya kebanyakan waris ikut prosedur tu. Adalah jugak yang tak ikut. Tapi
bilangan dia sikit ja lah.” (Guru E)

Walaupun demikian, terdapat juga waris yang prihatin dengan keselamatan anak-anak

mereka. Waris didapati mengikuti prosedur yang ditetapkan oleh sekolah dengan

meletakkan kenderaan di luar kawasan sekolah dan berjalan kaki masuk ke sekolah untuk

menghantar dan mengambil anak mereka.

“Ada waris perihatin dengan tatacara tu. Letak kenderaan di luar kawasan sekolah.
Lepas tu jalan kaki ambil anak di dalam kawasan sekolah.” (Guru B)

“…waris ambil anak dalam kawasan sekolah. Anak tunggu dib alai ilmu. Waris ambil
kat situ.” (Guru D)

62
Dapatan data bagi soalan A(iii) mendapati guru di sekolah ini ada menekan aspek

keselamatan semasa, sebelum dan selepas aktiviti perkhemahan atau lawatan. Terdapat 6

tema yang akan dibincangkan (Lampiran D). Dapatan mendapati sebelum memulakan

aktiviti, guru akan mengikuti prosedur KPM iaitu dengan membuat permohonan untuk

melaksanakan aktiviti di peringkat PPD.

“…tapi masih ikut prosedur yang ditetapkan oleh KPM.” (Guru B)

“Guru pengelola lawatan akan hantar borang permohonan ke PPD.” (Guru C)

Setelah mendapat kelulusan daripada PPD, guru akan memberi Borang Makluman dan

Kebenaran Waris terlebih dahulu.

“Setiap murid yang dipilih akan diberi Borang Kebenaran Waris. Waris dikehendaki
mengisi borang tersebut…” (Guru A)

“…Dapat kelulusan, murid diberi Borang Kebenaran Waris untuk diisi borang
tersebut…” (Guru C)

“…Waris dimaklumkan menerusi Surat Makluman. Biasanya bagi kat murid yang
terlibat ja. Kebenaran waris perlu kalau murid nak join aktiviti. Surat tu penting supaya
waris tak saman atau salahkan sekolah kalau jadi kemalangan.” (Guru D)

“…Apa pun aktiviti mesti dapat kebenaran waris. So, guna borang kebenaran waris.”
(Guru E)

Dapatan data juga mendapati, sebelum aktiviti bermula, guru turut memberi penerangan

atau taklimat kepada murid berkenaan dengan peraturan dan langkah-langkah

keselamatan yang perlu diikuti sepanjang aktiviti.

63
“…Penerangan diberi kepada murid-murid berkenaan aktiviti-aktiviti yang akan
dilakukan.” (Guru A)

“…Murid diberi taklimat dan peraturan…” (Guru D)

“…Guru pengelola program selalunya memang briefing murid-murid tentang


keselamatan sebelum dan semasa di tapak perkhemahan…” (Guru E)

Malahan, guru-guru juga memastikan keselamatan murid terjamin yang mana dari

dapatan data, guru turut membahagikan murid mengikut bilangan untuk dijaga oleh

seorang guru. Guru ini yang akan memastikan murid berada dalam keadaan terjaga

sehingga murid balik.

“…Setiap 10 orang murid akan dikawal oleh seorang guru. Sepanjang lawatan perlu
kawalan dari guru-guru. Sehingga murid sampai kepada waris mereka.” (Guru A)

“…10 murid dikawal seorang guru. Sepanjang lawatan murid dikawal guru.” (Guru C)

“…Sepanjang aktiviti ada guru yang akan bertugas jaga murid. Guru biasanya akan
pastikan keselamatan persekitaran dan murid sepanjang aktiviti.” (Guru D)

“…Berkhemah perlu pengawasan guru yang teliti dan ketat…. Bila bawa murid balik
pun kena berhati-hati.” (Guru E)

Selain itu, didapati guru turut mengurus sendiri bas untuk menjalankan aktiviti luar

kawasan sekolah.

“…Bas pula, guru pengelola akan urus dan pihak pengusaha bas mesti dari yang sah…”
(Guru C)

Malahan, guru turut memastikan waris mendapat maklumat perjalanan aktiviti serta

memberi nombor telefon guru yang bertugas agar boleh dihubungi.

64
“…Maklumat atau tentatif program diberi supaya waris dapat maklumat dan waktu
dijangka balik. Nombor telefon guru pun disertakan dalam surat maklumat program
supaya waris boleh hubungi guru untuk sebarang pertanyaan.” (Guru C)

Daripada perbincangan ini, penyelidik mendapati bahawa sekolah ini ada menekankan

pengurusan keselamatan aktiviti murid hal ini sejajar dengan kemahuan KPM dalam

buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat agar pihak sekolah boleh memastikan semua

warga sekolah sentiasa selamat semasa pergi dan balik sekolah termasuk selamat semasa

menjalankan aktiviti ko-kurikulum dan lain-lain aktiviti luar bilik darjah, dan

mempamerkan semua polisi, peraturan dan tatacara yang berkaitan dengan Amalan

Selamat di tempat yang sesuai (KPM, 2002).

