You are on page 1of 14

Sifat-Sifat

Seorang
Kaunselor
( CARL
ROGERS )
SIFAT-SIFAT SEORANG KAUNSELOR

3.1 Penerimaan dan kemesraan


(Acceptance and Warmth)
3.2 Tidak menghukum (Non Judgmental)
3.3 Ketulenan(Genuineness)
3.4 Ketepatan (Specificity).
3.1 Penerimaan dan kemesraan
(Acceptance and Warmth)
Menerima klien tanpa syarat, menghormati klien, menyukai
klien dgn jujur.

Terima klien dgn penuh kerelaan.

Suasana sikap dapat menggambarkan kemesraan.

Faham bahawa klien mempunyai hak utk buat keputusan


sendiri.

Menerima bahawa klien bertanggungjawab terhadap hidupnya


sendiri.
Contoh 3.1
Sebagai seorang kaunselor, dia mestilah
memberitahu kliennya tentang sikapnya yang
sentiasa menerima klien dengan kerelaan dan
menghormatinya. Penerimaannya digambarkan
dengan air muka dan tutur kata yang baik semasa
menyambut dan melayani percakapan klien
3.2 Tidak menghukum (Non
Judgmental)
Kaunselor bukan hakim.

Kaunselor tidak boleh membuat keputusan untuk


klien.

Kaunselor tidak boleh melebel.

Kaunselor tidak boleh memihak kepada mana-mana


pihak yang bersengketa.
Contoh 3.2
Seseorang kaunselor tidak boleh menghukum atau
menilai sesuatu terhadap kelakuan klien. Sekiranya
kaunselor ingin mendapatkan maklumat tentang
klien, dia hendaklah mengelakkan daripada
menetap atau menilai sesuatu ke atas klien. Kata-
kata yang tidak menyenangkan akan menyebabkan
klien memandang serong.
3.3 Ketulenan/keaslian (
Genuineness )
Sentiasa seimbang / tidak berpura-pura semasa sesi
kaunseling.

Sentiasa tenang, asli dan tak menunjukkan ingin menguasai


perhubungan kaunseling.

Perlakuan ini perlu dikawal dgn perlakuan, pertuturan, sikap


kaunselor.

Kaunselor kena berterus terang.

Elak berpura-pura.
Contoh 3.3
Semasa sesi kaunseling, kaunselor hendaklah tenang,
sabar dan berterus terang kepada kliennya. Kaunselor
yang tidak jujur dan berpura-pura menyebabkan klien
berasa tidak selesa dan sukar mempercayai pendapat
kaunselor. Sebaliknya, kaunselor yang sentiasa
mengambil berat tentang klien, memudahkan lagi
interaksi dan perkongsian pendapat di antara
kaunselor dengan klien.
3.4 Ketepatan (Specificity)
Egan ( 1982 ) ;

Guna bahasa yang mudah difahami klien.


Bantu klien mencurahkan isi hatinya dgn mudah dan tepat.
Kaunselor mesti mempunyai sifat berikut :
Mempunyai ilmu tentang teori.
Ada minat yang mendalam proses kaunseling.
Bersifat positif dan telus.
Baik hati dan tidak sombong.
Mempunyai keadaan fizikal , mental, spiritual dan suka
bersosial.
Sabar, mesra, tak mudah jemu, pandai ambil
hati dan suara yang menyenangkan.

Sensitif terhadap sikap klien.

Menyedari keadaan persekitaran.

Bertolak ansur dan bertimbang rasa.

Dapat menyimpan rahsia klien.


Contoh 3.4
Kaunselor seharusnya sentiasa menggunakan bahasa
yang ringkas, mudah dan tepat semasa sesi kaunseling
diadakan. Jika perlu kaunselor perlu mencelah dan
membantu klien menyatakan apa yang tersembunyi di
hati klien. Kadangkala sesetengah perkataan yang
klien sampaikan susah difahami oleh kaunselor. Oleh
itu seseorang kaunselor perlu peka dan cepat
memahami penggunaan bahasa atau perkataan dalam
konteks sesi perbincangan yang hendak disampaikan
oleh seseorang klien.
Berdasarkan perbincangan-perbincangan tersebut, bolehlah dirumuskan bahawa
ciri-ciri penting seseorang kaunselor adalah seperti berikut :

1. Seseorang kaunselor yang berkualiti ialah yang pernah menjalani


praktikum.
2. Mempunyai ilmu dan kepakaran yang tertentu dalam bidang kaunseling.
3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang perkembangan psikologi kanak-kanak
dan remaja.
4. Mempunyai keyakinan diri dan percaya kepada kebolehan orang lain.
5. Mempunyai kredibiliti tinggi, iaitu boleh dipercayai.
6. Mampu mengurangkan risiko semasa prosese kaunseling.
7. Mempunyai sifat terbuka dalam menghadapi sesuatu isu.
8. Sanggup melibatkan diri dalam masalah klien.
9. Amanah, jujur dan ikhlas.
10. Bersikap terus-terang, tegas dan tidak menyembunyikan sesuatu.
11. Tidak mempunyai syak wasangka terhadap klien.
12. Mempunyai sifat sejati seperti ketepatan dalam pernyataan dan dalam
tingkah lakunya.
13. Bijak melayani klien dan boleh mewujudkan suasana mesra, iaitu dengan
menggunakan perkataan yang lembut dan menarik hati.
14. Berprihatin, bersimpati dan peka kepada perasaan kliennya.
15. Persepsi kaunselor terhadap hubungan dengan klien mestilah positif.
16. Mempunyai beberapa kemahiran seperti mendengar, memimpin, mentafsir,
merumus dan menyampaikan maklumat.
17. Kebolehan berfikir lebih jauh daripada klien.
18. Kebolehan menentukan objektif jangka pendek dalam sesuatu perkara dan
berupaya menjalankan sesuatu tumuduga.
19. Kebolehan menyampaikan idea dan menganalisis perasaan klien.
20. Sabar dan tidak jemu dengan sesi kaunseling.
21. Peramah dan tidak sombong.
22. Mengutamakan kebajikan klien.
23. Mempunyai fikiran yang waras, sihat dan emosi yang stabil
Terima kasih

You might also like