You are on page 1of 13

12.

PENILAIAN RAKAMAN VIDEO (Norkhamidah Sulam ) Pengajaran merupakan satu


proses rumit yang memerlukan pelbagai kemahiran mengajar yang diintegrasi dan
dilaksanakan secara bersepadu dan harmoni bagi membantu pembelajaran berlaku
secara berkesan. Kemahiran mengajar boleh dibahagikan kepada sepuluh
kemahiran asas yang dikenali sebagai kemahiran mikropengajaran. Dengan
mengenal pasti beberapa kemahiran asas ini, guru-guru lebih mudah dibantu
menguasai kemahiran mengajar apabila dapat menguasai setiap satu kemahiran
mikropengajaran tersebut. Kemahiran mikropengajaran tersebut ialah :1.
Memulakan pengajaran atau set induksi ( termasuk mencungkil idea) 2. Menyoal 3.
Menerang 4. Memperkukuh 5. Mengilustrasi dengan contoh 6. Membuat
demonstrasi 7. Mengendali perbincangan 8. Mengendali kerja amali 9. Menutup
pengajaran 10. Membuat refleksi Setelah meneliti kiriman video pengajaran
seorang guru yang dikirimkan , beliau telah menggunakan sebahagian kemahiran-
kemahiran mikropengajaran di atas. Satu daripada kemahiran yang beliau gunakan
ialah kemahiran menyoal. Kemahiran menyoal dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran adalah salah satu kaedah yang digunakan oleh seseorang guru untuk
mendapatkan tindak balas daripada murid sama ada mereka memahami atau tidak
tajuk yang disampaikan. Selain itu soalan juga dapat membantu murid secara
langsung dalam meningkatkan prestasi pelajaran mereka.Teknik menyoal adalah
penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Soalan digunakan oleh beliau
untuk mendapatkan maklumat atau jawapan daripada murid. Khususnya guru
menggunakan teknik menyoal untuk memastikan sama ada mereka memahami
pelajaran baru. Selain itu , menyoal juga mempunyai nilai sosial kemasyarakatan
dengan menyoal dapat membantu murid mengukuhkan hubungan dan menyatukan
kumpulan melalui interaksi hati ke hati.Kemahiran menyoal yang digunakan bukan

3. sahaja untuk mendapatkan sesuatu maklumat tetapi membantu kita membina


iklim komunikasi yang positif dan dapat memupuk sikap saling memahami dan
bekerjasama. Dalam pengajaran tersebut guru itu telah mengamalkan 5 langkah
kemahiran menyoal. Pertama ialah mengajukan soalan kepada seluruh kelas. Beliau
memulakan kemahiran menyoal dengan memberikan soalan dengan syarat atau
pemberitahuan peraturan menjawab jika perlu. Beliau menujukan soalan kepada
keseluruhan murid sama ada murid ingin menjawab secara sukarela atau
sebaliknya. Beliau menyatakan soalan dengan seberapa ringkas tetapi tepat
dengan apa yang ingin dibincangkan. Soalan-soalan yang diutarakan juga
bersesuaian dengan kemampuan murid berdasarkan aras soalan yang sederhana
sesuai untuk murid yang cerdas dan kurang cerdas. Beliau juga mengajukan soalan-
soalan yang tidak mengancam atau mengugut mahupun memaksa murid untuk
menjawabnya dengan tepat. Kedua ialah guru tersebut memberi masa berfikir yang
sesuai untuk menjawab soalansoalan yang dikemukakan. Masa berfikir bermaksud
masa yang diberi kepada murid untuk berfikir selepas mengajukan soalan dan
sebelum guru memberi respon kepada jawapan murid atau jawapan yang sebenar.
Masa yang diberikan kepada murid untuk berfikir iaitu selama 3 hingga 5 saat untuk
soalan biasa adalah sesuai manakala masa yang lebih diberikan untuk murid
berfikir bagi soalan-soalan yang lebih panjang dan lebih sukar. Langkah kemahiran
menyoal yang ketiga yang telah digunakan oleh guru tersebut ialah memilih pelajar
untuk menjawab. Beliau telah memilih murid yang ingin menjawab secara sukarela
walaupun kebanyakkan murid menjawab secara rawak. Murid yang ingin menjawab
secara sukarela akan mengangkat tangan bagi memudahkan guru mengenalpasti
murid yang ingin menjawab soalan yang dikemukakan.Pemilihan murid secara
rawak berupaya mendapatkan perhatian ( fokus ) murid sepanjang proses
pengajaran. Guru tersebut juga menyebut nama murid yang ingin menjawab soalan
yang dikemukakan secara sukarela. Dengan menyebut nama murid tersebut akan
dapat mengeratkan hubungan antara guru dan murid.Selain itu murid juga akan
merasa lebih dihargai oleh guru. Selain tiga langkah kemahiran menyoal yang
digunakan oleh guru tersebut, beliau juga mempraktikkan langkah kemahiran
menyoal yang keempat iaitu memberi respon atau reaksi kepada jawapan murid.
Murid lain juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab soalan yang
dikemukakan. Beliau juga memberi respon kepada jawapan murid yang menjawab
tanpa mengadili atau menghukum murid yang memberi jawapan yang kurang
tepat. Guru

