You are on page 1of 17

FAKULTI PERNIAGAAN OUM

SEPTEMBER 2017

CBCT 2203

KONSEP ASAS TEKNOLOGI MAKLUMAT

NO. MATRIKULASI : 870223235421001


NO. KAD PENGNEALAN : 870223235421
NO. TELEFON : +60107600149
E-MEL : mohdkhairulpit@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR


ARAHAN
 Jangan menyalin soalan dan arahan tugasan dalam jawapan anda.
 Sediakan jawapan tugasan anda mengikut susunan KRITERIA PENILAIAN
(ASSESSMENT CRITERIA) seperti tertunjuk dalam RUBRIK. Jika RUBRIK TIDAK
dibekalkan, ikut arahan/garispanduan yang ditetapkan oleh Fakulti bagi tugasan
kursus berkenaan.
 Tugasan anda hendaklah antara 3000 hingga 5000 patah perkataan (bergantung
kepada bilangan patah perkataan pada arahan di soalan tugasan) TIDAK termasuk
rujukan.
 Taipkan jawapan anda dengan menggunakan saiz fon 12 Times New Roman dan
langkau baris 1.5.
 Tunjukkan bilangan perkataan di hujung tugasan anda.
 Jadual dan gambar rajah jika ada, hendaklah menunjukkan tajuk yang wajar.
 Senaraikan secara berasingan, rujukan/referensi dalam muka surat APENDIKS.
CBCT 2203

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan : Internet of Things (IoT) …………………………………… 2

1.1 Sejarah Awal Penggunaan Internet of Things ( IoT)………………… 3

2.0 Ciri-ciri IoT ………………………………………………………………… 5

2.1 Kepintaran (Intelligence) ……………………………………………. 5

2.2 Penyambungan (Connectivity) ……………………………………… 6

2.3 Pengesanan (Sensing) ………………………………………………. 7

2.4 Keselamatan (Safety) ………………………………………………. 8

2.5 Energy (Tenaga) …………………………………………………… 10

3.0 Penggunaan IoT didalam Persekitaran Universiti ................................... 12

4.0 Kesimpulan ……………………………………………………………….. 13

Rujukan …………………………………………………………………... 14

1
CBCT 2203

1 Pengenalan : Internet Of Things (IoT).

Tugasan ini bertujuan membincangkan lima perihal berkaitan ciri – ciri Internet of Things
( IoT ) dan bagaimana pakar teknologi mengaplikasikan Iot itu dapat mengubah persekitaran
didalam sesebuah universiti.

Internet of Things atau lebih dikenali dengan singkatan nama IoT adalah sebuah konsep
dimana ia dibangunkan bagi tujuan memperluaskan lagi penggunaan dan manfaat
penyambungan internet secara terus menerus. IoT menurut Wikipedia adalah rangkaian
peranti fizikal, kenderaan, dan barangan lain yang dibenamkan dengan elektronik, perisian,
sensor, penggerak, dan sambungan rangkaian yang membolehkan objek-objek ini untuk
mengumpul dan menukar data. Menurut (Burange & Misalkar, 2015) Internet of Things (IoT)
adalah struktur di mana objek, orang disediakan dengan identiti eksklusif dan kemampuan
untuk pindah data melalui jaringan tanpa memerlukan dua arah antara manusia ke manusia
iaitu sumber ke tujuan atau interaksi manusia ke komputer. Menurut Keoh (2014), IoT
merupakan perkembangan keilmuan yang sangat menjanjikan untuk mengoptimalkan
kehidupan berdasarkan sensor cerdas dan peralatan pintar yang bekerjasama melalui jaringan
internet.

Dari semua kegiatan yang ada dalam IoT adalah untuk mengumpulkan data mentah yang
benar dengan cara yang efisien; tapi lebih penting adalah untuk menganalisis dan mengolah
data mentah menjadi informasi lebih berharga (C. Wang et al., 2013). Internet of Things
dalam penerapannya juga dapat mengidentifikasi, menemukan, melacancar, memantau objek
dan memacu aplikasi acara terkait secara automatik dalam masa sebenar, Pengembangan dan
penerapan komputer, internet dan teknologi informasi dan komunikasi lainnya (TIK)
membawa impak yang besar pada masyarakat dalam menguruskan ekonomi, operasi
produksi, pengurusan sosial bahkan kehidupan peribadi (Q. Zhou & Zhang, 2011).

