You are on page 1of 14

RAHSIA

DOKUMEN INI IALAH HAKMILIK KERAJAAN MALAYSIA


No. Fail

Nombor

Salinan Bilangan

MEMORANDUM JEMAAH MENTERI

MEMORANDUM DARI MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI


CADANGAN UNTUK MALAYSIA MENGANJURKAN SIMPOSIUM
ANTARABANGSA NANAS KETUJUH (SEVENTH INTERNATIONAL
PINEAPPLE SYMPOSIUM), PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA
PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA, 13 - 15 JULAI 2010.

1.

TUJUAN
1.1

2.

Tujuan memorandum ini adalah memohon pertimbangan Jemaah


Menteri Malaysia untuk menimbang dan memberi persetujuan bagi
MARDI, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan ISHS
(International Society for Horticulture Science) untuk bersama-sama
menganjurkan SIMPOSIUM ANTARABANGSA NANAS KE TUJUH
bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor
Malaysia, pada 13-15 Julai 2010.

LATAR BELAKANG
2.1

Simposium ini merupakan simposium ketujuh di peringkat


antarabangsa bagi tanaman nanas dan menjadi wahana penting
untuk mengumpul segala maklumat terkini tanaman ini dari seluruh
dunia.

2.2

Nanas merupakan buah-buahan ketiga terpenting di pasaran


antarabangsa selepas limau dan pisang. Pengeluaran nanas dunia
dianggarkan 18.4 juta mt setahun. Di kebanyakan negara nanas
ditanam secara komersial di ladang-ladang dan juga di usahakan
oleh petani secara kecil-kecilan. Melalui simposium ini maklumat
berhubung dengan pembangunan dan potensi industri ini akan
diperoleh dan di jadikan strategi bagi meningkatkan lagi
sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Sejajar
dengan matlamat ini,
sewajarnya satu simposium diperingkat
antarabangsa berkaitan industri nanas diadakan.

RAHSIA
3.

LATARBELAKANG MPIB, ISHS DAN SIMPOSIUM KETUJUH


3.1

Lembaga Perindustrian nanas Malaysia (MPIB) merupakan sebuah


agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang
diberi tanggungjawab sebagai peneraju pembangunan industri nanas
negara. Fokus MPIB adalah untuk membuka kawasan-kawasan baru
dan meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas negara. Selain
daripada itu MPIB juga berperanan menangani isu kekurangan
bekalan nanas ke kilang-kilang dan bertanggungjawab menyusun
strategi berasaskan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh
kerajaan.

3.2

ISHS pula adalah Persatuan Sains Hortikultur Antarabangsa yang


mempunyai keanggotaan lebih 4500 ahli berdaftar dari lebih 100
buah negara. Matlamat penubuhanI SHS adalah untuk
mempromosikan penyelidikan dalam semua bidang hortikultur dan ia
dilaksanakan melalui 12 buah suruhanjaya (Commissions) dan 6
seksyen. Asas penubuhan ISHS adalah seperti berikut:

Menggalakkan jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa

Menyediakan landasan bagi menemukan ahli-ahli profesional


saintifik dan teknikal

Merangsang, membantu dan menyelaras aktiviti penyelidikan


dan saintifik di peringkat antarabangsa.

3.3

Pada tahun 2007, ISHS telah bersetuju pada dasarnya untuk


menawarkan penganjuran simposium berkaitan dengan nanas ini
kepada Malaysia, khususnya MARDI sebagai peneraju utama kerana
fungsinya sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan
pertanian terulung di rantau ini.

3.4

Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga turut


menyokong cadangan ini kerana simposium ini adalah penting dan
dapat memberi manfaat besar kepada ekonomi dan profil Negara.
Simposium ini tepat pada masanya memandangkan ianya adalah
julung-julung kali di adakan di Malaysia.

RAHSIA
4.

ASAS PERTIMBANGAN
4.1

Sektor pertanian merupakan enjin penggerak pertumbuhan ketiga


dalam wawasan ekonomi baru. Perkembangan pesat dalam
pembangunan Negara turut memberi cabaran kepada daya maju
semua sektor ekonomi termasuk sektor pertanian. Antara cabaran
utama terhadap sektor pertanian adalah untuk memesatkan arus
transformasi bagi meningkatkan produktiviti keseluruhan dan
mengekalkan daya saing produk pertanian di peringkat antarabangsa.

