You are on page 1of 17

ISI KANDUNGAN

LAPORAN PROJEK REKA CIPTA/ INOVASI

1. SINOPSIS/ RINGKASAN PROJEK

Gas karbon monoksida (CO) ialah sebatian yang dihasilkan oleh pembakaran
tidak lengkap serta pelbagai bahan api dan bahan yang berasaskan karbon. Ini kerana,
gas karbon monoksida tidak mempunyai bau dan rasa dan akan masuk menerusi
saluran pernafasan dan seterusnya ke saluran darah. Pengumpulan perlahan gas
beracun ini boleh menyebabkan sakit kepala, loya, muntah, vertigo dan kekeliruan yang
berbahaya untuk keselamatan penumpang dan perlindungan alam sekitar. Oleh yang
demikian, projek ini dibangunkan bagi mengesan gas seperti karbon monoksida (CO)
di dalam kereta dan menghantar notifikasi (SMS) kepada pihak ketiga dan buzzer
berbunyi jika kadar bacaan karbon monoksida tinggi. Selain daripada itu, pihak ketiga
dapat memantau bacaan serta lokasi kejadian pada laman web ThingSpeak.

2. PENGENALAN/ LATAR BELAKANG

Menurut artikel yang ditulis oleh Dr Greiner berkaitan keracunan gas karbon
monoksida disebabkan kenderaan, beliau telah menyenaraikan beberapa punca iaitu:
kenderaan tersebut mengalami masalah pada bahagian ekzos, memandu kereta
dengan bahagian bonet yang terbuka, memandu kereta atau menggunakan kereta
yang mana badan kereta tersebut berlubang, memanaskan kereta di dalam garaj dan
membiarkan enjin kereta terbuka dalam bangunan yang tertutup.
Penyedutan kepekatan gas karbon monoksida dalam tempoh tertentu boleh
menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan juga kematian akibat keracunan
karbon monoksida kepada pemandu dan penumpang. Gas ini menimbulkan kesan
yang buruk pada manusia menerusi penggabungannya dengan hemoglobin
membentuk karboksihemoglobin (HbCO) dalam darah yang menghalang pengikatan
oksigen pada hemoglobin seterusnya mengurangkan daya muat membawa oksigen
lalu mengakibatkan hipoksia yang menyebabkan sel dan tisu badan manusia gagal dan
mati. PPM ialah unit kepekatan karbon monoksida.
Berdasarkan kepada laman web Jabatan Keselamatan dan Kesihatan
Pekerjaan, had karbon monoksida di Malaysia adalah 10PPM ke bawah. Kualiti udara
di dalam kenderaan perlu dipantau untuk memastikan tahap karbon monoksida
selamat bagi memastikan kesihatan pemandu dan penumpang di dalam kenderaan.
Internet of Things (IoT) ialah teknologi yang membolehkan sesuatu
berkomunikasi dengan memindahkan data melalui rangkaian untuk membuat
keputusan. Peranti fizikal boleh dilampirkan dengan penderia dan ditetapkan dengan
alamat IP untuk memindahkan data dan mencetuskan beberapa tindakan bergantung
pada data yang dikumpul. IoT membolehkan pengguna memantau atau mengawal
kenderaan elektronik atau peranti fizikal lain melalui Internet.
Ia telah dilaksanakan dalam pelbagai industri, seperti pusat penjagaan
kesihatan dan industri pembuatan untuk menambah baik sistem sedia ada mereka.
Terdapat beberapa kes keracunan karbon monoksida berkaitan kenderaan bermotor
di Malaysia yang menyebabkan masalah kesihatan yang serius dan kematian.
Ini adalah contoh berita dari akhbar tempatan mengenai seorang wanita muda
ditemui tidak sedarkan diri di dalam kereta dengan enjin hidup dan koma selama tiga
bulan selepas mengalami keracunan karbon monoksida. Selain itu, dua remaja ditemui
mati dipercayai akibat keracunan karbon monoksida selepas tidur di dalam kereta
dalam keadaan enjin hidup dan berhawa dingin. Terdapat juga beberapa kes di mana
pemandu telah meninggalkan anak mereka tanpa pengawasan di dalam kereta dengan
enjin hidup dan mereka mungkin mengalami keracunan karbon monoksida jika
terperangkap di dalam kereta selama beberapa jam. Kebanyakan kenderaan,
terutamanya kereta dengan model tahun dan tarikh pembinaan yang lebih lama tidak
mempunyai sistem pengesanan karbon monoksida. Pengesan karbon monoksida
sedia ada tidak mempunyai tindak balas yang berkesan jika tahap karbon monoksida
yang berbahaya dan tidak dapat berinteraksi dengan kenderaan untuk mematikan enjin
untuk menghentikan sumber karbon monoksida.
Terdapat tiga objektif dalam projek ini iaitu mengkaji dan menganalisis sistem
pengesanan karbon monoksida sedia ada bagi sesebuah kenderaan. Selain itu, untuk
mereka bentuk dan pembangunan prototaip berasaskan IoT untuk mengesan karbon
monoksida, maklumkan pengguna dan sediakan langkah balas automatik yang
berkesan.
Objektif akhir adalah untuk menguji dan mengesahkan prototaip. Skop projek ini
adalah pengesanan untuk gas karbon monoksida. Sistem ini dapat mengesan karbon
monoksida di dalam kenderaan menggunakan sensor gas MQ-7 dan ESP8266 Node
MCU sebagai mikropengawal. Pengguna dapat memantau tahap karbon monoksida
dan menerima pemberitahuan amaran. Sistem ini bertujuan untuk diuji dan digunakan
oleh kakitangan IKTBN Sepang. Kepentingan projek ini ialah dengan pelaksanaan
teknologi IoT dalam sistem ini membolehkan pengguna memantau tahap dan bacaan
karbon monoksida di dalam kenderaan dari jauh. Sistem ini boleh menghantar notifikasi
(SMS) amaran kepada pengguna menggunakan Modul GSM jika tahap dan bacaan
karbon monoksida tinggi. Selain daripada itu, ia boleh menghantar mesej teks kepada
kenalan kecemasan sekiranya tahap karbon monoksida berbahaya.

