You are on page 1of 6

Nama:……………………………….

Tingkatan 1:……………

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO; JAAFAR


JALAN YAHYA ALDATAR, 80300 JOHOR BAHRU

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2016


TINGKATAN SATU
PENDIDIKAN SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
(1 JAM)
Disediakan oleh: Disemak oleh:

………………. ……………………..
(Norkhadifah Kamal) (Siti Baizura Shariff)
Ketua Panitia PSK Ketua Bidang Sains Sosial

Arahan: Kertas ini mengandungi 2 bahagian iaitu:


Bahagian A: Soalan Objektif (30 Markah)
Bahagian B: Soalan Struktur (20 Markah)
Jawab semua soalan
Bahagian A: Soalan Objektif – 30 Markah
Arahan: Tiap-tiap soalan diikuti empat pilihan jawapan iaitu A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling
sesuai.

1 Keluarga penting bagi masyarakat dan negara dalam aspek


A ekonomi, sosial, dan politik
B agama, ekonomi, dan sosial
C ekonomi, kemakmuran, dan kesihatan
D pembangunan, kesihatan, dan kewangan

2 Antara berikut merupakan ciri-ciri keluarga yang sihat, kecuali


A mengamalkan nilai agama dan moral
B tidak mengamalkan cara hidup yang sihat
C melakukan aktiviti riadah bersama ahli keluarga
D tinggal di rumah yang lengkap dan sempurna

3 Antara berikut merupakan keperluan berkeluarga dari segi ekonomi, kecuali


A menyediakan tenaga kerja
B menjadi sumber pendapatan
C melahirkan pemimpin yang berkaliber
D menyediakan pasaran pengguna barangan

4 Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri sebuah keluarga yang cemerlang?
A Keluarga yang hanya mengutamakan pendidikan akademik sahaja
B Keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bertanggungjawab
C Keluarga yang mempunyai ahli keluarga yang mementingkan diri sendiri
D Keluarga yang menjauhi sikap berkerjasama di antara satu sama lain

5 Antara berikut, yang manakah merupakan gejala sosial yang paling berbahaya?
A Vandalisme
B Penderaan kanak-kanak
C Penyalahgunaan dadah
D Penyalahgunaan teknologi
2
6 Apakah faktor yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala sosial?
I Kurang didikan agama
II Pengaruh rakan sebaya
III Faktor persekitaran
IV Hubungan kekeluargaan yang erat
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

7 Antara berikut, agensi manakah yang terlibat dalam menangani isu dan masalah sosial di
negara kita?
I PEMADAM
II Bahagian Kemajuan Masyarakat ( KEMAS )
III Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia
IV Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga,
dan Masyarakat
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

Memusnahkan data yang disimpan di dalam komputer


atau merosakkan komputer

8 Pernyataan di atas berkaitan dengan jenayah siber dalam kategori


A pencerobohan siber C cetak rompak siber
B vandalisme siber D undang-undang siber

9 Salah satu punca utama berlakunya penderaan kanak-kanak adalah kerana kebanyakan
keluarga pada masa kini terdiri daripada
A keluarga asas C keluarga nukleus
B keluarga besar D keluarga kembangan

Kerajaan menanggung kerugian kerana terpaksa menyelenggara dan membaiki


kemudahan yang disediakan.
10 Kerugian di atas adalah disebabkan oleh perbuatan
A penyalahgunaan teknologi C gengsterisme
B penyalahgunaan dadah D vandalisme

11 Apakah yang dimaksudkan dengan keluarga?


A Satu unit keluarga yang terdiri daripada suami dan isteri
B Unit asas dalam masyarakat yang terdiri daripada suami dan isteri berserta dengan anak-
anak
C Sepasang suami isteri yang telah berkahwin mengikut adat resam kaumnya
D Sepasang suami isteri yang telah berkahwin berserta saudara-maranya

12 Lembaga Penduduk dan Pembangunan KeluargaNegara ( LPPKN ) ditubuhkan untuk


A menempatkan orang tua yang tiada rumah
B merancang ekonomi negara
C membantu keluarga yang daif
D membangunkan penduduk yang berkualiti

3
‘Keluarga bahagia bermula di rumah’
13 Slogan di atas menunjukkan
A rumah adalah tempat yang paling sesuai untuk berehat
B masyarakat perlu membeli rumah sebelum mempunyai keluarga
C asas pembinaan keluarga yang mantap penting ketika bersama keluarga
D pembinaan keluarga bahagia amat penting kepada negara

14 Apakah yang dimaksudkan dengan norma komuniti?


A Peraturan atau ketentuan yang telah menjadi kebiasaan dalam sesuatu masyarakat
B Peraturan yang ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh anggota masyarakat
C Peraturan yang menjadi asas undang-undang negara
D Peraturan yang telah ditetapkan oleh nenek moyang

15 Antara berikut, yang manakah merupakan norma-norma komuniti yang diamalkan oleh
masyarakat di Malaysia?
I Menghormati orang tua
II Memakai pakaian yang mencolok mata ketika menghadiri sesuatu majlis
III Menziarahi orang yang sakit
IV Bertegur sapa dan beramah mesra dengan jiran
A I, II, dan III C I, III, dan IV
B I, II, dan IV D II, III, dan IV