4.2

Dalam tahun 2007, Malaysia merupakan negara pengeksport nanas


ke 8 di dunia dengan kuantiti eksport lebih 60,600 mt berbanding
Negara Filipina yang merupakan peneraju utama dalam
pengeksportan nanas di kalangan negara-negara Asean. Sebagai
perbandingan, dalam tahun yang sama Filipina telah mengeksport
lebih 276,00 mt nanas ke pasaran antarabagsa. Jumlah eksport nanas
di dunia dianggarkan berjumlah lebih 2,688,400 mt dan bernilai lebih
USD 1.327 bilion. Adalah dianggarkan nilai eksport nanas dunia akan
berkembang pada kadar 8% setahun dan mempunyai potensi besar
sebagai penyumbang ekonomi negara. Namun begitu, dasar
liberalisasi pasaran yang akan dilaksanakan dijangka akan
mempengaruhi daya saing industri nanas negara.

4.3

Pemodenan sistem pengeluaran nanas boleh menjadi perintis untuk


mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan pengeluaran, kawalan
penyakit dan pengendalian lepas tuai nanas. Melalui simposium ini
Malaysia akan mendapat manfaat khususnya dalam menambah baik
sistem pengurusan tanaman nanas bagi meningkatkan produktiviti
bagi membolehkannya terus berdaya saing berbanding dengan
pengeluar-pengeluar dari rantau ASEAN.

4.4

Pada umumnya Malaysia masih mempunyai daya saing dalam


pengeluaran nanas berbanding negara pengeluar yang lain. Daya
saing ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan Malaysia terus kekal
sebagai salah satu negara pengeksport utama nanas dunia. Dengan
yang demikian, strategi jangka panjang perlu di rancang dan
dilaksanakan. Simposium ini diharap akan menjadi asas kepada
perancangan pelan induk pembangunan industri nanas negara.

RAHSIA
5.

6.

OBJEKTIF
5.1

Tujuan utama simposium ini diadakan adalah untuk mengumpul dan


mengenengahkan maklumat bersepadu yang lengkap bagi
menghasilkan industri nanas yang mampan, cekap dan berdaya saing
dengan kemampuan mengguna dan menerima pemindahan teknologi
yang sesuai dan terkini.

5.2

Objektif-objektif simposium ini adalah seperti berikut:

Membentangkan penggunaan kaedah-kaedah baru dalam


sistem pengeluaran nanas misalnya dalam bidang bioteknologi
dan pembiakbakaan.

Mengenengahkan kaedah-kaedah berinovatif yang sedia untuk


diguna pakai di peringkat pengeluaran dan penggunaan input
secara optimum.

Untuk mengatasi cabaran impak globalisasi dan implikasi


peraturan WTO, AFTA dan GLOBALGAP serta isu-isu
perdagangan seperti Hak Cipta Terpelihara (Intellectual Property
Rights).

IMPLIKASI KEPADA NEGARA


6.1

Cadangan ini memberi beberapa implikasi positif kepada Malaysia.


Antara implikasi utama cadangan Malaysia menjadi tuan rumah
adalah seperti berikut:6.1.1

Perancangan pembangunan pertanian merencanakan


transformasi sektor nanas daripada tanaman kecil-kecilan ke
arah tanaman bertaraf komersial untuk memastikan
pengeluaran nanas dapat memenuhi keperluan pasaran
eksport. Ini akan memberi panduan kepada Malaysia untuk
mengembangkan industri tanaman nanas.

6.1.2

Industri nanas Negara telah dibangunkan di tanah gambut


yang dikelaskan sebagai tanah marginal. Bagaimanapun
adalah menjadi dasar kerajaan untuk membangunkan industri
nanas secara intensif di tanah mineral. Perubahan dan
perkembangan ini memerlukan bukan sahaja pengusahapengusaha baharu bahkan teknologi dan kaedah
pengeluaran yang berbeza dari tanaman konvensional yang
diusahakan di tanah gambut. Penganjuran simposium ini
amat bertepatan di mana pertemuan pakar-pakar dari
4

RAHSIA
pelbagai bidang akan dapat mencetuskan berbagai idea
berkaitan kaedah pengeluaran, teknologi pengurusan dan
kawalan penyakit yang berkesan dan terkini bagi tanaman
nanas. Hal ini amat penting supaya pengeluaran nanas dapat
dipertingkatkan.
6.1.3

Peningkatan pengeluaran nanas dijangka dapat memenuhi


dan mengembangkan pasaran eksport nanas. Pada masa ini
Malaysia mengeksport lebih 18,800 mt bernilai RM14.88 juta
setahun. Tumpuan eksport Malaysia adalah ke negaranegara pengimport tradisional seperti Singapura, Belanda
dan Hong Kong. Malaysia kini menumpukan ke pasaran baru
seperti China dan Asia Barat yang mempunyai potensi
pasaran yang besar.

