You are on page 1of 9

Sari - International Journal of the Malay World and Civilisation 28(1) (2010): 227-240

Kawalan Pencemaran Sungai dalam Melindungi Ekologi dan

Habitat Manusia: Tinjauan Perundangan di Malaysia

MUHAMMAD RIZAL RAZMAN, CAROLYN MELISSA PAYUS &

JAMALUDDIN MD. JAHI

ABSTRAK

Pengenalan tanaman pokok getah asli oleh pihak penjajah pada tahun 1889

serta Revolusi Perindustrian yang melibatkan perlombongan bijih timah telah

menyebabkan bermulanya fenomena pencemaran sungai yang mengganggu

ekologi dan habitat manusia di Malaysia. Sejak beberapa tahun kebelakangan

ini didapati lebih banyak sungai mengalami masalah pencemaran air yang

serius akibat daripada kepesatan proses pembandaran serta pembangunan

infranstruktur dan industri. Oleh itu, keadaan ini telah menyebabkan suatu

mekanisma pengurusan alam sekitar menerusi kaedah perundangan mula

diperkenalkan di Malaysia ketika itu dan dilaksanakan sehinggalah ke hari ini

dengan tujuan agar dapat memastikan sumber air sungai yang terdapat di

Malaysia dapat dipelihara kualitinya bagi menjamin kesejahteraan kepada

ekologi dan habitat manusia. Namun demikian, apabila dilihat dari segi

prestasi yang telah dicapai menerusi mekanisma kaedah perundangan ini di

dalam menangani masalah pencemaran sungai terhadap ekologi dan habitat

manusia di Malaysia, ianya kelihatan masih tidak membuahkan hasil yang

diharapkan malahan keadaan persekitaran ekologi dan habitat manusia secara


keseluruhannya masih mengalami kemerosotan seperti keadaan sebelumnya.

Sehubungan dengan itu, makalah ini menyediakan tinjauan perundangan di

Malaysia dalam mengawal pencemaran sungai dalam melindungi ekologi dan

habitat manusia serta pentadbirannya oleh agensi kerajaan.

Kata kunci: Kawalan pencemaran sungai, habitat manusia, perundangan,

pentadbiran, agensi kerajaan.

ABSTRACT
FAKTOR KEKANGAN DI DALAM MENANGANI ISU

PENCEMARAN SUNGAI MENERUSI KAEDAH PERUNDANGAN

Terdapat beberapa faktor kekangan dalam penggunaan kaedah

perundangan serta pentadbirannya yang menyebabkannya kurang

berkesan di dalam menangani masalah pencemaran sesebuah lembangan

sungai dan mengganggu ekologi dan habitat manusia. Dua aspek faktor

kekangan akan dibincangkan di dalam makalah ini, iaitu memfokuskan

kepada aspek mekanisma sokongan dan kelemahan perundangan.

Kekangan dari aspek mekanisma sokongan adalah melibatkan:

Masalah perjawatan - kekurangan jentera pelaksana seperti

pegawai penguatkuasa serta kakitangan pembantu yang

mengganggu kelancaran aktiviti pelaksanaan perundangan

kawalan pencemaran sungai (Carolyn 2003);

Masalah sumber kewangan - masalah sumber kewangan dari

pihak kerajaan juga merupakan satu lagi perkara yang menyekat

serta membantutkan aktiviti pelaksanaan peruntukan sesuatu

perundangan termasuklah perundangan kawalan pencemaran


sungai. Selain itu, sumber kewangan yang telah diperuntukkan

juga tidak mencukupi bagi menampung sepenuhnya

perbelanjaan yang diperlukan oleh pihak agensi bagi

menjayakan operasi penguatkuasaan yang berkesan dan mantap

(Carolyn 2003);

Kekurangan pengetahuan - masalah kurangnya pengetahuan

serta kepakaran penguatkuasa terhadap setiap peruntukan yang

terkandung di dalam perundangan alam sekitar termasuklah

perundangan kawalan pencemaran sungai serta bidang tugas

mereka sememangnya menjadi faktor kekangan di dalam isu ini.

Pihak Jabatan Pengairan dan Saliran umpamanya yang didapati

tidak menguatkuasakan Akta Kawasan Pengairan, 1953 dan

Akta Kerja-Kerja Perparitan, 1954, atas alasan mereka tidak

mengetahui kewujudan kedua-dua peruntukan Akta tersebut

serta menafikan tanggungjawab mereka terhadap peruntukan

tersebut. Sedangkan di dalam kedua-dua Akta tersebut

terdapatnya keterangan yang memberikan kuasa kepada pihak

Jabatan Pengairan dan Saliran untuk mentadbir kedua-dua Akta

Kerja-Kerja Perparitan, 1954 dan Akta Kawasan Pengairan,

1953. Perkara ini jelas di mana di bawah Seksyen 26 dan 29

bagi Akta Kawasan Pengairan, 1953 dan Seksyen 18 dan 15

bagi Akta Kerja-Kerja Perparitan, 1954, Jurutera Daerah,

RUJUKAN

Abu Bakar Webb. 1996. The regulatory approach to water pollution control in

United Kingdom and Malaysia: An overview. Terbitan Tak Berkala

Fakulti Undang-undang 9: 14-33.