4. tersebut juga memberi peneguhan positif seperti memuji murid yang menjawab
dengan tepat dengan perkataan bagus, bijak dan sebagainya. Guru tersebut
juga akan mendapatkan jawapan alternatif murid lain sekiranya jawapan diberikan
tidak jelas. Semasa guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal dalam
pengajarannya, beliau mengemukakan soalan mengikut aras sesuai dengan umur,
kebolehan dan pengalaman murid. Guru tersebut telah merancang jenis-jenis
soalan yang berkaitan dengan isi pelajaran dan aktiviti pengajaran. Perkataan dan
istilah yang digunakan oleh guru tersebut mudah difahami oleh murid. Bentuk
soalan juga diubah dari masa ke semasa untuk menarik minat murid. Soalan yang
diberikan juga mendorong pelajar untuk berfikir untuk mendapatkan jawapan yang
menepati isi pelajaran. Bentuk soalan yang dikemukakan juga ringkas , tepat dan
jelas. Guru tersebut juga melengkapkan dan mengulang jawapan betul yang
diberikan oleh murid dengan suara yang lantang dan jelas agar semua murid dapat
memahami jawapan sebenar yang tepat. Dengan menggunakan kaedah kemahiran
menyoal dalam pengajaran guru tersebut, jika kita perhatikan kita akan dapat
melihat kesan kemahiran menyoal ke atas pengajaran dan pembelajaran beliau.
Melalui aktiviti soal jawab murid-murid dapat melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti pembelajaran mereka. Minat murid terhadap pelajaran juga bertambah dan
mendorong murid memberi perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru. Kesannya
murid dapat belajar sesuatu dengan lebih menyeluruh dan berkesan.Melalui
kemahiran menyoal juga menyebabkan daya pemikiran murid dapat dikembangkan
kepada tahap yang lebih tinggi. Dengan soalan menguji pengetahuan lepas murid,
guru boleh merancang aktiviti pengajaran yang sesuai berdasarkan jawapan murid.
Kesannya murid dapat mengikuti pelajaran dengan lebih bermakna dan mudah
difahami. Kemahiran menyoal juga digunakan oleh guru tersebut dalam aktiviti
penilaian. Namun teknik penyoalan bertulis digunakan. Murid akan menulis jawapan
pada kertas soalan yang diberikan. Guru tersebut akan dapat menilai kefahaman
murid apabila beliau menanda kertas jawapan yang dihantar oleh murid kepadanya.
Keadaan ini membolehkan guru merancang aktiviti pengayaan, pemulihan dan
aktiviti pengajaran yang selanjutnya dengan lebih berkesan. Dalam sesi penutup
pengajaran juga guru tersebut menggunakan kemahiran menyoal. Guru ingin
mendapat kepastian dengan mengulangi persoalan awal untuk mendapatkan
jawapan yang tepat berkaitan isi pelajaran yang telah dipelajari. Kaedah ini adalah
merupakan ulangkaji isi pelajaran yang telah dipelajari pada hari tersebut. Kaedah
ini akan dapat memperkukuhkan lagi

5. pengetahuan dan kefahaman murid berkaitan isi pelajaran yang dipelajari.


Namun begitu ada juga sebahagian murid tidak ambil peduli dengan penyoalan
guru yang menyoal murid secara kelas. Oleh yang demikian guru kena peka dan
melihat keseluruhan murid yang ada di dalam kelas yang diajar semasa aktiviti
pengajaran. KESIMPULAN Kemahiran menyoal yang digunakan dalam pengajaran
guru tersebut sepanjang tempoh pengajaran merupakan teknik yang paling lama
dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan. Pemilihan teknik ini dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat melahirkan interaksi guru dan murid secara
berkesan.Di samping itu ia dapat dijadikan teras kepada pembinaan konsep-konsep,
kesanggupan memberi pernyataan dan melahirkan perasaan, penglibatan dan
percaya diri sendiri dikalangan murid.Kejayaan penggunaan kemahiran ini dalam
pengajaran dan pembelajaran bergantung kepada kebolehan guru untuk menguasai
teknik menyoal tersebut. Kemahiran menyoal digunakan dalam set induksi adalah
untuk menolong murid mengingati kembali ilmu pengetahuan lepas yang berkaitan
dengan isi pelajaran yang hendak disampaikan. Kemahiran menyoal digunakan
dalam setiap langkah atau aktiviti adalah untuk mencungkil fikiran murid untuk
membantu mereka mengikuti pelajaran dengan lebih berkesan. Manakala
kemahiran menyoal digunakan dalam aktiviti penutup adalah untuk menilai
pencapaian objektif pembelajaran yang hendak diajar pada sesi pengajaran dan
pembelajaran pada hari itu. Akhirnya tahniah diucapkan kepada guru tersebut
kerana berjaya menghasilkan pengajaran yang bermutu. Pengajaran dan
pembelajaran yang dilaksanakan dalam sesi tersebut telah berjaya mencapai
objektifnya. Kawalan murid yang baik juga membantu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna dari awal hingga akhir.

6. KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK MAKRO-


PENGAJARAN RPH DAN REFLEKSI MAKRO-PENGAJARAN KUMPULAN : EL -A 01
( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI
D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-LEARNING : EN. OMAR HISHAM BIN
MOHD BAHARIN TARIKH SERAH : 3I MEI 2013

7. RANCANGAN HARIAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 2 2013 TARIKH : 22 Mei 2013


(Rabu) MASA : 10.40-11.10 pagi TEMA PENDIDIKAN KESELAMATAN JALAN RAYA
(PKJR) TAJUK Kebolehlihatan Di Jalan Raya FOKUS UTAMA 4.2 `Aras 1 (i) Membaca
kuat ayat-ayat dengan sebutan dan intonasi yang betul FOKUS 8.2 Aras 1 (i)
Membina ayat tunggal berdasarkan perkataan atau SAMPINGAN frasa Pada akhir
pengajaran murid dapat: OBJEKTIF 1. Menamakan perabot jalan yang boleh
menghalang kebolehlihatan. 2. Membina ayat tunggal berdasarkan frasa yang
diberi. PENGISIAN KURIKULUM Ilmu : Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup Nilai :
Bekerjasama, rasional KBT :Menjana idea, mengembang idea SISTEM Tatabahasa :
Kata majmuk, ayat tunggal BAHASA Kosakata MEDIA : peti surat, tong sampah,
lampu jalan, pasu bunga Kad imbasan gambar dan lembaran kerja

