You are on page 1of 2

Pengenalan

Setiap hari kita menggunakan air terawat untuk melakukan tugasan harian seperti
memasak, mencuci, mandi, membersihkan kotoran, pengairan tanaman dan
sebagainya. Sedangkan penggunaan air terawat tidak perlu untuk semua
penggunaan yang dinyatakan. Oleh itu, penggunaan sumber air hujan atau yang
dipanggil Rainwater Harvesting (RWH) dapat membantu untuk mengurangkan
kebergantungan kepada sumber air terawat sebanyak 60 peratus.
Disebabkan tarif dan permintaan air yang semakin meningkat , pihak industri
khususnya memilih sistem RWH bagi mengurangkan kebergantungan kepada air
terawat untuk penggunaan selain daripada minum.
Konsep
Rainwater Use For Life memberi gambaran tentang sumber air hujan yang boleh
digunakan untuk aktiviti harian.
Malaysia merupakan sebuah negara yang menerima hujan dalam kuantiti yang
banyak jika dibandingkan dengan negara lain sehingga kadangkala boleh
mengakibatkan banjir di sesetengah kawasan. Oleh itu, jika sumber air hujan ini
digunakan sehingga ke tahap yang optimum, maka masalah banjir dan pencemaran
akan dapat ditangani. Oleh yang demikian, pengurusan sumber air hujan ini perlu
ditambah baik dan masyarakat perlu diberi pendedahan.

Gambar
Tapak tangan
Terdiri daripada perkataan Rainwater Harvesting yang berbentuk tapak tangan.
Tapak tangan kosong ini memberi maksud menadah atau mengharapkan sesuatu
umpama menadah air hujan untuk digunakan dalam kehidupan seharian.
Penggunaan warna yang kontra dan penggunaan saiz tulisan yang berbeza supaya
mesej dapat disampaikan dengan jelas dan mudah.

Pokok
menunjukkan hidupan semulajadi yang memerlukan air hujan sebagai sumber untuk
hidup disamping dapat membantu mengelakkan hakisan tanah.
Air hujan
Sebagai sumber air yang digunakan untuk kempen ini

Langit & awan latar belakang yang ringkas menunjukkan penghargaan kepada
alam sekitar
Warna biru simbolik kepada warna air & langit
Tajuk Rainwater Use For Life menggunakan saiz tulisan yang besar supaya tajuk
itu menonjol
Kelebihan & keistimewaan
Dapat mengurangkan bil utiliti (bil air)
Mesra alam (dapat mengurangkan hakisan tanah dan banjir)
Sebagai bekalan air tambahan kepada industri, pertanian, domestik, kebakaran
Pengawalan kualiti oleh individu

You might also like