Malahan waris dan PIBG turut memainkan peranan dalam memastikan keselamatan

murid ke sekolah. Dalam buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat turut menekankan

bahawa komuniti juga turut berperanan untuk menjadikan sekolah tempat yang selamat.

Peranan yang dimainkan bukan hanya di dalam sekolah bahkan di luar sekolah. Antara

peranan mereka di dalam sekolah ialah menyokong semua polisi, peraturan dan panduan

yang disediakan oleh pihak sekolah, memberi sumbangan material, idea dan kepakaran

dalam perkhidmatan mengawal keselamatan murid di sekolah, dan menerap nilai-nilai

kerohanian (KPM, 2002).

4.2.2 Aspek : (B) Pengurusan Keselamatan Infrastruktur Sekolah

Dapatan kajian bagi aspek pengurusan keselamatan infrastruktur sekolah akan dihuraikan

mengikut soalan yang ditanya oleh penyelidik iaitu;

65
i) Bagaimanakah cikgu melihat aspek keselamatan pada infrastruktur sekolah ini

terutama bilik-bilik khas dan bangunan?

ii) Adakah di kawasan sekolah ini mempamerkan sebarang papan tanda berkaitan

keselamatan? Boleh senaraikan.

iii) Bagaimanakah cikgu melihat pentadbir sekolah ini memainkan peranan

mereka tentang kawalan keselamatan dari aspek pengurusan infrastruktur

sekolah?

Analisis data bagi soalan B(i) menunjukkan terdapat 3 tema yang mempengaruhi aspek

keselamatan pada infrastruktur sekolah ini (Lampiran E). Didapati guru terutamanya

guru bilik khas di sekolah ini ada menekankan aspek keselamatan dengan mempamerkan

langkah-langkah keselamatan di dalam bilik khas dan juga bangunan sekolah.

“…Bilik RBT saya ada pamer langkah-langkah keselamatan…” (Guru B)

“Saya tengok bilik-bilik khas ada pamerkan langkah-langkah keselamatan dan peraturan
bilik tersebut.” (Guru C)

“…Pada bilik-bilik khas pun ada peratuan dan langkah keselamatan. Dalam bilik darjah
pun kita pamerkan peraturan kelas…” (Guru E)

Malahan, didapati guru turut menerangkan peraturan bilik khas atau peraturan sekolah

kepada murid-murid.

66
“…kami terangkan pada murid-murid di awal tahun tentang peraturan bilik sains sebab
dalam DSKP ada kena ajar.” (Guru A)

“Masa murid-murid jalankan aktiviti pun, cikgu-cikgu ada dan selalu sebut langkah-
langkah keselamatan.” (Guru B)

Selain itu, pentadbir turut main peranan dalam menjamin keselamatan murid pada

infrastruktur sekolah ini terutamanya bilik-bilik khas dan bangunan.

“Pentadbir pun selalu ingatkan dalam perhimpunan mingguan.” (Guru E)

Seterusnya, dapatan data bagi B(ii) pula mendapati bahawa semua responden

mengesahkan bahawa sekolah ini ada mempamerkan sebarang papan tanda berkaitan

keselamatan seperti ‘Dilarang Meletak Kenderaa’, ‘Berhati-hati Ketika Menuruni

Tangga’, ‘Dilarang Masuk ke Bilik RBT Tanpa Kebenaran Guru’, ‘Beratur Ketika

Membeli Makanan’ dan banyak lagi. (Lampiran F)

“Ada. Seperti dilarang meletak kenderaan di sini, berhati-hati ketika menuruni tangga
dan sebagainya.” (Guru A)

“Ada. Dilarang masuk ke bilik RBT tanpa kebenaran guru…” (Guru B)

“Ada. Banyak. Antaranya beratur ketika membeli makanan, beratur sebelum masuk
kelas, beratur sebelum pulang, berhati-hati semasa menuruni tangga.” (Guru C)

“Sekolah ini ada mempamerkan papan tanda keselamatan. Di hadapan pintu pagar
masuk sekolah, bilik RBT, kantin dan banyak lagi la…” (Guru D)
67
“Ada. Antaranya beratur ketika membeli makanan, beratur sebelum masuk kelas, beratur
sebelum pulang, berhati-hati semasa menuruni tangga, dilarang meletak kenderaan di
sini.” (Guru E)

Selain itu, didapati terdapat garisan kuning pada anak tangga yang meminta murid untuk

berhati-hati ketika menuruni tangga.

