You are on page 1of 1

CONTOH SOALAN MENYANGKAL ANDAIAN DAN SALAH FAHAM

1) Bolehkah jelaskan mengapa dan bagaimana rundingan bagi mendapatkan


kemerdekaan dijalankan?

Jawapan: Rundingan dijalankan bagi mendapatkan persetujuan oleh pihak British untuk
memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Rundingan bagi mendapatkan
kemerdekaan dijalankan melalui rombongan Tunku Abdul Rahman bersama beberapa
orang wakil yang berlangsung di Pejabat Tanah Jajahan British di Lancaster House,
London.

2) Apakah yang berlaku sekiranya negara kita tidak dijajah?


Jawapan: Sekiranya negara tidak dijajah, kepelbagaian kaum di Malaysia tidak akan
wujud melalui kemasukan orang Cina dan India bagi memenuhi keperluan ekonomi.
Selain itu, tiada pengasingan ekonomi dan kawasan mengikut kaum.

3) Adakah anda bersetuju atau tidak bahawa perlunya permuafakatan dalam


perjuangan menuntut kemerdekaan?
Jawapan: Ya, saya bersetuju kerana dengan permuafakatan yang wujud, pihak British
lebih yakin untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.

4) Apa yang anda boleh andaikan tentang sebab British bersetuju untuk
mengadakan rundingan bagi mendapatkan kemerdekaan?
Jawapan: Britsh bersetuju untuk mengadakan rundingan mendapatkan kemerdekaan
kerana tokoh-tokoh yang dihantar untuk berunding mendapat pendidikan ideologi Barat.

5) Bagaimana anda menyokong andaian anda bahawa faktor pihak British memberi
kemerdekaan terhadap Tanah Melayu?
Jawapan: Pihak British memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana
permuafakatan antara ketiga-tiga kaum yang telah wujud pada masa itu.

6) Andaikan sekiranya rundingan kemerdekaan ke London tidak disertai oleh wakil


daripada ketiga-tiga kaum di Malaysia? Apakah yang akan berlaku?
Jawapan: Sekiranya rundingan kemerdekaan tidak disertai oleh wakil daripada ketiga-
tiga kaum, pihak British sukar memberi kepercayaan kepada Tanah Melayu untuk
mentadbir negara sendiri dan seterusnya kemerdekaan sukar dicapai.

You might also like