You are on page 1of 8

PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI


KELAB PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK

1.0 PENGENALAN PROJEK

1.1 Tajuk Dan Latar Belakang Projek


Projek inovasi yang dilaksanakan oleh Kelab Penggerak Digital Robotik pada kali ini ialah
LED Bookmark. Benda ini dicipta kerana terdapat pelajar yang mengalami
ketidakselesaan apabila tiada elektrik. Oleh sebab itu, ciptaan tersebut bagaikan suatu
keajaiban yang dapat membantu pelajar mengatasi masalah tersebut.
Ciptaan ini bukan sahaja bagi pelajar namun boleh digunakan oleh sesiapa yang suka
membaca buku. Memandangkan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
berada di garisan Khatulistiwa, cuaca di sini agak panas dan
berubah-ubah .Kadangkala,bekalan elektrik akan terputus pada waktu malam dan telah
menyebabkan orang ramai tidak dapat membaca buku.

1.2 Objektif
Objektif- objektif projek ini adalah:
i) Untuk memberikan keselesaan kepada pelajar dan masyarakat
ii) Untuk menggantikan lampu suluh dan baterinya yang memerlukan kos tinggi
semasa bekalan elektrik terputus
iii) Tidak akan mengganggu orang lain yang hendak tidur semasa berada dalam bilik
yang sama atas amalan sendiri yang suka membaca sebelum tidur
iv) Untuk membantu pelajar supaya dapat membaca semasa belakalan elektrik
terputus pada waktu malam
v) Dapat menaikkan nama sekolah sebagai sebuah sekolah yang kreatif, inovatif dan
mesra alam
vi) Dapat menjayakan visi KPM untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dari segi
STEM (Science, Technology, Engineering & Mathematics)

1
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

1.3 Kos Projek


LED RM1.00
3 Bateri 1.5v RM2.00
Kad Manila RM0.50
Wayar Dari benda elektronik kitar semula
Bekalan Bateri Dari bekalan plastik dibuang
Kos projek ini ialah sebanyak RM 3.50 bagi sebuah LED Bookmark. Oleh sebab
barang-barang tersebut dibeli di sebuah kedai borong, harga barangan tersebut dapat
dibeli dengan harga yang lebih murah sekiranya dibeli dalam kuantiti yang banyak.
Barangan yang lain boleh didapati di rumah masing-masing.
2.0 PERNYATAAN MASALAH

2.1 Analisis Permasalahan


Kami mendapati bahawa pelajar-pelajar di SMK Bandar Putra menghadapi
ketidakselesaan semasa bekalan elektrik terputus pada waktu malam dan tidak dapat
memberikan tumpuan sepenuhnya untuk mengulang kaji pelajaran demi masa lapang.
Ini kerana negara kita kini mengalami masalah penipisan lapisan ozon dan menyumbang
kepada cuaca yang panas dan berubah-ubah ini.

Sebagai pelajar yang kerap mengalami gangguan elektrik, kami dapat membuat suatu
analisis. Kami mendapati bahawa masalah ini telah kerap berlaku dan hanya dapat
diselesaikan sekiranya pihak berkaitan mengenalpasti dan menyelesaikan masalah
tersebut. . Pembaikiran tersebut mengambil masa yang agak lama kerana seseorang
pembaiki harus mencari punca berlakunya bekalan elektrik terputus dan membaikinya.

Setelah menerima pandangan dan cadangan daripada rakan-rakan. kami telah


membuat keputusan untuk membantu mengatasi masalah ini berdasarkan kebolehan
kami sebagai pelajar.

2
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

2.2 Rasional Pemilihan Projek


Kami telah memilih projek ini kerana ia mudah dikendalikan, mesra alam, tidak
memerlukan kos yang tinggi dan barangannya juga mudah diperolehi. Di samping itu, ia
juga sangat mudah untuk dihasilkan.

3
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

3.0 PROSES PELAKSANAAN PROJEK

3.1 Jawatan Kuasa Pelaksanaan


Ahli Jawatan Kuasa pelaksanaan terdiri daripada
i. Heng Kai Yeap (4SN2)
ii. Garrett Ng Jia Le (4PN2)

3.2 Sumber Dana


Kami telah diberikan peruntukkan sebanyak RM20 bagi projek ini. Namun begitu, kos
untuk menghasilkan projek ini tidak begitu mahal.