3. OBJEKTIF REKA CIPTA/ INOVASI


Objektif projek ini adalah untuk membangunkan Sistem Pemantauan, Amaran dan
Pengawalan Karbon Monoksida Kenderaan berasaskan IoT. Sistem ini mengesan
tahap karbon monoksida dalam kenderaan menggunakan sensor gas MQ-7 dan
ESP8266 Node MCU. Data sensor yang dikumpul akan dipindahkan ke aplikasi
ThingSpeak melalui rangkaian GPRS menggunakan modul GSM SIM900A dan
Arduino. Sistem ini membolehkan pengguna memantau tahap dan bacaan karbon
monoksida. Pihak ketiga juga boleh menerima pemberitahuan amaran untuk tahap
bahaya karbon monoksida menggunakan SMS.

4. KUMPULAN SASARAN DAN SKOP LIPUTAN


Berdasarkan kepada beberapa artikel dari keratan akhbar, kami dapati kumpulan
sasaran produk ini sesuai bagi pengguna kenderaan yang memandu setiap hari atau
memandu bagi perjalanan yang lama. Contohnya pemandu e-hailing dan pengguna
kenderaan bagi perjalanan yang lama.
5. METODOLOGI DAN PROSES PELAKSANAAN

i. Peralatan/ mesin yang digunapakai

Bil Peralatan

1. Perisian Arduino IDE

2. Thingspeak

3. Cloud storage

4. Soldering Iron

5. Solder Lead

6. Glu Gun

7. PCB stand

8. Kabel

9. Bateri 18650 Rechargeable (2200mAh)

10. Sim kad telefon


ii. Senarai komponen/ bahan yang terlibat

Bil Komponen Kuantiti

1. LCD I2C 16x2 1

2. SIM900A GSM Module 1

3. L76XGPS Module 1

4. ESP8266 Node MCU 1

5. MQ7 CO Gas Sensor 1

6. Buzzer 1

7. Battery Shield 18650 1

8. LED Hijau 1

9. LED Merah 1

10. USB port Type C Kabel 1


iii. Reka bentuk/ lakaran/ simulasi/ CAD

Rajah 5.1: Blok diagram


Rajah 5.2: Carta Alir Sistem Projek
Rajah 5.3 Litar skematik
iv. Pemasangan/ penghasilan

