You are on page 1of 12

UJIAN AKHIR TAHUN DALAM TALIAN 2021

PENDIDIKAN MORAL
Tingkatan 3
November
1 jam Satu Jam

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN :

1. Kertas soalan ini mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan


Bahagian B
2. Bahagian A mengandungi 30 soalan objektif dan Bahagian B
mengandungi satu soalan struktur
3. Jawab semua soalan.
4. Jawapan anda hendaklah dijawab menggunakan pautan link
yang diberikan di bawah.
https://forms.office.com/r/WCyvqAh5a8

Kertas soalan ini mengandungi 12 halaman bercetak


SULIT 2

Bahagian A : Soalan Objektif


[30 markah]
Arahan : Jawab semua soalan.

1 Bumi hijau merupakan satu usaha memastikan bumi selamat daripada kemusnahan.
Berikut merupakan amalan 5R kecuali _______________.

A tidak menggunakan straw


B menggunalan petrol berplumbum
C berkongsi kereta ke tempat kerja
D membawa beg kitar semula semasa membeli belah

2 Amalan 5R dapat mengelakkan pembuangan sisa ______________ secara berlebihan.


A pukal
B pepejal
C pencemaran
D penyelenggaraan

3 Amalan 5R amat penting kerana dapat mendidik dan menyemai ____________ sayang
akan alam sekitar.
A sikap
B tanda
C maruah
D tindakan

4 Berikut merupakan acara sambutan bagi mengekalkan bumi hijau yang diraikan di
seluruh dunia pada setiap tahun. Antaranya ialah _______________.
A Hari Keluarga Sedunia
B Hari Wanita Sedunia
C Earth Hour
D Hari Membeli belah Sedunia

5 Banyak kepentingan apabila individu, masyarakat dan organisasi mengamalkan amalan


5R dalam kehidupan. Antaranya adalah seperti berikut kecuali __________________.
A meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan
B menjimatkan kos pelupusan sampah oleh kerajaan
C membebankan semua pihak kerana terpaksa bekerja lebih untuk amalan 5R
D mengelakkan pencemaran udara yang membahayakan kesihatan

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 3

6 Amalan 5R dapat mengurangkan keperluan terhadap _______________. Oleh itu,


sumber asli seperti _____________ dapat disimpan dan dikekalkan.

A produk, hutan
B belanjawan, hutan
C sisa pepejal, habitat
D bahan mentah, kayu balak

7 Tanggungjawab sosial bermaksud ___________ dan ______________ yang digalas


oleh individu dalam masyarakat.
I tugas
II kerja
III kewajipan
IV kehendak
A I dan II
B I dan III
C II dan III
D III dan IV

8 Kepentingan melaksanakan tanggungjawab sosial ialah dapat melahirkan masyarakat


yang _______________ antara satu sama lain.
A cinta
B kasih sayang
C mengambil berat
D bersatu padu

9 Antara contoh tanggungjawab sosial ialah ______________ dan ______________.

I kebajikan
II kesihatan
III kesusahan
IV kemelaratan
A I dan II
B I dan III
C II dan IIII
D III dan IV

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 4

10 Namakan contoh tanggungjawab sosial dalam konteks hidup bermasyarakat


berdasarkan gambar di bawah.

A Aspek kelestarian alam sekitar


B Aspek kebajikan
C Aspek kesihatan
D Aspek keselamatan

11 Berikut merupakan jenayah kanak-kanak kecuali …..

A buli
B ragut
C gangster
D ponteng sekolah

12 Apakah kesan jenayah kanak-kanak kepada masyarakat?

A Maruah tercalar
B Rasa trauma dan fobia
C Merugikan harta benda awam
D Masa hadapan terjejas

13 Antara berikut, yang manakah bukan keperluan batasan dalam kebebasan bersuara?

A Mengekalkan keharmonian negara


B Menggalakkan perbuatan fitnah
C Merapatkan perpaduan kaum
D Mengelakkan perselisihan faham antara kaum

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 5

14 Berikut ialah cara menyuarakan pendapat mengikut saluran yang betul, kecuali
_________________.

A membuat aduan melalui peti cadangan


B menulis surat kepada pihak berkuasa
C mengadakan demonstrasi jalanan
D melakukan perbincangan secara berhemah

15 Apakah faktor yang menyebabkan jenayah kanak-kanak dari aspek keluarga?

A Pengabaian ibu bapa


B Kewujudan kafe siber
C Pengaruh negatif rakan sebaya
D Perasaan ingin mencuba

16 Berikut merupakan cara-cara megelakkan diri daripada terlibat dalam jenayah kanak-
kanak, kecuali ………..

A mendekatkan diri dengan agama


B memilih rakan sebaya yang membimbing ke arah kebaikan
C ibu bapa memberi perjatian dan kasih sayang kepada anak-anak
D mengajak kawan untuk mencuba dadah

17 Ambrose dicabar rakannya untuk mencuri barang di sebuah kedai runcit.


Apakah yang sepatutnya Ambrose lakukan dalam situasi seperti ini?