240 Muhammad Rizal Razman, Carolyn Melissa Payus & Jamaluddin Md. Jahi

Carolyn Melissa Payus. 2003. Perundangan alam sekitar kawalan pencemaran

air dan pentadbirannya di daerah Hulu Langat, Selangor. Projek

Penyelidikan Sarjana Pengurusan Persekitaran, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.

Jabatan Alam Sekitar. 1997. Laporan kualiti alam sekeliling 1997. Kuala

Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar. 1998. Laporan kualiti alam sekeliling 1998. Kuala

Lumpur: Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar.

Jabatan Alam Sekitar Negeri Selangor. 2000. Laporan tahunan Jabatan Alam

Sekitar negeri Selangor tahun 2000. Kuala Lumpur: Kementerian Sains,

Teknologi dan Alam Sekitar.

Jamaluddin Md. Jahi. 2001. Pengurusan alam sekitar di Malaysia : dari

Stockholm ke Rio de Jainero dan seterusnya. Bangi: Penerbit Universiti

Kebangsaan Malaysia.

Muhammad Rizal Razman & Syahirah Abdul Shukor. 2001. Malaysian legal

system: A basic guide. Malaysia: McGraw-Hill.

Sukiman Sarmani 1987. Perbandingan kualiti air Sungai Langat, Selangor bagi

tempoh 5 tahun. Laporan penyelidikan Sains Fizis dan Gunaan. Universiti

Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zulfakar Yahya Abdul Aziz. 1993. Impak proses pembangunan ke atas

Lembangan Sungai Langat dari tahun 1980 hingga 1990. Projek

Penyelidikan Sarjana Pengurusan Persekitaran, Universiti Kebangsaan

Malaysia, Bangi.
Muhammad Rizal Razman, Ph.D.

Pensyarah Kanan

Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (Lestari)

Universiti Kebangsaan Malaysia

43600 UKM, Bangi, Selangor, MALAYSIA.

Pencemaran Air
Menurut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pencemaran air didefinisikan sebagai apa-apa perubahan
langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau radioaktif iaitu mana-mana
bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan, atau meletakkan buangan ini sehingga
menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan,
keselamatan dan kebajikan pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan
hidupan akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.

Kaedah Pengawalan Pencemaran Air


a) Pencegahan
- Kitar semula bahan buangan
- Merawat kumbahan
- Merancang kawasan industri dan perumahan dengan teratur
b) Kuatkuasa Undang-undang
- Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang mengandungi undang-undang, peraturan dan garis
panduan berkenaan pencemaran air

c) Pemantauan
- Pengawasan udara dan air untuk tumpahan minyak atau pembuangan sisa di kawasan
larangan
Pembersihan Air
Ada beberapa kaedah pembersihan air, antaranya pendidihan, pengklorinan, penurasan dan
penyulingan. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Air yang
datang daripada sumber yang kita gunakan, sama ada dari paip atau pun dari sumber sungai
dan lain-lain, merupakan air yang masih perlu dirawat. Air mentah dari pelbagai sumber ini
perlulah menjalani kaedah pembersihan air sebelum selamat untuk digunakan.

a) Penurasan Kaedah penurasan menggunakan beberapa lapisan bahan (batuan,


pasir) sebagai penapis semulajadi kepada air yang mahu dibersihkan tersebut.

ebaikan : Air jernih dan bebas daripada zarah terampai


Keburukan : Air masih mengandungi mikroorganisma dan bahan terlarut

b) Pendidihan
Pendidihan dilakukan dengan cara memanaskan air sehingga mendidih, iaitu sehingga
mencapai takat didih, 100 C.
Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup
Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

c) Pengklorinan
Pengklorinan adalah cara membersihkan air dengan cara menambahkan klorin ke dalam air
tersebut bagi tujuan untuk membunuh mikroorganisma

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma hidup


Keburukan : Air masih mengandungi zarah terampai dan bahan terlarut

d) Penyulingan
Penyulingan adalah melalui proses dalam makmal dengan radas yang disediakan seperti di
bawah dan menggunakan konsep kondensasi gas kepada cecair bagi menulenkan air yang kotor.

Kebaikan : Air bebas daripada mikroorganisma, zarah terampai dan bahan terlarut
Keburukan : Tidak mengandungi zat mineral yang berguna kepada kesihatan badan
# INFO EXTRA : Sistem Bekalan Air ke kediaman
Cara Penjimatan Penggunaan Air
a) Mandi dengan air pancuran
b) Jangan biarkan air terus mengalir semasa menggosok gigi atau menyapu sabun pada badan
c) Basuh pinggan di dalam sinki yang diisi dengan air, bukan yang mengalir dari pili air
d) Cuci kereta dengan menggunakan air di dalam baldi
e) Pasang tangki curahan air tandas dwisistem yang menggunakan curahan separuh untuk urin
dan curahan penuh untuk najis
f) Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh
g) Baiki pili air atau paip yang bocor
h) Kumpulkan air hujan untuk menyiram pokok dan tanaman

You might also like