2
CBCT 2203

1.1 Sejarah Awal Penggunaan Internet of Things ( IoT).

Pada dasarnya fungsi awal Internet merupakan rangkaian computer yang digunakan oleh
para saintis dan penyelidik didunia untuk berkongsi maklumat yang kemudiannya diperluas
peranannya sehingga menjadi satu medium yang penting untuk berhubung diabad ini. Selain
itu Internet pada awalnya juga hanya digunakan oleh militeri – militeri kuasa besar seperti
Rusia dan Amerika Syarikat sebagai peranan komunikasi. Selepas itu, University of
California (UCLA) menggunakan jaringan internet diatas alasan bahawa dunia pendidikan
juga merasakan penggunaan internet ini sangat penting bagi mempelajari dan
mengembangkan jaringan komputer.

Kevin Ashton adalah individu yang mencetuskan idea bagi memperkenalkan istilah
Internet of Things atau lebih dikenali dengan singkatan nama IoT disalah satu
pembentangannya sekitar tahun 1999 di Auto-ID Centre. Selain itu, Auto-ID Centre juga
telah menemukan peralatan berasaskan RFID (Radio Frequency Identification) pada tahun
yang sama dan penemuan ini dianggap sebagai lompatan yang besar didalam
mengkomersilkan IoT. Secara amnya, IoT dapat ditafsirkan sebagai jalinan komunikasi
diantara benda sekeliling / sekitar melalui sebuah jaringan internet. Sungguhpun menurut
Sarma (2000), terdapat pendapat yang berlainan di dalam IoT daripada konsep asal yang
dicadangkan oleh Kevin Ashton akan tetapi ia tidak merencatkan perkembangan IoT. Lihat
sahaja syarikat – syarikat teknologi yang besar, masing – masing berlumba mengeluarkan
teknologi terkini berasaskan konsep IoT seperti Amazon Web Services, AT&T, Cisco,
Huawei, Microsoft, Intel dan Oracle. Syarikat –syarikat ini adalah diantara pelopor terbesar
IoT pada masa kini.

Permulaan penggunaan IoT adalah pada tahun 2000, apabila syarikat LG telah
mengumumkan perancangan ciptaan mereka iaitu ‘The LG Internet Refrigerator’ yang
mempunyai ciri – ciri yang hebat dalam sejarah peralatan dapur dengan spesifikasi 730 liter
keluli tahan karat dan komputer yang terbina didalam bersama skrin LCD Monitor 37 inci.

3
CBCT 2203

Gambar 1 : Model pertama peti sejuk berinternet LG pada tahun 2000.


Sumber : http://techdracula.com/top-10-smart-refrigerator-works-robotically/

IoT terus berkembang pada tahun 2002 apabila David Rose iaitu pengasas Ambience
Device Inc. telah mencipta ‘ The Ambient Orb’ yang berfungsi sebagai pemapar maklumat
dari cuaca kepada laporan lalu lintas dan hubung kait dengan harga pasaran saham. Selepas
itu pada tahun 2003, Radio Frequency Identification (RFID) telah diguna pakai secara besar –
besaran oleh Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat dalam program Savi dan Walmart dalam
dunia komersial. RFID adalah satu teknologi penyimpanan maklumat jarak jauh dan
membaca tag RFID sebagai contoh kad yang menggunakan chip NFC.

Pada sekitar tahun 2006 sehingga tahun 2008, IoT telah diiktiraf oleh Negara – Negara
eropah dan satu persidangan IoT eropah buat julung kalinya telah diadakan. Persidangan
tersebut telah mengumpulkan penyelidik dan pengamal dari sektor industri dan akademik
bagi berkongsi hasil penyelidikan, aplikasi serta pengetahuan berkaitan IoT.
4
CBCT 2203

2.0 Ciri – Ciri IoT.

Produk berasaskan IoT telah mewujudkan satu persaingan yang baru. Syarikat teknologi
bersaing diantara satu sama lain mengeluarkan produk berasaskan IoT. Permintaan yang
tinggi oleh pengguna juga menjadi faktor pelbagai produk berasaskan IoT memenuhi pasaran
semasa. Ketua Teknologi Strategik dari frog iaitu Carlos Elena-lenz, menyifatkan beberapa
ciri – ciri yang menggambarkan produk IoT. Setiap ciri merangkumi satu set keupayaan yang
boleh dimuat naik atau turun bergantung pada rangka dan keputusan yang dibuat dalam
sesuatu reka bentuk.