“…ada tanda line kuning pada anak tangga menunjukkan berhati-hati masa turun
tangga.” (Guru B)

Seterusnya, dapatan data bagi aspek B(iii), 4 tema yang dibincangkan (Lampiran G).

Didapati pentadbir sekolah ini memainkan peranan dalam aspek pengurusan keselamatan

infrastruktur sekolahnya seperti membuat rondaan menyemak keadaan infrastruktur

sekolah.

“Pentadbir sekolah selalu juga meronda sekolah untuk melihat infrastruktur dan
keselamatan sekolah, bangunan, longkang, bilik darjah.” (Guru B)

“Pentadbir sekolah ini main peranan mereka…Ronda-ronda sekolah.” (Guru D)

Selain itu, pentadbir turut prihatin dengan menanyakan guru-guru sekiranya ada berlaku

kerosakan mana-mana infrastruktur sekolah.

68
“…Tanya cikgu-cikgu kalau-kalau ada rosak apa-apa.” (Guru D)

“…Selalu tanya cikgu-cikgu kalau-kalau ada infrastruktur sekolah yang rosak…” (Guru

E)

Malahan, pentadbir didapati turut meminta bantuan pembantu am untuk membantu

membaiki kerosakan pada infrastruktur seperti membaiki tingkap dan pintu, kerosakan

dalam kelas dan membersihkan parit.

“…suruh pembantu am tolong perbaiki tingkap dan pintu, kelas rosak, parit bagi
bersih…” (Guru B)

Dapatan juga mendapati pentadbir selalu memberi peringatan kepada guru-guru dan

murid-murid dalam perhimpunan mingguan untuk tidak merosakkan harta benda sekolah

atau kotorkan dinding. Murid-murid juga diminta untuk melaporkan kepada guru

sekiranya ada masalah.

“Saya nampak pentadbir sekolah sering mengingatkan guru-guru dan murid-murid


dalam perhimpunan mingguan.” (Guru A)

“…selalu cakap dalam perhimpunan.” (Guru C)

“…Selalu juga maklum dalam perhimpunan mingguan.” (Guru D)

69
“…Pesan kepada murid-murid dalam perhimpunan mingguan. Pesan jangan rosakkan
harta benda sekolah atau kotorkan dinding. Laporkan pada guru kalau ada sebarang
masalah.” (Guru E)

Daripada hasil analisis dapatan ini, didapati pentadbir sangat memainkan peranan dalam

memastikan keselamatan infrastruktur sekolah dijaga. Ini selari dengan dapatan kajian

oleh Mohd Muzakir (2015) iaitu berkenaan Peranan Pengurusan Pengetua Sekolah

Agama Bantuan Kerajaan Terhadap Dasar Sekolah Selamat. Menurut Mohd Muzakirr,

pengetua berperanan sebagai penjaga (in loco parentis), penyelesai masalah dan

penghubung. Hasil kajiannya mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan

antara peranan pengurusan pengetua terhadap tahap keselamatan sekolah berdasarkan

aspek pengetua sebagai penjaga, penyelesai masalah dan penghubung iaitu sebanyak 22.2

peratus.

4.2.3 Aspek : (C) Pengurusan Keselamatan Dalam Menghadapi Krisis dan Bencana

Dapatan kajian bagi aspek pengurusan keselamatan dalam menghadapi krisis dan

bencana akan dihuraikan mengikut soalan yang berikut iaitu:

i) Adakah sekolah ini mempunyai alat pemadam api yang mencukupi?

Bagaimanakah pula dengan tarikh luput dan penyelenggaraannya?

ii) Bagaimanakah cikgu melihat pengurusan krisis/bencana dilaksanakan di

sekolah ini?

70
Dapatan data bagi soalan C(i) menunjukkan perbincangan dibahagikan kepada 2 tema

(Lampiran H). Didapati semua responden mengesahkan bahawa sekolah ini ada alat

pemadam api dan diletekkan di setiap blok bangunan sekolah. Selain itu, alat pemadam

api ada diselenggara.

“Sekolah ini memang mempunyai alat pemadam api. Setahu saya, setiap tahun akan ada
pihak syarikat berkaitan yang datang sekolah check alat tersebut.” (Guru A)

“Ya. Ada. Ada penyelenggaraan…” (Guru B)

“Ada. Setiap bangunan/blok ada alat pemadam api. Penyelenggaraan pun ada.” (Guru
C)

“Ada….syarikat selenggara tu dok mai.” (Guru D)

“Ada…Selenggara pun ok. Ada mai sekolah.” (Guru E)

Selain itu, 3 orang responden mengesahkan bahawa tarikh luput alat pemadam api

sentiasa dikemaskini.