6.3

Tahap penyelidikan teknologi pemprosesan dan bioteknologi nanas di


negara seperti Amerika Syarikat dan Australia adalah lebih maju.
Wakil-wakil Malaysia akan dapat berinteraksi dengan wakil negaranegara ini.

6.4

Perubahan hala tuju nanas ke arah tanaman komersil di tanah


mineral dapat menjamin pasaran dan harga yang stabil sepanjang
tahun. Pada masa ini pengeluaran nanas Negara tidak dapat
menampung permintaan nanas dunia. Maka tibalah masanya industri
nanas negara ini dijadikan sebuah industri yang maju dan berdaya
saing.

Jadual 1: Negara pengeksport nanas segar utama di dunia (tan. Metrik )


Negara
Jumlah

Kuantiti (MT)
2002

2003

1,129,293 1,283,831

2004
1,603,408

2005

2006

1,977,262 2,419,132

2007

AGR
(%)

2,688,454

4.8

Costa Rica

458,393

556,172

701,359

905,090

1,194,179

1,367,497

13.7

Filipina

172,087

180,881

204,176

210,762

261,717

275,657

0.1

Belgium

101,369

131,725

189,952

255,800

242,386

263,429

38.7

Belanda

33,572

50,622

74,176

120,373

190,547

197,575

-0.1

Ecuador

33,456

53,991

70,245

82,376

95,046

99,581

-7.2

Amerika

56,212

60,972

68,841

80,740

93,166

89,813

1.7

Panama

492

5,118

14,333

30,379

51,478

66,072

21.4

37,947

16,079

14,357

19,453

24,139

60,668

9.4

Malaysia (8)

RAHSIA
6.5

Penganjuran ini juga adalah penting kepada sektor lain di Malaysia.


Antara faedah-faedah langsung dan tidak langsung yang akan
diperoleh adalah seperti berikut:
6.5.1 Mengukuhkan visi negara yang menyasarkan transformasi
sektor pertanian negara sebagai berdaya maju dan bertaraf
antarabangsa.
6.5.2 Kesan limpahan kepada sektor lain seperti industri
pelancongan tempatan kepada pelawat antarabangsa.
6.5.3 Mengukuhkan imej Negara yang aman dan selamat untuk
pelawat dan pelancong.

7.

PESERTA SIMPOSIUM
Seramai 400 orang peserta bersama pakar/pembentang kertas kerja dari
dalam dan luar negara dijangka akan menghadiri simposium ini. Profil
peserta-peserta yang akan menyertai simposium ini terdiri daripada
pengusaha dalam sektor pertanian pada amnya dan industri nanas
khususnya, pakar pengurusan tanaman, bio-teknologis, pengekspot,
persatuan peladang, penyelidik, ahli akademik, penuntut, agensi swasta,
penggubal polisi, usahawan dan agensi pengembangan yang terbabit dalam
industri nanas dari dalam dan luar negara. Antara Negara-negara yang
dijangka akan turut serta dalam simposium ini terdiri daripada negara-negara
Asean, Amerika Syarikat, Australia, Brazil, China, Negara-negara Amerika
Selatan dan lain-lain.

8.

9.

TARIKH DAN TEMPAT


Tarikh

: 13 hingga 15 Julai 2010

Tempat

: Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor


Bahru, Johor, Malaysia.

CADANGAN PROGRAM
9.1

Simposium ini akan berlangsung selama tiga hari dengan dua hari
sesi pembentangan kertas kerja teknikal dan satu hari lawatan
teknikal ke kilang pemprosesan, pusat penyelidikan dan ladangladang nanas di sekitar negeri Johor bagi memperkenalkan peserta
kepada ladang-ladang nanas untuk pasaran eksport dan kaleng yang
terdapat di Malaysia.
6

RAHSIA

9.2

Dua hari yang pertama merangkumi pembentangan teknikal yang


akan memberikan penekanan kepada pembentangan beberapa
kertas kerja ucaptama serta pembentangan daripada pembentang
jemputan yang merangkumi beberapa topik yang telah dikenalpasti.