8. LANGKAH/ ISI MASA KANDUNGAN SET INDUKSI -mencungkil AKTIVITI 1. Guru


bersoal jawab dengan pengetahuan sedia murid apa itu perabot ada murid tentang
(2 MINIT) CATATAN -meneka apa itu jalan? perabot jalan perabot jalan. 2. Murid
menjawab berdasarkan pengetahuan sedia ada mereka. 3. Guru menjelaskan
maksud perabot jalan kepada murid berdasarkan contoh-contoh yang telah
diberikan oleh murid-murid. LANGKAH 1 ( 6 MINIT) - menamakan, 1. Guru
menunjukkan 4 Bahan : mencirikan keping gambar perabot Kad imbasan
berdasarkan gambar jalan. perabot jalan serta membaca 2. Murid dan guru bersoal
- jawab berkaitan tempat yang biasa diletakkan Tong sampah - perabot jalan. Pasu
bunga 3. Murid juga menjelaskan - Peti surat tempat perabot jalan - Lampu
diletakkan. 4. Murid juga memberi contoh perabot jalan yang pernah dilihat di
kawasan sekitar. 5. Murid dan guru bersoal jalan

9. jawab berkaitan kepentingan perabot jalan kepada orang awam atau orang
ramai. LANGKAH 2 - kebaikan dan 1. Guru dan murid bersoal Menjana dan
keburukan perabot jawab berkaitan kebaikan mengembang jalan ( 7 MINIT) perabot
jalan dan idea murid keburukan atau kelemahan perabot jalan. 2. Guru
menerangkan tentang kepentingan perabot jalan di sesuatu tempat. 3. Murid
memberikan pandangan tentang kebaikan dan keburukan perabot jalan. 4. Guru
menerangkan maksud kebolehlihatan pejalan kaki (murid tahun 2) kepada
pengguna jalan raya yang lain. 5. Murid memberikan pandangan atau contoh
tentang situasi kebolehlihatan berkaitan pejalan kaki. LANGKAH 3 ( 13 MINIT) -
menjawab 1. Murid mengagihkan buku Bahan : lembaran kerja aktiviti bagi
membuat Buku aktiviti dalam buku aktiviti lembaran kerja berkaitan PKJR tahun 2

10. perabot jalan. 2. Guru memberi penerangan tentang soalan dalam buku aktiviti.
3. Murid melengkapkan perkataan. 4. Murid melengkapkan pernyataan dan mencari
perkataan. 5. Murid membina ayat berdasarkan rangkai kata. 6. Murid membuat
latihan dalam buku aktiviti dengan bimbingan guru. 7. Guru menampal gambar
perabot jalan. 8. Murid memberi contoh ayat bagi membina ayat tunggal. 9. Guru
dan murid berbincang cara membina ayat tunggal dengan baik. 10. Murid juga cuba
membina ayat tunggal sendiri. PENUTUP - kesimpulan 1. Guru mengulas tentang isi
( 2 MINIT) tentang tajuk yang pelajaran yang telah dipelajari dipelajari oleh murid.
2. Murid mengingat kembali kebaikan dan kelemahan perabot jalan. Mengingat
kembali
11. REFLEKSI PENGAJARAN Tugasan mengajar makropengajaran sambil berhadapan
dengan kamera video merupakan satu tugas yang agak mencabar bagi diri saya
walaupun telah berkhidmat sebagai guru terlatih lebih kurang 8 tahun. Pada sesi
makropengajaran ini saya berupaya menilai kembali sejauh mana keberkesanan
saya sebagai seorang guru untuk menjalankan tugas mendidik anak murid saya
dalam kelas.Bahang tekanan ketika menjalankan tugasan ini juga terasa apabila
saya berasa agak kekok untuk mengajar sambil diperhatikan oleh dua orang rakan
guru yang akan memberi pandangan mereka selain seorang yang berperanan
merakam sesi pengajaran yang dilaksanakan oleh saya. Walaupun masa yang
digunakan agak singkat namun tekanan melaksanakan sesi pengajaran ini dapat
dirasai. Pada masa yang sama, hampir sebulan mulut saya dijangkiti kuman yang
menyebabkan ulser yang teruk. Seminggu sebelum saya merakam video ini, saya
mengalami masalah lidah berdarah (luka) kerana bercakap terlalu kerap. Cabaran
ini saya harungi juga kerana tugasan PJJ. Persoalan tentang kemampuan saya
sebagai guru menyampaikan pengajaran dengan berkesan timbul dalam minda
saya. Saya tidak dapat menjawab persoalan ini walaupun selama ini saya sudah
mengajar selama 8 tahun. Setelah selesai sesi makropengajaran, saya mengadakan
perbincangan dengan rakan guru yang menyelia sesi makropengajaran dan
menonton sesi pengajaran yang telah dirakam. Melalui perbincangan dan tontonan
video tersebut saya dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan saya dalam sesi
makropengajaran tersebut. Antara kekuatan pengajaran saya ialah saya dapat
mengawal kelas dengan baik. Persediaan rapi telah dibuat sebelum memulakan
pengajaran ini bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku semasa sesi
pengajaran ini. Persediaan awal adalah sangat penting bagi membantu
menyampaikan isi kandungan pelajaran dengan baik, mematuhi masa yang telah
ditetapkan dan menjalankan segala aktiviti yang dirancang dengan kemas dan
teratur. Pemilihan kaedah yang sesuai dapat menarik minat murid dan dapat
memastikan murid-murid berada dalam keadaan terkawal supaya aktiviti
pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar. Penggunaan alat bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran seperti kad gambar yang menarik
dan berwarna warni dapat menarik minat murid dan membantu mereka memahami
dengan lebih jelas terhadap isi kandungan pelajaran yang ingin saya sampaikan.
Walaupun saya mengalami masalah untuk menguatkan suara kerana masalah ulser
namun muridmurid memberikan kerjasama yang baik semasa penyampaian isi
mata pelajaran. Segala arahan