2.1 Kepintaran (Intelligence).

Ciri kepintaran adalah diklasifikasikan sebagai ciri – ciri yang fundamental dalam sektor
pembuatan produk berasaskan IoT. Ciri ini juga menjadi kayu pengukur sesuatu produk IoT
yang dikeluarkan. Secara amnya, ciri sebegini memudahkan para penggunanya menggunakan
sesuatu peranti atau gadjet. Sebagai contoh, Syarikat Nest telah mengeluarkan satu produk
pintar yang dikenali sebagai Nest Smart Thermostat. Peranti thermostat ini akan melihat rutin
sesebuah keluarga secara automatik dan akan menyesuaikan suhu berdasarkan ketika
penghuni berada di rumah atau keluar, terjaga atau tidur, panas atau sejuk, untuk
membuatkan kediaman lebih selesa dan membantu dalam penjimatan bil. Aplikasi mudah
alih ini membolehkan aturan jadual diubah, menukar suhu apabila penghuni berada jauh dari
rumah, serta menerima makluman apabila kelihatan seperti sesuatu yang kerosakan dengan
sistem pemanasan atau penyejukan kediaman tersebut.

Gambar 2 : Nest Smart Thermostat peranti penjimatan.


Sumber : http://www.tested.com/tech/3067-how-the-nest-actually-differs-from-other-
smart-thermostats/

5
CBCT 2203

2.2 Penyambungan (Connectivity).

Penyambungan dalam ciri ioT lebih menjurus kepada penyambungan rangkaian tanpa
wayar yang dikenali sebagai Wi-Fi untuk keserasian capaian akses internet mahupun
telekomunikasi. Wi-Fi (juga dikenali sebagai WiFi) merupakan piawai untuk rangkaian
kawasan setempat tanpa wayar menerusi WLAN iaitu Wireless Local Area Network. Wi-Fi
membenarkan alat elektronik untuk bertukar data atau bersambung ke internet dengan
menggunakan gelombang radio 2.4 GHz UHF dan 5 GHz SHF. Penyambungan ini
menghasilkan rangkaian ‘Accessibility’ dan ‘Compatibility’. Maksud ‘Accessibility’ ialah
akses pada rangkaian manakala ‘Compatibility’ adalah keupayaan untuk menerima dan
menghasilkan data.

Contoh produk IoT yang menggunakan ciri-ciri penyambungan ini adalah Wemo Switch
Smart Plug. Peranti yang dibangunkan ini berfungsi bagi mengawal penggunaan perkakas
elektronik secara tanpa wayar seperti lampu, pemanas, kipas, televisyen dan banyak lagi.
Peranti Wemo Switch Smart Plug ini boleh dikawal melalui akses telefon pintar dan tablet
tanpa langganan penggunaan hub. Peranti ini hanya menggunakan rangkaian capaian Wi-Fi
dirumah bagi mengawal perkakasan elektronik. Pemasangan peranti ini juga sangat mudah
dengan pasangkan Wemo Switch Smart Plug ke dalam soket elektrik, pasang peranti ke
dalam Plug Smart, dan kawal peranti dengan hanya menggunakan aplikasi Wemo secara
percuma. Wemo Switch Smart Plug juga boleh diubah aturan jadual seperti lampu dinyalakan
pada waktu matahari terbenam, atau meramalkan jadual pencahayaan apabila pengguna
berada di luar bandar untuk menjadikannya kelihatan pengguna berada dirumah.

6
CBCT 2203

Gambar 3 : Wemo Switch Smart Plug yang menggunakan teknologi IoT.


