You are on page 1of 20

DEC40053 :

EMBEDDED SYSTEM APPLICATIONS

MINI PROJECT :
TREADMILL FITNESS

PENSYARAH : PN ZUNAINAH BINTI HAMID

NO NAMA NO.MATRIK

1 MUHAMMAD ZIKRYL HAKIM BIN SHAMSHOL 16DET19F1159

2 MUHAMMAD HIRIEE AIMAN BIN MOHD SEZUKI 16DET19F1160

3 MUHAMMAD ARIF FAUZAN BIN ABDUL MUAIN 16DET19F1112

4 MUHAMMAD AMZAR BIN KHAIRUN ANWAR 16DET19F1154


1. PENGENALAN

Treadmill merupakan sebuah alatan sukan yang sangat popular dikalangan masyarakat
Malaysia dan penggunaannya semakin meningkat saban hari. Hampir keseluruhan isi rumah
mempunyai alatan tersebut demikian dapat memberikan kemudahan kepada masyarakat untuk
bersukan. Secara amnya “Treadmill Fitness” digunakan untuk berjalan , berlari ataupun dapat
digunakan sebagai latihan untuk mendaki.

Terdapat pelbagai jenis “Treadmill Fitness” di pasaran yang menyajikan pelbagai fungsi serta
kemudahan kepada pengguna. Selain mempunyai fungsi senaman untuk bergerak terdapat juga
pelbagai fungsi yang hadir seperti pengiraan masa , kelajuan , jarak dan pengiraan kalori.
Penggunaan Treadmill juga bukan sekadar digunakan untuk beriadah , malah Treadmill digunakan
sebagai sebuah alatan untuk mendiagnosis jantung dan penyakit paru-paru di hospital.

Prinsip kerja utama “Treadmill” digerakkan menggunakan motor dan seterusnya


disambungkan pada tali sawat untuk mengerakkan trek larian pada “Treadmill”. Tahap kelajuan
pada “Treadmill” dapat diubah dan diselaras mengikut kelajuan yang dingini oleh pengguna dengan
mengguna tombol butang yang tertera pada alat tersebut .

2. PENYATAAN MASALAH

Malaysia merupakan negara yang mengamalkan gaya hidup sihat, seperti melakukan senaman
dengan berjoging untuk meningkat kardiovaskular serta tahap kesihatan dalam diri. Namun, antara
masalah yang sering dihadapi oleh masyarakat pada hari ini untuk melakukan senaman ialah,
kebanyakannya tidak mempunyai masa untuk berjoging diluar disebabkan kesibukan kerja .Selain
itu, diambang penularan wabak covid 19, kita digalakkan untuk berada di dalam rumah dan
menghadkan aktiviti diluar disebabkan itu rasa ingin melakukan senaman atau berjoging semakin
berkurang .

Oleh itu, dengan menghasilkan sebuah mesin treadmill semestinya dapat memudahkan
pengguna melakukan senaman berjoging setiap hari dan mampu membantu pengguna
mendapatkan kesihatan yang baik walaupun sekadar berada di dalam rumah.
3. OBJEKTIF PROJEK

Terdapat beberapa objektif utama untuk pembangunan projek treadmill antaranya adalah :

• Mengenal pasti komponen utama dalam alatan “Treadmill


• Mengenal pasti konsep yang digunakan oleh alatan “Treadmill”
• Mengenal pasti prinsip dan operasi pada alatan “Treadmill”
• Dapat melakukan pengawalan kelajuan seperti konsep yang sedia ada pada mesin
“Treadmill”

4. SKOP PROJEK

Skop atau had perlaksanaan projek perlu dilakukan demi memastikan segala
unjuran serta matlamat tidak terkeluar dari objektif yang ingin dicapai. Skop
perlaksanaan projek ditetapkan adalah berdasarkan matlamat dan objektif projek ini.

Projek ini menekankan pada reka bentuk litar treadmill. Konsep projek ini
menggunakan sistem motor yang mengawal tahap kelajuan seperti treadmill. Setiap kelajuan
yang dikawal akan dipaparkan menerusi paparan LCD. Perkakasan projek ini terdiri daripada
pengawal mikro PIC18F45K22, IC L293D sebagai driver motor , perintang, paparan LCD,
motor dc dan butang tekan.
5. PERKAKASAN KOMPONEN

i. PENGAWAL MIKRO PIC18F45K22

Pengawal mikro merupakan komputer kecil pada satu cip litar bersepadu (IC) logam-
oksida-semikonduktor (MOS) . Pengawal mikro juga merupakan komponen utama dalam
pembangunan litar elektronik yang dapat mengawal litar. Oleh itu, kami memilih untuk
menggunakan pengawal mikro PI18F45K22 dalam projek ini. Pengawal mikro adalah
pemprosesan data "otak" sistem tertanam. Dalam sistem terbenam, pengawal mikro menerima
isyarat input, memproses isyarat input dan menghasilkan isyarat output berdasarkan pemprosesan.