12. guru juga akan dapat dipatuhi oleh murid dan ini akan memudahkan guru
menjalankan aktiviti yang telah dirancang dengan baik dan lancar. Penjelasan yang
jelas dalam memberikan arahan merupakan salah satu kemahiran penting yang
perlu ada pada setiap guru. Ini adalah kerana kejelasan dalam menyampaikan isi
pelajaran boleh mempengaruhi peribadi murid agar lebih berkeyakinan untuk
menimba ilmu. Arahan yang diberikan dengan jelas memudahkan murid faham dan
seterusnya melakukan aktiviti mengikut arahan yang diberikan dengan tepat.
Tindakan susulan oleh murid yang tepat menunjukkan kefahaman murid terhadap
penyampaian guru berkenaan isi pelajaran. Saya mempunyai pandangan yang
mana ada setengah murid hanya berminat disebabkan oleh cara bahan alat bantu
mengajar digunakan dan tidak secara keseluruhan. Hal ini kerana apabila
bermulanya pembelajaran menggunakan alat bantu mengajar murid mula berasa
suka dan teruja memulakan pembelajaran.Saya percaya bahawa keberanian murid
dalam pembelajaran dapat dinilai jika adanya perhubungan dua hala antara guru
dan murid. Saya percaya bahawa interaksi murid dan guru perlu selalu ada supaya
murid merasakan diri mereka dekat dengan guru. Murid akan merasa lebih yakin
dalam memberitahu mengenai apa yang dirasakan tidak faham dan jika ada
persoalan dalam diri mereka. Saya sedar hubungan antara guru dan murid bukanlah
berasaskan sikap garang namun perlulah ada sikap hormat menghormati kerana
setiap pelajar akan lebih selesa jika guru sentiasa menjadi pendamping setiap
masa. Saya juga belajar untuk berinteraksi dengan murid supaya murid tidak
berasa kekok dengan saya. Saya terpanggil untuk mendekati murid saya pada masa
akan datang dan menjadi kawan terbaik untuk mereka serta pembimbing yang
sentiasa member bimbingan untuk mereka menimba ilmu. Berdasarkan
maklumbalas dari rakan guru dan tontonan rakaman video, saya telah
mengenalpasti beberapa kelemahan. Penglibatan murid-murid saya pada hari
tersebut agak pasif. Ini adalah kerana apabila saya memberitahu mengenai
rakaman yang ingin dilakukan ubtuk pensyarah PJJ KPD saya, mereka terus terkejut,
pasif. Sedangkan sebelum itu mereka aktif seperti biasa dan saya juga telah
berpesan agar mereka berkelakuan seperti tiada apa-apa rakaman. Namun, mereka
tetap pasif tetapi saya tetap berterima kasih kerana tugasan makropengajaran saya
ini siap juga akhirnya. Kelas tahun 2 Mutiara ini adalah kelas kesayangan dan
kegemaran saya kerana mereka sangat baik, mendengar arahan saya dan pada
masa yang sama saya adalah guru kelas mereka. Namun, ada juga murid yang
tidak dapat menyelesaikan tugasan yang diberikan dalam masa yang ditetapkan
namun bantuan dari guru diperlukan kerana

13. untuk menjimatkan masa. Sepatutnya murid diberi peluang untuk


menyelesaikannya sehingga berjaya. Berdasarkan kekuatan dan kelemahan yang
dikenalpasti, saya akan membuat penambahbaikan dalam pengajaran saya pada
masa akan datang. Saya perlu memberi galakan dan motivasi pada murid agar
mereka lebih yakin dan bergiat aktif secara terkawal dalam aktiviti
pembelajaran.Budaya ikram juga perlu saya semai untuk mewujudkan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran dua hala yang lebih aktif dan berkesan. Saya
merasakan penambahbaikan perlu dilakukan dari segi cara menguasai murid dan
kelas. Penggunaan masa juga perlu dititikberatkan. Saya juga akan menyediakan
lebih banyak alat bantu mengajar kepada murid kerana ianya lebih menarik minat
murid. Pembelajaran melalui kertas nota isi pelajaran dirasakan perlu bagi
memastikan murid faham dengan lebih jelas isi pelajaran yang dipelajari serta
menumpukan perhatian mereka terhadap apa yang hendak disampaikan. Pada
masa akan datang saya rasa perlu membuat sesi perkenalan terlebih dahulu bagi
membolehkan murid rasa lebih seronok dengan apa yang berlaku. Ganjaran seperti
gula-gula dan lain-lain juga boleh dijadikan sebagai satu cara bagi merangsang
sikap pembelajaran mereka. Saya juga perlu bersahaja dan bersikap mesra
terhadap murid saya untuk mewujudkan satu suasana pembelajaran yang aktif,
kondusif dan berkesan. Kekuatan yang saya dikenalpasti pula akan menjadi
pedoman bagi diri saya untuk mengekalkannya. Kata-kata penghargaan kepada
murid perlu dipelbagaikan dan kerap digunakan dalam pengajaran saya. Keupayaan
mengawal kelas juga perlu dikekalkan atau dibuat penambahbaikan. Setelah
memberi lembaran kerja, saya dapati murid-murid saya dapat menjawab semua
soalan dalam lembaran kerja. Saya sangat berharap menjadi seorang guru yang
kreatif dan berkesan di bilik darjah supaya murid saya akan berasa seronok belajar
dan pada masa yang sama murid saya akan dapat memperolehi kemahiran dan
pengetahuan yang berguna. Oleh itu saya haruslah bersikap tabah, sabar dan
dedikasi. Saya yakin harapan saya akan tercapai suatu hari nanti. Akhir sekali guru
perlu melakukan refleksi kendiri bagi menilai sejauh mana keberkesanan kaedah
pengajaran yang dilaksanakan.Ia dapat dinilai dari segi penguasaan para pelajar
mengenai objektif pengajaran pada hari tersebut. Ia bukan dinilai dari segi sukatan
mata pelajaran yang dapat dihabiskan. Pemantauan dan penilaian perlu dilakukan
agar rancangan pengajaran yang ditetapkan. Selain itu ia dapat memastikan murid
menguasai pengajaran dan dinilai melalui ujian bertulis dan bersoal jawab dengan
murid mengenai topik terbabit.

