You are on page 1of 3

ARKIB : 13/01/2011

Keselamatan pelajar dalam kokurikulum

KEMALANGAN yang melibatkan seorang pengakap dan pelajar, Goh Swee Khim dari
SMK Hua Lian, Perak sehingga menemui maut ketika menyertai aktiviti kokurikulum
sekolah perlu dijadikan iktibar.

Mangsa meninggal dunia apabila sebiji takal jatuh menghempap kepalanya di tapak
perkhemahan. Ia amat dikesali kerana sekali lagi nyawa pelajar melayang ketika
mengikuti aktiviti sekolah.

Ini bukan kali pertama kemalangan tragik seperti itu berlaku. Pada Oktober 2009,
beberapa pelajar mati lemas ketika menyeberang jambatan gantung di tapak
perkhemahan di Kuala Dipang, Kampar, Perak.

Pada Januari 2010 pula, seramai lima pelajar dan seorang guru meninggal dunia
ketika mengikuti latihan perlumbaan bot naga di Pulau Pinang.

Menyedari tragedi terkini itu, isu keselamatan pelajar sepanjang menyertai aktiviti
kokurikulum sekolah boleh dipersoalkan.

Sepatutnya, aspek keselamatan perlu diutamakan dalam apa juga bentuk


kokurikulum yang dijalankan bagi mengelakkan kemalangan, kecederaan dan maut
ketika pelajar menyertainya.

Ia merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pihak sekolah yang
menganjurkan aktiviti kokurikulum.

Kita tidak sepatutnya menyerahkan segalanya kepada takdir dan hanya


menganggap kemalangan freak telah berlaku.

Masanya telah tiba bagi Kementerian Pelajaran untuk menetapkan dan


melaksanakan satu polisi yang jelas kepada semua sekolah yang melibatkan
penganjuran aktiviti kokurikulum.

Sekolah perlu dianggap sebagai bukan sahaja tempat untuk belajar tetapi juga
sebuah tempat kerja. Sehubungan itu, aspek keselamatan dan kesihatan di tempat
kerja perlu diutamakan.

Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan di sekolah itu pula mestilah merangkumi
bangunan, struktur binaan lain, tandas, kantin, bilik darjah, pejabat, makmal,
padang sekolah dan juga aktiviti kokurikulum sekolah yang selamat.

Kerajaan telah memperkenalkan Program Sekolah Sihat pada 1967 dan Program
Sekolah Selamat pada 2002. Bagaimanapun, kedua-dua program itu hanya
menitikberatkan soal meningkatkan kesihatan dan menjadikan sekolah selamat
daripada masalah sosial serta pengaruh luar yang negatif seperti penagihan dadah,
seks bebas, gangsterisme, jenayah dan lain-lain.

Namun, pelajar juga perlukan Program Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH)
di sekolah. Ia merangkumi satu dimensi lain serta mengambil kira sekolah sebagai
tempat kerja dan selaras dengan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA)
1994 yang meletakkan tanggungjawab majikan untuk melindungi pekerja dan orang
lain.

Dalam kes sekolah, pekerja adalah guru, kakitangan pentadbiran dan sokongan.
Manakala orang lain pula adalah pelajar.

Pematuhan OSH 1994 oleh sekolah sebagai tempat bekerja bertujuan menjadikan
sekolah selamat dan sihat untuk guru, pelajar dan juga pelawat serta ibu bapa.

TAN SRI LEE LAM THYE ialah Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan (NIOSH)

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?


y=2011&dt=0113&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_06.htm#ixzz4WXn
VS1xD

Utusan Melayu (M) Bhd

Guru dijangkiti kencing tikus meninggal dunia

12 Ogos 2016 12:20 AM

ALOR SETAR 11 Ogos Guru lelaki yang koma dipercayai akibat jangkitan
leptospirosis atau kencing tikus meninggal dunia hari ini di Unit Rawatan Rapi (ICU)
Hospital Sultanah Bahiyah (HSB).

Mohd. Yusri Yaccob, 42, disahkan meninggal dunia pada pukul 8.05 malam. Adik
mangsa, Mohd. Yusman, 35, memberitahu, abangnya meninggal dunia akibat
pendarahan otak dan kegagalan fungsi beberapa organ utama seperti jantung dan
paru-paru.

Biarpun bersedih dengan pemergiannya, kami reda dengan ketentuan ini, katanya
di sini hari ini.

Katanya, jenazah abang sulungnya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam
Masjid Kota Rentang, Jitra dekat sini esok.
Sementara itu, Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Norhizan Ismail berkata,
mangsa mengikuti aktiviti Pendidikan Luar Murid Sekolah Menengah 1Malaysia
peringkat negeri pada 17 hingga 20 Julai lalu di Pusat Kokurikulum Daerah Baling.

Ia melibatkan aktiviti sukan air di Sungai Baling yang disertai seramai 106 pelajar
dan guru dan setakat ini, tiada peserta lain yang mengalami gejala sama.

Pejabat Kesihatan Daerah Baling memaklumkan bahawa Sungai Baling bukan


tempat perkelahan dan setakat ini, tiada kes kencing tikus dilaporkan berpunca dari
kawasan tersebut, katanya.

You might also like