16 Apakah tujuan undang-undang jalan raya diwujudkan?


A Supaya pengguna jalan raya dapat menurunkan kadar kemalangan di jalan raya
B Supaya pengguna jalan raya boleh meningkatkan keselamatan diri dan orang lain
C Supaya pengguna jalan raya dapat mengelakkan diri daripada samseng jalan raya
D Supaya pengguna jalan raya selamat daripada kemalangan jalan raya

• Pusat pemulihan akhlak bagi pesalah juvenil


• Terletak di Telok Mas, Melaka
• Ditubuhkan pada tahun 1949
17 Pusat pemulihan di atas merujuk kepada
A Sekolah Henry Gurney C Pusat Tunas Harapan
B Rumah Amal Cheshire D Sekolah Pemulihan Akhlak

18 Mengapakah sebaran maklumat di dalam internet


dapat dikaitkan dengan penyalahgunaan teknologi?
A Maklumat itu memberi keuntungan peribadi kepada penyebar dan orang lain
B Maklumat itu merupakan data rasmi sesebuah syarikat
C Maklumat itu berbentuk pandangan secara umum tentang sesuatu isu
D Maklumat itu merupakan pendapat yang menjatuhkan maruah seseorang

Menyebarkan perisian yang disalin secara tidak sah


19 Pernyataan di atas merupakan jenayah siber dalam
kategori
A vandalisme siber
B cetak rompak
C mengubah suai maklumat
D menceroboh sistem maklumat dalam komputer

4
• Parut akibat sebatan
• Kesan cucuhan puntung rokok
• Tangan terseliuh
20 Kesan penderaan di atas merujuk kepada penderaan jenis
A emosi C fizikal
B seksual D pengabaian

21 Antara berikut merupakan faktor yang mendorong ke arah kestabilan pentadbiran sesebuah
negara,kecuali
A peningkatan jumlah pelaburan asing di negara
B kepelbagaian budaya dan seni warisan
C pemerintahan yang mantap
D rakyat yang bersatu padu

22 Bagaimanakah cara untuk menangani cabaran globalisasi?


I Pertambahan pelaburan asing
II Menyalahgunakan teknologi maklumat
III Pembentukan sahsiah generasi muda
IV Kesepakatan antara negara-negara kecil
A I, II dan III C I, III dan IV
B I, II dan IV D II, III dan IV

23 Kedaulatan bagi sesebuah negara adalah penting kerana


A kebebasan menjajah negara yang lemah dan mundur
B boleh berkongsi sistem pentadbiran dengan negara lain
C negara lain boleh menguasai ekonomi dan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara
D boleh mengekalkan status kemerdekaan negara daripada sebarang bentuk penjajahan

• Setiap rakyat mempunyai taraf yang sama di sisi undang-undang


• Tiada sesiapa boleh dikecualikan daripada kuasa undang-undang
24 Maklumat di atas merujuk kepada prinsip Rukun Negara yang
A kedua C keempat
B ketiga D kelima
Malaysia merupakan negara yang mengamalkan Sistem Demokrasi
Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
25 Berdasarkan pernyataan di atas, apakah yang dimaksudkan dengan Raja Berperlembagaan?
A Pemerintahan yang berdasarkan peruntukan Perlembagaan Malaysia
B Sistem pemerintahan yang dicorakkan sendiri oleh raja yang memerintah
C Sistem pemerintahan yang diputuskan oleh Majlis Raja-raja
D Sistem pemerintahan yang berdasarkan suara rakyat

26 Antara berikut merupakan objektif penggubalan Rukun Negara, kecuali


A mengekalkan cara hidup diskriminasi
B mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakat
C membentuk masyarakat yang adil dengan agihan kekayaan negara saksama
D membina masyarakat yang progresif melalui sains dan teknologi

5
27 Warisan kesenian budaya di negara kita perlu dikekalkan kerana
A negara akan dipandang mulia oleh negara-negara lain
B negara kita menjadi negara yang paling dikenali oleh orang ramai
C warisan kesenian membentuk sebuah masyarakat yang kuat dan bersatu padu
D kesenian budaya membentuk satu identiti bagi negara kita

28 Apakah sumbangan Allahyarhamah Khatijah Binti Awang dalam kesenian?


A Menjadi pelopor teater moden di Malaysia
B Mengetengahkan kesenian makyung tanah air
C Merupakan pengarah filem yang terkenal di Malaysia
D Memberi sumbangan dalam seni wayang kulit

29 Antara berikut, yang manakah bukan warisan budaya ketara mengikut senarai 50 perkara
sebagai Warisan Kebangsaan?
A Istana Negara C Bunga Raya
B Tugu Negara D Carcosa Sri Negara

30 Antara berikut merupakan perkara yang boleh dilakukan untuk mempromosikan warisan
budaya Malaysia, kecuali
A membina laman web mengenai warisan budaya Malaysia
B mengadakan pameran kesenian untuk orang ramai
C menganjurkan pertandingan bertemakan kesenian budaya Malaysia
D memaksa rakan dari luar negara menonton tarian kebudayaan Malaysia

Jawapan bahagian A.

Soalan Jawapan Soalan Jawapan Soalan Jawapan


1 11 21
2 12 22
3 13 23
4 14 24
5 15 25
6 16 26
7 17 27
8 18 28
9 19 29
10 20 30

6
Bahagian B: Soalan Struktur ( 20 Markah)

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like