Antara kelebihan pengawal mikro : -

• Sesuai dalam banyak aplikasi di mana kos dan ruang sangat penting.
• Masa yang diperlukan untuk membina litar akan lebih sedikit, ukurannya akan lebih kecil dan
penggunaan tenaga adalah lebih sedikit.
ii. MOTOR DC

Motor DC 12v merupakan komponen utama yang berkaitan dengan pilihan


kecil dalam projek ini . Penggunaan DC motor adalah bertujuan untuk mensimulasi litar
“Treadmill Fitness” sahaja. Prinsip DC motor bergerak ialah melalui penukaran tenaga
elektrik arus terus menjadi tenaga mekanikal. Motor DC motor dihubungkan pada Driver
motor L293D untuk dikawal.

iii. L293D (MOTOR DRIVER)

“Treadmill Fitness menggunakan driver motor IC L293D untuk mengawal motor DC


dalam projek ini. IC L293D adalah driver motor 16-Pin yang popular. Seperti namanya ia
digunakan terutamanya untuk menggerakkan motor. IC L293D juga mampu menjalankan dua
motor DC pada masa yang sama. Pemacu motor bertindak sebagai antara muka antara motor dan
litar kawalan. Motor memerlukan jumlah arus yang tinggi sedangkan litar pengawal berfungsi pada
isyarat arus rendah. Oleh itu, fungsi pemandu motor adalah mengambil isyarat kawalan arus rendah
dan kemudian mengubahnya menjadi isyarat arus lebih tinggi yang dapat menggerakkan motor.
Salah satu kelebihan terbesar ialah ia dapat menggerakkan motor kepada dua arah: mengikut arah
jam dan lawan arah jam.
iv. PERINTANG

Perintang adalah komponen elektrik dua terminal pasif yang memberikan rintangan pada
litar. Perintang digunakan untuk mengurangkan aliran arus, menyesuaikan tahap isyarat, untuk
membahagikan voltan, unsur aktif berat sebelah, dan menghentikan talian penghantaran, antara
kegunaan lain. Dalam litar elektronik, fungsi asas perintang adalah mengehadkan arus ke nilai yang
selamat supaya bahagian alat atau komponen yang berkaitan dapat berfungsi dengan baik. Dengan
menggunakan perintang di litar “Treadmill Fitness” , litar akan berfungsi dengan baik dan berfungsi
lebih lama.

v. PAPARAN LCD (LIQUID CRYSTAL DISPLAY)

Untuk mendapatkan nilai bacaan yang jelas, LCD digunakan dalam projek ini untuk
menunjukkan peratusan bacaan bagi putaran motor dalam bacaan digital. LCD (Liquid Crystal
Display) adalah monitor atau paparan komputer yang menggunakan teknologi untuk
menunjukkan gambar yang jelas. LCD menggunakan kristal cecair untuk menghasilkan gambar
yang kelihatan. Ini adalah jenis paparan panel rata yang menggunakan kristal cair dalam bentuk
operasi utamanya. Teknologi LCD membolehkan paparan menjadi lebih nipis jika
dibandingkan dengan teknologi tiub sinar katod (CRT).
vi. SUIS BUTANG TEKAN

Suis butang tekan digunakan untuk pengaktifan litar projek dengan membenarkan atau
memutuskan aliran arus elektrik. Suis butang tekan adalah jenis suis yang terdiri daripada
mekanisme elektrik sederhana atau mekanisme suis udara untuk menghidupkan atau mematikan
sesuatu.
6. LITAR SKEMATIK

Berikut merupakan litar skematik bagi alat treadmills. Litar skematik ini telah terbahagi
kepada beberapa bahagian komponen utama yang merangkumi mikro pengawal PIC18F45K22
, motor DC yang disambungkan pada Motor Driver IC L293D , Paparan LCD yang berukuran
32x2 dan butang kawalan. Suis untuk mengaktifkan fungsi kawalan merupakan “Active Low
Button” yang akan menghantar isyarat “0” dalam bentuk binari apabila tombol ditekan
7. CODING
Berikut merupakan pengaturcaraan program untuk sebuah mesin “Treadmills Fitness”.
Program ini memfokuskan terhadap pengawalan kelajuan motor yang digunakan pada litar dan
sistem paparan kelajuan. Oleh hal yang demikian konsep pengawalan kelajuan pada motor
adalah menggunakan konsep PWM manakala konsep paparan menggunakan konsep ADC.
Terdapat beberapa register yang digunakan pada program ini untuk berfungsi antaranya adalah
ADCON 0 , ADCON 1 , ADCON 2 , VREFCON0 yang khususnya digunakan pada fungsi
paparan LCD manakala register TXCON , CCPXCON secara khususnya digunakan pada fungsi
motor atau PWM untuk tujuan pengawal kelajuan. Dalam program ini , kelajuan motor
maksimal telah ditetapkan kepada nilai digit 255. Segala arahan telah ditetapkan untuk
pengawalan motor sekiranya isyarat dimasukkan atau dihantar. Pada keadaan utama selepas
litar dihidupkan paparan LCD telah ditetapkan untuk memapar “Welcome to treadmill fitness ,
Press a button to start” sehinggalah isyarat daripada input diterima. Penggunaan “If-Else
statement” digunakan untuk melakukan pemilihan terhadap masukan input. Terdapat tiga
masukan input yang telah diprogramkan untuk memberi isyarat kepada pengawal mikro
seterusnya menghantar isyarat kepada motor. Isyarat input tersebut merangkumi input kelajuan
“Speed +” untuk menambah kitar sebanyak 10% , input kelajuan “Speed - ” untuk
mengurangkan kitar sebayak 10% dan input “Reset” untuk menetapkan semula kitar atau
kelajuan motor. Setiap pemilihan atau penerimaan input akan diselangi dengan paparan
kelajuan kitar pada LCD.
8. GAMBAR RAJAH BLOK