14. KPD 3026 : PENGAJARAN , TEKNOLOGI DAN PENTAKSIRAN 2 PJJ TAJUK KAJIAN
TINDAKAN KUMPULAN : EL -A 01 ( A122PJJ ) DISEDIAKAN OLEH NAMA NO MATRIK NO
TELEFON ROSLIZA BINTI RAZALI D20112052413 0129530934 NAMA TUTOR E-
LEARNING : EN. OMAR HISHAM BIN MOHD BAHARIN TARIKH SERAH : 3I MEI 2013

15. KAJIAN TINDAKAN MENINGKATKAN KEMAHIRAN MURID MENGENAL BENTUK


HURUF KECIL DALAM KALANGAN 5 ORANG MURID TAHUN 2 MUTIARA MELALUI LISAN
, BACAAN DAN TULISAN. 1.0 ABSTRAK Kajian ini dijalankan untuk mengatasi
masalah mengenal huruf kecil dalam kalangan murid Tahun 2 Mutiara. Seramai 5
orang murid dan seorang guru terlibat dalam kajian ini. Perancangan tindakan
difokuskan kepada meningkatkan kemahiran mengenal huruf kecil yang
mengelirukan murid iaitu b , d , e , p , q , m , n , u dan y. Tinjauan awal dilaksanakan
melalui aktiviti lisan , bacaan dan tulisan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran. Dua sesi pengajaran dan pembelajaran ( 30 minit setiap sesi dalam
seminggu ) dilaksanakan bagi mengatasi masalah murid-murid ini. Dalam tempoh
ini , murid-murid belajar mengenal bentuk huruf kecil melalui kaedah lisan , bacaan
dan tulisan. Setelah dua minggu melalui sesi pengajaran dan pembelajaran khusus
tersebut , guru telah menjalankan ujian lisan , bacaan dan tulisan secara individu
untuk murid-murid terlibat. Keputusan menunjukkan ada peningkatan prestasi
murid dalam aspek yang dikaji. Berdasarkan pemerhatian saya, 5 orang murid
lemah dalam kelas 2 Mutiara ini boleh dibentuk melalui satu kaedah pengajaran
yang mudah serta menyeronokkan. Kaedah tersebut dapat mengurangkan
kesilapan murid dalam mengecam dan membaca perkataan yang ditulis
menggunakan huruf-huruf kecil terutama yang melibatkan huruf-huruf mengikut
konteks kajian. 2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU Masalah
tidak tahu membaca dan menulis bagi seseorang murid akan menyebabkan proses
pengajaran dan pembelajaran tidak dapat dijalankan dengan sempurna. Objektif
pengajaran dan pembelajaran tidak akan tercapai kerana murid tersebut tidak
menguasai isi pelajaran yang diajar. Berdasarkan pengalaman mengajar mata
pelajaran Bahasa Malaysia di kelas 2 Mutiara mulai awal tahun ini, saya dapati
terdapat 5 orang murid yang sering

16. melakukan kesalahan menyebut huruf semasa mengeja sesuatu perkataan.


Mereka juga cenderung mengenal pasti bentuk huruf-huruf besar berbanding huruf-
huruf kecil. Melalui pemerhatian saya , murid-murid ini tidak dapat mengenalpasti
huruf-huruf yang seakanakan sama bentuk atau bunyinya seperti huruf b dan
d , n dan m , b dan p dan sebagainya. Dalam kajian ini, saya
mengenengahkan masalah yang dihadapi oleh 5 orang murid tersebut. Kajian
tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid-murid
tersebut membaca dan menulis dengan betul. Kaedah latih tubi lisan dan bacaan
merupakan kaedah yang biasa dijalankan untuk murid mengecam dan
mengenalpasti serta menyebut huruf-huruf yang ditunjukkan. Manakala kaedah
ansur maju digunakan untuk murid mempelajari kemahiran menulis secara
beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas dan kemudian beralih
kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis
huruf-huruf yang disebut oleh guru dengan betul. Beberapa instrumen seperti
soalan lisan , bacaan atau temu bual, borang soal selidik, borang taburan keputusan
murid dan borang pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data
kemudian dianalisis menggunakan peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya,
kajian mencadangkan kaedah latih tubi mendatangkan kesan yang
memberangsangkan untuk mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dan
bacaan perkataan yang menggunakan huruf-huruf kecil. Manakala kaedah ansur
maju yang dipilih sesuai untuk menulis huruf-huruf kecil dengan betul. 3.0 FOKUS
KAJIAN Dalam kajian ini, saya terus berfokus kepada masalah mengenal bentuk
huruf-huruf kecil. Mungkin bagi sesetengah pihak, masalah ini mustahil dalam dunia
pendidikan yang semakin maju pada hari ini atau masalah ini terlalu remeh untuk
dijadikan bahan kajian. Inilah asam garam kehidupan dunia keguruan. Namun tugas
mendidik dan membimbing tetap didukung. Daripada refleksi di atas , saya dapati 5
orang murid tahun 2 Mutiara masih belum dapat menguasai kemahiran
mengenalpasti bentuk huruf-huruf kecil. Berdasarkan latihan dan beberapa ujian
yang diberikan didapati mereka masih melakukan kesilapan. Ini menyebabkan
mereka menyebut dan menulis abjad-abjad tersebut dengan