Sumber : https://fabulesslyfrugal.com/select-wemo-smart-plug-switches-40-off/

2.3 Pengesanan / Sensor (Sensing).

IoT tidak sempurna tanpa sensor atau ciri pengesan yang akan mengesan atau mengukur
sebarang perubahan dalam persekitaran untuk menghasilkan data yang boleh melaporkan
sesuatu status bahkan ia boleh berinteraksi dengan alam sekitar. Teknologi sensing
menyediakan cara untuk mewujudkan keupayaan yang mencerminkan kesedaran sebenar
dunia fizikal dan orang-orang di dalamnya. Maklumat penderiaan dalam bentuk input analog
dari dunia fizikal, tetapi dapat memberikan pemahaman yang berharga tentang dunia
kompleks kita. Selain itu, sensor membolehkan perhubungan dunia fizikal dan digital yang
membolehkan maklumat ‘real-time’ dikumpulkan dan diproses. Terdapat pelbagai jenis
sensor untuk tujuan yang berlainan. Sensor mempunyai keupayaan untuk mengambil
pengukuran seperti suhu, kualiti udara, kelajuan, kelembapan, tekanan, aliran, pergerakan
dan elektrik.
Sebagai contoh Industri pembuatan kenderaan pada ketika ini telah menyertai
International Consumer Electric Show (CES). Ini kerana hampir satu per tiga dari pameran
tersebut tertumpu kepada sistem automatik yang digunakan pada kenderaan dan sensor
padanya. Ia jelas terbukti apabila permintaan bagi pelbagai jenis sistem sensor dari pengeluar
jenama kenderaan telah menurunkan harga kenderaan mereka serta menaik taraf teknologi
sensor. Syarikat pengeluaran kenderaan yang besar seperti Honda, Toyota, BMW, Mercedes
telah memperkenalkan teknologi sensor ini pada setiap pengeluaran model kenderaan
mereka.
7
CBCT 2203

Gambar 4 : Teknologi Honda Sensing yang diperkenalkan oleh Syarikat Honda.


Sumber : http://www.hybridcars.com/will-hondas-clarity-plug-in-hybrid-be-the-
chevrolet-volts-toughest-competitor-yet/honda-sensing/

2.4 Keselamatan (Safety).

Peranti IoT menawarkan faedah yang berpotensi kepada penguatkuasaan undang-undang


dan keselamatan awam, tetapi undang-undang dan tanggapan masyarakat perlu
dipertimbangkan dengan teliti. Jelas, peranti IOT dan data yang dihasilkan dapat digunakan
sebagai alat yang berkesan untuk memerangi jenayah. Sebagai contoh kamera pengawasan
telah digunakan di dalam pertubuhan runcit untuk mengumpul rakaman video dan aktiviti
pembeli yang terbukti bernilai sebagai bukti dalam jenayah pendakwaan dan sebagai
penghalang kepada jenayah (Goforth, J., 2013). Seperti apa yang kita telah dapat manfaat
daripada IoT, kita tidak boleh lupa tentang ciri-ciri keselamatan. Pencipta dan pengguna IoT
perlu menitik beratkan berkenaan isu keselamatan. Ini termasuk keselamatan dari segi data
peribadi dan keselamatan secara fizikal. Mengekalkan titik akhir, rangkaian, dan data yang
bergerak merentasi semuanya bermaksud mewujudkan paradigma keselamatan yang
berskala.

Dengan merangka reka bentuk IoT dengan ciri-ciri ini, pasukan multi disiplin boleh
bekerja di seluruh domain mereka untuk membuat ‘tradeoff’ dalam reka bentuk interaksi,
arkitek perisian, dan model perniagaan. Sememangnya satu produk atau perkhidmatan boleh

8
CBCT 2203
memilih untuk mendail atau menyambung ciri-ciri ini bergantung pada jenis pengalaman
pengguna dan kekangan yang dikenakan oleh faktor alam sekitar dan perniagaan.

Terdapat pelbagai teknologi yang dikaitkan dengan IoT yang memudahkan dan berfungsi
dengan baik. Teknologi IoT yang mempunyai ciri-ciri diatas dapat mencipta nilai dan
menyokong aktiviti manusia sekaligus meningkatkan keupayaan rangkaian IoT dengan
kerjasama bersama dan menjadi sebahagian daripada sistem keseluruhan. Salah satu produk
yang dihasilkan melalui ciri-ciri keselamatan IoT adalah Canary Smart Security System
(Canary) yang dibangunkan oleh Syarika Canary. Canary dapat mengesan pergerakan jika
ada pencerobohan dan menghantar pemberitahuan terus kepada telefon pintar pengguna.
Canary menggabungkan video, audio, pengesanan pergerakan, penglihatan malam, bunyi
siren, dan kualiti udara, suhu, dan kelembapan dalam satu peranti yang boleh dikendalikan
menerusi telefon pintar.

Gambar 5 : Canary sistem keselamatan yang sempurna didalam satu peranti.