9.3

Pihak penganjur turut merancangkan satu sesi khas bagi


pembentangan secara poster diadakan untuk kertas-kertas kerja
teknikal yang tidak dapat dibentangkan secara pembentangan oral
memandangkan peluang untuk membentangkan kertas kerja secara
oral adalah terhad.

9.4

Beberapa topik yang telah dikenalpasti bagi Program Teknikal


Simposium adalah seperti berikut:








9.5

10.

International trade and marketing


Breeding and genetics
Biotechnology
Cultural practices and cropping system
Pest and disease management
Post harvest handling
Product development and processing

Aktiviti simposium turut dipelbagaikan dengan acara pameran yang


akan memberi peluang kepada syarikat, agensi dan usahawan untuk
mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka yang berkaitan
dengan industri nanas. Syarikat yang menyertai dijangka berpeluang
memperluas pasaran mereka kepada peserta yang juga berperanan
dalam industi nanas serantau.

TEMA SIMPOSIUM
Tema simposium pada kali ini ialah Global Pineapple Industry : The Way
Foward

11.

ACARA PERASMIAN
Sebagai mengiktiraf simposium yang bertaraf dunia ini, adalah disyorkan
acara perasmian disempurnakan oleh Y. A. B. Perdana Menteri Malaysia.

RAHSIA
12. PENGANJUR
12.1

MARDI menganjurkan simposium ini secara bersama dengan agensi


berikut:
a) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
b) International Society for Horticulture Science (ISHS)

12.2

Untuk memantapkan lagi perlaksanaan penganjuran acara ini, MARDI


bekerjasama dengan agensi yang berkaitan dengan skop dan tema
acara iaitu :
a) Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)
b) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)
c) Tropical Fruit Network (TF-Net)
d) Lembaga Pelancongan Malaysia
e) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)

13. KEWANGAN
13.1

Simposium ini akan dibiayai sepenuhnya melalui yuran pendaftaran


yang akan dikenakan kepada setiap peserta simposium melainkan
mereka yang dikecualikan. Selain yuran pendaftaran, sumbangan dan
tajaan juga akan diperolehi daripada agensi dan syarikat yang
berminat melalui pameran dan pengiklanan dalam buku cenderamata.
Semua kos terus berkaitan hal ehwal kewangan Simposium akan
diuruskan melalui DANA PERSIDANGAN DAN PAMERAN MARDI
yang ditempatkan di Program Persidangan dan Pameran, Pusat
Perkhidmatan Teknikal dan DANA ini perlu memberikan laporan
bulanan kepada Pengarah Kewangan MARDI.

RAHSIA
13.2

Anggaran pembiayaan kewangan adalah seperti berikut:

Kuantiti

RM/Unit

Jumlah
(RM)

Beg

400

30.00

12,000.00

Cenderamata penceramah/
lawatan teknikal

40

30.00

1,200.00

Alat tulis

400

10.00

4,000.00

Perkara
1. Barangan Simposium

Jumlah

17,200.00

2. Percetakan
Broshur

3000

1.50

4,500.00

Buku Program

450

20.00

9,000.00

Buku Abstrak

450

20.00

9,000.00

Buku Prosiding (Diterbitkan


oleh ISHS)

400

300.00

120,000.00

Kad Jemputan

450

1.50

675.00

Poster pengumuman

100

7.00

700.00

Jumlah

143,875.00

3. Penginapan dan Pakej Seminar


Pakej Seminar (400 pax x RM
100 sehari x 2 hari )

800

100.00

80,000.00

Jamuan ringan VIP/ Sidang


Akhbar

50

35.00

1,750.00

Jamuan ringan (Cocktail


reception)

150

25.00

4,500.00

Penginapan penceramah
jemputan (RM 250 hari x 3
hari x 15 pembentang
jemputan)

45

250.00

11,250.00

RAHSIA

Perkara

Kuantiti

RM/Unit

Jumlah

Jumlah
(RM)
97,500.00

4. Makan Malam Rasmi


Makan malam

40

700

28,000.00

Pertunjukkan kebudayaan

3,000.00

3,000.00

Jumlah

31,000.00

5. Lawatan Teknikal
Sewa bas

500.00

1,000.00

Makan Minum Peserta

240

30.00

7,200.00

Insuran

240

1.50

360.00

Jumlah

8,560.00

6. Pameran
Sewa ruang pameran

1,000.00

1,000.00

Sewa infrastruktur booth

15

300.00

4,500.00

Aksesori/pengangkutan
pameran

3000.00

3,000.00

Jumlah

8,500.00

7. Pembentang Kertas Kerja Jemputan


Tiket kapal terbang pergi
balik
(7 pembentang)