SUIS 1
MOTOR
PENGAWAL MIKRO
SUIS 2
PIC18F45K22
LCD

SUIS 3
9. GAMBAR RAJAH CARTA ALIRAN

`
MULA

PAPARKAN “Welcome to treadmill


fitness , Press a button to start”

INPUT BUTANG

TIDAK

TIDAK TIDAK
RE0 == 0 RE1 == 0 RE2 == 0

YA YA YA

PENAMBAHAN PENGURANGAN
KITARAN = 0%
KITARAN 10% KITARAN 10%

PAPARKAN JUMLAH
KITARAN

TAMAT
10. ANALISIS DAN PERBINCANGAN

i. Keadaan Litar semasa dihidupkan

Litar diatas menunjukkan keadaan semasa litar dihidupkan. Paparan “Welcome to


treadmill fitness , Press a button to start” akan tertera pada skrin LCD. Semasa keadaan ini motor
adalah dalam keadaan pegun sehinggalah butang “SPEED +” ditekan untuk menghidupkan motor.
Pada keadaan ini juga paparan pada osiloskop digital tidak menunjukkan jumlah kitaran (Duty
Cycle) oleh disebabkan kelajuan motor adalah pegun ataupun tidak bergerak
ii. Keadaan suis “Speed +” ditekan

Litar pada keadaan ini menunjukkan tombol butang “Speed +” ditekan. Isyarat
daripada suis yang ditekan akan dihantar pada mikro pengawal untuk diproses. Isyarat
tersebut akan melakukan penambahan kitar pada motor sebanyak 10% . Paparan LCD akan
memaparkan jumlah kitaran atau peratus kelajuan motor setiap kali apabila suis ditekan.
Pemeriksaan pada osiloskop digital pula akan menunjukkan kitaran semasa suis “Speed
+” ditekan.
iii. Keadaan suis “Speed +” ditekan sehingga 100%

Litar pada keadaan ini menunjukkan tahap kelajuan penuh motor . Tahap
kelajuan motor adalah 100% dan pada kitaran yang berada pada osiloskop digital adalah
kitaran penuh. Selain itu juga paparan pada LCD akan berubah kepada paparan
“TREADMILL FITNESS TOP SPEED , SPEED = 100%” yang menunjukkan kelajuan
motor adalah maksimal
iv. Keadaan suis “Speed -” ditekan

Apabila suis “SPEED - ” ditekan kelajuan motor akan berkurang sebanyak 10%.
perubahan pada kelajuan dapat dilihat melalui osiloskop digital dimana akan berlaku
pengurangan kitar yang besar kepada rendah
v. Keadaan suis “RESET” ditekan
Pada saat ini suis “RESET” ditekan. Pergerakan motor akan ditetapkan semula
menjadi kosong. Paparan pada LCD akan menunjukkan “Treadmill Fitness Speed
Reset” ketika suis tersebut ditekan sebelum. Apabila kelajuan motor dapat ditetapkan
semula , paparan LCD akan memaparkan “Treadmill Fitness , Speed = 0%” yang
menunjukkan kelajuan motor adalah pegun dan tidak bergerak selepas berjaya
ditetapkan semula. Paparan osiloskop juga akan melakukan ketetapan semula dari kitar
yang tinggi kepada kitar 0% apabila suis “RESET” ditekan

11. PENAMBAHBAIKAN

Cadangan penambahbaikan terhadap projek ini merupakan salah satu cadangan


yang digunakan semasa bersenam iaitu menggunakan sensor degupan nadi. Sensor
degupan nadi ini adalah sensor yang menggunakan konsep ADC iaitu menukarkan
analog kepada digital dimana dapat mengukur tahap degupan nadi dan mengesan
tekanan darah dalam badan. Dengan menggunakan sensor degupan nadi ia dapat
diprogramkan untuk mengawal kelajuan treadmill berdasarkan degupan nadi tersebut.

Selain itu, penambahbaikan yang kedua terhadap projek ini ialah satu magnet
yang dihubungkan dengan mikro pengawal yang dikenali sebagai magnet keselamatan.
magnet keselamatan ini digunakan adalah untuk mematikan kelajuan motor ketika
berlakunya kecemasan kepada pengguna semasa menggunakan treadmill apabila
pengguna tidak dapat mencapai untuk menurunkan tahap kelajuan. Magnet yang
dilekatkan pada treadmill akan tercabut seterusnya menghentikan kelajuan treadmill.

You might also like