Sumber : https://canary.is/

9
CBCT 2203

2.5 Tenaga (Energy).

Tenaga adalah sumber yang amat penting bagi teknologi IoT dan tanpa sumber tenaga ia
tidak akan membawa sesuatu ciptaan itu berhasil. Pengambilan tenaga, kecekapan tenaga
dan pengisian dalam infrastruktur adalah bahagian yang perlu diwujudkan dalam pada masa
perkembangan IoT. Menguruskan tenaga dengan cekap dan memeliharanya secara bijak
penggunaanya adalah sangat penting. Penggunaan tenaga secara langsung dipengaruhi oleh
Batu Bara, minyak dan seterusnya ke arah pembangkit tenaga (Vignesh, Abhilasha &
Gunasekhar, 2017).

Menyedari kepentingan tersebut, kajian telah dijalankan bagi mewujudkan satu sistem
yang mampu menguruskan penggunaan tenaga. Salah satu dari kajian tersebut adalah ‘IoT
Based Smart Energy Management System for Smart Home’. Menurut Shamika dan Upasani
(2016) sistem pengurusan tenaga untuk rumah pintar telah dibangunkan untuk mengurus
tenaga pada setiap tahap dan jenis peralatan . Jadi untuk ke arah ini, arkitek Sistem
Pengurusan Tenaga Rumah Pintar telah dibangunkan (Vinay dan Kusuma, 2015). Menurut
Vignesh, Abhilasha dan Gunasekhar (2017) penyelidikan juga telah dijalankan ke arah
Sistem Kawalan dan Pemantauan Rumah Pintar menggunakan IoT, di mana GUI mesra
pengguna telah dibangunkan yang boleh diakses secara global dari mana-mana peranti yang
mempunyai sambungan internet (Abhijeet, Onkar, Vinayak dan Bushan, 2016). Kini telah
banyak produk keluaran IoT yang menjimatkan penggunaan tenaga dipasaran global.
Sebagai contoh pengecas solar keluaran Poweradd dapat menggunakan tenaga dari matahari
bagi kegunaan alat elektronik seperti IPod, kamera digital, PDA dan kebiasaannya peranti
yang mempunyai port USB. Pengecas Solar akan diletakkan pada kawasan yang cerah atau
terkena cahaya matahari diwaktu pagi sehingga bateri didalam peranti pengecas solar akan
dicas sepenuhnya pada waktu petang untuk sedia digunakan.

10
CBCT 2203

Gambar 6 : Contoh produk pengecas solar keluaran jenama Poweradd.


Sumber : https://www.ipoweradd.com/products/poweradd-solar-power-bank-solar-panel-
ipad-charger

3.0 Penggunaan IoT didalam Persekitaran Universiti.

Perkembangan teknologi Internet of Things atau IoT yang sangat pantas menjadikan
dunia teknologi ada masa kini kian berubah. Penyelidikan yang dijalankan oleh para pakar
teknologi menghasilkan banyak sistem dan produk yang berasaskan IoT. Kebanjiran produk –
produk IoT dipasaran melihatkan penerimaan produk berasaskan IoT ini diterima dengan
sangat baik oleh pengguna. IoT mula diterapkan ke dalam industri pembuatan, pertanian dan
pembinaan selaras dengan kehidupan diera yang moden ini.

Dunia pendidikan juga tidak ketinggalan menerima impak teknologi IoT dalam
melestarikan pendidikan yang lebih berkesan dan efisyen. Bermula dari penggunaan internet
di UCLA pada zaman 60an, IoT dalam dunia pendidikan mula berkembang. Pakar-pakar
teknologi mula membincangkan hal bagaimana teknologi IoT ini dapat mengubah
persekitaran universiti, kampus mahupun di institut pengajian tinggi. Pelbagai pandangan
diutarakan oleh pakar-pakar teknologi antaranya Pengarah Pendidikan dan Perhubungan
11
CBCT 2203
Universiti Google, Maggie Johnson menyatakan akses di mana-mana kuasa pengkomputeran,
kandungan dalam talian yang berkualiti tinggi dan penyambungan media sosial boleh
digunakan untuk meningkatkan pengalaman pendidikan dan dalam pada masa yang sama
pelajar boleh menyelesaikan kerja kursus mereka dengan video, aktiviti, penilaian, dan
perbualan yang berkaitan dengan pelajar dan fakulti di seluruh dunia. Di samping itu, peluang
untuk melakukan penyelidikan akademik terhadap pelbagai aspek IoT telah pun dijalankan di
kebanyakkan institusi pengajian tinggi contohnya, "makmal hidup" di Carnegie Mellon
University dimana ia mewujudkan platform yang kukuh yang akan membolehkan penderia,
alat dan bangunan yang berkaitan dengan Internet untuk berkomunikasi antara satu sama lain.