“…Ada penyelenggaraan. Mesti tarikh luput dia updated.” (Guru B)

“…Tarikh luput dia ok kot sebab syarikat selenggara tu dok mai.” (Guru D)

“…Tarikh luput ok. Selenggara pun ok…” (Guru E)

71
Seterusnya perbincangan dapatan data aspek C(ii). Didapati terdapat 5 tema digunakan

bagi membincangkan bagaimana pengurusan krisis atau bencana dilaksanakan di sekolah

ini (Lampiran I). Kelima-lima responden mengesahkan bahawa sekolah ini ada

melaksanakan latihan kebakaran sebagai persediaan menghadapi bencana.

“…2 kali setahun latihan kebakaran…” (Guru A)

“Sekolah ni ada buat 2 kali setahun latihan kebakaran…” (Guru B)

“Ada latihan kebakaran…” (Guru C)

“….dan latihan kebakaran 2 kali setahun…” (Guru D)

“…latihan kebakaran 2 kali setahun…” (Guru E)

Didapati juga, pihak sekolah turut ada mempamerkan tatacara keselamatan bila berlaku

kecemasan terutamanya kebakaran. Malahan, nombor kecemasan seperti nombor telefon

polis, bomba dan hospital ada dipamerkan.

“Sekolah ni ada pamerkan tatacara keselamatan kebakaran…Dipamerkan nombor-


nombor bomba, polis dan hospital.” (Guru A)

“Kita ada pamerkan tatacara keselamatan kebakaran…Nombor telefon bomba, polis dan
hospital dipamerkan.” (Guru D)

72
Selain itu, penyelidik juga mendapati pihak sekolah turut menjemput pihak berkuasa

tempatan seperti pegawai bomba serta pegawai kesihatan untuk memberikan ceramah

atau taklimat kepada guru dan murid sekolah ini.

“…Panggil bomba dan pejabat kesihatan untuk bagi penerangan/ ceramah…” (Guru C)

“…Kita panggil pihak berkuasa bagi ceramah di sekolah.” (Guru E)

Malahan, guru juga turut memberi penerangan kepada murid-murid berkenaan tindakan

yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan atau krisis seperti jerebu.

“…Penerangan di perhimpunan mingguan oleh guru bertugas. Dulu pernah berlaku


jerebu…so cikgu-cikgu bagi penerangan dan cara menghadapinya dalam kelas.” (Guru
C)

Daripada hasil analisis dapatan ini, didapati aspek 3 Piawaian Keselamatan Sekolah turut

tidak diabaikan. Sekolah menepati KPI keselamatan kebakaran sekolah dengan

mengadakan latihan kebakaran 2 kali setahun. Selain itu, alat pemadam api sentisa

diselenggara tanpa mengabaikan tarikh luput alat pemadam api. Ianya selaras dengan

saranan KPM dalam buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat untuk pihak sekolah

harus memainkan peranan untuk menyediakan prasarana yang selamat dan kondusif

untuk proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 2002).

73
Seterusnya, penyelidik akan membincangkan dapatan data berdasarkan soalan kajian 2

iaitu apakah amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir, semasa rehat

di kantin sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah ada dilaksanakan melalui

pemerhatian (Lampiran J). Didapati amalan sekolah selamat dari aspek pengurusan

keselamatan aktiviti murid iaitu di pagar pada waktu murid hadir dan balik sekolah serta

pada waktu rehat ada dilaksanakan di sekolah ini. Justeru itu, dapatan ini selari dengan

dapatan data temu bual.

Data yang diperoleh juga secara tidak langsung memperakui kesahan dapatan data temu

bual. Sebagai contoh pemerhatian pada hari Selasa, 24 April 2018 dan pada hari Khamis,

26 April 2018, didapati guru sudah berada dipintu pagar untuk menyambut kedatangan

murid. Selain itu, analisa dapatan mendapati pengawal keselamatan turut membantu

mengawal lalu lintas untuk memudahkan murid untuk melintas dan mengurangkan

kesesakan lalu lintas selama tiga hari berturut-turut pada waktu pagi dan pada waktu

petang. Hal ini selari dengan dapatan temu bual A(i) iaitu pengawal keselamatan bertugas

mengawal lalu lintas di hadapan sekolah.

Dapatan turut mendapati bahawa waris ada memberi kerjasama serta mematuhi prosedur

keselamatan pergi dan balik sekolah seperti dapatan temu bual A(ii). Contoh catatan

adalah seperti berikut untuk hari Selasa, 24 April 2018:

74
‘…Waris meletak kenderaan di luar kawasan sekolah. Di tepi jalan. Ada
waris yang memimpin anak-anak masuk ke dalam kawasan sekolah. Ada
murid yang berjalan sendiri masuk ke dalam kawasan sekolah...’

