You are on page 1of 4

SOALAN KUIZ PENDIDIKAN SIVIK & KEWARGANEGARAAN TEMA : HUBUNGAN KEKELUARGAAN 1.

Persefahaman yang erat antara ahli keluarga dapat dipupuk dengan A Meraikan Hari Bapa dan Hari Ibu B Memberi hadiah yang mahak kepada ahli keluarga C Mengingati tarikh lahir dan meraikan hari jadi ahli keluarga D Membincangkan sesuatu isu yang timbul antara ahli keluarga 2. Antara yang berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri keluarga yang sihat? I. Menginap dalam rumah yang selamat dan sempurna. II. Mengamalkan cara hidup yang sihat. III. Beriadah bersama-sama dengan ahli keluarga. IV. Mengamalkan nilai agama dan moral. A I, II dan III B I, II dan IV C II, III dan IV D I, II, III dan IV

3. Apakah maksud berkeluarga? A Mempunyai keluarga B Memiliki keluarga bahagia C Mempunyai keluarga hasil daripada perkahwinan D Mempuyai keluarga hasil daripada perkahwinan terdiri daripada suami, isteri dan anak-anak. 4. Apakah sikap yang paling penting untuk menjalin hubungan kekeluargaan yang sempurna? A Berbudi bahasa B Saling memahami C Makan bersama-sama keluarga D Menjalankan tugas yang diberikan dengan jujur

5. Apakah peranan yang dimainkan oleh ketua keluarga dalam sebuah keluarga? I. Penilai II. Inovator III. Pendidik IV. Perancang A I dan II B I dan III C II dan IV D I, II, III dan IV

6. Nilai yang ditekankan oleh keluarga cemerlang dalam kehidupan ialah A agama, dan nilai moral B ilmu, kesihatan dan agama C agama, ilmu dan nilai moral D ilmu, nilai moral, agama dan kesihatan 7. Ibu bapa memainkan peranan sebagai inovator dengan A menilai pencapaian diri anak-anak B memberi ganjaran dan pujian kepada anak-anak. C membantu menyelesaikan masalah anak-anak D membimbing dan mengasah bakat yang dimiliki oleh anak-anak 8. Hubungan yang erat antara ahli keluarga membolehkan anak-anak memahami kehendak keluarga mereka. Tingkah laku berikut menunjukkan seseorang remaja yang memahami kehendak keluarga kecuali A cemerlang dalam pelajaran B sentiasa menghormati orang yang lebih tua C melepak dengan kawan-kawan di pusat membeli-belah D memaklumkan ibu bapa sekiranya lewat pulang ke rumah 9. Warna ungu pada latar logo Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melambangkan A kesinambungan generasi B persekitaran mesra dan harmoni C kasih sayang antara ahli keluarga D pengikhtirafan kesaksamaan antara lelaki dengan wanita 10. Agensi-agensi yang diletakkan di bawah pentadbiran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat ialah I Institut Sosial Malaysia II Institut Ekonomi Negara III Jabatan Pembangunan Wanita IV Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia A I dan III C III dan IV B I, III dan IV D I, II, III dan IV 11. Yang manakah bukan punca masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja? A Pengaruh kawan B Pengaruh media massa C Ketiadaan kasih sayang D Hubungan erat antara ahli keluarga

12. Institusi kekeluagaan ialah asas pembentukan A individu C masyarakat B keluarga D masyarakat dan Negara 13. Apakah kesan kewujudan institusi kekeluargaan yang sempurna? A Keutuhan Negara terjamin B Negara akan membangun C Jenayah dapat dikurangkan D Ekonomi Negara semakin stabil 14. Berikut merupakan gaya hidup sihat dalam sebuah keluarga kecuali A makan malam bersama-sama B bapa merokok di hadapan anak-anak C bergotong-royong membersihkan halaman rumah D ibu bapa membimbing anak-anak membuat kerja sekolah 15. Apakah nombor Talian Nur? A 99911 C 15999 B 99111 D 19999

JAWAPAN 1. D 2. D 3. D 4. B 5. D 6. D 7. D 8. C 9. B 10. B 11. D 12. D 13. A 14. B 15. C

You might also like