Rajah 5.4 Pemasangan litar


Rajah 5.5 Bahagian depan dan bahagian atas

Rajah 5.6 Bahagian sisi tepi kanan dan kiri


Rajah 5.7 Bahagian sisi belakang

Rajah 5.8. : Kod Program Arduino IDE

Rajah 5.9 : Paparan data dan lokasi kejadian pada Thingspeak


Rajah 5.10 : Notifikasi SMS yang dihantar kepada pihak ketiga

6. APLIKASI KREATIVITI & INOVASI (NYATAKAN)

i. Produk/ projek
- Menggunakan gabungan di antara komponen sensor, WIFI, GPS dan
GSM modul.
ii. Penggunaan Teknologi IR4.0
- Menggunakan cloud storage untuk menyimpan data bagi bacaan karbon
monoksida serta pengguna dapat melihat lokasi kejadian pada paparan
web browser (ThingSpeak).

7. IMPAK REKA CIPTA/ INOVASI TERHADAP KUMPULAN SASARAN

a. Elemen inovatif
Dengan menggunakan produk ini, pengguna kenderaan dapat memantau tahap
bacaan gas karbon monoksida di dalam kenderaan dan sekaligus dapat memberi
kesedaran tentang berbahaya gas karbon monoksida kepada manusia. Selain itu,
pengguna dapat didedahkan dengan penggunaan teknologi IoT yang boleh
merekodkan semua bacaan paras karbon monoksida ke dalam platform IoT pada
storan awan, komputer dan telefon pintar.

b. Elemen keberkesanan
Projek ini dapat mengumpul bacaan data tahap karbon monoksida ke dalam
platform Thingspeak IoT.

c. Elemen penting
Gabungan teknologi IoT dan teknologi elektronik di dalam projek ini dapat
membangunkan sistem pemantauan automasi yang berkesan.
8. SUMBER DAN IMPLIKASI KEWANGAN (JIKA ADA)

Bil Item Quantity Price (RM) Total

1. ESP8266 Node MCU 1 30.00 30.00

2. SIM900A GSM Module 1 29.90 29.90

3. MQ7 Co Gas Sensor 1 6.90 6.90

4. 18650 2200maH battery 2 3.90 7.80

5. 18650 battery shield 1 27.99 27.99

6. Cable USB port Type C 1 10.00 10.00

7. Box 1 11.50 11.50

8. Buzzer 1 3.00 3.00

9. GPS Module 1 22.90 22.90

10. LCD I2C 16x2 1 15.00 15.00

11. Sim Kad Telefon 1 30.00 30.00

JUMLAH 194.99
9. RUMUSAN DAN PENUTUP

Kesimpulannya, daripada hasil projek ini dapat memberi manfaat kepada pengguna
kenderaan yang memandu setiap hari atau memandu bagi perjalanan yang lama.Selain itu,
ia dapat memudahkan pengguna untuk mengesan gas karbon monoksida di dalam
kenderaan.Hal ini dapat mengelakkan pemandu dan penumpang daripada keracunan karbon
monoksida tanpa sedar.

10. RUJUKAN

a. https://www.dosh.gov.my/index.php/ms/component/content/article/537-info-
kkp/chemical-management/1676-indoor-air-quality

b. https://www.hmetro.com.my/utama/2018/11/393148/lemas-terhidu-gas-co

c. https://www.borneotoday.net/lelaki-dan-perempuan-mati-akibat-tidur-dalam-
kereta

d. https://pandulaju.com.my/4-sahabat-lemas-karbon-monoksida-mangsa-
terakhir-sudah-keluar-wad/

e. https://siakapkeli.my/2022/05/31/ekzos-bocor-wanita-dedah-detik-cemas-
sekeluarga-keracunan-gas-monoksida-walau-kereta-bergerak/
11. LAMPIRAN (APPENDIX)

Jadual 1: Bahan cemar udara dalaman


Testimoni

En. Farhan: Beliau telah mencuba produk ini dan menyatakan bahawa produk ini sangat baik,
senang dan tidak memerlukan beliau untuk memasang aplikasi.

You might also like