Begitu juga pada waktu balik sekolah pada hari yang sama:

‘Waris sudah menunggu anak-anak di balai ilmu (dalam kawasan


sekolah). Kereta waris diletakkan diluar kawasan sekolah…’

Walaupun demikian, pada hari kedua iaitu hari Rabu, 25 April 2018, didapati terdapat

murid yang bermain di perkarangan kawasan sekolah menyebabkan kenderaan guru sukar

untuk bergerak keluar dari sekolah. Situasi ini adalah disebabkan kelewatan waris

mengambil anak mereka.

Selain itu, penyelidik mendapati semasa balik sekolah murid dilihat berlari ke pagar

sekolah apabila loceng tamat waktu persekolahan dibunyikan. Sebagai contoh penyelidik

menulis catatan seperti berikut pada hari Selasa, 24 April 2018:

‘…Loceng berbunyi. Murid ke luar kelas sambil berlari. Kawalan


keselamatan agak kalut dan berbahaya. Ditambah dengan kereta lalu
lalang di jalan raya…’

Begitu juga yang berlaku pada hari Rabu, 25 April 2018 dengan catatan seperti berikut:

75
‘Loceng berbunyi. Murid keluar daripada kelas untuk pulang. Terdapat
murid-murid yang berlari menuju ke arah pintu pagar…’

Walaupun demikian, situasi ini berubah apabila pada hari ketiga, Khamis, 26 April 2018,

seorang guru bertugas berada di pintu pagar sekolah. Murid dilihat berjalan mendapatkan

waris masing-masing. Keadaan lalu lintas juga berjalan dengan lancar kerana ada polis

traffic membantu pengawal mengawal lalu lintas.

Bagi pemerhatian semasa rehat, dapatan kajian mendapati tiada guru bertugas pada masa

ini. Terdapat beberapa orang pengawas membantu mengawal murid semasa membeli

makanan. Namun ia tidak berjaya mengawal murid untuk beratur dan berlaku tolak

menolak ketika membeli makanan. Sebagai contoh catatan penyelidik pada hari Selasa,

24 April 2018:

‘Terdapat murid yang tidak beratur semasa membeli makanan. Berlaku


kesesakan dan tolak menolak di hadapan kaunter jualan makanan…’

Keadaan ini turut berlaku pada hari Rabu, 25 April 2018. Telah berlaku tolak menolak

sehingga menyebabkan seorang murid tertumpah nasi yang dibeli.

‘Keadaan di kantin kelam kabut murid membeli makanan. Pengawas


menggawal keadaan. Berlaku tolak menolak diantara murid. Arahan
pengawas tidak dihiraukan. Seorang murid lelaki telah tertumpah nasi
akibat tolak menolak di hadapan kaunter jualan…’

76
Penyelidik mendapati, seorang guru yang kebetulan hendak masuk ke bilik makan guru

menegur murid-murid yang tolak menolak tersebut. Namun, setelah guru masuk keadaan

tolak menolak itu berlaku semula. Keadaan ini turut terjadi pada hari ketiga, Khamis, 26

April 2018. Walaupun demikian, keadaan kelam kabut itu terkawal buat sementara

apabila pengawas meminta murid-murid untuk beratur.

Walaupun berlaku kelam kabut semasa membeli makanan, namun penyelidik mendapati

bahawa dari segi kebersihan kantin sangat terjaga. Pekerjanya memakai pakaian yang

bersesuaian dan semua makanan yang dijual ditutup dengan tudung saji.

4.3 Rumusan

Dapatan kajian mendapati pentadbir dan guru-guru sekolah ini melaksanakan amalan

sekolah selamat dari segi tiga aspek yang dikaji iaitu pengurusan keselamatan aktiviti

murid, pengurusan keselamatan infrastruktur sekolah dan pengurusan keselamatan dalam

menghadapi krisis dan bencana mengikut Piawaian Keselamatan Sekolah dan buku

Konsep dan Manual Sekolah Selamat. Selain itu, waris dan komuniti turut terlibat sama

dalam memastikan keselamatan di sekolah ini terkawal. Keseluruhan dapatan di atas

adalah hasil dapatan kajian bagi menjawab dua soalan kajian iaitu (1) apakah persepsi

guru terhadap tahap perlaksanaan sekolah selamat di sebuah sekolah di daerah Baling?

dan (2) ialah apakah amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir,

77
semasa rehat di kantin sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah ada

dilaksanakan?

78
BAB LIMA

PERBINCANGAN DAPATAN DAN KESIMPULAN

5.1 Pengenalan

Bab ini akan membincangkan dan merumuskan dapatan kajian yang telah dilaporkan

dalam Bab 4. Perbincangan ini akan dibahagikan kepada lima bahagian iaitu rumusan

kajian, perbincangan dapatan kajian, implikasi kajian, cadangan penambahbaikan dan

rumusan.

5.2 Rumusan kajian

Pada tahun 2002, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melancarkan Program

Sekolah Selamat pada tahun 2002 untuk memastikan warga sekolah dan pelajar berada

dalam keadaan selamat. Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002 bertarikh 14 Jun 2002

serta Buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat telah diedarkan bagi memastikan semua

sekolah seluruh negara melaksanakan program ini.