Teknologi IoT juga boleh dipraktikkan dari sudut persekitaran yang selamat disesebuah
universiti. Sistem penggera aktif yang dihubungkan terus ke unit kecemasan seperti jabatan
polis, bomba dan hospital dapat mewujudkan persekitaran yang selamat bagi tenaga pengajar
dan pekerja terutamanya kepada para pelajar. Selain itu, pemasangan sistem keselamatan
CCTV ditempat-tempat yang terlindung dan sunyi dapat meningkatkan tahap persekitaran
yang selamat. Dengan teknologi ini juga, pihak berkuasa dan keselamatan dapat menerima
maklumat amaran awal apabila terjadi sesuatu kecemasan dan dalam pada masa yang sama
tindakan pantas dapat diambil.

12
CBCT 2203
4.0 Kesimpulan.

Penemuan Internet of Things adalah satu pencapaian yang terbesar bagi pakar-pakar
teknologi didunia. Ia melihatkan evolusi internet kepada IoT telah menjadikan proses kerja
menjadi semakin mudah dan singkat. Angka output semakin bertambah dan kualiti sesuatu
pengeluaran menjadi semakin meningkat adalah diantara kebaikan yang terhasil dari
teknologi IoT ini. IoT seterusnya dipelbagaikan penggunaannya didalam sektor pembinaan,
perubatan, keselamatan, pertanian dan juga dunia pendidikan. Secara tidak langsung atas
faktor kelebihan dan kebaikan teknologi Internet of Things ini telah menjadikan ia salah satu
elemen penting yang memberi impak positif dalam kepenggunaan kerja seharian pada masa
kini.

2550 Patah Perkataan.

13
CBCT 2203

Rujukan.

Abhijeet R., Onkar S., Vinayak S., Bhushan W. (2016). ”Smart Home Control and Monitor
System Using Power of IoT’s”, International Journal of Advanced Research in
Computer and Communication Engineering Vol. 5, Issue 5, May 2016.
https://www.ijarcce.com/volume-5-issue-5.html
Burange, A. W., & Misalkar, H. D. (2015). Review of Internet of Things in Development of
Smart Cities with Data Management & Privacy.
Goforth Gregory, Jennifer. (2013). “5 Ways Tech Is Stopping Theft.” Entrepreneur.
http://www.entrepreneur.com/article/229674
Internet of Things. (n.d.). Dalam Wikipedia. Pautan Oktober 22, 2017, dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Internet_of_things#cite_note-Linux_Things-1
Keoh, S. L., Kumar, S., & Tschofenig, H. (2014). Securing the Internet of Things: A
Standardization Perspective. IEEE Internet of Things Journal, 1(3), 1–1.
S. Sarma, D.L. Brock, and K. Ashton. (2000). “The Networked Physical World, Proposals
for Engineering the Next Generation of Computing, Commerce & Automatic-
Identification”, Auto-ID Center White Paper, October 2000.
Shamika Kshirsagar, Mr.D.E. Upasani,. (2016). “Energy Management System for Smart
Home, International Research Journal of Engineering and Technology (IRJET)
Volume : 03 Issue: 06 | June-2016. https://www.irjet.net/volume3-issue6
Vignesh, M., Abhilasha., & Gunasekhar. (2017). International Journal of Applied
Engineering Research ISSN 0973-4562 Volume 12, Number 16 (2017) pp. 5455-
5462. http://www.ripublication.com/Volume/ijaerv12n16.htm
Vinay sagar K. N., Kusuma S. M. (2015). ”Home Automation Using Internet of Things”,
International Research Journal of Engineering and Technology (IRJET) Volume: 02
Issue: 03 | June-2015. https://www.irjet.net/volume-2-issue-3
Wang, C., Daneshmand, M., Dohler, M., Mao, X., Hu, R. Q., & Wang, H. (2013). Guest
Editorial - Special issue on internet of things (IoT): Architecture, protocols and
services. IEEE Sensors Journal, 13(10), 3505–3508.
Wi-Fi. (n.d.). Dalam Wikipedia. Pautan Oktober 28, 2017, dari
https://ms.wikipedia.org/wiki/Wi-Fi

14
CBCT 2203
Zhou, Q., & Zhang, J. (2011). Internet of things and geography review and prospect.
Proceedings - 2011 International Conference on Multimedia and Signal Processing,
CMSP 2011, 2, 47–51.

15

You might also like