17. sebutan dan cara yang salah. Mereka sering melakukan kesalahan dalam ejaan.
Keadaan ini akan menyebabkan mereka akan kerap melakukan kesilapan tersebut
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kesannya murid-murid ini akan
ketinggalan dalam menguasai kemahiran asas lisan , bacaan dan tulisan serta
dibimbangi akan terus tercicir dari kerancakkan pendidikan arus perdana. Saya
berharap agar kaedah latih tubi dalam lisan dan bacaan serta kaedah ansur maju
akan dapat mengatasi masalah tersebut. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang menarik dan menyeronokkan dapat menarik minat murid untuk mengenal
huruf-huruf kecil dan membaca serta menulis perkataan dan akhirnya menguasai isi
pelajaran ,bukan sahaja untuk peperiksaan bahkan juga untuk kemandirian mereka
dalam kehidupan harian memandangkan mata pelajaran Bahasa Malaysia
merupakan suatu mata pelajaran teras yang amat penting. 4.0 TINJAUAN AWAL
MASALAH Saya telah merancang beberapa tindakan bagi membantu murid-murid
ini untuk mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil samada secara lisan atau
semasa mereka mengeja dan membaca serta menulis huruf-huruf kecil tanpa
panduan atau bantuan. Saya merangka beberapa tindakan untuk murid-murid ini
berdasarkan pengalaman atau pengetahuan sedia ada dan pembacaan saya
mengenai cara menguasai pengecaman dan menulis huruf-huruf dengan cepat dan
berkesan. Matlamat utama saya ialah , di akhir tahun murid-murid ini dapat
mengecam dan mengenalpasti huruf-huruf kecil dengan baik samada secara lisan ,
bacaan atau tulisan. Tinjauan awal saya mendapati 5 orang murid ini menyebut ,
mengecam dan membaca huruf-huruf dengan mengikut sebutan rakan-rakan di
dalam kelas apabila aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara umum. Apabila
membaca secara individu dijalankan 5 orang murid didapati mengeja huruf secara
hafalan dan tidak sama dengan huruf-huruf yang berkaitan dengan gambar yang
ditunjukkan. Murid-murid ini tidak dapat membezakan bunyi huruf-huruf yang
ditunjukkan secara rawak. Akibatnya mereka tidak dapat membunyikan bunyi yang
betul apabila membaca suku kata yang diberikan. Lebih-lebih lagi huruf-huruf yang
mempunyai hampir persamaan bentuk. Oleh yang demikian saya akan cuba
membantu 5 orang murid ini untuk mengenal

18. dengan lebih kukuh huruf-huruf kecil supaya mereka dapat membunyikan huruf-
huruf tersebut dengan betul. Akhirnya mereka akan dapat membunyikan suku kata
yang terdapat dalam sesuatu perkataan dengan betul. Sehinggalah mereka dapat
membaca perkataan dengan lancar dan dapat menulis perkataan tanpa panduan.
5.0 OBJEKTIF KAJIAN Pada akhir Kajian Tindakan ini , murid-murid dapat mencapai
objektif-objektif berikut: 5.1 Objektif Am Membantu murid-murid dalam
meningkatkan kemahiran mengenal bentuk hurufhuruf kecil. 5.2 Objektif Khusus
5.2.1 Meningkatkan kemahiran mengenal bentuk sebilangan abjad huruf-huruf kecil
yang telah dikenalpasti lemah iaitu b , d , e , p , q , m , n , u , dan y. 5.2.2 Membantu
murid-murid menulis dan membaca dengan ejaan yang betul. 5.2.3 Menarik minat
murid terhadap pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia dengan cara yang
mudah dan menyeronokkan. 6.0 PERSOALAN KAJIAN Kajian ini dijalankan untuk
menjawab persoalan kajian berikut: - Bagaimanakah kaedah latih tubi membantu
murid mengenal bentuk dan mengingat bunyi huruf-huruf kecil. - Bagaimanakah
kaedah ansur maju membantu murid dapat membaca dan menulis suku kata dalam
perkataan dengan betul.
19. 7.0 KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan 5 orang murid kelas 2 Mutiara
yang telah dikenal pasti mengalami masalah mengenal , mengecam dan menulis
huruf-huruf kecil. Latar belakang murid: - Murid luar Bandar - Sering gagal dalam
ujian bulanan dan gagal menyiapkan lembaran kerja yang diberikan. - Tergolong
dalam kumpulan slow learner . - Tidak boleh menyebut huruf-huruf kecil yang
ditunjukkan serta tidak dapat membaca suku kata dan perkataan yang diberikan. -
Tidak dapat menulis huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul. - Tidak
dapat menunjukkan huruf-huruf kecil yang disebut oleh guru dengan betul. 8.0
PELAKSANAAN KAJIAN 8.1 Tinjauan Awal Masalah Dalam kajian ini, saya telah
menjalankan a) Ujian Pra b) Sesi tembual dan c) Soal-selidik bagi mengetahui punca
murid-murid ini menghadapi masalah mengenal bentuk huruf kecil 8.1.1 Ujian Pra
Ujian pra telah dilaksanakan terhadap semua murid di dalam kelas. Ujian ini terdiri
daripada soalan-soalan berkaitan huruf kecil dan huruf besar serta menulis huruf-
huruf yang disebut oleh guru.