3.3 Bahan Yang Digunakan


Bahan-bahan yang telah digunakan:
 LED
 Wayar
 Kad Manila
 3 Sel kering 1.5V
 Playar muncung tirus
 Pemotong sisi
 Glu panas
 Mounting Board

3.4 Proses Kerja


Untuk melaksanakan projek ini, pada mulanya, kami telah menganalisis masalah kemudian
telah memikirkan beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut. Setelah mendapat
pendapat dan dorongan daripada guru pembimbing kami, kami telah membuat keputusan
untuk menghasilkan LED Bookmark. Kami telah bekerjasama dengan Cikgu Rosmawati yang
merupakan salah seorang guru pembimbing kelab robotik untuk mendapatkan idea dan
reka bentuk projek. Kami juga telah melayari internet untuk mencari maklumat supaya
projek tersebut adalah selamat semasa digunakan.

4
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

4.0 KEMENJADIAN PROJEK

4.1 Rekabentuk dan Fabrikasi Dan Penambahbaikan


Kami telah mendapatkan ilham untuk melaksanakan projek ini setelah membuat
perbandingan antara beberapa litar untuk mendapatkan litar terbaik agar projek itu
dapat berfungsi pada tahap yang baik.

Selain itu, kami telah mengecilkan saiznya agar mudah dibawa ke mana -mana. Kami
telah mengglukan bateri case tersebut agar ia tidak mudah tercabut selepas digunakan
pada jangka masa yang pendek. Seterusnya, kami telah menggunakan litar yang mudah
dikendalikan. Kita hanya membuka atau menutup bookmark tersebut untuk menyala
atau memadamkan LED tersebut.

4.2 Nilai Komersial


Nilai komersial LED Bookmark ini agak tinggi memandangkan Bookmark yang
mempunyai LED kurang dijual di kedai dan harganya boleh mencecah sehingga melebihi
RM10. Oleh sebab projek yang telah kami hasilkan diperbuat daripada bahan mesra
alam berbanding Bookmark yang lain di pasaran yang boleh menyumbang kepada
pencemaran alam, LED Bookmark boleh dijual dengan harga yang lebih tinggi ataupun
mengikut kesesuaian.

Di sini, terdapat beberapa bukti bahawa Bookmark beserta LED ini sememangnya mahal
dan mempunyai nilai komersial yang agak tinggi dalam zaman era globalisasi ini.

5
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

 GAMBAR GAMBAR BERIKUT MERUPAKAN GAMBAR ASLI DARIPADA LAMAN WEB


LAZADA DAN HARGANYA MASIH BELUM DITAMBAH DENGAN KOS SHIPPING.

6
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

4.2 Penambahbaikan
Hasil daripada pembentangan projek yang pertama, kami telah mendapat maklumbalas
daripada para juri untuk membuat penambahbaikan ke atas projek kami.
Penambahbaikan yang telah kami buat adalah:
1. Membuat penutup untuk tempat meletak bateri agar bateri tidak mudah terjatuh
keluar.
2. Menambah plastisin sebagai penyerap haba bagi kaki LED semasa LED menyala.

5.1 Masalah dan Kekangan


Sepanjang menghasilkan LED Bookmark ini, terdapat pelbagai masalah yang telah kami
hadapi sebagai sebuah pasukan dan juga dari segi projek itu sendiri.

Antara masalah yang telah kami hadapi ialah:


 Kekurangan masa lapang
 Kekurangan tenaga kerja
 Ketidakselesaan kerana merupakan kali pertama menghasilkan projek inovasi
 Kekurangan kemahiran

5.2 Kaedah Penyelesaian Masalah


Masalah-masalah ini sememangnya sukar untuk diatasi. Walau bagaimanapun, sebagai
suatu pasukan, kami telah mengharungi cabaran-cabaran tersebut dengan:
 Stayback pada waktu petang di sekolah untuk menyiapkan tugasan yang belum
diselesaikan
 Menggembleng tenaga dan mencuba sedaya upaya untuk menjayakan projek
tersebut
 Mengagihkan tugasan secara bijak
 Telah belajar untuk membiasakan diri
 Telah melakukan kajian dengan lebih terperinci agar dapat memperoleh
kemahiran-kemahiran tersebut

7
PROJEK INOVASI - PENGGERAK DIGITAL ROBOTIK 2019

Kami berharap agar projek LED Bookmark ini dapat membantu bukan sahaja pelajar
tetapi orang ramai. Sekian, terima kasih.

You might also like