Tujuan utama program ini ialah untuk mewujudkan persekitaran sekolah agar warga

sesebuah sekolah itu merasa selamat untuk menjalankan aktiviti pengajaran dan

pembelajaran serta menjalankan kegiatan kokurikulum tanpa gangguan dari mana-mana

pihak sama ada dari luar mahu pun dari dalam. Aspirasi Sekolah Selamat menjadikan

sekolah sebagai tempat di mana perbezaan budaya dan nilai setiap individu atau

79
kumpulan dihargai oleh semua pihak, di samping amalan menjaga keselamatan dijadikan

budaya dalam kehidupan seharian (Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 4/2002).

Dalam memperkatakan konsep sekolah selamat, masyarakat masih diselubungi dengan

kerisauan keselamatan di sekolah apabila media massa saban tahun memaparkan isu

kecuaian warga sekolah mahupun kantin, kredibiliti pengawal keselamatan, keselamatan

infrastruktur sekolah seperti bumbung atau dinding runtuh, kebakaran bangunan sekolah

terutamanya bangunan asrama, masalah sosial dikalangan pelajar seperti buli, sumbang

mahram, penglibatan dengan dadah dan masalah sosial yang lain. Kes lain yang turut

menjadi isu besar ialah kes gangguan seksual atau liwat terhadap murid yang dilakukan

oleh guru ataupun pengawal keselamatan di sekolah.

Flannery dan Huff (1990) menyatakan bahawa keselamatan sekolah tertakluk kepada

penyeliaan dan pemantauan tingkah laku pelajar yang berkesan. Keselamatan sekolah

juga dapat ditingkatkan dengan membina persekitaran yang selamat dan melaksanakan

program-program untuk membantu pelajar-pelajar yang bermasalah emosi dan tingkah

laku. National Association of School Psychologists (1991) di Amerika Syarikat

menyatakan bahawa sesebuah sekolah yang selamat bukan sahaja mempunyai langkah-

langkah pencegahan yang proaktif, tetapi mempunyai persekitaran fizikal yang selamat,

pasukan krisis, rancangan intervensi, penyeliaan keselamatan, dan rangkaian komunikasi

yang baik. Oleh sebab itu, penyelidik membuat kajian ini untuk melihat sejauhmana

pelaksanaan amalan sekolah selamat diterapkan di sekolah.

80
Kajian ini bertujuan untuk meneroka atau meninjau persepsi guru terhadap amalan

sekolah selamat di sebuah sekolah di daerah Baling. Oleh yang demikian, objektif utama

kajian ini adalah untuk meneroka persepsi guru terhadap amalan sekolah selamat dalam

kalangan guru. Selain itu, objektif kajian kedua adalah untuk meneroka amalan

pelaksanaan sekolah selamat di pagar sekolah semasa murid hadir, semasa rehat di kantin

sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah. Kajian ini dibuat menggunakan kaedah

kualitatif iaitu temu bual dan pemerhatian yang berfokuskan kepada tiga daripada enam

piawaian sekolah selamat yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu

pengurusan keselamatan aktiviti murid, pengurusan keselamatan infrastruktur sekolah,

dan pengurusan keselamatan krisis/bencana. Tiga elemen ini tercatat dalam Instrumen

Piawaian Keselamatan Sekolah.

Oleh sebab kekangan masa, skop kajian ini dijalankan di sebuah sekolah di daerah

Baling. Penyelidik hanya memilih 5 orang responden bersesuaian dengan pemilihan

kaedah kualitatif yang digunakan oleh pengkaji dan jumlah yang sedikit tidak

memerlukan masa yang lama untuk mendapatkan data dan maklumat berkaitan dengan

kajian. Selain itu, pengkaji juga harus membuat pemerhatian secara tidak langsung

dengan merekod secara bertulis keadaan amalan sekolah selamat di pagar sekolah semasa

murid hadir, semasa rehat di kantin sekolah dan di pagar semasa murid balik sekolah

selama tiga hari berturut-turut.

5.3 Perbincangan dapatan kajian

81
Daripada dapatan kajian yang telah dihuraikan dalam bab 4, dapatlah dikatakan bahawa

sekolah yang dikaji melaksanakan ketiga-tiga aspek pengurusan keselamatan sekolah

mengikut Piawaian Keselamatan Sekolah dan buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat

2002 iaitu aspek pengurusan keselamatan aktiviti murid, pengurusan keselamatan

infrastruktur sekolah dan pengurusan keselamatan dalam menghadapi krisis dan bencana.

Dalam perbincangan dapatan kajian bagi aspek pengurusan keselamatan aktiviti murid,

didapati masalah kesesakan lalu lintas menjadi masalah yang sukar di atasi oleh sekolah.