A Menerima cabaran tersebut


B Terus mencuri barangan paling mahal di kedai tersebut
C Melihat sekeliling untuk memastikan tiada saksi semasa mereka mencuri
D Tidak menerima cabaran lalu menegur sikap rakannya itu

18 Apakah maksud kebebasan bersuara?


A Penyebaran berita palsu
B Fitnah yang disampaikan dari mulut ke mulut
C Kebebasan berucap dan mengeluarkan pendapat dengan batasan tertentu
D Menyebarkan berita sesuka hati tanpa mengetahui kebenarannya.

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 6

19 Antara berikut manakah merupkan kesan penyalahgunaan hak kebebasan bersuara?

A merapatkan perpaduan kaum


B mengekalkan keharmonian negara
C mengelakkan perselisihan faham
D Meningkatkan provokasi dan prasangka dalam masyarakat

20 Antara berikut adalah contoh amalan tradisi masyarakat majmuk, kecuali ……….

A gotong-royong
B kenduri kesyukuran
C sambutan perayaan
D sukan rakyat

21 Nyatakan kesan pengabaian amalan tradsi dalam masyarakat majmuk.

A memupuk sikap hormat


B Menghindari konflik budaya
C Sikap bekerjasama dipinggirkan
D Memupuk amalan hidup bersatu padu

22 Antara berikut merupakan tanggungjawab pelajar sekolah dalam mengekalkan amalan


tradisi masyarakat majmuk, kecuali ____________.

I mengamalkan amalan tradisi mengikut kaum masing-masing

II menziarahi kawan yang seagama sahaja

III menyertai aktiviti kemasyarakatan di sekolah bersama-sama

IV melaksanakan aktiviti sukan secara bersama-sama

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 7

23 Berapakah peraturan asas yang telah ditetapkan dalam undang-undang kemanusiaan


antarabangsa mengenai perang?

A 1
B 2
C 3
D 4

24 Soalan ini berdasarkan gambar di bawah.

Pada pandangan anda, apakah peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan


antarabangsa yang telah dilanggar oleh pihak yang berperang?

I Menyerang kediaman awam

II Menyerang orang awam

III Menyerang hospital

IV Mendera tawanan

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 8

25 Apakah peraturan asas dalam undang-undang kemanusiaan antarabangsa yang


ditunjukkan dalam gambar di bawah?

A Dilarang menggunakan senjata membunuh orang awam

B Melindungi kemudahan perubatan dan kakitangan perubatan

C Tidak membunuh anggota tentera yang cedera

D Tidak mendera tawanan perang

26 Berikut merupakan kepentingan pengekalan undang-undang kemanusiaan antarabangsa


kecuali ____________.

I Alam sekitar musnah

II Kanak-kanak dapat membesar dengan selamat

III Masyarakat hidup dalam trauma dan ketakutan

IV Kerajaan dapat membangunkan negara semula

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 9

27 Bagaimanakah anda sebagai pelajar dapat menyalurkan pendapat mengenai konflik


kemanusiaan yang berlaku dengan cara yang betul?

A Membuat laporan bertulis kepada pihak berkuasa

B Membuat bantahan di jalanan

C Membuat pemberontakan di pejabat kedutaan

D Menelefon pihak berkuasa

28 ________________ merujuk kepada tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan.

A Adab

B Kelakuan

C Percakapan

D Pergaulan

29 Berikut merupakan kepentingan adab dalam majlis rasmi dan tidak rasmi, kecuali
____________.

A majlis berjalan lancar

B disiplin dapat dibentuk

C majlis akan mendapat banyak sumbangan

D imej penganjur dan tetamu terpelihara

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 10

30 Persamaan antara majlis rasmi dengan majlis tidak rasmi ialah ____________.

I mematuhi etika berpakaian

II pakaian sopan

III mengambil makan dengan sopan

IV bercakap apabila perlu

A I dan II

B I dan III

C II dan III

D III dan IV

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 11

Bahagian B : Soalan Struktur


[10 markah]

Arahan : Bahagian B hanya mempunyai satu soalan sahaja. Jawab soalan-soalan berikut
berdasarkan keratan akhbar yang diberikan di bawah.

Soalan 1 berdasarkan keratan akhbar di bawah.

1 a) Jelaskan perasaan anda setelah membaca tajuk akhbar di atas. [2 markah]


_______________________________________________________________
_______________________________________________________________
_______________________________________________________________

b) Cadangkan cara-cara yang boleh dilakukan untuk membantu individu malang


di atas. [3 markah]

(i) _________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________
(iii) _________________________________________________________

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT


SULIT 12

c) Andaikan pesakit di atas ialah jiran anda. Apakah tindakan yang wajar anda
lakukan. [3 markah]

(i) _________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________
(iii) _________________________________________________________

d) Senaraikan dua nilai murni yang bersesuaian diamalkan berkaitan dengan


tanggungjawab sosial dalam hidup bermasyarakat? [2 markah]

(i) _________________________________________________________
(ii) _________________________________________________________

KERTAS SOALAN TAMAT

Ó 2021 Hak Cipta Asia Pacific Smart School SULIT

You might also like