10,000.00

70,000.00

Honorarium (USD 100 x 7 3


hari)

1,140.00

7,980.00

Pengangkutan (Tempatan)

3,000.00

3,000.00

Jumlah

80,980.00

10

RAHSIA

Kuantiti

RM/Unit

Jumlah
(RM)

Sewa peralatan/ perabot

1,500.00

1,500.00

Pemasaran
(Pos/Telefon/Faks)

4,000.00

4,000.00

Kos wakil ISHS ke Mesyuarat


JK Induk 7th IPS Malaysia

25,000.00

25,000.00

Bayaran kepada ISHS : Yuran


penyertaan peserta
antarabangsa bagi bukan ahli
ISHS sahaja. (10 peserta x
USD 50)

10

190.00

1,900.00

Kos pengurusan

5,000.00

5,000.00

Perkara
8. Pelbagai

Jumlah

37,400.00

JUMLAH BESAR

425,015.00

14. JAWATANKUASA PENGANJUR


Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Simposium adalah seperti berikut:
Penaung

: Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman


Ketua Pengarah MARDI

Penasihat Bersama :
Dato Dr. Sharif Haron
Timbalan Ketua Pengarah
(Penyelidikan) MARDI
Tuan Haji Ariffin Tawang
Timbalan Ketua Pengarah
(Pemindahan dan Pengkomersilan Teknologi) MARDI
Tuan Haji Mat Hassan Othman
Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
11

RAHSIA

Convener

: Y. M. Tengku Ab Malik Tengku Maamun


Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI

Pengerusi

: Y. M. Tengku Ab Malik Tengku Maamun


Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI

Pengerusi Bersama :
Puan Ramlah Mohd Isa
Pengarah
Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI
Encik Sahdan Salim
Timbalan Ketua Pengarah
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)
Jawatankuasa Kecil :Teknikal

: Encik Abdullah Hassan


Timbalan Pengarah
Program Pengendalian Lepas Tuai
Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI

Sekretariat : En. Nor Hashim Ujang


Timbalan Pengarah
Program Persidangan dan Pameran
Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI
Publisiti dan Protokol :
En. Zulkafli Ismail
Timbalan Pengarah
Program Perhubungan dan Komunikasi Korporat
Bahagian Urusan Korporat MARDI
Iklan, Tajaan dan Pameran:
Dr. Mohammed Selamat Madom
Ketua Unit
Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan
Baka Ternakan MARDI
Lawatan Teknikal :
Encik Mahmud Kasim
Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)

12

RAHSIA
15. KESIMPULAN
15.1

15.2

Simposium yang dicadangkan ini adalah satu penghormatan bagi


negara kerana ianya merupakan penganjuran acara simposium
teknikal bertaraf antarabangsa. Ini adalah bertepatan dengan hasrat
negara untuk merealisasikan transformasi pertanian negara terutama
dalam pembangunan industri komoditi yang bersepadu dan berdaya
maju.
Penganjuran simposium ini juga adalah wajar dan bertepatan untuk
diadakan memandangkan Malaysia turut terlibat secara aktif dalam
aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan pemindahan
teknologi nanas kepada industri melalui beberapa projek yang
dirancangkan. Di samping itu, simposium ini juga akan mempererat
hubungan kerjasama antara para saintis antarabangsa dan negara kita.

16. ULASAN KEMENTERIAN / AGENSI PUSAT


16.1 Kementerian Kewangan

16.2

Kementerian Luar Negeri

16.3

Kementerian Dalam Negeri

13

RAHSIA
17.

PENUTUP
Ahli jemaah menteri adalah dengan hormatnya dipohon menimbang dan
memberi persetujuan kepada MARDI dan MPIB bersama penganjurpenganjur lain untuk mewakili Malaysia bagi menganjurkan SIMPOSIUM
ANTARABANGSA NANAS KETUJUH (SEVENTH INTERNATIONAL
PINEAPPLE SYMPOSIUM ) pada 13 hingga 15 Julai 2010 bertempat di
Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor Bharu, Johor.

14

You might also like