Walaupun ada langkah-langkah untuk menangganinya, namun lokasi sekolah yang

terletak di jalan utama bandar Baling dan sebelum persimpangan tiga lampu isyarat

menyumbang kepada masalah ini. Melalui pemerhatian, masalah ini agak serius kerana

didapati ada murid-murid yang perlu menyeberangi jalan utama untuk pergi ke kenderaan

waris mereka. Walaupun ada bantuan daripada pengawal keselamatan, namun penyelidik

dimaklumkan oleh guru bahawa terdapat juga kemalangan kecil berlaku di hadapan

sekolah.

Walau bagaimanapun, penyelidik mendapati bahawa waris dan komuniti setempat

memberi kerjasama yang penuh kepada sekolah dengan mengikuti tatacara dan prosedur

yang ditetapkan oleh sekolah untuk memastikan keselamatan murid semasa pergi dan

balik sekolah. Sumbangan PIBG dengan menyediakan papan tanda kawasan meletak

kereta di luar sekolah turut membantu waris untuk peka dengan tempat meletak

kenderaan. Malahan penyelidik dimaklumkan bahawa polis traffic akan datang sebulan

82
sekali untuk membantu mengawal kesesakan lalu lintas di sekolah ini pada waktu balik

sekolah.

Selain pengurusan keselamatan semasa pergi dan balik sekolah, penyelidik mendapati

pihak sekolah juga ada menekankan aspek keselamatan sebelum, semasa dan selepas

aktiviti di luar kawasan sekolah. Sebelum menjalankan apa-apa aktiviti, guru akan

mengikut prosedur KPM dengan memohon keizinan daripada PPD terlebih dahulu.

Setelah mendapat keizinan bertulis, guru akan mengedar surat makluman aktiviti dan

surat kebenaran kepada waris. Setelah murid diberi keizinan, guru akan memberikan

maklumat perjalanan aktiviti serta nombor telefon guru untuk dihubungi sekiranya ada

kecemasan dan sebagainya. Sebelum aktiviti bermula, murid-murid akan diberikan

taklimat berkenaan dengan tentatif aktiviti, peraturan-peraturan dan langkah-langkah

keselamatan yang dipatuhi sepanjang aktiviti. Murid juga dibahagikan 10 orang kepada

seorang guru dan ini memudahkan guru untuk memantau dan mengawasi murid

sepanjang aktiviti. Aspek keselamatan ditekankan sehingga hari terakhir aktiviti dimana

guru akan memastikan murid sampai kepada waris masing-masing setelah aktiviti tamat.

Bagi aspek pengurusan keselamatan infrastruktur pula, penyelidik mendapati pentadbir

sangat memainkan peranan di mana pentadbir kerap membuat rondaan untuk menyemak

keadaan infrasrtuktur di sekolah. Malahan, pentadbir juga sering mengingatkan guru dan

murid untuk menjaga barang sekolah dengan baik dan memaklumkan kepada beliau atau

guru yang bertanggungjawab yang lain sekiranya ada kerosakan. Keprihatinan pentadbir

dalam pengurusan keselamatan infrastruktur turut ditunjukkan melalui meminta bantuan

83
kepada pekerja am untuk membaiki kerosakan pada infrastruktur sekolah seperti

kerosakan pintu, tingkap, meja, kerusi dan sebagainya. Selain itu, pentadbir turut

memastikan longkang atau parit sentiasa dibersihkan bagi memudahkan aliran air hujan

dan menjaga kebersihan sekolah.

Penyelidik juga mendapati kepentingan papan tanda tidak diabaikan oleh pihak sekolah.

Papan tanda berkaitan keselamatan dilekat atau digantungkan pada bilik-bilik khas dan di

sudut bangunan yang memerlukan seperti di tangga, kantin, tempat letak kenderaan dan

sebagainya. Papan tanda adalah sangat penting untuk diletakkan di sekolah atau di maan-

mana. Hal ini adalah kerana ia adalah satu bentuk peringatan kepada orang ramai untuk

sentiasa peka dengan keselematan masing-masing kerana kemalangan boleh berlaku bila-

bila masa dan di mana-mana sahaja.

Perbincangan dapatan data dalam aspek pengurusan keselamatan dalam menghadapi

krisis dan bencana, penyelidik mendapati komuniti luar ada memberi kerjasama bagi

memberi pengetahuan dan persediaan mental kepada guru dan murid sekiranya berlaku

kecemasan atau kebakaran. Kerjasama jabatan bomba dan jabatan kesihatan sangat dialu-

alukan seperti yang ditulis dalam buku Konsep dan Manual Sekolah Selamat agar

komuniti turut terlibat dalam memastikan keselamatan sekolah. Selain itu, didapati

sekolah sangat peka dengan penyelenggaraan alat pemadam api agar tidak luput tarikh

penggunaannya. Malahan, pihak sekolah turut melaksanakan latihan kebakaran selama 2

kali setahun dan menyediakan program-program untuk memberi pendedahkan kepada

guru dan murid-murid.