20. 8.1.2 Temubual Temu bual dilakukan kepada murid-murid sasaran. Soalan-
soalan temubual seperti di bawah: Soalan Temubual: - Bolehkah kamu bertutur
dalam Bahasa Malaysia? - Adakah kamu suka akan mata pelajaran Bahasa
Malaysia ? Mengapa? - Adakah kamu berasa gembira ketika belajar mata pelajaran
Bahasa Malaysia? - Siapakah yang membantu kamu menyiapkan kerja sekolah
dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia di rumah? - Adakah kamu suka dengan
buku-buku? 8.1.3 Soal Selidik Soal selidik diberikan kepada murid-murid sasaran.
Soalan-soalan soal selidik seperti di bawah: 8.2 Analisis Tinjauan Masalah 8.2.1
Analisis Ujian Pra Ujian Pra dilakukan melalui i) Ujian kad imbasan yang telah
diberikan kepada 5 orang murid 2 Mutiara. Saya menunjukkan kad imbasan huruf-
huruf kecil untuk dikenalpasti oleh murid-murid. Dalam tempoh ujian tersebut saya
mencatatkan huruf-huruf kecil yang gagal dikenalpasti oleh murid-murid saya.
Antara huruf-huruf tersebut ialah b , d, e , p , q , m , n , dan y. ii) Ujian bertulis juga
menunjukkan bahawa murid-murid ini menulis huruf-huruf kecil dalam skop kajian
secara terbalik atau menulisnya

21. dalam huruf besar. 8.2.2 Analisis Temubual Sesi temubual Analisis temubual
( dijalankan dengan menggunakan Bahasa Malaysia) didapati bahawa murid-murid
ini minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi tidak mendapat bimbingan
dari pihak keluarga. Kebanyakan dari mereka juga mempunyai masalah keluarga.
Selain itu tiada galakan dan tindakan susulan di rumah berkaitan pembelajaran.
ARAHAN : TANDAKAN ( / ) PADA PETAK YANG SESUAI YA 1. Suka belajar mata
pelajaran Bahasa Malaysia. 2. Mata Pelajaran Bahasa Malaysia penting bagi murid.
3. Suka membaca buku atau majalah dalam bahasa Malaysia. 4. Bertutur dalam
Bahasa Malaysia ketika di rumah. 5. Ibu bapa, abang atau kakak memberi tunjuk
ajar ketika menyiapkan kerja sekolah. 8.2.3 Analisis Soal Selidik Dapatan soal
selidik, semua murid tidak suka membaca bahan bacaan dalam Bahasa Malaysia
kerana masalah penguasaan kosa kata yang sangat terhad. Mereka juga tidak tahu
untuk membunyikan sukukata yang terdapat dalam perkataan dalam buku tersebut.
Apabila melihat buku, mereka hanya membaca dengan melihat gambar yang
terdapat dalam buku tersebut. Selain itu , murid-murid ini tidak mendapat tunjuk
ajar daripada ibu bapa dan ahli keluarga yang lain seperti abang atau TIDAK

22. kakak semasa menyiapkan kerja sekolah Bahasa Malaysia kerana faktor tiada
masa dan tiada prihatin terhadap perkembangan pendidikan murid berkaitan. 8.3
Tindakan Yang Dijalankan 8.3.1 Satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran telah
dirancang bagi mengatasi masalah mengenal bentuk huruf-huruf kecil iaitu: - Latih
tubi menyebut, membentuk dan menulis huruf-huruf kecil melalui aktiviti melukis
dan menyanyi. 8.3.2 Bahan-bahan yang digunakan: - Kertas lukisan - Pen magic /
pensil warna - Tanah liat - Kad huruf 8.4 Pelaksanaan Tindakan 8.4.1 Aktiviti 1 1.
Guru menunjukkan gambar lukisan wajah daripada cantuman huruf b , d , e , p , q ,
m , n , u , dan y kepada murid-murid pada kertas lukisan. 2.Guru menyanyikan lagu
mengikut lirik sebagai pengenalan kepada murid-murid. Marilah menyanyi b
telinga kiri d telinga kanan u bentuk mukamu e untuk mata n pula hidungmu

23. m itu mulutmu y itu rambutmu . dan q pula lehermu 3.Murid-murid


dikehendaki untuk melukis dahulu gambarajah muka mengikut urutan abjad seperti
yang ditunjukkan oleh guru pada kertas lukisan. 4.Murid diberi lirik nyanyian dan
mengikut arahan guru untuk membaca bersama-sama sehingga mereka hafal lirik
dan susunan abjad. 5.Dalam proses ini guru akan memastikan pergerakan tangan
murid untuk melukis adalah seiring dengan lirik nyanyian. 6. Penilaian Guru
meminta murid membentuk huruf-huruf kecil tertentu dengan menggunakan tanah
liat. 7. Peneguhan - Guru memberi gula-gula dan pensel kepada murid yang dapat
membentuk huruf-huruf kecil tersebut. 8. Penutup Guru dan murid melukis bentuk
wajah dan menyanyi bersama-sama. Refleksi Setelah dijalankan pengajaran dan
pembelajaran lukisan wajah menggunakan abjad kecil yang terpilih selama dua
minggu, terdapat beberapa perubahan pada 5 orang subjek kajian saya iaitu:
Mereka dapat mengenal bentuk huruf kecil dan menyebutnya apabila guru
menayangkan kad imbasan huruf-huruf kecil terutama huruf-huruf dalam skop
kajian.

