You are on page 1of 1

Surat Kiriman Tidak Rasmi – Praktis 2

No. 15, Jalan Mutiara ½,


Taman Mutiara Indah,
47100 Puchong,
Selangor Darul Ehsan.

6 September 2021.
Menemui sahabatku, Taylor Swift yang berada di Nashville, Tennessee, semoga
berada dalam keadaan sihat selalu. Tingal beberapa hari lagi untuk bercuti
Bersama – sama keluarganya dan rakannya. Saya mempunyai banyak rancangan
untuk cuti yang akan datang ini.
Saudari Taylor,
Tujuan saya menulis surat ini adalah untuk menceritakan rancangan semasa
cuti sekolah akan datang. Antara rancangannya adalah memulang ke kampung.
Kita boleh pergi ke bendang bersama – sama datuk. Datuk juga mempunyai sebuah
kebun dan terdapat banyak jenis buah – buahan.
Selain itu, kita boleh membaca buku di kampung dan menyiapkan kerja
rumah yang diberikan oleh guru dengan keadaan yang tenang. Kita boleh
menghiburkan hati apabila menjemput rakan kawan yang sebaya bila percutian ini
akhir.
Seterusnya, kita juga boleh melancong ke Melaka. Di Melaka, terdapat
banyak tempat bersejarah yang kita boleh dipelajari bersama – sama keluarga,
datuk dan nenek. Kita juga dapat lebih informasi tentang sejarah di Melaka.
Akhirnya, kita boleh menceriakan kawasan rumah bersama – sama
keluarga. Kita boleh membuat pelbagai jenis aktiviti seperti menanam pokok buah
– buahan, sayur – sayuran dan juga tumbuh – tumbuhan. Kita boleh menjadikan
kawasan rumah lebih bersih, ceria dan menarik.
Baiklah saudari, setakat ini sahaja rancangan saya. Saya berharap saudari
dapat melakukan semua rancangan ini semasa percutian sekolah. Sekian dan
sampaikan salam saya kepada keluarga saudari.
Yang ikhlas,
Taviz Saravanan

You might also like