84
Rumusannya, bolehlah dikatakan bahawa persepsi guru terhadap pelaksanaan amalan

sekolah selamat di sekolah ini adalah baik dan mengikuti standard piawaian keselamatan

sekolah.

5.4 Implikasi kajian

Daripada dapatan kajian sebelum ini, penyelidik mendapati kajian ini memberi implikasi

kepada guru-guru di sekolah yang dikaji terutamanya yang terpilih menjadi responden.

Hanya seorang daripada lima responden yang mengetahui kewujudan amalan sekolah

selamat dan instrumen piawaian keselamatan sekolah. Hal ini adalah kerana guru-guru

tidak diberi pendedahkan oleh pentadbir. Penyelidik mendapati instrumen piawaian ini

hanya diisi oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan disahkan oleh guru besar atau

pengetua dan mereka tidak memaklumkan kepada guru-guru secara terperinci mengenai

amalan sekolah selamat ini. Guru-guru memaklumkan semasa sebelum memulakan temu

bual bahawa selama ini mereka hanya tahu mengenai kepentingan menjaga keselamatan

murid atas rasa belas ihsan dan orang yang rapat dengan murid tetapi tidak tahu bahawa

ianya adalah salah satu tanggungjawab wajib guru-guru terutamanya pentadbir. Dengan

dapatan kajian ini, diharap guru-guru akan lebih mengambil berat dalam melaksanakan

amalan sekolah selamat di sekolah sama ada menekankannya dalam pengajaran dan

pembelajaran atau semasa ko-kurikulum.

Oleh sebab itu, implikasi kedua kajian ini adalah terhadap pentadbir. Daripada kajian ini,

didapati pentadbir ada memainkan peranannya mengikut prosedur dan piawaiannya.

85
Namun pentadbir seharusnya menjelaskan kepada guru dan kakitangan sekolah tentang

kepentingan amalan sekolah selamat. Pekeliling harus diedarkan untuk makluman semua

warga sekolah agar ianya boleh dirujuk. Dengan kajian ini, pentadbir boleh menjadikan

dapatan kajian ini sebagai panduan untuk melihat kelemahan pelaksanaan amalan sekolah

selamat di sekolahnya.

5.5 Cadangan penambahbaikan

Penyelidik sangat berbesar hati agar ada pengkaji-pengkaji lain yang berminat untuk

membuat tajuk kajian ini. Hal ini adalah kerana amalan sekolah selamat ini sudah lama

diamalkan namun sejak akhir-akhir ini kita semakin kerap mendengar dan membaca

kejadian-kejadian kemalangan atau bencana yang berlaku di sekolah-sekolah di Malaysia.

Selain itu, kajian seperti ini sangat jarang dilakukan oleh pengkaji.

Penyelidik mencadangkan sekiranya pengkaji ingin membuat kajian ini untuk

menyediakan masa yang panjang untuk mendapatkan data. Untuk mendapat analisis yang

lebih baik, penyelidik mencadangkan agar pengkaji lain untuk menggunakan kaedah soal

selidik di mana ia boleh melibatkan lebih ramai responden dan jumlah sekolah yang

terlibat untuk dikaji. Malahan, pengkaji akan dapat melihat persepsi yang lebih meluas

dalam sesebuah daerah berkenaan dengan pelaksanaan keselamatan di sekolah.

5.6 Rumusan

Kesimpulannya, kajian ini berjaya meninjau persepsi pelaksanaan amalan sekolah

selamat di sebuah sekolah di daerah Baling. Dapatan kajian mendapati bahawa sekolah

86
yang dikaji ada mengikut piawaian keselamatan sekolah sebagai rujukan untuk

memastikan keselamatan warga sekolah dilaksanakan. Kerjasama daripada waris, PIBG

dan komuniti sangat penting untuk memastikan keselamatan sekolah sentiasa terjaga dan

diawasi.

Untuk memastikan sekolah berada dalam keadaan lebih selamat, usaha-usaha secara

bersepadu perlu dilaksanakan bukan sekadar merekabentuk dan membina bangunan

sekolah yang selamat. Usaha bersepadu itu bukan sahaja oleh pengetua sebagai pengurus

sekolah tetapi juga seluruh warga sekolah termasuk guru, pelajar, ibu bapa, dan PIBG,

pihak berkuasa Kementerian Pelajaran dan ahli komuniti termasuk pertubuhan kerajaan

dan bukan kerajaan. Strategi perancangan dan pelaksanaannya juga perlu dilakukan

dalam proses yang berterusan tidak kira elemen-elemen yang menggugat keselamatan

berkenaan sudah wujud atau belum di sekolah.

87

You might also like