24. Murid juga didapati dapat menulis huruf-huruf tersebut dengan betul apabila
diminta oleh guru. 8.4.2 Ujian Pos Ujian pos dilaksanakan selepas satu bulan kaedah
nyanyian dan lukisan dipraktikkan dengan cara pengulangan. Ujian pos dijalankan
dengan dua cara iaitu: i) Kad Imbasan Melalui Kad Imbasan, guru menunjukkan kad
huruf yang mengandungi huruf-huruf kecil dalam skop kajian. Murid akan
mengecam dan menyebut huruf-huruf tersebut sambil disemak oleh guru. ii) Ujian
Bertulis Terdapat 3 komponen dalam ujian bertulis iaitu, murid menulis huruf kecil
secara individu dengan mendengar sebutan guru. Murid menyuaipadan huruf besar
dan huruf kecil dan murid mengimlak ( ejaan ) perkataan yang disebut oleh guru.
Refleksi i) Keputusan Ujian kad Imbasan menunjukkan murid-murid ini dapat
mengecam dan menyebut bentuk huruf kecil b , d , e , p , q, m , n , u ,dan y dengan
jelas dan lancar. ii) Keputusan Ujian Bertulis juga mencatatkan murid dapat menulis
hurufhuruf kecil dalam skop kajian, dapat menyuai padan huruf besar dengan hururf
kecil dan dapat menulis perkataan yang disebut oleh guru.

25. 8.5 Refleksi Keseluruhan Kajian i) Refleksi Kajian Terhadap Murid Kajian ini
menunjukkan bahawa kaedah latih tubi nyanyian dan lukisan yang ringkas seperti
ini dapat membantu murid mengecam, dan mengenal bentuk huruf kecil tertentu
yang sebelum ini menjadi masalah besar bagi mereka. Melalui sesi temubual,
kebanyakan murid-murid ini minat dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia tetapi
tidak mendapat bimbingan dari pihak keluarga. Kebanyakkan dari mereka juga
mempunyai masalah keluarga. Selain itu tiada galakan dan tindakan susulan di
rumah berkaitan pembelajaran. Semasa pengajaran mata pelajaran Bahasa
Malaysia murid-murid ini tidak memahami perkataan yang diajar. Begitu juga
dengan aras bahasa dalam Buku Teks Bahasa Malaysia yang tinggi. Ketika dalam
pengajaran dan pembelajaran bersama rakan-rakan yang lain, murid-murid ini
kurang berkeyakinan dan bersikap pasif serta bimbang jika disoal oleh guru.
Sebaliknya melalui nyanyian dan lukisan murid-murid lebih santai dan dapat
mengurangkan tekanan murid serta membenarkan mereka berasa yakin pada diri
sendiri. ii) Refleksi Kajian Terhadap Guru Sepanjang menjalankan kajian ini, saya
berasa teruja untuk melihat hasilnya. Sebenarnya , proses perkembangan dalam
tempoh kajian itu sendiri yang membuatkan saya melalui emosi yang bervariasi;
gembira , cemas , kadang-kadang tertekan juga, tidak yakin pada diri pun ada. Saya
dapati kajian ini mencapai objektifnya . Walaupun begitu mungkin terdapat
beberapa aspek yang perlu ditambah baik.

26. iii) Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan Pembelajaran Yang Telah Dijalankan
Secara Keseluruhan Melalui kajian yang telah dijalankan ini, saya dapati sebagai
guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Malaysia , saya perlu mempelbagaikan
kaedah pengajaran sesuai dengan kepelbagaian keperluan murid di dalam kelas.
Bahan pengajaran dan pembelajaran juga perlu dipermudahkan mengikut aras
kognitif mereka dengan harapan subjek Bahasa Malaysia ini dipandang penting ,
menarik dan bernilai. Saya juga telah dapat membaiki mutu pengajaran saya. Saya
berjaya membimbing murid mengenal huruf-huruf keci yang selama ini
membelenggu diri mereka. Dari segi murid itu pula , mereka berasa gembira kerana
mereka tidak lagi ketinggalan jauh dari murid-murid lain semasa aktiviti pengajaran
kelas dilakukan oleh guru. Mereka juga lebih minat terhadap pengajaran dan
pembelajaran berbanding dahulu. 9.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Hasil kajian ini,
saya dan beberapa orang guru Bahasa Malaysia dapati terdapat perubahan yang
positif dari segi amalan pengajaran guru dan pembelajaran murid-murid.
Diharapkan kajian ini dapat dimanfaatkan dan dijadikan sumber proses pengajaran
dan pembelajaran yang lebih menarik dan menyeronokkan di dalam kelas.sebagai
seorang guru kita haruslah lebih kreatif mempelbagaikan kaedah/teknik pengajaran
dan pembelajaran di dalam kelas melalui aktiviti yang dirancang. Cadangan kajian
saya seterusnya ialah meningkatkan kemahiran menguasai perkataan yang
mengandungi konsonan berganding gh kh sy.
27. RUJUKAN: 1. Atan Long, 1992. Pedagogi Kaedah Am Mengajar, Petaling Jaya:
Fajar Bakti. 2. Mok Soon Sang, 1997. Pedagogi 3,Pengujian dan Penilaian, Pemulihan
dan Pendidikan Inklusif. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman. 3. Mohd Majid Konting,
2005. Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.
4. Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat turun
daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50-pemulihan-
tulisan.html pada 19 Oktober 2009. 5. Norhadi Bin Sarponen. (2009). Kemahiran
asas menulis. Dimuat turun daripada
http://cikguhaidi.wordpress.com/category/bahan-bantumengajar/html pada 20
Oktober 2009.

You might also like